Jumaat, 21 Ogos 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Guling kerajaan: Harussani jangan 'double standard

Posted: 21 Aug 2015 07:54 AM PDT

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa

 
GEORGETOWN - Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria diminta tidak mengeluarkan kenyataan 'double standard' berhubung isu tindakan menggulingkan kerajaan.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan Harussani itu jelas menunjukkan kenyataan bersifat peribadi yang menyebelahi kerajaan semata-mata.

Tidak pasti sama ada kenyataan itu adalah fatwa atau pandangan peribadi Harussani, Dr Muhajid berkata, dalam Islam jelas menunjukkan, jika seseorang pemimpin itu tidak membela dan menindas rakyat, maka dia perlu ditegur atau digantikan.

"Saya tidak nampak di mana dalam Islam yang menyatakan menggantikan seseorang pemimpin yang jelas menindas rakyat itu adalah haram.

"Pada saya, beliau bersifat 'double standard'. Mengapa satu ketika dahulu BN merampas Perak, beliau diam sahaja? Tidak pula keluar fatwa atau kenyataan sebegini?" katanya kepada media, hari ini.

Menurutnya, Harussani perlu membuat kajian berhubung nas dalam al-Quran terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

"Tindakan kita ini bersifat demokrasi bagi mengembalikan integriti dalam kepimpinan negara. Dalam Islam pun menyatakan, siapa sahaja buat perkara yang tidak betul, perlu ditegur atau jika perlu, ditangkap.

"Saya harap selepas ini, beliau buat kajian terlebih dahulu sebelum buat kenyataan.  Kenyataannya itu dilihat lebih cenderung untuk mempertahankan kerajaan sedia ada," katanya.

Terdahulu, Harussani dalam kenyataannya menyebut, tindakan mengguling kerajaan adalah haram kerana tindakan itu tidak terdapat dalam ajaran Islam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Haram gulingkan kerajaan, kata mufti]

Beliau berkata, sebagai seorang Islam perlu mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Menurutnya, orang Islam diwajibkan untuk menasihati kerajaan jika terdapat unsur kezaliman dalam pentadbiran dan itu merupakan jihad terbesar.

Dalam perkembangan lain, Dr Mujahid berkata, sehingga kini, ahli Harapan Baru di Pulau Pinang sudah mencecah sehingga 1,000 orang walaupun tiada kempen dibuat setakat ini.

Beliau yang juga Pengerusi Harapan Baru Pulau Pinang berkata, keahlian parti yang bakal ditubuhkan sedikit masa lagi terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat.


Dakwa peserta Bersih dibayar satu penghinaan

Posted: 21 Aug 2015 07:48 AM PDT

Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali ketika ditemui Sinar Online ketika mengadakan lawatan mengejut ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.


SHAH ALAM - Orang ramai yang turun ke jalanan setiap kali perhimpunan aman diadakan bukanlah kerana mereka itu diberi sogokan dengan wang ringgit sebaliknya atas dorongan mereka sendiri untuk menuntut perubahan.

Demikian kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sambil menyifatkan tindakan menuduh penganjur Bersih 4, Maria Chin Abdullah membayar setiap peserta sehingga RM300 sebagai satu penghinaan kepada rakyat Malaysia.

"Macam mana kita dituduh membuat sogokan begitu, itu satu penghinaan kepada rakyat Malaysia yang mahukan perubahan, apakah salah untuk minta dan berusaha kepada perubahan?

"Ini semua propaganda dari dulu, setiap kali berhimpun, kami (dituduh) dibayar, ceramah kami dibayar, tak pernah berlaku," katanya kepada Sinar Online, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos semalam yang mendakwa penganjur Bersih 4 memperuntukkan sehingga RM30 juta untuk mengumpulkan 100,000 peserta pada perhimpunan aman itu, 29 dan 30 Ogos ini.

Jamal berkata, setiap peserta menerima bayaran pendahuluan sebanyak RM100 manakala bakinya akan dibayar semasa perhimpunan termasuk kos makanan dan pengangkutan.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin juga berkata, perjuangan kumpulan Bersih itu tidak memerlukan bantuan kewangan, sebaliknya cukup sekadar kemampuan berhimpun di jalanan.

"Bagi saya ini sumbangan rakyat kepada perjuangan, dia tidak ada duit, dia tidak ada kemampuan lain.

"Itu satu dorongan besar kepada kami, kita tidak ada pengikut yang kaya-raya, sheikh tak ikut kita... tauke-tauke tak ikut kita, yang ikut kita ini rakyat, ini satu dorongan," ujarnya.

Sementara itu, beliau selaku Menteri Besar Selangor mengingatkan pihak polis supaya mematuhi undang-undang negara dan bukan menghalang orang ramai daripada berhimpun secara aman.

"Saya yakin pihak penganjur yang mempunyai pengalaman dalam menganjurkan perhimpunan aman seperti ini (dengan syarat), jangan timbulkan ketengangan.

"Polis pula tidak harus bermusuh dengan rakyat, polis harus bermusuh dengan penjenayah sahaja," katanya lagi.


Presiden MIC: Subramaniam menang tanpa bertanding

Posted: 21 Aug 2015 07:45 AM PDT

SINAR HARIAN


 Presiden MIC: Subramaniam menang tanpa bertanding
Calon Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam (tiga, kanan) menerima sokongan dari penyokongnya selepas menyerahkan borang pencalonan sempena penamaan calon bagi pemilihan jawatan Presiden MIC yang baharu di bangunan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr S.Subramaniam  menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden MIC untuk pemilihan semula penggal 2013-2016, selepas proses penamaan calon ditutup hari ini.
 
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk B.Sagadevan selepas proses pencalonan yang dianjurkan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim 2009 selama dua jam di ibu pejabat parti itu di sini, ditutup 6.30 petang tadi.
 
Dr Subramaniam, yang merupakan bekas timbalan presiden MIC sejak 2010 dan kemudiannya pemangku presiden MIC, menerima 450 pencalonan untuk jawatan nombor satu parti merangkumi 2,700 daripada 2,843 cawangan.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan dan laungan kuat daripada lebih 2,000 penyokong dan perwakilan yang berkumpul di ibu pejabat MIC.

Sebelum ini, CWC Interim 2009 pada 24 Julai lepas mengumumkan pencalonan untuk jawatan presiden akan diadakan hari ini manakala pemilihan pula pada 6 September ini.
 
Menurut perlembagaan parti, calon yang mahu bertanding jawatan nombor satu dalam parti mesti menjadi pengerusi cawangan dan mendapat 50 pencalonan dan
setiap pencalonan perlu mempunyai seorang pencadang dan lima penyokong.
 
Kemenangan Menteri Kesihatan itu, bagaimanapun dijangka akan menghangatkan lagi krisis parti berusia 68 tahun itu berikutan bekas presiden Datuk Seri G.Palanivel pada 9 Ogos lalu turut diumumkan sebagai presiden parti dalam penamaan calon oleh penyokongnya.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu Dr Subramaniam berkata beliau sedar kemenangan yang diperoleh itu merupakan satu tanggungjawab dan cabaran besar yang perlu dipikul.
 
"Terima kasih kepada semua anggota parti yang memberi kepercayaan kepada saya. Dengan kemenangan ini saya berazam akan menumpukan kepentingan kaum India dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan, ekonomi dan sosial," katanya.
 
Katanya selain mempersiapkan jentera parti untuk menghadapi pilihanraya umum ke-14, MIC melalui kepimpinan yang baharu ini akan mengeratkan lagi hubungan parti dan masyarakat India melalui penubuhan satu majlis konsultasi.
 
Melalui majlis konsultasi itu, beliau berkata segala isu dan pandangan pemimpin luar daripada bidang politik akan diambil kira untuk membawa perubahan yang lebih baik kepada masyarakat India. 
 
Dalam pada itu, beliau berkata pemilihan peringkat bahagian akan diadakan sepanjang bulan depan manakala pemilihan anggota CWC, timbalan presiden dan naib presiden parti akan diadakan pada Konvensyen Kebangsaan MIC, Oktober ini. 
 
Krisis MIC tercetus berikutan perbezaan pendapat antara Palanivel dan Dr S. Subramaniam selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengeluarkan notis pada 5 Dis tahun lepas dengan meminta parti itu mengadakan pemilihan semula parti.
 
Kemelut MIC mencapai kemuncaknya apabila Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah dalam surat bertarikh 25 Jun kepada setiausaha agung CWC sementara MIC bagi 2009, A. Sakthivel, menyatakan bahawa secara "ipso facto", Palanivel bukan lagi anggota MIC.
 
Surat itu juga menyatakan bahawa Dr Subramaniam akan mengambil alih tugas Palanivel sebagai pemangku presiden MIC. 
 
Terdahulu, proses penamaaan calon bagi pemilihan jawatan presiden MIC itu tercemar berikutan kekecohan yang berlaku kira-kira 4.30 petang di perkarangan Ibu pejabat MIC menyebabkan beberapa individu termasuk anggota polis mengalami kecederaan.
 
Menurut seorang saksi, yang juga seorang Ketua Cawangan dari Selangor, kekecohan itu tercetus apabila kumpulan yang berkumpul di luar ibu pejabat melontar objek seperti kayu, batu dan botol minuman terhadap penyokong yang berada di dalam perkarangan bangunan itu.
 
"Akibat tindakan itu, penyokong yang berada di dalam turut membalas serangan dengan melontar objek sama ke arah pihak lawan," katanya.
 
Namun tindakan pantas anggota polis serta Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya mengawal keadaan. - Bernama
 
 

Salahguna kuasa mengguna Polis menghalang tindakan undi tidak percaya

Posted: 21 Aug 2015 07:39 AM PDT



Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR

 Sesuatu yang sangat pelik dan jelek bila persoalan undi tidak percaya terhadap Najib sebagai Perdana Menteri diserahkan kepada Polis oleh Dato'Zahid Hamidi TPM yang juga Menteri KDN yang berkuasa ke atas Polis.

2. Tindakan ini adalah salahguna kuasa mengguna Polis menghalang tindakan undi tidak percaya terhadap Najib sebagai PM. Undi tidak percaya ialah suatu proses yang demokratik dan diizin oleh Perlembagaan dan Undang undang.

Ini bermakna Polis dipaksa menghalang tindakan Ahli Parlimen dan Institusi Penggubal Undang-undang iaitu Parlimen yang mengikut proses Perlembagaan dan Perundangan. Tindakan mengguna Polis untuk menyekat kebebasan Ahli dan Institusi Parlimen ini adalah "SUATU PENCABULAN TERHADAP KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG UNDANG"

3. Saya minta TPM Zahid dan KPN menghentikan pelanggaran terhadap Perlembagaan dan Perundangan dengan memperalat dan menjadikan anggota Polis seperti pemuda tahan lasak dan komando Umno untuk mengugut dan menakut-nakutkan Ahli Parlimen.

Undi tidak percaya terhadap Najib ialah untuk menyelamatkan negara dan rakyat. Buat Zahid, saya mengingatkan beliau sebagai sahabat agar bersahabat lah dengan rakyat. Manakala untuk semua Ahli Parlimen tanpa mengira Parti, saya menyeru agar kita semua mendahulukan negara dan rakyat. Mandat yang kita perolehi ialah pinjaman dan pindahan kuasa daripada rakyat kepada kita bagi menunaikan amanah besar demi kesejahteraan rakyat dan negara.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA"

(*) DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR Ahli Parlimen Pokok Sena

34 jam di Kuala Lumpur

Posted: 21 Aug 2015 07:36 AM PDT



Oleh Hishamuddin Rais


Pada tahun 1926 seorang intelektual Melayu terunggul bernama Ibrahim Gelar Datuk Sutan Malaka, lebih dikenali sebagai Tan Melaka, sedang dalam pelarian di Tokyo, Jepun.Nasionalis kiri Melayu Tan Malaka ini telah menulis dan merakamkan pengalaman dirinya untuk menjadi panduan kita hingga ke hari ini.

Mengikut pandangan sosok intelektual kiri ini, senjata kaum feudal dan kaum kapitalis adalah peluru dan perang. Senjata kaum buruh dan rakyat tertindas ialah agitasi, mogok dan demonstrasi.

Ini pandangan yang dimunculkan 89 tahun dahulu. Hari ini pada tahun 2015 pandangan ini masih kekal abadi sebagai satu tindakan politik yang tepat dan tuntas. Agitasi, mogok dan demonstrasi masih menjadi senjata kaum tertindas anak semua bangsa diseluruh dunia.

Ketika saya menulis tulisan ini saya juga terbaca berita demonstrasi besar-besaran berlaku pada hujung minggu ini di Brazil. Ratusan ribu warga Brazil keluar berdemo di 200 buah kota kecil dan besar di Brazil.

Rakyat Brazil mahu Presiden Dilma Rousseff mengundur letak jawatan kerana rakyat Brazil tidak lagi yakin atas pimpinan beliau. Rasuah dan salah guna kuasa sedang menjadi-jadi di Brazil. Elit politik dan elit ekonomi telah merompak harta kekayaan negara.

Rakyat Brazil telah muak dan bosan dengan kerajaan. Mereka mahu perubahan. Mereka mahu Dilma Rousseff berambus.

Kes terulung di Brazil yang dijadikan agenda agitasi untuk menaikkan kemarahan rakyat agar keluar ke jalan raya ialah kes rasuah berbilion dolar dalam syarikat minyak negara Petrobras.

Himpunan 29 Ogos

Saya tidak terperanjat dengan tuntutan warga Brazil. Saya gembira kerana warga Brazil dan warga Malaysia sedang berjuang dengan tuntutan yang sama walau terpisah beribu-ribu batu.

Seperti kata Tan Malaka, demonstrasi di jalan raya adalah senjata rakyat tertindas. Sahih dan tepat.

Hakikatnya, Malaysia tidak ada bezanya dengan Brazil. Dua negara ini kaya dengan hasil bumi tropikal. Dua negara ini juga pengeluar minyak. Kedua-duanya juga adalah negara Dunia Ketiga  di mana rasuah kini telah menjadi sebahagian dari sistem pentabiran negara.

Justeru, badan gabungan BERSIH berkumpul dan berpakat untuk  mengadakan perhimpunan sekali lagi pada 29 Ogos ini.

Ini adalah demonstrasi kali keempat yang sedang disusun dan diatur oleh Bersih. Kali ini bukan sahaja muntahan jumlah yang wajib dinaikkan.

Jumlah penunjuk perasaan berdemo di Kuala Lumpur yang pernah melintasi 300,000 ke 400,000 ribu. Justeru. Kali ini jumlah 1 juta wajib dijadikan sasaran untuk BERSIH 4.

Bukan hanya 1 juta penunjuk perasaan yang dijemput datang ke Kuala Lumpur malah kali ini para peserta akan berkampung di Kuala Lumpur selama 34 jam. Ini satu tekad dan satu bentuk garis perjuangan yang baru.

Pendekatan 34 jam di Kuala Lumpur ini untuk menunjukkan betapa marahnya rakyat kepada suami Rosmah.

Kunci tuntutan BERSIH tidak pernah beralih: Pilihan raya adil, bebas dan bersih. Tuntutan ini masih belum tercapai. Malah kali rakyat turun ke jalan raya berlatarkan krisis politk dalaman United Malays National Organisation. Ini terjadi apabila satu ledakan rahsia umum terbarai.

Tuntut Najib berundur

Rahsia umum ini menaikkan suhu kemarahan rakyat. Jemputan kepada ribuan peserta turun ke jalan raya ini jalan akhir untuk menyelamatkan negara dari Rosmah Mansor dan suaminya.

Warga Malaysia memang telah muak dengan kerenah Rosmah Mansor. Satu Malaysia memang telah bosan dan mahu suami Rosmah berundur. Sama seperti rakyat Brazil, rakyat Malaysia juga mahu suami Rosmah berambus. Ini bukan lagi satu rahsia.

Suami Rosmah yang menjadi PM Malaysia ini pernah dikaitkan dengan kes seorang gadis cun Mongolia yang bernama Altantuya. Gadis ini telah mati dibunuh. Ini bukan rahsia itu.

Rosmah Mansor sendiri sendiri baru sahaja berkenduri kahwin anaknya. Dikatakan belanja kenduri kahwin ini berjuta-juta ringgit. Semua ini menaikkan suhu kemarahan orang ramai yang semakin dibedal oleh cukai GST. Tetapi ini juga bukan rahsia itu.

Tiba-tiba diberitakan suami Rosmah Mansor menerima duit sebanyak AS$700 juta bersamaan RM2.6 bilion. Duit ini telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi suami Rosmah.

Duit RM2.6 bilion ringgit ini adalah rahsia umum. Inilah rahsia yang menyemarakkan kebencian orang ramai terhadap suami Rosmah.

Duit RM2.6 bilion ringgit ini telah digunakan oleh suami Rosmah untuk membeli undi dalam PRU13. Rahsia umum ini menaikkan darah rakyat. Ini menaikkan suhu  marah untuk menjemput orang ramai turun ke jalan raya.

Dalam PRU13 Pakatan Rakyat mendapat 52 peratus undi rakyat. Gerombolan United Malays National Organisation hanya mendapat 47 peratus sahaja. Jumlah 47 peratus ini pun didapati dengan jalan tipu belit. Maka sah dan sahih PRU13 dimenangi dengan jalan tipu.

Wang RM2.6 bilion

Rahsia umum yang telah bocor ini menjadikan orang tertanya-tanya apa tindakan yang wajib diambil. Berita duit RM2.6 bilion ringgit ini menjadikan penyokong BERSIH marah.

Berita duit berbilion-bilion ringgit masuk ke dalam bank akaun peribadi suami Rosmah akhirnya dikumpulkan untuk menjemput satu juta orang ramai turun ke jalan raya pada 29 Ogos ini.

Pada ketika ini adalah mustahil masih ada warga Malaysia yang tidak  membaca atau mendengar tentang duit masuk ke dalam bank akaun suami Rosmah. Apakah masih ada yang tidak tahu tentang duit yang dikatakan duit derma ini? Mustahil.

Atau masih ada warga yang tidak percaya akan berita ini? Apakah rahsia umum ini tohmah? Apakah ini fitnah terhadap pemimpin Melayu? Atau satu fitnah terancang terhadap pemimpin Islam? Tidak.

Fakta yang saya tuliskan di sini telah muncul dalam akhbar Wall Street Journal. Fakta ini telah mendapat laporan semua media diseluruh dunia. Berita ini telah dilaporkan oleh semua portal berita di Malaysia.
Suami Rosmah menerima duit sebanyak RM2.6 bilion ringgit dari Tok Arab bukan cerita dongeng. Ini bukan dari Hikayat Seribu Satu Malam.

Berita duit RM2.6 bilion ini bukan fitnah. Jika berita ini hanya taburan fitnah kenapa suami Rosmah tidak menyaman akhbar Wall Stret Journal yang berpusat di New York ini? Kenapa hingga ke hari ini suami Rosmah senyap menikus? Walaupun pada awalnya menafikan hal duit ini. Malah bertempek marah mahu menyaman.

United Malays National Organisation dan konco-konconya menang dalam PRU13 dengan jalan tipu. Apa yang mengesahkan penipuan PRUI3 ini ialah kini telah ada bukti duit masuk. Duit sebanyak RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi suami Rosmah bertujuan untuk membuat kerja-kerja  pilihan raya.

Tutup bangkai

Malah sehari demi hari kes duit RM2.6 bilion ini semakin jelas. Setiap kali mulut menteri atau mulut pemimpin parti United Malays National Organistion dibuka, semakin kedengaran pelbagai hujah. Hinggakan ada hujah yang bercanggah sesama sendiri.

Pembodek dan penyokong suami Rosmah sedang cuba menutup bangkai gajah yang telah berulat dengan seluar dalam Rosmah Mansor. Sayugia diingatkan, walaupun seluar dalam Rosmah ini memang besar dan luas tetapi mustahil ianya dapat membungkus duit sebanyak RM2.6 bilion.

Saperti kata Tan Malaka, kaum tertindas memiliki senjata ampuh: Demonstrasi. Pandangan Tan Malaka ini adalah himpunan pengalamannya ketika rakyat Indonesia sedang berjuang menuntut merdeka dari Belanda.

Senjata ampuh turun ke jalan raya ini akan memberi tekanan kepada suami Rosmah. Demonstrasi BERSIH 4 menuntut suami Rosmah yang bernama Najib Razak mengundur diri dari kerusi perdana menteri.

Sayugia diterangkan di sini, tuntutan BERSIH ini bukan hanya hasutan jahat. Tidak ada agenda peribadi. Telah terbukti bahawa menuntut suami Rosmah mengundur sama selari dengan tuntutan Pemuda United Malays National Organisation bahagian Tampin.

Menuntut suami Rosmah berundur telah juga disuarakan oleh beberapa bahagian parti ketuanan Melayu dari Semporna Sabah. Ini juga tuntutan dari bahagian Kluang, Langkawi, Pasir Gudang dan paling akhir dari bahagian Pontian.

Menuduh BERSIH mahu menjatuhkan kerajaan adalah propaganda gelap untuk menakut-nakutkan orang ramai dari turun pada 29 Ogos ini. Propaganda gelap ini telah diperlekehkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah sendiri. Mengikut Ku Li, untuk menjatuhkan kerajaan perlu ada bala tentera.

Selamatkan Malaysia

Malah Rafidah Aziz bekas ketua Wanita dan bekas menteri kabinet turut sama mempertikaikan teori menjatuhkan kerajaan. Untuk Rafidah semua ini hanyalah alasan untuk mengalihkan pandangan rakyat dari menyedari bahawa ombak untuk menghalau suami Rosmah semakin ampuh.

Menolak suami Rosmah dari persada politik Malaysia bukan menjatuhkan kerajaan. Menuntut Najib Razak berundur dari menjadi perdana menteri Malaysia bukan satu jenayah. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi politikus boleh datang dan pergi. Kerusi menteri waima kerusi perdana menteri boleh diubah ganti.

Najib bin Abdul  Razak bukan seorang nabi yang diutus ke bumi ini.  Najib Razak hanyalah suami kepada Rosmah Mansor.

Himpunan 34 jam di Kuala Lumpur kali ini amat-amat strategik. Selain dari menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH juga menuntut agar ekonomi Malaysia diselamatkan.

Ekonomi dan politik Malaysia pada tahap ini sedang gawat. Ianya hanya dapat diselamatkan jika suami Rosmah dinyahkan. Justeru, saya menghasut para pembaca turun ke jalan raya untuk melakukan kebaikkan.


Rakyat tiada pilihan, terpaksa bantah di jalanan, kata Ambiga

Posted: 21 Aug 2015 07:33 AM PDT



DETIK DAILY

Bekas pemimpin Bersih 2.0 mempertahankan rancangan pergerakan itu untuk terus dengan perhimpunannya di Kuala Lumpur dan bandar lain menjelang sambutan Merdeka bulan ini, dengan berkata rakyat Malaysia tidak ada pilihan kecuali ke jalanan tatkala institusi dalam negara berantakan.

"Malaysia kini negara yang hanyut. Kerajaan sedang mengecewakan kita. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikompromi. Kedaulatan undang-undang sedang terhakis," kata Datuk Ambiga Sreenevasan, menulis pendapatnya dalam The New Yort Times.

"Rakyat Malaysia perlu ke jalanan untuk menuntut demokrasi kami dan jiwa negara kami," kata peguam itu, yang pernah memimpin perhimpunan berskala besar mendesak perubahan pilihan raya ketika mengetuai Bersih 2.0 di Kuala Lumpur sebelum ini.


Dalam tulisan pendapatnya, Ambina menyenaraikan siri cubaan untuk memperkecilkan kebebasan SPR, dengan terbaru ialah pelaksanaan persempadanan semula di Sarawak yang kontroversi, di mana negeri itu akan menjalani pilihan raya negeri tidak lama lagi.

"Sekali lagi, rakyat Malaysia berdepan risiko ditipu dalam pilihan raya," katanya, menambah kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Sarawak akan jadi perangsang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menjadi perhatian umum dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pendedahan berbilion ringgit masuk ke akaun bank peribadinya.

Seperti sebelum ini, pihak berkuasa mendesak perhimpunan itu berpindah ke stadium, sementara penganjur enggan berbuat demikian.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah sebaliknya berkata perhimpunan itu mampu menjadi pengukur kepada sokongan rakyat terhadap Najib.

Perhimpunan Bersih kali ini, yang keempat sejak 2007, akan diadakan selama 2 hari, dengan peserta merancang untuk berkhemah di kawasan berhampiran Dataran Merdeka, yang dimaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan ditutup kepada umum bagi menjalankan latihan dan persediaan sambutan Hari Merdeka.

Sementara itu, Ambiga mendesak pemimpin BN untuk menyertai perhimpunan itu, dengan berkata ia boleh menjalinkan hubungan antara mereka dengan masyarakat umum.

"Anda tidak tahu bagaimana rasanya berjalan bersama rakyat," kata aktivis peguam itu, yang kini mengetuai kumpulan kanan Hakam.

"Ia ada kuasa. Anda patut datang, walau hanya untuk berhubung dengan kami dan lihat bagaimana kami rasa. Anda mungkin tidak setuju dengan semua permintaan kami tapi anda akan tunjukkan walau apa pun, anda hormat hak kami untuk berkumpul dan bercakap," katanya-MalaysiaInsider 

GHB 'Rekrut' Pemuda PAS Hulu Langat

Posted: 21 Aug 2015 07:13 AM PDT

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
 
 
ghb
 
 
PETALING JAYA: Kebangkitan Gerakan Harapan Baru (GHB) di Selangor dilihat semakin agresif apabila lebih ramai pemimpin peringkat Kawasan PAS meletak jawatan.

Terbaharu, 10 Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat termasuk ketuanya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan masing-masing bagi menyertai GHB.

Bekas Ketua Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat, Mohd Burhanuddin Othman berkata, tindakan beliau dan sembilan yang lain berbuat demikian selari dengan keputusan pemilihan PAS sebelum ini yang menyaksikan seluruh pemimpin progresif dalam parti itu disingkirkan.

"Kami berpendirian ini adalah penyelesaian dan jalan keluar terbaik kepada konflik yang berlaku khususnya kesan daripada kempen agresif sebelum Muktamar baru-baru ini.

"Kami juga mengharapkan ukhuwwah sesama sahabat di dalam PAS berkekalan, walaupun kita berbeza pandangan dan pendekatan," katanya.

Pada 11 Ogos lalu, seramai 13 AJK Pemuda PAS Kawasan Shah Alam diketuai bekas naib ketuanya melepaskan jawatan bagi menyertai GHB yang bakal menubuhkan sebuah parti baharu yang dikenali sebagai 'Amanah'.

Susulan itu pada 19 Ogos lalu, seluruh kepimpinan tertinggi PAS Kawasan Kota Raja diketuai bekas Yang Dipertuanya (YDP), Jaafar Shamsuddin; bekas Timbalan YDP, Norhalim Sirom dan bekas Naib YDP, Dr Siti Mariah Mahmud meletak jawatan.

Mengikut jejak langkah mereka ialah 14 AJK membabitkan sembilan ketua cawangan dan AJK cawangan masing-masing.

Turut mengambil lalngkah sama ialah 18 AJK PAS Kawasan Shah Alam termasuk bekas YDP, Azli Yusof; bekas Timbalan YDP, Zulkifli Mohd Nani; Naib Naib YDP, Mohamad Jamil Abd Rahim; dan Ketua Pemuda, Helmi Radzuan.

Pengarah Ralat Harun Salim Bachik Tidak Sempat Tonton 'Jejak Warriors'

Posted: 21 Aug 2015 04:34 AM PDT

Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
 
 
Khairul Fahmi Che Mat (tengah) bersama teman-teman bola sepaknya yang turut terlibat dalam Jejak Warriors. FOTO: IZZRAFIQ ALIAS

 
PETALING JAYA: Pengarah filem Jejak Warriors iaitu Saw Teong Hin berasa ralat apabila salah seorang pelakonnya, Allahyarham Harun Salim Bachik  tidak berkesempatan menonton hasil lakonanya itu.

Justeru itu, Teong Hin  ingin mendedikasikan fiem berkenaan kepada Harun yang meninggal  dunia selepas rebah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah, Perak pada 8 Mac lalu.


Saw Teong Hin

"Walaupun dia (Allahyarham Harun) sudah pergi, tetapi semangatnya tetap bersama kami.

"Jejak Warrior merupakan filem ketiga kami bekerjasama dan tidak sangka ia adalah yang terakhir.

"Dia juga telah meninggalkan seni lakonan yang sangat mantap. Saya bersama produksi yang lain mahu mendedikasikan filem ini kepada Harun," katanya.

Teong Hin ditemui pada majlis pra tonton filem Jejak Warriors di Cathay Cineplex e@Curve di sini pada Khamis.

Barisan pelakon filem itu ialah Nadiya Nissa, Pekin Ibrahim dan Mohd Aliff Firdaus.

Turut serta pemain bola sepak pasukan The Red Warriors iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fitri Omar, Ahmad Fakri Saarani dan Wan Zaharulnizam yang turut hadir pada majlis tersebut.

SILA KLIK: Harun Salim Bachik Meninggal Dunia, Rebah Di R&R

Sementara itu, Teong Hin berkata, walaupun bukan seorang peminat tegar bola sepak, olahan skrip yang ditulis Alfie Palerno membuatkan dia mahu menjayakan karya tersebut.

Barisan pelakon Jejak Warriors.
 
"Filem-filem bola sepak yang pernah saya tonton selama ini selalunya tertumpu pada kisah individu atau sepasukan yang mahu mencapai kemenangan di padang atau dalam kehidupan harian.

"Jarang sekali saya lihat ada filem yang menyentuk semangat dan kesetiaan peminat terhadap kumpulan pemain bola.

"Saya percaya naskhah filem ini memberi kelainan sekali gus dapat menarik peminat menonton filem ini," ujarnya.

Jejak Warriors mengisahkan penggembaraan seorang remaja, Wan Raja untuk berjumpa dengan pasukan bola sepak pujaannya iaitu The Red Warriors.

Bapa Wan Raja adalah seorang penyokong nombor satu pasukan itu sehinggalah satu kemalangan berlaku yang telah menukar kehidupan keluarganya.

Filem terbitan U2 Media dan The Red Warriors ini bakal ditayangkan pada 27 Ogos nanti.

Zunar keluarkan buku ‘King Of Derma’

Posted: 21 Aug 2015 04:27 AM PDT

Oleh: Nadia Hanafi


PETALING JAYA- Zunar bakal menerbitkan buku terbarunya yang bertajuk 'King of Derma' yang akan dikeluarkan pada pertengahan bulan September akan datang.

Perkara itu dinyatakannya dalam satu sidang media pengumuman anugerah Hellman Hemmet yang diterimanya di Hotel Shah Village, di sini semalam.
Zunar King Derma
Katanya, buku yang dikeluarkan kali ini adalah berkonsepkan kartun untuk rakyat, tidak seperti buku-buku beliau yang lain mengenai kartun politik.

"Perbezaan politik kartun adalah kartun berkisarkan politik antara ahli politik tetapi kartun untuk rakyat ini adalah apa sahaja isu yang berkaitan dengan rakyat. Kita yang sengsara.

"Sebagai contoh duit RM2.6 billion itu adalah duit kita tetapi masuk ke dalam poket perdana menteri," katanya.

Sebelum ini, lima daripada buku beliau diharamkan oleh kerajaan Malaysia kerana didakwa isi kandungannya tidak sesuai untuk orang awam dan boleh mempengaruhi pembaca untuk menggulingkan kerajaan.

Selain itu, Zunar juga berkata, beliau mendapati bahawa di Malaysia orang ketawa sebagai tanda protes, jadi beliau akan menghasikan buku untuk mereka yang cenderung ke arah cara itu.

"Di Malaysia saya dapati gelak adalah salah satu jenis protes. Ada orang yang tidak mahu pergi ke BERSIH, kerana ada perkara yang menghalang seperti pekerjaan, tetapi kalau sediakan bahan, mereka akan gelak.

"Saya nak sediakan ini kepada pembaca di Malaysia dan ia adalah satu cara yang selamat, efektif untuk protes," katanya.

DAP sokong Bersih 4, mahu Najib letak jawatan

Posted: 21 Aug 2015 04:20 AM PDT

cec_dap

Roketkini.com


KUALA LUMPUR- DAP menyokong penuh perhimpunan Bersih 4 bermula 29 Ogos ini untuk menuntut pelaksanaan pilihanraya bersih, kerajaan bersih, hak untuk protes, memperkukuh sistem demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP yang bermesyuarat di sini malam tadi, dalam sokongannya kepada Bersih, mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap skandal "derma" RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Sekiranya beliau enggan meletak jawatan, DAP mahu undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dibuat di Parlimen.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mesyuarat malam tadi juga bersetuju untuk menuntut supaya skandal RM2.6 bilion itu tidak dikaburkan tetapi ditangani secara menyeluruh oleh sebuah jawatankuasa kebangsaan mengenai dana politik yang dicadangkan oleh Perdana Menteri sebagai prasyarat penyertaan DAP dalam jawatankuasa tersebut.

"DAP juga menuntut supaya Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Paul Low, meletak jawatan kerana cuba menutup skandal kewangan 1MDB sebanyak RM42 bilion dan skandal derma RM2.6 bilion, serta membelakangkan prinsip-prinsip ketelusan dan akauntabiliti yang pernah mereka janji untuk dipertahankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, DAP mencabar Najib untuk membuktikan komitmen beliau terhadap nilai-nilai integriti dan akauntabiliti dalam kehidupan awam dengan memastikan semua penjawat awam termasuk dirinya sendiri dan para Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri serta para Exco supaya mengisytiharkan harta sepertimana yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Selain itu, DAP turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa peristiwa letupan bom di Bangkok, Thailand yang mengakibatkan kematian 20 orang termasuk 7 orang warga Malaysia. – Roketkini.com


Bersih, Cekap dan Amanah: Slogan ciptaan BN, kini dibenci BN

Posted: 21 Aug 2015 04:18 AM PDT

lim guan eng 2

Roketkini.com


KUALA LUMPUR:  Lebih 30 tahun lalu, kerajaan persekutuan Barisan Nasional memperkenalkan slogan. "Bersih, Cekap dan Amanah". Hari ini BN menganggap slogan itu bertentangan dengan kepentingan negara.

Kontroversi itu bermula apabila Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, sebagai agensi Persekutuan, melarang sekolah-sekolah di negeri itu daripada menyertai sambutan Merdeka anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang pada 31 Ogos ini.

Arahan tentang larangan itu dikeluarkan kerana tema sambutan Merdeka di Pulau Pinang pada tahun ini "Bersih, Cekap dan Amanah" dianggap sensitif kerana mempunyai perkataan "Bersih".

Ini adalah kerana perkataan "Bersih" itu telah dikaitkan oleh pihak Jabatan Pelajaran dengan perhimpunan Bersih 4 yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan ringkas hari ini, menegaskan bahawa tema Merdeka bagi negeri adalah Bersih, Cekap dan Amanah, dan beliau telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus, untuk memaklumkan kepada Kementerian Pelajaran.

"Jika mereka mengharamkan (penyertaan sekolah), kita akan mengambil tindakan lanjut. Biarlah mereka isytihar BCA (Bersih, Cekap dan Amanah) sebagai haram," katanya.

Sementara itu, Ketua Sosialis Muda DAP Kebangsaan, Teo Kok Seong, mengutuk  sekeras-kerasnya tindakan Kementerian Pelajaran.
Screenshot_2015-08-21-13-42-19-2 
"Saya telah mendapat penjelasan melalui twitter daripada YB Chong Sin Woon selaku Timbalan Menteri Pelajaran bahawa larangan tersebut adalah disebabkan tema Hari Kemerdekaan mempunyai perkataan "Bersih" serta ia dilihat Kerajaan Pulau Pinang mempolitikkan Hari Kemerdekaan.

"Adalah amat jelas sekali arahan larangan ini bermotif politik, ataupun menerima tekanan dari pihak yang tertentu," kata beliau.

Menurutnya, Kementerian Pelajaran melampau kerana terlalu sensitif dengan perkataan "Bersih" sedangkan Bersih, Cekap dan Amanah sentiasa dititikberatkan oleh semua agensi kerajaan pusat dan kerajaan negeri sejak lebih 30 tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah mahu Kementerian Pelajaran menarik balik arahan larangan tersebut agar pelajar sekolah dapat menyertai perarakan tahun itu.

Timbalan Menteri Pelajaran II, P. Kamalanathan, pula menyatakan "Bersih" sebagai tema Merdeka di Pulau Pinang adalah berbahaya, dan bertentangan dengan kepentingan negara.

Menurut laporan media, beliau menyatakan arahan Kementerian adalah berikutan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara.

"Bersih, Cekap dan Amanah" adalah slogan yang dilancarkan pada 1982 di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang diselaraskan dalam konsep "Kepimpinan Melalui Teladan" yang menjadi teras kepada pentadbiran kerajaan BN. 

Kini kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak dilanda pelbagai skandal seperti skandal RM42 bilion 1MDB dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, yang telah membangkitkan kemarahan rakyat. – Roketkini.com


Sekolah di Pulau Pinang dilarang sertai sambutan Hari Kemerdekaan anjuran kerajaan negeri

Posted: 21 Aug 2015 04:15 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Semua sekolah di Pulau Pinang diberi arahan agar tidak menyertai perarakan atau sambutan Hari Kemerdekaan anjuran kerajaan negeri itu sehingga satu arahan lain dikeluarkan. 
 
Ini berikutan tema 'BERSIH' yang dipilih kerajaan negeri berkenaan disifatkan sebagai sensitif.
 
Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Osman Hussain, yang dipetik Berita Harian mengesahkan pekeliling Jabatan Pendidikan negeri mengenainya sudah dikeluarkan semalam. 
 
"Kita tidak mahu institusi pendidikan di negeri ini dicemari, dibayangi atau dikaitkan dengan pemikiran tidak sihat yang diketengahkan pemimpin politik di negeri ini," katanya sambil menambah, pihaknya masih menunggu 'lampu hijau' daripada kementerian berhubung perkara berkenaan.
 
Ujar Osman, jika kementerian memberikan lampu hijau, maka tidak ada masalah untuk sekolah menyertai sambutan kerajaan negeri.
 
Sebaliknya jika keizinan tidak diberi, sekolah akan mengadakan sambutan Hari Merdeka di kawasan sekolah masing-masing.
 
Perhimpunan Bersih 4.0 dijadualkan akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada 29 dan 30 Ogos ini.
 
Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih itu bertujuan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak melepaskan jawatan ekoran dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 


Linda Onn, Suria FM diperintah bayar ganti rugi RM50,000 kepada MOY

Posted: 21 Aug 2015 04:11 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



PKR perlu 25 ahli Parlimen BN untuk singkir Najib

Posted: 21 Aug 2015 04:06 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



PKR gesa rakyat sertai Bersih 4, sahut cabaran Najib ambil mandat jadi PM

Posted: 21 Aug 2015 04:04 AM PDT



Peletakan jawatan AJK PAS kawasan boleh diganti pemimpin baharu

Posted: 21 Aug 2015 03:59 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Umno Johor raikan kepelbagaian pendapat sewaktu Najib cuba kawal Internet

Posted: 21 Aug 2015 03:43 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER




Umno Johor raikan kepelbagaian pendapat sewaktu Najib cuba kawal Internet




Pengerusi Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin yakin pemimpin baik adalah yang meraikan kerencaman idea dan pendapat serta tidak mendirikan pagar feudal dan hierarki dalam lapangan idea. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.Pengerusi Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin yakin pemimpin baik adalah yang meraikan kerencaman idea dan pendapat serta tidak mendirikan pagar feudal dan hierarki dalam lapangan idea. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.Sewaktu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba memperkenalkan kawalan Internet atas alasan mengawal fitnah, Pengerusi Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula menyeru ahli partinya di Johor agar menyokong pemimpin yang meraikan kepelbagaian pendapat.
Nada berbeza dalam mesej beliau itu dilihat sebagai satu kesinambungan kepada kritikan halus dari negeri selatan tanah air susulan pemecatan pemimpin negeri itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan perdana menteri, hujung Julai lalu.
"Bagi Umno Johor, kami sentiasa yakin pemimpin yang baik adalah yang meraikan kerencaman idea dan pendapat. Yang tidak mendirikan pagar feudal dan hierarki dalam lapangan idea dan pemikiran.

"Sebaliknya, pemimpin yang menyediakan segala landasan yang luwes, bebas dan terbuka. "Saya percaya, perkara ini lebih menggambarkan secara benar dan jujur budaya Umno. Budaya keterbukaan dan kesediaan meraikan perbezaan," kata Khaled memetik butiran percakapan bertulis beliau sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Umno Kota Tinggi petang ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-johor-raikan-kepelbagaian-pendapat-sewaktu-najib-cuba-kawal-internet#sthash.D1072QpT.dpuf

Najib hendak kawal Internet setelah dia menjadi mangsa

Posted: 21 Aug 2015 01:38 AM PDT

MSO

 
Kata orang setelah teratuk baru hendak mengadah, begitulah keadaan dialami Naji Razak kini yang membayangkan cadangan untuk menyekat kebebasan laporan dalam Internet. Menurutnya kerajaan bercadang untuk melaksanakan standard antarabangsa bagi mengawal selia Internet.

Macam manahkah standard antarabangsa itu?

Kita faham kenapa Najib baru menyedari perkara itu sekarang ini dan tidak sebelum ini. Jawabanya kerana beliau sudah merasai kesakitan akibat kebebasan Internet atau cara rakyat negara ini mengamalkan kemudahan berkenaan. Kebebasan Internet tidak mengikut standard antarabangsa telah memakan dirinya?

Pendedahan cerita busuk mengenai skandal 1MDB sangat-sangat memakan diri Najib.

Sebelum ini ketika orang lain menjadi mangsa Internet, Najib hanya diam membisu dan seolah-olah mepercayai apa yang dilaporkan. Misalnya apa diterima dan dialami oleh bekas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dimana moralnya dijatuhkan menerusi Internet, Najib dan kerajaan tidak pun berkata apa-apa mengenai hal itu.

Najib memerhati dengan penuh senyuman dan dalam hati berkata mujur.

Bahkan laporan dan pendedahan fitnah menerusi Internet mengenai rendah moral Anwar dipetik disiarkan pula oleh akhbar kebangsaan yang kononnya mempunyai integriti, sebenarnya menjadi lidah kepada Umno sendiri. Najib jelas doubles standard dalam hal ini bertindak apabila sesudah ia terkena ke atas batang hidungnya.

Tindakan Najib sebegini bukan menggambarkan seorang pemimpin yang adil jauh sekali yang mendahului kehendak rakyat seperti mana yang dihemburkan dalam slogannya.

Secara peribadi memang saya setuju kalau penggunaan Internet dan penyiaran laporan berkaitan seseorang dikawal bagi mengelakkan terjadi penganiyaaa melampau. Tidak dinafikan fitnah berlambak-lambak dalam Internat dan ia mudah dipercayai. Kerana tidak ada kawalan dari segi menilai berita dilaporkan daripada penggunaan menyebabkan fitnah dianggap satu kebenaran.

Untuk melakukannya juga mudah kerana tiada kawalan. Oleh kerana itu kawalan, tetapi kalau hendak dilaksanakan bukan setelah diri kita terkena dengan fenomena Internet, tetapi buatlah secara menyeluruh dan untuk kebaikan bersama.

Najib dalam hal ini bukan sahaja perlu menyelamatkan dirinya tetapi diri orang lain sama. Untuk itu beliau harus juga membuat kenyataan bahawa setiap laporan yang dilemparkan ke atas diri Anwar Ibrahim atau mana-mana tokoh sebelum ini adalah mangsa kebebasan Internet seperti mana yang beliau rasai kini.

Dalam pada itu kerajaan selain daripada cuba mengekang kebebasan Internet demikian perlu juga memperkenalkan tatacara atau piagam untuk melayani setiap laporan Internet sebelum dipercayai. Rakyat atau waga Internet juga perlu diberi kesedaran dan kefahaman menggunakan, menerima atau mengakses laporan Internet secara benar dan bertanggungjawab.

Kumpulan siswa umum demo anti-Najib 24 Ogos

Posted: 21 Aug 2015 01:36 AM PDT

MALAYSIAKINI





Sekumpulan mahasiswa hari ini mengumumkan akan mengadakan perhimpunan #LangkahSiswa di depan parlimen pada 24 Ogos ini bagi menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Kumpulan itu, yang menamakan diri mereka Gerakan Mahasiswa Selamatkan Negara, juga menuntut penjelasan dalam isu 1MDB serta mahu sidang khas bersama anggota parlimen kerajaan dan pembangkang.

"Kami akan terus (berdemonstrasi), tetap dengan keputusan serta tuntutan kami sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi respons," kata pengerusi kumpulan itu Muhammad Luqman Nul Haqim Zul Razali.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di perkarangan Bank Negara di Kuala Lumpur sebentar tadi.
Muhammad Luqman berkata apa yang berlaku hari ini "mencacatkan sistem demokrasi negara" gara-gara tindakan seorang pemimpin yang cuba mempertahankan hayat politiknya.

Katanya, keadaan itu akhirnya memberi kesan buruk kepada ekonomi negara sehingga berlakunya krisis ekonomi dan kejatuhan nilai ringgit.

"Perhimpunan itu nanti adalah tanda hilangnya kepercayaan mahasiswa terhadap Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia," ujarnya lagi.

Aktivis mahasiswa sebelum ini pernah mengancam mengadakan demonstrasi besar-besaran jika Najib tidak memberikan penjelasan meyakinkan terhadap laporan The Wall Street Journal (WSJ) ke atasnya.

Sementara itu, aktivis mahasiswa Muhammad Faizuddin Ghazali mendesak pihak Universiti Antarabangsa Malaysia (UIA) menarik semula hukuman gantung pengajian dua pemimpin pelajar yang mengadakan perhimpunan bagi menyatakan bantahan terhadap universiti, Mei lalu.

Katanya, mahasiswa tidak teragak-agak mengadakan demontrasi besar-besaran pada September depan sekali gus menuntut rektor UIA meletak jawatan sekiranya pihak universiti enggan membatalkan hukuman berkenaan.


Transaksi RM42 juta: PM belum jelaskan

Posted: 21 Aug 2015 01:34 AM PDT

MALAYSIAKINI





Datuk Seri Najib Razak belum menjelaskan kepada pemimpin Umno mengenai wang RM42 juta yang dimasukkan ke akaun persendiriannya oleh anak syarikat SRC International.

Ditanya mengenai kemungkinan wang berkenaan adalah sumbangan derma, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata: "Saya tak tahu. Ia terserah kepada beliau (Najib)".

SRC International adalah sebuah firma milik Kementerian Kewangan yang diketuai Najib. Ia juga pernah menjadi anak syarikat 1MDB.

Laporan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu melaporkan, sejumalh RM50 juta dipindahkan dari SRC International kepada anak syarikatnya, Gandingan Mentari sebelum dialihkan kepada satu lagi anak syarikat, Ihsan Perdana.

Ihsan Perdana kemudian memindahkan RM42 juta ke akaun Najib.

Transaksi itu dilakukan antara Disember 2014 dan Februari tahun ini.


Ramlang bukan 'Ustaz Pampers'

Posted: 21 Aug 2015 01:33 AM PDT

MALAYSIAKINI





Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan yang hadir di majlis sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan pada Ogos 2005 lalu kini mendakwa menjadi mangsa fitnah.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ramlang Porigi berkata, ada pihak tertentu menyamar sebagai dirinya untuk menjual lampin pakai buang secara dalam talian.

Pihak itu, katanya, menggunakan akaun Ustaz Pampers untuk menjual lampin pakai buang di Facebook.

Individu itu juga, kata Ramlang, dipercayai menipu orang ramai dengan mengambil bayaran tetapi tidak menyerahkan lampin pakai buang seperti dijanjikan.

"Lewat petang semalam saya dimaklumkan oleh rakan, ada orang guna gambar saya dengan dan menamakan dirinya sebagai Ustaz Pampers.

"Saya tak pernah jual pampers (lampin pakai buang) atau menggunakan nama Ustaz Pampers.

"Saya harap orang ramai tidak tertipu," katanya.

Ketika Saiful Bukhari membacakan sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan mendakwa dia diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ramlang adalah salah seorang pegawai masjid yang hadir.

Ramlang muncul di pentas pembangkang ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008 menyebabkan beliau dipecat.

Ramlang berkata, pihak yang menjadi mangsa penipuan itu dinasihat segera membuat laporan kepada polis bagi membolehkan siasatan dibuat.

Beliau sendiri membuat aduan di Balai Polis Salak Selatan Baru, Cheras petang semalam bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil sekali gus membersihkan namanya.

"Saya harap pihak yang terlibat segera hentikan perbuatan tersebut, berhenti menggunakan gambar saya," katanya lagi.

Semakan Malaysiakini mendapati akaun Ustaz Pampers di Facebook gagal dtemui sejak jam 11.30 pagi tadi.


Dr M: Adakah Najib membeli pemimpin Umno?

Posted: 21 Aug 2015 01:28 AM PDT

MALAYSIAKINI






Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Datuk Seri Najib Razak 'membeli' Ahli Parlimen BN yang bersifat kritikal terhadap bekas perdana menteri itu, termasuk seorang yang mendakwa memiliki bukti salah laku Presiden Umno tersebut.

Dalam tulisan terbaru di blog beliau, Dr Mahathir berkata, Ahli Parlimen BN kini terhutang budi kepada Najib selepas mereka diberikan - dan menerimanya - jawatan dalam kerajaan.

"Malah mereka yang pernah datang berjumpa saya untuk mengadu mengenai pentadbiran Najib sebelum ini, selepas diberi jawatan dalam kerajaan, kini mengubah pendiriannya.

"Seorang daripada mereka mendakwa memiliki bukti dokumentari salah laku Najib, kini dengan gembira menyokong beliau (Najib) selepas menjadi menteri," tulis perdana menteri keempat Malaysia itu.

Menurut Dr Mahathir, ahli parlimen yang lain juga berubah sikap selepas "rundingan singkat tertutup dan ditawarkan habuan".

"Shahrir Abdul Samad (Presiden Majlis Ahli Parlimen BN) sekarang mendakwa menerima wang daripada presiden adalah wajar.

"Ia (menerima wang) sangat tidak wajar. Semua sumbangan pada masa lalu dimasukkan ke tabung parti yang dikendalikan pemegang amanah. Sokongan kepada presiden hanya terhad kepada pelaksanaan dasar parti. Ia bukan bersifat peribadi kepada presiden.

"Dia (Shahrir) secara terbuka berkata, disebabkan mendapat wang daripada Najib mereka sepatutnya memberikan sokongan kepada beliau. Ini rasuah. Adakah presiden merasuah pemimpin Umno untuk mendapatkan sokongan?" tanya Dr Mahathir.


Lapor polis kad jemputan palsu program PM

Posted: 21 Aug 2015 01:26 AM PDT

MALAYSIAKINI




Umno bahagian Kuala Nerus membuat laporan polis berhubung penyebaran kad jemputan palsu di laman sosial bersempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke daerah ini pada hari Sabtu.

Timbalan Ketua Umno bahagian Kuala Nerus, Datuk Basir Ismail yang membuat laporan polis itu berkata bahagian itu tidak terlibat sama sekali dalam penyebaran kad itu.

Katanya penyebaran kad itu berniat jahat dan mahu mensabotaj program Najib iaitu pemimpin bersama rakyat dan perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kuala Nerus.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Gong Badak pada jam 5.15 petang. Turut hadir di balai polis ialah naib ketua bahagian itu Apli Yusof.- Bernama

Penstrukturan air Azmin lebih mahal dari Khalid

Posted: 21 Aug 2015 01:24 AM PDT

 
Menteri Besar perlu membentangkan sepenuhnya pecahan jumlah RM9.65 bilion yang digunakan untuk pengambilalihan atau penstrukturan air Selangor.


che,azmin


PETALING JAYA : Pelan Penstrukturan air yang dirombak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali lebih mahal berbanding dengan yang dibuat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam kenyataannya mempersoalkan jumlahnya yang mencecah RM9.65 bilion, sedangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dimaklumkan, ia hanya melibatkan kos RM2 bilion.

Pegasasnya, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard membangkitkan persoalan ke mana perginya RM7.65 bilion.

"Azmin perlu menjelaskan ini, jika tidak ia tidak dapat mengelakkan persepsi ada 'kick back' dalam urus niaga ini.

"Kegusaran rakyat lebih lagi apabila Kerajaan Selangor melupakan janji di mana rakyat Selangor boleh memiliki saham syarikat air tetapi kini janji itu telah bertukar kepada kemungkinan kenaikan tarif tidak dapat dielak dan kemungkinan tiada lagi skim air percuma," katanya.

Sementara itu, mengulas isu lain, Chegubard berkata kewujudan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang merupakan sebuah syarikat baru di luar Menteri Besar Incoperated (MBI) bukan sahaja mengundang kritikan daripada pembangkang tetapi sekutu parti itu sendiri iaitu, Pas dan DAP.

"Diteliti dari daftar Syarikat, DEIG diterajui oleh dua orang yang terlibat di dalam MBI, maka ini makin pelik kenapa orang yang sama di dalam MBI membuka sebuah syarikat lain untuk menguruskan pelaburan Selangor.

"Dua kemungkinan wujud ialah Azmin ingin mewujudkan sebuah entiti perniagaan tanpa audit langsung dari kerajaan negeri untuk mudah melakukan 'sesuatu' atau dia bersikap paranoid melampau dan mahu dilihat berbeza dengan Menteri Besar sebelum ini," katanya.

Menurutnya, jika hanya untuk melihat kedua-dua syarikat itu berbeza, Azmin membazirkan wang rakyat dengan membuka satu lagi syarikat dan ia merupakan satu kebiadapan selaku pemimpin.

"Kenyataan Azmin menyalahkan konon serangan ini ada pihak luar yang arah tidak ubah seperti perangai pemimpin UMNO, BN. Mengelak dengan menyalahkan orang lain. Ia cukup berbunyi seperti (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)," tegasnya.

Nik Abduh sindir ahli Pas keluar parti

Posted: 21 Aug 2015 01:20 AM PDT

 
Dia menyifatkan keputusan berkenaan telah meringankan beban parti itu


nik-abduh-4


PETALING JAYA : Tindakan mereka yang mengisytihar keluar parti dan melepaskan jawatan yang disandang dalam Pas satu penyelesaian mudah kepada parti itu.

Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan keputusan berkenaan telah meringankan beban parti Islam itu.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya, dia dengan sinis menyindir mereka yang terbabit.

"Dalam maklumat yang saya perolehi secara rasmi, masih ada yang belum isytihar. Untuk memudahkan, saya berharap mereka memilih jalan yang sama. Ia membantu kedua-dua pihak yang bertelagah.

"Pas Shah Alam misalnya, bertindak cepat mengisi kekosongan. Begitu juga kawasan-kawasan yang telah dikosongkan dan akan dikosongkan selepas ini. Saya doakan Pas akan kembali teguh berperanan di dalam masyarakat seperti asalnya," katanya.

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menambah, selepas pemilihan pada Muktamar Pas yang lalu, masalah dalaman parti itu semakin pulih.

"Dapatan rasmi menunjukkan Pas semakin bersatu setiap hari selepas krisis yang melanda pasca muktamar baru-baru ini.

"Malah, lebih menggembirakan, banyak Pas kawasan yang ditanda dan dilihat keliru dan bertitik panas telah menunjukkan respon dan tindak balas sebaliknya.

"Saya ucapkan tahniah khas kepada Pas Johor, Selangor dan Perak, tiga negeri besar yang begitu kuat diserang oleh rakan GHB, tetapi mereka bertindak balas menolak fitnah dan tohmahan yang dilemparkan dengan menampilkan sikap istiqamah yang tinggi," katanya.

Tiada ulasan: