Ahad, 2 Ogos 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


JIKA RM2.6B UNTUK DANA PILIHANRAYA, KENAPA AKAUN BANK NAJIB DITUTUP?

Posted: 02 Aug 2015 05:25 AM PDT

shahbudindotcom






Siapa bodoh? Siapa diperbodohkan? Dan siapa merelakan dirinya dibodohkan?

Jawapan kepada semua persoalan itu mungkin akan diketahui oleh kita semua tidak berapa lama lagi.

Tetapi ketika itu adakah yang berani menunjalkan seseorang sebagai bodoh atau lebih rela memperbodohkan diri sendiri sebagai bodoh sekali lagi?

Ketika mula-mula The Wall Street Journal atau WSJ membuat dakwaan mengenai wang RM2.6 bilion yang dikatakan mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak, sementara ramai mahu tahu kebenaran dakwaan itu, kumpulan pro beliau pantas mengatakan ia adalah fitnah dan dusta.

Pelbagai hujah dan alasan dicari, termasuk ejaan nama Najib pada slip bank yang dikatakan tidak betul juga diambil kira untuk mengukuhkan dakwaan itu tidak benar belaka.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan pantas menafikan dakwaan WSJ itu dengan mengatakan Perdana Menteri tidak begitu bodoh untuk berbuat demikian

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, beliau berkata, "Perdana Menteri bodoh mana yang akan mengambil RM2.67 bilion daripada dana kerajaan untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

"Ia tidak munasabah langsung. Jika benar, ia adalah kebebalan yang terlalu amat sangat," katanya lagi.

Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din turut mengatakan kemasukan dana ke dalam akaun peribadi tidak masuk akal, sebaliknya mengatakan jika Najib mahu melakukannya, ia pasti disalurkan melalui akaun rahsia.

Semakin lama isu itu menjadi mainan media dan perbualan ramai, ditambah dengan Najib tidak berani tidak berterus terang mengenainya, sebaliknya hanya berkata "tidak pernah menggunakan wang 1MDB untuk kepentingan peribadi", ia kemudian bertukar sebagai konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan menggulingkan kerajaan pula.

Berdegar-degarlah "burung belatuk"  mengulangi cakap-cakap bahawa konspirasi ini sebenarnya juga bermatlamat menjatuhkan kepimpinan Melayu dan Islam di negara ini. Ayoyo....

Susulannya Sarawak Report disekat oleh SKMM dan akhbar perniagaan The Edge digantung permitnya. Tuntutan penjelasan juga dikemuakan kepada WSJ , cuma belum diketahui khabar beritanya sehingga ini sama ada saman akan dikemukakan atau tidak.

Apabila Muhyiddin Yassin membangkitkan isu tersebut  di mesyuarat perwakilan UMNO Cheras dengan meminta Najib sendiri memberi penjelasan mengenainya sehingga akhirnya dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, apa pula "entah burung jenis apa"  berbunyi mengatakan wang dalam akaun Najib adalah hak peribadinya dan Muhyiddin atau sesiapa saja tidak berhak untuk ambil tahu tentangnya.

Menteri yang baru dilantik, Azalina Othman Said pula berkata, wang RM2.6 itu bukan isu benar kerana ia hanya melibatkan penderma dan penerima saja.

Ehh...daripada fitnah, Najib bukan bodoh dan konspirasi dan berbagai hujah pembelaan lain, tiba-tiba semuanya bertukar nada seolah-olah wang RM2.6 bilion itu benar-benar pernah masuk dalam akaun Perdana Menteri.



Sehari dua ini, ia bertukar lagi. Wang itu dikaitkan pula sebagai dana politik kepada seorang ketua parti untuk mengurus pelbagai perkara seperti pilihanraya, pentadbiran dan sebagainya.

Sekali lagi Azalina dan Abdul Rahman Dahlan tampil bersuara. Azalina mengatakan, mana-mana ahli politik bebas menerima sumbangan atau dana daripada luar, manakala Abdul Rahman pula berhujah bahawa perlembagaan UMNO membenarkan akaun amanah atas nama presiden.



Najib pula, walaupun belum berani mengakui kemasukan wang itu ke dalam akaun peribadinya, juga berkata sedia mendedahkan penyumbang dana untuk UMNO jika parti-parti pembangkang juga sanggup berbuat demikian.

Tidak sukar memahami jalan cerita yang sedang dikarang mengenai isu RM2.6 bilion ini susulan babak pemecatan Muhyiddin, pertukaran Peguam Negara, perlantikan ramai daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menganggotai kabinet dan penangkapan tiga orang pada semalam atas dakwaan menjalankan aktiviti mengganggu demokrasi berparlimen.

Penutup ceritanya juga mungkin sudah boleh dijangka oleh sesiapa saja selepas ini.

Cuma, yang menjadi kemusykilan dan tanda tanya ialah mengapa dua akaun bank milik Najib sebagaimana yang disahkan oleh Gani Patail itu sudah ditutup?

Kalau ia akaun amanah atas nama presiden UMNO dan dibenarkan oleh perlembagaan, kenapa perlu ditutup? Bukankah ia perlu dikekalkan?

Bagaimana penderma mahu menderma lagi untuk pilihanraya ke 14 nanti jika akaunnya sudah ditutup? Atau kena buka akaun lain pula?

Kenapa baru sekarang mahu mengaitkannya dengan dana pilihanraya? Kenapa tidak sejak awal lagi? Baru terfikir agaknya dan siapa yang memberi idea ini?

Sebab itu, Najib semalam mengatakan beliau lebih memerlukan kesetiaan daripada kecerdikan, walaupun rakyat hakikatnya mengharapkan pemimpin yang mengurus negara ini lebih pandai dan cerdik daripada mereka.

Kesetiaan secara logiknya sentiasa boleh diperbodohkan jika tanpa kecerdikan, manakala kecerdikan tidak mudah diperkotak-katikkan dan dijadikan kesetiaan kalau tidak disertai kebenaran.



Jika mengikut logik Ahmad Maslan, kiranya terbukti wang RM2.6 bilion itu benar-benar wujud dan diakui betul tidak lama lagi tetapi bertukar kononnya sebagai dana pilihanraya, siapa yang bodoh sebenarnya?

Harapnya kita semua tidak bodoh ketika mana tiba waktunya untuk membuat pilihan nanti. 

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut

Posted: 02 Aug 2015 05:14 AM PDT

SINAR HARIAN


Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut
Foto Facebook DAily TRaffic REport 
 
 
IPOH - Seorang lelaki terbunuh apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Jabatan Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai Mazlan Shaari berkata Norhazman Kassim, 50, dari Jalan Markisa, Kampung Jambu di Taiping, yang cedera parah, meninggal dunia di tempat kejadian.

Insiden itu berlaku pada 11 pagi apabila mangsa, yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Cameron Highlands, dikatakan bertembung sebuah kereta dari arah bertentangan, katanya ketika dihubungi.

Mazlan berkata akibat pertembungan itu, mangsa tercampak ke atas jalan raya manakala motosikalnya musnah terbakar sementara pemandu kereta terbabit hanya cedera ringan.

Beliau berkata anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan kebakaran.

Katanya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Polis yang mengesahkan nahas itu berkata punca kejadian sedang disiasat. - Bernama



SPRM perlu sokongan masyarakat untuk memerangi rasuah

Posted: 02 Aug 2015 05:03 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KANGAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan dan kerjasama masyarakat untuk memerangi kegiatan rasuah di negara ini.
 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, walaupun tahap kerjasama itu memberangsangkan sejak kebelakangan ini, namun ia boleh dipertingkatkan lagi.
 
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis penerangan dan dialog SPRM bersama masyarakat Cina di Wisma MCA di sini Sabtu malam.
 
Mustafar berkata orang ramai tidak perlu takut memberi maklumat kepada SPRM kerana nama mereka dirahsiakan.
 
Mengenai usaha pembanterasan rasuah di sempadan, beliau berkata perkara itu juga diberi tumpuan dengan kerjasama agensi-agensi penguat kuasa berkaitan.
 
Mustafar berkata, SPRM akan menyiasat secara telus setiap maklumat yang diterima dan tindakan pendakwaan terserah kepada Jabatan Peguam Negara.
 
Sementara itu, semasa menutup majlis perjumpaan itu, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berharap melalui program sedemikian akan menyedarkan masyarakat di negeri ini pentingnya peranan mereka membantu SPRM memerangi rasuah.
 
Katanya, rasuah harus dibanteras habis-habisan kerana amalannya boleh mengancam keselamatan negara dan menyekat pembangunan.-- BERNAMA
 

Tindakan perlu diambil melalui saluran yang betul - Hishamuddin

Posted: 02 Aug 2015 05:00 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BATU CAVES: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata sebarang tindakan disiplin perlulah melalui saluran yang betul. 
 
Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang menyuarakan kemungkinan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dikenakan tindakan itu selepas 'pendedahan' isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Malah Menteri Pertahanan itu juga menyifatkan kenyataan Aziz itu sebagai pandangan peribadi semata-mata dan tidak menggambarkan pandangan semua ahli MT.
 
"Itu pandangan peribadi dia (Kaprawi). Itu tidak menggambarkan pandangan saya dan ahli MT yang lain. Itu juga mungkin bukan pandangan Lembaga Disiplin.
 
"Kita ada saluran yang betul, kalau Lembaga Disiplin nak ambil tindakan sekalipun, mestilah kena melalui saluran yang betul," ujar Hishammuddin pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu di Kompleks Darul Kifayah di sini, hari ini.
 
Tambah Hishammuddin, berkemungkinan Jawatankuasa Disiplin tidak akan terikat kepada pandangan MT.
 
"Mungkin (Jawatankuasa Disiplin) ada pandangan yang lain. Kita serahlah kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab," ujar Hishammuddin.
 
Terdahulu, Aziz berkata Muhyiddin berkemungkinan berhadapan dengan tindakan disiplin selepas tersebarnya video yang mendedahkan kenyataannya mengenai pemindahan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
 
"Dia reveal maklumat tidak sahih kepada pembangkang. Ia berlaku dalam rumah dia. Seolah diatur kecuali ia berlaku luar rumah," petik kata Aziz. 
 
Sementara itu Hishamuddin yang ditanya berkenaan pandangan peribadi beliau terhadap kenyataan Muhyiddin dalam video berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
 
"Saya (sebahagian) ahli (Jawatankuasa) Pengurusan, dan biarlah saya bincang dengan (Jawatankuasa) Pengurusan," ujarnya ringkas.
 
Terbaru, video pendek berdurasi 57 saat yang dimuat naik di portal berita Malaysiakini menunjukkan, Muhyiddin sedang berbual dengan beberapa tetamu antaranya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir di kediamannya selepas digugurkan dari Kabinet, Selasa lalu.
 
Dalam perbualan mereka itu, Muhyiddin dilaporkan menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengakui kepadanya bahawa terdapat sejumlah besar wang dipindahkan ke akaun peribadinya.
 
 

Muhyiddin: Saya tak akan 'membisu' mengenai 1MDB

Posted: 02 Aug 2015 04:58 AM PDT

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
KLUANG : Tan Sri Muhyiddin Yassin berikrar untuk terus bersuara mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun menanggung risiko digugurkan sebagai Timbalan Presiden Umno setelah dipecat daripada Kabinet  Selasa lalu.
 
Ketika merasmikan mesyuarat agong Umno Kluang di sini, Muhyiddin berkata beliau menolak nasihat rakan-rakannya supaya "membisu" mengenai isu 1MDB.
 
"Mereka kata saya bukan lagi Timbalan Perdana Menteri lagi, jadi buat apa nak cakap pasal 1MDB. Saya kata, biarlah."
 
"Mereka kata, manalah tahu selepas saya tidak lagi dalam jawatan kerajaan, ada pihak nak cari salah supaya jawatan saya sebagai Timbalan Presiden digugurkan," kata beliau.
 
"Jadi, bagaimana saya nak cakap... Tutup mulut dan berdiam diri? Takkan saya nak membisu... Saya harus bercakap, kerana ini tugas."
 
"Kalau orang politik tidak boleh bercakap, dia tidak boleh jadi ketua," tambah beliau.
 
Muhyiddin berkata beliau membicarakan isu 1MDB secara terbuka bukan dengan "berniat jahat tetapi berniat baik."
 
"Apa yang saya lakukan selama ini (adalah) supaya perjuangan parti terus kekal."
 
"Selama 41 tahun bersama UMNO dan 37 tahun dalam kerajaan, (setelah) menghadiri ribuan majlis dan memberikan pelbagai ucapan, memang sukar untuk saya mendiamkan diri," kata Muhyiddin.
 
Ahli Parlimen Pagoh itu digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran setelah beliau secara terbuka menuduh kerajaan dan Datuk Seri Najib Tun Razak lembab dalam menangani isu 1MDB.
 
Syarikat milik penuh kerajaan itu dibeban hutang RM42 bilion ringgit dan menjadi senjata politik pembangkang untuk menjatuhkan pentadbiran Najib.
 
Perdana Menteri sebelum ini menegaskan beliau tidak dapat menerima tindakan pemimpin kerajaan untuk melontar tohmahan terhadap  isu 1MDB di pentas terbuka  dan bukan menggunakan saluran parti dan kerajaan.
 
Turut digugurkan daripada Kabinet Najib adalah Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang juga lantang mengungkit isu 1MDB di forum terbuka.
 
Perdana Menteri  menolak tanggapan kerajaan berpeluk tubuh menangani isu 1MDB.  Siasatan ke atas pengurusan kewangan syarikat itu sudah pun dimulakan oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Akaun Kira-kira Awam (PAC).
 
Selain itu kerajaan juga sedang melaksanakan pelan pemulihan 1MDB bertujuan mengatasi beban hutang syarikat itu. Pelan itu dijangka membuahkan hasil dalam enam bulan.     
 
Dalam ucapannya Muhyiddin berkata beliau akan terus berucap mengenai isu 1MDB kerana ""sebagai timbalan presiden parti saya bertanggungjawab dengan amanah ini."
 
Beliau menolak tanggapan bahawa komen-komennya mengenai isu 1MDB selaku timbalan presiden Umno boleh menggugat kestabilan politik negara.
 
"Takkan suara saya seorang boleh menjatuhkan kerajaan?
 
"Sejak bila saya nak jatuhkan kerajaan? Dua hari selepas digugurkan, saya tidak pergi mana-mana. Duduk sahaja di rumah. Orang ramai datang. Tetapi tidak ramai ketua bahagian datang," kata beliau.
 
Muhyiddin menyifatkan penggugurannya daripada Kabinet sebagai "ketentuan" Allah SWT mahu meringankan beban yang dipikulnya selama ini.
 
"Sebagai seorang Islam, kita sudah ditentukan dengan beberapa ujian...mungkin Allah mahu meringankan beban saya sedikit. 
 
" Kalau dulu saya tidak mempunyai masa langsung untuk isteri tetapi sejak beberapa hari ini lain," katanya
 
 

Pintu pesawat ditemui di Pulau Reunion

Posted: 02 Aug 2015 04:40 AM PDT

MH370


LA REUNION - PERANCIS. Pihak berkuasa Saint Andre hari ini melaporkan penemuan satu lagi serpihan berupa pintu pesawat pada awal pagi ini di Pulau Reunion.

Memetik laporan portal antarabangsa hari ini,objek tersebut ditemui di lokasi berasingan dengan penemuan serpihan pesawat yang lepas.

Penemuan tersebut sekali lagi dikaitkan dengan kontroversi kehilangan pesawat MH370 yang masih kekal misteri sehingga kini.

"Serpihan tersebut dilaporkan diterbangkan ke Paris hari ini untuk pemeriksaan lanjut.

"Pasukan penyiasat kini sedang bekerja keras untuk memastikan sama ada serpihan tersebut milik MH370 atau tidak," kata laporan portal tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Aziz Kaprawi: Serpihan sah milik Boeing 777]

Sejak beberapa hari lalu, negara dihebohkan dengan penemuan serpihan pesawat di La Reunion Island, di bawah pentadbiran Perancis, berhampiran Madagascar.

Beberapa imej serpihan bangkai dipercayai daripada sirip Boeing 777 tersebar dalam pelbagai media sosial, memberi harapan baharu mengesan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang itu.

Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai berkata pada hari Sabtu bahawa pasukan penyiasat dihantar ke Reunion untuk melakukan siasatan terhadap serpihan badan pesawat terdahulu.


Muhyiddin sangkal tohmahan untuk tumbang kerajaan

Posted: 02 Aug 2015 04:38 AM PDT

 
Beliau mengulangi ikrar untuk terus memperkukuh parti dengan menyuarakan pandangan sendiri.


muhyiddin_talk_600


PETALING JAYA: Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan bahawa beliau ingin menumbangkan kerajaan.

Katanya, tohmahan pihak tertentu terhadap dakwaan berkenaan juga tidak munasabah kerana sebagai orang nombor dua dalam parti, beliau akan terus membantu memperkukuh kerajaan.

"Sekarang saya sudah ada masa untuk isteri dan anak-anak, namun, saya akan kekal, selagi tanggungjawab ada, saya akan bantu Presiden dan tidak lepaskan tanggungjawab.

"Kita kena susun langkah untuk mengatasi pelbagai masalah negara seperti beban kos hidup rakyat dan hal-hal berkaitan keselamatan," katanya yang dipetik daripada Mstar Online.

Dalam ucapannya ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kluang, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau mengulangi janji akan terus membantu Najib untuk mengukuhkan parti dan pada masa akan menyuarakan pandangan sendiri terhadap kelangsungan parti itu.

Menyentuh mengenai bahagian UMNO yang bertindak menarik jemputan untuk beliau merasmikan persidangan perwakilan, beliau menjelaskan tidak akan mengambil hati.

Sebelum ini UMNO Bahagian Raub memutuskan untuk membatalkan jemputan perasmian yang sepatutnya dibuat oleh Muhyiddin.

Wang dalam akaun peribadi Najib bukan milik rakyat

Posted: 02 Aug 2015 04:34 AM PDT

 
Wang dalam akauan amanah PM adalah derma daripada penyokong parti yang tidak didedahkan identitinya.


umno,-1mdb,-Rahman-Dahlan,-Najib


PETALING JAYA: UMNO memberi kebenaran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk mempunyai akaun amanah bagi pihak parti atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, ia bukan perkara baru kerana mereka yang menyandang kedudukan itu sebelum ini juga mempunyai akaun yang sama.

"Saya hendak memberitahu bahawa UMNO mempunyai peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan presiden parti untuk mempunyai akaun amanah bagi pihak parti.

"Adalah tidak mustahil dan tidak memeranjatkan jika Presiden UMNO (ketika ini) dan Presiden UMNO terdahulu mempunyai akaun amanah bagi pihak parti," katanya yang dipetik daripada ismaweb.net.

Jelasnya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Kubang Pasu, Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan itu menerangkan wang yang berada di dalam akaun amanah berkenaan bukan milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau duit rakyat.

"Apa-apa derma diambil daripada dahulu hingga sekarang oleh UMNO tidak ada kena-mengena dengan wang rakyat. Ia adalah derma daripada penyokong-penyokong parti. Jika dia ada wang dan hendak membantu parti, itu adalah hak individu dan bukan wang 1MDB," katanya.

Jelaskan lagi, pembangkang tidak perlu tahu sumber yang diperolehi dalam akaun berkenaan kerana tiada undang-undang yang mewajibkan mana-mana parti politik mendedahkan nama penderma mereka.

Pas Kuala Terengganu putus hubungan dengan Raja Bahrin

Posted: 02 Aug 2015 04:31 AM PDT

 
Tindakan itu dibuat selepas Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu menerima pelantikan sebagai beliau Pengerusi GHB negeri Terengganu.


pas-ulama-raja-bahrin


PETALING JAYA: Pas Kuala Terenggaanu memutuskan segala bentuk hubungan dengan Ahli Parlimennya, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah susulan pengumuman beliau Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) negeri Terengganu.

Keputusan itu dibuat ia mengadakan mesyuaratnya pada 1 Oogos 2015.

Dalam kenyataannya, Pas Kuala Terengganu menjelaskan tindakan itu dibuat selepas Raja Bahrin mengesahkan beliau menerima jawatan berkenaan yang diumumkan dalam Himpunan GHB di Besut, 31 Julai lalu.

"Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat pada 1.8.2015 berpegang kepada perkeliling isu GHB yang dikeluarkan oleh PAS Pusat bertarikh 29.7.2015 rujukan : PAS/PA/2.01/15-17(8) antaranya tidak lagi mengabungkan diri, bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan atau kemudahan kepada YBM Ahli Parlimen Kuala Terengganu,"petik kenyataan itu.

Kazim Elias bidas kenyataan Azalina Othman

Posted: 02 Aug 2015 04:26 AM PDT

 
Beliau menasihati Menteri di JPM supaya insaf dan tidak menghalang orang lain yang ingin menjadi baik


Mohd-Kazim-Elias_comnt_600


PETALING JAYA: Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias mengecam kenyataan yang dikaitkan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, berhubung isu pegang-pegang dan seksi dalam drama serta filem.

Teguran itu dibuat di status laman Facebooknya.

"Astaghfirullah.. sepatutnya usaha untuk menambah baik dan patuh pada perintah Allah wajib disokong, untuk akak yang bercakap demikian, bawa-bawa lah insaf, hidup di dunia tak lama, kuasa menteri pun apa sangat,"

Mengulas lanjut mengenainya, Mohd Kazim mengingatkan jika tidak mampu menjadi baik, jangan pula menghalang orang lain yang ingin menjadi baik.

Katanya,beliau mengambil keputusan untuk mengeluarkan kenyataan itu atas prinsip haram adalah haram walaupun dalam lakonan.

"Tapi rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada orang yang mengatakan kalau setakat berpegang-pegang atau adegan-adegan tertentu antara bukan mahram dalam drama dan filem tak payahlah diperbesarkan, disuruhnya pula berfikiran terbuka jangan disempitkan.
katanya.

Tiga hari selepas dilantik semula ke kabinet, Azalina dalam kenyataannya menegur Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan perlu mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem.

Bagi Azalina isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat terhadap penonton.

Tutup media sosial: Jangan rosakkan nama saya

Posted: 02 Aug 2015 04:22 AM PDT

SINAR HARIAN


Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengadakan sidang media selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bayan Baru 2015 hari ini. - Foto Bernama


GEORGETOWN - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang menyebar fitnah kononnya semua rangkaian media sosial di negara ini akan ditutup.

Katanya, beliau telah mengarahkan polis menyiasat punca berita itu dan mengambil tindakan terhadap individu yang memulakannya di laman sosial.

"Saya tidak memberi amaran tetapi saya telah meminta polis untuk menyiasat terhadap berita yang telah diviralkan kononnya saya akan menutup laman sosial.

"Jangan (nanti) orang yang memulakan berita itu terpaksa membayar harga yang mahal... jangan buat fitnah bodoh," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bayan Baru di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas berita yang tersebar di internet hari ini yang mendakwa kononnya beliau mengarahkan semua rangkaian media sosial di negara ini ditutup bermula Selasa depan.

Ahmad Zahid berkata, tindakan pihak tertentu menyebarkan berita itu seolah-olah untuk memperlihatkan beliau tidak faham mengenai perundangan dan mahu semua pengendali media sosial membencinya.

"Laman sosial atau sebarang portal berita adalah di bawah kuasa SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia)... jangan rosakkan nama saya.

"Saya tidak beri amaran... sekali lagi saya sebut kalau polis menyiasat punca datang dari mana dan (siapa) orang itu, tiada maaf bagimu," katanya.

Beliau meminta pihak terlibat menarik balik kenyataan itu dan mengingatkan media agar tidak menggunakan kebebasan bersuara untuk menyebarkan fitnah terhadap kepimpinan negara atau parti.

"Saya beritahu sekali lagi harga yang mahal terpaksa dibayar orang itu... saya akan cari puncanya dan puncanya akan tahu apakah tindakan yang akan saya lakukan," katanya.

Terdahulu Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno, berkata media sepatutnya menulis berdasarkan fakta sebenar selaras dengan etika kewartawanan.

"Jangan mentafsir dan memutar belitkan. UMNO tidak akan berkompromi...saya beritahu anda...jangan harap saya akan keluarkan amaran, tapi (saya akan) ambil tindakan," katanya.

Ahmad Zahid turut membuat penafian di laman Twitternya mengenai penyebaran fitnah itu dan menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan berikut," katanya dengan menyertakan info grafik yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan tersebut.

Pada info grafik itu dipaparkan gambar beliau dengan kata-kata,"Kita akan sekat semua laman sosial Selasa ini" di sebelah gambar itu. - Bernama


Sokong siapa sahaja dilantik Pengerusi PAC

Posted: 02 Aug 2015 04:16 AM PDT

SINAR HARIAN


Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan perasmian sempena mesyuarat Perwakilan Wanita Umno dekat sini hari ini. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyokong sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  
Beliau berkata ini kerana kerajaan tidak mahu dilihat memihak atau masuk campur dalam pelantikan pengerusi PAC mahupun semua anggota dalam jawatankuasa itu.
  
"Jika Tan Sri Annuar Musa dilantik maka kita berikan sokongan kepada pelantikan beliau dan beliau memang layak.
  
"Tetapi jika ada orang lain atau tokoh lain kita pun akan beri sokongan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kepong di sini hari ini.
  
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan wartawan berhubung desas-desus mengatakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan dilantik sebagai pengerusi PAC bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam rombakan Kabinet.
  
Kontrak Annuar sebagai pengeruai Mara berakhir 17 Julai lalu. -Bernama


PAS minta Najib jawab 10 soalan objektif

Posted: 02 Aug 2015 04:08 AM PDT

Menurut Timbalan Presiden Pas, lebih elok Najib menjawab soalan-soalan objektif yang diberikan daripada terus menyalahkan rakyat.


Tuan-Ibrahim_najib_600


PETALING JAYA: Kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan malah mengelak dari menjawab isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi punca keyakinan rakyat terhadapnya kini semakin merosot.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bagi mendapatkan jawapan yang jelas, beliau memberikan 10 soalan objektif bagi memudahkan Najib menjawabnya.

"Apakah akaun Ambank yang didedahkan itu milik Najib. Apakah ada duit RM2.6 bilion masuk ke akaun tersebut?" soalnya.

Menulis di status Facebook miliknya, Tuan Ibrahim turut mempersoalkan versi manakah yang betul mengenai kontroversi RM2.6 bilion yang masuk ke akaun-akaun tersebut.

Bahkan, beliau juga menggesa agar Najib menjawab persoalan apakah ada hutang 1MDB dijamin kerajaan dan adakah Najib yang meluluskannya.

"Kerajaan telah memberikan suntikan dana RM950 juta sebagi kredit tunggu-sedia kepada 1MDB pada Mac 2015 yang lalu? Bukankah dana itu ialah duit rakyat?.

"Pada 9 Mei 2015, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Rahim berkata bahawa TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan satu plot tanah di TRX yang dibeli daripada 1MDB.

"Hari ini 1 Ogos 2015, Najib berkata jika TH menjual tanah itu, maka yang akan rugi ialah pendeposit.

Siapa yang sedang berbohong?" soalnya.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim turut mendesak agar Najib menjawab sama ada adakah beliau sudah memutuskan untuk mengambil tindakan saman terhadap portal berita Wall Street Journal (WSJ).

"Apakah ahli-ahli kabinet yang lain perlu mendapatkan maklumat mengenai 1MDB daripada akhbar The Edge seperti Tan Sri Muhyiddin?

"Apakah Datuk Seri akan membantah keputusan menangguhkan persidangan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi membolehkan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO syarikat itu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi membersihkan diri dan 1MDB secepat mungkin?

"Apakah Datuk Seri bersetuju dengan Tun Dr Mahathir bahawa berbicara mengenai 1MDB kini ialah satu jenayah?" ujarnya.

Berikut 10 soalan objektif yang dikemukakan kepada Najib :
  1. Apakah akaun Ambank yang didedahkan itu milik Datuk Seri?
A. Ya
B. Tidak
2. Apakah ada duit RM2.6 bilion masuk ke akaun tersebut, Datuk Seri?
A. Ya
B. Tidak
3. Versi di manakah betul mengenai kontroversi RM2.6 bilion yang masuk ke akaun-akaun tersebut?
A. Versi Wall Street Journal – RM2.6 bilion duit 1MDB masuk ke akaun 1MDB
B. Versi Tan Sri Muhyiddin Yassin – ada dana RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi PM
C. Versi Datuk Seri Azalina Othman – wang RM2.6 bilion di dalam akaun bukan masalah
D. Versi Datuk Ahmad Maslan – tiada wang 1MDB masuk ke akaun PM
E. Versi Tun Dr Mahathir – duit itu untuk pilihanraya
F. Versi jawapan asal Datuk Seri – Saya tidak menggunakan duit itu untuk saya sendiri
4. Hari ini Datuk Seri berkata 1MDB bukan duit pembayar cukai. Apakah ada hutang 1MDB dijamin kerajaan  dan Datuk Seri yang meluluskannya?
A. Ya
B. Tidak
5. Kerajaan telah memberikan suntikan dana RM950 juta sebagi kredit tunggu-sedia kepada 1MDB pada Mac 2015 yang lalu? Bukankah dana itu ialah duit rakyat?
A. Ya
B. Tidak
6. Pada 9 Mei 2015, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Rahim berkata bahawa TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan satu plot tanah di TRX yang diberli daripada 1MDB.
Hari ini 1 Ogos 2015, Najib berkata jika TH menjual tanah itu, maka yang akan rugi ialah pendeposit.
Siapa yang sedang berbohong?
A. Datuk Seri Najib Razak
B. Datuk Abdul Azeez Rahim
7. Apakah saman WSJ ke belum?
A. Belum
B. Sudah
8. Apakah ahli-ahli kabinet yang lain perlu mendapatkan maklumat mengenai 1MDB daripada akhbar The Edge seperti Tan Sri Muhyiddin?
A. Ya
B. Tidak
9. Apakah Datuk Seri akan membantah keputusan menangguhkan persidangan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi membolehkan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO syarikat itu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi membersihkan diri dan 1MDB secepat mungkin?
A. Ya
B. Tidak
10. Apakah Datuk Seri bersetuju dengan Tun Dr Mahathir bahawa berbicara mengenai 1MDB kini ialah satu jenayah?
A. Ya
B. Tidak


Kaji punca masalah anak muda, jangan tekan mereka

Posted: 02 Aug 2015 03:56 AM PDT

oleh SYERLEENA ABDUL RASHID


syerleena2

 
Majlis Daerah Perak Tengah (Majlis Belia Daerah Perak Tengah) beranggapan bahawa ia mempunyai tugas pengawalan moral untuk membanteras gejala-gejala sosial dengan mengharamkan penjualan tempahan tempat duduk berkembar "couple seats" di pawagam Lotus Five Star (LFS) di Bandar Seri Iskandar, Perak.

Menurut kenyataan pembantu pawagam, peraturan tersebut telahpun dilaksanakan sejak dua tahun dahulu dan telah diluluskan oleh pihak Majlis Daerah Perak Tengah sebagai langkah membenteras gejala negatif sosial di kalangan belia. Peraturan tersebut hanya dikenakan kepada pasangan Muslim, termasuk juga jika salah seorang pasangan itu adalah Muslim.

Dalam apa juga bidang kuasa dan penguatkuasaan, ia harus berteraskan kepada undang-undang, dan tidak boleh dibuat sebarangan. Perlu diingatkan bahawa majlis kerajaan tempatan adalah tertakluk di bawah 3 akta yang penting iaitu Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta Jalan, Perparitan dan Bangunan 1974 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Pada umumnya majlis kerajaan tempatan di Malaysia mempunyai kepelbagaian fungsi seperti perkhidmatan awam dan alam persekitaran (khidmat jalanraya, penguatkuasaan dan kawalan lalulintas, pengawalan banjir, pengurusan fasiliti sukan dan rekreasi, perancangan dan pembangunan kawasan di bawah bidang kuasa pihak majlis) dan sosial (perumahan dan kutipan sampah, termasuklah program-program pendidikan awam, menyediakan kemudahan bagi golongan OKU dan warga emas).

Sehingga kini, terdapat 13 buah majlis bandaraya, 38 buah majlis perbandaran, 98 buah majlis daerah dan 5 buah majlis kerajaan tempatan khas yang diubahsuai di Malaysia. Kerajaan tempatan merupakan kerjaan perwakilan di peringkat ketiga dalam struktur bidang urus kerajaan – persekutuan (peringkat pertama), negeri (peringkat kedua), dan kerajaan tempatan (peringkat ketiga).

Di samping melaksanakan tugas perkhidmatan dan perwakilan, pihak majlis mempunyai kuasa memungut cukai, menggubal undang-undang kecil, serta kuasa meluluskan lesen atau permit kepada sebarang urus niaga dalam kawasan di bawah bidang kuasa majlis.

Dengan itu, sebarang tindakan untuk membanteras gejala negatif sosial memerlukan tindakan yang lebih daripada hanya sekadar menghadkan penjualan tiket tempahan "couple seat" di pawagam. Ia memerlukan kajian yang menyeluruh dan terperinci.

Terdapat beberapa dapatan hasil kajian yang mengenalpasti beberapa faktor yang ada hubungkait dengan fenomena gejala anti-sosial. Memetik hasil kajian ilmiah Journal of Human Ecology terbitan 2005,
"Recreational Facilities in Schools: A Panacea For Youths' Restiveness" menekankan beberapa pengaruh utama seperti tekanan rakan sebaya, eksploitasi ekonomi, keterbatasan kebajikan sosial dan insaniah, program latihan kemahiran yang tidak mencukupi, kekurangan fasiliti sukan dan riadah serta kualiti pendidikan yang rendah.

Pengangguran serta sistem ekonomi yang pincang merupakan dua masalah utama yang wujud di kalangan para belia di hampir semua negara membangun.

Ramai pakar serta rakyat biasa sedar bahawa kekurangan peluang pekerjaan, terutama kelompok di bawah paras kemiskinan adalah bertanggungjawab dalam mencetuskan kegelisahan yang membawa kepada keadaan sosial yang mencemaskan.

Pendidikan yang tidak bermutu juga mencetus keresahan para belia yang membiakkan gejala-gejala anti-sosial. Memetik kata-kata Nelson Mandela, "Education is the most powerful weapon which you can use to change the world" (Pendidikan adalah senjata paling ampuh anda boleh gunakan untuk mengubah dunia).

Oleh demikian, untuk memantapkan nilai moral yang murni dan meningkatkan perkembangan nilai dan sahsiah yang mapan dan sihat, kita perlu mengkaji semula sistem pendidikan negara sambil mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang ada dan menggantikannya dengan sistem pendidikan yang lebih dinamik dan berwawasan demi kesejahteraan rakyat dan negara. – Roketkini.com

* Penulis adalah Setiausaha Sosialis Muda DAP (DAPSY) Bukit Bendera merangkap Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang


Penyelesaian segera isu Najib

Posted: 01 Aug 2015 05:33 PM PDT



Oleh Azlan Sharif 


Kemelut isu melibatkan 1MDB, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor hampir sampai ke kemuncaknya. 

Harapan selesai menerusi panel 1MDB, polis, SPRM melalui mahkamah dan saluran perundangan negara nampaknya jauh lagi jalannya. 

Isu ini dianggap selesai dari skop keamanan negara jika ianya tidak lagi menjadi viral dikalangan masyarakat, tiada lagi tuduh-menuduh, tiada lagi dakwa-mendakwa dan berbagai tohmahan terutama di media.

Salah satu cara isu ini boleh didiamkan, diselesaikan ialah dengan memberi 'kepuasan' kepada masyarakat. Apabila berasa puas kerana mendapat jawapan yang diingininya maka ia tidak lagi berkata yang negatif mengenainya, hanya diperkatakan sebagai contoh tauladan atau sempadan.

Merujuk kepada adat dan adab orang Melayu, jika sesuatu perkara itu tidak dapat diselesaikan secara fizikal melalui perundangan maka ianya boleh diselesaikan secara spiritual. Salah satu caranya ialah dengan mengadakan majlis bersumpah, membaca Yaasiin atau sembahyang hajat beramai-ramai.

Bersumpah lebih kepada yang dituduh dan membaca Yaasin kepada yang menuduh. Dalam kemelut Najib ini, kedua-dua pihak boleh melakukannya. Kerana ketidakpuasan dikalangan masyarakat maka masyarakat boleh mengadakan majlis bacaan Yaasiin ini.

Adab orang Melayu akan menerima apa-apa sahaja petunjuk yang diberikan oleh Allah swt dan tidak lagi mempertikaikan isu tersebut. Apatah lagi jika petunjuk tersebut berbentuk hukuman kepada pihak yang bersalah.

Kaedah diatas terhadap kepada memberi kepuasan kepada orang Islam sahaja. Namun ada juga kaedah palinh mudah yang boleh digunakan untuk memuaskan semua pihak termasuk bukan Islam. Kaedahnya ialah menggunakan mesin.

Umum menerima dan berpegang kepada prinsip mesin tidak pernah berbohong. Berlainan dengan manusia, seperti yang dinyatakan dslam Quran, mulut boleh berbohong tetapi semua anggota badan lainnya akan mencakapkan kebenarannya.

Tidak dipertikai, tidak dipersoal misalnya meter petunjuk minyak kereta, meter laju kenderaan, mesin timbang berat, mesin ukur tekanan darah tinggi, mesin ukur gula dalam darah atau kencing manis, mesin tekanan jantung, mesin bius pesakit semasa pembedahan, mesin ukur mata, mesin CT scan, mesin dialisis dan sebagainya.

Terdapat juga mesin khas yang digunakan untuk mengukur 'percakapan' badan, mengukur tindakbalas badan terhadap soalan yang dikemukakan yang mengesahkan samada seseorang itu bercakap benar atau berbohong. Mesin ini dinamakan alat ujian poligraf, atau lebih dikenali umum sebagai alat ujian bohong.

Alat poligraf ini sedang pun digunakan dengan meluasnya disemua bidang malah diterima keputusannya sebagai bahan bukti dimahkamah, atau sebagai petunjuk kepada bukti. Suspek atau sesiapa sahaja hanya perlu mengambil ujian poligraf, yang dikendalikan poligrafer bertauliah yang diiktiraf di seluruh dunia.

Keputusan ujian poligraf ini tidak pernah berbohong kerana mesin tidak pernah berbohong. Ianya ditentukur terlebih dahulu (sebagaimana mesin lain) sebelum digunakan untuk mengukur seseorang subjek.

Khabar-khabar angin yang mengatakan keraguan terhadap ketepatan keputusan ujian poligraf adalah tidak benar. Apa yang berlaku hanyalah salah tafsir poligrafer dan set soalan yang ditanya. Sebab itulah perlu dilakukan poligrafer bertauliah yang dibantu pakar yang berkenaan.

Merujuk kepada isu Najib ini, ujian poligraf adalab yang lebih sesuai dan relevam berbanding dengan hanya sumpah kosong sahaja. Keputusannya boleh terus diketahui samada mereka bercakap benar atau berbohong mengenai sesuatu perkara.

Itu sahaja yang utama dikehendaki masyarakat. Hanya mengesahkan kononnya fitnah, pembohongan, dakwaan atau tuduhan palsu atau sebagainya. Jika membawa petunjuk kepada melakukan sebarang kesalahan, maka itu terserahlah kemudiannya kepada pihak berkenaan seperti polis atau SPRM.

Ujian poligraf semakin memudahkan siasatan kerana mampu memberikan petunjuk yang terbukti benar kepada bahan bukti lain, mengecilkan skop siasatan dan yang paling pe ting sekali ialah boleh mendapat motif. Motif pengakuan suspek sendiri yang disahkan benar. Apa lagi yang dikehendaki?

Tangkap mereka yang benar-benar bersalah

Posted: 01 Aug 2015 05:31 PM PDT



Oleh Nazrul Nazir


Mahasiswa melahirkan rasa kecewa dan mengecam sekerasnya tindakan Polis Diraja Malaysia menghalang dan menahan peserta demonstrasi #TangkapNajib secara kasar dan tidak berperikemanusiaan yang diadakan di Sogo, petang tadi. Tindakan ini jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi dan bercanggah dengan kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Musuh kita yang sebenar bukan rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman, musuh kita adalah pemimpin yang korup dan masih memerintah hingga kini. Perlu diingat Malaysia kini berada dalam keadaan yang sangat kritikal.

Krisis 1MDB yang menekan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak menjadikan beliau sanggup melakukan apa saja demi survivor politiknya.

Bayangkan jika Timbalannya sendiri boleh dipecat hanya kerana bersuara menuntut penjelasan, Peguam Negara pula dipecat semasa siasatan ke atas 1MDB masih berjalan, dan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) dilumpuhkan dengan Pengerusi dan 3 anggota dilantik menjadi Menteri Kabinet, apa lagi yang kita boleh harapkan dari seorang Perdana Menteri yang korup ini?

Rakyat tiada pilihan selain bersuara demi Malaysia yang lebih baik. Adakah kesalahan ini lebih besar dari seorang PM yang songlap 700 juta USD ke dalam akaun peribadi sehingga mereka ditahan dan dinafikan hak untuk bersuara?

Kami menyeru supaya Polis melakukan tugas sebenar mereka dengan menahan orang yang sebenar-benarnya bersalah dalam hal ini. Najib Razak harus ditangkap atas kemasukan wang secara haram ke dalam akaun peribadinya, yang bercanggah dengan prinsip seorang penjawat awam, apatah lagi seorang Perdana Menteri walau apapun alasannya. Bukan menahan rakyat yang bersuara menuntut agar keadilan dikembalikan kepada yang hak.

Mahasiswa bersolidariti bersama semua tahanan yang ditangkap hari ini dan semalam. Tindakan mereka ini lahir atas rasa cinta terhadap negara dari terus dirobek pemerintah yang korup, bukan ingin memusnahkan negara. Bebaskan mereka dan tangkap penjenayah besar yang sedang berada di Putrajaya sana.

Membina Kesatuan, Mengukuh Perjuangan.

* Nazrul Nazir merupakan Setiausaha Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN)


Orang Johor terima pengguguran Muhyiddin

Posted: 01 Aug 2015 05:29 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka tidak memberi kesan besar kepada Umno Johor kerana ahli parti itu tidak memiliki sentimen kenegerian.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Puad Zarkashi berkata pengguguran seorang pemimpin Johor daripada jawatan timbalan perdana menteri bukan baru kali pertama berlaku.

Katanya, sebelum ini Tun Musa Hitam juga pernah digugurkan daripada jawatan sama - ketika itu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mungkin ada suara ahli yang tidak berpuas hati tetapi kata Puad, ia berlaku kerana mereka "tidak faham".

"Ini bukan benda baru. Tunku Abdul Rahman (pernah) pecat Aziz Ishak, Tun Hussein Onn pecat Ketua Pemuda Umno.

"Zaman Dr Mahathir lagi lah. (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) pun dipecat," katanya.

Ikut Westminster

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Pahat juga mengingatkan, ketika menteri dan timbalan perdana menteri pada zaman Tun Abdul Razak Husseun dan Hussein Onn, tiada ahli yang bangkit memberontak.

"Malah ketika Datun Onn Jaafar meletakkan jawatan Presiden Umno, orang Johor dah biasa.

"Kenyataan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Besar Johor ketika ini) mudah difahami," katanya.

Puad sebelum ini pernah mengkritik Muhyiddin - ketika itu turut berkhidmat sebagai menteri pendidikan - kerana didakwa tidak menjalankan tugas dengan baik.

Kata Puad, Muhyiddin tidak dipecat sebaliknya Najib hanya melakukan rombakan kabinet mengikut sistem Westminster.

Beliau turut merujuk kepada peletakan jawatan bekas Setiausaha Luar Britain Robin Cook kerana tidak sependapat dengan perdana menteri ketika itu, Tony Blair dalam isu Perang Teluk.

"Ini bukan pemecatan sebaliknya rombakan kabinet supaya kabinet boleh bekerjasama sebagai satu pasukan," katanya.

Pada masa sama Puad tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah bahagian Umno yang membatalkan jemputan untuk Muhyiddin.

"Tan Sri Muhyiddin masih Timbalan Presiden Umno. Apa masalahnya kalau jemput dia pun? Tiada sesiapa boleh marah beliau," katanya.


#TangkapNajib: 29 ditahan untuk disiasat

Posted: 01 Aug 2015 05:28 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Semua 29 individu yang ditahan ekoran perhimpunan #TangkapNajib di Kuala Lumpur hari ini disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata penunjuk perasaan juga mungkin disiasat mengikut Seksyen 143 kerana menyertai perhimpunan haram.

Seksyen 124 membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, manakala Seksyen 143 boleh memperuntukkan hukuman enam bulan penjara, denda atau kedua-duanya.

Penggunaan Seksyen 124 sangat jarang kerana polis biasanya menggunakan peruntukan Seksyen 143 dan Akta Perhimpunan Aman ke atas penunjuk perasaan.

Selain penunjuk perasaan, seksyen itu juga digunakan polis ketika menyiasat orang besar The Edge Media Group Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat, selain bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk S Ambiga Sreenevasan.

Dalam kenyataannya hari ini Tajudin berkata tangkapan dibuat di luar kompleks beli-belah Sogo dan Jalan Tuanku Abdul Razak.

"Dianggarkan kira-kira 200 orang terbabit dalam tunjuk perasaan itu," katanya.

Ketika polis membuat tangkapan, ada beratus-ratus orang di kawasan bekrneaan tetapi sukar untuk memastikan sama ada mereka adalah peserta perhimpunan #TangkapNajib atau orang awam yang membeli-belah.

Ada sehingga 200 anggota polis ditugaskan mengawal kawasan itu. 


Muhyiddin mahu jadi PM?

Posted: 01 Aug 2015 05:25 PM PDT



Oleh Anuar Mohd Nor

Umno bergolak – pemecatan Timbalan Perdana Menteri dan angkatan yang mempersoalkan 1MDB menyaksikan pergolakan baru dalam Umno. Datuk Seri Zahid Hamidi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam apa yang dikatakan usaha untuk mengukuhkan kabinet yang akan menyokong Datuk Seri Najib Razak .

Tindakan memecat – menggantikan bukan sahaja tertumpu pada rombakan dalam kabinet malah penukaran – menggantikan Peguam Negara merupakan langkah yang dikatakan untuk menguatkan keadaan Najib yang tercabar hebat. Semua disusun atas alasan tertentu – memastikan Najib terus menjadi Perdana Menteri.

Apa alasan Muhyiddin – sewaktu mengkritik hebat 1MDB – menyuarakan kegusaran rakyat – menyatakan ketakutan Umno akan tewas – mendesak mendengar keluhan rakyat – isu GST dan sebagainya di Cheras, sewaktu penutupan Perhimpunan Bahagian Umno Cheras baru-baru ini.

Adakah Muhyiddin mahu mempercepatkan proses desakan Najib meletak jawatan dan mahu menjadi Perdana Menteri baru dengan tergesa-gesa. Adakah Muhyiddin tidak sabar-sabar mahu menjadi Perdana Menteri – sehingga akhirnya menjadi alasan beliau di pecat. Adakah suara Muhyiddin dikatakan suara Dr Mahathir – yang mahukan Perdana Menteri yang mengikut cara dan arahan beliau.


Apa dalam minda Muhyiddin dan apa strategi beliau seterusnya selepas menzahirkan kritikan tersebut.

Adakah beliau menganggap Najib akan terus meletak jawatan? Adakah beliau anggap beliau akan dilantik sebagai PM setelah mengkritik secara terbuka kepimpinan Najib. Apa pun sesuatu yang pasti – beliau tidak mendesak Najib untuk melepaskan jawatan seperti mana beliau secara terang mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk meletak jawatan.

Lebih dari itu beliau pasti tahu – kritikan beliau akan mengundang reaksi dari Perdana Menteri Malaysia. Adakah Muhyiddin sebagai orang lama dalam politik tidak terfikir beliau mungkin di pecat apabila mengeluarkan kritikan keras tersebut.

Kenapa ambil risiko sebegitu – sekiranya beliau mahu bercita-cita mengambil alih tampuk pemerintahan negara, kritikan dan desakan suara-suara lain sudah cukup kuat dan adakah beliau rasa sekiranya beliau membuat konklusi keseluruhan maka Najib terpaksa melepaskan jawatan. Satu andaian yang meleset dan bukan dari seorang yang sudah matang berpolitik.

Apa langkah seterusnya Muhyiddin? Adakah setelah mengkritik keras kepimpinan Najib – memberi alasan ini adalah suara akar umbi – suara rakyat yang semakin gusar melihat peningkatan kos dan keresahan Umno/BN akan tewas – beliau akan duduk berdiam dan mengatakan sokongan pada Umno dan bekerja untuk Umno. Adakah selepas tindakan beliau menzahirkan secara terbuka kegusaran yang ada – selepas itu mengajak semua ahli – untuk terus menyokong Umno – menguatkan Umno dan terus bekerja untuk Umno. Adakah ini sebenarnya konklusi yang dimahukan Muhyiddin setelah mengambil jalan mengundang pemecatan.

Apa sebenarnya yang Muhyiddin mahu? Apa yang diharap dari kritikan terbuka terhadap PM – apa yang diharap dari pemecatan dan apa yang mahu diusulkan beliau selepas ini. Adakah sebenarnya Muhyiddin terperangkap akhirnya – tidak mendapat sokongan untuk memastikan Najib melepaskan jawatan atau memastikan Umno melakukan transformasi yang sebenarnya atau langkah-langkah seterusnya belum berakhir dari beliau.

Amat mustahil – setelah melakukan tindakan drastik mengkritik kepimpinan tertinggi Umno yang juga Perdana Menteri Malaysia - dalam isu 1MDB dan isu-isu lain mengenai kegusaran rakyat dan kedudukan Umno – Muhyiddin akan hanya berdiam dan menumpukan kerja-kerja memperkasakan Umno dalam keadaan persekitaran yang tidak memberikan ruangan baik untuk Umno – dalam keadaan politik Umno yang semakin berserabut – dalam keadaan isu 1MDB dikatakan tidak selesai – dalam keadaan ada tuduhan mengenai kemasukan wang dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Adakah persoalan ini semata-mata berpaut kepada Muhyiddin mahu menjadi Perdana Menteri dan tidak sabar mahu menjawat jawatan itu atau banyak perkara yang mahu di selongkar menunggu ketepatan waktu sahaja. Apa juga keadaan – Umno dalam zon bahaya.

Menilai punca di sebalik rombakan kabinet Najib

Posted: 01 Aug 2015 05:15 PM PDT




Oleh Christopher Fernandez


Permainan 'kerusi muzik' oleh Najib Razak diteruskan dengan barisan Kabinet baru, dengan Muhyiddin Yassin dan nama-nama lain yang pernah menyuarakan kebimbangan ke atas isu 1MDB digugurkan, untuk memberi laluan kepada mereka yang dilihat sebagai penyokong perdana menteri.

Penyingkiran Muhyiddin daripada jawatan timbalan perdana menteri bukanlah satu kejutan kerana ia "hanya menunggu masa untuk terjadi".

 Dan hakikat bahawa beliau bukan lagi timbalan perdana menteri Malaysia menunjukkan cara Najib yang berani dan 'tebal muka' dalam menutup mulut pengkritik dan seteru yang dilihat tidak menyebelahinya.

Muhyiddin dan individu lain yang digugurkan dilihat sebagai "orang yang berlagak" yang mula mensabotaj Najib melalui isu 1MDB di mana RM42 bilion dipercayai telah hilang.

Apabila Dr Mahathir Mohamad mengkritik Najib, Muhyiddin pantas berpihak kepada bekas perdana menteri itu, dan menyebabkan Najib mula memantau timbalannya.

Najib mula khuatir apabila Muhyiddin menunjukkan sokongan kepada Mahathir dengan berkata "anda tidak keseorangan". Ia memulakan pengakhirannya sebagai timbalan perdana menteri negara.


Tetapi apa yang benar-benar dapat diukur daripada rombakan ini adalah Najib memenuhkan Kabinet dengan "tukang-tukang angguk" – mereka yang akan mempertahankannya daripada apa sahaja. Ia juga menunjukkan Najib tetap mahu melawan unsur-unsur yang mahu menjatuhkannya.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa populariti Najib telah merosot teruk, dan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang kecewa dengan kemerosotan ringgit, kenaikan harga barang dan malah perubahan cuaca di sini.

Justeru dalam krisis keyakinan ini, Najib amat memerlukan aggota Kabinet untuk mempertahankannya. Rakyat Malaysia menyalahkan Najib atas semua masalah yang menimpa negara ini, dan beliau pula dalam masa beberapa tahun ini hanya menghabiskan masa menangkis tuduhan dan serangan terhadapnya dan isteri, Rosmah Mansor.

Maka sokongan penuh Kabinet amat penting baginya untuk kekal berkuasa. Akan tetapi pada masa sama, semakin ramai rakyat yang tidak lagi menyokongnya dan BN dan berharap kemunculan gabungan pembangkang baru untuk melawan mereka dan seterusnya mengambil alih pentadbiran negara.

Namun Najib kekal berwaspada dan kini kelihatan memiliki kawalan penuh ke atas mekanisme kuasa dan autoriti dalam negara ini, sehingga kian sukar bagi sesiapa dan mana-mana pihak di Malaysia atau luar negara untuk menyingkirkannya.- bm.theantdaily.com


Dr Mahathir kini dibiar sendiri

Posted: 01 Aug 2015 05:04 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seolah-olah kasih beralih arah - begitu dihadapi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jika sebelum ini ada antara tokoh tertentu datang mengadu mengenai pelbagai isu semasa, kini mereka dilihat sudah "menyeberang" ke sisi lain.

Ditemui media di majlis pelancaran buku karya Tan Sri Zainuddin Maidin, Dr Mahathir berkata, semua pemimpin Umno kelihatan masih komited kepada perdana menteri selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Tapi saya tak tahu apa dalam hati mereka.

"Sebab sesetengah mereka pernah datang bertemu saya (untuk) mengadu tentang itu ini tapi sekarang mereka tak lagi datang berjumpa saya kerana mereka sudah menyeberang," katanya.

Kata Dr Mahathir, antara sebab beliau menjadi begitu lantang mengenai isu seperti 1MDB adalah kerana aduan diterima daripada pemimpin tersebut.

Sementara itu beliau juga tidak menjangkakan masalah timbul dalam Umno kesan pemecatan Muhyiddin kerana ahli parti itu kini "tidak mempertikaikan sesiapa".

"Orang AS berkata, negara kami - jika benar akan dipertahankan benar dan jika salah, akan diperbetulkan.

"Tapi bagi mereka (ahli Umno) mereka menggantikan istilah 'negara' kepada parti," katanya.

Ungkapan itu biasanya digunakan untuk menggambarkan patriotisme atau kesetiaan membuta tuli.




Tiada ulasan: