Selasa, 18 Ogos 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Petua kemenangan BN daripada Ahmad Maslan

Posted: 18 Aug 2015 05:22 AM PDT

 
Beliau mengakui BN/ UMNO dalam keadaan lemah pada waktu ini. 


Ahmad-Maslan,Barisan-Nasional2


PETALING JAYA : Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memberikan petua kepada Barisan Nasional (BN) sebagai persiapan Pilihan Raya Umum Ke-14.

Katanya, BN perlu menggunakan formula 'SMPPSS' iaitu berdoa dan berusaha 'Siang, Malam, Pagi, Petang, Subuh dan Senja'.

Menurutnya, BN juga boleh memberikan khidmat dengan menggunakan formula 'KBSMM' iaitu ziarah dan bantu ketika 'kenduri, bersalin, sakit, malapetaka dan mati'.

"Dan kita boleh guna apa juga formula untuk memenangi jiwa dan minda rakyat. Selesaikan masalah rakyat dan jangan malas untuk bertemu dengan rakyat.

"Namun, tidak akan ada perkara yang positif boleh dicapai dengan berfikiran yang negatif," tulisnya di blog www.ahmadmaslan.my.

Ahli Parlimen Pontian menambah, BN juga perlu terus mempunyai 4S iaitu 'Setia, Sepakat, Strategi dan Sungguh-sungguh' dalam perjuangan.

"Kita perlu terus mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Pembangkang yang sedang kucar-kacir sekarang ini, tapi kenapa pula kita yang hilang keyakinan untuk menang?," soalnya

Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa itu mengakui hakikat bahawa UMNO dan BN kini sedang berhadapan dengan keadaan yang mencabar pada waktu ini namun masih mempunyai masa untuk memperbaiki keadaan.

"Dalam peperangan politik kita perlu memberikan harapan yang positif. Jika kita yang menjadi Jeneral Perang sentiasa menyebut yang negatif, contohnya dalam perang ini kita akan kalah.

"Maka segala askar dan pejuang tidak akan ada semangat untuk menang, tidak akan berjuang habis-habisan. Pantang datuk nenek untuk mengaku kalah sebelum masuk ke gelanggang," katanya.

Ahmad Maslan akhirnya akui Umno, BN lemah

Posted: 18 Aug 2015 05:11 AM PDT

MALAYSIAKINI





Ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan akhirnya mengakui bahawa parti itu kini dalam keadaan lemah dan akan tewas sekiranya pilihan raya umum diadakan dengan segera.

Bagaimanapun, Umno dan BN masih mampu membuat perubahan untuk mendapatkan sokongan jika pilihan raya diadakan selewat-lewatnya pada tahun 2018, katanya.

BN dan Umno juga berpeluang untuk menang kerana pembangkang kini berada dalam keadaan kucar-kacir, katanya di blog ahmadmaslan.my.

"Saya juga mengakui hakikat bahawa Umno dan BN sedang berhadapan dengan keadaan yang agak mencabar waktu ini.

"Namun, kita masih ada masa untuk memperbaiki keadaan.

"Masih ada masa, mungkin hingga tahun 2018. Namun, esok sudah boleh dimulakan persiapan utk PRU itu," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan kenyataannya pada awal bulan ini, yang menerima teguran keras daripada timbalan perdana menteri waktu itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin pada awalnya memberi amaran bahawa BN akan kalah "jika esok diadakan PRU".

Amaran itu hanya dijawab dengan main-main oleh Ahmad, beberapa hari kemudian, dengan berkata: "esok bukan pilihan raya".

Susulan itu, beliau digelar sebagai sombong oleh Muhyiddin susulan ulasannya berkaitan peluang BN dalam pilihan raya.

Muhyiddin turut menganggap Ahmad membuat kenyataan seperti seorang budak kecil.



'Wayang politik sesatkan ramai manusia'

Posted: 18 Aug 2015 05:08 AM PDT

MALAYSIAKINI




 
Sejak kabinet baru dibentuk Datuk Seri Najib Razak, pelbagai gaya dan aksi ditunjukkan oleh pemimpin Umno untuk "membersihkan nama bos" mereka yang berdepan pelbagai tuduhan.

Pelakon dan pengarah Khalid Salleh berkata, apa yang berlaku ketika ini adalah "ragam lakonan dan wayang politik" yang menyebabkan ramai manusia "tersesat".

Menulis di Facebook beliau, pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Asia Pasifik itu juga menimbulkan kewajaran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan rancangan pemimpin Umno mahu "menggulingkan kerajaan".

"Hari ini (18 Ogos 2015) mereka yang didakwa kononnya antara yang berkomplot menggulingkan kerajaan terpampang wajahnya di suratkhabar.

"Sudah pasti masing-masing terperanjat dan menafikan dakwaan tersebut," kata beliau di Facebook.


'20 MP mahu guling kerajaan cerita rekaan'

Posted: 18 Aug 2015 04:59 AM PDT

MALAYSIAKINI






Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN, Tan Sri Shahrir Samad meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap laporan yang mendakwa wujud 20 orang Ahli Parlimen BN berkomplot untuk menggulingkan kerajaan.

Bercakap kepada media di bangunan parlimen hari ini, Shahrir memberitahu kerajaan perlu memandang serius terhadap isu tersebut dan ia tidak boleh dijadikan mainan politik.

"Kami berdesak pihak SKMM menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas kerana apabila melibatkan ahli parlimen, kami rasa ia cabaran kepada institusi parlimen dan ia tidak boleh jadi mainan politik atau mainan cerita mana-mana pihak," katanya.

Malah, Shahrir sekali lagi menegaskan, pihaknya tidak terlibat sama sekali dalam usaha menggulingkan kerajaan seperti yang dilaporkan.

"Sebenarnya ia satu cerita yang direka. Ia langsung tak benar. Tidak ada sesiapa pun daripada Ahli Parlimen BN yang dihubungi atau menghubungi mana-mana pihak untuk mengetahui sama ada kami mahu atau tidak menyokong kepimpinan kerajaan hari ini," tegasnya lagi.

Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bharu itu berkata, pihaknya kini sedang menunggu masa untuk bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkara tersebut.

"Saya rasa kami akan berpeluang menjumpa TPM dan akan sampaikan pandangan kami.

"Pokoknya, orang yang buat cerita ini tak tanya pun TPM," tambahnya lagi.


BR1M pemberian pelik kerajaan

Posted: 18 Aug 2015 03:49 AM PDT

BR1M membebankan kerajaan
 
 
Penerima BR1M menyerbu meja urusetia pada majlis penyampaian BR1M. - Foto Bernama
SHAH ALAM – Presiden Ikram Siswa Nasional, Marwan Abdullah menyifatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai salah satu insentif kerajaan yang pelik.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-36 bertajuk 'Kuasa Politik Baharu, Apa Anak Muda Mahu', di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Menurutnya, sebagai wakil NGO, beliau menghargai segala sumbangan kerajaan meskipun ada usaha tersebut yang tidak baik dan pelik.

Malah katanya, BR1M umpama kerajaan memberikan ikan ke mulut rakyat.

"Tadi panel-panel cakap soal dasar awam panjang lebar. Saya selaku NGO, kita hargai segala sumbangan yang kerajaan berikan kepada kita.

"Kita tidak nafikan sumbangan-sumbangan tersebut. Ada yang baik, ada yang tidak baik. Ada yang pelik, ada yang tidak pelik.

"Kalau yang pelik sekali, BR1M lah. Dia bagi ikan tapi tak beri pancing. Tapi kita ambillah ikan itu kan?," katanya.

Sebelum itu beliau ada melahirkan pendapat bahawa ruang untuk anak muda menyatakan hasrat mereka tidak cukup di pentas negara ini.

"Kalau kita lihat pada perspektif mahasiswa, memang ruang itu tidak cukup.

"Buktinya apa yang berlaku kepada pelajar UIA baru-baru ini yang telah digantung dua semester hanya kerana nak membawa Naib Presiden PKR ke dalam universiti," katanya.

Selain beliau, wacana itu turut disertai Ahli Majlis Eksekutif Dapsy Kebangsaan, Dyana Sofya Mohd Daud; Exco Pemuda Umno, Rahman Hussin dan Exco Pemuda Harapan Baru, Faiz Fadhil.

Moderator wacana kali ini akan dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.


'Dilarang ceroboh Dataran Merdeka'

Posted: 18 Aug 2015 03:45 AM PDT

Dilarang ceroboh Dataran Merdeka
Persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2015 sedang dibuat di Dataran Merdeka.
 

 
KUALA LUMPUR - Peserta perhimpunan Bersih 4.0 dibenarkan berada di jalanan (bahu jalan) asalkan tidak menggangu gugat ketenteraman awam dan melakukan tindakan diluar batasan peraturan ditetapkan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz, berkata, bagaimanapun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak menggalakkan perhimpunan berkenaan berlangsung kerana permohonan penganjur untuk menggunakan Dataran Merdeka dan Padang Merbok untuk tarikh 29 hingga 30 Ogos ini, telah ditolak.

Menurutnya, Dataran Merdeka hanya dikhaskan untuk acara melibatkan peringkat nasional dan dalam masa sama kawasan sekitar terlibat dengan persiapan Sambutan Hari Kemerdekaan 2015.

"Padang Merbok akan digunakan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia sebagai lokasi penyimpanan logistik dan penempatan stable kuda bagi tujuan perbarisan.

"DBKL telah mencadangkan kepada penganjur untuk menganjakkan  tarikh perhimpunan seminggu selepas sambutan kemerdekaan agar mereka boleh gunakan Padang Merbuk namun penganjur tetap mahu  perhimpunan berlangsung pada tarikh yang dirancang.

"Jadi kita anggap peserta perhimpunan ini seperti warga kota biasa, kerana penganjur bersetuju mereka tidak akan memasuki Dataran Merdeka dan menggangu persiapan sambutan hari kemerdekaan negara," katanya pada Sidang Media, di sini, hari ini.

Mhd Amin berkata, DBKL akan bekerjasama dengan pihak polis bagi memantau kawasan sekitar termasuk dari segi kawalan trafik, keselamatan dan juga aset DBKL.

Katanya, tindakan akan diambil sekiranya berlaku pencerobohan di Dataran Merdeka dan juga pelanggaran syarat di bawah peraturan yang telah termaktub.

"500 petugas DBKL diitempatkan secara berjadual dalam tempoh 24 jam bagi tujuan persediaan sambutan kemerdekaan dan dalam masa sama akan membantu mengawal keadaan himpunan.

"Sebarang struktur binaan termasuk pemasangan khemah adalah tidak dibenarkan sama sekali, dan sekiranya itu berlaku, DBKL berhak mengambil tindakan. Orang ramai yang diterlibat dengan perhimpunan juga diingatkan agar menghormati undang-undang serta tidak merosakkan harta benda, tanaman dan bangunan di ibu kota,"katanya.


Media salah petik kenyataan saya kata Nik Abduh

Posted: 18 Aug 2015 03:40 AM PDT

Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB


SHAH ALAM – 'Beberapa media memetik kenyataan saya secara salah," demikian tegas Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, kenyataan salah itu jelas bertentangan dengan kenyataan Pas sebelum ini yang menyebut bahawa sebarang arahan kepada ahli akan dikeluarkan setelah Pas mendapat gambaran sebenar format himpunan dan tentatif program sepanjang Bersih 4.0.

"Beberapa media dan akhbar memetik kenyataan saya secara salah mengenai Bersih 4.0 bahawa saya menggalakkan ahli dan Pemuda Pas untuk menyertai Bersih 4.0.

"Kenyataan salah tersebut pastinya bertentangan dengan kenyataan Pas sebelum ini, sedangkan saya secara jelas menekankan bahawa sikap Pemuda Pas adalah selari dengan pendirian asal parti," katanya dalam satu kenyataan.


Kelmarin, sebuah portal tempatan melaporkan Nik Abduh berkata beliau mempertimbangkan untuk menyertai himpunan itu dan menggalakkan ahli Pas untuk menyertainya susulan parti itu sentiasa menyokong tuntutan Bersih.

Menurutnya, Pemuda Pas akan bersama mendukung matlamat dan aspirasi asal Bersih 4.0 yang menuntut pemulihan hak-hak demokrasi dan pilihan raya yang bersih.

"Justeru Pemuda Pas tidak akan menghalang ahlinya untuk menghadiri perhimpunan Bersih 4.0 walaupun Pas tidak terlibat secara langsung.

"Pas akan menyatakan sikap secara rasmi mengenai Bersih 4.0 dalam tempoh terdekat insya-ALLAH," katanya.


Khalid soal motif sorok DEIG bawah MBI?

Posted: 18 Aug 2015 03:38 AM PDT

Khalid Ibrahim
Khalid ketika ditemui media di sidang Dun, hari ini. - Foto Sinar Harian


SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertikai ketelusan penubuhan entiti pelaburan baharu, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang disorok di bawah Menteri Besar Pemerbadanan (MBI).

Adun Pelabuhan Klang itu mendakwa DEIG akan menimbulkan masalah urus tadbir termasuk ketidaktelusan dalam hal kewangan dan pelaburan memandangkan entiti berkenaan bebas audit.

"Sebelum 2008 MBI ditadbir di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), bukan MBI di atas KDEB. Sebelum ini tidak ada pengurusan yang jelas mengenai urus tadbir MBI. Saya sudah betulkan semula supaya MBI menjadi entiti khas terus kepada kerajaan dan terus kepada Dewan maknanya tidak ada perantara.

"Melalui entiti pelaburan MBI kontrak- kontrak akan dipantau terus melalui Dewan bukan disorok di bawah syarikat yang disorok (DEIG). Penubuhan ini jelas mengurangkan ketelusan," katanya ketika sesi soal jawab dalam sidang Dun, hari ini.

Khalid menegaskan kerajaan negeri tidak mempunyai kepakaran untuk mengendalikan aset-aset oleh sebab itu semua perkara ini harus dibawa ke Dewan untuk dinilai ketelusannya.

Selain Khalid, beberapa Adun kerajaan dan pembangkang turut bangkit mempersoalkan kewajaran penubuhan DEIG yang dianggap menjalankan fungsi bertindih dengan MBI.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bangun membidas persoalan yang dibangkitkan pendahulunya dengan mengkritik pemberian pampasan sebanyak RM 2.6 juta kepada lapan bekas pegawai MBI.

"Kalau nak dengar ceramah ekonomi kita boleh dengar sampai petang, jika benar MBI diambil alih daripada kedudukan tidak jelas di bawah KDEB dan diletakkan entiti baru dinamakan MBI. Bunyi sedap tetapi bagaimana dari segi pelaksanaan?

"Bagaimana pegawai MBI boleh bayar pampasan tanpa kelulusan," soal Azmin.

Khalid membidas bahawa perkara itu masih dibicarakan di mahkamah manakala Speaker, Hannah Yeoh meminta mereka berdua tidak menyebut urusan mahkamah di Dun.

Azmin mengkritik ketelusan MBI yang kononnya bertanggung jawab kepada Dewan namun tidak memaklumkan pemberian pampasan dengan jumlah yang tinggi sedangkan ahli lembaga pengarah tidak dimaklumkan secara terbuka.

Adun Bukit Antarabangsa menjelaskan rasional mewujudkan DEIG yang diasingkan daripada pengurusan MBI agar tindakan menjejaskan kewangan negeri.

"Sebab itu diwujudkan mekanisme baharu supaya setiap pelaburan mesti bertanggungjawab dan tidak merugikan simpanan kerajaan negeri.

"DEIG tidak akan melibatkan pinjaman pasaran dalam pelaburan sebab kita ada hartanah yang besar untuk bangunkan aset itu," katanya.


Letupan bom: Dua rakyat Msia t'bunuh dikenal pasti

Posted: 18 Aug 2015 03:34 AM PDT

SINAR HARIAN


bom
Letupan bom mengorbankan 27 orang termasuk dua rakyat Malaysia selain mencederakan berpuluh-puluh yang lain, semalam. –Foto AFP 
 
 
KUALA LUMPUR - Wisma Putra mengenal pasti dua rakyat Malaysia yang terbunuh dalam insiden letupan di Bangkok semalam sebagai Lim Saw Gek dan anak lelakinya, Neoh Jai Jun.
 
Menurut kenyataan Wisma Putra, ketika ini mayat mereka berada di Hospital Besar Polis di Bangkok untuk dibedah siasat.
 
Dua lagi rakyat Malaysia, dikenal pasti sebagai Tan Rui Hun dan Tan Kim Siok, juga cedera dalam insiden itu.
 
Rui Hun kini berada di Hospital Hua Chiew Hospital untuk rawatan lanjut manakala Kim Siok dibenarkan keluar selepas menerima rawatan, kata kenyataan itu.
 
Kementerian Luar juga berkata, mereka melalui Kedutaan Malaysia di Bangkok juga bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam menghulurkan bantuan yang perlu kepada para mangsa dan anggota keluarga mereka yang terlibat dalam insiden itu.
 
"Kami mengucapkan takziah dan simpati kepada mangsa-mangsa dan anggota keluarga mereka yang terlibat dalam insiden itu," kata kenyataan itu.
 
Menurut polis Thai, sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan banyak lagi yang cedera dalam letupan bom di pusat bandar Bangkok.  
 
Letupan pada 7 malam tadi, (8 malam waktu Malaysia) berlaku di persimpangan Ratchaprasong, 
berhampiran kuil Hindu terkenal, Kuil Erawan dan kawasan beli-belah mewah di Bangkok. - Bernama

Isytihar dulu harta, baru gubal undang-undang

Posted: 18 Aug 2015 03:32 AM PDT


Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian
 
 
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa mengisytiharkan semua harta, pendapatan dan perbelanjaannya sebelum menggubal undang-undang baharu tentang pembiayaan parti politik.
 
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, usaha itu hanya boleh dilakukan selepas Najib dan jemaah Kabinet yang lain membuat pengisytiharan tersebut.
 
"Hanya selepas pengisytiharan perincian harta, pendapatan dan perbelanjaan dibuat oleh Datuk Seri Najib dan anggota jemaah menteri, barulah rakyat boleh membincangkan satu kerangka pembiayaan politik yang telus.
 
"Dengan cara itu kita mengharapkan mana-mana menteri yang terbukti mempunyai harta dan berbelanja melebihi pendapatan didakwa dan dihukum terlebih dahulu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Beliau mengulas penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang diumumkan Perdana Menteri, pada Jumaat.
 
 
 
Najib berkata, jawatankuasa itu akan merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif, bagi menentukan sesuatu dana itu salah atau tidak khususnya dalam perbelanjaan sesuatu pilihan raya.
 
Mengulas lanjut, Rafizi selaku Ahli Parlimen Pandan mencadangkan pembiayaan politik akan menjadi telus jika menggunakan kaedah kerajaan memperuntukkan geran kepada parti-parti politik mengikut jumlah sokongan dalam pilihan raya lalu.
 
"Apabila kerajaan memperuntukkan geran sebegini, barulah undang-undang boleh diketatkan.
 
"Sebarang derma atau sumbangan politik kepada mana-mana ahli politik atau parti politik perlu diisytiharkan secara telus seperti mana yang diamalkan di negara-negara yang matang amalan demokrasinya," ujarnya.
 
Rafizi berkata lagi, pendedahan Sarawak Report bahawa Najib didakwa telah membelanjakan jutaan ringgit ketika bercuti di luar negara pada tahun lalu membuktikan Perdana Menteri itu berbelanja mewah berbanding pendapatannya.
 
"Datuk Seri Najib telah membelanjakan sekitar USD1 juta (bersamaan RM3.5 juta) perbelanjaan melalui kad kredit CIMB dan Maybank ketika bercuti di Eropah dalam Ogos 2014.
 
"Pendedahan Sarawak Report itu menunjukkan berleluasanya gejala pimpinan politik yang hidup mewah melebihi pendapatan," katanya lagi.
 
 

Tiada ulasan: