Khamis, 13 Ogos 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


ADIK BERADIK MENTERI TIDAK SEHARUSNYA MENIAGA DI KEMENTERIAN ABANG SENDIRI

Posted: 13 Aug 2015 07:14 AM PDT

shahbudindotcom.

Belum pun sampai sebulan Zahid Hamidi menjadi Timbalan Perdana Menteri, namanya sudah terpalit dengan bibit-bibit kronisme dan nepotisme yang pernah ditentangnya suatu ketika dahulu.

Ini berikutan pendedahan bahawa syarikat adiknya, Real Time Networking Sdn Bhd adalah antara pembida dalam sistem pengurusan kemasukan 1.5 juta pekerja asing daripada Bangladesh dengan Kementerian Dalam Negeri.

Selain menjadi Timbalan Perdana Menteri, Zahid ketika ini adalah juga Menteri Dalam Negeri. 

Mohd Hakim Hamidi adalah pengerusi eksekutif syarikat tersebut yang dipercayai menawarkan pakej sehingga RM3,000 bagi setiap  pekerja asing yang dibawa masuk melalui kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Imigresen dan Jabatan Sumber Manusia.

Sebenarnya budaya adik beradik, anak atau kaum kerabat menjalankan perniagaan di mana abang, ayah serta keluarga terdekat menjadi menteri bukanlah perkara baru di negara ini.

Ia berlaku sejak dulu dan berlarutan sehingga kini. Kecuali sebilangan kecil yang mungkin boleh dibilang dengan jari, selalunya kaum keluarga terdekat menterilah yang banyak mendapat kontrak perniagaan di sesebuah kementerian itu.

Orang luar hanya boleh dapat sipi-sipi atau "kari yang lebih kuah daripada isi". Setengahnya kerana menteri tersebut suka melakukan amalan sedemikian, manakala yang lain disebabkan kaum keluarganya bijak mengambil kesempatan.

Cuma, apabila ia turut berlaku di kementerian yang Zahid sendiri menjadi menterinya, ia kelihatan pelik lagi janggal dan seolah-olah beliau sudah lupa  dengan pendiriannya menentang kronisme dan nepotisme semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO dahulu.

Isu yang dibangkitkan Zahid itu jugalah yang menyebabkan kemarahan Tun Mahathir sehingga beliau mengeluarkan senarai penuh di akhbar-akhbar harian mengenai mereka yang mendapat kontrak perniagaan atau penswastaan daripada kerajaan.

Dalam kes Zahid dan adiknya ini, jika beliau sendiri yang meminta atau tiada halangan kaum keluarganya berniaga di kementerian yang diketuainya, ia memang merupakan kesalahan moral baginya sebagai seorang pemimpin

Beliau seharusnya mengelakkan perkara itu daripada berlaku dengan menyedari prinsip yang pernah ditujukannya kepada Tun Mahathir suatu waktu dahulu, ditambah lagi orang Perak juga "udah tak sabor"  lagi mahu melihatnya menjadi Perdana Menteri selepas ini.

Maka, janganlah dilakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kaki tergelincir sedangkan hanya setapak saja lagi mercu yang mahu dituju.

Tetapi jika adiknya pula yang mengambil kesempatan atas kedudukan abangnya, maka kedua-duanya adalah bersalah. Adik yang mengambil kesempatan salah, abang yang memberi ruang juga turut bersalah.

Sebagai adik, mereka sepatutnya faham dengan kedudukan abangnya sebagai menteri dengan terus memberi sokongan supaya terus berkhidmat kepada rakyat dengan jujur, sambil mendaki tangga karier yang lebih tinggi dan bukannya mengambil kesempatan daripada jawatannya.

Kalau betul adiknya itu seorang peniaga atau usahawan tulen, carilah peluang perniagaan di tempat atau kementerian lain. Kenapa mesti meniaga di situ juga?

Kita ada 37 menteri dan berpuluh-puluh lagi timbalan menteri, beratus agensi serta GLC, kenapa tandatangan abang sendiri juga yang dicari?

Sebagaimana yang diperkatakan oleh Mohd Hakim Hamidi dalam mempertahankan dirinya, beliau bebas meniaga di mana saja, asalkan bukan mengedar dadah, maka kata-kata itu seharusnya dibuktikan dengan keupayaan tanpa menumpang walau sedikit pun di bawah naungan hidung abangnya itu.

Alasan bebas berniaga di mana saja bukanlah hujah untuk mengaut lebih nikmat daripada kedudukan abang sendiri.

Sebagai abang pula, Zahid tentunya boleh menasihati adiknya mengenai kedudukannya dalam kerajaan serta risikonya jika adik beradiknya diketahui mendapat kontrak di bawah kementeriannya.

Menolong adik sendiri ketika menjadi menteri tidaklah  sama seperti seorang abang memberi banyak gula-gula kepada adiknya yang manja sewaktu kecil dahulu.

Dengan menjalankan perniagaan di tempat di mana abang  sendiri menjadi menteri, makna lainnya juga ialah mengesahkan kepada umum bahawa kedudukan adik-beradiknya hanyalah  "peniaga celup" dan bukannya "usahawan tulen".

Lebih buruk jika diketahui syarikat yang membida itu baru saja ditubuhkan atau kemasukan sebagai pengarah hanya dilakukan tidak berapa sebelum itu.

Melalui pergantungan sebegini, akhirnya apabila abang pindah ke kementerian lain, mereka juga turut pindah meniaga ke kementerian tersebut.

Abang pencen sebagai menteri kemudiannya,  mereka pun sama pencen meniaga dengan keuntungan sempat diraih berjuta-juta.

Begitulah selalunya - naik pemimpin lain, berlaku lagi ulangan cerita yang sama.

Johan Jaaffar letak jawatan pengerusi Media Prima

Posted: 13 Aug 2015 05:28 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Bagaimanapun, tiada sebab tertentu diberikan bagi keputusan pengerusi Media Prima Tan Sri Johan Jaaffar, yang tempatnya akan diambil alih timbalan pengerusi ketika ini, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor. – Gambar dari Media Prima, 13 Ogos, 2015.Bagaimanapun, tiada sebab tertentu diberikan bagi keputusan pengerusi Media Prima Tan Sri Johan Jaaffar, yang tempatnya akan diambil alih timbalan pengerusi ketika ini, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor. – Gambar dari Media Prima, .


Media Prima Bhd hari ini mengumumkan peletakan jawatan pengerusinya Tan Sri Johan Jaaffar, 61 berkuat kuasa 31 Ogos.

Bagaimanapun, tiada sebab tertentu diberikan bagi keputusan wartawan akhbar veteran itu, yang tempatnya akan diambil alih timbalan pengerusi ketika ini, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor.

Fateh akan dilantik semula mengisi jawatan itu pada 1 September.

Johan juga merupakan pengerusi panel rundingan dan pencegahan rasuah, satu panel bebas di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sementara itu, Fateh, 48, ketika ini pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Glomac Bhd.

Sebelum menyertai Glomac, Fateh merupakan pengamal undang-undang di Australia sebelum kembali ke Malaysia dan menyertai Kumpulan Perangsang Selangor Bhd.

Fateh kini merupakan presiden Persatuan Pemaju Rumah dan Hartanah (Rehda) Malaysia dan bekas pengerusi Rehda Selangor.

Beliau juga merupakan salah seorang pengarah Telekom Malaysia Bhd, VADS Bhd dan ahli lembaga penasihat bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sementara itu, Media Prima turut mengumumkan pelantikan Datuk Raja Datuk Zaharaton Raja Zainal Abidin, 66, sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif.

Beliau sebelum ini merupakan penjawat awam dalam pelbagai bidang dari 1971 - 2005 dan jawatan terakhirnya ialah ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. – The Edge Markets,

Johan Jaaffar letak jawatan pengerusi Media Prima





Bagaimanapun, tiada sebab tertentu diberikan bagi keputusan pengerusi Media Prima Tan Sri Johan Jaaffar, yang tempatnya akan diambil alih timbalan pengerusi ketika ini, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor. – Gambar dari Media Prima, 13 Ogos, 2015.Bagaimanapun, tiada sebab tertentu diberikan bagi keputusan pengerusi Media Prima Tan Sri Johan Jaaffar, yang tempatnya akan diambil alih timbalan pengerusi ketika ini, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor. – Gambar dari Media Prima, 13 Ogos, 2015.Media Prima Bhd hari ini mengumumkan peletakan jawatan pengerusinya Tan Sri Johan Jaaffar, 61 berkuat kuasa 31 Ogos.
Bagaimanapun, tiada sebab tertentu diberikan bagi keputusan wartawan akhbar veteran itu, yang tempatnya akan diambil alih timbalan pengerusi ketika ini, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor.
Fateh akan dilantik semula mengisi jawatan itu pada 1 September.

Johan juga merupakan pengerusi panel rundingan dan pencegahan rasuah, satu panel bebas di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sementara itu, Fateh, 48, ketika ini pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Glomac Bhd.
Sebelum menyertai Glomac, Fateh merupakan pengamal undang-undang di Australia sebelum kembali ke Malaysia dan menyertai Kumpulan Perangsang Selangor Bhd.
Fateh kini merupakan presiden Persatuan Pemaju Rumah dan Hartanah (Rehda) Malaysia dan bekas pengerusi Rehda Selangor.
Beliau juga merupakan salah seorang pengarah Telekom Malaysia Bhd, VADS Bhd dan ahli lembaga penasihat bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Sementara itu, Media Prima turut mengumumkan pelantikan Datuk Raja Datuk Zaharaton Raja Zainal Abidin, 66, sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif.
Beliau sebelum ini merupakan penjawat awam dalam pelbagai bidang dari 1971 - 2005 dan jawatan terakhirnya ialah ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. – The Edge Markets,
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/johan-jaaffar-letak-jawatan-pengerusi-media-prima#sthash.iIYYYNEy.dpuf

Pelajar Malaysia Di Luar Negara Tiada Pilihan Kecuali 'Ikat Perut'

Posted: 13 Aug 2015 04:29 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
PETALING JAYA: Ramai pelajar yang belajar di luar negara tiada pilihan melainkan 'ikat perut' bagi berdepan kemerosotan nilai ringgit.

Pelajar di Universiti of California, San Diego Nicholas Yee berkata dia telah membuat persiapan untuk belajar di luar negara dan kini sudah terlambat baginya untuk menarik diri.

"Saya perlu lebih berhati-hati dengan perbelanjaan saya. Saya juga akan bekerja di kampus," kata pelajar tahun pertama ini yang akan terbang ke Amerika Syarikat bulan depan.

Seorang lagi pelajar, Ang Jer Weanne, berkata dia akan lebih kerap memasak kerana makan di luar akan menelan kos lebih banyak.

"Saya mempunyai biasiswa penuh jadi ia tidaklah begitu teruk tetapi saya perlu lebih berhati-hati dalam perbelanjaan lain.

"Dari segi penginapan, saya tidak mempunyai pilihan kerana saya telah menandatangani perjanjian penyewaan. Ia akan menjadi lebih mahal," kata pelajar yang sedang menuntut di University of Wisconsin.

Pelajar kejuruteraan komputer Arunan Balakrishnan, yang kini memasuki tahun ketiga di sebuah universiti di Buffalo, Amerika Syarikat, berkata dia perlu membayar RM44,000 bagi setiap semester kerana penurunan ringgit.

"Apabila saya meninggalkan negara ini pada tahun 2013, kadarnya adalah 3.15, jadi ia satu peningkatan yang agak ketara.

"Lebih teruk lagi, yuran saya sebanyak AS$10,000 hingga AS$15,000 bagi setiap semester, akan meningkat sehingga saya menamatkan pengajian saya," kata pelajar berusia 26 tahun ini.

Arunan berkata sebagai tambahan kepada bayaran, perjalanan pulang dari Amerika Syarikat akan menelan kos lebih RM1,500 sehala sekarang.

Pelajar journalism, Punithavathy Muthukumar berkata dia kini perlu berkira-kira termasuklah untuk keluar malam dengan kawan-kawan.

"Dengan kadar pertukaran semasa, ia hanya membuatkan saya merasa tidak selesa setiap kali rakan mengajak saya keluar minum," katanya yang menuntut di Universiti of Sunderland, United Kingdom.

Pelajar perubatan Surenthiran Krishnamoorthy, 23, berkata, adalah mudah untuk mengurangkan makanan dan membeli-belah tetapi perkara-perkara tertentu adalah suatu kemestian, seperti yuran asrama, perbelanjaan perjalanan dan buku-buku.

Beliau berkata, walaupun dia belajar perubatan di Rusia, yurannya dibayar dalam dolar AS, sambil menambah ia menelan belanja AS$6,500 setahun.

"Tahun lepas, kadar pertukaran adalah RM2.80. Kini RM3.97. Ia tidak masuk akal," katanya.

Katanya, dia bernasib baik kerana perniagaan logistik bapanya menunjukkan prestasi yang baik tetapi akan cuba mencari jalan untuk menangani kos sara hidup di Rusia.
 
 

Ringgit Jatuh Ke Paras Terendah Baharu

Posted: 13 Aug 2015 04:26 AM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
 
PETALING JAYA: Bank pusat China membuat penyelarasan terhadap yuan untuk hari kedua berturut-turut, menyebabkan pasaran dan mata wang terasa bahangnya.

Ringgit terus jatuh berbanding dolar AS, mencecah aras rendah baru RM4.0275, sebahagian besarnya disebabkan oleh penurunan nilai yuan.

Semua mata wang di rantau ini juga terus mengalami kemerosotan berbanding dolar AS.

Berasaskan tahun terkini, ringgit mengalami penurunan yang paling teruk di kalangan rakan-rakan Asia, dengan penurunan sebanyak 13.33 peratus.

Ini diikuti oleh rupiah (Indonesia), won (Korea Selatan) dan baht (Thailand) masing-masing pada kadar 9.88 peratus, 8.35 peratus dan 6.99 peratus.

Secara perbandingan, yuan kini turun kira-kira 4.61 peratus.

Kesan ke atas ringgit adalah lebih buruk berbanding negara-negara lain kerana Malaysia dilihat sebagai pengeksport bersih tenaga dan kini mengalami kemelesetan harga - berlegar di bawah paras AS$50 setong.

Pasaran saham di seluruh rantau ini jatuh dengan Indeks Komposit Jakarta mendahului dengan kejatuhan 3.1 peratus diikuti oleh Indeks Hang Seng Hong Kong yang turun 2.38 peratus.

Berlaku situasi genting di Bursa Malaysia di mana kira-kira 90 peratus daripada 1,000 saham disenaraikan ditutup lebih rendah.

Penanda aras KLCI jatuh untuk hari kelima berturut-turut, turun 26.8 mata semalam ditutup pada 1609 mata. Sejak Khamis lalu, indeks telah turun sebanyak 116 mata.

Pada Selasa, People Bank of China (PBOC)  memotong titik tengah harian yuan hampir dua peratus kepada 6.2298 berbanding dolar AS, turun dari 6.1162.

PBOC berkata pelarasan itu juga dilihat sebagai susut nilai 'sekali sahaja', sambil menambah bank pusat tersebut akan memantau pergerakan pasaran pada masa akan datang untuk menstabilkan jangkaan pasaran.

PBOC telah berjanji untuk berusaha menggalakkan pembaharuan dalam pertukaran asing supaya ia lebih "berorientasikan pasaran".

Ia dilihat sebagai penurunan nilai yuan dan pergerakan mata wang terbesar bagi ekonomi kedua terbesar di dunia sejak tahun 1994.

Penurunan nilai yuan telah mencetuskan kebimbangan bahawa kelembapan ekonomi China adalah lebih teruk daripada yang dijangkakan dan bank pusat terpaksa menurunkan nilai mata wang sebagai eksport jalan keluar dari keadaan.

Pakar ekonomi bebas Lee Heng Guie berkata penurunan nilai yang telah mencetuskan perang mata wang global mungkin berakhir dengan tiada pemenang.

Kesan ke atas susut nilai ringgit mungkin akan paling dirasai oleh syarikat-syarikat yang mengimport bahan-bahan mentah, pengguna dan ibu bapa yang mempunyai anak yang belajar di luar negara.
 
 

‘Tindakan keluar parti adalah pembersihan parti’

Posted: 13 Aug 2015 04:24 AM PDT

BERNAMA

 

image
Abdul Hadi tidak risau dengan perkembangan itu, kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk parti, malah PAS menerima lebih banyak permohonan untuk menyertai parti berkenaan. - Foto arkib TRP


KUALA TERENGGANU, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa kumpulan kecil ahli parti di seluruh negara yang mengumumkan keluar daripada PAS adalah satu proses pembersihan parti.


Tegasnya, beliau tidak risau dengan perkembangan itu, kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk parti, malah PAS menerima lebih banyak permohonan untuk menyertai parti berkenaan.

"Itu (tindakan keluar parti) adalah pembersihan parti yang berlaku dengan sendiri, bila berlaku banjir…bah, pasir pun berubah.

"Kita tak risau, tak risau…gembira, gembira…keahlian kita kini meningkat, dalam masa sebulan lalu, kita telah menerima 4,000 ahli baru didaftarkan dan masih ada 2,000 hingga 3,000 yang memohon keahlian, tapi belum diproses," katanya pada majlis sambutan Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu, hari ini.

Sebelum ini, beberapa kumpulan ahli PAS peringkat negeri dan cawangan mengambil keputusan meninggalkan parti itu, termasuk Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam, Helmi Radzuan dan 12 ahli jawatankuasanya yang meletak jawatan, kerana mendakwa parti itu semakin 'eksklusif'.

Turut melakukan perkara sama ialah 12 ahli PAS cawangan Jelebu, Negeri Sembilan yang mengisytiharkan keluar parti, kerana kecewa dengan keputusan pemilihan parti pada Muktamar ke-61 di Kuala Selangor, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata, PAS tidak akan membuat penyertaan langsung dalam Himpunan Bersih 4.0 yang dijadualkan berlangsung 29 Ogos ini, sebaliknya mereka akan hanya menghantar dua wakil, iaitu Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah, Kamaruzaman Mohamad.

Ini kerana, PAS akan menganjurkan majlis sendiri pada masa akan datang.

Bagaimanapun, PAS tidak menghalang mana-mana ahli parti menyertai himpunan tersebut dan tiada galakan untuk menyertainya, memandangkan PAS bukanlah penganjur bersama seperti pada himpunan Bersih yang diadakan sebelum ini.

‘Pelajar hisap rokok elektronik tetap salah’

Posted: 13 Aug 2015 04:22 AM PDT

BERNAMA

 

eee-rokok-M-600x360
Mahdzir berkata, ketika ini, penggunaan rokok elektronik dan 'Shisha Stick' di kalangan pelajar sekolah adalah terkawal.



KUALA NERANG, Kementerian Pendidikan sentiasa mengawasi dan melakukan pemantauan terhadap penggunaan rokok elektronik dan pengambilan 'Shisha Stick' di kalangan pelajar sekolah.


Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, arahan telahpun dikeluarkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Negeri dan sekolah-sekolah untuk mengawasi perkara itu.

"Murid-murid yang menggunakan rokok elektronik tetap melakukan kesalahan, sebagaimana menghisap rokok betul," katanya selepas menghadiri majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Pedu, hari ini.
Ketika ini katanya, penggunaan rokok elektronik dan 'Shisha Stick' di kalangan pelajar sekolah adalah terkawal.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan-laporan di laman-laman sosial tentang penggunaan rokok elektronik dan 'Shisha Stick' di kalangan pelajar sekolah.

Akhirnya pemimpin PAS 'jatuh setandan'

Posted: 13 Aug 2015 03:52 AM PDT

KHALID SAMAD 


 


Perkembangan mutakhir ini, dengan kemunculan Gerakan Harapan Baru (GHB) telah menyebabkan ramai ahli PAS berada dalam keadaan kebingungan. Mereka tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Mengapa PAS yang selama ini kelihatan kukuh bersatu dan sedang berada dalam kedudukan yang antara paling berjaya sepanjang sejarahnya, tiba-tiba bagaikan berpecah dua?

Bagi sebahagian ahli, soalan yang timbul dijawab secara mudah dan dengan kaedah menghukum seperti, "tiadanya keikhlasan", "proses pembersihan", "sifat munafik", "kecewa" dan sebagainya.

Namun dijawab pula sebahagian yang lain bahawa, "mereka yang terlibat adalah orang-orang lama, lebih 30 tahun bersama PAS dan telah berkali-kali diuji dan terbukti keikhlasan mereka.

Sekiranya sebab-sebab seperti itu adalah puncanya, sudah pasti sudah lama mereka meninggalkan perjuangan ini". Oleh itu ramai dari kalangan ahli biasa menolak penjelasan yang mudah seperti itu.

Saya terpaksa menjelaskan bukan sahaja yang tersurat tetapi juga yang tersirat. Mungkin bacaan saya tepat, tetapi mungkin juga sebaliknya, namun dalam usaha memahami keadaan yang telah berlaku, penjelasan yang saya kemukakan ini adalah, bagi saya, yang paling munasabah dan rasional.

Bibit-bibit perpecahan

Masalahnya pada hemat saya bermula selepas sahaja kemenangan tercapai dalam PRU 2008. Boleh dikatakan ianya merupakan ujian kemenangan buat PAS. Pada ketika itu, PAS dan PKR berada dalam Barisan Alternatif (BA).

Untuk menghadapi PRU 2008, telah diwujudkan persefahaman politik antara BA dan DAP demi mengelak berlakunya pertandingan tiga penjuru apabila berdepan dengan Umno/BN.

Tanpa dijangka, BA dan DAP telah mencapai keputusan yang begitu baik sehingga memungkinkan pembentukan kerajaan di lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen. Oleh kerana ianya tidak dijangka, maka PAS agak bercelaru menanganinya!

Sehari selepas keputusan diumumkan, terdapat pimpinan PAS yang telah mengatur pertemuan dengan pimpinan Umno. Yang sah dan nyata, cadangan membentuk kerajaan bersama Umno/BN telah dipertimbangkan untuk Selangor dan Perak.

Saya tidak dengar cadangan sama dipertimbangkan untuk Kedah. Mungkin untuk Kedah ianya tidak dianggap perlu atas sebab PAS adalah majoriti. Ianya juga tidak releven untuk Kelantan.

Di Pulau Pinang pula, jumlah kerusi DAP dan PKR mencukupi untuk pembentukan kerajaan. Maka tiada apa yang boleh dilakukan PAS kecuali untuk bersama.

Pemimpin utama PAS tidak selesa

Racangan bertemu pimpinan Umno ini mungkin atas sebab rasa tidak selesa pemimpin utama PAS dengan pilihan membentuk kerajaan bersama PKR dan DAP di Selangor dan Perak. Pada ketika itu, di kedua-dua negeri tersebut, PAS mempunyai kerusi paling sedikit berbanding PKR dan DAP.

Pada masa yang sama, barisan pembangkang kesemuanya Melayu Islam dari Umno. Maka adalah dipercayai pimpinan utama PAS merasakan amat keliru untuk PAS berada di pihak majoriti bukan Melayu Islam berhadapan dengan pembangkang Melayu Islam.

Walaupun usaha rundingan ini telah akhirnya berjaya dipintas, namun sikap tidak selesa memerintah bersama PKR dan DAP dalam keadaan PAS tidak dominan terus menghantui pimpinan utama di dalam PAS.

Hasil dari itu, timbul pemikiran yang mempertikaikan kebijaksanaan pendekatan Pakatan Rakyat kerana ia memungkinkan PAS memerintah bersama tetapi dalam keadaan minoriti.

Namun rasa tidak selesa ini tidak dikemukakan untuk dibincang tetapi sebaliknya dipendam. Pada masa sama, para pemimpin ini mengulangi slogan "kukuhkan Pakatan" dalam setiap ucapan, walaupun hati mereka berkata sebaliknya.

16 September, kerajaan perpaduan

Di dalam kerangka pemikiran dan logik yang sama, maka cadangan September 16 anjuran DSAI ditolak pimpinan utama PAS. 'Majoriti Islam Melayu' adalah syarat yang tidak mampu dipenuhi pada ketika itu.

Mungkin hasil rasa tidak selesa ini juga, maka cadangan presiden PAS mengemukakan cadangan kerajaan perpaduan pada 2009 tanpa apa-apa perbincangan di peringkat PAS Pusat mahu pun Majlis Syura.

Mungkin cadangan membentuk kerajaan perpaduan ini dilihat sebagai satu-satunya cara untuk melepaskan PAS dari dilema bersama PKR dan DAP tanpa dominasi PAS.

Pada ketika itu kerusi PAS di Parlimen juga adalah yang paling sedikit berbanding rakan Pakatan Rakyat. Melalui kerajaan perpaduan, paling kurang, PAS dalam membentuk majoriti 'Melayu Islam' kalaupun tidak dapat mendominasi.

Akan tetapi segala perbincangan berhubung kerajaan perpaduan ini telah dipatahkan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sehingga akhirnya ianya ditarik balik secara rasmi.

Pemimpin utama PAS tidak boleh menerima sebuah kerajaan dengan PAS atau 'Melayu Islam' sebagai minoriti, di Parlimen dan di beberapa negeri, yang mungkin terbentuk melalui kemenangan Pakatan Rakyat.

Akan tetapi, ramai dari pimpinan PAS Pusat tidak melihatnya sebagai satu masalah yang mewajibkan PAS mempertimbang kembali keterlibatannya dalam Pakatan. Pada masa sama, ahli biasa semakin teruja dengan terbentuknya Pakatan. Ini terbukti melalui keputusan pemilihan muktamar PAS pada tahun 2011.

Pada muktamar 2011 saya sendiri telah dipilih sebagai AJK PAS Pusat setelah gagal beberapa kali sebelum itu. Kemenangan saya diyakini atas sebab sikap pro-Pakatan saya yang turut disokong perwakilan pada ketika itu.

Penyingkiran pemimpin pro-Pakatan

Pada ketika inilah, pada hemat saya, ada yang berpendapat, saf pimpinan AJK PAS Pusat perlu ditukar dengan yang tidak terlalu pro-Pakatan demi menangani masalah ini.

Pada masa sama, perlu juga ditimbulkan keresahan ahli terhadap keterlibatan PAS dalam Pakatan. Kalau tidak, maka hubungan PAS dan Pakatan akan benar-benar dikukuhkan dan dengan itu dilema pimpinan utama PAS akan berterusan.

Masalah ini ditangani melalui strategi serampang dua mata seperti berikut:

1. Pimpinan yang terlalu pro-Pakatan perlu dijatuhkan pada pemilihan Muktamar dengan apa cara sekalipun, termasuk pendekatan melabel dan fitnah

2. Hubungan antara PAS dan Pakatan perlu digodak sehingga ahli terpaksa pilih antara PAS atau Pakatan

Kempen fitnah bermula

Maka sejak selepas muktamar 2011, usaha dimulakan untuk menyebarkan kebencian terhadap pemimpin tertentu. Istilah "parasit", "Anwarinas" dan "Erdogan" mula dipopularkan dan pemimpin yang disasarkan ini turut dikritik kerana "tidak menyokong idea kerajaan perpaduan yang dikemukakan presiden". Mereka dituduh menolak konsep kerajaan perpaduan kerana "mementingkan kepimpinan dan politik DSAI lebih dari politik DS Presiden".

Dalam muktamar PAS 2013, usaha untuk menjatuhkan pimpinan yang terlalu pro-Pakatan telah diusahakan tetapi menemui kegagalan. Kewujudan usaha ini telah didedahkan oleh Dr Hassan Ali melalui video masyhurnya yang dirakam di satu majlis di Melaka pada 2013.

Kegagalan ini menyebabkan berlakunya usaha yang lebih gigih ke arah pembersihan saf pimpinan dari anasir yang kononnya didakwa lebih setia kepada Pakatan berbanding PAS.

i) Pembersihan dalam Muktamar 2015

Dengan itu strategi yang lebih kemas telah disusun bagi menghadapi Muktamar 2015.

Langkah pertama dilakukan sebaik sahaja selesai muktamar 2013. Pesuruhjaya PAS negeri yang terlalu komited dengan Pakatan ditukar. Antaranya, Dr Rani Osman, yang memimpin PAS Selangor sehingga berjaya mencapai prestasi terbaik sepanjang sejarahnya dengan memenangi 15 kerusi DUN. Sambil itu muka baru turut dilantik sebagai pesuruhjaya PAS Perak walaupun terdapat mereka yang lebih lama dan lebih layak.

Langkah kedua adalah perlaksanaan program dalaman parti yang menjalankan kempen memburuk-burukkan pemimpin pro-Pakatan. Program dalaman seperti Liqa' Fikri, Liqa' Siyaasi, Nekad dan sebagainya dianjurkan sepanjang hampir dua tahun dengan tujuan menanamkan kebencian ahli terhadap kelompok pemimpin ini.

Langkah ketiga, mempopularkan individu tertentu melalui program dalaman ini manakala pemimpin yang ingin ditolak terus diasak dan diserang dengan didakwa membawa fikrah menyimpang dari dasar Islam. Tuduhan bahawa kononnya ada usaha untuk menjatuhkan Presiden mula diuar-uarkan melalui program dalaman seperti ini.

Langkah keempat adalah untuk menguasai cawangan dan kawasan tertentu sebelum muktamar 2015 supaya usaha menukar saf pimpinan dapat dijayakan. Ini menjadi lebih mudah dengan kehadiran asatizah muda yang telah diasuh sejak 2009 dengan sikap tertentu. Mereka telah muncul sebagai pimpinan cawangan dan kawasan.

Langkah kelima dan terakhir, menghalang mereka yang ingin dijatuhkan dari bertemu dengan ahli melalui program parti. Program yang ingin diadakan oleh pimpinan ini pula dituduh "berniat berkempen" dan ditolak oleh pimpinan beberapa negeri. Namun pada masa sama, tetapi program untuk menjatuhkan pemimpin pro-Pakatan ini terus dianjurkan.

Lima langkah seperti di atas telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ianya tidak mungkin suatu kebetulan.

ii) Aduan kepada presiden

Apabila persoalan mengenai kempen jahat ini diadu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa mesyuarat AJK PAS Pusat, ia sekadar dijawab dengan penjelasan bahawa fitnah dan dakyah adalah "perkara biasa".

Kemudian, disyorkan pula agar semua yang difitnah dan diberi gelaran menghina menerimanya sebagai "sumber pahala". Pokoknya, bibit perpecahan disemai dan dibiarkan begitu sahaja.

Terdapat juga pimpinan yang "memfatwakan" bahawa label-melabel adalah "sunnah". Mereka mengemukakan berbagai hujah untuk mempertahankan amalan terkutuk ini.

Yang paling mengelirukan adalah dakwaan bahawa Abdullah Azam telah berpesan supaya sekiranya ada sepuluh butir peluru, maka sembilan daripada adalah untuk pengkhianat dan hanya satu untuk musuh luar.

Walhal, Abdullah Azam menceritakan mengenai perjuangan untuk mencapai kemerdekaan menentang penjajah dan "pengkhianat" yang dimaksudkan adalah orang tempatan yang bersekongkol dengan penjajah, bukan ahli jemaah sendiri.

Tanpa berusaha untuk menghentikannya, media sosial dimanfaatkan untuk memperhebatkan lagi usaha dakyah dan fitnah terhadap pimpinan yang ingin dijatuhkan. Gelaran yang lebih serius diperkenalkan termasuk "liberal, sekular, plural, antihudud, antiulama" dan sebagainya.

iii) Usaha kemuncak

Pada muktamar 2014, istilah "barua" dan "broker" diperkenalkan oleh Datuk Seri Presiden sendiri. Melaluinya, pendirian Datuk Seri presiden yang jelas berpihak semakin terserlah. Datuk Seri presiden menggelar saf pimpinan yang sedia ada pada ketika itu sebagai "pilihan muktamar, bukan pilihan dirinya".

Menjelang Muktamar 2015, Datuk Seri presiden mengeluarkan kenyataan sama ada "pilih pimpinan pilihan PAS atau pilihan DAP". Juga disebut, "muktamar sebagai medan membersihkan PAS dari pemimpin sekular".

Dengan usaha gigih yang dilakukan serta keterlibatan pimpinan utama sendiri, maka tidak hairan bahawa akhirnya matlamat pertama tercapai dengan cemerlangnya. Pimpinan yang ingin dijatuhkan dapat dijatuhkan secara setandan.

Bahagian kedua esok saya akan cuba menjelaskan strategi kedua, iaitu menimbulkan keresahan ahli terhadap PR. Ianya telah dilaksanakan dan jelas kelihatan semakin berjaya. MALAYSIAKINI



KHALID SAMAD MP Shah Alam dan bekas anggota jawatankuasa pusat PAS.

 

1MDB: Bank Negara mahu AG bangkit bertindak

Posted: 13 Aug 2015 03:46 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bank Negara telah mencadangkan tindakan penguatkuasaan berhubung siasatan terhadap syarikat pelaburan negara kontroversi 1MDB, kata gabenor bank pusat itu Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Katanya, cadangan itu dinyatakan dalam kertas siasatan yang diserahkan kepada peguam negara minggu ini.

"Bank ini telah menyerahkan kertas siasatan kepada peguam negara dengan cadangan untuk tindakan penguatkuasaan yang sesuai," katanya.

Ini penampilan sulung Zeti dalam beberapa minggu setelah beliau dan agensi-agensi penguatkuasaan lain menjadi perhatian susulan siasatan mereka.

Siasatan itu juga ditunggu-tunggu kerana ia melibatkan kemasukan RM2.6 bilion wang derma ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam tempoh itu peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah digantikan, yang kemudian menyaksikan pasukan siasatan khas terbubar.

Pasukan itu pada mulanya disertai Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jabatan Peguam Negara.

SPRM dan Bank Negara bagaimanapun meneruskan siasatan mereka.

Bagaimanapun, muncul kontroversi baru apabila pegawai SPRM disiasat polis berhubung dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan pada Najib dan Zeti pula dihamburkan pelbagai dakwaan liar di Internt.


Cerita 'selepas hujan' Najwa Mahiaddin 6 0 Apa lagi yang lebih baik dilakukan ketika berdepan pancaroba selain meneguhkan semangat dan bersabar kerana yakin, derita tidak akan kekal selamanya. Sebagai penyanyi pula, Najwa Mahiaddin percaya ada 'kuasa penyembuhan' dibawa susunan irama dan kata-kata. Justeru terhasil lagu After The Rain yang mula diperkenalkan pada 6 Ogos lalu. Uniknya lagu - dan penyanyi - itu ialah, ia cepat menarik perhatian kerana muncul ketika politik negara sedang memanas. Ia ditambah pula dengan status penyanyi itu sendiri yang menjadi ahli keluarga timbalan perdana menteri sehingga ahli politik veteran DAP juga memberi komen mengenainya.

Posted: 13 Aug 2015 03:44 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Apa lagi yang lebih baik dilakukan ketika berdepan pancaroba selain meneguhkan semangat dan bersabar kerana yakin, derita tidak akan kekal selamanya.

Sebagai penyanyi pula, Najwa Mahiaddin percaya ada 'kuasa penyembuhan' dibawa susunan irama dan kata-kata.

Justeru terhasil lagu After The Rain yang mula diperkenalkan pada 6 Ogos lalu.

Uniknya lagu - dan penyanyi - itu ialah, ia cepat menarik perhatian kerana muncul ketika politik negara sedang memanas.

Ia ditambah pula dengan status penyanyi itu sendiri yang menjadi ahli keluarga timbalan perdana menteri sehingga ahli politik veteran DAP juga memberi komen mengenainya.


'Yang penting apa Anina cuba sampaikan'

Posted: 13 Aug 2015 03:41 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengaku kesal dengan kritikan keras seorang anggota Wanita Umno Langkawi kepada perdana menteri tetapi akan meneliti mesej dalam ucapan itu.

Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata, parti itu terbuka dan membenarkan setiap perwakilan mesyuarat meluahkan isi hati kerana ia suara akar umbi.

"Kita buat sebarang keputusan itu mestilah dari maklumat yang kita dapat dari akar umbi. Jadi kadang-kadang cara perasaan itu diluahkan dengan kata-kata yang agak kesat.

"Yang itu yang saya sedikit kesal. Bukan sedikit kesallah, memang saya kesal.

"Saya cuba nak memahami intipati mesej yang disampaikan dan walaupun kita boleh menegur beliau di atas cara yang disampaikan mesej itu, tetapi saya ingat pentingnya ialah apa yang dia cuba sampaikan," katanya.

Dalam mesyuarat Wanita Umno Langkawi Sabtu lalu, keadaan menjadi gamat apabila Anina berkata tiga juga anggota Umno kini menjadi mangsa "kencing" Datuk Seri Najib Razak.

Rakaman video memaparkan ucapan berani dan berapi-rapi Anina itu turut tersebar luas di alam maya.

Bercakap kepada pemberita di Hotel Pullman, Kuala Lumpur, Mukhriz berkata sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan diambil terhadap Anina.

Ini memandangkan tiada sebarang aduan daripada Umno Langkawi dibuat setakat ini, kata pemimpin Umno Kedah itu.

"Saya rasa biarlah kes ini dijadikan satu tanda aras supaya kita tidak melewati had…

"Kita nak supaya apa sekalipun yang hendak disampaikan biarlah dengan cara yang berhemah (sebab) kadang-kadang kita tak dapat kawal emosi," kata anak kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Pindah pengarah: SPRM siasat KSN, KP JPA

Posted: 13 Aug 2015 03:39 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Beberapa laporan telah dibuat oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan suruhanjaya itu sendiri terhadap Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Zabidi Zainal.

Satu sumber memberitahu Malaysiakini bahawa laporan dibuat berhubung pemindahan Pengarah Operasi khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob Jumaat lepas.

"Terdapat beberapa laporan yang difailkan di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009," tambah sumber itu yang tidak mahu namanya disebut.

Seksyen 48 Akta SPRM ialah berkaitan dengan kesalahan menghalang penyiasatan.

Difahamkan, laporan yang sama telah dibuat terhadap polis kerana menangkap pegawai SPRM dan merampas komputer riba mereka, serta dokumen yang berkaitan dengan siasatan SRC International Sdn Bhd, dan dakwaan pemindahan RM42 juta ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Polis menyiasat pegawai SPRM berhubung dakwaan kebocoran dokumen sulit dengan siasatan terhadap SRC.


Ancaman penggodam 'pro-BERSIH' dari luar negara

Posted: 13 Aug 2015 03:35 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ancaman kumpulan penggodam Anonymous Malaysia untuk memecahkan 150 laman web berkaitan kerajaan didapati dibuat daripada luar negara ini.

Bagaimanapun sama ada ia dibuat oleh rakyat Malaysia atau warganegara asing, perkara itu sedang diteliti, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, siasatan polis akan lebih sukar bagi kes-kes melibatkan ancaman siber yang dilancarkan daripada luar negara.

Antara kekangannya, kata Khalid lagi, termasuk perbezaan undang-undang negara itu dan Malaysia.

"Jadi sukar sikit untuk dapatkan kerjasama negara-negara lain," katanya.

Baru-baru ini, sebuah video Anonymous Malaysia, muncul di laman media sosial dan mengisytiharkan akan melancarkan perang habis-habisan terhadap kerajaan sedia ada.

Dalam video itu, seorang individu yang memakai topeng, mengancam menggunakan semua sumber yang ada untuk melancarkan peperangan Internet bagi menyokong perhimpunan BERSIH 4 di Kuala Lumpur pada 29 Ogos.

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah bagaimanapun mengutuk ancaman itu dan menegaskan mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan penggodam itu.


Hanya sempat hidup selama lapan hari'

Posted: 13 Aug 2015 03:34 AM PDT


'Hanya sempat hidup selama lapan hari'
Antara pengamal media yang menziarahi pusara bayi berkenaan. Gambar kecil: Suspek Ahmad Afifudin
 
 
JEMPOL - Hanya sempat hidup selama lapan hari, bayi lelaki kepada kanak-kanak berusia 11 tahun yang menjadi mangsa rogol disahkan meninggal dunia, awal pagi semalam.
 
Bayi yang dilahirkan cukup sifat pada 5 Ogos lalu, meninggal di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, kira-kira 4.40 pagi, dipercayai akibat inflamasi usus.
 
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bahau, Jalan Jelai - Bahau, di sini, sebelum solat Zohor, semalam.
 
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, polis masih mengesan suspek yang merogol kanak-kanak terbabit bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
 
Terdahulu, kanak-kanak terbabit bersalin di sebuah klinik swasta sekitar jam 10 pagi selepas mengadu sakit perut kepada ibunya.
 
"Kita mohon kerjasama orang ramai yang ada maklumat berkaitan suspek agar segera membuat laporan di balai polis berhampiran.
 
"Suspek sebelum ini ada rekod jenayah lampau bersangkut kes dadah dan mencederakan orang menggunakan senjata di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, di sini, semalam.
 
Menurutnya, polis mencari Ahmad Afifudin Ismail, 30, merupakan pekerja buruh yang beralamat terakhir di Kampung Batu Bakar, Bahau, di sini, bagi membantu siasatan.
 
Sementara itu, usaha Sinar Harian untuk menemubual keluarga kanak-kanak terbabit semalam, gagal apabila mereka enggan ditemui media.
 
Beberapa pengamal media di negeri ini turut kelihatan menziarahi pusara bayi berkenaan.
 
 

Najib dan Mahathir lebih terpenjara daripada saudara

Posted: 12 Aug 2015 05:28 PM PDT

MSO

 

SELAMAT HARI JADI


Ybhg Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Ketua Umum,
Parti KEADILAN Rakyat Malaysia,
D/A Penjara Sungai Buloh,
Selangor.

Assalamualaikum wbh wbt.

Gambar terakhir Anwar sewaktu masih bebas.
Saudara, pertamanya saya mengucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran saudara yang jatuh pada hari semalam, 10 Ogos dengan harapan dan doa semoga saudara diberikan kesejahteraan serta keberkatan oleh Allah S.W.T di dunia dan akhirat.

Usia saudara kini sudah merangkak ke - 68 tahun dimana bagi sesetengah orang dianggap sudah lanjut usia dan tidak "rak" (berdaya) lagi untuk berjuang. Tempoh usia Nabi Muhamad S.A.W. dijadikan sakatan untuk hidup. Itu tanggapan daripada luar, apa lagi oleh mereka yang tidak memahami erti dan falsafah perjuangan.

Perjuangan bukan bermula semalam, tetapi ia baharu bermula esok. Semalam adalah pemasangan niat manakala esok dan hari-hari seterusnya adalah hari pelaksanaan niat.

Sebenarnya bagi saya, saudara baru semalam memijak medan perjuangan. Persumbatan saudara ke penjara Sungai Buloh pada 10 Februari 2015 yang kini sudah 184 hari, merupakan permulaan tahap ketiga perjuangan saudara setelah saudara melalui dengan jaya pada dua tahap sebelum ini.

Tahap pertama ialah pada tahun 1974 - 1976, apabila saudara ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala tahap kedua ialah pada tahun  2000 hingga 2004 menerusi dakwaan liwat. Dimana dalam kedua tahap itu saudara terpelihara dalam penjara selama enam atau tujuh tahun dan telah lulus dengan cemerlang.

Tahap-tahap atau tempoh itu, dan kini adalah ujian penting bagi saudara dan ia calang-calang orang dapat digagahinya. Saya berkata begitu kerana saudara disumbat ke dalam penjara bukan kerana saudara melakukan jenayah seperti dilalui narapidana biasa, atau kerana saudara mencuri sehelai seluar sendor bersais XL, tetapi saudara dibawa ke penjara menerusi projek jahat yang maha hebat - menerusi satu konspirasi licit.

Saudara dipenjara kerana penguasa yang pengecut dibayangi ketakutan dengan pengaruh dan sokongan rakyat kepada saudara yang menggila.

Toh, begitu saudara tegal berada dalam penjara. Utuh bersama prinsip diri. Justeru bagi saya, saudara dibawa masuk ke dalam penjara bukan untuk membekukan saudara, jauh sekali mematikan jihad bangsa saudara. Bukan! Ini kerana api perjuangan saudara tidak pernah terpadam dalam penjara. Sebaliknya penjara adalah bagaikan sebuah makmal buat saudara memproseskan diri dan jiwa menjadi pejuang yang tulen dan hakiki. Saudara berjaya menukar penjara dari suatu keadaan menekankan menjadi sebaliknya.

Saya telah bilang di Malaysia ini selepas penahanan tokoh-tokoh nasional agamis tulen seperti Dr Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestman dan lain-lain, maka saudaralah pemimpin pasca merdeka yang mewarisi jejak mereka. Mengungguli keberanian dan kegigihan daya juang para nasionalis dan agamis itu. Yang mempunyai keulitan dan keberanian dalam perjuangan. Yang sanggup mengharungi lautan api dan "merukah" gunung berduri. Yang sanggup dan rela meniarap makan pasir dan menentang makan embun.

Selama beberapa tahun dan setelah tiga kali saudara di penjara, namun ia tidak melemahkan semangat saudara. Hari ini dalam usia yang dianggap senja, tidak ada desah dan ah, daripada saudara bagi menunjukkan rasa jengkil dan cemuh dengan mehnaj perjuangan. Saudara tidak pernah merungut kekesalan atas apa yang berlaku. Bahkan, penjara itu tidak memberi apa-apa kesan langsung kepada saudara kalau tujuannya untuk mematikan langkah saudara di situ agar saudara berputus asa.

Kandati dalam penjara saudara masih boleh berkokok dan bernyanyi dengan irama memberi harapan dan membina impian murni buat rakyat. Suara dan irama saudara tidak pernah teralat. Kenyataan, seruan dan pandangan menggerakan langkah perjuangan terus dikeluarkan. Kemampuan dan kelangsungan ini sekaligus menunjukkan sudah tidak mudah dimatikan. Sebab itu saya tidak menganggap penjara adalah pusara buat saudara. Ini pun dapat dihayati oleh pejuang yang tulen sahaja.

Dengan pemenjaraan saudara kini yang terseksanya ialah bukan saudara, tetapi konspirator itu sendiri. Merekalah yang resah gelisah kesal dan sebal.  Perhatikan sahaja kepada apa yang berlaku dan menimpa kepada ketua konspirator mahu menghancurkan saudara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohd Najib Razak. Tidakkah hari ini mereka sedang menerima hukum karma dan balasan Allah atas perbuatan mereka? Apakah keadaan kini mereka berdua lebih senang dan aman dari saudara?

Dr Mahathir sangat kecewa dengan Najib, manakala Najib sangat resah dengan serangan rakyat terhadapnya. Keadaan Najib kini bagaikan kera kehujanan berada didahan tinggi yang pokoknya "direnyut" goncang oleh rakyat dan Mahathir. Mahathir yang dulu meletakkan Najib dipanggung kekuasaan dengan mengharap sesuatu balasan kini sangat kecewa dengan tingkah laku dan perangai Najib. Mahathir mungkin merintih nasibnya, menyesal kerana dia tidak sempat menyangak harta negara lebih besar dari Najib.

Ironi melihat Dr Mahathir kini sudah mula menyedari kuasa rakyat perlu digunakan untuk menjatuhkan Najib apabila beliau juga bersetuju perarakan jalan raya perlu dilakukan untuk menyembamkan Najib. Penerimaan Dr Mahathir terhadap mekanisme menjatuhkan diktator ini merupakan satu kekalahan buat egoisme politik Dr Mahathir Mohamad.

Kegagahan dan keutuhan jiwa saudara juga terbukti apabila sebaik sahaja kaki saudara terpijak di bumi terbuka, saudara terus melaungkan semboyan perang melawan kezaliman dan penganiayaan ke atas rakyat. Ini terbukti apabila saudara keluar dari jeriji besi tahun 2004 setelah menjalani empat tahun penjara, perjuangan rakyat terus semarak. Bahkan rakyat makin menjadi berani dan bersemangat.

Ia juga memberi kekuatan dan mematangkan saudara. Sedar atau tidak keberanian itu menyebabkan saudara menjadi ikonik perjuangan bangsa yang tidak tahu erti menyerah dan mengaku kalah kepada paksaan bersalutkan kepalsuan. Kehadiran saudara tidak sia-sia untuk negara ini kerana saudara setanding dengan pejuang bangsa lain seperti Seokarno di Indonesia, Jose Rizal di Filipina atau pun Nelson Mandela di Afrika Selatan dan lain-lain wirabangsa. Saudara tetap akan dikenang begitu.

Mungkin penahanan pertama tahun 1974-1976, sebagai ujian dan disambut dengan rasa megah dan sorak sorai oleh saudara, kerana itulah yang diingini oleh seorang pejuang. Pejuang akan berasa megah dan bangga apabila dia ditahan kerana penahanan adalah sijil pengesahan bagi seseorang pejuang. Boleh dikatakan semua pejuang dunia dipenjara, bahkan ada yang syahid di balik tembok batu.

Bagaimana pun penahanan pertama itu bagi sesetengah orang sudah pun cukup untuk mereka berfikir dan surut ke belakang kemudian rebah kembali menjadi pengampu dan pemakan upah. Tetapi tidak dengan saudara. Semangat membela rakyat dan sedia menentang ketidakadilan, kezaliman terus menyelinap ke dalam pembuluh darah saudara. Malahan penjara tahun 1974 itu memberi kekuatan dan membakar jiwa saudara ia juga adalah bibit untuk saudara betah dalam tahanan.

Namun penjara kali kedua, tahun 2000 sesuatu yang bukan mudah untuk diatasi. Saudara bukan dibawa masuk kerana tertangkap apabila tersadung dijalan, setelah dikejar FRU atau apa, tetapi ia dirancang demkian jahat dan kejam sekali. Ia melibatkan satu konspirasi peringkat tertinggi, yang membabitkan semua aparat kerajaan, dari Perdana Menteri kepada budak pejabat. Konspirasi itu juga memerlukan wang bukan sedikit, kalau pun tidak sampai RM2.6 billion.

Projek memenjarakan saudara terlebih dahulu dilakukan penganiayaan dan pemaluan (pengaiban) dengan menyalahgunakan kuasa dan undang-undang. Yang terkena dengan kesadisan itu bukan sahaja diri saudara secara peribadi tetapi ia juga membabitkan semua anggota keluarga saudara, isteri dan anak-anak yang masih kecil. Konspirasi itu satu tindakan paling busuk dalam sejarah negara ini.

Serentak itu juga, saudara bukan diganggu mental, tetapi fizikal saudara juga diusik dan dicederakan. Saudara diterajang dan ditumbuk dalam keadaan mata tertutup oleh orang berjawatan Ketua Polis Negara. Jeritan sakit saudara tidak terlantas ke luar, malahan ia disembunyikan dengan kata-kata "safe and sound", bagaimana pun lebam dimata saudara memberi pemahaman yang memilukan. Lebam itu menjawab sebuah kesakitan dan kekejaman.

Pun begitu segala perlakuan jahat dan laknat itu tidak sedikit juga menggetarkan hati dan jiwa saudara, ia bercahaya sampai ke saat ini. Benar dan tepatlah ayahanda dan bonda saudara memberi nama itu, "Anwar" kepada saudara yang membawa maksud "bercahaya" kerana saudara memang mampu memancarkan cahaya.

Tidak terhitung berapa banyak cahaya atau sinar kesedaran yang dikeluar dan dipancarkan oleh saudara untuk kehidupan rakyat dan negara ini. Lantaran cahaya keberanian dan "lawan tetap lawan", "lawan sampai menang" itu menyebabkan beberapa agenda besar untuk menjahamkan negara menerusi perkosaan kuasa rakyat gagal. Paling ketara sekali ialah apabila jatuhnya diktator demokrasi bernama Dr Mahathir Mohamad.

Tidak dapat siapa nafikan, terburainya regim Mahathir yang kini disisai oleh Najib Razak yang kian mengganas, adalah hasil daripada perjuangan saudara. Atas idea, iltizam dan kebijaksanaan saudara membentuk barisan Pakatan Rakyat, telah berjaya menafikan hegemoni UBN sejak tahun 2008. Bahkan Dr Mahathir yang laksana persis "Hitler demokrasi" terpaksa berundur dan tumbang lebih awal daripada itu sepatutnya.

Demikian juga kejayaan Pakatan Rakyat menafikan kuasa dua pertiga UBN di Parlimen adalah atas inisiatif dan kekuatan pengaruh saudara. Tanpa kebijaksanaan dan ketabahan saudara ia tidak mungkin terjadi. Beberapa kejayaan besar pembangkang itu adalah kerana cahaya prinsip dan kedaulatan diri yang saudara pancarkan.

Di sini saya tidak mahu membicarakan keresahan jiwa saudara dalam melihat nasib Pakatan Rakyat hari ini. Cuma saya hendak menyebutkan bahawa keretakan itu berlaku kerana saudara berada dalam penjara. Rancangan pemerintah untuk meretak dan melemahkan Pakatan Rakyat berjaya. Saya percaya kalau saudara berada diluar nasib Pakatan Rakyat tidak seburuk hari ini. Saudara memiliki daya diplomasi paling tinggi hatta boleh tersenyum kepada orang yang mengherdik dan menghalau saudara saat menjadi tamunya.

Ini menjelaskan orang lain tidak sehebat saudara membangun jiwa dan membangkit semangat untuk menumbangkan UBN. Orang lain walaupun mereka mengaku mempunyai saham, sebenarnya adalah pengikut yang pandir sahaja. Lebih tepat sebagai perasan sedangkan mereka tidak ada buah fikiran dan keazaman langsung untuk menumbangkan kerajaan UBN. Mereka adalah pengutip ikan selepas air kering atau pun membaca doa saat hidangan hendak dijamah.

Saudara cukup setakat ini warkah bicara saya sempena hari jadi saudara. Saya tahu saudara tidak pernah ralat dan tetap tabah. Percaya dan yakinlah rakyat sedang menunggu saudara untuk memimpin negara bangsa ini.

Salam hormat,
MOHD SAYUTI OMAR.

Ridhuan Tee Dedah 'Rahsia Besar' Najib

Posted: 12 Aug 2015 05:25 PM PDT

 
RAKYATNEWS


Berikut merupakan kupasan Penceramah Agama, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah di sebalik tuduhan yang dihadapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak : -
 
Sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, perkara utama yang telah dilaksanakan oleh Najib adalah untuk mendamaikan negara dan umat Islam yang bertelagah.

Dalam kemelut dan situasi politik yang berlaku sekarang kami sebagai aktivis ummah duduk berdiskusi dan cuba melihat drp sudut persepsi serantau.

Menyelak, mengkaji dan cuba membaca senario dunia yg sedang berlegar daripada dulu hingga kepada kemelut mutakhir yg sedang berlaku.

Najib telah berjaya mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, selepas pengeboman berhari-hari di Gaza oleh Israel di saat para pemimpin negara Islam yg lain sekadar melihat dan tidak melakukan apa-apa tindakan yg sepatutnya.

Malaysia secara langung atau tidak langsung telah memberikan pelbagai bantuan kepada umat Islam Palestin bagi memulakan semula kehidupan mereka selepas dimusnahkan Israel.

Najib juga menjadi Perdana Menteri Malaysia dan antara pemimpin dunia Islam yg berani menghadapi risiko masuk dan berjumpa pemimpin HAMAS di Gaza.

Beliau juga berusaha menamatkan konflik 70 tahun umat Islam di Selatan Filipina yang ditembak oleh peluru kerajaan negara itu.

Kuala Lumpur menjadi penyelaras kepada pendamaian dan menubuhan wilayah Bangsa Moro di Selatan Filipina dan diharap dengan pendamaian di situ masalah PATI di Sabah juga akan selesai.

Najib memainkan peranan utama menyelesaikan konflik 50 tahun Selatan Thailand, di mana umat Islam di negara itu mendakwa didiskriminasikan berbanding rakyat Thailand di utara negara Gajah putih itu.

Wujud konflik agama dan pemberontakan, Kuala Lumpur sekali lagi memainkan peranan utama ke arah pendamaian di Selatan Thailand.

Mungkin ada yang mendakwa zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri dulu dia buat perkara yang sama.

Untuk rekod, masa zaman Dr Mahathir jadi Perdana Menteri, semua bantuan kepada umat Islam Filipina, Palestin, Bosnia, Selatan thai dibuat secara rahsia, dan lebih berorentasikan memperkasa pertahanan umat Islam bukan orentasi perdamaian seperti PM Najib.

Najib berani mengambil risiko untuk 'rock the boat' dengan mengusulkan berbagai pendamaian di wilayah Islam termasuk di Palestin antara Fatah dan Hamas.

Keberanian beliau sudah pasti mengundang dua perkara, pertama sokongan drp pemimpin-pemimpin umat Islam di seluruh dunia (kita lihat perubahan pandangan terhadap Najib di kalangan pimpinan PAS).

Kedua, serangan daripada musuh Islam seperti Israel (yang mahu Anwar jadi Perdana Menteri), para pelobi Yahudi seperti media sosial mereka WSJ, dan para pembuat senjata yang rugi jika wujud pendamaian di wilayah bergolak selama puluhan tahun.

Baik, daripada sudut logik ini, jika kami seorang multibillioner Arab dan berkawan dengan Najib, melihat kpd sumbangannya kepada Islam dan perdamaian sejak menjadi PM, apakah susah saya mahu memberikan sumbangan kepada beliau?

Mari bertanya kepada diri kita, jika bertemu dengan kawan yang berani ke depan dalam memperjuangankan apa yang kita mahukan, tapi tidak berani lakukan secara terbuka, dan beliau perlukan dana.

Apakah kita akan berikan, kerana kita tahu itulah caranya melakukan amal jariah atau infak untuk kepentingan umat.

Ingatlah saudara-saudaraku bahawa kita berada di dunia akhir zaman. Dunia yg segala fitnah dan cerita rekaan disebar luaskan khasnya melalui media sosial sehingga kita menjadi keliru antara kebenaran dan kepalsuan.

Mungkin Najib bukanlah Perdana Menteri yang terbaik namun kita harus bersama-sama mempertahankan kedaulatan Islam drp diserang drp segala sudut yg akhirnya akan merugikan kita.

Jadikan sejarah kejatuhan sistem Khalifah Uthmaniah Turki di mana ianya digulingkan oleh Kamal Antartuk melalui fitnah dan pelbagai cerita rekaan yg membuatkan rakyat Turki marah sehingga jatuhnya Khalifah Islam yg terakhir itu.

Sdra-sdra mungkin boleh bersetuju atau tidak dgn pandangan kami namun gunakan rasionalisme dlm membuat justifikasi dan bukannya berasaskan rasa amarah yg akhirnya akan merugikan kita semua.

* Ini adalah pendapat peribadi 'Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah' dan tidak semestinya mewakili pandangan Rakyat News.

 

SKMM Perlu Bertindak Lebih Tegas - Zambry

Posted: 12 Aug 2015 05:21 PM PDT


 
RAKYATNEWS


IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab menyebar gambar dan maklumat palsu di laman sosial bagi menimbulkan keresahan dan perasaan panik rakyat.

Beliau berkata semalam rakyat digemparkan dengan gambar dan maklumat palsu di laman sosial berhubung kejadian puting beliung dan pokok tumbang menghempap beberapa buah kereta di Lumut.

"Pihak yang memuat naik gambar dan maklumat palsu dalam laman sosial adalah tidak bertanggungjawab. Mereka mengambil kesempatan untuk mewujudkan suasana panik, takut dan boleh menjejaskan keselamatan rakyat di Perak.

"Kita semak, perkara itu tidak berlaku sama sekali kerana puting beliung itu berlaku di Mexico tetapi ia didakwa berlaku di Perak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini.

Beliau berkata pihaknya tidak akan membiarkan perkara sedemikian berlaku dan SKMM perlu bertindak segera bagi mengenal pasti siapa yang melakukan perkara ini.

Zambry berkata selain itu, terdapat juga pihak yang memuat naik gambar gajah liar di Jalan Gerik-Jeli di laman sosial sehingga menimbulkan suasana panik rakyat di seluruh negara yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.

Beliau berkata tindakan sedemikian sememangnya dirancang dengan teliti untuk memberitahu rakyat kononnya kejadian itu benar berlaku.


Nunji15 Usaha GHB Himpun Ulama Pembangkang

Posted: 12 Aug 2015 05:20 PM PDT

alt

RAKYATNEWS

 
KUALA LUMPUR  - Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) akan menganjurkan Nadwah Ulama Nahdhah Jadidah 2015 (Nunji15) sebagai usaha menghimpun ulama dan pemikir untuk berbincang pembentukan formula 'Fiqh Malaysia' yang sesuai untuk negara majmuk.

Menurut pengarahnya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, sebagai sebuah gerakan politik, Harapan Baru melihat dengan cermat segala perubahan yang berlaku, termasuk suasana hubungan agama dan kaum yang semakin tegang ketika ini.

"Atas dasar itu, Harapan Baru terpanggil untuk mencari satu formula penyelesaian kepada kemelut yang berlaku, dengan menjadikan Islam sebagai teras penyatuan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Mujahid, Nadwah (majlis) tersebut akan berlangsung Sabtu ini, di sini.

"'Fiqh Malaysia' juga akan menjadi garis panduan kepada Harapan Baru merangka pendekatan politik Islam wajah baru melalui parti yang akan ditubuhkan sedikit masa lagi.

"Ia dalam maksud, menyebarkan keadilan Islam dan menyatukan masyarakat berbilang kaum sesuai dengan konsep 'Islam, Rahmat Untuk Semua'," akhiri beliau.


Rekod Paling Rendah RM4.80, Zaman Anwar Ibrahim

Posted: 12 Aug 2015 05:17 PM PDT


Ringgit Malaysia

RAKYATNEWS

 
KUALA LUMPUR  - Netizen kini semakin rancak membincangkan isu kejatuhan nilai ringgit sejak krisis kewangan pada 1998.

Kebanyakannya menyalahkan kerajaan sunguhpun fenomena ini berlaku di seluruh dunia dimana Roubles Russia paling teruk mengalami kejatuhan iaitu 114% dari kebanyakan mata wang bersandarkan Dolar Amerika (USD).

Namun dalam keghairahan mereka menyalahkan kerajaan, kejatuhan mata wang kini tidak seteruk era pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Kementerian Kewangan.

"Tiada siapa ingat sewaktu Ringgit menjunam serendah RM4.725 pada Januari 1998 (Kadar jualan di kaunter Bank Negara Malaysia lebih RM4.80).

"Kamu semua yang kini pantas mengutarakan komen di Facebook masa bersekolah (ketika itu)," lapor The Malay Mail Online.

Laporan adalah dari segmen surat dari rakyat yang dihantar oleh Goh Weil Liang.

Menurut surat tersebut, berbeza dengan kejatuhan mata wang kini, pada 1998, ramai dari kalangan rakyat kehilangan pekerjaan, pendapatan isi rumah rendah, purata kadar pinjaman 12.16% dan kadar inflasi hampir 3%.

"Jika ada diantara kamu merasakan kadar inflasi 2-3% kini sudah tinggi, aplikasikan pemikiran tersebut pada 1998-1999.

"Dan ya, purata kadar pinjaman melebihi 12%," kata surat itu.

Berbalik isu sandaran mata wang, USD bukan rakan pasaran Malaysia semata-mata.

Nilai Ringgit juga mengukuhkan Dolar Kanada 2%, Rupee India (10%), Yen Jepun (14%) dan Rupiah Indonesia (18%).

Dan kesemua negara ini mempunyai dagangan dengan Malaysia dengan nilai hampir 20%.

"Kita cepat bertindakbalas dengan berita negatif dan pantas memberi komen seperti pakar di Facebook dan Twitter," katanya.


SOALAN MUDAH UNTUK NAJIB - MANA BAKI RM2,600 JUTA, MASIH ADA ATAU SUDAH HABIS?

Posted: 12 Aug 2015 05:15 PM PDT

shahbudindotcom

 





Derma RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun perbadi Najib Razak bukan saja terus menjadi topik perbualan, bahkan telah membuatkan nama beliau melonjak popular di seluruh dunia dalam sekelip mata.

Popularnya Najib ketika ini sehingga masyarakat seolah-olah tidak lagi menyebut beliau sebagai anak Tun Razak yang sederhana dan berintergriti, tetapi lebih sebagai "raja duit" yang banyak wang dengan tiba-tiba.

Sepertimana kata Tun Mahathir Mohamad, Barack Obama sebagai manusia paling berkuasa pun tidak pernah menerima derma sebesar itu dan keyakinan penderma menyumbang sejumlah itu menjadikan Najib penerima derma paling bertuah dan dipercayai sekali di dunia ini.

Ini tentunya rekod dunia yang lebih tinggi daripada KLCC, walaupun kita kadangkala sedih melihat ada masjid setiap Jumaat terpaksa merayu sumbangan untuk memasang penghawa dingin atau membesarkan lagi ruangan bagi kemudahan jemaah, namun derma yang diterima hanya "ciput" saja sehingga rayuan terpaksa dilakukan setiap minggu.

Jika benar RM2,600 juta itu hanya derma, Najib nampaknya lebih dimuliakan berbanding surau dan masjid yang merupakan laluan utama menuju syurga.

Rekod dunia lagi...

Bagaimanapun, sejak wang itu ditakrifkan sebagai derma, Najib masih berkias-kias mengenainya. Beliau hanya menyatakan ia untuk kepentingan parti dan sedia mendedahkannya jika parti-parti pembangkang juga mahu mendedahkan akaun masing-masing. Namun tidak pula Najib menyatakan sedia mendedahkan akaun peribadinya.

Beliau juga enggan memberitahu siapakah penderma itu, cuma dikatakan daripada Timur Tengah. Siapakah agaknya manusia berhati malaikat yang menderma tidak mengharapkan balasan itu?

Selebihnya, untuk mengesahkan beliau menerima derma itu, Najib turut menyatakan rasa kesal kerana pemimpin-pemimpin UMNO tidak mempertahankannya dengan bersungguh-sungguh sedangkan sudah mengambil wang daripadanya.

Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN dalam mempertahankan Najib menyatakan, penggunaan akaun peribadi lebih selamat berbanding akaun parti dan beliau serta ahli-ahli parti pula lebih yakin mengenainya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz dalam nada yang sama berkata,  kemasukan ke dalam akaun peribadi lebih telus berbanding pemberian wang tunai kepada Najib.

Tengku Adnan Tengku Mansor turut menyatakan amalan biasa bagi mana-mana parti membenarkan presidennya memiliki akaun amanah atas nama peribadi.

Hakikatnya, hanya para menteri yang banyak berkata-kata menyokong kemasukan wang tunai ke dalam akaun peribadi sebagai halal manakala di peringkat bahagian atau akar umbi, lebih banyak yang berdiam diri, malah mengeluh kerana tidak mampu berdepan dengan orangramai dalam isu itu.

Dalam masa yang sama, kiranya kata-kata menteri ini mahu dijadikan pegangan,  ia  memberi gambaran seolah-olah para pemimpin, ketua jabatan, guru besar, pengerusi PIBG dan sebagainya tidak dianggap bersalah jika menerima sumbangan derma ke dalam akaun peribadi mereka.

Rakyat, bagaimanapun terutamanya ibu bapa tentu pening kepala dengan pendirian menteri-menteri ini kerana selama ini mereka sering menasihatkan anak-anak agar bekerja dengan baik dan jangan mudah menerima sebarang bentuk sumbangan sama ada dalam bentuk tunai, barangan, hamper atau derma sekali pun.

Anak-anak muda yang sedang belajar, terutama dalam bidang undang-undang dan pentadbiran pula terpaksa membuka lebih banyak buku untuk menjustifikasi penerimaan wang, termasuk derma, rupa-rupanya bukan lagi suatu bentuk rasuah.



Tetapi di sebalik itu, semuanya menyatakan derma RM2,600 juta itu adalah dana politik untuk UMNO bagi kelangsungan perjuangannya dalam mempertahankan kuasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low bagaimanapun nampaknya masih ada sedikit intergriti apabila mengatakan dana politik hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun parti dan tidak kepada akaun peribadi pemimpin.

Tak tahulah bagaimana nasib beliau dalam kabinet selepas ini...

MCA turut menyatakan dana politik untuk parti sepatutnya disalurkan  kepada akaun parti.

Setiausaha Agungnya, Ong Ka Chuan berkata, bukan amalan parti itu mendepositkan wang ke dalam akaun peribadi presiden dan memegangnya bagi pihak parti untuk menghalang kemungkinan ia digunakan untuk kepentingan peribadi.

Barangkali hanya di era Najib, derma parti disimpan dalam akaun peribadi. Ohh, ini pun mungkin rekod dunia juga!!

Okaylah...oleh kerana para pemimpin UMNO tak habis-habis berkuntau dan bersilat mempertahankan wang itu sebagai derma politik untuk UMNO, manakala SPRM pula sudah mengesahkan demikian, kita terima terima sajalah hakikat tersebut walaupun bukan dengan sepenuh hati dan masih banyak tanda tanya dalam sanubari.

Terus berhujah pun tidak ke mana-mana, cuma sekadar boleh mengurangkan lagi sokongan rakyat kepada Najib dan UMNO saja. Kalau masih mahu menghukum, tunggulah waktu pilihanraya atau pemilihan parti nanti.

Atau boleh juga ikut nasihat sesetengah pemimpin yang bijaksana, pindah saja ke luar negara atau planet Marikh kalau tidak suka negara ini....hehehe.

Cumanya, soalan perlu ditanyakan kepada Najib, kalau wang tersebut merupakan derma untuk dana politik, di mana baki selebihnya?

Apakah wang berkoyan-koyan sebanyak RM2,600 juta itu sudah habis dibelanjakan? 

Jika ada bakinya, kenapa Najib masih menyimpannya dan tidak segera  dipulangkan kepada akaun parti? Bukankah derma itu diberikan untuk UMNO dan Najib cuma pemegang amanahnya saja?

Bagaimana jika  Najib tiba-tiba meletakkan jawatan atau usianya tidak panjang, siapakah yang mewarisi baki wang itu?

Kalau wang itu sudah habis pula, sejak menerimanya pada 2013, tentu saja Najib layak tercatat dalam rekod dunia sekali lagi dengan kemampuan berbelanja yang begitu luar biasa sekali.

Hanya kerana wang RM2,600 juta, banyak rekod dunia tercatat untuk Najib dan negara kita rupanya. 

Kelembapan ringgit hanya sementara, kata pakar

Posted: 12 Aug 2015 05:11 PM PDT

SINAR HARIAN


Kelembapan ringgit hanya sementara, kata pakar
Ringgit jatuh. - Sumber foto internet
 
 
KUALA LUMPUR - Kelemahan semasa ringgit yang disumbang terutamanya oleh faktor luar termasuk kejatuhan harga komoditi dan kelembapan ekonomi China, adalah sementara, kata pakar.
 
Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata, Malaysia sangat bergantung kepada komoditi termasuk minyak mentah dan pada akhirnya kejatuhan mendadak harga akan memberi kesan terhadap pendapatan kerajaan, sekali gus mendorong pelabur mengambil sikap berhati-hati.  
 
Ringgit hari ini ditutup pada 4.0375/0415 berbanding dolar AS. 
 
"Pada awalnya, ia (kejatuhan ringgit) tidak lebih daripada disebabkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka menaikkan kadar faedah. Langkah itu memperkukuh dolar AS namun kita menjadi lemah berbanding mata wang lain.
 
"Kemudian harga komoditi pula merosot yang memberi lebih tekanan kepada unit tempatan," katanya.  
 
Mengenai langkah untuk mengekang kemerosotan ringgit, Pong berkata: "Biarkan sahaja ia melemah, dan mungkin faktor eksport dalam ekonomi akan mendapat manfaat daripada lebihan dagangan yang lebih kukuh. Dalam jangka panjang akan wujud satu bentuk penstabilan."
 
Editor Serantau Oxford Business Group, Paulius Kuncinas berkata, walaupun halangan politik tempatan sedikit sebanyak menyumbang kepada penyusutan, situasi itu tidak membimbangkan.
 
"Kami tidak menjangka krisis besar-besaran. Situasi domestik mungkin menyebabkan kelembapan dan pembetulan kecil (disebabkan perkara itu), namun kita tidak harus terlalu bimbang mengenainya," kata beliau. 
 
Justeru kata beliau, situasi semasa adalah sementara dan ringgit akan kembali pulih apabila tiba masanya. 
 
"Ia akan didagangkan antara 3.80 dan 4.20 berbanding dolar AS tahun ini serta kembali pulih pada awal 2016," katanya.
 
Sementara itu menurut seorang penganalisis yang mahu identitinya dirahsiakan, kelembapan mata wang lazimnya hanya dilihat dalam perspektif negatif dengan kesan terhadap komponen import termasuk makanan dan bahan binaan yang diterjemahkan kepada inflasi lebih tinggi.
 
"Akan tetapi, ada hikmah juga di sebaliknya walaupun tidaklah menyeluruh," katanya menambah bahawa dalam senario kes terburuk, Bank Negara Malaysia boleh melaksanakan dasar-dasar untuk mengawal situasi.
 
Bagaimanapun beliau percaya keadaan tidak akan sampai ke tahap itu.
 
"Orang ramai pantas membuat perbandingan kemerosotan semasa ringgit dengan krisis kewangan 1997/98, namun mereka gagal mengenal pasti perbezaan asas-asas ekonomi yang kini jauh lebih baik," katanya.
 
Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kelemahan ringgit tidak mencerminkan asas-asas ekonomi negara.
 
Beliau berkata sistem perbankan tempatan adalah kukuh dan kegiatan ekonomi masih utuh untuk memacu pertumbuhan.
 
"Dahulu pada 1997 dan 1998 (semasa krisis kewangan Asia), kita teruk terjejas," katanya, menambah banyak faktor yang menjejaskan Malaysia pada masa itu termasuk defisit dagangan, rizab jatuh di bawah paras US$30 bilion dan kadar hutang yang tinggi dalam kalangan syarikat dengan sesetengah terdedah kepada pinjaman mata wang asing.
 
Ringkasnya, keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara menguncup 7.4 peratus pada 1998 berbanding pertumbuhan KDNK 4.5 peratus yang diunjur tahun ini, manakala kadar pinjaman bank dahulu ialah 13.53 peratus berbanding sekarang 4.57 peratus.
 
Rizab asing Malaysia pada 1998 hanya sebanyak US$20 bilion dengan imbangan dagangan dalam defisit.
 
Setakat 31 Julai 2015, rizab adalah sebanyak US$96.7 bilion, iaitu mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan (1998 hanya 2.6 bulan) import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
 
Ekonomi Malaysia juga akan menerima manfaat daripada limpahan kegiatan prasarana yang kukuh di rantau ini, kata Kuncinas.
 
Komuniti Ekonomi Asean adalah acara penting tahun ini dan buat pertama kali ekonomi-ekonomi maju termasuk AS melihat Asean secara serius, katanya. - Bernama 
 
 

Flaperon lalui proses wajar sebelum dibawa balik

Posted: 12 Aug 2015 05:09 PM PDT

SINAR HARIAN


MH370
Polis mengusung serpihan yang dipercayai milik pesawat MH370 - Foto AFP
 
 
SHAH ALAM - Serpihan yang ditemui di Maldives, dipercayai sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, sedang menjalani proses sewajarnya sebelum dibawa pulang ke Malaysia untuk dianalisis oleh pakar-pakar antarabangsa, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
 
Beliau berkata, pada masa ini, pasukan penyiasat Malaysia yang diketuai oleh  Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berada di Maldives untuk memeriksa serpihan itu.
 
"Jika perlu, kami akan membawa serpihan itu untuk pengesahan selanjutnya.
 
"Serpihan itu sedang menjalani proses sewajarnya untuk membolehkannya dikeluarkan dan dibawa pulang ke Malaysia untuk proses pengecaman dan pengesahan selanjutnya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Nissan 4S di Glenmarie di sini, hari ini.
 
Bagaimanapun, katanya, adalah 'terlalu awal' untuk membuat spekulasi pada masa ini sama ada serpihan itu mempunyai kaitan dengan pesawat MAS yang hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac tahun lepas ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
 
Pada 6 Ogos, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa serpihan dikenali sebagai flaperon yang ditemui di Pulau Reunion milik Perancis ialah daripada pesawat MH370. 
 
Tiong Lai berkata, Malaysia juga  menghantar satu lagi pasukan ke Pulau  Reunion untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan mencari lebih banyak serpihan.
 
"Kami berharap dapat menemui lebih banyak serpihan di pulau itu. Kami sedang mengumpulkan lebih banyak bukti dan serpihan di negara-negara kepulauan yang berhampiran," katanya.
 
Sementara itu, Tiong Lai berkata, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi sama ada sebahagian daripada serpihan yang ditemui di tapak nahas MAS Penerbangan MH17 di timur Ukraine kemungkinan cebisan sistem peluru berpandu buatan Rusia.
 
Beliau meminta semua pihak menunggu dengan sabar kerana laporan muktamad yang terperinci akan dikeluarkan pada Oktober ini untuk mengenal pasti punca nahas itu.
 
Pendakwa raya dari Belanda yang mengetuai siasatan antarabangsa dilaporkan berkata sesetengah daripada serpihan yang ditemui di tapak nahas pesawat MAS MH17 di timur Ukraine mungkin cebisan daripada sistem peluru berpandu buatan Rusia.

"Kami mempunyai tujuh cebisan, tujuh cebisan yang kami kenal pasti bukan sebahagian daripada pesawat, dan siasatan lanjut menghasilkan kesimpulan bahawa ia mungkin sebahagian daripada sistem peluru berpandu dan sistem peluru berpandu BUK," ketua penyiasat Fred Westerbeke dilaporkan memberitahu Reuters.
 
Pesawat Boeing 777 MAS itu dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam apabila ia ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 dan mengorbankan kesemua 298 orang yang berada dalam pesawat itu termasuk 43 warga Malaysia. - Bernama 
 
 

Anina: Ahli Umno sokong saya, tepuk tangan

Posted: 12 Aug 2015 05:08 PM PDT

Anina: Ahli Umno sokong saya, tepuk tangan
Video ucapan Anina yang menjadi viral di media sosial.
 
 
SHAH ALAM - Perwakilan Wanita Umno Langkawi, Anina Saaduddin mendakwa ahli Umno masih menepuk tangan ketika beliau menyampaikan ucapan keras yang mengkritik presiden parti itu pada mesyuarat sayap parti berkenaan, Sabtu lepas.
 
Dakwanya lagi, walaupun arahan sudah diberikan kepada perwakilan Umno yang hadir supaya menahan diri daripada memberikan sokongan ketika ucapannya, namun apa yang berlaku sebaliknya.
 
"Semasa saya berucap, perwakilan masih tepuk tangan dan saya anggap (ia) positif," kata Anina dipetik laporan Malaysiakini.
 
Menurut Anina, terdapat ahli umno yang takut untuk bercakap sendiri.
 
"Apabila ada orang yang nak bercakap bagi pihak mereka, ahli Umno ini datang berjumpa saya dan mengucapkan tahniah serta terima kasih," tambahnya.
 
Anina juga mengakui kelantangannya menyuarakan pandangan mengenai isu Umno terutama melalui media sosial menyebabkan beliau dipantau.
 
"Sebagai salah seorang perwakilan, saya anggap mereka (pihak atasan Umno) sedia maklum kalau saya datang ke mesyuarat, saya akan bersuara," katanya.
 
Sabtu lalu, Anina mendakwa lebih tiga juta ahli Umno kini menjadi mangsa "kencing" Datuk Seri Najib Tun Razak apabila presidennya itu mengatakan kepimpinannya mendapat sokongan penuh.
 
Video rakaman ucapan tersebut juga viral dan menarik perhatian lebih 150,000 pelayar laman sosial.
 
Menurut Anina, mesyuarat Umno bahagian adalah saluran terbaik untuknya melontarkan teguran kepada Najib kerana beliau telah memendam perasaan yang lama.
 
Kata Anina, sebagai ahli Umno dan terikat dengan keperluan memberi sokongan penuh kepada presiden walau apa pun yang berlaku bukan perkara sihat untuk parti itu dan seseorang presiden boleh ditegur jika melakukan kesilapan.
 
"Ya, (Najib) tidak boleh ditegur dalam konteks mempertahankan kedudukan dia. Ini dalam konteks mempertahankan kedudukan dia. Dalam konteks beliau diasak dengan pelbagai kesalahan dia sendiri," katanya.
 
Selain itu, Anina juga menolak dakwaan beliau mahu menjatuhkan Umno sebaliknya menegur Najib yang dilihatnya sebagai menyalahgunakan amanah rakyat yang telah diberikan kepadanya.
 
"Ramai orang sayang Umno. Saya bercakap juga kerana saya sayangkan Umno.
 
"Cuma ketika ini keyakinan rakyat terhakis kerana sikap pemimpin yang tidak telus, banyak benda yang tersembunyi, penerangan tidak dibuat dengan betul," akhiri beliau.
 
 

J/kuasa Pemilih, ahli PAC baharu dilantik 19 Okt

Posted: 12 Aug 2015 05:06 PM PDT

Azalina Othman
Datuk Seri Azalina Datuk Othman Said. - Foto Bernama
 
 
SHAH ALAM - Kabinet telah membuat keputusan untuk melakukan pertukaran Jawatankuasa Pemilih dan pelantikan Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa PAC pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan ini berikutan kerajaan mengambil kira beberapa faktor utama termasuk masa yang diperlukan untuk nama-nama baru dicadangkan untuk menggantikan beberapa Ahli Jawatankuasa Pemilih yang sedia ada.

[ARTIKEL BERKAITAN: Perlu rombakan j/kuasa pemilih sebelum lantik PAC]

"Kerajaan tidak boleh tergesa-gesa dalam soal pelantikan Ahli Jawatankuasa Pemilih yang merupakan jawatankuasa paling penting sebelum mana-mana jawatankuasa lain dapat dilantik termasuk PAC dalam konteks ini.  
 
"Ahli Jawatankuasa Pemilih akan terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pembangkang. Sehubungan dengan itu, parti-parti akan mencadangkan beberapa nama-nama baru termasuk BN yang akan mencadangkan nama Ketua Whip yang baru. Pada masa yang sama, terdapat juga pertukaran Ahli Jawatankuasa yang mewakili parti MIC.
 
"Bagi pihak Pembangkang juga, ada kebarangkalian nama baru akan  dicadangkan daripada parti Pas berikutan pecahan mereka daripada perikatan bersama DAP dan PKR. Selain daripada itu, Ketua Pembangkang juga akan digantikan dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Dewan Rakyat akan kembali bersidang pada 19 Oktober depan. 
 
Menurut Azalina lagi, pelantikan bagi ahli PAC itu hanya akan dilaksanakan sebaik sahaja pertukaran Ahli-Ahli Jawatankuasa Pemilih selesai.
 
"Setelah itu, PAC dapat meneruskan semua tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka termasuk prosiding siasatan terhadap 1MDB," ujarnya.
 
 
Dalam pada itu Azalina menegaskan bahawa kerajaan sama sekali tidak akan menangguhkan prosiding siasatan terhadap 1MDB oleh PAC dengan sengaja. 
 
"Prosiding tersebut dapat diteruskan selepas pelantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa PAC yang baru dilakukan pada 19 Oktober 2015 nanti. Pada masa yang sama, PAC juga diharapkan dapat memulakan kembali siasatan terhadap 1MDB selepas laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai 1MDB disiapkan untuk diteliti oleh PAC," katanya.
 
 

Bergu negara tumpaskan juara bertahan

Posted: 12 Aug 2015 04:58 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Beregu lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong mempamerkan persembahan luar biasa malam tadi apabila menyingkirkan juara bertahan Shin Baek Cheol dan Ko Sung Hyun dari Korea Selatan dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Stadium Tertutup Istora Senayan di Jakarta.

Dalam pertarungan selama 31 minit, beregu negara, yang menghuni ranking ke-14 dunia berbanding ranking ketujuh oleh beregu Korea itu, mencapai keputusan 21-12 dan 21-15 untuk melangkah ke pusingan ketiga.

Dalam saingan hari ini, V Shem/Wee Kiong akan berdepan dengan satu lagi saingan getir apabila dijadual menentang beregu ranking kesembilan dunia, Liu Xiaolong dan Qiu Zihan dari China.

"Kami berjuang habis-habisan dan perlawanan tadi memang susah bagi kami kerana bertemu dengan juara dunia tetapi strategi permainan kami lebih menjadi dalam perlawanan ini dan itu yang membantu kami," kata V Shem selepas perlawanan itu.

Beliau berharap untuk mengekalkan momentum kemenangan pada pusingan ketiga sebelum memburu pada peringkat suku akhir.

"Kami belum pernah bertemu dengan beregu Korea ini tetapi jika kami dapat mengekalkan rentak seperti tadi, kami percaya kami boleh menang pada perlawanan seterusnya," katanya.

Hari ini, dua pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei akan menentang pemain China, Wang Zhengming manakala Zulfadli Zulkifli pula menentang pemain Hong Kong, Wei Nan dalam saingan pusingan ketiga.

Dalam pada itu, beregu wanita negara, Amelia Alicia dan Soong Fie Cho turut mara ke pusingan ketiga dan akan menentang beregu nombor satu dunia, Misaki Matsutomo dan Ayaka Takahashi dari Jepun. - Bernama


 

JACC sahkan flaperon ialah dari MH370

Posted: 12 Aug 2015 04:51 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) akhirnya mengesahkan bahawa bahagian sayap pesawat dikenali sebagai flaperon yang ditemui di Pulau Reunion milik Perancis ialah dari MH370 yang hilang.

"Pemeriksaan seterusnya menunjukkan bahawa dalam semua kemungkinan, serpihan, bahagian sayap dikenali sebagai flaperon, ialah dari MH370," kata JACC dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada 29 Julai lepas, kepingan sayap pesawat telah ditemui di pantai Pulau Reunion dan dihantar ke Perancis untuk analisis lanjut.

Pada 6 Ogos, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa bahagian flaperon yang ditemui itu ialah sebahagian daripada komponen pesawat.

Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac, 2014 setelah berlepas dari Kuala Lumpur bersama 239 penumpang dan anak kapal, antara mereka ialah 154 penumpang warga China.

Mengenai perkembangan operasi mencari, JACC berkata Fugro Discovery, kapal mencari MH370, telah tiba di Lautan Hindi dan telah memulakan operasi awal Rabu.

Katanya, Fugro Equator tiba di Fremantle, Australia pagi semalam untuk operasi rutin mengisi semula bekalan dan akan berlepas ke kawasan pencarian pada Khamis.

Sementara itu, Menteri di Pejabat Presiden Maldives, Mohamed Shareef dipetik oleh Agence France-Presse (AFP) sebagai berkata tiga pakar penerbangan dari Malaysia telah mula memeriksa serpihan yang dijumpai di pulau itu pada Rabu untuk menentukan sama ada ia bangkai daripada pesawat MH370.

Mohamed Shareef berkata ketiga-tiga mereka, diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, telah menemui pihak berkuasa tempatan dan memeriksa serpihan selepas tiba di kepulauan itu pada malam Selasa.

Shareef memberitahu AFP dalam satu perbualan telefon bahawa pakar-pakar tersebut akan kembali ke Malaysia pada lewat Rabu sebelum melaporkan kepadaMenteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. - Bernama


 

Tiada ulasan: