Rabu, 26 Ogos 2015

Biaqpila

Biaqpila


PERBUATAN JIJIK DOKTOR

Posted: 25 Aug 2015 09:15 PM PDT




PUTRAJAYA – Ahli keluarga terutama suami wanita yang gambarnya dirakam ketika hendak bersalin di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, perbuatan itu bukan sahaja menjijikkan malah ia telah mencemar dan mengaibkan maruah wanita berkenaan apabila gambar berkenaan turut menampakkan bahagian sulitnya.

"Gambar itu kemudian disebarkan menerusi laman sosial sekali gus boleh memalukan dan menjejaskan imej pesakit wanita terbabit.

"Selain menyalahi etika sebagai pengamal perubatan, doktor dan kakitangan pada waktu tersebut tidak wajar merakam gambar kerana mengundang pelbagai tanggapan negatif kepada hospital," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perunding Wanita di sini semalam.

Kosmo



Tiada ulasan: