Ahad, 9 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pekung tu bukan di dada....tapi kamu tu adalah pekung seluruhnya!

Posted: 09 Aug 2015 09:00 AM PDT

Perdana Menteri DS Najib hari dimalukan dihadapan hampir 700 perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang bila beliau merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian tersebut pada Sabtu kelmarin.

 Orang tak jemput dia, tapi Najib sendiri tanpa malu minta supaya dia jadi perasmi mesyuarat tersebut.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Khaled Nordin dalam ucapannya sebelum ketibaan Najib.

 DS Najib semasa berucap, menyentuh isu BR1M, perwakilan di dalam dewan seakan tidak memberikan tumpuan penuh kepada ucapannya. 

Lantaran itu Najib cuba menarik perhatian mereka  dengan berkata, "Tuan-tuan nak BR1M lagi ke tidak," 

Serentak itu pula disahut: "Tidak" oleh sebahagian perwakilan. 

"Kalau tidak saya batalkan BR1M, ada cara lain ke lebih baik?" soal Najib kepada perwakilan dalam ucapannya.

 Malah, ketika menyentuh isu membabitkan skandal-skandal oleh pentadbiran kerajaan terdahulu, perwakilan turut mendesaknya mendedahkan skandal-skandal tersebut, namun Najib tidak mendedahkannya.

 "Dalam sejarah kita banyak lagi isu, 1MDB belum ada kerugian.

"MAS kita dah tampung berapa bilion, penjualan saham MAS ini pun ada isu, nak sebut saya boleh sebut.

 "Kalau saya sebut saya membuka pekung di dada, kalau tak sebut saya pula yang dipersalahkan," katanya, dan disahut: "bukalah!" oleh perwakilan yang hadir.

Mujurlah tak ada pula yang kata : Tak payah main buka-bukalah Najib.Kamu tu sendiri adalah pekung!

Mungkin sebab sebelum itu, Khaled mengingatkan ahli Umno bahagian berkenaan agar menjadi tuan rumah yang "baik dan berdisiplin". Kalau tidak entah macam mana ragam mereka untuk memalukan Najib.

 Kehadiran Najib di Johor hari ini adalah pertama kali sejak beliau menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri daripada rombakan Kabinet yang dilaksanakannya hujung bulan lalu.  Baca lagi di sini

# antara poster-poster di sekitar pasir Gudang menyambut DS Najib Razak apabila beliau datang untuk merasmikan Mesyuarat Bahagian UMNO Pasir Gudang.

Sikap terburu-buru PAS menghukum Raja Bahrin Shah tidak Islamik

Posted: 09 Aug 2015 05:00 AM PDT

Setelah saya, tanpa dipanggil untuk hadhir di bicarakan, di tuduh bermacam serta di hukum Jawatankuasa Pas Kawasan Kuala Terengganu pada 1 Ogos dan di kecam pula olih ahli ahli Pas di Majlis Liqa pada 3 Ogos, keluarlah pula kenyataan dari Datuk Tuan Ibrahim dan Pak Subky Latif. Kenyataan dari dua orang kanan dan veteran PAS ini saya anggap bernas dan penting.

 Datuk Tuan Ibrahim apabila menyentuh tentang ahli PAS yg di kaitkan dengan Harapan Baru (HB) pada 8 Ogos (sumber Malaysian Insider) menyatakan...

 "Mereka (Jawatankuasa Pas Pusat) perlu melakukan siasatan dahulu terhadap laporan laporan berkenaan dan memberi peluang kepada mereka yang di namakan dalam laporan itu bagi memberi penjelasan dan mempertahankan diri mereka."

 Sikap ini amatlah di alu-alukan dan terpuji yg patut di amalkan PAS Kuala Terengganu. Soalan saya kepada PAS Kawasan Kuala Terengganu kenapakah sebelum mengambil tindakkan keatas saya, saya tidak di beri peluang memberi  penjelasan dan juga peluang mempertahankan diri ?

Ini adalah hak asasi seseorang insan di bumi Allah. Adakah mereka begitu berminat dan ghairah hendak menghukum saya sehingga menglupakan keadilan yg di tuntut Islam ?

 Tentang penulisan Pak Subki Latif pula, seorang tokoh veteran dan penulis PAS yg di hormati, dalam artikel Harakahdaily pada 7 Ogos bertajuk "Kisah Malang Raja Bahrin Shah" ada beberapa pandangan yg menarek. Di antaranya beliau berpendapat-

 1)Tentang tuduhan pembabitan Raja Bahrin dengan golongan H.B.-

 "Tiada apa apa masalah baginya jika ia sekadar NGO kerana dia juga adalah orang NGO yg dipimpin Tengku Razaleigh." Itulah merupakan pendirian saya dalam hal ini. Lagi pun saya belum pernah naik atau berucap di pentas H.B.

 2)Pak Subky juga berkata- "Raja Bahrin ada betul dan ada silapnya dan PAS Terengganu pun ada betul dan ada silapnya." Saperti Pak Subky berkata- saya pada masa itu masih mengambil jalan tengah mempertimbangkan pelawaan H.B. dan belum naik pentas H.B pun lagi untuk berceramah tetapi saya dihukum, di pulau dan di kecam olih ahli Jawatakuasa PAS Kuala Terengganu terutamanya.

 Kalaulah PAS Kawasan Kuala Terengganu bersikap lebih adil saperti Datuk Tuan Ibrahim dan juga lebih matang serta objektif saperti Pak Subky, situasi yg di hadapi hari ini tak akan ujud. Sikap cepat menghukum tampa peluang pembelaan pihak di tuduhlah yg mengujudkan budaya yg tidak sihat. – 9 Ogos, 2015. ~ themalaysianinsider

Najib putar belit kenyataan SPRM untuk melepaskan dirinya

Posted: 09 Aug 2015 03:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa derma politik yang diperolehnya bukan rasuah dan bukan dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 "Jangan kata saya jual negara. Saya tidak akan jual negara, saya Perdana Menteri yang akan dipertanggungjawab atas apa saja yang saya lakukan. Dan saya terima (dana) pun bukan kerana saya bagi kontrak," katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di ibu negara.

 Beliau berkata, sebagai Presiden parti, beliau mengutip dana termasuk derma untuk kepentingan parti dan bukan untuk diri sendiri.

 "Sebagai Presiden, saya kutip dana untuk kepentingan parti. Zaman dulu saya banyak (beri) pertolongan pada bahagian, haji, banyak rumah pulih, bahagian dapat tiap bulan, pentadbiran. Jangan bila saya diserang kita tuang minyak.
 "Sebab itu SPRM sudah kata, itu bukan rasuah dan bukan duit 1MDB. Selesai. Ia dah selesai," ujarnya di sini 
Memberikan reaksinya terhadap kenyataan terbaru DS Najib itu, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, SPRM tidak pernah membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada rasuah dan salah laku berhubung isu dana bernilai RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya, kata Setiausaha Publisiti .(Sila baca kenyataan SPRM sebenar di sini)

 Perdana menteri menunjukkan seolah-olah mahu "membebaskan" dirinya sendiri daripada isu itu tanpa bukti yang menyokong kenyataan tersebut, katanya.

"Saya kagum perdana menteri yang boleh memutar belit kenyataan SPRM untuk mendakwa dirinya bebas daripada rasuah dan salah laku.

"Jika SPRM menutup kes itu dan membersihkan perdana menteri daripada tuduhan rasuah, kenapa mereka keluarkan kenyataan 2 hari kemudian bahawa SPRM akan memanggil Najib untuk memberikan penjelasan kepada SPRM berhubung derma yang diterima?" soal Pua.Baca lagi di sini

<--Kesian, kerana ada juga mangkuk ayun yg mudah terpedaya dengan temberang Najib tu... siBodoh makanan si Cerdik, kata pepatah Melayu.

 Najib bukanlah cerdik mana sangat pun. Bayangkanlah tahap bodoh orang yg boleh ditipu Najib!

Tambah malang lagi bila dia boleh percayakan dubur si Saiful tu seolah-olah macam 'cold storage' yg boleh simpan air mani DS Anwar selama 3 hari! Apa jenis kebodohan yang menyelubungi manusia macam ini?

Draf pertuduhan terhadap Najib itu wujud atau tidak, soal DAP

Posted: 08 Aug 2015 10:03 PM PDT

Peguam Negara (AG) dan polis perlu menjelaskan jawapan mereka yang bercanggah kepada draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri kerana rasuah yang bocor ke laman web Sarawak Report,  kata DAP hari ini.

 Ahli parlimen parti itu Lim Kit Siang berkata AG Tan Sri Mohamad Apandi Ali telah berkata lembaran draf pertuduhan itu adalah palsu.

 Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, bagaimanapun, kemudian berkata, beberapa pegawai agensi anti-rasuah sedang disiasat untuk mengetahui bagaimana salinan draf itu boleh bocor dan dimuat naik di laman web yang berpangkalan di UK.

 Lim berkata perkara itu sepatutlah telah berakhir jika betul apa yang AG telah katakan bahawa draf itu adalah palsu.

 "Peguam Negara yang baru, Tan Sri Mohamad Apandi Ali pada mulanya menolak kewujudan draf kertas pertuduhan itu dan menganggapnya sebagai palsu, dan ini harus menjadi akhir cerita. 

 "Apabila polis menangkap dan menyoal siasat pegawai SPRM berhubung dengan lembaran draf pertuduhan itu, adakah ini bermakna bahawa memang sebenarnya wujud draf kertas pertuduhan rasuah terhadap Najib di premis SPRM, dan bahawa draf kertas pertuduhan ini telah bocor kepada media sosial?

 "Yang mana satu ?," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini. Baca lagi di sini

Wang besar, kes besar, SPRM tersasar?

Posted: 08 Aug 2015 05:12 PM PDT

Oleh Azlan Sharif 

Tidak! Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak tersasar, sasarannya tepat, peluru ditembak dan mengena sasaran tetapi malangnya tidak boleh diambil!

 Ada "the untouchable" yang menjaga melindungi sasaran yang ditembak mengena secara "caught-red-handed".

 Wan Noor Hayati Wan Alias wartawan yang membongkar kes rasuah besar yang melibatkan wang besar sejak 2014 juga menerima berbagai ugutan, ancaman, tekanan, sekatan dan gangguan supaya kes rasuah besar ini tidak dilaporkan dalam media. Tidak ada apa yang mampu dilakukan wartawan untuk melaporkan hasil siasatan selanjutnya.

 Jika media menerima tekanan dan ugutan itu biasalah kerana semua maklum belum ada lagi kebebasan media di Malaysia ini. Kerajaan sendiri yang menyekat kewartawanan daripada menjadi satu profesion yang profesional seperti doktor, peguam, jurutera dan sebagainya.

 Tetapi apabila SPRM sendiri menerima tekanan, gangguan dan ugutan, itu langsung tidak boleh diterima. Tersiratnya bermakna ada yang lebih berkuasa daripada Duli Yang di-Pertuan Agong kerana pesuruhjaya SPRM adalah diperkenankan oleh Agong.

 Salah satu contoh kes besar yang dibongkar oleh Wan Noor Hayati ialah warganegara ekspres, di mana kewarganegaraan dijual kepada warga asing dengan bayaran mencecah RM1.3 juta ringgit seorang! Bayangkanlah jika bilangannya mencecah 5 juta orang?

 Jika RM1 juta seorang bermakna mendapat RM5,000,000,000,000,000,000.00 (dengan 18 kosong).

 Jika paling murah RM10 ribu seorang, bermakna mendapat RM50,000,000,000,000.00 (dengan 13 kosong).

 Memang wang besar! Dan itu tidak termasuk lagi yang masih "haram" berjuta lagi yang berkeliaran dalam negara.9 Dan belum lagi 1.5 juta orang Bangladesh yang hendak dibawa masuk oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mulai tahun hadapan!

 Adakah ini tuduhan fitnah? Sudah tentu tidak. Mengambil contoh Sabah sahaja, seperti yang didedahkan tahun lepas dan baru-baru ini, majoriti penduduknya sekarang adalah warga asing pendatang Filipina dan Indonesia, bukan lagi Kadazan Dusun.

 Dalam satu operasi di Sabah baru-baru ini SPRM berjaya menangkap sindiket warganegara ekspres ketika sedang melakukan urus niaga. Tiga orang ditangkap berserta peralatan yang digunakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Pelanggan berbangsa Cina bersetuju membayar RM1.3 juta.

 Apa jadi dengan kes tersebut? Sehingga tulisan ini, ia senyap begitu sahaja. Tahanan dilepaskan, pegawai penyiasat ditukarkan, bahan bukti dan sebagainya. Sesuatu yang pelik bunyinya?

 Adakah itu kegagalan SPRM? Sudah tentu tidak tetapi tonto-tonto "the untouchable" di belakang sindiket sudah mendoktrinkan persepsi kegagalan SPRM.

 SPRM sudah berjaya melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawabnya. Peringkat terakhir untuk mendakwa di mahkamah adalah terletak di tangan peguam negara.

 Boleh kata AG negara, bolehlah. Tak boleh kata AG tak bolehlah. Sehingga kini sprm masih tidak ada kuasa untuk terus mendakwa ke mahkamah, walaupun telah diminta sekian lama.

 Warganegara ekspres ini jelas dan terbukti melibatkan rasuah wang besar. Orang awam tak tahu pun nak menyebut berapa ringgitnya yang ada 18 kosongnya. Milion? Bilion? Trilion? Zilion? Quadrimilion? Quadribilion? Entahlah!

 Tapi orang awam tahu, dengan wang besar sebanyak itu semuanya boleh dibeli. Jika diberi RM1 juta seorang kepada semua 30 juta rakyat Malaysia, baru berjumlah RM30 trilion.

 RM500 beli undi pun sudah terjual. 30 juta rakyat baru RM15,000,000,000.00 iaitu RM15 bilion.

 Wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilaporkan hilang itu sahaja sudah AS$42 bilion atau RM163,800,000,000.00 iaitu hampir RM164 bilion.

 Isu besar, kes besar, melibatkan wang besar maka lebih besarlah halangan yang dihadapi SPRM. Persepsi negatif yang didoktrinkan selama ini seperti SPRM hanya menangkap ikan bilis sahaja tetapi melepaskan jerung, berjaya diterima benar oleh masyarakat kerana mereka tidak mengetahui duduk perkara ini.

 Setelah kebenaran apa yang sebenarnya dilakukan oleh SPRM diketahui, dengan sebab musabab tindakan polis menyerbu SPRM ini, barulah pihak yang skeptikal sebelum ini seperti pembangkang menunjukkan sokongannya kepada SPRM.

 Dalam menghadapi cabaran seperti dalam contoh di atas, SPRM memerlukan sokongan daripada semua pihak terutamanya seluruh rakyat Malaysia. Apa yang dilakukan oleh SPRM adalah untuk rakyat.

 Jika rakyat tak nak, setakat itu sahajalah SPRM. Jika rakyat nak, berilah kekuatan kepada SPRM dengan menyatakan sokongan anda mendaftar di Facebook "Rakyat Bersama SPRM". – 8 Ogos, 2015.~ themalaysianinsider
 * Penulis adalah aktivis masyarakat. 

Tiada ulasan: