Jumaat, 7 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pengarah Operasi Khas SPRM dipindahkan serta merta ....

Posted: 07 Aug 2015 10:37 AM PDT

 Persoalannya, kenapa dia ditukarkan? Bukankah ini juga merupakan satu cara campur tangan dan gangguan 'Tangan Ghaib'?

Bukankah sebelum ini Zahid Hamidi memberi jaminan tidak akan ada tindakan lanjut terhadap pegawai SPRM yang diambil keterangan?

Datuk Bahri telah diambil keterangannya pada Isnin lepas. Nampaknya janji Zahid Hamidi ni cuma janji kosong semata-mata ....Baca laporan seterusnya :

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu.

 Difahamkan pegawai kanan yang lantang menentang "gangguan" polis terhadap suruhanjaya itu dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

 Ketika dihubungi Malaysiakini, Bahri enggan mengulas perkara itu.

 "Saya tak hendak komen banyak, nanti (dipindahkan) entah ke mana pula," katanya.

 Perpindahan keluar Bahri dilihat bakal menimbulkan tanggapan ia dibuat susulan kenyataan lantangnya yang tidak senang dengan langkah polis.

 Bahri pada Rabu lalu bersumpah dengan nama Allah untuk memburu dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu sampai ke lubang cacing.

 Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana. "Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.

 Bahri pada hari ini mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

 Polis menyiasat dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes derman RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

 Lambaian perpisahan Bahri

Sementara itu, suasana di ibu pejabat SPRM di Putrajaya muram apabila Bahri melangkah keluar daripada bangunan itu.

 Lengkap berdasi hitam, beliau kelihatan berjalan pantas memasuki sebuah Proton Inspira dan tidak bercakap dengan orang ramai.

 Beliau bagaimanapun kemudian membuka cermin tingkap dan melambai sambil tersenyum kepada kakitangannya di kawasan itu.

 Kereta merah itu pun menuju keluar daripada kawasan D6 Parcel D Putrajaya itu. malaysiakini'

Bagi balik orang saya, ambil saja saya'

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull menuntut kembali dua pegawai kanannnya dipulangkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

  "Segera pulangkan kembali kedua-dua pegawai saya dan ambil saya sebagai ganti.

 "Pegawai saya bertindak atas arahan saya," katanya kepada Malaysiakini daripada luar negara.

 Tiada pengumuman rasmi dibuat berhubung perpindahan itu dibuat, ketika berita ini ditulis.malaysiakini

Apa nak jadi SPRM? Pegawai kanan SPRM yang menerima kunjungan rombongan pemimpin-pemimpin pembangkang kelmari juga dipindahkan keluar daripada suruhanjaya itu. Datuk Rohaizad Yaakob, pengarah komunikasi strategik badan antirasuah itu turut dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM). Rohaizad semalam. Apa lagi lepas ini?

'Tangan Ghaib' beri jaminan kepada SPRM ......

Posted: 07 Aug 2015 06:00 AM PDT

Tangan Ghaib ?
 Datuk Bahri Mohamad Zin tidak perlulah bersusah payah nak memburu 'Tangan Ghaib' atau dalang hingga ke lubang cacing sebagaimana sumpahnya hari tu....

Mungkinkah 'Tangan Ghaib' yang Datuk Bahri maksudkan itu adalah sebagaimana gambarnya yg tertera di sebelah ini?

Hanya 'Tangan Ghaib' ini sajalah yang punya kuasa untuk mengarahkan KPN 'buat kerja itu' atau mengarahkan 'hentikan kerja itu'.

 Hari ini 'Tangan Ghaib' ini memberi jaminan tidak akan ada tindakan lanjut terhadap pegawai SPRM yang diambil keterangan berhubung kebocoran maklumat siasatan di media sosial.  

Saya jamin tiada tindakan lanjut akan berlaku, katanya  di sini  Hahahaha! Kantoi!


Sementara itu mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pihak berkuasa yang sedang menjalankan penyiasatan berhubung kes dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seharusnya saling menghormati dan tidak perlu berkasar terhadap satu sama lain.

 Timbalan presiden Umno itu berkata, agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam siasatan syarikat milik Kementerian Kewangan itu seharusnya mampu duduk berbincang tanpa membabitkan serbuan sesama mereka.

 "Antara agensi-agensi, hormatlah," katanya merujuk kepada Bank Negara Malaysia, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara. Beliau merujuk kepada insiden serbuan polis terhadap pejabat beberapa pegawai SPRM baru-baru ini. Baca lagi di sini

Komen menarik mengenai KPN Khalid Abu Bakar

Posted: 07 Aug 2015 03:00 AM PDT

Berikut adalah sebahagian daripada 189 komentar dari pembaca terhadap kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, bahawa tindakan polis menyoalsiasat 8 pegawai SPRM, adalah hanya menjalankan tugas berhubung siasatan kebocoran maklumat rasmi kerajaan dan perbankan.

Rasanak Muntah : Najib, PM yang paling dibenci oleh rakyat Malaysia.Zahid Hamidi, TPM yang paling dibenci oleh rakyat Malaysia.Khalid, IGP yang paling dibenci oleh rakyat Malaysia.

Love Umno : Tak pernah jadi dlm sejarah dunia agensi penyiasat rasuah di sesebuah negara disiasat pula oleh polis. Di Israel sendiri pun agensi penyiasat rasuahnya pernah memenjarakan presiden mereka (Moshe Katsav) dan PM mereka (Ehud Olmert) dan kini sedang membawa kes PM Natanyahu untuk dibicarakan, polis Israel tak kacau pun agensi penyiasat rasuah negara Yahudi itu. Kalau Israel naktullah boleh berlaku adil dlm siasatan mengapa Malaysia yg kononnya negara Islam tak boleh?

Hamidon Ahmadi :Love Umno ...kamu sedar tak...kita bukan Yahudi...tapi PM kita, TPM kita dan IGP kita tu tu lebih teruk dari yahudi...Kalau PM israel nama Nantanyahu..PM kita dah tukar nama Natangtahu.....

Muhammad Hakimk : Undang2 UMNO malaysia lagi bangsat dari yahudi..SEKIAN TERIMA KASIH

Mikalele Putin : AG baru pun paling dibenci. menteri pembangunan Luar Bandar yg baru. Paling Racist 

Antonio Oscar : Betulah IGP, ko juga mencari kebenaran macam SPRM, tapi tempat ko mencari kebenaran tak betul, mungkin juga ko perlu GPS supaya lokasi pencarian kebenaran lebih tepat. Umpama penjenayah bersembunyi di sabah tapi ko cari di singapura, sama juga dengan seorang remaja mencuri seluar dalam, dan pada masa yg sama, seorang lagi merompak bank, takkan kau kejar dulu remaja yg curi seluar dalam, dan biarkan perompak bank melarikan diri. Adoiiiiii.....Malaysia ku yg tercinta, semoga Allah melindungimu dari kehancuran. 

 Ashar Adul : Ya Allah, kenapalah zahid dan khalid ni begitu bodoh. Inilah masa2 emas kau seumur hidup. Kau tangkap le najib tu dan kau jadi hero rakyat. Kau nak habuan dan hadiah? rakyat pasti bagi. Zahid, kau jadi pm. Khalid, kau jadi igp yang paling disayangi rakyat. Sudah2lah tu. Pergi tangkap najib sekarang. Rakyat di belakang kau.

Murad Shah : Ya..setuju, betul memang bidang kuasa PDRM menjalankan siasatan ke atas SPRM dan ya juga memang bidang kuasa SPRM juga meneruskan siasatan 1MDB mengikut Akta dan bidang kuasa jabatan masing-masing. Kalau keduanya betul maka carilah penyelesaian yang lebih utama atas keutamaan yang lain. Dalam bab ini mana yang lebih utama. SPRM meneruskan siasatan bukankah lebih utama dan kemudian setelah selesai barulah PDRM mencari siapa pula dalang yang membocor maklumat pendakwaan. Satu persatulah...mengapa mesti gopoh yang akhirnya merosakkan semua siasatan yang sedang berjalan. Ini nasihat sahaja, nak dengar tak dengar terserah. Bahkan, sabar itu kan separuh dari Iman dan semua tidak akan bercelaru seperti hari ini. Sekian. 

 Othman Sabtu : Kenapa tak siasat PM..bukankah dia dlm cerita panas skrg..

Aisah Binti Mohd :  Khalid, awak mempamerkan polis Malaysia mengejar si lurus dan manusia yang baik manakala penjenayah kamu jaga dan dodoikan.Polis Malaysia menjadi bahan lawak diseluruh dunia. We , rakyat of Malaysia don't respect you at all.

Sheeta Ravana : Pulis bersuhabat dgn tv 3 suku untuk berbohong siasatan 1mdb itu untuk tangkap pembocor rahsiah ,tetapi duit songlapan 2.6b tidak dipedulikan pun ,apa sebabnya cari pembocor rahsiah lebih penting dari tangkap perompak 2.6b itu. 

 Sheeta Ravana : Benci betul seorang kepala pulis berbohong kuat,memang kau, kepala pulis bukan saja menganggu siasatan sprm tetapi menganggu gugat dan cuba lesapnya hasil bukti siasatan sebelum ini utk menyelamatkan penyamun negara, apa habuan yg dipersetujuan antara kau dgn penyamun misi menyelamat ini. 

 Ayoboto Boboyen: Nak tau benar ke tidak.. Suruh polis duduk diam. Khasnyer KEBAB tu. Super BUYERS.. Langsung tak amanah. Mintak pihak Tentera ambik alih dan atas araham kuasa Raja2 dan bukan Najib.. Kenapa tuduhan pada Anuar dlm kes 3 billion dulu beria2 polis dan sprm nak siasat. Bukti pun tak ada. Ni dah terang dan nyata ada bukti. Siap lagi ada pengakuan. Lagi polis KEBAB ni buat pekak dan buta kan mata.. Mintak tuhan tunjukkan kasi betul2 pekak dan butakan bijik mata mamat tu.. 

 Monasa Olala : Bekerja di KPM Muka xde cahaya.... 

Aisah Binti Mohd: Hello, gaji kamu rakyat yang bayar. Tak rasa bersalah kamu menjaga si Penjenayah dan mengejar rakyat yang tak berdosa. 

Raymond Chai Leong : Buat apa nak cari lg.kebenaran telah terbukti di mata dpn Kamu. Pergilah tangkap X payah nak spin lg. 

Saruan Saruan : SPRM cari maklumat PDRM cari bukti maklumat utk dihapuskan......mula2 duit 1MBD sekarang dah jadi duit sumbangan politik....sepatutnya sumbangan politik masuk dlm akaun parti ...tapi kenapa masuk dlm akaun peribadi????!!! 

Nik Mubin Mahmood : Bukti kanlah pada rakyat PDRM berada di pihak yang benar.. setakat hari ni majority rakyat dah hilang kepercayaan pada PDRM.. kalau IGP masih ada naluri seorang islam.. renungkan lah surah alfatihah yang dibaca 17 kali sehari.. semoga Allah kurnia hidayah pada mu... 

Danny Sim :  Betul tujuan sama tapi berlainan siasatan . Jika sama2 tujuan dan sama2 mencari kebenaran , PDRM harus lebih bekerjasama dgn SPRM serta pihak lain dlm siasatan kes 1MDB . Tapi apa yg dipandang oleh org ramai , tingkah laku PDRM itu tidak sehaluan dgn SPRM . Siapa dalang , siapa bocor , siapa konspirasi ......apakah semua itu lebih penting daripada PM yg dituduh dlm kes 1 MDB ? Kini rakyat hanya mahu tahu apakah PM itu ada tak terlibat dlm kerasuahan dan kesonglapan duit negara ? Semua Siapa2 itu tidak minat oleh rakyat . 

Mikalele Putin : Apa kata SPRM pun tangkap IGP untuk siasatan atas salahguna kuasa? Tujuan Sama.... cari kebenaran! 

 Qay Kamar : Kalau betul begitu mengapa pdrm menyebelahi Najib. Kalau tidak menyebelahi Najib mengapa dia tidak disiasat. 

Mat Azli :  Mcm sesuatu yg tersirat...kenapa pulis gelojoh sangt..tgu la sprm selesai...gelojoh nti cepat terpancut..x sedap

Wahab Ahmad : Ya...betui....cari kebenaran pada pihak yg salah...bingai punya KPN....tunggu sakaratulmaut menjemput kau babi 

Abah Ranu Kulup : Bior ler SPRM abiskan koje nye dulu kalo iye idok ler mngangu siasatan ..Kome nyambung koje kome lepas pada tu ..nyambil deme nunggu tu kalo idok ade koje mari ke kebun awak ni mnyabit rumput .. 

Kayu Hitam : Ranu kulup bknnye rakan cop ke.haha.sikit2 report polis. 

Mohammad Al Mansour : Yg lepas2 igp x sibok jaga politik macam dia?,ini kes dia kena tekan oleh Pm. 

Muhammad Hakimk :  Sudah lah IGP yg depan mata tak nak siasat yg tukang siasat kena tangkap yg tukang dakwa kena buang...syabas PDRM kerana pandai buat lawak... 

Margono Gombal : Utk mengelakan ganguan pnyiasatan..rasanya lebih baik beri laluan SPRM dulu mngendalikan pnyiasatan 1MDB dan jumlah wang yg di katakan derma dari seseorg..siasatan ini lebih pnting..sbab ia melibatkan pmimpin no 1 ngara.dan jumlah wang yg amat bsar (2.6) bilion..apabila siasatan sudah selesai barulah polis mmbuat siasatan kebocoran maklumat..jadi tidak ada yg trsentuh hati dlm mnjalankan tugas masing2.. 

Jamaludin Nasir : Tujuaan polis dan perompak sama....? 

Hairulnizam : Nenek aku ckp dlu..pdrm bawah KDN...so setahu aku..arahan sulit..hanya bahagian tertentu shj yg tau..mungkin igp xtau pape..tp konstabal lebih tau..jd harap rakyat malaysia pk la sendiri..sapa sprm..sape pdrm 

Mawar Khayalan :  Ya betul sebab tu polis tangkap sprm dan sprm tangkap polis macam buat lawak pulak tu najib bila nak tangkap? Dia punya onar satu Malaya kecoh 

Mawar Khayalan : Betul tu igp sebab tu polis tangkap sprm dan sprm tangkap polis macam buat lawak pulak tu najib bila nak tangkap? Dia punya pasal kecoh satu Malaya 

Saidi Liasan : Tindakan polis jelas mencari maklumat untuk digunakan menutup lubang,sendewara najib diminati dan jadi idola polis. 

Rakyat Tertindih : Gunakan kepakaran masing2..SPRM & PDRM ada PAKAR PENYIASAT MASING2...Setahu saya pegawai SPRM yg bepangkat paling rendah ada PENGUASA..semua bekas pelajar Degree dan mereka Ini dihantar ke Luar Negara utk kursus oleh SPRM. 

Rakyat Tertindih : Betul kata Murad Shah...Kalau ikut prosidur...Tunggu SPRM siasat habis dulu Dan Kemudian baru PDRM mulakan siasatan siapa dalang yg bocorkan rahsia perbankan.Cuba kita tengok kes Justo...Polis Thai belum habis menjalankan siasatan...PDRM pula nak ekstradisiksn Justo...KON nak berjumpa dgn Justo pun Polis Thai tak benarkan.Itu baru betul prosidur bagi setiap siasatan..PDRM terlampau kalut dan Ini satu kehilangan kepercayaan antara dua pihak.Siapa CEKAP SIASAT..Tak usah takut...Kalau nak menaikan nama baik PDRM...Haruslah mengikut prosidur dan terhormat...Harap PDRM faham... 

Ismi Asadullah : Kes POLIS diMalaysia lebih terok drpd diIsrael. Kerja dia nak SPIN boss. Nak ugut SPRM , apa nak jadi ni ????????????? 

Kassim Selamat : Sekolah atap rumbia Kalau dulu kata maklumat itu palsu..tiba2 sebok siasat atas dasar bocor maklumat..apa drama yg cuba dimainkan..Allah saja yg tahu. 

Antonio Oscar : Abang dia org kuat umnolah 

Mira Edora : kalau takde arahan maknanya salahgunakuasa polis..apa ni khalid ? koboi ka negara kita ni? 

Mohd Zamani : Sekolah menengah zaaba igp berkhidmatlah ntuk rakyat bukan untuk najib dan penjilat jika mereka bersalah ayuh tangkap mereka rakyat bersama2 mereka yang mencari kebenaran.

Ah Ping : SPRM perlu jemput IGP jadi "saksi" dlm bangunan SPRM, tingkat 14. Tak payah buka aircon. Ada tingkap. 

Ramli B Sukri Rbs : PDRM pun dah terjangkit virus MadMaslan ker...!!?? 

Jafri Mohd : Bukan mencari kebenaran tetapi menutup kebenaran itu dgn mcm2 tipu daya utk kepentingan sesaorang. Kaldai tua betul..bila nk pencen tok..kerja2 rajin2 yer..boleh sambung dua tahun lg. Klu muka tak malu lah.

Rambo Anas : betul ke tujuan sama dan mencari kebenaran???kenapa siasat dan tangkap org yang sepasukan??apa agenda disebalik siasatan terhadap rakan pasukan??..pac dah lumpuh,pasukan hampir lemas yang akhir akan menenggelamkan perkara pokok..rakyat terkena lagi oleh permainan... 

Masnita Hashim:PDRM= PANTANG DISURUH ROSMAH MANSOR 

Sheeta Ravana : Sampai masanya SPRM @MACC dijadikan badan bebas sepenuhnya ,tak perlu report pada PM, kerana PM sendiri korup.Semasa MACC dibentuk pembanyang menyuarakan MACC tak akan bebas mcm macc kat hong kong jika report pada PM. 

Bm Eng Banny : Kebenaran!? Saya teringat, terbaca berita kugam yg mati dibunuh dlm lockup. Itu melalui paper masa itu. KPN, Si Khali masa berkata: menurut laporan perbuatan, kugam mati kerana sakit,paru paru masauk air... tapi masa mayat kugam dirompak dri Hospital, mayatnya berlumuran darah macam kena sembelih... sbgi KPN, Entah apa kebenarannya masa mengulas laporan doktor. Bedah siasatan kedua membuktikan ia dibunuh, dipukul... rujuk kes ini dgn Si Khali. Itulaj Kebenaran yhg bakal diputar-belitkan.. itulah kekebalan.. malahan naik pangkat.... inilah kekabalan KERA-jaan Msia... yg bodoh, tapi jahat, naikkan pangkat, yg gila pun.. yg cerdik, cekop masuk lockup, ditahan....inilah tertinggalnya kekabalan Kerajaan 2.6 bil... takkan lebih dari itulah..  Ada banyak lagi  di sini

Ketua Polis Negara akui UMNO memperkudakan Polis.

Posted: 07 Aug 2015 12:00 AM PDT

Susulan siasatan SPRM ke atas wang dalam akaun perdana menteri, 8 orang pegawainya disiasat oleh polis mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan berhubung "kegiatan memudaratkan demokrasi berparlimen".

Lantaran itu Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin yg juga turut disoalsiasat Isnin lalu, telah bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu. 

Polis menafikan dakwaan terdapat 'tangan tersembunyi' atau 'dalang' di sebalik siri tangkapan pegawai SPRM sepanjang minggu lalu ketika siasatan dipertingkatkan untuk mencari sumber kebocoran siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan mengganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menyerbu pejabat dan menyoal siasat anggotanya.  

 Beliau berkata mereka hanya menjalankan tugas berhubung siasatan kebocoran maklumat rasmi kerajaan dan perbankan.

 Saya tidaklah mahu mengulas pasal kerja polis ni, tak pasal-pasal aku masuk ke dalam nanti.... Cuma aku nak suruh Ketua Polis Khalid tu baca cerita lama ni... Tidak mungkin KPN yang lama tu mohong....


 Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan. 

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak. 

 "Saya dimaklumkan malahan Setiausaha Agung boleh mengarahkan CPO (Ketua Pegawai Polis) dan (mengarahkan mereka untuk) melapor balik kepada mereka. Jadi siapa yang mengawal polis sekarang? 

"Jika seorang KPN hanya mengikut perintah, dia akan jadi KPN terbaik di dunia. Jika dia lantang, dia akan jadi KPN yang jahat dan tidak akan ada banyak tuduhan ke atas dirinya," gurau beliau. sumber 

So Khalid bolehlah pilih yg mana satu....nak jadi KPN terbaik di dunia?? Silakan...

Tiada Maaf Bagi Mu, PM!

Posted: 06 Aug 2015 09:00 PM PDT

 By Hafidz Baharom

Setiausaha Agung UMNO bukan sahaja percaya bahawa "Melayu mudah lupa" malah beliau berharap penderitaan Alzheimer yg melanda orang Melayu juga akan terpalit kepada semua rakyat Malaysia. Ini mungkin mengapa Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merayu supaya Perdana Menteri diberikan peluang kedua.  

Kenapa kita perlu memberi kepada PM yang paling teruk dalam sejarah Malaysia lebih banyak peluang daripada yang telah diberikan? Keangkuhan dan ego yang ada padanya bukan tanda ciri-ciri pemimpin yang baik. 

Apabila banjir di beberapa negeri memberi kesan ratusan ribu rakyat Malaysia pada awal tahun ini, Perdana Menteri mempunyai peluang untuk membuktikan melalui tindakan mantranya "rakyat didahulukan". Sebaliknya beliau tetap meneruskan permainan golf di Hawaii. 

Apabila Sabah dilanda gempa bumi, dengan gegaran yang berterusan walaupun berbulan kemudian, dia mempunyai peluang untuk pergi ke sana untuk benar-benar menunjukkan empati. Sebaliknya, ia pergi ke Jeddah, sambil menyatakan, lantaran lawatan itu telah dirancang terlebih dahulu, dia tidak dapat membatalkannya. Dia juga membawa  keluarga bersama rombongan

Najib lebih pentingkan bermain golf bersama Obama daripada 
menyantuni mangsa banjir di negara sendir! Bukan sahaja
 bermain golf  di Hawaii malah juga di Bangkok. Baca di sini
Apabila beberapa akhbar  menyatakan bahawa sebuah syarikat yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan dalam masalah, dia boleh mengambil kesempatan untuk menyiasat. Sebaliknya, dia menunggu sehingga artikel Wall Street Journal telah diterbitkan. Kemudian membuat bising dan hanya kemudian mengarah untuk siasatan.

 Kemudian dia mengambil peluang untuk memberi amaran kepada setiap portal berita atau akhbar yang lesen mereka akan digantung jika mereka mengulang siar mana-mana dakwaan-dakwaan ini manakala peguamnya menghantar surat permintaan yang pelik dan kabur kepada akhbar lain. 

Apabila media melompat ke atas dakwaan itu dan bertanya kepadanya sama ada dia benar-benar mempunyai wang tersebut, dia mempunyai peluang untuk menjadi terbuka dan mengaku apa sahaja yang dia lakukan. Sebaliknya, dalam kebijaksanaannya beliau menjelaskan bahawa ia "bukan untuk kepentingan peribadi" dan kemudian menukar nada untuk menggambarkan berbilion ringgit itu sebagai "derma ".

 Apabila bekas Timbalannya bertanya kepadanya secara terbuka supaya menjelaskan mengenai dana tersebut, memberi amaran bahawa rakyat Malaysia tidak bodoh untuk mempercayai ceritanya, PM naik marah dan menyingkirkan Timbalannya.

 Yang demikian itu adalah kenaifan sekumpulan daripada samseng kabinet baru yang cuba untuk mempertahankan penjelasan "derma" dengan mengatakan bahawa derma pilihan raya bagi parti-parti politik yang tidak dikawal selia. Cerita ini bertambah 'umph' apabila  anggota kanan dari parti Perdana Menteri sendiri mengumumkan bahawa tidak ada dana seumpama itu pernah dimasukan ke dalam akaun parti politik itu (Umno).

Tajuk muka depan akhbar Umno
Tetapi yang paling teruk sekali, pemimpin egois ini, malah Tengku Adnan sendiri terus lupa bahawa selepas beliau memenangi GE13 tanpa undi popular, Perdana Menteri yang baru dilantik memilih untuk tidak berterima kasih kepada pengundi di Malaysia yang benar-benar memberi dia peluang kedua. Sebaliknya, dia mengadu tentang bagaimana beliau telah dikhianati oleh orang Cina, malah hingga bertanya "Apa lagi Cina mahu?" 

 Di sana dan kemudian, dia mempunyai peluang untuk bercakap tentang perdamaian, kira-kira bagaimana rakyat Malaysia perlu mengetepikan politik dan kaum dan dakwaan-dakwaan di sekelilingnya tetapi dia memilih untuk tidak mengambilnya.

 Sementara menteri kabinet  dan Setiausaha Agung yang tidak cerdik boleh terus berfikir bahawa rakyat Malaysia adalah bodoh, naif dan benar-benar mempercayai pembohongan ini, yang sebenarnya ialah satu-satunya perkara yang memaksa mereka untuk bertindak demikian adalah ketakutan.

 Jadi, berbanyak maaf kepada Tengku Adnan, tetapi saya percaya rakyat Malaysia telah memberikan lebih banyak peluang dari yang sepatutnya kepada Perdana Menteri. Malah, untuk mengesahkan ini saya cadangkan dibuat undian di setiap bahagian dalam parti untuk melihat apakah suara mereka masih mahu Perdana Menteri kekal sebagai ahli parti.

 Keputusan mungkin akan mengejutkan anda. ~ sumber

Zaid ingatkan polis, AG yang menghalang penjawat awam suatu kesalahan

Posted: 06 Aug 2015 05:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Ogos -  Bekas menteri undang-undang Umno, Zaid Ibrahim menyatakan kebimbanganya bahawa Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan pegawai-pegawainya mungkin akan menjadi sasaran seterusnya.

DS Najib telah menyingkirkan timbalannya Muhyiddin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet minggu lalu. Kedua-duanya telah mengkritik cara kerajaan mengendalkan kontroversi 1MDB. 

 Tan Sri Gani Patail, yang telah mengetuai pasukan petugas antara agensi menyiasat 1MDB, juga tiba-tiba digugurkan sebagai Peguam Negara, manakala empat ahli-ahli parlimen BN  Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) telah dilantik ke dalam Kabinet, menyebabkan siasatan 1MDB sendiri digantung dan temu bual dengan para eksekutif 1MDB ditangguhkan.

 Datuk Zaid Ibrahim menuduh kerajaan "melakukan segala-galanya dalam kuasa mereka" untuk menutup dakwaan salah urus dan rasuah dengan mengheret dalam siasatan pegawai-pegawai penyiasat dan mengingatkan pihak berkuasa, khususnya polis dan Peguam Negara, bahawa ia adalah satu kesalahan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas mereka.

 "Setiap orang, termasuk Perdana Menteri dan / atau Peguam Negara terlibat dalam 'halangan sebagai pekhidmat awam dalam melaksanakan fungsinya maka Seksyen 186 Kanun Keseksaan adalah berkaitan.

 "Saya ingin menasihati AG baru yang menyokong Perdana Menteri, kita mempunyai undang-undang yang semua orang perlu ikut!" Katanya dalam siaran di blognya.

 Setakat ini, ia dipercayai bahawa sembilan telah diheret dalam siasatan mengenai dakwaan kebocoran - tujuh daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), salah seorang daripada mereka adalah seorang pendakwa dipinjamkan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) - dan juga sebagai bekas ahli lembaga penasihat SPRM dan ahli sekretariat  kewangan dan anti-money laundering Jabatan Peguam Negara.

 Khabar angin bahawa Zeti juga mungkin akan dipanggil untuk disoal tetapi tidak ada pengesahan setakat ini.

 "Saya bimbang Gabenor Bank Negara kita, Zeti akan mendapat malu seperti Gani Patail, melainkan jika dia bekerjasama," kata Zaid.

 Beliau merujuk kepada Tan Sri Abdul Gani Patail yang tidak disangka-sangka dikeluarkan dari jawatan Peguam Negara minggu lalu, mencetuskan cakap-cakap bahawa dia diperlakukan demikian kerana dia berada di peringkat akhir menyediakan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

 Bekas menteri undang-undang Umno itu seterusnya berkata bahawa tindakan keras yang jelas telah meletakkan institusi negara dalam keadaan kucar-kacir, menyebabkan ramai kini takut untuk bersuara mempertahankan kebenaran.

 "Kami berada dalam keadaan begini kerana ramai di antara kita takut untuk bersuara dan mempertahankan apa yang betul. Kita berfikir bahawa selagi pelanggaran tidak memberi kesan kepada kita mengapa kita harus melibatkan diri.

 "Hanya apabila seluruh sistem menjadi rosak, dan polis mula bertindak seperti Gestapo baru kita sedar kehidupan kita dan perniagaan kita semua terlibat," katanya.

 Oleh itu, Zaid mengulangi cadangan beliau untuk  perhimpunan 100,000 rakyat Malaysia, yang katanya adalah perlu kerana dua sebab - untuk menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak takut untuk "menyelamatkan" negara ini, dan sokongan untuk Najib hanya senipis kulit .  sumber

Tiada ulasan: