Khamis, 6 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tidakkah Najib layak dihadapkan tuduhan rasuah.... Ker guana Ding?

Posted: 06 Aug 2015 05:00 AM PDT

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa imej DS Najib kini pada tahap terendah lantaran kegagalannya menangani kaitan dirinya dengan isu skandal 1MDB.

Segala tindakannya dalam usahanya untuk melepaskan diri masih gagal malah semakin banyak menimbulkan kontroversi baru. 

Keadaan kini sungguh buruk kerana melibatkan setiap komponen tadbir urus negara turut menjadi sasaran. 

Antara tindakan DS Najib yang menjadi kontraversi ialah :

1) Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ,  empat lagi menteri dan seorang timbalan menteri lain yang vokal menyuarakan isu 1MDB telah digugurkan dan digantikan. 

2) Peguam Negara, Gani Patail, ketika mahu memasuki pejabatnya, telah dihalang dan dimaklumkan oleh Setiausaha Negara, Ali Hamsa yg menunggunya disitu bahawa perkhidmatannya telah ditamatkan. Rakyat dimaklumkan bahawa atas sebab-sebab kesihatan.

3) Tindakan polis membuat tangkapan dan menggeledah rumah-rumah dan pejabat penyiasat SPRM adalah sangat mencurigakan banyak pihak. Menyedarinya, kini pihak polis terpaksa menyakinkan orangramai bahawa tindakan menyoal siasat 8 pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan SRC International Sdn Bhd. adalah semata-mata untuk menjalankan siasatan berhubung kebocoran maklumat berprofil tinggi  kepada pihak tidak sewajarnya dan bukan bertujuan mengganggu siasatan berhubung isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu, mendedahkan bahawa wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion) juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib. 

Pada Isnin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib sebagai sumbangan derma, bukan wang pelabur strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Maka gegak gempitalah penyokong DS Najib menyambut berita tersebut. Ada yang kata bukan isu besar. Ada pula yang kata  bukan satu jenayah...

Masing-masing berkata sumbangan dana daripada penderma kepada mana-mana parti politik atau ahli politik adalah sesuatu yang rutin...

Mak OOii! Gila ker apa depa ni, walaupun RM2.6 billion itu masuk ke akaun peribadi, masih dianggap biasa??

Apa yang semakin mencengkam dan menggugat DS Najib sekarang ini adalah pengakuan kemasukan dana RM2.6 billion itu ke akaun peribadi Najib.The Wall Street Journal dalam pendedahannya itu tidak pernah menyatakan dana sebanyak itu datang dari 1MDB tetapi dari syarikat yang ada kaitan dengan 1MDB! Maka betullah apa yang WSJ telah dedah itu!

Apakah DS Najib dan sekalian tukang ampu sudah cukup selesa setelah dana sebanyak itu diakui sebagai sumbangan daripada penderma?

Oh tidak! DS Najib dan para pengampunya semakin terjerut dengan jebak mereka sendiri bila mana Tan Sri Shahrir Samad memaklumkan bahawa, Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak pernah bertanya, dan ahlinya tidak pernah diberi taklimat mengenai sebarang sumbangan politik kepada akaun pemegang amanah presiden atau bendahari parti. Baca di sini

Mungkin mereka tidak pernah dengar kata-kata DS Najib semasa Perasmian Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di Putrajaya pada Februari 2012 seperti berikut : 
"Setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah disertakan resit penerimaan dan dimasukkan ke dalam akaun parti. 
" Menerusi akaun yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap tahun kewangan berakhir. 
 " Kerajaan percaya dengan cara itu akan mengelakkan sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi dan sumbangan itu dapat disampaikan kepada parti dan rakyat di semua peringkat." Katanya melalui rakaman di sini
Apakah mereka ini semua lupa definasi yang dinamakan rasuah itu?

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

#Meminta/Menerima Rasuah 
#Menawar/Memberi Rasuah 
#Membuat Tuntutan Palsu 
#Menyalahguna Jawatan/Kedudukan 

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. ~ sumber

Bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, takrif suapan dalam Seksyen 50 termasuk derma. Seksyen ini menyatakan, sebarang bentuk suapan dianggap diterima sebagai rasuah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, katanya di sini

So, DS Najib #Meminta/Menerima Rasuah, right? DS Najib #Menyalahguna Jawatan/Kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia right?

Tidakkah DS Najib layak dihadapkan dengan tuduhan rasuah? Right or not? Apa kata  Hj Hadi dan Haru Din ? Ker guana Ding?

Rakyat sokong tindakan SPRM

Posted: 06 Aug 2015 02:29 AM PDT

 Semua rakyat Malaysia yang secara keseluruhannya bencikan korupsi sangat menghargai  tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang telah mengunjungi ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

 Kunjungan mereka semata-mata untuk menunjukkan sokongan kepada graftbuster yang sedang menghadapi tekanan dalam kerjasiasat mereka keatas SRC International Sdn Bhd.

 RM42 juta daripada RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak berasal dari SRC International Sdn Bhd.

 Penyiasat SPRM baru-baru ini menghadapi tangkapan manakala rumah-rumah dan pejabat mereka diserbu oleh pihak polis.

 Tokoh-tokoh pembangkang, yang diketuai oleh Wan Azizah Wan Ismail, berada di sana untuk memberitahu graftbuster bahawa mereka tidak keseorangan.

 Pemimpin lain yang hadir ialah supremo DAP Lim Kit Siang, naib presiden PKR Rafizi Ramli dan Shamsul Iskandar, pengerusi Gerakan Harapan Baru, Mohamad Sabu dan bekas menteri Zaid Ibrahim.

 Pengarah komunikasi strategik SPRM Rohaizad Yaakob mengucapkan terima kasih kepada para pemimpin pembangkang kerana menunjukkan sokongan mereka.

 "Terima kasih banyak kerana menunjukkan sokongan kepada SPRM.

 "Kami akan melakukan yang terbaik untuk melaksanakan tugas kami dengan jujur ​​dan telus pada setiap masa," katanya kepada wartawan selepas menerima kunjungan mereka.~ sumber

Clare Rewcastle dapat perlindungan polis UK

Posted: 05 Aug 2015 11:21 PM PDT

Ketua pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown, yang dikehendaki oleh polis Malaysia, berjaya mendapat perlindungan daripada polis United Kingdom (UK).

 Perkara itu berlaku selepas Rewcastle mengadu diikuti dan dirakamkan lensa kamera di London susulan siasatannya terhadap amalan rasuah di Malaysia.

 Menurut akhbar UK The Independent, Scotland Yard mengesahkan menerima aduan Rewcastle.

 Rewcastle berkata polis sudah menempatkan anggota mereka setelah memberitahu terdapat orang tidak dikenali menunggu dalam kereta dekat rumahnya.

 Bulan lalu, Rewcastle mendakwa diekori selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bulan lalu, Rewcastle (gambar) berkata, beliau diikuti apabila bertemu dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rasmi Malaysia.

 "Saya membelakangi tingkap kaca besar dan dia memerhati belakang saya dan kelihatan gelisah dan dia (pegawai SPRM) berkata 'Anda tahu anda sedang diikuti?'" Rewcastle dipetik sebagai berkata.

 Pasukan petugas khas dibubarkan

Pertemuan itu telah diterbitkan di Malaysia Today, mendorong Rewcastle menuduh Raja Petra Kamaruddin (foto) yang pengendali laman web itu, mendalangi operasi pengawasan terhadap beliau.

Malaysia Today mendedahkan  orang yang menemui Clare adalah bekas penasihat SPRM Rashpal Singh Jeswant Singh, yg kemudiannya telah ditangkap oleh polis Malaysia untuk "aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen ".

 Rewcastle mengeluh bahawa beberapa orang lain yang telah bersentuhan dengan dia juga telah ditangkap

"(Hampir) semua orang yang telah menghubungi saya telah ditangkap," beliau dipetik sebagai berkata.

 Sarawak Report, bersama-sama dengan The Wall Street Journal, adalah antara media pertama yang melaporkan dakwaan bahawa RM2.6 bilion telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

 Satu pasukan petugas khas yang terdiri daripada polis, SPRM, Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara kemudiannya menyiasat perkara itu.

 Walau bagaimanapun, pada minggu lepas, Peguam Negara Abdul Gani Patail (gambar) tiba-tiba dipecat dan penggantinya, hakim bersara Mohamed Apandi Ali, membubarkan pasukan petugas khas itu.

 SPRM telah berikrar untuk meneruskan siasatan dengan sendiri tetapi beberapa penyiasat yang kemudiannya ditahan oleh pihak polis.

Komen Farouk Harakiri (pembaca) : Hahaha polis malaysia kena main lagi, ini bukan yg pertama TETAPI kali yg ke3 dalam tahun ini sahja, bermula dgn polis australia, kemudian polis Thailand dan terbaru polis UK,nampak sangat krebility pdrm telah jatuh dan tidak di hormati lagi oleh rakan rakan mereka di negara asing, kalau aku jadi kpn, aku pun malu, tapi kpn malaysia ada ker maruah diri. ~malaysiakini

Tiada ulasan: