Rabu, 5 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kalau dokumen draf pertuduhan itu palsu, kenapa beriya polis nangkap pegawai SPRM?

Posted: 05 Aug 2015 09:00 AM PDT

MACC (SPRM)  AGC (Pejabat Peguam Negara)
Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diserbu polis hari ini.

 Langkah itu dipercayai berkaitan dakwaan pembocoran kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1MDB.

 Sekurang-kurangnya lima kenderaan, termasuk empat kereta polis, dilihat meninggalkan ibu pejabat polis daerah (IPD) pada jam 6.45 petang dan kini berada di luar pejabat bahagian itu di Menara Prisma, Putrajaya.

 Beberapa orang pegawai polis berpakaian biasa dipercayai telah memasuki bangunan itu.

 Jurucakap SPRM sebelum ini memberitahu pemberita di luar IPD itu bahawa tiga pegawainya disoal siasat berhubung kebocoran itu sehingga 6.45 petang. ~malaysiakini

Sementara itu themalaymailonline melaporkan :

Setakat ini, dipercayai bahawa sembilan telah diheret sehingga setakat ini dalam siasatan mengenai dakwaan kebocoran - tujuh dari SPRM, salah seorang daripada mereka adalah seorang pendakwa dipinjamkan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC), bekas ahli lembaga penasihat SPRM  ahli sekretariat kewangan dan anti-money laundering Jabatan Peguam Negara.

 Malam ini, selepas  tiga daripada sembilan disoalsiasat , polis menyerbu pejabat operasi bahagian khas SPRM. Dua turut ditahan dalam proses itu walaupun masih belum disahkan yang kedua-duanya itu.

 Sabtu lepas, polis menyerbu rumah dan pejabat Ahmad Sazilee Abdul Khairi, pendakwa dari Jabatan Peguam Negara yang telah dipinjamkan kepada SPRM, berkaitan dengan siasatan 1MDB itu.

Komen al-Husseyn :

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan Peguam Negara yg baru saja dilantik, Apendi Ali telah menafikan keabsahan draf kertas pendakwaan yang didedahkan oleh Sarawak Report itu.

 "Draft pertuduhan yang diterbitkan oleh Sarawak Report tidak dibuat atau dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara. Harap maklum." kata Tun Abdul Majid menerusi twitternya.

Macam-macamlah mereka yang tukang gosok Najib berebut-rebut buat kenyataan menyatakan bahawa maklumat yang dikeluarkan oleh SR itu adalah palsu semata-mata melainkan palsu!

 Kalau benar dokumen draf pertuduhan yang disiarkan oleh SR itu palsu, kenapa polis beriya benar menangkap dan menyoalsiasat sebegitu ramai pegawai SPRM yang terlibat secara langsung dalam bahagian operasi khas dalam penyiasatan 1MDB?

 Kalau benar dokumen draf pertuduhan yang disiarkan oleh SR itu palsu, kenapa Peguam Negara, Gani Patail disingkirkan dari jawatannya secara tergesa-gesa hingga tak sempat beliau nak buat majlis 'farewell' kepada kakitangannya?

 Kalau benar dokumen draf pertuduhan yang disiarkan oleh SR itu palsu, kenapa polis tidak mendapatkan pengesahannya dari Gani Patail sendiri? 

Semakin pelik kemelut 1MDB ni...

Mana mau lari....SPRM bagi amaran dah!

Posted: 05 Aug 2015 07:47 AM PDT

Harap sangat 'dalang-dalang' tidak masuk ke dalam lubang cacing, sebab Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin hari ini bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

Bahri yang turut disiasat pada Isnin lalu berkata, "Kami tiada masa berpolitik tapi kami menjalankan tugas kami seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat.

 "Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing," katanya .

  "Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi.

 Bahri berkata demikian ketika diminta mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd. Baca seterusnya di sini

Jelas SPRM kini bertindak balas lantaran 8 pegawai tertinggi SPRM di tangkap dan disiasat oleh Polis.

Kalau dalang-dalang nak selamat, masuklah kedalam lubang bun dotdotdot Saiful. Datuk Bahri tentu tidak tergamak nak cari di situ! Hahahha!

Hentikan campurtangan polis terhadap siasatan SPRM

Posted: 05 Aug 2015 05:55 AM PDT

Siri siasatan dan serbuan polis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sewaktu agensi itu masih menyiasat dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu kesalahan undang-undang, kata Mohamed Azmin Ali.

 Timbalan Presiden PKR itu berpendapat tindakan polis itu satu campur tangan nyata dalam siasatan SPRM dan perlu dihentikan serta-merta.

 "Di bawah Seksyen 48 Akta SPRM, menjadi satu kesalahan jika sesiapa menghalang siasatan SPRM.

 "Tidak syak lagi, tindakan polis ini satu campur tangan terang-terangan dan perlu dihentikan serta-merta," kata Azmin yang juga menteri besar Selangor dalam satu kenyataan hari ini.

 Menurut seksyen yang dipetiknya: "Mana-mana orang yang mengamang, menghalang, menggalang atau melengah-lengahkan pegawai suruhanjaya dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah akta ini melakukan sesuatu kesalahan."

 Menurut Azmin, SPRM perlu diberi ruang secukupnya bagi menjalankan siasatan ke atas 1MDB.

 "Justeru, saya menyeru semua rakyat Malaysia yang berpegang pada kebenaran serta parti politik dan pertubuhan sivil agar menyokong SPRM dalam menjalankan tugas mereka.

 "Ini mustahak bagi memastikan sebarang kebolehpercayaan dalam siasatan 1MDB dapat dipulihkan," kata Azmin.

 Sehingga semalam, polis menyiasat 7 orang pegawai tertinggi SPRM berhubung dakwaan kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

 Terkini, seorang lagi timbalan pengarah SPRM sedang disiasat polis di Putrajaya berhubung tuduhan sama – menjadikan jumlah terbaru 8 orang. – 5 Ogos, 2015. ~  themalaysianinsider

Pakatan Rakyat 2.0 dah ada fomulanya, nak cari formula apa lagi TITM?

Posted: 05 Aug 2015 02:00 AM PDT

PAS seru cari formula baru satukan pembangkang

PAS menyeru supaya semua parti pembangkang bersatu di tengah-tengah skandal bahawa RM2.6 bilion telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

  "Kini, masa yang paling penting semua parti pembangkang bersatu," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

 "Inilah masa parti politik pembangkang duduk mencari titik persamaan dan mengecilkan titik perbezaan. Baca lagi  di sini

Komen al-Husseyn :

Kesian dengan TITM ni... seruannya hanya bersendirian. Benarkah seruannya itu mewakili PAS waima Presiden PAS dilihat begitu teguh mempertahankan DS Najib ketika ahli dan pemimpin Umno sendiri menolaknya.

Bukanlah suatu kerahsian lagi Umno Johor sedang memberontak menentang Najib sejak penyingkitan Muhyiddin Yassin. 

Pakatan Rakyat 2.0 sedang berusaha untuk mengusulkan 'Undi Tidak Percaya' terhadap Najib. Diharap akan mendapat sokongan dari wakil-wakil Umno yang tidak bersetuju dengan Najib.

Tapi malangnya Presiden PAS sendir telah memberi reaksi negatif, berkata dengan sinis, "Pas tidak berebut jawatan perdana menteri. Pas tidak berebut jawatan jadi ketua kerajaan. Pas tak berebut jawatan menteri Kabinet. Acapkali dah orang tawar…Pas tidak berebut jawatan ini."

Hj Hadi sepatutnya bersetuju untuk bersama 'Undi Tidak Percaya' terhadap Najib. Itulah formulanya, wahai TITM. Nak cari formula apa lagi? .

Pesanan seorang tokoh Murabbi kepada pejuang Islam

Posted: 05 Aug 2015 12:30 AM PDT

Ringkasan ucapan Ust Ahmad Awang semalam : 


Ketika GHB di Baling, 3 Ogos, 2015
 Semua kena ingat; GHB adalah parti Islam. Terasnya alquran, alsunnah, ijma dan qias 'ulama sebagai rujukan. Cara berpolitik lebih terbuka dan berakhlak budiman.


 Haram serang PAS.Haram serang sesama munusia kecuali batil yg depa lakukan. Niat bagi betul, berdakwah lah demi Islam.

 Jangan berpecah, jangan kecam sesama sendiri. " Islam rahmat utk semua".

Berjuanglah dgn niat yg telus dan ikhlas. GHB menggantikan PAS dlm PR. Jangan biar PR tanpa parti Islam. ~ LENSA POLITIK 


"Jika keluar PAS kena hukum bunuh ikut hadis yang dibawa, maka orang yang tandatangan Perlembagaan PAS dulu yang perlu dibunuh kerana dalam perlembagaan PAS membenarkan Ahli PAS keluar PAS dan bukan setakat keluar PAS malah mansuhkan PAS pun dibenarkan oleh perlembagaan PAS". ~ Ustaz Ahmad Awang Baling, Kedah.

Premis parti dibina hasil sumbangan bersama, kata Penyelaras GHB Perak Asmuni Awi.

Posted: 04 Aug 2015 10:52 PM PDT

OLEH ZULKIFLI SULONG

 
 PAS jangan terlalu keras dan angkuh   
menghalang GHB menggunakan premis
dalam aktiviti mereka kerana ia adalah
harta milik bersama.
Selepas perpecahan ketara berlaku dalam PAS, dengan ada yang bakal menghasilkan satu parti baharu, soalan timbul apakah akan berlaku kepada harta milik parti itu yang selama ini diusahakan bersama para pemimpinnya.


 Istilah harta sepencarian akan timbul apabila satu penceraian berlaku antara suami dan isteri, tetapi bagaimana pula kalau sebuah organisasi seperti PAS berpecah, apakah ada isu harta pencarian? 

Inilah yang bakal rancak dibahaskan pemimpin dan ahli PAS selepas ini apabila Gerakan Harapan Baru (GHB) bertukar menjadi sebuah parti politik gabungan pembangkang yang baharu.

 Perbahasan ini mula hangat apabila PAS didakwa menghalang markas dan pejabat mereka digunakan GHB untuk menjalankan aktiviti mereka, seperti didedahkan bekas bendahari parti Asmuni Awi. "Mereka jangan begitu keras dalam hal ini, seolah-olah semuanya harta mereka. Ia sepatutnya dibincangkan dengan baik.

 "Kalau suami isteri bercerai pun akan ada isu harta sepencarian, inikan pula sebuah organisasi politik, sudah tentu ada. Jadi ia sepatutnya dibincangkan dengan baik," katanya. 

 Asmuni mengulas tindakan pemimpin PAS yang didakwanya begitu keras dan angkuh menyekat GHB daripada menggunakan premis parti dalam aktiviti mereka, padahal ia dibina hasil sumbangan bersama ketika mereka masih dalam parti Islam itu.

 "Jangan sampai ada antara kami yang mengatakan 'tidak halal' segala sumbangan itu. Kalau ini berlaku, silap-silap nanti akan ada markas PAS yang tinggal tiang saja nanti.

 "Lampu, kipas dan pendingin hawa tercabut nanti," katanya yang merupakan seorang peguam dan antara penyumbang dan pemegang amanah utama harta milik PAS ketika ini.

 Antaranya, Asmuni merupakan penama kepada syarikat yang memiliki pejabat agung PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

 Bangunan bekas cawangan sebuah bank itu diusahakan Datuk Husam Musa dan bendahari PAS ketika itu Dr Mohd Hatta Ramli.

 Ia dibeli dengan harga RM8 juta, sementara sejumlah RM4 juta lagi dibelanjakan parti itu untuk penambahbaikan dan pengubahsuaian.

 Selain pejabat agung, hampir semua PAS negeri dan kawasan, termasuk sesetengah cawangan, mempunyai bangunan dan pejabat masing-masing yang dibina bersama.

 Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan dalam kenyataannya menyifatkan GHB tidak bermaruah apabila menggunakan premis PAS untuk menjalankan aktiviti mereka.

 "Lebih malang, mereka adakan 'roadshow' ke seluruh negara, menggunakan premis PAS dan mengajak ahli parti menyertai mereka untuk menyertai parti baharu itu.

 "Jelasnya, mereka mengajak ahli PAS keluar parti. Tindakan itu sangat tidak bermaruah," katanya menyelar tindakan itu.

 Asmuni pula berkata, beliau menyifatkan tindak balas PAS terhadap penubuhan GHB sebagai 'pelik' kerana sebelum ini mereka meminta pihak yang tidak sependapat dengan presiden meninggalkan parti.

 "Mereka nak apa sebenarnya? Masa kita dalam PAS, mereka kata kita sekular, liberal dan sebagainya, serta menghalau kita keluar.

 "Apabila kita keluar, mereka kata kita tinggalkan jamaah, pecahkan jamaah," kata penyelaras GHB Perak itu.

 Katanya, istilah yang lebih tepat sebenarnya adalah, PAS berpecah dua bukannya penyokong GHB meninggalkan parti atau keluar jemaah sebagaimana yang sedang didoktrinkan sesetengah pemimpin parti Islam itu sekarang - themalaysianinsider

Catatan : GHB belum lagi didaftarkan sebagai badan politik. Ia masih sebuah badan NGO. Perlembagaan PAS tidak menghalang ahlinya untuk bergiat dalam mana-mana NGO. 

CATATAN DIALOG DI PEKAN BALING, KEDAH

Posted: 04 Aug 2015 09:05 PM PDT

Berikut adalah catatan dari dialog HB di Pekan Baling Bersama Ustaz Ahmad Awang dan Dr. Mujahid Yusof Rawa pada 3 Ogos 2015~Aris Awang.

  Ada hadis yang bemaksud:
 "Sesiapa yang meninggalkan jamaah Islam, jika ia mati, matinya dikira mati dalam jahiliyyiah" 

Dan satu lagi hadis yang bermaksud.

 "Sesiapa yang meninggalkan jamaah Islam maka layak dibunuh"

 Ulasan: Apakah maksud jamaah Islam ?

1. Jamaah Islam yang dimaksudkan adalah sebuah Kerajaan Islam yang mempunyai khalifah dan kuasa. Buat masa ini tiada lagi jamaah Islam seperti itu.

2. PAS bukanlah jamaah Islam yang dimaksudkan oleh hadis di atas. Jika dikatakan PAS jamaah Islam seperti maksud hadis, mengapakah perlembagaan PAS membenarkan seseorang ahli PAS meminta berhenti menjadi ahli PAS, dan juga perlembagaan PAS membenarkan PAS dimansuhkan. Apakah ahli PAS yang meminta berhenti atau dipecat akan dihukum bunuh. Sudah tentu tidak kerana PAS bukanlah berstatus jamaah yang dimaksudkan hadis di atas.

3. PAS hanyalah salah satu dari jamaah Islam dari jamaah-jamaah Islam yang lain yang setaraf antara satu sama lain yang hanya berbeza dari sudut pendekatan dan sama dari segi aqidah.

4. Dari segi usaha memacu kecemerlangan Islam pada masa deoan, berbilang-bilang jamaah Islam adalah lebih baik dan banyak manfaatnya kepada Islam kerana ia boleh menerokai keberbagai segmen masyarakat dengan berbagai pendekatan strategik masing-masing di dalam masyarakat Islam dan Bukan Islam.

5. Kesimpulannya adalah tidak salah adanya banyak jamaah Islam kerana setiap jamaah Islam tentu ada kekuatannya yang tersendiri dalam suasana ketiadaan Imamul Uzma yang menerajui sebuah Kerajaan Islam yang satu di atas muka bumi Allah ini seperti jamaah yang dimaksudkan oleh hadis di atas. Jamaah yang dimaksudkan oleh hadis di atas sudah lenyap sejak sekian lama dan masih belum muncul hingga kini maka hukumnya pun tidak ada.

 Kaedah feqah "Tidak ada sebab maka tidak adalah hukuman" Semoga bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.

Jangan layan pemimpin laksana separa dewa, kata MB Johor.

Posted: 04 Aug 2015 07:00 PM PDT

 Berikut merupakan antara petikan ucapan Menteri Besar Johor,  Mohd Khaled Nordin dalam posting Facebooknya yang merujuk kepada ucapannya ketika merasmikan persidangan Wanita UMNO Bahagian Pasir gudang pada 2hb Ogos 2015 di Dewan MPJBT Jalan Gunung, Seri Alam.

Sebelum ini, anak beliau, Akmal Saufi telah membangkitkan pelbagai persoalanberkaitan derma RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan dalam akaun peribadi DS Najib.

 Khaled mengingatkan bahawa Perjuangan UMNO kesemuanya adalah tentang bangsa dan parti. Tidak pernah tentang diri sendiri dan kepentingan peribadi.

"UMNO tidak lagi boleh hanya jadi pemerhati, bila bangsa masih bergulat dengan kemiskinan dan jurang keberadaan. Kalian tidak boleh berdiam diri, kalau rasuah jadi budaya atau misalnya amanah di khianati. UMNO tidak boleh hanya membisu bila parti, tidak lagi mengutamakan perjuangan bangsa Melayu tetapi digunakan untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti. Atau disiplin kepartian mentaati pemimpin.Sudah sampai masanya UMNO bergerak beberapa langkah ke hadapan. Lebih proaktif dan lebih dominan." Tulisnya lagi.

 Beliau menambah bahawa zaman ini bukan lagi zaman dimana kepemimpinan itu dilayan laksana separa dewa. Sifat dan budaya feudal bukan budaya UMNO. Budaya UMNO adalah tentang nilai-nilai yang baik, yang terpuji, luhur dan mahmudah. 

"UMNO bukan milik pemimpin. Ia milik kita semua. Kita kena terima hakikat, umno hari ini berhadapan dengan krisis kredibiliti yang luar biasa, bukan lagi krisis persepsi, kini menular sebagai krisis kewibawaan, rekahan kepada kesatuan parti telah mula jelas kelihatan." Tulisnya. ~ sumber

Komen al-Husseyn :

Harapan DS Najib Tun Razak untuk menutup mulut rasa tidak puas hati dalam Umno, terutamanya di Johor, sejak penyingkiran Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri mungkin kini lebih mencabar daripada yang dijangkakan.  Encik Azalina dan Puan Hishamuddin kena kerja lebih kuat lagi!!

Surat terbuka kepada Paul Low : Anda memalukan masyarakat Kristian di Malaysia

Posted: 04 Aug 2015 05:30 PM PDT

Berikut adalah surat terbuka dari seorang penganut biasa Kristian kepada Senator Paul Low Seng Kuan, Menteri yang bertanggungjawab bagi Akauntabiliti dan Integriti, Kabinet Malaysia. Paul Lau merupakan anggota senior sebuah gereja tempatan di Kuala Lumpur, dan sebagai pembawa cahaya Injil Kristus telah dianggap memalukan masyarakat Kristian Malaysia. Persoalan saya, tidak malukah kita sebagai penganut agama Islam yang suci murni tapi ramai yang sinonim dengan rasuah. Sebut namanya sahaja, maka orang akan teringatkan rasuah yg dilakukan! Surat terbuka ini adalah reaksi terhadap kenyataan akhbar Paul Low  di sini


Encik Paul Low
Menteri Integriti Malaysia dan tadbir urus yang baik ,
Putrajaya,Malaysia 

Tuan,

 Izinkan saya untuk menambah beberapa komen mengenai kenyataan akhbar anda 31 Julai, 2015.

Petikan dari kenyataan akhbar anda: "Saya telah dibawa ke dalam kabinet persekutuan khusus untuk menggalakkan tadbir urus yang baik dan mengukuhkan ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan."

 Pertama semua konsep penting tadbir urus yang baik melibatkan kedaulatan undang-undang, ketelusan dan akauntabiliti.

 Encik Low, semua ini perkara asas telah hilang dalam pemecatan itu unceremonious daripada Peguam Negara (AG) pada hari Isnin oleh PM Najib Abdul Razak. Kenyataan tidak sesuai pemecatan Peguam Negara kerana keuzuran oleh ketua setiausaha kepada kerajaan jelas merujuk daripada keangkuhan dan menghina PM untuk pejabat AG untuk terus berkuasa di semua kos.

 Tidak ada undang-undang yang dibuktikan dalam pemecatan AG yang sedang dalam proses memimpin siasatan pengendalian PM mengenai 1MDB. Sebaliknya pemecatan Peguam Negara daripada jawatan oleh PM Najib adalah terhadap keadilan semula jadi dan merupakan gangguan langsung oleh PM yang disiasat.

 Dari bermulanya penyiasatan 1MDB, adalah jelas bahawa tidak boleh menjadi objektif, adil dan siasatan rapi apabila orang yang disiasat adalah PM sendiri. Tadbir urus yang baik akan menentukan bahawa PM Najib berdiri turun sementara dari pejabat supaya tanpa prejudis, penyiasatan yang adil dan menyeluruh dapat dijalankan. Tetapi ini tidak berlaku.

 Dengan menyingkirkan AG dari pejabat dan menawarkan jawatan kabinet kepada tiga tonggak jawatankuasa PAC yang menyiasat kini telah merencat penyiasatan yang adil dan teliti saga 1MDB dan kini merupakan saham ketawa ke seluruh dunia. Di mana tadbir urus yang baik dalam semua ini? Di manakah akauntabiliti yang anda dirujuk?

 Semua ini berlaku pada 28 Julai dan anda mempunyai keberanian untuk mengeluarkan kenyataan akhbar anda 31 Julai mengenai tadbir urus yang baik dan ketelusan.

 Bagaimana anda sebagai pengikut Yesus Kristus, mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang sangat tidak teratur, curiga, tidak demokratik dan tidak mempunyai kesopanan moral dalam setiap aspek?

 Bagaimana anda boleh mengambil bahagian dalam makanan di kabinet meja Najib pada hari biasa dan memecahkan roti di meja Tuhan pada hari Ahad?

 Masyarakat Kristian marah, marah dan sangat kecewa dengan ringkasan Najib dan penyingkiran menghina Peguam Negara, ahli-ahli PAC dan Timbalan Perdana Menteri apabila penyiasatan 1MDB sedang berlangsung. Tiada jumlah kata-kata basi daripada anda tentang hasrat Najib mengenai tadbir urus yang baik akan mempunyai sebarang kesan ke atas sesiapa sahaja berdasarkan peristiwa-peristiwa ini, termasuk ramai rakyat Malaysia muda.

 Apa contoh yang anda dan bos anda, PM, menetapkan bagi rakyat Malaysia lebih muda yang akan menjadi pemimpin di negara ini esok?

 Di sebelah salah sejarah Malaysia?

 Dear Mr Low, saya percaya anda berada di sebelah salah sejarah Malaysia. Lima puluh tahun dari sekarang, sejarah Malaysia akan mencatat pembohongan anda mengenai episod yg memalukan ini dan nama anda akan dikenang sebagai seorang yang berdiri dengan raja-raja yang zalim dan tamak, menyokong nepotisme, kronisme dan rasuah. Sejarah mengingatkan kita tentang Marcos, Suharto dan Mubarak, untuk menamakan beberapa yg baru ini.

 Adakah anda tidak sedar bahawa kedudukan anda di dalam kabinet Malaysia sebagai menteri untuk menggalakkan tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti hanyalah permainan yang dimainkan oleh Najib? Bangun! Anda telah disedut ke dalamnya tanpa memahami sepenuhnya kesan daripada penyertaan dan penglibatan anda dalam kejahatan.

 Masyarakat Kristian Malaysia amat mencurigakan daripada langkah Najib terhadap TPM. Adakah dia akan ditangkap dan mengalami mata hitam dalam sel induk di Bukit Aman, seperti satu insiden terkenal bahawa rakyat Malaysia diingatkan, tidak lama dahulu?

 Adakah dia juga akan didakwa dengan kesalahan moral kerana beliau tidak lagi eksekutif?

 Kehadiran anda terus dalam kabinet Najib mencemarkan nama dan memalukan masyarakat Kristian di Malaysia kerana anda telah mengistiharkan diri anda untuk menjadi seorang Kristian. Anda sepatutnya menjadi cahaya bagi mereka yang berjalan dalam kegelapan, tetapi malangnya, anda juga berjalan dalam kegelapan.

 Kehadiran berterusan anda dalam Kabinet Malaysia hanya membolehkan saya untuk membuat kesimpulan bahawa anda adalah seorang yang membuat pertimbangan tidak wajar dan standard moral dan etika yang sangat diragui.9 Biar saya dalam menutup petikan dari tulisan Rasul Paulus kepada gereja di Efesus.

 05:11 Efesus: Tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan perbuatan sia-sia yang gelap, tetapi mendedahkan mereka.

 Tujuh rakan-rakan lain Kristian anda dalam kabinet, iaitu Idris Jala, Maximus Ongkili, Douglas Uggah, Wilfred Madius Tangau, Richard Riot, Joseph Entulu dan Joseph Kurup semua harus malu dan menundukkan kepala mereka kerana membawa nama Kristus namun mengambil bahagian dalam kerja-kerja kegelapan.

 Ingat apa yang Yesus berkata kepada para pengikutnya. "Bukan setiap orang yang berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan! Akan masuk ke dalam Kerajaan Syurga, tetapi, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di syurga." Matius 07:21

ROBERT HUM merupakan akauntan bersara.sumber

Tiada ulasan: