Isnin, 31 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PAS hilang 10 Wakil Rakyat .....

Posted: 31 Aug 2015 03:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS kehilangan 10 wakil rakyat serentak selepas lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan (Adun) parti Islam itu menyertai parti politik baharu yang ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).

 Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keahlian 10 wakil rakyat itu gugur secara automatik apabila mereka dilantik menganggotai jawatankuasa parti baharu yang akan dikenali sebagai Parti Amanah Negara.

 "Tak perlu keluar (PAS), keahlian dalam parti lama mereka gugur secara automatik," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

 Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik ialah:

 Ahli Parlimen 

1) Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, 
2) Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), 
3) Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), 
4) Khalid Samad (Shah Alam) dan 
5) Mohamed Hanipa Maidin (Sepang). 

 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) :

1) Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), 
2) Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), 
3) Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), 
4) Saari Sungib (Hulu Kelang) dan 
5) Hasnul Baharuddin (Morib). sumber

Adalah dipercayai ada beberapa nama lagi yang akan mengisytiharkan diri mereka menyertai parti baru AMANAH.

Antaranya ialah Ahli Parlimen iaitu Kamarudin Jaffar (Tumpat) dan Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu).

Begitu juga dengan Adun, iaitu Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Batu Burok)  dan Husam Musa (Salor)

Maka parti baru itu akan mempunyai 7 Ahli Parlimen dan 7 Adun, menjadikan kesemuanya berjumlah 14 wakil rakyat yang terkeluar dari PAS.

Adalah dipercayai akan ada beberapa orang lagi Wakil Rakyat PAS terutamanya dari Kelantan dan Selangor yang bakal mengisytiharkan diri mereka keluar menyertai AMANAH dalam sedikit masa lagi...

GHB ambil alih Parti Pekerja untuk parti baharu

Posted: 31 Aug 2015 01:34 AM PDT

Gerakan Harapan Baru (GHB) hari ini secara rasminya mengumumkan untuk muncul sebagai parti politik dengan menggunakan platform nama Parti Pekerja, kata Mohamad Sabu.

 Pengerusi GHB itu berkata butiran lanjut mengenai pertukaran nama dan perlembagaan parti akan diputuskan kemudian dan ia akan diumumkan semula pada 16 September kelak.

 "Pada tanggal keramat 31 Ogos 2015, kami GHB secara rasminya mengumumkan kami sudah pun memutuskan untuk muncul sebagai sebuah parti politik golongan pekerja dengan mengekalkan namanya 'Parti Pekerja'

 "Ada pun pindaan nama serta perlembagaan parti akan kita kemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas diputuskan bersama, tarikh hari pelancaran pada satu lagi tanggal keramat akan diumumkan pada 16 September akan datang," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini. – 31 Ogos, 2015. ~ sumber

Melaka tidak ada raja...patutlah pun...

Posted: 30 Aug 2015 06:00 PM PDT


Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bersama Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyertai Kayuhan Merdeka 2015 bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 anjuran Majlis Bandaraya Ipoh ~ sumber

 Mujurlah mereka berdua ini tidak melakukannya di Melaka.... kalau tidak, tentu malang akan menimpa diri mereka .....

Melaka, sebuah negeri yang tak beraja mungkin tidak tahu atau peduli warna kuning itu merupakan warna diraja atau tidak!

 Asal kuning, depa akan tangkap borong!

 Polis di Melaka tangkap individu pakai baju kuning bertulisan Melaka !!!

 "Semua yang ditahan telah dibawa ke balai polis berhampiran dan dilepaskan dengan jaminan polis setelah diambil keterangan mereka," kata Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye.

 Beliau berkata 3 orang pula ditahan dalam sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis di negeri ini pada petang semalam.

  Chuah berkata seramai 9 orang telah ditahan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir di sini pada pukul 10.30 malam pihak polis akan meneruskan pemantauan terutamanya di kawasan tumpuan hari ini bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman orang ramai tidak terganggu. ~ sumber

Beratus ribu orang pakai baju Bersih berhimpun di ibukota dengan aman tanpa berlaku sebarang tangkapan. 

Malah Polis pun turun membantu aliran trafik dengan gembira membantu  para peserta Bersih 4 di jalanan...

Tahniah kepada pegawai polis bandaraya yang bersikap professional hingga kerajaan tidak perlu membazir dalam menggunakan gas pemedih mata dan kerahan tenaga pasukan keselamatan. 

Semua kita gembira dapat merayakan Hari Merdeka dengan aman sentosa. Selamat Menyambut Hari Merdeka kepada semua!

Tiada ulasan: