Isnin, 3 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Haji Hadi nak jadi Perdana Menteri Malaysia : Sila saman kalau ini fitnah ...

Posted: 03 Aug 2015 06:45 AM PDT


Berikut adalah transkrip yg mampu saya perturunkan. Harap maaf kerana ada terdapat tempat yang kurang  jelas. Harap maklum

dia dan Ustaz Nasharudin (Mat Isa); saya boleh ceritalah sekarang. Dua-dua orang tu telipon saya, yang telipon saya , Salahuddin Ayub!    

 "Bagaimana kita ni kerajaan pemimpin, Boleh ke tak dia masuk?"
 Saya kata, betul ker? Ini kerajaan perpaduanlah nih! 
 "Betul ker?"
 "Betul!" 
 "Ana ni tukang atur ajer"
 "siapa?"
 " Boss!"
" Boss siapa?"
" Ustaz Hadi! Tapi tak boleh nak pergi, tak boleh masuk!"

 Saya kata, " Tak apa, naik kereta saya."  Saya tunggu, ambik dia masuk kereta saya masuk Seri Perdana, lepas 'Asar, kali pertama.

 Duduk dalam library di Seri Perdana tu, daripada Asar sampai Maghrib, sembahyang sama berjemaah. Makan goring pisanglah macam-macam…. Dia tengok Seri Perdana …

 " Aiii….sedap juga rupa!! Hok cepok," dia kata, "Ustaz bagaimana?"

 Dia baik dgn saya. Sebab saya dulu kenal dia masa saya di Perth Australia . Saya selalu jemput dia datang masa tu dia ABIM. Masa tu dia pengerusi ABIM Trengganu, belum masuk PAS pun Ustaz Hadi nih! Saya kenal dia sebab kawan abang saya di Medinah dulu. 

 Saya kata, " Jadi ker?" Dia kata, "Memang tak ada masalah; kena buat demi kepentingan Islam dan Melayu!" kata Hj Hadi.

Hadi kata jadi!, "Saya jadi…..(tak jelas)…," Ha! Ha! Hj Hadi kata!

 Ini orang Pas ni yg dengar yg duduk ni boleh bagi tau, sesiapa pemimpin PAS yang dengar ni ambik tape saya ni, bagi tau, Hj Hadi kata kat Nik Aziz!

 Pak Lah pun tanya, "Tak bolehkah nasihatkan Nik Aziz ni, untuk kepentingan Islam? Sekarang ni you ni jadi bar dot dot ... dia taulah! Betullah yang you kata tadi boleh jadi Barua DAP, dia tau!Dia juga tau! Anwar tipu dia, dia tau!" Haji Hadi mengaku.

 Saya kata, "Enta tau tak, kenapa dia bawa, masa tu Nasaruddin baru masuk keAdilan. Nasaruddin Parit tu baru masuk keAdilan. Dengar ceritanya Nasarudin Adun Bota, masuk keAdilan, sebab dia tahu akan Nasaruddin untuk jadi Menteri Besar. Dia nak tukar Nizar tu, Nizar PAS nak tukar kepada Nasarudin supaya PKR menjadi Menteri Besar." Saya bagi tau Hj Hadi sebab Nasaruddin bagi tau saya! Nasarudin punya peranan.

 Nasarudin ni, masa saya jadi ahli parlimen dulu, dia duduk sebelah saya.Dia ahli parlimen Parit, saya ahli parlimen Kerteh. Kami duduk sebelah. Saya kata apa-apa sebab cepat nih….

 Dia kata, "Brother, saya dah tak boleh tunggu kerajaan brother… Anwar kata, saya akan menjadi Menteri Besar, Nizar akan ditukar!"

 Tengok, dia main belakang. Main belakang PAS lah nih! Kerja dia!

 Saya bagi tau Ustaz Hadi, "Ustaz, enta tau tak, dia bawa Nasarudin masuk untuk ganti Nizar. Hj Hadi kata, " Macam inilah perangai Anwar!" Dimana dia kata? Di Seri Perdana"

 "Astaghfirullahul Adzim, itu yang dia nak buat kat ana…"
 "Macam tulah ustaz!"
 "OK, kita buat cepat-cepat" kata dia.
 "Habis macamana Tuan Guru Nik Aziz?"
 "Tinggalkan Nik Aziz!" kata Hj Hadi. "Tinggalkan Nik Aziz!" Pak Lah kata, "Tak boleh, dia Mursyidul 'Am. Dia orang tua, balik berkira dulu…"

 Dia kata, "Masalah Nik Aziz ni, mesyuarat tak datang.Kalau dia datang, dia tidur!" Itulah kata Hj Hadi.

 Saya pun tengok kat Ust Nasarudin, "Macamana?"
"Ana ni ikut boss jer…ikut boss jer!"

 Tujuan kita nak buat kerajaan yg sedemikian pada masa itu, ialah supaya orang Melayu mempunyai 2/3 majoriti dalam dewan, di parlimen. Kemudian kita boleh ubah segalanya yg kita nak ubah.Nak buat Islam ker, nak alQuran sahaja dia atas, nak letak sunnah ker. Itu boleh dicita-citakan, dia pun setuju, syarat dia "Saya nak jadi Perdana Menteri!" Hj Hadi kata. Yang tu Pak Lah kata, " Tak bolehlah kata saya mesti jadi Perdana Menteri!" Tengok…jujur tak jujur Pak Lah. Ikhlas tak ikhlas? "Saya dah janji nak bagi kepada Najib. Tak apa Najib jadi Perdana Menteri. Yang penting orang Melayu bersatu!" 

 Hah! Dia pun kata, "nanti dulu…"

 Bila saya balik ke dewan undangan negeri, saya bagi tahu kepada YAB Menteri Besar, saya tunjuk dia beginilah… saya tanya YAB Menteri Besar, "Kita telah berusaha untuk menyatukan ummat Islam, wata'a wanu 'alal-birri wa-taqwa, wala- ta'a wanu 'alal-ismi wal-'udwaan – ayat Qur'an jelas, bekerjasamalah kamu untuk perkara-perkara kebaikan dan jangan kamu bertolong-tolong dengan perkara kemungkaran. Ayat Qur'an jelas, YAB tahu. Dan kita telah berusaha untuk menyatukan hati-hati ummat Islam supaya kita menjadi sebuah kerajaan yang kukuh. Kenapa YAB tutup? Kenapa YAB tolak? YAB bertanggungjawab di dunia dan bertanggungjawab di akhirat, menolak perpaduan ummat Islam, YAB jawab!

 Dia tunduk, jengok muka pun dok! Dalam rekod ada, dalam henset ada! Kenapa YAB tolak? 

 Saya jadi wakil rakyat untuk membantu rakyat baik Umno atau pun PAS. Kita nak berkhidmat kepada negara, berkhidmat kepada bangsa, berkhidmat kepada Islam, berkhidmat kepada seluruh Negara, ummat Islam seluruhnya…

Kenapa kita jadi pergaduhan? Kenapa PAS mesti bergaduh dengan Umno? Atas dasar apa PAS mesti bergaduh dengan Umno? Enta nak buat baik, ana nak buat baik. Enta nak bangunkan Negara, ana nak bangunkan Negara. Enta nak bawa syiar Islam, ana nak bawa syiar Islam. Kita nak letak ummat Islam al-Islam ya'lu wala yu'la 'alaih … kenapa kita mesti bercanggah?

Kabinet 1MDB - Kabinet untuk mempertahankan 1MDB, kata veteran Umno

Posted: 03 Aug 2015 12:00 AM PDT

...bila DAP menimbulkan isu ini ( 1MDB ), nampak macam tidak ada perhatian dari pihak kita. Tapi bila Tun Dr Mahathir lihat isu ini, dia kaji dan dia tahu isu ini boleh bawa mudarat kepada negara kita. 

 .... beza antara Tony Phua dengan Tun Mahathir .... Tony Phua timbulkan isu ini untuk mengalahkan BN dalam Pilihanraya. Tun Mahathir nampak, cara ini memang boleh mengalahkan kita, kecuali kita sendiri ambil masalah ini dan selesaikan.

 Kita diminta sabar dan tunggu siasatan dan laporan dari PAC dan Petugas Khas, rakyat tertunggu2 dan tertanya2 .... tiba2 orang yang duk selidik ini, sebahagian daripadanya yang ada dalam PAC dah naik pangkat jadi timbalan Menteri. 

 Sebenarnya kerja dalam PAC ini, saya rasa lebih penting dari kerja Timbalan Menteri ! 

 Orang yang tengah duk buat kerja secara aktif dalam PAC, 4 orang paling aktif dalam PAC ini telah dinaikkan pangkat jadi Timbalan Menteri ..lumpuhlah PAC.

 ....yang dah berhenti kena digantikan dulu ... jadi ini memerlukan masa lagi. 

...Pasukan Petugas pula, sorang dah kena berhenti pasal sakit. Patutnya orang yang sakit tu minta berhenti tapi ini tidak. Orang yang dikatakan dah lama sakit ni tak minta berhenti pun, dia nak menyelesaikan tugasnya, tiba2 dia diberhentikan. Itu kan jadi tandatanya.

 ,,,,, hasil dari penyelidikan (siasatan) ini, dah ada tangkapan ... dan ada yang nak ditangkap dah lari. Rakyat tertanya2, dunia pun dah tertanya2. Kawan2 saya dari luarnegeri yang duk ikut ( semua perkembangan negara kita ) pun heran - Kenapa orang kerana dah ada tindakan dari Pasukan Petugas .... tiba2 ada pemecatan.

KLIK DI SINI UTK VDO

 ..... saya rasa apa yang Tan Sri Muhyiddin kata tu tidak ada yang sensitif. Apa yang Tan Sri Muhyuddin kata itu perkara biasa. Yang orang duk cakap hari2 dah. Muhyiddin tunjukkan patutnya begini, patutnya begitu .... tiba2 dia di pecat. 

 .... saya tak fikir dia dipecat kerana ucapan itu. Saya fikir ucapan itu adalah sebab terakhir. Kerana nak siapkan senarai nak lantik kabinet baru ni makan masa. 

 ... yang jelas orang2 yang dilantik dalam kabinet baru itu adalah orang2 yang bersuara menghentam Dr Mahathir. Seolah2 kabinet ini kabinet 1MDB ! Kabinet untuk mempertahankan 1MDB. Kabinet untuk menutup segala usaha untuk mendedahkan 1MDB.

 Masalahnya masih belum selesai. Bunga pinjaman bank jalan terus. Pelaburan yang tak menguntungkan jalan terus.Modal bank terpaksa jalan terus..... Apa nak jadi kepada negara ini ? ~ dinturtle

Saya tak nak komen lagi hal PAS, kata Mat Sabu

Posted: 02 Aug 2015 09:00 PM PDT

Pengerusi protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu menyatakan hari ini, beliau kini enggan mengulas apa-apa yang berkaitan dengan PAS.

 Bekas timbalan PAS itu, lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu, berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang seolah-olah berpihak kepada perdana menteri sejak kebelakangan ini.

 "Itu kena tanya dia (Hadi). Kena tanya isi hati dia. Saya tak nak komen atas pandangan peribadi dia.

 "Saya tak nak komen lagi hal PAS. Saya dah jadi ahli biasa," katanya selepas majlis 'Dialog Terbuka #Harapanbaru bersama Mat Sabu dan Pimpinan' di Kuala Lumpur hari ini.

 Selasa lalu, susulan rombakan Kabinet, Hadi menggesa wakil rakyat PAS memerhatikan terlebih dahulu barisan Kabinet yang baru diumumkan sebelum membentangkan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat.

 "Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu)... kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," beliau dilaporkan berkata.

 Jumaat lalu, Najib memuji Hadi, menyatakan beliau menghargai sikapnya yang berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.

 Sementara itu, pada majlis tersebut Mat Sabu dalam ucapannya berkata, umat Islam di dunia ini secara umumnya kelihatan hebat dalam perjuangan, tetapi apabila mendapat kuasa, gagal dalam pemerintahan.

 "Kita melihat gerakan umat Islam perlu berubah di seluruh dunia, perlu berani membuat perubahan.

 "Isu perkauman masih dimainkan oleh pemerintahan dan orang Islam sudah terperangkap. Parti Islam juga mudah terperangkap dalam isu perkauman," katanya tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.

 Majlis tersebut dihadiri kira-kira 100 orang dan rata-rata daripada mereka hadir sambil mengisi borang sebagai ahli gerakan itu.

 Gerakan itu ditubuhkan oleh pemimpin PAS dari puak progresif dan golongan profesional yang tersingkir semasa pemilihan parti yang diadakan pada muktamar tahunan awal Jun lalu. – 2 Ogos, 2015. - themalaysianinsider

Lantik semula timbalan presiden kami sebagai timbalan perdana menteri, desak Ketua Pemuda

Posted: 02 Aug 2015 08:00 PM PDT

Ketua Pemuda Umno Cawangan Bandar Bahagian Kluang, Azizul Ali, pagi ini dalam satu kenyataan berkata, tindakan Najib menggugurkan Muhyiddin daripada Kabinetnya membelakangkan 145,000 suara yang memilih beliau pada pemilihan parti sebelum ini.

"Kami menuntut supaya presiden hormat kehendak ahli-ahli parti dengan mengembalikan jawatan timbalan perdana menteri kepada Muhyiddin. 

"Jika presiden tidak boleh menghormati kehendak ahli-ahli parti, kami yakin ahli-ahli parti akan hilang hormat kepada presiden," katanya.

 "Adalah malang bagi Umno jika ahli-ahli tidak lagi hormat kepada presiden. Justeru, kami menuntut supaya presiden melantik semula timbalan presiden kami sebagai timbalan perdana menteri," tegasnya.

 "Ahli-ahli parti sentiasa mahukan supaya parti yang menguasai kerajaan. Perkara ini selalu disebut dalam Perhimpunan Agung Umno. 

 "Tetapi Najib nampaknya secara terang terangan mengabaikan suara ini dengan menggugurkan Muhyiddin daripada senarai Kabinet baharu. 

 "Dalam tradisi Umno, timbalan presiden adalah timbalan perdana menteri. Maknanya, orang yang diletakkan menjadi timbalan perdana menteri adalah timbalan presiden yang dipilih oleh ahli-ahli parti," katanya.

 Azizul berkata, meskipun perdana menteri mempunyai kuasa prerogatif dalam memilih anggota Kabinet, tradisi Umno memperuntukkan ia dipandu keputusan parti.

 "Memanglah penentuan siapa menjadi timbalan perdana menteri adalah kuasa prerogatif perdana menteri, tetapi dalam tradisi Umno penggunaan kuasa prerogatif ini dipandu oleh keputusan parti. Barulah parti dikatakan menguasai kerajaan.

 "Jika parti memilih Muhyiddin sebagai timbalan presiden, maka beliau yang sepatutnya menjadi timbalan perdana menteri.

 "Apa sebab Najib membelakangkan suara 145,000 perwakilan Umno yang memilih Muhyiddin sebelum ini? Apakah ini dikatakan parti menguasai kerajaan?" soalnya.

 Sehubungan itu, Azizul memberi amaran, sekiranya Najib gagal menghormati ahli parti, perkara sama akan turut berlaku kepadanya.  

 Muhyiddin pada Selasa lalu digugurkan daripada Kabinet dan jawatan timbalan perdana menteri susulan kritikannya terhadap Najib berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan jawatan itu diserahkan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – 2 Ogos, 2015. ~ sumber

Umno cawangan usul ‘lebih agresif’ terhadap Najib jika gagal jawab dakwaan

Posted: 02 Aug 2015 06:00 PM PDT

Beri jawapan terhadap dakwaan, atau 
hadapi tindakan 'agresif' jika gagal.
Umno Cawangan Taman Datuk Amar Diraja mengusulkan agar kaedah yang lebih "agresif" diambil sekiranya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak gagal memberikan jawapan terhadap dakwaan yang melanda kepimpinannya.

 Usul yang dibawa pada mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kluang itu menyatakan isu membabitkan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibu, syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembelian jet peribadi, serta ekonomi Melayu, memerlukan jawapan yang jitu dan padu dari Najib.

 "Sekiranya Najib tidak dapat mengemukakan jawapan yang padu, kami mengusulkan agar kepimpinan Umno di peringkat bahagian, negeri, mahupun Malaysia, memikirkan kaedah yang lebih agresif dan bersepadu dengan mengutamakan dan melebihkan parti berbanding individu," kata usul berkenaan.

 "Sesungguhnya, sekiranya keadaan ini tidak diberi perhatian dan tindakan oleh barisan tertinggi kepimpinan Umno, kami selaku ahli Umno bimbang, parti keramat yang menjadi tunggak bangsa Melayu ini akan jatuh tersembam dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak," katanya.

  Usul berkenaan menyebut, selama 2 penggal Najib menerajui kepimpinan negara, tiada sebarang tanda menunjukkan ekonomi bangsa Melayu mengalami peningkatan.

 "Belum ada tanda-tanda sokongan masyarakat Cina bertambah, belum ada tanda-tanda kestabilan politik negara akan berlaku, sebaliknya isu demi isu didedahkan yang membabitkan Najib amat membimbangkan kami selaku ahli Umno dan penyokong tegar kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata usul tersebut.

 Mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kluang berlangsung hari ini di Dewan Pekan Rabu, Kluang, Johor dirasmikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 Muhyiddin digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Najib pada Selasa.

 Beliau sebelum ini dilihat lantang mengkritik pentadbiran Najib, terutamanya membabitkan isu 1MDB yang dibebani skandal hutang berjumlah RM42 bilion. ~sumber

Tiada ulasan: