Sabtu, 29 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


T-Shirt Bersih 4 : Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan sanggah Hamid Hamidi

Posted: 28 Aug 2015 07:20 PM PDT

T-shirt kuning tertera logo Bersih 4 tidak termasuk dalam kategori penerbitan seperti yang digariskan dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan peserta perhimpunan tidak melanggar undang-undang dengan memakainya, kata seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

 Datuk Seri Gopal Sri Ram bagaimanapun berkata, peserta perhimpunan boleh melanggar undang-undang sekiranya membawa bahan-bahan seperti kain rentang atau risalah dengan Bersih 4 tercetak di atasnya.

 "Penerbitan perlulah dalam bentuk media cetak atau elektronik dalam bentuk kekal atau sementara," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Beliau berkata demikian sebagai jawapan balas kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengharamkan penggunaan T-shirt kuning dengan perkataan Bersih 4 di atasnya, dalam apa sahaja bentuk, sebelum perhimpunan bermula di tiga bandar utama Malaysia hari ini.

 Sebuah gazet yang ditandatangani menteri semalam dan berkuatkuasa hari in menyatakan yang arahan tersebut dibuat berdasarkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. ~ sumber

Tiada ulasan: