Khamis, 27 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tanggungjawab polis dan keselamatan melindungi perhimpunan Bersih 4 – Rafizi Ramli

Posted: 27 Aug 2015 09:06 AM PDT

Saya kecewa dengan kenyataan-kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad yang baru yang seolah-olah mahu menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menyertai perhimpunan Bersih 4.

 Kenyataan beliau yang dipetik media turut menyebut tentang kewujudan anasir yang kononnya ingin menimbulkan huru-hara.

 Hari ini juga, saya terkejut dengan kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang akan menyekat laman-laman yang mempromosikan Bersih 4.

 Ini ditambah pula dengan kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin yang menyebut bagaimana pihak tentera akan mengambil alih sekiranya kerajaan mengumumkan darurat. Tindakan dan kenyataan-kenyataan ini adalah keterlaluan dan tidak membantu memastikan satu perhimpunan rakyat yang aman sedangkan Bersih 4 adalah satu perhimpunan yang menepati hak rakyat seperti yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan.

 Malah, keputusan mahkamah dengan jelas menegaskan berkali-kali perhimpunan Bersih adalah sah di sisi undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan.

 Kerana itu, saya menyeru supaya pihak berkuasa baik Kementerian Dalam Negeri, SKMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya bertenang dan tidak membuat kenyataan atau tindakan yang boleh mengganggu kelancaran Perhimpunan Bersih 4.

 Pengalaman sebelum ini dari perhimpunan Bersih yang pertama hingga Bersih 3 menunjukkan ratusan ribu rakyat akan tetap turun ke jalan raya di sekitar Kuala Lumpur untuk melahirkan pandangan mereka selaras dengan hak mereka di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak kira apa tindakan atau sekatan yang diambil pihak berkuasa.

 Demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan peserta Perhimpunan Bersih 4 yang turun mengikut peruntukan undang-undang, lebih baik sekiranya pihak berkuasa mengambil langkah membantu kelancaran perhimpunan ini.

 Kenyataan atau tindakan yang cuba menyekat rakyat dari turun tidak akan berkesan dan hanya menimbulkan ketegangan yang tidak diperlukan dalam keadaan rakyat sudah matang mengenai hak mereka berhimpun secara aman.

Saya juga ingin mengingatkan setiap anggota polis dan keselamatan yang bertugas sepanjang Perhimpunan Bersih 4 ini bahawa kami berhimpun demi memperjuangkan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak mereka juga:

 1. Supaya anggota polis/keselamatan dan anak-anak mereka tidak perlu dibebankan dengan cukai GST dan tekanan ekonomi yang mendesak kehidupan mereka. 

 2. Supaya anggota polis/keselamatan dan anak-anak mereka dapat hidup dalam sebuah negara yang menghormati undang-undang. 

 3. Supaya anggota polis/keselamatan dan anak-anak mereka berkerajaankan pimpinan yang tidak makan rasuah dan menyeleweng wang rakyat.

 Saya yakin sahabat-sahabat dari kalangan anggota polis dan keselamatan akan bertindak profesional sepanjang perhimpunan Bersih 4 untuk melindungi keselamatan dan hak peserta seperti amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. – sumber

Bekas Timbalan Pengarah SB diberikan Surat Tunjuk Sebab

Posted: 27 Aug 2015 07:27 AM PDT

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador (gambar) akan diberikan surat tunjuk sebab untuk memberi penjelasan berhubung tindakannya mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung pertukarannya baru-baru ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

 Beliau berkata sebagai pegawai polis, Hamid terikat dengan peraturan pasukan dan tidak boleh sembarangan mengeluarkan kenyataan kepada media.

 Katanya surat tunjuk sebab itu bagi memberi peluang kepadanya untuk memberi penjelasan sebelum sebarang tindakan disiplin dan tatatertib dikenakan terhadapnya.

 "Saya sudah temui dan berbincang dengan beliau panjang lebar, tetapi saya tidak mahu ulas lanjut apa yang kami bincang. Saya percaya beliau bertindak demikian kerana rasa kecewa.]

 "Dalam pertemuan itu, saya juga mengingatkan yang beliau sudah melanggar peraturan polis, kerana polis ada peraturan (mengenai), siapa yang boleh bercakap dengan media. Jadi kita terpaksa ambil tindakan disiplin dan tatatertib," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan hari. Baca lagi di sini

Kumpulan anti-Bersih baju merah batalkan perhimpunan kerana .....

Posted: 27 Aug 2015 06:04 AM PDT

Kumpulan anti-Bersih baju merah telah mengambil keputusan membatalkan bantahan mereka pada 29 Ogos.

Jurucakap kumpulan itu, Datuk Jamal Yunus (gambar) berkata, kenyataan itu telah diambil pada petang Khamis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Khabarnya, mereka terpaksa memenuhi hasrat permintaan orang ramai dari merata ceruk negeri menjemput mereka untuk mengadakan demo silat pulut dimajlis pengantin di seluruh negara pada hujung minggu ini.

  Mereka terpaksa melayan undangan dan tempahan bertalu-talu dari seluruh negera setelah gelagat silat monyet dan kucing mereka yang mempamerkan adegan memukul diri sendiri dengan kayu dan atap genting rumah dihadapan pasar raya Sogo kelmarin menjadi viral ..... hahahaha... baca berita selanjutnya di sini

16 Peserta #OccupyParliament dibebaskan malam ini

Posted: 27 Aug 2015 04:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Ogos - Sorakan meletus di Mahkamah Tinggi di sini apabila hakim Datuk Mariah Ahmad membenarkan cabaran terhadap perintah reman pada 16 daripada 17 peserta #OccupyParliament, memendekkan jangka masa tiga hari kepada hanya dua sahaja.

 Keputusan itu akan menyaksikan 16, yang ditahan di luar bangunan Parlimen malam Selasa, dibebaskan. Mereka akan dikeluarkan dari pusat lokap Jinjang lewat malam ini.

 Seorang lagi bagaimanapun, akan terus ditahanan reman selama tiga hari, setelah ditahan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang seorang pegawai polis daripada melaksanakan tugas-tugasnya. Yang lain adalah kerana didakwa melanggar Seksyen 124 (B) Kanun Keseksaan atas gangguan proses parlimen, dan juga Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.

 Tanpa menghiraukan teriakan kegembiraan yang memenuhi mahkamah selepas menyampaikan keputusannya, Mariah mengingatkan penunjuk perasaan yang walaupun ketika menentang untuk mempunyai suara dan tuntutan untuk didengar, kedaulatan undang-undang hendaklah sentiasa dipatuhi.

 "Jadi, kamu semua adalah anak-anak muda? Anda harus ingat bahawa dalam menegakkan kebenaran, anda mesti mengikut undang-undang.

 Tiada siapa yang akan marah jika anda mengikuti cara yang betul. Kita perlu terlebih dahulu membetulkan diri kita sendiri, jika tidak, bagaimana untuk menegakkan kebenaran? Anda perlu ingat," katanya kepada belia yang sedang gembira.

 Nasihat beliau kemudiannya disambut dengan laungan "terima kasih" dan tepukan daripada mahkamah yang sesak.

 16 yang ditahan di luar Parlimen dua hari lalu semasa mereka duduk dalam memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan. Mereka dikenakan perintah reman selama tiga hari semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124 (B) Kanun Keseksaan, serta siasatan dengan pelanggaran itu, Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.

 Dalam penyerahan mereka mencabar tempoh reman, peguam kumpulan itu Rajvin Singh dan Dinesh Muthal berhujah bahawa sebab-sebab yang disebut oleh polis untuk reman tiga hari adalah semata-mata kerana penyalahgunaan kuasa.~ sumber

JINGGA 13 menyeru seluruh rakyat jiwa Merdeka turun BERSIH 4

Posted: 26 Aug 2015 09:00 PM PDT

JINGGA13 Malaysia menyeru seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai jiwa yang merdeka untuk turun ke perhimpunan aman BERSIH 4 pada 29 - 30 Ogos 2015 sebagai tanda solidariti dan komitmen terhadap kecintaan kepada tanahair sempena tanggal keramat 31 Ogos hari kemerdekaan negara.

 Rakyat Malaysia yang terdiri pelbagai kaum, etnik dan budaya sewajibnya bersatu dalam menyelamatkan negara yang sedang dilanda krisis ekoran dari kebobrokkan sang penguasa sehingga rakyat terpaksa berdepan dengan GST 6%, kenaikan harga barang dan keperluan, nilai mata wang yang semakin merudum, peningkatan kos sara hidup dan ekonomi negara yang semakin tenat.

 Skandal 1MDB yang melihat lambakkan hutang negara RM42 billion, isu wang derma RM2.6 billion dalam kantung Datuk Seri Najib Tun Razak, kegagalan Kerajaan Barisan Nasional mengurus tadbir negara dengan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut sejak 1998, hutang negara yang semakin meningkat dijangka pada tahun 2015 ialah RM 847 billion ( sumber The Economist ) serta amalan rasuah dan ketirisan yang sudah tidak dapat bendung lagi memberikan kesan kepada rakyat marhaen sedangkan Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor serta seluruh pemimpin Umno dan Barisan Nasional hidup penuh kemewahan.

 Tindakan Najib Razak dilihat menyalahgunakan kuasa dalam usaha menyelamatkan diri ekoran skandal 1 MDB dan isu wang RM 2.6 billion, menyekat kebebasan media dengan mengantung The Edge, menyiasat dan menekan SPRM, menafi akses Sarawak Report dan sebagainya menjadikan Malaysia sedang menuju negara kuku besi. JINGGA13 Malaysia menyatakan sokongan terhadap tuntutan BERSIH 4 ke arah pilihanraya yang adil dan telus. Lima tuntutan Bersih 4 iaitu:

1) Pilihanraya yang bebas dan adil 
2) Ketelusan kerajaan 
3) Hak berhimpun 
4) Memperkukuhkan sistem parlimen demokrasi 
5) Menyelamatkan ekonomi negara adalah merupakan tuntutan untuk  menyelamatkan negara yang bermaruah dan merdeka.

 JINGGA13 Malaysia turut mendesak agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dengan segera ekoran konspirasi jahat para konspirator dengan pertuduhan yang tidak masuk akal serta diberikan hak kesihatan yang sewajarnya ekoran kesihatan beliau yang semakin membimbangkan di Penjara Sungai Buluh.

 JINGGA 13 Malaysia menyeru pihak polis agar bersama-sama rakyat Malaysia ke arah menyelamatkan negara dan bukannya memberikan tekanan dan ugutan melalui tindakan undang-undang dan pelbagai tindakan yang bertujuan untuk menahan dan mencederakan rakyat yang akan berhimpun pada BERSIH 4 kerana Perkara 10 perlembagaan negara memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun secara aman dan bersuara serta menolak sebarang tindakan provokasi yang bertujuan mencemar perhimpunan BERSIH 4.

 Ayuh rakyat Malaysia yang merdeka, muafakat ke arah menyelamatkan Malaysia yang tercinta, turun beramai-ramai ke himpunan aman BERSIH 4 di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu pada 29 - 30 Ogos 2015 dan menolak Najib Razak, Umno dan BN!

 Muafakat*Prihatin*Berani 

FARIZ MUSA 

Ketua Koordinator JINGGA13 Malaysia
27 Ogos, 2015  ~  sumber

Rakyat Malaysia bukan bodoh nak percayakan kamu, kata Mahathir.

Posted: 26 Aug 2015 06:00 PM PDT

Mantan PM, Dr Mahathir Mohamad melalui tulisan di blognya menggesa Dato 'Sri Najib dan penyokongnya supaya  jgn cuba untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya itu adalah sumbangan derma.

 Menurutnya, tiada siapa percaya atau boleh percaya, suatu jumlah wang yang sebesar itu boleh didermakan oleh sesiapa kepada Dato 'Sri Najib atau kepada sesiapa sahaja atas apa jua sebab.

Beliau juga menjelaskan bahawa adalah tidak masuk akal ia telah diberi kerana pendirian Malaysia terhadap Negara Islam (IS), kerana Negara Islam (IS) hanya muncul pada tahun 2014 manakala wang itu masuk pada tahun 2013 atau sebelum.

 Lagi pula, Malaysia senantiasa mengamalkan Islam yang sederhana dan tidak pernah melampau dalam amalan Islam, tambahnya lagi.

 Mahathir turut menyatakan kehairananannya kerana USD700 juta adalah terlalu besar untuk keperluan pilihan raya di Malaysia, kecuali jika ia adalah untuk merasuah pengundi Malaysia. 

"Mengapa ada orang yang mahu  merasuah pengundi Malaysia supaya Najib akan menang waima rakyat Malaysia telah menyokong BN tanpa perlu dirasuah besar oleh sesiapa sahaja, lebih-lebih oleh orang asing. 

"Orang ramai mempunyai hak untuk tahu kerana orang ramai tidak percaya bahawa 2.6 bilion Ringgit adalah hadiah peribadi kepada PM Malaysia untuk beliau memenangi pilihan raya." Berkata Mahathir.

Mahathir mengingatkan Najib supaya jangan berfikir bahawa rakyat Malaysia bodoh. ~  sumber

UMNO TUMBANG JIKA TERIMA RUU HUDUD

Posted: 26 Aug 2015 05:26 PM PDT



oleh : Zul Mohamad


1. Rupa-rupanya secara diam-diam PAS mengadakan gencatan senjata dengan Umno. Patutlah para ustaz, penceramah PAS dan Umno senada seirama menyerang, mentohmah dan menfitnah DAP.

2. Apabila Nik Amar ugut akan tarik balik gencatan senjata, jika Umno tak sokong RUU di parlimen Oktober ini, maka tahulah kita yang berkuasa menghalang hudud selama ini adalah Umno, bukannya DAP sepertimana kata ustaz-ustaz PAS.

3. Realitinya, Umno yang menang 88 kerusi parlimen menagih ehsan lagi 24 kerusi daripada parti komponen, majoritinya di Sabah Sarawak untuk kekal di Putrajaya. Sebanyak 112 kerusi diperlukan bagi membentuk kerajaan 'simple majoriti.'

4. Semua parti kompenan itu secara terbuka telah menyatakan mereka menolak hudud. Mereka memberi amaran, jika Umno sokong RUU hudud, mereka akan keluar BN. Maka akan runtuhkan takhta Umno di Putrajaya.

5. PAS yang menang 21 kerusi, termasuk kerusi milik GHB juga tidak berupaya membantu Umno untuk kekal kuasa kerajaan pusat. Pendek kata, Kerajaan Perpaduan Umno-PAS tidak boleh dilaksana kerana kurang kerusi.

6. Soalnya, sanggupkah Umno hilang Putrajaya, semata-mata untuk menyokong RUU hudud ??

7. Jika Umno tak sanggup, habis tu, mengapa pemimpin PAS percaya janji Umno yang niat jahatnya untuk pecahkan Pakatan Rakyat ?

Isshhhh .... 

Tiada ulasan: