Rabu, 26 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mahathir cabar Zahid Hamidi dedahkan pak Arab yang dia jumpa itu..

Posted: 26 Aug 2015 07:29 AM PDT

Benarkah Zahid Hamidi telah menemui pak Arab yang kononnya telah begitu bermurah hati menderma wang USD700 juta kepada PM Najib?

Tentu tidak menjadi masalah bagi Zahid Hamidi untuk membuktikannya kalau ianya benar telah berlaku sebagaimana dakwaannya di sini

Esok atau lusa, Zahid Hamidi tentu akan perjelaskan kepada rakyat menerusi persidangan akhbar; kalau tidak, rakyat akan menggelarnya sebagai pembohong atau kaki chong! Susah ko sendiri bila orang sudah hilang kepercayaan kepada kamu, wak!

Bekas PM, Dr Mahathir Mohamad telah mencabar TPM baru, Zahid Hamidi supaya membektikan kebenaran kenyataannya bahawa beliau telah menemui pak Arab yang memberikan wang 700 juta USD itu. 

Buktikan bahawa pak Arab ini mempunyai sejumlah besar wang untuk diberikan kepada Malaysia dan negara-negara lain. Negara mana? 

Apakah sumber wang ini dan apa jenis perniagaan yang dia buat? Soal Mahathir.

Mahathir juga turut mempersoalkan latar belakang kewangan pak Arab tersebut dengan menanyakan nama bank dan nombor akaun yg dia gunakan. 

Menurut Mahathir lagi, bank penerima tentunya ada menyimpan chek-chek terutamanya USD700 juta tersebut. ~ sumber

LAPORAN POLIS KEATAS AKAUN PERIBADI NAJIB TUN RAZAK DAN PENIPUAN ARUL KANDA KANDASAMY DI IBU PEJABAT POLIS , SINGAPURA

Posted: 26 Aug 2015 07:00 AM PDT

 Setelah membuat satu laporan polis keatas syarikat Petrosaudi International dan 1MDB di Balai Polis Chairing Cross, London minggu lepas, kini Khairuddin Abu Hassan, bekas naib Ketua Umno Batu Kawan telah membuat dua laporan polis di ibu pejabat polis jalan Cantonment, Singapura. 

Dua laporan itu dibuat, satu keatas kes akaun peribadi najib tun razak, kedua ialah kes penipuan arul kanda kandasamy mengenai simpanan tunai Brazen Sky Limited (anak syarikat 1MDB) di bank BSI Singapura telah dibuat secara rasminya pada jam 10:30 pagi di jabatan 'Commercial Affairs Department' di ibu pejabat polis Singapura. 

 Menurut Khairuddin, kes akaun peribadi Najib Tun Razak telah melibatkan 'Falcon Private Bank' yakni 'Swiss Private Banking' cawangan Singapura maka secara langsung ianya mempunyai satu asas yang kukuh agar laporan polis dibuat di Singapura agar pihak 'Legal Enforcement Authority' di sini dapat menyiasat kes ini secara professional dan telus di bawah pengubahan wang haram.

 Pihak penyiasat dari 'Commercial Affairs Department' Singapura telah memberi jaminan untuk menyiasat kes ini secara komprehensif berteraskan segala bahan bukti yang telah diberikan kepada mereka, jelasnya lagi.

 Laporan polis keatas Arul Kanda Kandasamy dibuat ke atas kenyataan berunsur 'fitnah' serta menipu di dalam kes simpanan wang tunai berjumlah usd1.103 billion di bank BSI Singapura.

 Khairuddin berkata, "Demi untuk menyelamatkan negara kita dari sebarang unsur penyelewengan dana syarikat 1MDB serta untuk mencari kebenaran hakikat punca permasalahan syarikat ini maka adalah wajar untuk saya serahkan kepada undang-undang antarabangsa bagi menyiasatnya secara telus mahupun adil kerana mereka tidak mempunyai kepentingan langsung dalam kes skandal kewangan ini!!

  "Sesiapa saja yang tidak amanah tanpa mengira pangkat serta darjat walaupun beliau seorang Perdana Menteri sebagai contohnya harus dikemukakan ke muka pengadilan atas setiap perbuatan mungkar mereka!!"~ sumber

Akibat tidur terlalu lama ...ngigau pergi ke balai polis!

Posted: 26 Aug 2015 04:06 AM PDT

Gerakan Harapan Baru (GHB), menafikan dakwaan akan mengambil alih Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA).

 Setiausahanya Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk mengambil alih parti yang sebelum ini diasaskan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim itu.

 "Kami (GHB) tak cakap pun akan ambil parti KITA. Jadi tak ada apa-apa saya nak komen," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

 Hari ini, Setiausaha Agung parti KITA Azmi Othman dilapor membuat laporan polis kerana mendakwa ada pihak tertentu cuba mengambil alih parti tersebut.

 The Star Online melaporkan, Azmi mendakwa ada orang luar yang kini mendakwa dirinya sebagai presiden baru parti KITA, namun enggan menamakan individu terbabit.

 "Saya mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila ada dakwaan yang mengatakan GHB berhasrat ambil alih parti KITA.

 "Tetapi tidak seorang pun daripada mereka yang hendak ambil alih parti pernah menghubungi ketua kami Masrum Dayat atau saya," Azmi dilaporkan sebagai berkata.

 Jawapan ROS

 Harian berbahasa Inggeris itu juga melaporkan ROS mengesahkan GHB tidak mengemukakan apa-apa permohonan untuk menubuhkan parti baru.

 Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Azmi, Dzulkefly berkata ia hak beliau untuk berbuat demikian.

 Bagaimanapun, kata Dzulkefly, KITA tidak akan "dicuri" memandangkan tiada sebarang perbincangan rasmi dibuat antara GHB dan jawatankuasa parti berkenaan.

 "Kalau dia seorang setiausaha, dia mesti bawa perkara ini berbincang dengan jawatankuasa pusat dia. Kalau dia bertindak sorang-sorang seperti dia seorang sahaja yang memiliki parti, pada kami, biar dia selesaikan masalah rumah tangga dia dulu.

 "Apa yang disebut Azmi itu ialah kerana dia terlalu gusar, takut, cemas sebab apa yang sebetulnya, parti itu tidak akan dicuri orang kalau tiada perbincangan rasmi dalam jawatankuasa pusat mereka," katanya.

 Dzulkefly berkata lagi, berdasarkan kenyataan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang tidak menerima permohonan bagi menubuh parti baru oleh GHB, jelas menunjukkan Azmi sedang "mengigau".

 "Kalau benar nak ambil, tentu ROS dah beritahu. Dia itu mengigau ke? Jadi saya tak mahu komen apa-apa kerana kita tak ada urusan rasmi antara organisasi dan organisasi pun.

 "Malang kalau dia sebagai setiausaha bercakap dengan media seperti menunjukkan bahawa parti itu tidur dan tak ada buat apa-apa kerana sebagai sebuah parti, ia perlu hidup dengan pelbagai kegiatan dan aktiviti," ujar Dzulkefly lagi. ~ Malaysiakini

Pesuruhjaya PAS Terengganu perlu belajar maki hamun DAP daripada Tok Guru Abdullah Saamah

Posted: 26 Aug 2015 12:00 AM PDT

 Tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahari @Adun Paka kerana Madrasah Darul Bayan, Paka mendapat bantuan kerajaan RM235K.

  Tapi kenapa Ustaz Saiful Bahari yang merupakan Pengerusi Induk Markaz Tarbiyah Darul Bayan itu tidak menerima sendiri mock cek tersebut?

 Mungkinkah Ust Saiful Bahri ini berasa malu kepada guru-guru Pondok Berangan di Kampung Berangan, Tumpat Kelantan?

 Pondok Berangan tak kebuloq macam orang lain... pondok ini telah menolak pemberian RM100,000 daripada Kerajaan Persekutuan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ~ sumber  

  Walau bagaimana pun, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri  masih tidak sampai ke tahap maqam Tok Guru Pondok Geting, Abdullah Saamah.

  Saiful kena berusaha lebih keras lagi kalau nak mencapai maqam tinggi seperti Abdullah Saamah.  Kena lebih kuat maki hamun DAP macamana yang Abdullah Saamah buat barulah di raikan sebagaimana gambar berikut :



 Prestasi PJ Tengganu tu perlu dipertingkatkan lagi. Kena belajar etek daripada Tok Guru Abdullah Saamah ni kalau nak dapat pitih Dua juta !! 


Ada seorang fesbuker terlupa sesuatu..... kalau ada tuan puan yg perasan, tolong bagi tau sat .....

Tengku Amir : tak silap juga pondok ulamak pahang pun dapat bantuan.pondok 1malaysia siapa ya lupa namanya yang aku ingat ustaz ni gila sex siap bawa lari anak dara tu ke siam.hebat hebat ulamak dalam pas ni.

Apakah PAS kini menjadi kaldai Umno?

Posted: 25 Aug 2015 09:00 PM PDT

Akhbar Umno, Utusan Meloya menyiarkan kisah penduduk Kg Mutiara , Batu Feringgi diusir dari kampung kediaman mereka kononnya kerana tindakan kerajaan negeri DAP.

Umno menangguk di air yang keruh memanaskan lagi isu dgn menuduh DAP ZALIM & RAKUS ! Biasalah memang itu kerja Umno suka buat fitnah.

Tapi malangnya, berita dari Utusan itu telah menjadi bahan rujukan oleh seorang tokoh agamawan dari sebuah gerakan Islam.

 Alangkah aibnya, kalau seorang ustaz juga boleh menerima berita Utusan tanpa 'tabayyun' lalu turut mempercayainya dan turut terlibat dalam kerja-kerja memfitnah.

 Setelah status beliau menjadi viral hingga mendapat 5,859 likes dan di kongsi oleh 1,266 lain, (tentunya komen yang mengecamnya) , beliau bukan pula mahu mengaku kesilapannya itu, malah cuba mempertahankan dirinya dengan berdalih kononnya menolong menyampaikan suara yg dizalimi... blah...blah... 

Yang hang naikmuat serta status bersama keratan akhbar Utusan tu apa cerita? Bukankah kamu telah menolong menyampaikan fitnah yg disiarkan melalui akhbar tersebut?


Waima, DAP menghantar wakilnya untuk berunding bersama para penduduk terlibat berikhtiar mencari jalan penyelesaian secara win-win situation. 

Inilah yang berlaku bila diri dikuasai sangat oleh rasa kebencian terhadap DAP, tanpa siasatan rapi maka DAP dicerca tak tentu pasal.

 Apakah PAS kini menjadi kaldai Umno? Suaranya sebiji seperti suara Umno. Apa yang Umno kata kepada DAP, maka itulah juga yang akan keluar dari mulut orang PAS. 

  

Polis tahan pelajar di bawah 124B Kanun Keseksaan ??

Posted: 25 Aug 2015 06:30 PM PDT

Polis beritahu budak-budak tu, memaksa seseorang untuk meletakkan jawatan melalui demonstrasi jalanan adalah haram. Hanya kerana duduk-bantah boleh dikenakan dibawah akta Kanun Keseksaan 124B?? 

Manalah budak-budak tu nak faham...Macam polis jugalah yang agak sukar nak faham apabila budak-budak tu beritahu polis merembat wang melalui 1MDB adalah perlu disiasat .... Rumit bukan???  Malaysiakini melaporkan :
Selepas kebuntuan di luar Parlimen, polis menahan 16 orang pelajar -13 lelaki dan tiga wanita - dan membawa mereka ke Balai Polis Jinjang.

 Tidak lama selepas mereka ditahan kira-kira jam 10.30 malam, aktivis lain ditahan kerana mengambil gambar dan merampas barangan.

 Beberapa pegawai polis cuba menghalang wartawan dari mengambil gambar semasa penangkapan yang kedua.

 Aktivis itu dilihat berdarah pada kakinya.

 Sebelum itu, sekumpulan 30 anggota polis berpakaian jaket menyuruh pelajar-pelajar yang berkhemah di hadapan Parlimen sejak semalam untuk beredar.



 Berbekalkan kabel plastik, mereka telah meminta sekumpulan kira-kira 20 pelajar untuk meninggalkan atau berdepan penangkapan.

 Ketua Polis Daerah Sentul R Munusamy berkata mereka telah memberikan pelajar lebih daripada 24 jam untuk berkhemah di sana dan apa yang pelajar lakukan boleh menjadi suatu kesalahan di bawah 124B Kanun Keseksaan.

 "Memaksa seseorang untuk meletakkan jawatan melalui demonstrasi jalanan adalah haram," katanya diumumkan.

 Walau bagaimanapun, jurucakap #Langkahsiswa Khairul Najib berkata mereka akan kekal.

 Najib diberi 24 jam untuk bertindak balas.

 Sebelum kebuntuan itu, pelajar di situ memberikan Perdana Menteri Najib Abdul Razak 24 jam lagi untuk berbincang dengan mereka mengenai isu-isu semasa.

 Khairul memberitahu bahawa satu sidang media akan diadakan pada tengah malam esok jika kerajaan yang memerintah masih tidak memberi perhatian kepada mereka.

 "Kami memberikan kerajaan satu lagi 24 jam untuk bertindak balas kepada panggilan kami untuk beliau (Najib) untuk meletak jawatan atas peranannya dalam 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion. Dia perlu memberi perhatian serius kepada suara pelajar dan tuntutan kami," katanya.

 Kira-kira 20 pelajar berhujan semalam untuk berarak 1.5km dari Bank Negara ke Parlimen menuntut peletakan jawatan Najib dan kerajaan untuk bertemu dengan mereka.

 Malam ini, mereka juga mengadakan perhimpunan nyalaan lilin dengan sokongan orang ramai dan NGO.

Mahasiswa ikrar berhimpun di Jinjang sehingga aktivis ditahan dibebaskan
 
Pengerusi Gerakan Mahasiswa, Luqman Nul Hakim
menegaskan mereka tidak akan menghentikan
protes selagi tuntutan tidak dilayan.
Kumpulan Mahasiswa akan bersolidariti dan berhimpun di Balai Polis Jinjang di Kuala Lumpur sehingga rakan-rakan mereka yang ditahan di luar Parlimen semalam dibebaskan, kata Luqman Nul Hakim Zul Razali.


 Pengerusi Gerakan Mahasiswa yang juga koordinator Langkah Siswa itu berkata, mahasiswa bertegas tidak akan menghentikan protes selagi tuntutan tidak dilayan.

 "Kami juga menyeru seluruh mahasiswa dan anak muda untuk bersolidariti di hadapan lokap Jinjang bermula hari ini jam 8 pagi.

 "Kita nyatakan sokongan kepada sahabat-sahabat kita yang akan direman pada jam 10 pagi hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Luqman berkata mahasiswa juga mengecam sekerasnya tindakan yang bertentangan dengan prinsip demokrasi ini.9


 Katanya, pencabulan yang dilakukan di hadapan Parlimen yang merupakan simbol demokrasi adalah satu tindakan yang memalukan.

 "Kami hanya duduk dan bersolidariti menuntut demokrasi dikembalikan melalui 3 tuntutan. "Apakah tindakan ini merupakan satu kesalahan besar? Apakah kesalahan ini lebih besar daripada mengambil RM2.6 bilion duit rakyat?," soalnya. -  SUMBER

Putrajaya cuba kelirukan rakyat dengan isytihar perhimpunan haram, kata Bersih

Posted: 25 Aug 2015 05:30 PM PDT

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendakwa Putrajaya cuba mengelirukan orang ramai dengan mengisytiharkan perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini sebagai sebuah "pertubuhan haram".

 Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, Bersih 4, sama seperti 3 perhimpunan sebelum ini adalah satu acara. 

 "Bersih 4 adalah acara, bagaimana anda mentafsirkannya sebagai haram? Saya fikir mereka sudah salah. 

 "Adakah mereka mengatakan kita perlu mendaftar dengan kerajaan untuk setiap acara yang kita mahu 9lakukan?9 "Mereka cuba untuk mengelirukan keadaan," katanya.

 Beliau berkata Bersih 2.0 adalah gabungan kumpulan yang sudah lama ditubuhkan dan menegaskan badan pemantau pilihan raya itu tidak perlu didaftarkan.

 "Majoriti ahli kami adalah NGO berdaftar. Kami sentiasa kekal sebagai gabungan, kami tidak perlu pendaftaran," katanya. 

 Maria, bagaimanapun berkata, Bersih mempunyai syarikat berdaftar yang dikenali sebagai Bersih & Adil Network Sdn Bhd bagi tujuan perakaunan, sambil menambah dana yang dikumpulkan untuk perhimpunan itu akan diaudit dalam tempoh 3 hingga 4 minggu akan datang.  - baca lagi di sini

Tiada ulasan: