Selasa, 25 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mat Sabu baru sedar.... rupanya selama ini DAP Anti Islam

Posted: 25 Aug 2015 07:30 AM PDT

Inilah pertama kali Ketua Menteri Pulau Pinang daripada keturunan Cina, Lim Guan Eng!

 Sebelum itu Koh Tsu Koon, Jawa! Lim Chong Eu, Banjar! Wong Pow Nee, Bugis! Inilah pertama kali, Lim Guan Eng, Cina!

Memang Lim Guan Eng anti Islam! Bila dia ambil alih memerintah bersama Pakatan Rakyat, dia tengaok jadual belanjawan dahulu.

 Zaman akhir Koh Tsu Koon, peruntukan kepada agama Islam RM12 juta. Oleh kerana Lim Guan Eng anti Islam, tahun pertama dia memerintah, dinaikan untuk agama Islam RM20 juta!

 Tahun ke-2, Lim Guan Eng makin anti Islam, tak suka kepada Islam; oleh itu dinaikan belanjawan untuk agama Islam, RM24 juta!

 Tahun ke-3, kebencian kepada agama Islam begitu tinggi, Ketua Menteri Pulau Pinang anti Islam; oleh itu dinaikan lagi belanjawan untuk agama Islam, RM33 juta! 

 Tahun ke-4, tahun depan, YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng, tidak dapat menyembunyikan kebenciannya kepada Islam. Tanda dia benci terhadap Islam, peruntukan untuk agama Islam tahun depan, RM63 juta! 

 Sebaliknya Umno sayang kepada Islam…. Mari kita lihat negeri yang Umno jadi menteri besar. Saya ambil satu cukup - Negeri Sembilan!

 Menteri besarnya bermazhab Umno; perjuangan Umno membela bangsa, agama dan tanah air! Tanda sayang kepada agama Islam, kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Umno, memperuntukan belanjanya, tahun ini sebanyak…. Nak sebut pun kena tarik nafas tiga kali…. RM12juta! Itulah sayang kepada agama Islam!

(Orang ramai berasa lucu melihatkan telatah Mat Sabu menggayakan tarik nafas dalam-dalam sebelum sebut angka tu!) 

Macam mana lagi Umno sayang kepada Islam? - Sekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat. 

Macam mana lagi Umno sayang kepada Islam? – sekat biasiswa termasuk kepada anak-anak Melayu.

 Bagaimana Umno sayang kepada Islam? – Hapuskan tulisan Jawi!

Lim Guan Eng benci kepada Islam; maka dia beri elauns kepada orang yang hafal al-Quran. 

 Biar kamu hafal al-Quran, kamu tak sempat main judi, kamu tak sempat pergi Karaoke! Biar kamu kerja hafal al-Quran, sebab Lim Guan Eng benci kepada Islam! - Dia bagi elauns kepada penghafal al-Quran. 

 Negeri yang sayang kepada Islam ini, dia banyakan tempat judi, dia banyakan aktiviti judi sebab mereka sayang kepada Islam!

 Hei siapa ni macam tu? faham siapa?  (Orang ramai jawab : Umno!)


Polis tidak guna senjata renjat kepada peserta Bersih 4, kata timbalan KPN

Posted: 25 Aug 2015 05:30 AM PDT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan senjata renjat kepada peserta himpunan Bersih 4 hujung minggu ini seperti mana yang dilaporkan akhbar berbahasa Cina semalam, kata Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Timbalan ketua polis negara itu berkata senjata berkenaan hanya akan digunakan pada masa akan datang selepas ia terbukti mampu melumpuhkan mangsa buat tempoh sementara.

 "Bukan untuk ini sebab senjata renjat itu melumpuhkan sementara siapa yang ditembak.

 "Ia terbukti melalui kajian saintifik dan praktikal dapat melemahkan sesiapa juga perusuh atau penjenayah.

 "Di masa hadapan, kita akan lebih banyak menggunakan senjata jenis ini," katanya pada satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.

 Rashid berkata senjata berkenaan masih dalam peringkat pengedaran kepada anggota polis yang berada di bandar-bandar besar seluruh negara.

 Semalam, akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily melaporkan polis mungkin akan menggunakan senjata renjat terhadap peserta himpunan Bersih 4 jika berlaku rusuhan atau keganasan.  ~ sumber

Siapa sebenarnya yang ‘membangsatkan’ Melayu, Najib?

Posted: 25 Aug 2015 02:26 AM PDT

Tidak pasti apa respons saya sebenarnya. Sedih atau suka apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kata Melayu akan jadi 'bangsat' sekiranya Umno kalah dan hilang kuasa kerajaan persekutuan.

 Secara ikhlasnya memang ada perasaan sedih dan kecewa mengenangkan masih ramai orang Melayu yang percaya akan khurafat dan doktrin hanya Umno mampu membela Melayu. Untuk membebaskan Melayu daripada doktrin ini sangat sukar.

 Orang Melayu khasnya di luar bandar bahkan juga di bandar, yang kurang bermaklumat atau mendapat maklumat daripada akhbar perdana seperti Utusan dan RTM, akan terus percaya hanya Umno yang mampu membela Melayu.

 Ya, memang sedih dan kesian orang Melayu terbelenggu dengan khurafat ini. Mereka kekal dalam politik perlindungan atau 'patronage' ini. Mereka mudah ditakut-takutkan atau diugut. Mungkin sampai kiamat agaknya.

 Hendak ketawa dan merasa lucu ya juga, sebab PM ini tidak habis-habis hendak 'berjenaka'. Dengan 'expose' atau pendedahan yg dibuat media antarabangsa seperti WSJ dan New York Time (NYT) tentang pelbagai skandal, termasuk terkini hal 'derma', melibatkan Najib selaku pengerusi Lembaga Penasihat syarikat 1Malaysian Development Berhad atau 1MDB, dia masih mencuba. Ini melucukan.

 Kalau dulu Umno memang jelas membantu rakyat khasnya orang Melayu. Contoh mudah, allahyarham Tun Razak, ayahanda Najib, membangunkan kaum Melayu dan Bumiputera dengan projek pembangunan seperti Felda.

 Sebaliknya, hari ini Umno di bawah Najib merungkaikan dan merencat usaha membangunkan warga peneroka.

 Kini mereka dimangsakan. Ketika Felda Global Venture (FGV) akhirnya disenaraikan menjana hampir RM10 bilion, 112, 635 peneroka hanya diperuntukkan 91 juta saham dan berakhir dengan mendapat kurang daripada satu lot (800 unit). Mereka meminjam RM3,563 untuk membeli saham tersebut. 

Mutakhir, harga saham Felda merudum tinggal RM1.50 sesaham berbanding RM4.55 sesaham ketika diapung dulu. Peneroka terbeban hutang kerana membeli saham dahulu. Yang untung pihak korporat dan pengurusan. Yang merana peneroka. Umno membela peneroka Melayu?

 Umum belum melupai bagaimana FGV Berjaya membeli 51% pegangan saham Koperasi Peneroka Felda (KPF) dalam Felda Holding Berhad (FHB) dengan harga murah daripada sepatutnya sebanyak RM4.1 bilion. Sekali lagi Melayu yakni kelompok peneroka ditipu korporat Melayu Umno!

 Ramai yang mula celik sekarang ini dan tahu peneroka yg mengusahakan kebun sendiri mendapat pendapatan lebih lumayan daripada berurusan dengan pihak korporat Felda. Ada juga pihak tertentu terbukti sabit menipu peneroka tentang perahan minyak sawit.

 Tun Razak sebagai Umno Asal atau Original, bangunkan Melayu, Umno sekarang tipu Melayu. Inilah 'Melayu tipu Melayu'.

 Cerita terkini tentunya hal 1MDB. Bayangkan dana berbilion ringgit yang boleh digunakan untuk membangunkan orang Melayu dan juga kaum lain kalau tidak digunakan untuk 'bailout' dan selamatkan 1MDB. Hutang korporatnya mencecah lebih RM42 bilion. Seandainya gagal dilunaskan 1MDB, semua akan terbeban ke atas kerajaan persekutuan. Berapa kali kerajaan bailout dengan diberi pula line kredit RM950 juta untuk digunakan1MDB bila-bila masa. 

 Nah, bayangkan kalau tidak ada Umno dan Najib, maka tidak akan ada angkara 1MDB. Seluruh dana berbilion ringgit ini boleh kita gunakan membangunkan rakyat. Maka sekali lagi Umno bangsatkan rakyat khasnya bangsa Melayu.

 Dengan kata lain, sebab angkara Najib dan Umnolah berbilion dana-dana awam ini 'koyak' dek mereka. Jadi siapa yang 'kencing dan tipu' Melayu. Umno!

 Satu lagi contoh Najib 'tipu' Melayu ialah dengan menjual tanah diperuntukkan Pak Lah untuk Perbadanan Hartanah Bumiputera Berhad (PHBB) kepada 1MDB. Itulah tanah yang kini hendak dibangunkan projek TRX Exchange.

 Tanah itu asalnya diberikan kepada PHBB utk dibangunkan oleh mana-mana pemaju Bumiputera sebagai pembangunan hartanah Bumiputera dan akhirnya akan menerbitkan REIT seumpama Amanah Hartanah Bumiputera (ASH) untuk orang Melayu dan Bumiputera. 

Ini penting untuk bangunkan Melayu supaya memiliki saham dalam aset 'prima' di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Sebab Najib dan Umno 'tipu dan bangsatkan' Melayu, maka semua perancangan baik dulu dikorbankan Umno hari ini. 

 Menjadi lebih celaka dan bangsat kerana dijual kepada 1MDB dgn harga kroni sebanyak RM60 kaki persegi (kps), tetapi dijual semula kepada seumpama Tabung Haji setinggi RM2,700 kps dan terkini kepada Affin Bank melebihi RM4,700 kps. Apa yang orang Melayu dapat?

 Dengan hanya mengambil beberapa contoh ini saja, cukup untuk saya buktikan Umno sekarang ini yang 'membangsatkan' Melayu! Naratif penuhnya terlalu panjang, dengan kisah pembangsatan bangsa Melayu yang sangat mengaibkan. Tolak tepilah hal urusan kewangan yang sangat culas, boros dan khianat yang mengakibatkan rakyat dibebani cukai GST yang ganas regresif.

 Najib tidak sedar apabila beliau mengatakan kalau Umno kalah Melayu menjadi bangsat bermakna selain Umno, Melayu akan jadi bangsat! Tetapi hakikat sebaliknya tidak beliau sedari sehingga kini.

 Nah untuk menamatkan program 'pembangsatan' Melayu, maka Melayu mesti tolak Najib dan Umno dalam pilihan raya akan datang. Tegasnya, Melayu akan selamat dan sejahtera apabila Umno hilang kuasa di peringkat persekutuan!

 Dengan kata lain, siapa yang 'membangsatkan' orang Melayu? Najib dan Umno! – 25 Ogos, 2015. themalaysianinsider

Polis jangan ikut suka-suka membuli rakyat

Posted: 25 Aug 2015 12:00 AM PDT


Polis Malaysia perlu fikirkan semula tindakan mereka yang mahu menggunakan senjata renjat terhadap para peserta Bersih 4.0. 

Peserta himpunan Bersih belum pernah merusuh atau cuba menyerang pasukan keselamatan. Tetapi pasukan keselamatanlah yang sering melakukan serangan dan membuli peserta perhimpunan Bersih. 

Tidak puaskah lagi polis membelasah kami dengan sepak terajang dan hentakan belantan? Sembur kami dengan tear gas dan air asid? Nak diupgradkan pula dengan menggunakan senjata renjat atau Taser Gun .....

   Seorang remaja Florida mati selepas diTaser polis.

Diterbitkan pada 8 Ogos 2013 : Siasatan sedang dijalankan di Miami, Florida selepas seorang pendatang Colombia berusia 18 tahun meninggal dunia awal hari ini berikutan kejadian kejar mengejar dengan pegawai-pegawai polis yang berakhir dengan ledakan Taser ke dada remaja itu.

  Israel Hernandez meninggal dunia awal hari ini selepas dibawa dari tahanan polis ke sebuah bilik kecemasan South Florida. Dia dikejarkan oleh polis selepas ditangkap menyembur lukisan di restoran McDonald yang terbiar dan ditangkap apabila polis melepaskan cas elektrik dari pistol Tasernya.

 Pihak berkuasa sedang menunggu keputusan laporan bedah siasat dan toksikologi untuk membuat penentuan mengenai punca kematian. Sementara itu, rakan-rakan dan keluarga Hernandez sedang berduka kerana kehilangan seorang remaja tempatan yang dikenali di kalangan rakan Miami sebagai seorang artis jalanan dan pemain skateboard.

 "Saya tidak boleh percaya," Rafael Lynch, kawan dan rakan sekerja di MIA Skate Shop, memberitahu New Times Miami

"Saya masih mempunyai topi dan lembaga skateboardnya itu. Mereka masih bau seperti dia. Ia gila. Orang ni bukan orang biasa. Dia bukan jenis suka berpesta. Saya lihat dia minum bir pada masa lalu tetapi bukan untuk melakukan yang bukan-bukan. Saya suka orang ini. Dia sangat berbeza. Dia mempunyai semangat untuk meluncur dan melukis dan banyak perkara lain. Saya belajar banyak dari beliau. "

 Menurut polis, Hernandez ditahan selepas 6 pegawai mengejarnya awal hari ini kerana didakwa merosakkan bangunan McDonald yang kosong.

 "Pada 05:14 pada 6 Ogos 2013, Pegawai Polis Miami Beach memerhatikan kerosakkan harta swasta (grafiti) di 71 Street dan Collins Avenue. Apabila pegawai menghampirinya, subjek beredar dari situ, berikutnya kejar mengejar berlaku. 

Semasa kejar mengejar, subjek bertembung muka dengan pegawai tapi dia abaikan arahan pegawai  supaya berhenti. Dalam usaha untuk memberi kesan kepada penangkapannya, seorang Pegawai telah menggunakan senjata elektrik itu (TASER). Dia kemudian berad,  dalam jagaan, "Miami Beach Police Department, Ketua Raymond Martinez memberitahu New Times.

 "Apabila dalam tahanan, subjek kelihatan menunjukan tanda-tanda paksaan perubatan. Miami Beach Fire Rescue yang dipanggil ke tempat kejadian membawanya ke Hospital Mount Sinai, di mana beliau disahkan telah meninggal dunia," kata Martinez.

 Sahabat-sahabat Hernandez yang menyaksikan kejadian itu mengungkap dan memberi gambaran yang jauh berbeza. 

Thiago Souza bertindak sebagai peninjau kepada Hernandez ketika menyembur lukisan di McDonalds kosong itu, berkata bahawa salah seorang polis dimenangkap rakannya dan menolaknya ke dinding, menyebabkan rakannya itu terjatuh di atas tanah di mana beliau tidak lama terus menjadi kaku.

 "Badan mangsa berada di lantai tanpa bergerak-gerak, dan mereka semua hanya ketawa," Souza memberitahu WSVN News.

 Rakan lain di tempat kejadian, Felx Fernandez, memberitahu rangkaian bahawa pegawai-pegawai mengucapkan tahniah antara satu sama lain setelah mengalahkan Hernandez.

 "Itu yang membuat perasaan saya amat terganggu. Polis ini mengerikan, dan mereka tidak benar-benar peduli," kata Fernandez. 

 Ketua Martinez berkata bahawa penyiasatan sedang dijalankan dan "The City of Miami Beach ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Israel Hernandez." 

Tambahnya, siasatan terbuka dan berterusan, tetapi setakat ini jabatan itu hanya mengeluarkan satu laporan polis empat halaman yang ditulis oleh seseorang pegawai yang tidak berada di tempat kejadian pada masa Hernandez ditahan atau direnjat.

 Israel Hernandez - Laporan Polis Miami Beach

 Ditanya oleh pemberita WSVN jika dia fikir polis menggunakan kekerasan yang berlebihan, Offir Hernandez, sikakak berkata, "Abang saya telah mati, bukan? Sudah tentu mereka telah melampau."

 "Dia mahu mengubah dunia entah bagaimana melalui seni," katanya kepada Miami Herald. "Kita mahu jawapan. Kita hanya mahu tahu apa yang berlaku." 

 "Adalah merupakan satu penghormatan untuk bekerja dengannya, '' tambah guru seni tinggi Miami Beach, Herb Kelly." 

Dia canggih. Dia mempunyai potensi yang menggerunkan. Cara kehilangan nyawanya dilakukan adalah tragis. ''

 Hernandez hanya baru-baru berusia 18 tahun dan berpindah ke Amerika Syarikat dari Colombia tidak lama sebelum ke sekolah tinggi. Peguam bagi keluarganya meminta siasatan bebas ke dalam kejadian itu.


Mat Sabu: MP, ADUN PAS tak perlu kosong kerusi

Posted: 24 Aug 2015 09:00 PM PDT

Semua wakil rakyat daripada PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak perlu meletak jawatan sebagai anggota parlimen atau dewan undangan negeri kerana kemenangan mereka adalah atas tiket Pakatan Rakyat, kata Mohamad Sabu.

  Bekas timbalan presiden PAS itu berkata soal peletakan jawatan tidak timbul kerana perundangan dan perlembagaan tidak memaksa wakil rakyat yang menyertai parti lain mengosongkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum.

 "Sebaliknya, wakil rakyat (PAS) di luar Pakatan yang seharusnya melepaskan jawatan mereka," katanya kepada pemberita selepas perasmian GHB Pulau Pinang di Butterworth.

 Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengulas desakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya anggota parlimen dan Adun PAS berkenaan meletak jawatan.

 Sementara itu, Mohamad yang akan menjadi pengerusi parti baru itu berkata beliau yakin jumlah keanggotaan GHB akan meningkat dalam beberapa minggu lagi berikutan beberapa peletakan jawatan dan keahlian dalam PAS sekarang, dan didakwa akan terus berlaku. - Bernama  ~ sumber

PAS tidak perlu gusar terhadap parti nyamuk

Posted: 24 Aug 2015 06:00 PM PDT

 Apakah PAS masih merasakan kedudukan mereka kuat dan akan kekal kuat tanpa kerjasama dalam PR?

 GHB telah menawarkan PAS ruang untuk bekerjasama dengannya demi untuk memastikan kelangsungan Kelantan terus kekal di bawah PAS.

 Dato Wan Rahim telah memberi jaminan tidak akan berlaku pertandingan tiga penjuru dlm PRU14 akan datang antara BN, Pas dan ‪#‎HarapanBaru‬. Namun PAS nampaknya terus bersikap bongkak dan ego tidak mahu berunding langsung untuk mengetahui bagaimanakah bentuk kerjasama yang dimaksudkan itu.
PAS Selangor tidak akan berkompromi dengan ahli Gerakan Harapan Baru (GHB) jika mereka mahu turut bertanding di kawasan yang ditandingi calon PAS pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Kalau mereka anggap PAS akan beri laluan pada pilihan raya umum akan datang, PAS tidak akan beri laluan sebab itu kerusi kita," kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman.
Katanya jika ahli GHB bercadang untuk bertanding pada pilihan raya, adalah lebih baik mereka bertanding di kerusi yang tidak ditandingi calon PAS. 
Demikian cakap sombong dan takbur PAS melalui kenyataan Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman,  di sini. 
PAS jangan berilusi kononnya dia masih bersama PKR dalam gabungan PR. Sedarlah wahai PAS, PR sudah berkubur. PR adalah permuafakatan bersama 3 parti - DAP, PKR dan PAS. Setelah kamu ambil keputusuan untuk bercerai dengan DAP, maka dengan sendirinya PR telah berkubur...

 GHB adalah rakan baru dalam PR 2.0 yang bakal menggantikan PR. 

Buat masa kini, parti baru Parti Amanah Rakyat (PAR) yang akan ditubuhkan oleh GHB itu belum tertubuh apa lagi untuk membuat sebarang ketetapan kerusi yang bakal mereka tandingi.

PAS jangan mendabik dada mendakwa kerusi yang bakal mereka tandingi pada PRU 14 nanti sebagai kepunyaan mereka. 

Apabila SPR mengistiharkan PRU 14 bermula, maka semua kerusi Parlimen dan DUN adalah bebas untuk ditandingi oleh mana-mana calon mengikut syarat ketentuan yang sedia ada.

 Tidak ada ketentuan bagi mana-mana kerusi diperuntukan untuk PAS atau DAP atau PKR. Pembahagian kerusi antara pakatan pembangkang adalah untuk mengelakan dari berlaku pertembungan 3 penjuru dan ia adalah diputuskan melalui rundingan bersama atau permuafakatan.

Setelah PAS menolak untuk bersama dalam permuafakatan, maka tidak perlulah PAS nak mengendeng-ngendeng apa yang bakal diputuskan oleh permuafakatan yang baru, PR 2.0 nanti. Biarlah PKR, DAP dan PAR bermuafakat sesama mereka untuk penentuan kerusi.

PAS yang mengaku bertambah kuat bila berseorangan dan kini semakin ramai yang mendaftar sebagai ahlinya, tentu tidak berasa gusar jika PAR turut bertanding di mana-mana tempat PAS betanding.

Hj Hadi menyifatkan PAR umpama parti nyamuk; tentunya tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap PAS. 

Bersimpatilah sedikit dengan membiarkan PAR turut sama memeriahkan temasya PRU14 nanti sementara hayatnya masih ada. 

Berilah PAR peluang untuk menyertainya kerana usianya pun bukan lama mana.... habis lama 2 tahun sahaja, kalau ikut ramalan Hj Hadi. 

Selepas PRU-14 nanti, PAR akan menjadi arwah, maka bacakanlah talqin pula.... Mat Sabu pun pernah, pesan sewaktu Muktamar ke-60 Pemuda PAS di Johor dulu, " ...selepas doa laknat, baca talqin pula nanti..."

PAS bolehlah 'pulung' sorang dia selepas itu nanti....

Tiada ulasan: