Isnin, 24 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bersih 4.0 : Polis jangan bertindak keterlaluan guna senjata renjat

Posted: 24 Aug 2015 09:06 AM PDT

 Tindakan polis adalah keterlaluan kalau benar sebagaimana laporan yang mengatakan Polis mungkin akan menggunakan senjata renjat terhadap peserta himpunan BERSIH 4.0. (laporannya di sini).

Ini adalah kerana, melalui rekod perhimpunan yang selama ini berlaku di negara ini, tidak pernah berlaku sebarang rusuhan atau keganasan oleh mana-mana peserta perhimpunan, terutamanya yang pernah dianjurkan oleh NGO Bersih.

 Rekod sebelumnya adalah menunjukan, beribu-ribu para peserta perhimpunan akur dengan arahan polis dan mereka tidak pernah melawan apabila ditangkap dan disumbat ke dalam trak polis untuk di bawa ke tempat tahanan polis.

 Apakah tidak cukup bagi polis mendera rakyat dengan asap pemedih mata di pancut dengan air asid selain dibelasah dengan belantan, sepak terajang dan serangan fisikal lain?

Polis yang sepatutnya melindungi mereka tetapi sebaliknya telah bertindak kejam dan ganas tanpa berperi kemaknusian.

Kita tidak mahu melihat polis di negara kita ini bertindak seperti sekumpulan anjing yang  mengejar dan menghambat seekor arnab atau kucing lalu mengeroyok simangsa. Jika Polis turut bertindak seperti itu, mereka tidak boleh dipanggil manusia lagi...

Senjata renjat atau taser gun itu mempunyai jarak tembakan antara 15 hingga 35 kaki dan mereka yang ditembak akan hilang keupayaan bergerak serta-merta.

Berikut satu video yang menunjukkan polis menggunakan taser gun terhadap seorang gadis digari, Danielle Maudsley 20 tahun ketika ia melarikan diri dengan polis mengikuti di belakangnya.



Gadis itu telah ditembak dengan senjata renjat lalu terjatuh dan kepalanya terhentak pada konkrit jalan.

Dia telah mengalami kerosakan otak yang teruk selepas itu dan terus berkeadaan tidak dapat bergerak, tidak boleh bercakap dan befikir sejak kejadian itu.

"Apa yang kamu fikirkan? Apa yang anda, bodoh ?," polis itu berkata kepada mangsa pada video. 

"Saya tidak boleh bangun," kata Maudsley.

 "Saya tidak mahu anda untuk bangun," kata polis itu.

 "Saya tidak boleh bangun," kata Maudsley lagi. 

Itulah kata-kata terakhir Maudsley selepas di tembak dengan senjata renjat itu.

Ibu Maudsley berkata Trooper yang sepatutnya menggunakan cara lain untuk menghentikan anak perempuannya dari melarikan diri.

 "Dia adalah betul-betul berada di belakangnya. Dia boleh menangkapnya," kata ibu Maudsley.

 "Ia adalah tidak perlu." Ibu Maudsley mengupah peguam Kevin Haylsett, yang untuk tuntutan mahkamah.

 Hayslett kata polis tersebut telah melanggar dasar taser FHP ini yang menyatakan:

 "Melarikan diri tidak boleh menjadi sebab tunggal untuk tindakan sebegini."

"Apabila anda menembak seseorang di belakang, dan mereka melarikan diri, seperti yang anda lihat apabila kepala Danielle mencecah konkrit - itulah sebabnya mereka tidak membenarkan anda untuk berbuat demikian, kerana anda boleh mempunyai tragedi dahsyat seperti ini, "kata Hayslett.

Ibu Maudsley berkata keadaan anaknya itu tidak baik. Beliau dijangka kekal dalam keadaan demikian.

 Maudsley kini dalam Pusat pemulihan Lauderdale, pakar dalam kecederaan otak yang teruk.

"Bersih, Cekap, Amanah" tema kerajaan negeri untuk perayaan sejajar dengan prinsip-prinsip polis., kata Ketua Polis Pulau Pinang

Posted: 24 Aug 2015 06:55 AM PDT

Tahniah diatas sikap toleransi Ketua  Menteri Lim Guan Eng kerana menarik balik tema "Bersih, Cekap dan Amanah" (BCA) dan akan menggunakan tema sambutan hari kebangsaan yang sama dengan kerajaan Pusat, menggunakan 'Sehati, Sejiwa'.

Mungkin LGE tidak mahu menimbulkan sebarang kontraversi yang akan mengheret sama pasukan keselamatan, murid-murid sekolah dan seterusnya penjawat awam.

LGE mungkin boleh meneruskan dengan tema BCA itu, apabila tindakan LGE tersebut telah mendapat sokongan daripada Ketua polis Pulau Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi (gambar sebelah) yg berkata, bahawa "Bersih, Cekap, Amanah" tema kerajaan negeri untuk perayaan sejajar dengan prinsip-prinsip polis. 

"Ini adalah tema kerajaan negeri dan kami akan mengambil bahagian dalam perarakan. Slogan ini juga selaras dengan prinsip-prinsip kuasa polis, "beliau dipetik berkata di sini.

Tahniah dan syabas kepada Ketua Polis Pulau Pinang yang tegas dengan sikap professional dalam menyuarakan kebenaran tanpa di pengaruhi emosi dan pandangan politik yg jumud sebagaimana pegawai atasannya.

Tahniah sekali lagi kita ucapkan kepada LGE kerana sanggup mengalah dan tidak mahu memanjangkan perkara tersebut demi untuk menjaga keharmonian dan sikap bertoleransi tinggi yg ada padanya.

Namun sikap Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Menteri Pelajaran dan Timbalannya Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Chong Sin Woon yang menyatakan tidak akan turut menyertai acara perbarisan Hari Merdeka di Pulau Pinang adalah amatlah memalukan dan menjengkelkan.

Mereka ini semuanya terlalu phobia dengan perkataan 'Bersih' semata-mata kerana dikaitkan dengan Demo Bersih 4.0 yang bakal diadakan pada 28-29 Ogos ini nanti.

Mereka hanya bersetuju untuk menyertai perbarisan hari Merdeka di Pulau Pinang setelah Ketua Menteri Lim Guan Eng menarik semula tema "Bersih, Cekap dan Amanah" tersebut. 

'Siasat segera, SPRM bukan bawah telunjuk Azmin'

Posted: 24 Aug 2015 03:47 AM PDT

MP PAS Datuk Mahfuz Omar berkata pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa segera menyiasat cadangan penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) jika terdapat jenayah penyelewengan dan pecah amanah.

Katanya, badan penyiasat termasuk Bank Negara, PDRM dan Audit Negara juga tidak perlu takut menyiasat agensi pelaburan itu kerana Menteri Besar Selangor Azmin Ali tiada kuasa untuk menukar pegawai seperti mana berlaku dalam kes SPRM dan 1MDB.
"Agensi penyiasat bukan berada bawah telunjuk Azmin. Sebaliknya agensi penyiasat berada bawah perdana menteri dan kerajaan persekutuan. Sila siasat segera jika terdapat keraguan seperti apa yang berlaku pada 1MDB.
"Jadi agensi siasatan jangan lagi berlengah untuk menyiasat sama ada wujud unsur pecah amanah atau tidak, bila Menteri Besar Azmin telah memberi laluan untuk siasatan.
"Jika agensi penyiasatan menganggap tiada apa yang perlu disiasat kerana belum ada lagi aset yang diuruskan oleh DEIG," kata Mahfuz dalam satu kenyataan.
Bekas anggota jawatankuasa PAS pusat itu mengalu-alukan kesediaan Azmin membenarkan DEIG disiasat oleh pihak berkuasa.
Kelmarin Azmin menyindir Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mempertikaikan DEIG dengan menyifatkan isu itu lebih besar berbanding derma bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan presiden PKR itu mempertahankan bahawa agensi itu tidak boleh disamakan dengan firma pelaburan 1MDB dan DEIG adalah agensi kerajaan negeri yang memiliki dana sebanyak RM30 bilion dan akan digunakan untuk pelaburan.
Mahfuz turut membidas pemimpin Umno yang tidak dapat membezakan antara isu 1MDB dengan DEIG.
"Yang jelas 1MDB dan Najib sudah ada kes, bila nak dakwa. AG (peguam negara)! tolong jawab segera," kata Mahfuz yang juga yang dipertua PAS Pokok Sena.
Sementara itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin turut membidas Abdul Rahman yang dianggap cuba meremehkan isu 1MDB dengan mempersoalkan DEIG.
Zuraida yang juga MP Ampang berkata tidak wajar perkara itu dikritik oleh Abdul Rahman yang juga menteri kabinet.
"DEIG belum mula beroperasi, tidak mempunyai aset atau kumpulan wang, malahan tiada satu transaksi dijalankan, melainkan jika ada akaun rahsia sahaja yang boleh menyalurkan berbilion ringgit kepada menteri besar," katanya.
Tambahan pula, kata Zuraida, ahli lembaga DEIG terdiri daripada setiausaha kerajaan negeri, ketua pegawai eksekutif MBI, ketua pegawai operasi MBI dan profesional yang pakar dalam pelaburan bawah seliaan MB dan tertakluk kepada Akta Syarikat 1965. ~ malaysiakini.

Tiada ulasan: