Ahad, 2 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Usul panas Umno Kluang : isu 1MDB dan pembunuhan Altantuya Shaariibu.

Posted: 02 Aug 2015 10:20 AM PDT

Persidangan UMNO Bahagian Kluang, di Kluang, Ahad kelmarin merupakan yang pertama dirasmikan Muhyiddin selepas beliau digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lepas.

Muhyiddin sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk terus membantu Najib mengukuhkan UMNO, dan pada masa yang sama akan tetap menyuarakan pandangannya demi kelangsungan parti itu.

Mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Kluang, panas apabila terdapat usul menuntut penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan dakwaan skandal terhadapnya, termasuk isu 1MDB dan pembunuhan Altantuya Shaariibu.


 Antara isu yg menjadi persoalan yg menjadi tanda tanya pada rakyat adalah kes pembunuhan Altantuya, wanita yg terlibat dengan skandal pembelian kapal selam. Dua anggota polis yg dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicarakan semula dan dikenakan hukuman bunuh. Seorang daripada mereka berada didalam tahanan, tetapi seorang lagi 'SIRUL' berada di Australia. Dia membuat knyataan bahawa dia diarahkan untuk membunuh. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan? Sebagai pengawal peribadi YAB Dato' Seri Najib, dakwaan Sirul perlu di siasat untuk mentukan siapa yg memberi arahan. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.


Begitu juga kes 1 Malaysia Development Berhad (1MBD), bagaimana sebuah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yg mana Perdana Menteri sendiri merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat memiliki bebanan hutang berjumlah RM51 Bilion, tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbilion Ringgit oleh Tack Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tiada jawapan yang padu daripada YAB Dato' Seri Najib sendiri. Laporan-laporan dalam akhbar di New York (New York Time bertarikh 7 Februari 2015) begitu tajam, pedas dan berleluasa namun YAB Dato' Seri Najib masih membisu seribu bahasa.

Mesyuarat juga menyentuh isi pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (GST) dengan mendesak kerajaan menggandakan aktiviti pemantauan ke atas pelaksanaan GST dengan lebih agresif bagi mengelak penipuan oleh peniaga.

Alkisah siAuta Kari....

Posted: 02 Aug 2015 04:32 AM PDT

INTIPATI UCAPAN N BALA SUBRAMANIAM 
DI PERKARANGAN MASJID AL FATAH KUANTAN 
1 OGOS 20159 

1. Saya masih ingat ketika mula-mula bertemu Tok Guru Nik Aziz, beliau berkata kepada saya, "Bala, kalau kamu mahu harta dan kekayaan, pergilah kepada MIC. Tapi kalau mahu bersama kebenaran, marilah kepada kami." Maka saya memilih kekal bersama PAS ke hari ini kerana PAS memperjuangkan Islam dan berada di pihak yang benar.

2. Berada di dalam PAS, saya telah banyak belajar tentang Islam. Saya boleh datang ke masjid. Kalau saya dalam MIC, pastinya Umno tak akan ajak saya ke masjid dan saya tidak akan faham kebaikan Islam. Tapi apabila saya bersama PAS, saya diajak ke masjid, saya belajar dengan para ulamak dan saya dapak mengenali Islam dan hukum Islam dengan lebih baik.

3. Saya belajar Islam dari pimpinan PAS. Saya belajar syahadah. Bahkan saya sudah bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad (SAW). Bukan sekali. Sudah berkali-kali. Dan Dato' Tuan beritahu kepada saya, ya benar awak bertemu Nabi Muhammad kerana nabi Muhammad tidak mengira bangsa.

4. Di dalam PAS lah saya belajar mengenali hukum Hudud dan saya dapati ia adalah hukum yang benar. Sepatutnya apabila Lim Guan Eng memfitnah Presiden PAS dan hukum Hudud, semua pimpinan PAS hendaklah perjelaskan kepada Cina itu hal yang sebenar dan terangkan kepada dia kebaikan hukum Hudud. Malangnya ada yang mempertahankan Guan Eng dan menghentam Presiden PAS. Saya memilih untuk menyokong Hudud kerana inilah ajaran yang betul sedangkan dia (Guan Eng) tidak betul. 

5. Lapan tahun lalu ketika mula menyertai PAS, ketua kami yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar ialah saudara Dr Mujahid. Apabila Pak Lah perkenalkan Islam Hadhari, Mujahid dengan tegas berkata, Islam hanya satu sahaja tiada yang lain. Islam Hadhari bukan dari Islam. Islam adalah Islam. Tapi malangnya hari ini saya lihat Dr Mujahid membawa Islam baru yang diberi nama Islam Progresif.

6. Tokoh yang bertanggungjawab memperkenalkan PAS kepada saya ialah Dr Hamzah. Saya terhutang budi dengannya hinggakan saya sebut namanya dalam ucapan saya di Muktamar Pusat lalu sebagai ucapan terima kasih saya kepadanya yang telah membawa saya ke dalam PAS.

 Tetapi hari ini Dr Hamzah sudah jadi orang No 1 dalam Harapan Baru. Bahkan dia menelefon saya untuk mengajak saya keluar dari PAS dan menyertai Harapan Baru. Saya jawab, doktor yang perkenalkan PAS kepada saya hingga akhirnya saya temui kebenaran. Bila saya sudah berada di jalan yang benar ini, tiba-tiba doktor mahu ajak saya ke jalan yang sesat?

 Saya tiada sebarang kepentinganpun dalam PAS. Doktor sudah 3 kali diberi penghormatan oleh PAS untuk bertanding dalam pilihanraya. Saya tidak pernahpun bertanding. Dan saya tidak pernahpun minta dengan PAS untuk bertanding. Bahkan saya tidak ada masalahpun jika tidak dipilih menjadi calun. Cukuplah bagi saya berada di atas jalan yang benar bersama dengan para ulamak.

7. Adakah mereka yang tidak faham ini perlu mengikuti kuliah dari saya untuk faham perjuangan Islam? Eloknya buat kuliah subuh la... 😉9 Catatan penonton:

 Aris Hazlan
[8/2, 3:59 PM] .....: fokus pd point 3
[8/2, 4:00 PM] .....: bahkan saya sudah bermimpi bertemu dgn nabi muhammad (saw).Bukan sekali. Sudah berkali2

p/s : Balasubramaniam lg hebat drpd mokhtar senik ketua dwn ulama pahang! Tar senik mimpi jumpa saidina omar ja.. Bala mimpi jumpa nabi terussss! ~ kameelabuya

Rosmah beri tempoh masa 48 jam untuk mohon maaf

Posted: 02 Aug 2015 01:24 AM PDT

PETALING JAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi tempoh masa 48 jam kepada wartawan Asia Sentinel, John Berthelsen untuk menuntut maaf secara sukarela.

 Melalui kenyataan media yang dikeluarkan firma guaman yang mewakili Rosmah, Tetuan Noorhajran Mohd Noor, ia menegaskan telah diberi kuasa mengeluarkan kenyataan berhubung artikel yang disiarkan 'Malaysia PM's Wife Seek Central Bank Gabenor's Ouster'.

 Tuntutan itu dibuat susulan tulisannya yang mengaitkan beliau terbabit dalam cubaan memecat Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz.

 Dalam artikel yang dikeluarkan, Berthelsen mendakwa ia bagi membalas dendam berikutan kebocoran butiran kewangan peribadi Rosmah dan kebimbangan Zeti mempunyai maklumat terperinci berhubung skandal 1MDB yang dikatakan boleh mengugat kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

 Dalam kenyataan yang sama, firma guaman itu menjelaskan dakwaan wartawan berkenaan dianggap berniat jahat dan ingin merosakkan reputasi Rosmah. ~ freemalaysiatoday

Harapan baru mendapat sambutan di Jertih, Besut.

Posted: 01 Aug 2015 09:00 PM PDT

Kurang lebih 24 jam selepas pulang dari Multaqa' Ulama Sedunia di Beirut, Lubnan, Ustaz Ahmad Awang telah bergegas ke Jertih, Besut, Terengganu untuk menyantuni para hadirin di sebuah majlis bersama-sama kepimpinan Gerakan Harapan Baru.

 Turut hadir ialah Tuan Haji Mohamad Sabu, YBM Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Dr Hatta Ramli, Saudara Faiz Fadzil, Saudara Hasbie Muda dan lain-lain.

 
Multaqa' Ulama' Sedunia  telah berlangsung
di Beirut, Lubnan pada 28-29 Julai 2015.
Dengan sambutan luar biasa, terbukti aspirasi rakyat untuk melihat suatu perubahan yang berpaksikan kebenaran; membawa budaya politik yang berdasarkan sifat amanah, progresif dan peduli, serta sebuah perjuangan yang ikhlas untuk menegakkan Islam dan mendapatkan keredaan Allah.

 Terima kasih kepada pada hadirin yang sudi menerima kehadiran Ustaz Ahmad Awang dan barisan dari Gerakan Harapan Baru yang lain, terutamanya kepada anak-anak muda yang merupakan harapan bangsa dan negara. - Ustaz Ahmad Awang - Perak, Malaysia

Bersih 2.0 akan teruskan demo 29 Ogos!

Posted: 01 Aug 2015 06:14 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Walaupun berlaku beberapa tangkapan di perhimpunan #TangkapNajib di bandar petang ini, Bersih 2.0 berkata ia akan meneruskan rancangan sendiri untuk protes besar-besaran akhir bulan ini .

 Dalam satu kenyataan, pemantau pemilihan tersebut berkata penggunaan kekerasan oleh pihak polis pada hari ini ke atas penunjuk perasaan #TangkapNajib tidak akan menakutkan rakyat Malaysia yang lain daripada menghadiri perhimpunan 29 Ogos yang digelar "Bersih 4.0" yang dijangka berlangsung selama dua hari.

 "Sikap kerajaan hanya menguatkan persepsi masyarakat bahawa mereka kini semakin terdesak untuk menutup mulut mereka yang berani berkata benar pada salah laku mereka, terutama perkara-perkara seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan akaun peribadi Perdana Menteri.

 "Bersih 2.0 menjemput semua rakyat Malaysia untuk membuka minda mereka dan melihat sendiri tindakan yang bengkok kerajaan untuk mendiamkan mereka yang berani bersuara dan melawan.

 "Sertai perhimpunan Bersih 4 tanpa rasa takut atau pilih kasih menyatakan penentangan terhadap pentadbiran Perdana Menteri," kata jawatankuasa pemandu kumpulan itu dalam satu kenyataan.

 Petang ini, dilaporkan 28 aktivis dan wakil rakyat pembangkang ditahan dari pusat bandar ke atas penglibatan mereka dalam perhimpunan #TangkapNajib, yang diisytiharkan haram oleh pihak berkuasa semalam .

Para peserta ditangkap selepas berlaku pergelutan ringkas, selepas mereka berkeras meneruskan perhimpunan walaupun amaran telah diberi oleh pihak polis.

 Bersih 2.0 berkata, penangkapan itu membuktikan bahawa hak individu untuk bersuara dan berhimpun tidak lagi wujud di Malaysia. 

 Kumpulan itu menuntut supaya pihak berkuasa segera melepaskan mereka yang ditahan, dan begitu juga mengutuk perintah reman terhadap beberapa yang lain sebelum ini, termasuk aktivis Adam Adli, Ahmad Syukri Rezab dan Mandeep Karpal Singh.

 Bersih 2.0 sebelum minggu ini mengumumkan rancangan untuk mengadakan perhimpunan bermalam di pusat bandar dan juga di Kuching dan Kota Kinabalu untuk menuntut peletakan jawatan awal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas cara beliau mengendalikan kontroversi 1MDB itu.

   Najib dikritik berat awal minggu ini apabila beliau mengumumkan rombakan Kabinet yang melihat semua mereka yang mengkritik cara beliau mengendalikan isu 1MDB dipecat daripada kerajaan. ~ sumber

Tiada ulasan: