Selasa, 18 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mak oi...Borosnya!

Posted: 18 Aug 2015 09:00 AM PDT

Lebih AS $ 1 juta telah dibelanjakan melalui kad kredit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada bulan Ogos pada tahun berikutnya pilihan raya, menurut maklumat yang diterima oleh Sarawak Report.

 Perbelanjaan berlaku di Eropah ketika berada pada cuti musim panas.

 Dua kad Najib telah gunakan pada bulan Ogos 2014, Visa dan MasterCard dari CIMB & Maybank.

 Lebih RM3.5 juta telah dikeluarkan melalui Visa dan MasterCards hanya dalam satu bulan. Sarawak Report mempunyai maklumat lanjut.

Di manakah anggota keluarga pertama Malaysia mendapatkan semua wang mereka? 

Perhiasan dan beg birkin... menelan jutaan ringgit.... 
 Ini hanyalah maklumat terkini mengenai perbelanjaan yang mudah dilihat oleh Najib dan isterinya, tetapi ia datang selepas Malaysia tertanya-tanya mengapa dia telah pindahkan AS $ 650 juta daripada negara ini, dari wang yang telah dijelaskan sebelum ini yang merupakan satu sumbangan kepada UMNO.

 Perdana Menteri dan isteri telah menarik perhatian seluruh dunia disebabkan oleh sikap boros dan megah mereka. Di Amerika Syarikat ramai yang telah hebuh memperkatakan mengenai penginapan Rosmah di Hotel Bel-Air, Beverly Hills, sewaktu menghabiskan Krismas dengan anaknya Riza pada tahun 2013.

 Belanja bagi penginapan seminggu di Hotel itu adalah lebih AS $ 300,000, sumber yang boleh dipercayai telah memaklumkan kepada kami.

Terdapat banyak laporan lain mengenai perbelanjaan yg menarik perhatian, termasuk berjuta-juta dibelanjakan dalam tahun ini untuk majlis perkahwinan anak perempuan Rosmah dan satu siri rumah-rumah mahal dibeli untuk Riza Aziz di Amerika Syarikat.

 Sarawak Report bulan lalu memperincikan bagaimana Rosmah membeli barang kemas yang sangat mahal diuruskan melalui ahli perniagaan yang sama yang telah dikenal pasti sebagai proksi Perdana Menteri pada 1MDB, Jho Low.

Najib Razak ternyata gagal untuk menafikan kenyataan kami minggu lepas bahawa lebih AS $ 650 juta telah dipindahkan semula daripada akaun peribadinya di KL (kononnya dari  'derma' rahsia bagi pihak UMNO) ke akaun di Falcon Bank di Singapura di mana AS $ 681 pada asalnya dibayar.

 Maklumat kami adalah bahawa sebenarnya terdapat lebih daripada satu bilion dolar daripada pelbagai sumber dalam akaun AmPrivate Bank tertentu ini di KL, yang dipunyai oleh Najib, dalam tempoh sebelumnya apa yang telah diiktiraf secara meluas sebagai pilihan raya yang dibeli.

 AS $ 650 adalah jumlah yang kekal apabila dia menutup akaun pada bulan Ogos 2013.

 Perdana Menteri yg sebelum ini berminggu-minggu menafikannya, kini telah mengakui mengenai pembayaran ke dalam akaun ini sebanyak AS $ 681,000,000, tetapi masih berdiam diri ke atas maklumat terkini tentang di mana baki ini dan jumlah wang lain yang telah dipindahkan.

Beliau juga tidak menyediakan sebarang bukti akauntabiliti ke atas perbelanjaan wang yang dia dakwa memegangnya bagi pihak parti dan "bukan untuk kegunaan peribadi".

 Sebaliknya, para penyokongnya telah mula menganggap bahawa Perdana Menteri Malaysia (tidak seperti contohnya Presiden Amerika) perlu berada di atas undang-undang dan bahawa apa-apa percubaan untuk menyiasat perkara ini harus dianggap sebagai satu jenayah. 

 Penyokong yang sama juga mendakwa bahawa undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri (digunakan sebagai alat standard di parlimen di seluruh dunia untuk menyingkirkan yang tak berguna) juga perlu dianggap sebagai cara haram dan tidak mengikut perlembagaan di Malaysia terhadap Najib Razak. sumber

UST.AHMAD AWANG ' MURSYIDUL AM ' PARTI ISLAM BARU.

Posted: 18 Aug 2015 06:00 AM PDT

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang dipilih menjadi penasihat umum bagi parti Islam baru yang akan dilancarkan bulan depan.

 Menurut Ahmad, walaupun jawatan penasihat umum itu dilihat menyerupai mursyidul am PAS, namun terdapat perbezaan bagi dua jawatan tersebut.

 Katanya, sebagai penasihat umum, beliau tidak akan campur tangan dalam urusan eksekutif parti dan hanya fokus dalam Majlis Penasihat yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang tertentu bagi memberi nasihat kepada parti Islam baru itu.

 Ahmad berkata lagi, Majlis Penasihat untuk parti Islam baru itu juga akan terdiri daripada golongan ulama serta profesional.

 "Kita punya Majlis Penasihat pakar ini tak macam Majlis Syura (PAS). Majlis Syura itu, dia juga dalam Majlis Syura, dia juga (orang sama) di eksekutif. Kita tidak.

 "Biar betul-betul duduk dalam Majlis Penasihat dengan kepakaran yang ada dan tak campur tangan urusan eksekutif.

 "Baru nanti tak timbul isu, dialah (anggota) Majlis Syura dialah presiden.

 "Majlis penasihat pakar itu terdiri daripada golongan ulama dan juga mereka yang pakar dalam bidang lain seperti kemasyarakatan, ekonomi, perbankan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

 Selain itu, ditanya siapakah lagi individu yang akan turut berada dalam Majlis Penasihat itu, Ahmad berkata perkara itu tidak boleh didedahkan lagi buat masa ini.

 "Belum boleh isytiharkan," katanya ringkas.

 Ahmad, bekas presiden 17 tahun Persatuan Ulama Malaysia (PUM), tewas mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan parti lalu.

 Parti politik berteraskan Islam yang baru itu diasaskan daripada kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan PAS Jun lalu melalui kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB).

 Ia bertujuan untuk memperjuangkan usaha penubuhan gabungan pembangkang.

 Pembentukan parti baru yang belum diumumkan namanya itu secara rasmi dijangka akan dibuat menjelang 31 Ogos nanti. ~  malaysiakini

Bukti PAS semakin merapu ...integriti kepimpinan semakin pudar dan terhakis

Posted: 18 Aug 2015 03:00 AM PDT

Apa nak jadi dengan PAS nih? Buat kenyataan semberono jadikan ramai yang fenin! Ini menyebabkan integriti kepimpinan PAS semakin pudar dan terhakis menyebabkan susah orang nak percaya mana satu kenyataan yang sebenarnya. Bila dah orang keliru, PAS salahkan media dan orang ramai pula.... Cuba perhatian dalam beberapa situasi yang berikut... 1) Pada 8 Ogos 2015, Harakah melaporkan 


  Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim mengumumkan PAS Pusat memutuskan akan menyokong dan menyertai Himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan hujung bulan ini.

 PAS Pusat juga memutuskan Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah Kamaruzaman Mohamad sebagai mewakili parti di dalam jawatankuasa Bersih 4.0.

 "Atas prinsip pilihan raya adil dan bersih PAS akan menyertai Bersih 4.0 nanti,"tegasnya. 

2) Namun, selepas pengumuman itu, Hj Hadi buat  pengumuman sendiri yang agak sedikit berbeza... Hadi kata "PAS hanya menghantar 2 wakil sahaja", bukan mengerahkan ahlinya untuk menyertai Bersih 4.0 yang dijadualkan pada 29 dan 30 Ogos di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu itu.

3) Apakah ini disebabkan kekeliruan di pihak Hj Hadi? TITM telah menyatakan, PAS akan hantar 2 wakil, iaitu Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah Kamaruzaman Mohamad sebagai mewakili parti di dalam jawatankuasa Bersih 4.0.

Hj Hadi mungkin terkeliru …dia ingat PAS akan hantar wakil 2 orang tu saja untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0???

4) Pada 16 Ogos Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh buat dua kenyataan yang saling bertentangan :


a) Nik Abduh mengesahkan akan menghantar wakil menyertai perhimpunan Bersih 4.0 yang dianjurkan oleh NGO. 

"Bersih adalah tuntutan bersama yang telah kita persetujui lama, telah dibuat beberapa kali....."

Beliau berkata demikian pada sidang media Pemuda Pas di Pejabat Agung Pas, di Kuala Lumpur, pada 16 Ogos lalu.... 




 b) Juga pada hari yang sama, 16 Ogos 2015, mamat ni buat kenyataan :



 Pas akan menganjurkan sebuah himpunan besar-besaran bagi menunjukkan sokongan kepada kepimpinan parti itu.



 Ketua Pemudanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, himpunan itu dijangka akan dibuat di Kuala Lumpur atau Selangor dan mensasarkan seramai 60,000 orang akan menyertainya.  Baca seterusnya  di sini

5)  Bila dah kantoi, mamat ni salahkan media dan tuduh silap petik ucapannya. Cer dengar molek-moleh gapo mu ngoyak dalam rakaman vdo atas tu, wahai Nik Abduh.... 


Shahrir Samad : Dulu 'Anak Jantan' sekarang 'Anak Bapuk'?

Posted: 17 Aug 2015 06:00 PM PDT

Presiden Umno berharap ahli parti itu tidak mendiamkan diri apabila pemimpin mereka diserang...janganlah apabila (sudah) dapat, semua senyap. Dah dapat duit jangan senyap, kata Najib.

Mungkin sebab itu, maka tidak hairanlah ada yang bersungguh-sungguh mempertahankan Najib, hanya kerana dah digula-gulakan oleh Najib....

Mereka terpaksalah menggadai marwah diri mereka lantaran nak membalas budi yg dah tertelan.

Antaranya ialah  Shahrir Samad, yang suatu ketika dulu pada 1988, telah letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Baharu bagi menyahut cabaran dan sindiran Dr. Mahathir untuk bertanding sebagai Calon Bebas!

Beliau telah memenangi kembali kerusi parlimen Johor Baharu sebagai calon bebas dengan simbol KUNCI pada piliharaya kecil disitu. 

 Kemenangan bergayanya sedikit sebanyak telah menaikan integriti dirinya sbagai benar-benar ahli politik 'Anak Jantan' dan mengembalikan maruah UMNO Johor. Tapi sayang sekali, tindakannya kali ini  nampaknya sudah bertukar menjadi 'Anak Bapuk'?

Ke mana perginya integriti Shahrir?– Akmal Nasir

Pengakuan ahli Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Samad mengenai sumbangan atau derma daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada pimpinan akar umbi Umno sebagai satu perkara normal adalah amat mendukacitakan.

 Beliau memberikan gambaran seolah-olah penggunaan wang dalam politik Umno adalah amalan kebiasaan.

 Lebih menjengkelkan lagi apabila Shahrir masih gagal untuk menafikan pendedahan daripada Sarawak Report yang beliau sendiri menerima RM1 juta daripada akaun peribadi Najib selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

 Integriti beliau yang sebelum ini dianggap sebagai seorang berprinsip sehinggakan suara beliau yang kadang kala tidak selari dengan Umno kini amat diragui.

 Mungkin tidak hairanlah sejak skandal 1MDB diketahui umum, kenyataan demi kenyataan oleh Shahrir begitu cenderung atau bersungguh-sungguh mempertahankan Najib.

 Memandangkan Shahrir gagal menyangkal pendedahan mengenai sumbangan peribadi RM1 juta kepada beliau daripada Najib, beliau seharusnya menjawab persoalan berikut:-

 1. Adakah derma RM 1 juta yang diterima beliau dibayar cukai? Kalau sebelum ini beliau menyebut bahawa Najib tidak perlu membayar cukai untuk derma RM2.6 bilion yang diterima kerana penderma dari Timur Tengah yang sepatutnya menjelaskan cukai, dalam kes ini Najib sebagai penderma adakah Najib menjelaskan cukai untuk derma kepada beliau?

 2. Adakah Shahrir tidak terasa terhutang budi kepada Najib kerana derma yang dinyatakan itu datang dari akaun peribadi Najib sendiri? Apakah permintaan atau syarat yang ditetapkan oleh Najib bagi membolehkan Shahrir menerima sumbangan RM1 juta ini?

 3. Jika Shahrir menganggap sumbangan peribadi Najib adalah sesuatu yang normal, bolehkah beliau memberi jaminannya mampu meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi Najib?

 Jika benar Shahrir menerima sumbangan RM1 juta daripada akaun peribadi Najib, saya pasti rakyat khususnya rakyat Johor Baru amat kecewa.

 Maka hilanglah satu suara yang sebelum ini lantang membangkitkan isu rakyat dan kini hanya menjadi suara "yes-man". – 17 Ogos, 2015.themalaysianinsider
 *Akmal Nasir ialah pengarah stategi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysi

Tiada ulasan: