Jumaat, 14 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Menteri satu lagi , merapu dan merepek kata DAP akan bubarkan agama rasmi Islam...

Posted: 14 Aug 2015 10:30 AM PDT

Kalau tidak kerana pendedahan WSJ dan Sarawak Report (SR), mengeluarkan laporan mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib, sudah tentu rakyat Malaysia tidak akan tahu apa-apa mengenainya. Betul tak?

 Pada mulanya Najib bersikap acuh tak acuh sahaja hanya mengarahkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan tersebut. Ia mendakwa laporan yang dikeluarkan oleh SR adalah usaha bersepadu individu tertentu untuk melemahkan keyakinan ekonomi negara, mencemarkan kerajaan dan menyerang seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.

Tapi kini Najib sendiri terpaksa mengakuinya, cuma dia kata duit RM2.6 bilion itu adalah duit derma ....derma untuk parti.....bla...bla...bla... 

Apabila laporan itu memetik bahawa dokumen tersebut kononnya diperoleh daripada siasatan ke atas 1MDB, barulah Najib panik dan pihak polis telah bertindak menyoalsiasat 7 pegawai tinggi SPRM yang terlibat dalam penyiasatan 1MDB kerana disyaki telah membocorkan maklumat.

 Peguam Negara, Gani Patail, dengan tidak semena-mena telah disingkirkan dari jawatannya dan menjadi tanda tanya besar rakyat yg prihatin.

"Kertas dakwaan yang disiarkan di SR yang menyebut mahu dakwa Najib atas rasuah. Benar atau tidak? Peguam Negara kata tak benar, palsu, tidak berasas. OK lah.
 "Tapi polis siasat, tangkap pegawai-pegawai SPRM kerana mahu tahu kenapa kertas dakwaan boleh bocor? Bukankah itu bermakna kertas dakwaan itu wujud?," kata Lim Kit Siang di sini

 Ternyata pendedahan SR mengenai kertas graft pertuduhan keatas Najib yang kerajaan dakwa adalah palsu, hingga saat kini, kerajaan masih tidak mampu menyakinkan rakyat. 

Penyingkiran Gani dan soalsiasat keatas pegawai-pegawai tinggi SPRM ini semua adalah gara-gara kerana Kerajaan pentadbiran Najib sendiri percayakan sangat dengan laporan akhbar  SWJ dan SR dan mengaggapnya bagaikan Qur'an. Ker guana Din?

 Kenyataan ini adalah menurut kata menteri pembodek Umno, Abdul Aziz Kaprawi :

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi meluahkan kebimbangan terhadap orang Melayu yang terlalu percaya laporan Sarawak Report sehinggakan dianggap 'al-Quran bagi orang Melayu'.

 Katanya, orang Melayu perlu sedar laporan Sarawak Report diambil daripada dokumen Justo dan digunakan oleh DAP untuk mengkritik kerajaan.

 Timbalan Menteri Pengangkutan itu berkata, peluang itu akan digunakan oleh DAP untuk menguasai negara dan membubarkan agama rasmi.

 "Sarawak Report tu dah macam Quran untuk orang Melayu, tapi kita tahu rujukan tersebut menggunakan dokumen melalui Justo, inilah DAP punya peluang, budak-budak dia kalau DAP berjaya, dia akan bubar agama rasmi. Baca lagi di sini

Mantan TPM, Muhyiddin Yassin yang pernah mengaku baca SR dan SWJ untuk mendapatkan maklumat mengenai isu 1MDB, tentu gelak baca celoteh mamat ni. 

Mamat tu kata, DAP akan bubar agama rasmi Islam. Boleh tak mamat ni bagi pencerahan bagaimana Ahli Parlimen DAP yang cuma 38 itu nak bubarkan agama rasmi Islam tu.....?

Ada yang macam tak suka bila Khalid dan PKR berdamai.....

Posted: 14 Aug 2015 07:00 AM PDT

Saifuddin Nasution menaik muat status di fesbuk menjelaskan tentang bagaiman mula tercetusnya isu saman Khalid Ibrahim dan bagaimana akhirnya perkara tersebut diselesaikan dengan baik diluar mahkamah :
Pada kemuncak langkah pkr untuk meminta tan sri khalid berundur sebagai mb selangor, saya menemui almarhum tuan guru nik aziz di kediamannya di pulau melaka.
 Tuan guru menasihati saya agar menulis sebab musabab alasan mengapa pkr meminta tan sri khalid berundur. kata tuan guru jika tidak ditulis hanya pimpinan yg tahu, manakala pemimpin pas dan dap tak tahu. 
Saya balik melaporkan kpd biropol parti yg kemudiannya mengarahkan saya untuk menyediakan dokumen penjelasan tersebut. dokumen itu kemudian dihantar kpd pimpinan utama pas dan dap.
 dokumen tersebut kemudian menjadi asas saman tan sri khalid ke atas saya. Saya bersedia sepenuhnya untuk menghadapi kes ini. yb william leong dilantik sebagai peguam. dua minggu lepas saya dan yb rafizi menghabiskan hampir 5jam bersama william untuk meneliti dan menyediakan fakta-fakta kes.
 Pagi ini anwar mencadangkan kami mencari jalan penyelesaian. saya dan tan sri khalid setuju tidak meneruskan kes di mahkamah. kami saling bermaafan. anwar yg sepatutnya hadir sebagai saksi, sebaliknya pagi ini bertindak sebagai orang tengah. kes selesai. 
 Saifuddin turut merakamkan rasa kesal beliau terhadap reaksi negatif dari seorang yang sepatutnya mengajar tentang akhlak dan adab:


Beliau sekadar memaklumkan orang tersebut sebagai AJK PAS Pusat, berjubah dan berserban ....jeng..jeng...jeng....adakah wala'un ini?

Soalan Muhyiddin buat Najib terkancing gigi

Posted: 14 Aug 2015 05:00 AM PDT

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa perdana menteri menjelaskan mengenai baki dari wang RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun bank peribadinya selepas ia dikatakan sudah ditutup pada 2013 lalu.

 Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak tersebut besar dan jika ia masih berbaki, beliau harus memaklumkan di mana wang tersebut kini disimpan.

 "Apakah berbaki wang itu semasa ia ditutup? Kerana, jumlahnya itu besar. Kalau jumlahnya besar, pasti ia berbaki.

 "Kalau masih berbaki, ke manakah wang itu?" soal Muhyiddin ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kemaman di Terengganu petang ini.

 Muhyiddin berkata beliau tidak dapat menjawab mengenai soal wang tersebut, sebaliknya menggesa Najib yang juga menteri kewangan supaya menjelaskannya.

 "Berapa banyak yang diterima? Berapa banyak wang digunakan untuk pilihan raya? Saya mana tahu. Saya tidak dapat.

 "Saya rasa mungkin presiden Umno dapat menjawabnya," katanya merujuk kepada Najib. - themalaysianinsider

Anwar memang hebat.... Ini bukti ketokohannya

Posted: 14 Aug 2015 03:31 AM PDT

Anwar Ibrahim Hanya dibenarkan Keluar Penjara 1 jam untuk Menghadiri Perbicaraan Saman Tan Sri Khalid dan PKR (Saifuddin Nasution) .. 

Dalam Tempoh yang Singkat itu Anwar bisa menyelesaikan Kemelut Parti..Bisa Mendamaikan pertembungan 2 pihak dan kepimpinan dalam Parti PKR.. 

Akhirnya mereka mencapai perdamaian di luar Mahkamah..ini lah sebenar benar Quality seorang Pemimpin.. Mempunyai Qualiti kepimpinan sebagai seorang Perdana Menteri dan penyatu dalam parti Politik..

Seorang Pemimpin yang Baik bukan mencari titik perbezaan, tetapi mencari titik persamaan.. sebagaimana Nabi bisa Menyatukan Kaum Anshar dan Muhajirin..

Surah al-Hasyr ayat  : 

وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ 
Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu)

 Apa yang Berlaku di dalam PAS ? bagaimana contoh kepimpinan yang di pamer di dalam PAS ? hanya kerana Perbezaan pendapat.. mereka menghukum, mentakfir , melabel sesama Jemaah..

Perubahan itu harus bermula daripada pemimpin itu sendiri.. jika pemimpin nya gagal meraikan Adabul Ikhtilaf.. gagal menunjukkan adab dan Akhlak.. kepimpinan dan apa yang dpimpin itu akan rosak..

 Surah An Nahl ayat 90:

 إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ 
Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.
~Ipoh Mali 

KES SAMAN TAN SRI KHALID IBRAHIM VS DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL DAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Posted: 14 Aug 2015 12:00 AM PDT

 DSAI tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini..
Kedua-dua pihak plaintif (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan defendan-defendan (Dato' Saifuddin Nasution Ismail dan Parti Keadilan Rakyat) telah bersetuju untuk menyelesaikan kes saman plaintif di luar mahkamah. 

 Dato' Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir sebagai saksi defendan telah berbincang dengan kedua-dua pihak plaintif dan defendan pagi ini. Sebagai menghormati beliau dan mengambil kira kepentingan masyarakat dengan latar belakang kemelut politik negara akibat skandal melibatkan Dato' Seri Najib Razak, kedua-dua pihak bersetuju perkara-perkara berikut:

 1) Tan Sri Khalid Ibrahim menarik balik saman.

 2) Dato' Saifuddin Nasution Ismail dan KEADILAN memohon maaf kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. 

 3) Tan Sri Khalid Ibrahim memohon maaf kepada Dato' Saifuddin Nasution Ismail dan KEADILAN.

 Persetujuan ini dimeterai dan difailkan di mahkamah seperti di dalam dokumen mahkamah yang disertakan bersama.

 Bagi pihak KEADILAN, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

 NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
 AHLI PARLIMEN PANDAN

Umno dan PAS sama-sama di uji Allah......

Posted: 13 Aug 2015 09:00 PM PDT

Sambutan Hari Raya PAS Tambun dilanda ribut
Pada petang Sabtu, 8 ogos lalu, PAS Tambun telah mengadakan majlis Jamuan Raya di Padang permainan Halaman Meru Permai; berhadapan Bank Rakyat Meru Raya, Ipoh. Dilaporkan sejurus selepas PJ Razman habis berucap, majlis jadi lintang pukang sebab dilanda ribut kencang ......

Dilanda ribut kencang , semua bertempiaran menyelamatkan diri
 Orang beriman banyak menerima dugaan dari Allah.Ini bukan pertanda Allah tidak redha! Ini adalah ujian Allah untuk mempertingkatkan lagi keimanan hambanya dengan pelbagai ujian.

Sambutan Hari Raya Umno di Tanah Merah juga dilanda ribut
 Kebetulan pada hari yang sama, ribut kuat melanda di SMK Tanah Merah, semasa TPM Zahid Hamidi hadir dalam majlis jamuan raya di situ anjuran Umno Tanah Merah.

Umno Tanah Merah nak beraya sangat dengan Zahid Hamidi...
Rupa-rupanya Allah juga mahu memperkukuhkan lagi keimanan hambanya yg bernama Zahid Hamidi....  Bukanlah Wak Mustarjo dan PJ Razman sahaja yang berdepan dengan ujian dan cobaan..... 

Berita ini pasti menjadikan Mat Sabu dan rakan-rakannya menggigil demam kura ...

Posted: 13 Aug 2015 06:47 PM PDT

Walaupun setelah sekian kalinya Gerakan Harapan Baru telah mengadakan roadshow di setiap negeri di Malaysia hingga telah menjelajah ke Sabah dan telah mendapat sambutan yang hebat dan menggalakkan dari ramai kalangan anggota PAS, namun masih ada kalangan pemimpin PAS yang masih di selubungi oleh sindrom penafian.

Apa jenis pembuktian yang mereka mahukan mengenai penglibatan ahli PAS dengan NGO Gerakan Harapan Baharu (GHB)?

Mamat ni memang suka merapu seperti mana bila dia terangkan pasal hukum hudud kerat tangan hari tu, dia cakap : kerat tangan dari elbow : Just chop it like that!

Kali ini dia merapu mengenai disiplin parti, katanya adalah : (a) surat tunjuk sebab (b) amaran (c) gantung keanggotaan (d) dipecat daripada parti. 

Waima yang termaktub dalam perlembagaan PAS ialah :


(a) Memberi amaran 
(b) Melucutkan hak-hak dalam pari 
(c) Menggantungkan keahlian 
(d) memecat dari menjadi ahli. 

Tolonglaaaa ...... minta sesiapa yang baca ni, bagi tahu kat mamat tu, "surat tunjuk sebab" itu bukan satu bentuk hukuman. Itu adalah satu bentuk 'soalsiasat' untuk mendapatkan alasan atau penjelasan sebelum hukuman selanjutnya diambil.


Maka pada peringkat sekarang ini, sewajarnya Jawatankuasa Disiplin parti menghantar 'surat tunjuk sebab' dengan menyatakan sebab-sebab mereka akan diambil tindakan supaya mereka dapat memberikan penjelasan dan alasan mereka.


Apakah Jawatankuasa Disiplin parti cukup hanya dengan cara mengutip sampah di tepian longkang atau jalanan untuk dijadikan bukti lalu menjatuhkan hukum ? Ikuti berita berikut :

KOTA BAHARU: PAS sedang membina kes melalui pengumpulan bukti dan maklumat lengkap terhadap anggotanya yang menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Harapan Baharu (GHB).

 Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pengumpulan itu dikendalikan oleh Setiausaha Agung parti Datuk Takiyuddin Hassan bagi menyediakan laporan lengkap dan membentangkannya kepada PAS pusat.

 "Daripada situ baharu kita boleh buat keputusan apa tindakan yang perlu kita ambil," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Kutipan Dana Dewan Pemuda PAS Kelantan di sini, hari ini.

 Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata hanya Jawatankuasa PAS Pusat ataupun Jawatankuasa Disiplin parti yang berhak menentukan nasib anggota-anggota parti yang menyertai GHB.

 "Jawatankuasa PAS Pusat mempunyai kuasa untuk memecat terus mana-mana anggota parti yang didapati bersalah, namun jika dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti, ada empat bentuk hukuman yang boleh dikenakan," katanya.

 Beliau berkata hukuman tersebut adalah surat tunjuk sebab, amaran, gantung keanggotaan dan akhir sekali dipecat daripada parti. ~astroawani

Tiada ulasan: