Rabu, 12 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Dua wajah PAS yang terpaksa Tuan Ibrahim galas ...

Posted: 12 Aug 2015 07:13 AM PDT

 
Aku dah pernah alaminya dulu .....
Bekas Timbalan PAS, Hj Mohamaed Sabu dulu sering mengalami phenomena begini hingga ada yang kata kat dia, "Ayam jagoan, dah jadi ayam daging..."


Sekarang Tuan Ibrahim Tuan Man, penggantinya terpaksa memikulnya pula. 

Tentu TITM suatu masa nanti akan berasa rimas bila asyik terpaksa berdepan dengan flip flop Presiden. Sampai bila TITM akan sanggup diperkotak-katekan sedemikian rupa?

 Pada 8 Ogos lalu, TITM bagi pihak PAS telah menyatakan sokongannya dan bersetuju dengan tuntutan Bersih 4.0 dalam menuntut perubahan dalam kerangka undang-undang negara berdasarkan akta himpunan aman.

 Tetapi tiga hari kemudian, dia kata lain pula dah!"PAS Tak Sertai Bersih 4.0 – Tak Setuju Huru-Harakan Negara!! 

 " PAS tidak akan menggerakkan ahlinya menyertai perhimpunan besar-besaran Bersih 4 yang disertai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi MENGGULINGKAN KERAJAAN ....???


KUALA LUMPUR – PAS tidak akan menggerakkan ahlinya menyertai perhimpunan besar-besaran Bersih 4 yang disertai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan pada 29 Ogos ini.

 Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS sebaliknya akan menganjurkan sebuah Kongres Rakyat dalam tempoh terdekat bagi meneruskan agenda parti itu.

 "Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bahawa PAS tidak akan membuat kerahan atau larangan kepada ahli.

 "Kita (bagaimanapun) akan hantar wakil parti bagi mendapat gambaran sebenar format himpunan tersebut. Sebarang arahan (lanjut) kepada ahli akan dikeluarkan setelah kita mendapat gambaran sebenar format himpunan dan tentatif program sepanjang `rally' yang akan diadakan nanti," tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

 Tuan Ibrahim menjelaskan keputusan PAS berhubung perhimpunan Bersih 4 itu kerana tidak bersetuju dengan sebarang usaha yang bertentangan dengan undang-undang bagi mencetuskan kegawatan dalam negara.

 Malah, katanya, kongres yang mahu diadakan Lajnah Penerangan PAS Pusat nanti akan diadakan bersama pelbagai pihak yang akan turut serta sama ada sebagai penganjur bersama atau sebagai peserta. – mynewshub.cc

Hanya tiga hari lalu yang sebelumnya .....


Rahsia kenapa Hj Hadi nampak hebat

Posted: 12 Aug 2015 03:00 AM PDT

Hj Hadi menerusi vdo dibawah ini menyatakan :

Islam menerima manusia yang baik.Menerima ilmuan-ilmuan dari pelbagai bangsa dan agama. Ada Ilmuan pelbagai-bagai bidang, Sains dan teknologi. Tak masuk Islam, diambil ilmunya. 

Kalau kita baca sejarah purba... Socrates, ahli falsafah Greek, dibunuh oleh kerajaan Greek kerana dia bijak. Di India, seorang akitek yg bijak mencipta istana dan bangunan yg indah, setelah bangunan selesai, raja mengarahkan tangan akitek ini dipotong ; (takut) nanti dia akan buat istana yg lebih cantik, dipotong tangannya. 

 Kita baca dalam sejarah Melayu, walaupun dongeng, tapi menjadi pengajaran. Bila Singapura diserang todak, raja Singapura mengarahkan rakyat jelata tahan betis untuk melawan todak yg menyerang Singapura.Lalu seorang pemuda kata, "Jangan tahan betis,bodoh!Tebang pisang ambil batang dia!" 

 Lalu ditebang pisang, ambil batang, diletak batang pisang dipantai Singapura.Maka todak kalah berlawan batang pisang, bukan berlawan batang betis! 

 Sejarah mengatakan, orang besar mengatakan, "Tuanku, budak ni bijak, cerdik, nanti besar dia guling kerajaan." (lalu) Dibunuhnya pemuda itu itu!Ini sejarah Melayu.

 Bukan sahaja sejarah Melayu, sejarah India, sejarah China, sejarah Jahiliah Arab, Rom, Parsi...bunuh orang yg bijak!

 Islam mengambil orang bijak ......


Ternyata PAS buang yg bijak, ambil yg kureng...

 Ini pula sejarah di Kelantan..... Mohd Amar Nik Abdullah,yang sebelum ini galak menyusun calon-calon PAS bersama birasnya Zulkefli Mamat hingga akhirnya kini kita dapat menyaksikan Husam telah dinyahkan dari kerajaan Kelantan dan tidak lagi disenaraikan sebagai Exco.
Husam tidak disenaraikan bukan saja sebagai TMB, tempat yang dikira wajar dan tepat untuknya berdasarkan track rekod dan pencapaian, tetapi dia juga tidak dilantik menjadi Exco. Namanya tidak termasuk dalam sembilan nama Exco. 
Ketiadaan Husam dalam barisan kabinet Kelantan inilah yang anih dan ganjilnya dan menjadi isu di Kelantan kini. Husam memang kalah di perlimen Putrajaya, tetapi dia menang besar di Salor dengan majoriti, 3,683. Apakah mereka yang menyenaraikan nama Husam untuk dihantar kepada Sultan, terlupa yang Husam menang? Baca di sini
Rahsia Hj Hadi dipandang Hebat

Islam mengambil orang bijak ......Kata Hj Hadi; tapi dia tidak merealisasikan apa yang dia sendiri ucapkan.Dia singkir kalangan yang bijak pandai yang berpengalaman dalam parti dan telah teruji dengan pelbagai dugaan lalu digantikannya dengan orang-orang seperti Mokhtar Senik , Nasruddin Tantawi, Nik Abduh dan yang sewaktu dengannya....

 Ini hanya kerana semata-mata Hj Hadi seringkali tidak mampu mematahkan hujah mereka ketika didalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat; hingga menyebabkan Hj Hadi terpaksa buat keputusannya sendiri dan mengetepikan keputusan yg dibuat dalam mesyuarat. 

Dengan tersingkirnya mereka yg bijak pandai itu, dan hanya tinggal tukang hangguk-hanguk, maka semua pendapat dan cadangannya sudah tidak ada lagi yang berani membantah dengan hujah....

Perkara ini diakui sendiri oleh Dr Mahfodz sewaktu ditemuramah  disini :
"Sebenarnya, kita bukan tidak mahu golongan profesional tetapi dengan adanya lebih ramai golongan ulama ia akan memudahkan kerja Presiden untuk membuat keputusan yang menyentuh dasar parti. Sebelum ini beliau menghadapi kesukaran dalam soal tersebut."
 Maka ituHj Hadi dilihat hebat! Inilah rahsia bagaimana Hj Hadi nampak hebat kerana dikelilingi oleh manusia wala'un yg hanya pandai mengangguk setiap masa dan ketika....

Satelah baju kuning "Bersih", kini pelekat "#TangkapNajib" menjadi phobia terkini

Posted: 11 Aug 2015 09:41 PM PDT

Suatu ketika dulu, satu negara kecoh pasal pakai baju kuning "#BERSIH". 

Sesiapa sahaja yang pakai baju "#Bersih" dijalanan, polis tahan dan akan tangkap. 

Malah polis yg buat sekatan jalan akan memeriksa beg orang dan kalau didapati ada sahaja baju warna kuning, polis akan tangkap orang itu!

Kini phenomena seumpama itu nampaknya kembali semula. Kali ini pelekat "#TangkapNajib" menjadi phobia di negara yang sedang dilanda kemelut 1MDB....

KUCHING: Seorang peguam tempatan Murnie Hidayah yang menggayakan satu pelekat "#TangkapNajib" pada keretanya ditariklah oleh sepasukan anggota polis di Satok pada Isnin.

 Murnie telah dibawa ke balai polis di mana dia disoal di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang berurusan dengan "penghinaan yang disengajakan dengan niat untuk mencetuskan pecah keamanan".

 Peguam itu menghadapi hukuman maksimum dua tahun penjara jika sabit kesalahan.

Gambar Murnie dan kira-kira 10 anggota polis disekitar kenderaannya telah pun viral di media sosial.

 Peguam itu menulis sebarang tweet bahawa polis telah diberitahu untuk menyiasat "atas arahan pegawai di atas" itu.

 "Mereka bertanya kepada saya jika pelekat itu mempunyai apa-apa kaitan dengan Perdana Menteri (Najib Razak). Saya enggan untuk menjawab dan mengekalkan hak saya untuk berdiam diri," kata peguam itu dalam satu laporan yang dibawa oleh Malay Mail Online.

 Polis dikeluarkan pelekat dari kereta Murnie untuk "membantu siasatan".

 Dua minggu lalu kumpulan belia Demi Malaysia telah menganjurkan perhimpunan "#TangkapNajib"  di Kuala Lumpur untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri letak jawatan.ht freemalaysiatoday

Hj Hadi kata DAP kesaorangan....Mat Sabu curi selipar? (vdo)

Posted: 11 Aug 2015 06:00 PM PDT

Berikut sebahagian daripada ucapan Hj Hadi sewaktu di Manjoi, Ipoh pada 9 Ogos lalu. Betulkah fakta-fakta yang dia sebutkan itu? Letih nak jawab benda yg sama. Nak tergelak pun ada, nak marah pun ada...boleh dia kata DAP keseorangan...??

1) …memerlukan simple majoriti untuk menaikkan Mahkamah Syari'ah dan sebahagian hukum Hudud. Apa yang 76 (a) yg membolehkan semua hukum Hudud, memerlukan majoriti 2/3 , tak cukup lagi.

2) Nak simple majoriti memelukan Umno yg Islam menyokong. Memerlukan PBB yg Islam menyokong. Memerlukan DAP yg Melayu menyokong. Memerlukan PKR yg Islam menyokong. Orang bukan-Islam sila sokong ; ada yg sokong! Orang bukan-Islam ada yg sokong. Menyebabkan DAP merasa risau sangat. Mereka tentang kalau laksanakan juga, mereka akan pecahkan Pakatan Rakyat.

3) Maka berlakulah mereka pecat PAS daripada Pakatan. Tapi PAS masih dengan PKR! DAP tinggal satu! Satu nak berpakat macam mana? Yang kita dengan PKR, masih dalam Pakatan, DAP satu! Macam mana boleh jadi berpakat? Ini terpulang kepada PKR untuk menentukan sikap selepas ini. Tak apalah itu parti lain. 


4) Yang mendukacitakan, orang parti kita. Ini bawa kempen-kempen dalam muktamar. Setelah kempen dalam muktamar, nak bawa pendekatan yang lembut, pendekatan yang sederhana, meninggalkan syari'at! Ini perkara (salabit?), perkara tetap. 

5) Bila Abu Talib berjumpa dengan Nabi, "Wahai Muhammad, pemimpin Mekah minta jangan keras sangat, slow cakap Islam ni."

6) Apa jawab Nabi? "Kalau diletakan matahari di kananku, bulan dikiriku , atau pun aku mati kerananya, aku tak akan berganjak!" Ini jawapan Nabi. Ini jawapan PAS. Jawapan yang diajar oleh Nabi. 

7) Malangnya, bila bertanding dalam muktamar, DAP tolong kempen. DAP kempen untuk muktamar PAS, tak pasal-pasal. Muktamar kita dia kempen. Maka malanglah mereka yang dikempen itu; ditolak oleh ahli-ahli PAS.

8) Setelah ditolak, sepatutnya kita terima hakikat mesyuarat. (tak jelas) Datuk Nasaruddin sebut tadi, belum muktamar dah tolak …(tak jelas)…. Macam pemimpin dulu, ni tak terima hakikat. Ini tidak. Macam …(tak jelas)… orang kampong, mesyuarat jawatankuasa mesjid, pilih pengerusi, pilih bendahari pilih jawatankuasa mesjid; tiba-tiba dia tak dipilih. Bila tak di pilih tak pergi sembahyang jemaah. Bukan tak sembahyang jemaah, gi curi selipar Imam! Lagi teruk! 


Tiada ulasan: