Selasa, 11 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


13 AJK Pemuda PAS Shah Alam letak jawatan, ada cawangan bakal terbubar

Posted: 11 Aug 2015 01:19 AM PDT

Seramai 13 ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Shah Alam hari ini mengumumkan peletakan jawatan mereka di peringkat kawasan selepas parti Islam itu kini dilihat lebih eksklusif selepas pemilihan Jun lalu.

Bekas naib ketua Pemuda PAS kawasan Abbas Salimmi Adzmi (gambar tengah) berkata, peletakan jawatan mereka bermula semalam dan lebih ramai Pemuda Shah Alam akan mengambil tindakan sama.

 "Kami mengambil keputusan ini berdasarkan suara di peringkat cawangan dan kami lihat kami menang pemilihan lalu pun dengan undi yang agak besar.

 "Yang keluar ini pun dapat undi besar dan agak selesa. Jadi kita beranggapan akan berlaku lagi peletakan jawatan atau mungkin pembubaran Pemuda PAS Cawangan di sekitar Shah Alam," katanya pada satu sidang media di Shah Alam, Selangor petang ini. – 11 Ogos, 2015. ~ themalaysianinsider

Hentikanlah amalan membiarkan presiden songlap wang ...

Posted: 10 Aug 2015 11:00 PM PDT


Kita berharap orang-orang Umno tidak jadi 'Melayu Mudah Lupa' sebagaimana yang mantan PM, Mahathir Muhammad pernah ucapkan dulu.

 Melayu Umno jangan lupa ucapan yang pernah diluahkan DS Najib semasa Perasmian Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di Putrajaya pada Februari 2012 seperti berikut : 
"Setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah disertakan resit penerimaan dan dimasukkan ke dalam akaun parti. 
" Menerusi akaun yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap tahun kewangan berakhir. 
 "Kerajaan percaya dengan cara itu akan mengelakkan sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi dan sumbangan itu dapat disampaikan kepada parti dan rakyat di semua peringkat." Katanya melalui rakaman di sini  
 Oleh itu, abaikanlah semua cakap-cakap pembodek seperti Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini yang memberikan kuasa mutlak kepada presiden; seolah-olah presiden partinya itu bersifat sempurna bagaikan malaikat.

 Jika organisasi UMNO dikendalikan dengan betul, setiap derma yang diterimanya tentu telah direkodkan dan perbelanjaan diperincikan. Kata Ku Nan: 
Adalah amalan biasa bagi presiden parti politik untuk memegang wang sebagai amanah bagi parti. 
Menteri Wilayah Persekutuan itu juga berkata, tiada ada lagi keperluan memperkatakan lagi mengenai wang yang telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana ia telah dijelaskan. 

"Beliau (Najib) telah jelaskan, tetapi orang yang cuba membangkitkannya kerana mahu melemahkan-Nya, kerana melemahkannya adalah jalan untuk membuat parti jadi lemah," katanya hari ini di Damansara. - di sini

Setelah penguatkuasa MBI dicaci, pemuda tampil mohon maaf

Posted: 10 Aug 2015 10:00 PM PDT

Seorang pelajar kolej di Ipoh memohon maaf kerana memuat naik status tidak tepat sehingga mencemarkan kredibiliti penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

 Muat naik itu antara lain memaparkan seorang wanita sedang menangis dan barang-barang jualannya berselerak sambil diperhatikan penguatkuasa MBI.

 Ia memberi gambaran bahawa penguatkuasa MBI sengaja membuli peniaga wanita terbabit dengan menyelerakkan barangan jajaannya.

 Tetapi pelajar itu akhirnya mengakui wanita itu sendiri yang menyelerakkan barang-barang jajanya.

 "Saya memang nampak makcik itu sendiri yang menyelerakkan barang-barang jajaannya, namun disebabkan saya berasa amat marah saya pun memuat naik status seolah-oleh pegawai penguatkuasa yang membuat semua perkara itu," jelas Nuruddin Abdul Mujid, 22, dalam sidang media di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada Isnin.

 Sidang media itu diatur bagi menjelaskan perkara sebenar semasa insiden berkenaan. Baca lagi di sini Gambar yang dimuat naik oleh Nuruddin

Orang Arab derma RM2.6 bilion? Bullshit! – Tun M

Posted: 10 Aug 2015 08:00 PM PDT

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak boleh menerima jawapan yang diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa RM2.6 bilion adalah datang dari penderma.

 Katanya, tidak dinafikan bangsa Arab seorang yang pemurah tetapi mustahil untuk bangsa Arab bersikap begitu pemurah dengan mendermakan berbilion ringgit.

"Saya langsung tidak dapat meraih satu dolar pun dari mereka (Arab) untuk Universiti Islam Antarabangsa (UIA) atau untuk Oxford Islamic Centre.

 "Dakwaan bahawa Arab menderma bilion ringit adalah apa yang masyarakat istilahkan sebagai 'hogwash' atau 'bullshit'," katanya.

 Menulis di blognya, Dr Mahathir turut menjelaskan tidak ada mana-mana pemimpin dunia akan dermakan sebanyak AS$700 juta kepada Perdana Menteri Malaysia.

 "Malah, Obama juga tak dapat kumpulkan jumlah sedemikian ketika beliau bertanding jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat, " katanya di sini 


 RM2.6 bilion itu tiada kaitan langsung dengan 1MBD, kata SPRM


SPRM dalam satu kenyataannya telah mengesahkan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib Tun Razak adalah sumbangan derma daripada pihak penderma yang berasal dari Asia Barat dan pihak berkaitan juga sudah mengesahkan mengenai derma berkenaan kepada SPRM.

Bagaimanapun, identiti penderma berkenaan tidak dapat didedahkan. 

Menurut kenyataajn SPRM itu lagi, "SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri.


 "Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma," "Sumbangan derma RM2.6 bilion itu tiada kaitan langsung dengan 1MBD"

Pukul Mat Sabu sindir orang tu.....

Posted: 10 Aug 2015 06:00 PM PDT

SURAT TERBUKA BUAT MAT SABU

Ke hadapan mantan Timbalan Presiden Pas, Tuan Hj Mat Sabu.

Terlebih dahulu, Salam Wala' buat tuan.

 Maaf tok pinta sekiranya warkah pujangga ini bisa mengganggu tuan di dalam aktiviti tuan untuk mengusahakan Harapan Baru. Ada pun tok terpaksa mengirim warkah ini kerana tok ada terbaca seorang penyokong parti tok iaitu parti lama tuan juga yang mengirim warkah terbuka untuk tuan.

 Tujuan warkah ini tok kirimkan hanyalah kerana untuk memperkuatkan surat sahabat tok itu yang mahukan tuan memikirkan kembali untuk mewujudkan parti baru dan kembalilah semula kepada kami. Tok ingin mengariskan beberapa faktor dan hujah yang kukuh lagi syarie mengapa tuan wajib kembali bersama jemaah syurga ini. Faktor-faktor tersebut adalah;

 1. Tuan tidak perlu risau dan susah hati lagi untuk menjadi wakil presiden setiap kali Mesyuarat PR dan kemudiannya keputusan mesyuarat tersebut ditolak oleh Presiden kerana tuan tidak lagi menjadi Timbalan Presiden Kini kita akan serahkan kepada Ustaz Tuan pula meneruskan jihad tuan sebelum ini.

 2. Kami tetap akan menjemput tuan untuk memberikan ceramah anjuran kami kerana tuan adalah aset untuk memenuhkan tabung2 milo kami yang kini semakin gersang. 

 3. Tuan tidak lagi perlu bersusah payah memikirkan tentang Hudud kerana isu Hudud ini telah kita serahkan kepada amno untuk mereka lakukan.

 Kami yakin amno pasti sokong Hudud kerana Adun2 mereka di Kelantan baru2 ini menangis teresak2 dan merengek mahu kepada Hudud. Samada tahun ini Hudud dilaksanakan atau tahun depan hatta sehingga kiamat sekalipun kita redha menanti.

 4. Sekiranya tuan kembali ke pangkuan kami, tuan tidak perlu lagi bersusah2 untuk berdemo sehingga ditangkap dan dilokap kerana guru kita telah pun 'menfatwakan' jangan jadi bodoh untuk berdemontrasi. Tuan akan relaks dan tenang nanti.

 5. Tuan harus memikirkan dengan serius, apakah yang tuan dapat bila berkawan dengan DAP? Adakah Lim Guan Eng atau Kit Siang itu pernah bermimpi berjumpa Nabi?

 Tapi sekiranya tuan kembali bersama jemaah kami, tuan mesti berbangga kita mempunyai orang Islam seperti Tar snake yang telah bertemu para2 sahabat Nabi, lebih menggembirakan kita, di dalam kelab penyokong bukan Islam kita pun ada yang telah bermimpi bertemu Nabi berkali2. Ini tiada di dalam Dap atau PKR.

 6. Tok ingin ingatkan tuan, seandainya tuan berkeras untuk berada bersama PKR atau Dap atau Harapan Baru, tatkala tuan bertanding di dalam Pilihanraya nanti, tidak mustahil tuan akan dituduh sebagai pengedar pil kuda walaupun nama tuan tidak disebut. Tentulah tuan akan merasa aib, bukan?

 7. Adakah tuan tidak yakin akan kekuatan parti tuan yang lama? Tok boleh buktikan bahawa kita kuat.

 Kita pernah memerintah Terengganu Sepenggal. Kedah juga kita dapat sepenggal. Di Kelantan, kita masih memerintah walaupun di dalam PRU13 yang lalu kita hilang 6 Kerusi tetapi itu tidak menjadi masalah kerana kita hanya perlukan keredhaan Allah.

 8. Tok faham tuan mahu lari dari jemaah tok bukan kerana tewas di dalam pemilihan parti kerana tok tahu tuan kerap tewas di dalam pertarungan yang lebih besar iaitu di dalam Pilihanraya dan tuan waktu itu tetap bersama jemaah. Tuan sanggup tinggalkan kawasan atau kubu tuan di Kedah waktu itu untuk bertanding di mana2 saja yang diarahkan oleh guru kita.

 Guru kita pun tidak pernah berani keluar dari kawasannya di Marang, tetapi tuan berani.

 Maka, elok benarlah tuan kembali kepada kami kerana mudah untuk kami arahkan tuan bertanding di mana2 seperti dahulu dan ini sedikit sebanyak akan menambahkan pahala jihad tuan.9 Tidakkah ini menguntungkan tuan?

 9. Apalah gunanya tuan bersama YB Khalid Samad? Apakah Khalid samad itu lebih hebat dari Nik Abduh atau Tontowi? Apakah Khalid samad tahu tentang pengadil bola?

 Tok tahu tuan peminat bolasepak, maka inilah peluang untuk tuan mendapatkan pandangan darihal bola melalui MP Pasir Mas kita yang berkaki lebar itu.

 10. Percayalah tuan. Amno yang tuan bencikan sangat itu tidaklah seteruk Firaun. Dap lebih teruk dari Firaun kerana Dap lah yang merampas royalti minyak di dua negeri Melayu iaitu di Kelantan dan Terengganu. Di negeri guru kita sendiri, adakah tuan lupa Dap yang meruntuhkan Masjid Kg Bujal? Kedua2 negeri ini adalah kubu kuat parti kita, mengapa Dap khianat? Mengapa tuan harus bersama Dap? Pembunuhan di Memali, adakah tuan lupa betapa zalimnya Dap?

 Sewajarnya lah tuan tinggalkan Dap dan kembalilah kita bersama untuk memperkuatkan jemaah kita sekaligus memperkuatkan amno.

 Yang Dihormati Tuan Mat Sabu,

 Cukuplah setakat ini tok menulis warkah nan usang ini. Bukan niat tok untuk mengguris perasaan tuan, tetapi tok hanya mahu melihat tuan masuk syurga. Tok menulis ini bukan kerana tuan, tok menulis ini adalah jihad. Sekiranya tok mati di dalam keadaan menulis ini, mati tok adalah jihad.

 Sekian dulu warkah dari tok, semoga tuan dapat beristikhorah dengan semua yang tok nyatakan di atas.

 Maafkan tok sekiranya warkah ini bisa membuatkan tuan menitiskan air mata kerana sesungguhnya setiap titisan air mata tuan itu, satu mahligai di syurga, InsyaAllah.

 Sekian, Wassalam.

Pengarang Kitab "Label Lil Insani"

Tiada ulasan: