Sabtu, 1 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mohd Amar masih tidak serik kena mohong dengan Umno ....

Posted: 01 Aug 2015 09:00 AM PDT

Pas Kelantan berharap pelantikan Kabinet baharu memberi ruang perbincangan luas kepada pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).

 Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, memandangkan pelantikan tersebut masih baru, biarlah soal Kabinet diselesaikan terlebih dahulu sebelum membincangkan harapan rakyat Kelantan itu.

 "Kita kena tengok dulu macam mana, kita bagi masa Kabinet baharu ini selesai dulu. Tapi harapan kita dengan pelantikan Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki itu akan boleh membuka ruang yang lebih kepada perbincangan kita melaksanakan hudud. Baca seterusnya  di sini 

Kesian dengan mamat ni. Asyik kena tipu dengan janji-janji manis Umno sahaja. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir tempoh hari berjanji, jika PAS mahu jalankan hudud, kerajaan persekutuan tidak menghalang.

Ternyata Mamat ni sudah dua kali cubaan RUU enakmen hudud tersebut gagal dibawa ke parlimen, mamat ni pun dah berputus harap dengan Jamil Khir. Maka kini dia cuba nak menagih simpati pula daripada Dr Asyraf Wajdi yang baru dilantik.

Entah apa jenis tolol simamat ini kerana masih tidak mahu menyedari hakikat nya bahawa Umno hanya nak jadikan PAS bahan lawak sahaja.

Bahawa pengguguran 5 menteri daripada barisan kabinet DS Najib tidak akan mengubah sikap dan pendirian Umno terhadap Hudud.

Muhyiddin Yassin, Shafie Afdal, Hasan Malek, G Palanivel dan Datuk Dr Ewon Ebin bukanlah  faktor utama yang menyebabkan Hudud ditentang oleh Umno, tetapi DS Najib sendiri adalah faktor utamanya.

DS Najib, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan wartawan pernah berkata,  "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan."

 Pada 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan, Najib menyatakan "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

1MDB: Timb pendakwa raya pula ditahan

Posted: 01 Aug 2015 07:00 AM PDT


Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Sazilee Abdul Khairy, yang dipinjamkan daripada Jabatan Peguam Negara, adalah orang yang ketiga ditahan – Gambar TMI

 Seorang timbalan pendakwaraya yang terlibat dalam tangkapan baru-baru ini berkaitan dana dari sebuah agensi kerajaan yang didakwa disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ditahan polis, kata sumber.

 Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Sazilee Abdul Khairy, yang dipinjamkan daripada Jabatan Peguam Negara, adalah orang yang ketiga ditahan pagi ini.

 Dua yang lain, Tan Sri Rashpal Singh dan Jessica Kaur, akan dibebaskan malam ini selepas polis gagal mendapatkan tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya tengah hari tadi. – TMI

 Baca: Tan Sri dan pegawai pejabat peguam negara ditahan 

 Rashpal adalah bekas penasihat SPRM manakala Jessica bertugas di Jabatan Peguam Negara.

 Kedua-duanya ditahan pagi ini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di mana mereka ditahan untuk disoal siasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Tan Sri Rashpal Singh –
Foto www.malaysia-today.net
Difahamkan mereka mungkin akan dibebaskan sebaik sahaja polis, yang mempunyai 24 jam untuk menahan mereka, selesai menyoalsiasat mereka.


 Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan tangkapan itu, menurut Malaysiakini, tetapi berkata Sazilee tidak ditahan reman kerana polis dijangka akan selesai menyoal beliau hari ini. Khalid memberitahu portal berita itu, tangkapan itu dibuat berkaitan laporan polis yang dibuat terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. Peguam Rashpal dan Jessica enggan menjelaskan dengan tepat atas kes apa anak guam mereka sedang disoalsiasat.

 Rashpal bagaimanapun pernah dilaporkan laman web Malaysia Today menemui Rewcastle-Brown di London dan disyaki terlibat membocorkan maklumat mengenai 1MDB kepada laman web yang berpangkalan di United Kingdom itu.

 Tetapi SPRM menafikan perkara ini dalam satu kenyataan pada 21 Julai, mengatakan Rashpal, sebagai seorang penasihat, tidak mempunyai akses kepada siasatan agensi itu. Khidmat beliau dengan lembaga penasihat itu juga berakhir pada Februari. SPRM juga menafikan mana-mana kebocoran maklumat daripada penyiasat kerajaan berhubung 1MDB datang dari dalam agensi anti-rasuah itu.

 SPRM dan Jabatan Peguam Negara merupakan sebahagian daripada pasukan petugas khas kerajaan yang menyiasat 1MDB serta dakwaan yang wang dari entiti berkaitan dana pelaburan negara itu didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 Dua agensi lain dalam pasukan itu polis dan Bank Negara Malaysia.

 Polis pada 8 Julai berkata pihaknya akan menyiasat kebocoran maklumat mengenai siasatan ke atas 1MDB, mengatakan mereka juga akan meneliti anggota pasukan petugas itu sendiri.

 Ia terjadi susulan The Wall Street Journal mendakwa sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib, memetik maklumat daripada penyiasat Malaysia.

 Najib menafikan mengambil wang untuk kepentingan peribadi, tetapi tidak secara langsung menyentuk mengenai pemindahan dana itu.

 Beliau, bagaimanapun, menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakannya bersubahat dengan pihak asing untuk menjatuhkan pentadbiran beliau.

 Peguam Negara yang baru, Tan Sri Apandi Ali juga baru-baru ini berkata, terdapat plot untuk menjatuhkan perdana menteri. – TMI. ~sumber

NAJIB DIGESA NAFIKAN KENYATAAN AZALINA

Posted: 01 Aug 2015 05:00 AM PDT

PEMUDA HARAPAN BARU NEGERI PERAK terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Azalina Othman Said yang baru sahaja dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung sejumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 Dalam kenyataannya di dalam satu laman portal, Azalina berkata, pendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa wang berjumlah RM2.67 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib bukanlah isu besar.

 Azalina juga menyatakan, tiada salahnya seseorang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya.

 Kami menyifatkan, kenyataan Azalina itu secara tidak langsung membenarkan dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report (SR) mengenai perkara itu.

 Datuk Seri Najib perlu segera menafikan kenyataan Ahli Parlimen Pengerang itu dan jika beliau berdiam diri, seolah-olah apa yang dikatakan oleh Azalina adalah benar.

 Jika benar apa yang dikatakan oleh Azalina, Datuk Seri Najib mesti memberikan justifikasi dan meyakinkan rakyat mengapa sejumlah wang bernilai tinggi yang dimasukkan ke dalam akaunnya itu tidak menjadi masalah besar.9 Pemuda Harapan Baru Negeri Perak juga menggesa Perdana Menteri mendedahkan siapa individu atau pihak yang sanggup menyalurkan wang sebesar itu ke dalam akaun peribadinya.

 Sudah pasti rakyat akan mempersoalkan apakah yang telah dipersetujui antara kedua-dua belah pihak sehingga pihak tersebut sanggup menyalurkan wang sebesar itu ke dalam akaun Datuk Seri Najib.

 Jika Azalina mengatakan wang tersebut bukan untuk Umno, Datuk Seri Najib perlu menjelaskan wang tersebut untuk siapa. Jika untuk Umno, kenapa Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno tidak mengetahui tentang perkara itu sehingga ia didedahkan oleh pihak lain.

 Justeru itu, sekiranya dakwaan Azalina itu tidak benar, kami menggesa Datuk Seri Najib mengenakan tindakan ke atas Azalina atau memecat menteri yang baru dilantik itu kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan aspirasi kabinet. Ini kerana kenyataan itu boleh melemahkan keyakinan rakyat terhadap Datuk Seri Najib dan barisan kabinetnya.

 Kami menggesa Najib membuka mulut dan memberikan penjelasan kepada rakyat kerana isu tersebut adalah isu serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan maruah negara. Jika beliau gagal memberikan penjelasan, adalah lebih bermaruah sekiranya beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri!

 ‪#‎HarapanBaru‬ 

MOHD FITRI ASMUNI
Timbalan Ketua, 
Pemuda Harapan Baru Negeri Perak

Bekas penasihat SPRM, pegawai pejabat peguam negara ditahan bantu siasatan 1MDB

Posted: 01 Aug 2015 03:00 AM PDT

Kalau pendedahan Sarawak Report dan The Wall Street Journal (WSJ) itu bohong dan palsu sebagaimana dakwaan DS Najib yang kononnya untuk menjatuhkan beliau, kenapa bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seorang pegawai dari Jabatan Peguam Negara ditahan reman untuk soal siasat terhadap isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB)?

 Di laporkan : Polis menahan dua orang – seorang bekas penasihat agensi pencegah rasuah dan seorang pegawai dari Jabatan Peguam Negara – sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

 Salah seorang daripada mereka – bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – dilaporkan bertemu pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di Hyde Park, London baru-baru ini manakala seorang lagi sebahagian daripada unit untuk aktiviti pengubahan wang haram.  Baca lagi  di sini

Rakyat Suruh Tangkap Najib bukan tangkap lain!

Posted: 01 Aug 2015 01:29 AM PDT

Dua wakil rakyat pembangkang ditangkap hari ini selepas tidak mengendahkan amaran polis untuk bersurai berhampiran kompleks membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur hari ini, menjelang protes #TangkapNajib petang ini.

 Wakil rakyat PKR itu – ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai Tan Kar Hing – ditahan pukul 2.20 petang selepas mereka tidak mempedulikan arahan polis yang sudah mula mengambil tindakan terhadap peserta protes itu.

 Kehadiran begitu ramai pihak polis dapat dilihat dengan kira-kira 80 anggota ditempatkan di sekitar kompleks membeli-belah popular di mana para peserta perhimpunan sedang berkumpul.  

 Dalam pada itu, lebih ramai orang telah ditangkap, sebahagian besar daripada mereka dikatakan aktivis. Para peserta juga dilihat membaling mercun sebagai membalas dendam terhadap tindakan polis dan ini telah memaksa beberapa kedai-kedai berdekatan menutup prremis perniagaan mereka.

 Sumber berkata, polis juga menahan mereka yang memakai baju putih-T di stesen LRT Raja Laut yang berdekatan untuk menghalang mereka daripada menyertai orang ramai di Sogo.

 Beberapa jalan juga disekat untuk menghadkan akses ke pusat bandar.

 Pada pukul 3 petang, polis, dengan menggunakan alat pembesar suara, mengeluarkan amaran kepada peserta untuk bersurai. Difahamkan bahawa tangkapan kini sekitar 30 orang. ~ sumber

Terbaru maklumat dari fesbuk :

Abah Anas ar Rembawi , isteri dan anaknya
di bawa ke balai polis




Sempat muatnaik status di fesbuk! Hebat isteri OKZ Abah Anas ar Rembawi. Mana pergi itu OKZ yang tersohor , Khairul Ghurabak? Ha!Ha!Ha! dia belum sedar lagi yang dia dah tergelincir jauh dari perjuangan ........ kesian dia!

Sebab Sebenar Peguam Negara Telah Dipecat

Posted: 01 Aug 2015 12:07 AM PDT

Menurut dakwaan Sarawak Report (SR), dokumen-dokumen draf peringkat terakhir yang disediakan oleh Peguam Negara, telah dihantar kepadanya berikutan pemecatan Gani Patail dan kini telah disahkan oleh pihak kanan yang lain.

 Peguam Negara adalah di peringkat akhir untuk mendakwa kes rasuah terhadap Perdana Menteri Malaysia.

Ia adalah kertas pertuduhan untuk amalan rasuah di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM, yang membolehkan hukuman hukuman sehingga 20 tahun penjara di bawah Seksyen 24 Akta tersebut.

Dalam keadaan yang tidak disangka orang ini dipertanggungkan adalah tidak lain daripada Perdana Menteri "Dato 'Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak" bersama-sama dengan seorang pengarah syarikat, Dato' Shamus Anuar Bin Sulaiman.

 Draft pertuduhan pertama menyatakan :

Bahawa kamu, bersama seorang lagu masih bebas iaitu Nik Faizal Ariff Bin Kamil pada 26.12.2014 di AmIslamic Bank Berhad, bangunan Ambank Group, No. 55 jalan Raja Chulan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu Perdana Menteri Malaysia merangkap Mentei Kewangan dan sebagai Penasihat Khas (Ameritus Advisor) Syarikat SRC International Sdn. Bhd. dengan niat bersama telah secara rasuah memperoleh suapan berjumlah wang tunai RM27juta daripada Syarikat SRC International Sdn. Bhd. yang dibayar melalui  Syarikat Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan Syarikat Ihsan Perdana Sdn. Bhd. ke akaun kamu AmPrivate Banking 1MY akaun no. 2112022011880 sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu membantu mendapatkan pinjaman dana daripada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) (KWAP) kepada Syarikat SRC International Sdn. Bhd.
Oleh yang demikian kamu melakukan kesalahan dibawah seksyen 17(a) ASPRM 2009 yang boleh dihukum dibawah seksyen 24 Akta dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Kesiksaan. 
Hukuman dinyatakan sabit kesalahan di bawah s24 ASPRM 2009 boleh di penjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang tinggi.

Jenayah yang disebut itu telah dilaporkan secara meluas berikut pendedahkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal pada awal bulan lalu.

Menurut SR, dokumen yang dikeluarkannya itu adalah daripada siasatan pasukan petugas ke dalam 1MDB, yang menunjukkan bahawa bekas anak syarikat SRC International (yang Ketua Pegawai Eksekutif adalah Nik Kamil) telah membuat beberapa bayaran ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri berjumlah berjuta-juta ringgit dalam tempoh dari Disember lepas ini februari.

 Bayaran pergi melalui syarikat Gandingan Menteri Sdn Bhd, yang mana Pengarah adalah Nik Faisal Ariff Kamil (juga mahu untuk disoal) dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd. yang mana Pengarah Shamus Anuar juga dinamakan dalam waran itu.


Satu draf pertuduhan pilihan yang didakwa sedang diusahakan oleh Peguam Negara, telah turut diperolehi oleh Sarawak Report juga telah disiarkan dalam laporannya.Gambar sebelah.

Menurut Sarawak Report,  ketika Gani Patail tiba di pejabatnya pada pagi Isnin untuk memuktamadkan caj  terhadap Perdana Menteri, hasil daripada siasatan pasukan petugas pelbagai agensi dalam 1MDB, dia dapati Ali Bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, telah menunggunya disitu dan memberitahunya [Peguam Negara, Abdul Gani Patail] bahawa dia telah dibuang kerja. 

Gani tidak dapat masuk kedalam pejabatnya untuk mendapatkan kertas-Nya.

  Dalam masa beberapa jam sebagaimana yang rakyat Malaysia semua tahu, Najib telah melaksanakan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagaimana berikut :
  
Kebakaran di tingkat 10 Bukit Aman petang itu - ia adalah di mana semua dokumen mengenai jenayah kolar putih disimpan??

 Ketua Cawangan Khas telah dibuang, Timbalan Perdana Menteri telah dibuang dan empat orang anggota Jawatankuasa menyiasat Akaun Parlimen dinaikkan pangkat tanpa pilihan untuk jawatan dalam Kabinet dan tugasnya telah diisytiharkan digantung.

 Pengkritik-pengkritik kabinet yang tahu skandal 1MDB juga telah disingkir oleh Perdana Menteri. Ia juga mengumumkan bahawa mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, yang mewakili kepimpinan utama parti pemerintah, juga telah dibatalkan oleh Perdana Menteri.

 Sekarang satu Malaysia tahu mengapa Perdana Menteri telah memecat Peguam Negara dan ahli-ahli politik atasan. ~ sumber

Peguam Negara yang baru Afendi Ali telah menafikan draft dokumen tersebut dan menganggapnya sebagai palsu. Tapi ramai yang beranggapan hanya Gani sahaja, orang yang paling berhak untuk megesahkan.

JANGAN MENGHIDUPKAN SEMULA BUDAYA TAKFIRI YANG TELAH BERJAYA DIKIKIS OLEH ALMARHUM USTAZ FADZIL

Posted: 31 Jul 2015 09:00 PM PDT

BismillahirRahmanirRahim  

Saya menerima satu artikel yang disebarkan dalam alam maya yang berjudul "TEGAS TANGANI ANASIR DALAM JAMAAH" ditulis oleh Izwan Abdul Halim (Exco Pemuda Pas Malaysia).

 Saya amat terkejut apabila membaca artikel yang menyimpulkan hukuman bunuh terhadap "kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga" yang dinisbahkan kalam tersebut kepada seorang tokoh agama di negeri Kedah.

 Saya MENGANGAP bahawa kenyataan ini amat bahaya, bahkan memasarkan kembali pemikiran takfiri di kalangan masyarakat.

 Di sini saya turunkan petikan tersebut beserta ulasan secara point dari kenyataan tersebut. " Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga, dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, nabi suruh bunuh, jangan taruh".

 "Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak, ini hadith sohih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu, tapi orang yang tak percaya Hadis dan Quran payah kira, orang ni tak sah untuk lantik sebagai pimpinan" tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an Nisa.9 Dari petikan tersebut ini komen saya:

 1. Budaya mudah menghukum dengan hanya bersandarkan kepada 'teks' hadis yang difahami oleh pemberi kenyataan amat berbahaya, kenyataan ini secara umum (sebagaimana yang saya selami) merujuk kepada hadis yang berkaitan dengan jamaah, lalu perkataan jamaah itu disandarkan kepada satu pihak sahaja, sedangkan di kalangan para ulama hadis menafsirkan jamaah itu kepada beberapa makna, antaranya :

 a. Sawadul a'zam (pandangan majoriti yang dipegang oleh Muslimin) b. Imam mujtahid dan fuqaha c. Sahabat Nabi d. Kesatuan ummat Islam e. Kesatuan ummat Islam yang dipimpin oleh pemimpin agung.

 Semua takrifan tersebut, tidak DIRUJUK kepada mana2 jamaah, bahkan kebanyakan syurrah (para pensyarah Hadith) menilai al Jamaah itu dirujuk kepada ummat Islam yang bernaung di bawah pimpinan seorang khalifah.

Bermudahan dalam menafsirkan istilah jamaah ini akan menatijahkan kecelaruan dalam berhukum sehingga akan menyebabkan tuduhan kufur, murtad, berdosa dan mati jahiliah akan berleluasa di kalangan ummat ini.

 2. Ketegasan hukum ini kononnya disandarkan kepada ayat 105 surah an Nisa. Ayat 105 surah an Nisa adalah: " Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab (Al Quran) kepadamu (Muhammad) membawa kebenaran, agar engkau mengadili antara manusia dengan apa yang telah diajarkan Allah kepadamu dan janganlah engkau menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang yang berkhianat".

 Setelah anda meneliti ayat di atas, dimanakah yang boleh dinyatakan "ketegasan hukuman" yang dimaksudkan sehingga membolehkan membunuh orang yang "mari dengan parti Islam baru". Ayat al Quran bukan boleh dipasangkan mengikut suka hati sahaja.

 Saya membelik dua tafsir (Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir dan Al Muyassar fi Tafsiril Quran), saya tak temui maksud ketegasan hukum tersebut. Sekali lagi kesucian ayat Al Quran yang seharusnya membawa rahmat kepada manusia sejagat dinukilkan dengan secara yang 'amat2 salah' sehingga menghalalkan darah manusia yang amat suci dalam agama ini.

 Kepada Saudara Izwan dan yang sewaktu dengannya ! Berhatilah2 dalam menukilkan dalil sehingga agama yang rahmat ini tidak disalahertikan.

Ridzwan bin Abu Bakar 
9 30 Julai 2015 / 15 Syawal 1436 H 
Perlembahan Ilmu, Derang

Artikel yang dimaksudkan itu ialah sebagaimana berikut :

TEGAS TANGANI ANASIR DALAM JAMAAH

 Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
ALOR SETAR: Tokoh ulama PAS Negeri Kedah, Tuan Guru Abdul Wahab Hassan melontarkan peringatan bermakna untuk direnungi seluruh anggota Harakah Islamiyah PAS berhubung pendirian dan tindakan terhadap situasi dalaman yang sedang melanda jamaah masa ini.
Menurutnya, terdapat empat kewajipan utama pemimpin dengan perkara pertama adalah 'tanfizu syariah' iaitulah meluluskan syariah sekadar boleh dan termampu, di mana hasrat itu tidak ada pada parti Islam baharu yang disebut-sebut akan ditubuhkan.
Kedua ujarnya, 'nasyru dakwah' iaitulah mengibarkan dakwah seluas-luasnya dan ketiga adalah 'al qada u ala tawaghit' yakni segera menyelesaikan segala bentuk penyelewengan terutama di dalam jamaah.
 "Saya tengok terlalu lewat bertindak dari pimpinan. Semua yang ternyata bawa cela (kerosakan) tak patut lekat (berada) dah, bagi saya jangan taruh (simpan) dah. Puak ni taruh jadi bahaya, jadi duri dalam daging," tegas beliau yang dikenali dengan julukan Tuan Guru Awang Lanai.
Manakala keempat katanya, 'idadu jaish 'ila ikalimatillah' iaitulah menyediakan sebanyak mungkin tentera atau kumpulan tenaga kerja untuk meninggikan kalimah Allah.
Beliau turut memetik takrif kepimpinan oleh Imam Al-Mawardi RA dari kitab Ahkamu Sultaniah yang bermaksud "Kepimpinan diasaskan sebagai pengganti Nabi-nabi meneruskan sistem pemerintahan dalam menjaga agama dan urus tadbir dunia dengan hukum hakamnya dan pegangan mereka di tengah-tengah ummah adalah wajib disepakati".
Perkara itu terangnya, telah tercatat sejak tahun 450 Hijrah lagi, malangnya ulama-ulama di dalam Umno membutakan mata dan membisu terhadap perkara itu kerana menjaga periuk nasi dan kepentingan peribadi.
"Ini sebab depa (mereka) belajar (agama) mula tujuan macam tu dah. Sebab tu saya pesan kepada pelajar kita yang pergi mengaji luar negeri, jangan niat pergi belajar tu untuk nak cari makan gaji, nampak kuasa dan sebagainya.
"Siapa yang niat tujuan dia belajar (agama) macam tu, Allah akan turunkan dia tiga bala. Yang pertamanya dibalakan dengan jawatan. Kedua Allah letakkan dia dipinggir negeri di tempat tidak ada orang boleh kira berbicara.
"Bala ketiga Allah Taala matikan ketika umurnya muda lagi, tak sampai had pencen akan mati awal. Jadi yang belajar kerana tujuan tu, tengok dalam kitab Ihya' Ulumuddin Imam Ghazali sebut nasihat ni kepada pelajar-pelajar.
"Jadi, pergi luar negeri kena niat elok nawaitu. Ingat niat nampak habuan besar, balik rupanya jumpa tiga bala ni," ujar Mudir Pondok Tahzibun Nufus Lanai, Parit Panjang. Kerana itulah katanya, pemilihan pemimpin dalam Islam, apatah lagi Jamaah Islam, mestilah mereka yang ahli agama dan sekiranya tidak, bermakna parti atau kumpulan tersebut hanya ada Islam pada nama semata-mata.
Malah menurutnya, sebagaimana pemimpin itu adalah pengganti Nabi menjaga agama dan politik dunia, maka perlantikan pemimpin di kalangan umat juga wajib dengan ijmak ulama. Beliau yang berpengalaman hampir 30 tahun sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan Baling turut menggesa pimpinan agar segera bertindak terhadap semua anasir di dalam jamaah dan akuinya pernah menyampaikan perkara tersebut kepada pimpinan.
"Jangan bela, jangan beri layanan langsung kepada puak-puak baru timbul ini sama ada PasMa, G18, kena pisah hapus jangan bagi sempat tumbuh.
"Dalam hadis riwayat Muslim ada kata, "Barangsiapa yang datang kepada kalian sedang urusan kalian berada di tangan seorang lelaki (pemimpin), lalu dia hendak memecah belah ikatan kesatuan dan mencerai beraikan jamaah kalian, maka bunuhlah dia".
"Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga. Dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, Nabi suruh bunuh, jangan taruh.
"Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak. Ini hadis sahih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu. Tapi orang tak percaya hadis dan Quran payah kira. Orang ni tak sah untuk lantik pimpinan," tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an-Nisa'.
Katanya, Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam pemerhatiannya mengambil pandangan mereka daripada golongan bukan Islam terutama DAP berdasarkan sikap berdiam diri anggota GHB tatkala DAP menyerang pimpinan PAS, di mana diam itu adalah tanda setuju.
Sedangkan katanya, serangan DAP itu adalah kepada para alim ulama dan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.
Beliau menggesa agar golongan seperti itu jangan dibawa masuk ke premis dan entiti jamaah serta dijauhi.
Membaca petikan kitab, Tuan Guru menyebut, mendepani gerak kerja jamaah adalah wajib atas setiap Muslim dan mengerjakannya dan melunasinya adalah tanggung jawab yang dituntut serta dipertanggung jawabkan di hadapan Allah.
"Akan ditanya kamu kerja tak untuk kuatkan jamaah Islam. Tuhan akan tanya kamu buat tak kerja ni? Tahap mana kamu kerja? Itu saja akan ditanya. Kita hidup atas muka bumi kuatkan tak jamaah Islam?
"Ini kadang-kadang tak ambil tahu langsung masalah jamaah Islam nak hidup atau mati, senyap saja. Nabi kata, "Setiap amalan dicatat dan dipegang dengannya pertanggung jawaban atas mereka".
"Kerana inilah Islam seru kita untuk tempatkan diri dalam jamaah dan tegah untuk pencilkan diri ketika adanya jamaah. Kalau tak ada, wajib kita bantu tubuhkan jamaah. Jelas kena ada jamaah sehingga kalau pemimpin menyeleweng sekalipun, zalim sekalipun tetap kena duduk dalam jamaah," terang beliau.
Tuan Guru turut membacakan hadis Nabi di mana menegaskan sesiapa keluar dari jamaah yang telah terpimpin maka boleh dipenggal lehernya kecuali ia kembali kepada jamaah dengan menegaskan bahawa hadis itu kuat kerana terdapat dalam Musnad Imam Ibnu Hambal, Sunan Tarmizi dan Sahih Muslim.
Jelasnya, terjadinya perkara-perkara sedemikian adalah disebabkan berjuang dengan tidak berpandu al-Quran dan hadis serta berjuang mementingkan jawatan dan kebendaan, bukan menuju akhirat.SUMBER
CATATAN :
Entah kenapa sumber asal artikel tersebut  ( http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/36677-tegas-tangani-anasir-dalam-jamaah) kini tidak dapat di akses.

GHB ambil alih parti KITA, alternatif kepada PAS - Mujahid

Posted: 31 Jul 2015 07:00 PM PDT

GEORGE TOWN, 31 Julai - Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini memberi jaminan bahawa tidak akan ada sebarang percubaan untuk "membunuh" Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dalam rancangan pengambilalihan kumpulan itu oleh Harapan Baru (HB) .

  Pengerusi pro-tem HB Pulau Pinang itu berkata tiada apa-apa untuk Zamil Ibrahim  bimbang tentang KITA kerana rancangan hanya akan menyusun semula parti itu dengan barisan kepimpinan baru.

 "Kami berada di pusingan terakhir perbincangan mengenai pengambilalihan dan diharapkan kami akan dapat siapkan pada 31 Ogos," kata Mujahid pada sidang akhbar di sini.

 Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelumnya, Zamil - yang melepaskan jawatannya sebagai pengerusi KITA - berkata beliau dan penyokongnya akan berusaha untuk menjaga KITA terus hidup, walaupun HB mungkin "membunuh" parti.

 Beliau berkata kepada jawatankuasa HB, yang terdiri daripada progresif PAS yang telah disingkirkan dalam pemilihan parti Islam itu baru-baru ini, supaya segera keluar dari PAS dan menyertai KITA. 

 Mujahid hari ini mengakui bahawa itu merupakan sebahagian daripada rancangan jawatankuasa HB untuk menyertai KITA sambil menegaskan bahawa ia adalah "langkah taktikal".

 "Jadi, akan ada masa tertentu untuk mengumumkan kita menyertai parti," katanya, sambil menambah bahawa ia akan menjadi lebih mudah untuk menyertai dan menyusun semula parti yang sedia ada daripada mendaftar yang baru dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

 Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow mengumumkan pelantikan semula dua anggota Majlis, Mohd Nasir Yahya (MBPP) dan Dahalan Fazli (MPSP) berkuat kuasa 1 Ogos ini.

 Chow berkata pelantikan itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 29 Julai lepas meluluskan untuk melantik semula dua anggota Majlis daripada PAS itu.

 Mhd Nasir dan Dahalan sebelum ini meletak jawatan sebagai Anggota Majlis berikutan keputusan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 Jun lepas menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan iaitu memutuskan hubungan dengan DAP. ~  sumber 

Bebaskan segera Aktivis Anak Muda

Posted: 31 Jul 2015 04:55 PM PDT

Demo #Tangkap Najib akan diteruskan Sabtu ini)

 Aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh merupakan yang ketiga ditangkap kelmarin selepas dua aktivis lain ditahan awal petang kelmarin. 

Mandeep ditangkap ketika beliau hadir setelah beliau dipanggil untuk hadir ke balai polis tanpa diberitahu sebabnya.
Peguamnya Honey Tan berkata, dia ditahan di balai polis Petaling di Jalan Klang Lama mengikut Seksyen 124 (b) Kanun Keseksaan, kerana menjalankan aktiviti mengancam sistem demokrasi berparlimen.

Terdahulu hari ini, aktivis Demi Malaysia Adam Adli Abd Halim dan Syukri Rezab ditahan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi susulan penganjuran demonstrasi jalananan #TangkapNajib yang akan diadakan di Kuala Lumpur hari ini.

Tiga tahanan terbabit dihantar ke balai polis Jinjang malam tadi dan permohonan reman terhadap mereka dijangka dilakukan hari ini pada jam 10 pagi. ~ sumber

 Sementara itu, Penyelaras GERAKAN ANAK MUDA HARAPAN BARU (HB), Mohd Sany Hamzan menganggap tangkapan dibawah Akta Hasutan ini adalah ugutan yang tidak perlu. Rakyat perlu diberi kebebasan sebagaimana jaminan dalam perlembagaan untuk berhimpun secara aman. Polis sepatutnya bekerja keras untuk menangkap penyangak-penyangak yang merompak wang syarikat 1MDB.

"Sepatutnya pihak polis berunding dengan mereka secara terbuka. Beberapa himpunan sebelum ini berjalan dengan baik apabila pihak polis sedia berunding dengan penganjur dan tidak menggunakan kekerasan. 

 "Masyarakat awam sudah biasa dengan amaran pihak polis tentang kononnya wujudnya himpunan yang akan mencetus keganasan dan huru-hara. Namun apabila tiba hari kejadian, tiada keganasan dan huru-hara yang berlaku. " katanya.

Tiada ulasan: