Rabu, 22 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Rakyat Sabah Tolak TPPA

Posted: 22 Jul 2015 11:30 PM PDT

PERINGATAN TEGAS KEPADA KDN DARI RAKYAT SABAH !

Posted: 22 Jul 2015 11:00 PM PDT

4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK MASUK NERAKA OLEH WANITA | NAUZUBILLAH - by TraveloQue ByQueAchmad

Posted: 22 Jul 2015 10:15 PM PDT


4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK MASUK NERAKA OLEH WANITA | NAUZUBILLAH | Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka adalah:

1. Ayahnyabaca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.


(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat. menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana sholatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat… dan tidak menutup aurat.)

4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata-ngatai dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak…. dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. karena ibu juga insan biasa… sekali lepas dari melakukan dosa… selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

BETUL KE BERiTA INi atau PERANG SARAF ?

Posted: 22 Jul 2015 09:30 PM PDT



3 Wakil Rakyat PAS Dari Selangor Umum Keluar Parti


Dua ADUN PAS dan seorang Ahli parlimen dari Selangor mengesahkan akan keluar parti dan menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) pada 14 September ini.

Ketiga-tiga mereka ialah ADUN Morib, Hasnul Baharuddin; ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud.

Tukar Tiub

Zahid, kenapa Tony Pua tak boleh ke luar negara? Khairil Ashraf

Posted: 22 Jul 2015 08:45 PM PDT

 
tony-pua-justo

Tony Pua akan berbincang dengan peguamnya Gobind Singh Deo untuk menyaman kerajaan Malaysia.

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua bercadang untuk menyaman kerajaan Malaysia kerana menghalangnya ke luar negara.

Katanya, dia akan berbincang dengan peguamnya, Gobind Singh Deo untuk tindakan selanjutnya.
Dalam sidang medianya bersama kepimpinan DAP di Ibu Pejabat DAP di sini pada Rabu, Tony Pua yang juga Pengerusi DAP Selangor berkata, dia dimaklumkan oleh pegawai Imigresen pada jam 3.15 petang yang namanya telah disenarai hitam dan tidak boleh ke luar negara.

Katanya, dia sepatutnya ke Jogjakarta, Indonesia atas urusan rasmi.

"Pegawai kanan Imigresen datang dan memaklumkan kepada saya bahawa saya dihalang meninggalkan negara ini.

"Saya bertanyakan kepada pegawai tersebut kenapa saya dihalang tetapi tiada jawapan diberi," katanya.

Dia turut terkejut kerana tidak pernah dimaklumkan oleh mana-mana pihak selama ini yang dia tidak dibenarkan ke luar negara.

Katanya, kali terakhir dia ke luar negara adalah pada 31 Mei lalu ketika menghadiri Persidangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Komanwel di Malta.

Sehubungan itu, Tony Pua menuntut jawapan daripada pihak berkuasa dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kenapa dia dihalang ke luar negara.

Tony Pua turut menyifatkan larangan beliau ke luar negara itu menunjukkan terdapat salah guna kuasa oleh pihak berkuasa.

"Ini menunjukkan salah guna kuasa yang menghalang saya untuk pergi ke negara yang saya mahu," katanya.

Tony Pua turut ditanya adakah dia pernah berjumpa dengan Lester Melanyi dan warga Switzerland, Xavier Andre Justo.

"Tak Pernah. Saya tak pernah jumpa Justo dan Melanyi," katanya.

Dua wira pembangkang yang sangat ditakuti oleh umno/bn ??

Posted: 22 Jul 2015 08:00 PM PDT

rafizi,-tony-pua

Rafizi, Tony Pua disenarai hitam, tidak dibenar keluar negara

Rafizi tidak menolak kemungkinan akan ditahan polis bersama Tony Pua ekoran pendedahan video Lester Melanyi.

PETALING JAYA: Rafizi Ramli dan Tony Pua dihalang daripada meninggalkan negara ini dipercayai ada kaitan dengan siri pendedahan 1MDB oleh Sarawak Report dan The Wall Street Journal (WSJ).

Naib Presiden PKR, Rafizi berkata, tidak menolak kemungkinan akan ditahan polis bersama-sama dengan Tony Pua berdasarkan fitnah yang disebarkan melalui video Lester Melanyi.

"Saya baru sahaja dimaklumkan tentang halangan meninggalkan negara yang dikenakan Tony Pua atas penglibatannya mendedahkan skandal 1MDB.

"Susulan itu, saya telah menyemak status saya di laman web Jabatan Imigresen Malaysia dan mendapati status senarai hitam saya adalah sama seperti status Saudara Tony Pua.

"Saya syak turut disenarai hitam dan tidak dibenarkan keluar dari Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media.

Ahli Parlimen Pandan turut mendakwa video yang disebarkan oleh Lester Melanyi adalah konspirasi jahat untuk menutup mulut beliau, Tony Pua, Sarawak Report dan The Edge.

"Daripada hari pertama perkara ini disebarkan, saya telah menyatakan bahawa tuduhan itu adalah sebahagian dari konspirasi jahat untuk menutup mulut kami," katanya.

DAP atau Pas: Azmin perlu buat keputusan segera!! - Faiz Zainudin

Posted: 22 Jul 2015 07:15 PM PDT

 
Khalid-Ibrahim_azmin-ali_600

Azmin perlu membuat keputusan cepat supaya dapat memastikan pentadbiran Selangor yang lebih mantap dan pembangunan negeri berjalan lancar.

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dinasihat supaya membuat keputusan segera sama ada mahu bersama Pas atau DAP dalam mentadbir negeri Selangor.

Gesaan itu dibuat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim susulan dua parti itu yang telah membuat keputusan untuk tidak melakukan sebarang kerja sama lagi.

"Perkara Itu perlu diselesaikan dengan cepat dan juga bertanggungjawab. Jangan biarkan negeri berada dalam keadaan tidak menentu.

"Saya rasa ada baiknya mereka membuat keputusan dengan lebih cepat supaya dapat menentukan pentadbiran Selangor yang lebih mantap serta boleh menentukan pembangunan negeri," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Parlimen, di perkarangan Bangunan Parlimen pada Rabu.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, beliau enggan mencampuri pergolakkan yang berlaku antara parti pembangkang sebaliknya menyerahkan kepada mereka untuk membuat keputusan terbaik.

"Saya adalah Ahli Parlimen Bebas. Sata tidak mahu mencampuri pergolakan politik parti pembangkang.

"Saya ada pandangan, tetapi sebagai orang yang profesional dan berdisiplin saya tak boleh mencampuri aktiviti dalaman parti lain," katanya sambil menambah beliau juga tidak berminat menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Nasib Dan Darjat Berbeza Antara Mahathir Dan Tony Pua

Posted: 22 Jul 2015 06:30 PM PDT



Sehingga malam ini tiada larangan dikenakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ke luar negara walaupun bekas perdana menteri itu adalah antara tokoh paling lantang mengkritik Datuk Seri Najib Razak.

Semakan di laman sesawang Jabatan Imigresen Malaysia menunjukkan status "Tiada halangan" pada nama Dr Mahathir.

Kemungkinan itu difikirkan sesetengah pihak apabila dua ahli parlimen pembangkang disahkan dilarang meninggalkan negara ini.

Mereka ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Pua disekat daripada menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang ketika ingin berkunjung ke Indonesia hari ini.





Bloglist Malaysia

PAS Tersingkir Dari Pakatan Baharu Yang Bakal Diwajudkan

Posted: 22 Jul 2015 05:45 PM PDT

 
Gabungan baru pembangkang bakal lahir

Wakil daripada parti pembangkang - kecuali PAS - sudah memulakan rundingan bagi membentuk gabungan baru menggantikan Pakatan Rakyat, kata ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang.

"Sudah tentu PAS tidak termasuk," kata Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

Beliau ditemui di majlis hari raya Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat di parlimen hari ini.

Menurut Lim, pengecualian PAS dibuat ekoran tindakan parti itu melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui sebelum ini.

"Namakan ia PR (Pakatan Rakyat) baru, PR 2.0 atau Gerakan Baru. Ia dalam proses pembentukan," kata Lim.

Difahamkan kumpulan Gerakan Harapan Baru sedang mengadakan rundingan dengan PKR dan DAP.

Gerakan itu dibarisi ramai pemimpin progresif PAS yang 'dikorbankan' perwakilan dalam muktamar parti itu awal bulan lalu. -mk



Pakatan pembangkang baharu tanpa PAS masih dibincang, kata Kit Siang

Cadangan penubuhan pakatan pembangkang baharu tanpa PAS masih dalam perbincangan, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Beliau berkata perbincangan masih dijalankan antara PKR, DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) bagi mewujudkan sebuah pakatan pembangkang yang baharu setelah PAS menamatkan hubungannya dengan DAP.

"Terdapat perbincangan yang sedang berjalan. Dengan berakhirnya Pakatan Rakyat (PR), diperlukan kenderaan baharu di mana harapan dan aspirasi rakyat dalam pilihan raya umum boleh diteruskan.

"Oleh itu kami berbincang mengenai kenderaan baharu itu sama ada ia akan berupa pakatan baharu, pakatan rakyat 2.0 atau harapan rakyat. Ia sedang dalam proses dibentuk," katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen, hari ini.

Lim berkata PAS tidak akan terlibat dalam pakatan baharu yang bakal diwujudkan kerana beliau mendakwa PAS merupakan punca utama 'kematian' PR. – Bernama,


ULASAN GB

Demikianlah berjalannya hukum kebenaran dan keadilan.

Pengkhianatan PAS terhadap rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat akhirnya menyebabkan PAS TERSINGKIR KELUAR dari gabungan baharu yang bakal dibentuk.

Di dalam sesebuah orginasasi seperti Pakatan Rakyat kita perlu bertoleransi di antara satu sama lain untuk mencapai cita-cita utama. Dan apabila ada di kalangan parti komponen yang tidak dapat untuk berlaku setia, maka sewajarnyalah ia dinyahkan dari organisasi berkenaan.

Jikalah hudud menjadi sebab utama PAS tidak dapat menyatakan persetujuannya dengan PR, kita merasakan ia adalah hanya helah PAS kerana Presiden PAS sendiri pernah mengakui bahawa hudud bukan agenda utama PAS dan DAP berhak tolak hudud.


Apatah lagi Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf Al-Qardhawi sendiri pernah menyakan bahawa Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud.


Presiden PAS sebenarnya tidak berakhlak dan tidak berdisiplin apabila gagal menghadiri mesyuarat Majlis Presiden berkali-kali Presiden PAS menunjukkan keangkuhannya apabila beliau dengan bersahaja menjawab: Atas sayalah nak hadir atau tidak! Apabila di tegur DAP dan LGE, maka dimakinya DAP dan LGE, bukan hendak muhasabah dan perbaiki diri. Malah Pak Samad sendiri pernah menegur Haji Hadi... pun tidak dihiraukan.


Malah beliau juga kerap kali ponteng Parlimen!


Dan pilihan yang ada bagi PAS kini ialah menyertai BN atau berjuang bersendirian. Dan kita sedia maklum bahawa jika PAS bersendirian, maka ramai calon PAS bakal kehilangan depositnya kerana selama ini, kemenangan PAS adalah kerana sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, bukan kepada PAS semata-mata.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap menghukum PAS akhirnya! 



Kelab Greenboc



'Silap-silap mati dalam kandungan, keluar cacat'

Posted: 22 Jul 2015 05:00 PM PDT







PAS akan mengambil sikap 'tunggu dan lihat' cadangan penubuhan pakatan baru pembangkang yang dilaporkan akan ditubuhkan tidak lama lagi.
  
Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, "Tunggu ia tubuh dulu (sebelum beri komen)..silap-silap mati dalam kandungan atau keluar cacat, mana kita tahu," katanya sinis. 
  
Beliau berkata adalah pramatang untuk mengulas penubuhan pakatan baharu itu memandangkan ia belum direalisasikan.
  
"(Pakatan baharu pembangkang) Tidak tubuh lagi...siapa yang hendak tubuh dan siapa yang terlibat, kita tidak tahu lagi," katanya.
  
Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sebuah pakatan baru pembangkang yang akan bekerjasama dengan semua kumpulan progresif akan ditubuhkan tidak lama lagi.
  
Anwar, yang juga ketua umum PKR dilaporkan dalam kenyataan menerusi peguamnya, sedang berusaha ke arah mengukuhkan pakatan yang akan merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan BERSIH, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru yang bakal ditubuhkan.
  
Penubuhan pakatan baru pembangkang itu dikatakan tidak melibatkan PAS.
  
-Bernama


Bagaimana Jho Low & PetroSaudi merancang untuk mencuri wang daripada rakyat Malaysia menerusi 1MDB

Posted: 22 Jul 2015 09:00 AM PDT

 

Mengapa kita katakan pelaburan AS $ 1830000000 1 Malaysia Development Bhd ke dalam Petro Saudi International antara 2009 dan 2011 adalah satu skim untuk menipu Malaysia Perkara Utama:

1. Perjanjian usahasama telah ditandatangani pada 28 Sept, 2009. Terma termasuk 1MDB menyumbang US $ 1.0 bilion tunai bagi pegangan 40% dalam JV Co dipanggil 1MDB PetroSaudi Ltd. PetroSaudi Holdings Cayman akan memasukkan aset bernilai AS $ 2.7 bilion. JV Co akan bernilai US $ 2.5 bilion dengan pegangan 60% PetroSaudi Holdings diperolehi daripada aset yang ia akan menyuntik ke dalam JV Co

2. Penilaian aset yang PetroSaudi Holdings akan masukkan itu dilakukan oleh seorang Edward Morse yang telah diupah oleh PetroSaudi dan kerja-kerja yang telah dilakukan dalam masa beberapa hari. Surat pelantikan beliau dikeluarkan pada 20 Sept, 2009 dan laporannya dikemukakan pada 29 Sept, 2009 - sehari selepas JV telah ditandatangani. Beliau menilaikan aset Turkmenistan pada AS $ 3.5 bilion dan aset Argentina pada AS $ 108 juta.

3. PetroSaudi Holdings tidak pernah memiliki aset Turkmenistan yang hendak disuntik ke dalam JV Co. Aset-aset tersebut dimiliki oleh Buried Hill Energy (Cyprus) Co Limited.PetroSaudi Holdings hanya dalam rundingan untuk membeli aset daripada Buried Hill. Mereka menandatangani perjanjian rundingan pada 4 Julai 2009 dan ini akhirnya ditamatkan pada Nov 23, 2009.

4. 1MDB tidak mengupah penilai bebas sendiri untuk melakukan penilaian. Pengurusan 1MDB tidak mematuhi keputusan lembaga pengarah sendiri untuk melakukan penilaian bebas.

5. PetroSaudi Holdings melakukan PENIPUAN dengan menjual aset yang tidak dimilikinya ke dalam JV Co

6. Peguam untuk 1MDB, Wong & Partners, serta lembaga pengarah 1MDB tidak diberikan laporan penilaian oleh Edward Morse sehingga selepas September 30, 2009 - dua hari selepas perjanjian JV telah ditandatangani.

7. Apabila wang deposit sebanyak AS $7.1 juta yang dibayar kepada Buried Hill dikembalikan selepas rundingan dibatalkan, wang tunai itu tidak dikembalikan kepada JV Co tetapi kepada PetroSaudi Holdings. Wang deposit ini sepatutnya dikembalikan kepada JV Co kerana ia merupakan sebahagian daripada aset yang dijual oleh PetroSaudi Holdings kepada JV Co

8. Terdapat juga PENIPUAN dalam pinjaman palsu AS $700 juta daripada PetroSaudi Holdings kepada JV Co. Berikut adalah bukti penipuan:

a) Tidak ada wang tunai yang bersamaan dengannya dalam JV Co atau mana-mana subsidiarinya pada atau selepas 25 SEPTEMBER 2009 (tarikh perjanjian pinjaman ditandatangani). Tetapi surat tuntutan untuk membayar pinjaman bertarikh 29 september 2009 dari PetroSaudi Holdings dihantar ke JV CO.

b) Daripada US$1 billion tunai 1MDB dikirimkan untuk JV, AS $ 700 juta telah dibayar terus dari 1MDB kepada Good Star Limited yang sepatutnya kepada PetroSaudi Holdings, pemberi pinjaman.

c) Skim penipuan AS $ 700 juta daripada 1MDB telah dibincangkan sebagai "pembayaran lebih" dalam pertukaran e-mel pelbagai dan lampiran antara Jho Low dan rakan-rakannya Seet Li Lin, Tiffany Heah, dengan eksekutif PetroSaudi Patrick Mahony dan Tarek Obaid antara 11 September 2009 dan menandatangani usaha sama itu pada 28 Sept, 2009.

d) Timothy Buckland (dari firma undang-undang UK White & Case yang mewakili PetroSaudi Holdings) memasukkan dalam e-mel kepada Charlie Sparrow daripada PetroSaudi Holdings dan disalin ke Mahony bahawa surat tuntutan untuk pembayaran balik daripada AS $ 700 juta pinjaman tidak diperlukan tetapi hanya "perlu bagi dokumen untuk anda mengesahkan bayaran terdahulu".

e) Lembaga Pengarah 1MDB tidak diberitahu tentang perkara "pinjaman" ini sebelum pemeteraian usaha sama pada 28 Sept, 2009.

9. Kiriman wang AS $ 700 juta daripada 1MDB untuk Good Star di akaun banknya di RBS Coutts (Zurich) yang diluluskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB ketika itu, Sharol Halmi , tanpa persetujuan lembaga pengarah 1MDB yang telah meluluskan pembayaran keseluruhan AS $ 1 billion terus ke akaun bank daripada JV Co di JP Morgan Suisse (SA). Dua pengarah 1MDB Mohd Bakke Salleh dan Azlan Zainol meletak jawatan kerana bayaran AS $ 700 juta ini kepada Good Star.

10. Pemindahan AS $ 700 juta ini adalah juga pelanggaran kelulusan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia untuk 1MDB membayar AS $ 1 bilion untuk JV. BNM telah meluluskan pembayaran ke akaun Bersama JV di JP Morgan Suisse (SA) dan tidak kepada orang lain. ~

The Edge Financial Daily Nota: JV (Joint Venture / Usahasama)
Bagaimana Jho Low & PetroSaudi merancang untuk mencuri wang daripada rakyat Malaysia menerusi 1MDB Mengapa kita katakan pelaburan AS $ 1830000000 1 Malaysia Development Bhd ke dalam Petro Saudi International antara 2009 dan 2011 adalah satu skim untuk menipu Malaysia Perkara Utama: 1. Perjanjian usahasama telah ditandatangani pada 28 Sept, 2009. Terma termasuk 1MDB menyumbang US $ 1.0 bilion tunai bagi pegangan 40% dalam JV Co dipanggil 1MDB PetroSaudi Ltd. PetroSaudi Holdings Cayman akan memasukkan aset bernilai AS $ 2.7 bilion. JV Co akan bernilai US $ 2.5 bilion dengan pegangan 60% PetroSaudi Holdings diperolehi daripada aset yang ia akan menyuntik ke dalam JV Co 2. Penilaian aset yang PetroSaudi Holdings akan masukkan itu dilakukan oleh seorang Edward Morse yang telah diupah oleh PetroSaudi dan kerja-kerja yang telah dilakukan dalam masa beberapa hari. Surat pelantikan beliau dikeluarkan pada 20 Sept, 2009 dan laporannya dikemukakan pada 29 Sept, 2009 - sehari selepas JV telah ditandatangani. Beliau menilaikan aset Turkmenistan pada AS $ 3.5 bilion dan aset Argentina pada AS $ 108 juta. 3. PetroSaudi Holdings tidak pernah memiliki aset Turkmenistan yang hendak disuntik ke dalam JV Co. Aset-aset tersebut dimiliki oleh Buried Hill Energy (Cyprus) Co Limited.PetroSaudi Holdings hanya dalam rundingan untuk membeli aset daripada Buried Hill. Mereka menandatangani perjanjian rundingan pada 4 Julai 2009 dan ini akhirnya ditamatkan pada Nov 23, 2009. 4. 1MDB tidak mengupah penilai bebas sendiri untuk melakukan penilaian. Pengurusan 1MDB tidak mematuhi keputusan lembaga pengarah sendiri untuk melakukan penilaian bebas. 5. PetroSaudi Holdings melakukan PENIPUAN dengan menjual aset yang tidak dimilikinya ke dalam JV Co 6. Peguam untuk 1MDB, Wong & Partners, serta lembaga pengarah 1MDB tidak diberikan laporan penilaian oleh Edward Morse sehingga selepas September 30, 2009 - dua hari selepas perjanjian JV telah ditandatangani. 7. Apabila wang deposit sebanyak AS $7.1 juta yang dibayar kepada Buried Hill dikembalikan selepas rundingan dibatalkan, wang tunai itu tidak dikembalikan kepada JV Co tetapi kepada PetroSaudi Holdings. Wang deposit ini sepatutnya dikembalikan kepada JV Co kerana ia merupakan sebahagian daripada aset yang dijual oleh PetroSaudi Holdings kepada JV Co 8. Terdapat juga PENIPUAN dalam pinjaman palsu AS $700 juta daripada PetroSaudi Holdings kepada JV Co. Berikut adalah bukti penipuan: a) Tidak ada wang tunai yang bersamaan dengannya dalam JV Co atau mana-mana subsidiarinya pada atau selepas 25 SEPTEMBER 2009 (tarikh perjanjian pinjaman ditandatangani). Tetapi surat tuntutan untuk membayar pinjaman bertarikh 29 september 2009 dari PetroSaudi Holdings dihantar ke JV CO. b) Daripada US$1 billion tunai 1MDB dikirimkan untuk JV, AS $ 700 juta telah dibayar terus dari 1MDB kepada Good Star Limited yang sepatutnya kepada PetroSaudi Holdings, pemberi pinjaman. c) Skim penipuan AS $ 700 juta daripada 1MDB telah dibincangkan sebagai "pembayaran lebih" dalam pertukaran e-mel pelbagai dan lampiran antara Jho Low dan rakan-rakannya Seet Li Lin, Tiffany Heah, dengan eksekutif PetroSaudi Patrick Mahony dan Tarek Obaid antara 11 September 2009 dan menandatangani usaha sama itu pada 28 Sept, 2009. d) Timothy Buckland (dari firma undang-undang UK White & Case yang mewakili PetroSaudi Holdings) memasukkan dalam e-mel kepada Charlie Sparrow daripada PetroSaudi Holdings dan disalin ke Mahony bahawa surat tuntutan untuk pembayaran balik daripada AS $ 700 juta pinjaman tidak diperlukan tetapi hanya "perlu bagi dokumen untuk anda mengesahkan bayaran terdahulu". e) Lembaga Pengarah 1MDB tidak diberitahu tentang perkara "pinjaman" ini sebelum pemeteraian usaha sama pada 28 Sept, 2009. 9. Kiriman wang AS $ 700 juta daripada 1MDB untuk Good Star di akaun banknya di RBS Coutts (Zurich) yang diluluskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB ketika itu, Sharol Halmi , tanpa persetujuan lembaga pengarah 1MDB yang telah meluluskan pembayaran keseluruhan AS $ 1 billion terus ke akaun bank daripada JV Co di JP Morgan Suisse (SA). Dua pengarah 1MDB Mohd Bakke Salleh dan Azlan Zainol meletak jawatan kerana bayaran AS $ 700 juta ini kepada Good Star. 10. Pemindahan AS $ 700 juta ini adalah juga pelanggaran kelulusan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia untuk 1MDB membayar AS $ 1 bilion untuk JV. BNM telah meluluskan pembayaran ke akaun Bersama JV di JP Morgan Suisse (SA) dan tidak kepada orang lain. ~ The Edge Financial Daily Nota: JV (Joint Venture / Usahasama)

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

NAJIB MULA RASA BAHANG KEJATUHAN 1MDB By canang

Posted: 22 Jul 2015 08:00 AM PDT


 
ALJIBBY MULA RASA BAHANG KEJATUHAN 1MDB
Pada musim bunga 2013, Song Dal Sun, ketua pelaburan sekuriti Hanwha Life Insurance 
berpangkalan di Seoul, duduk mendengar pembentangan seorang wakil perbankan Goldman Sachs.

Jurujual muda dari Goldman itu, yang terbang dari Hong Kong, cuba menjual bon yang dikeluarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), syarikat milik kerajaan Malaysia yang mempunyai kaitan dengan Datuk Seri Najib Razak.

Ia amat menarik. Bon matawang dolar dengan tempoh matang selama 10 tahun itu menawarkan kadar faedah 4.4%, kira-kira 100 mata asas lebih tinggi daripada penghasilan bon dengan penarafan A- lain pada masa itu, seingat Song.

Namun Song, seorang veteran dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang kewangan, berasa ada sesuatu yang tidak kena. Dengan unjuran hasil yang begitu menarik, 1MDB sepatutnya boleh menjual nota itu kepada pelabur institusi menerusi tawaran global.

Jualan bon yang dilepaskan Song itu sebahagian daripada skandal yang menenggelamkan 1MDB, memeningkan pelabur, dan merencatkan usaha Malaysia menjadi negara membangun.

Najib yang juga menteri kewangan, merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB. Skandal itu menggegarkan pejabatnya, kerajaannya dan parti politik yang dipimpinnya, Umno.

Syarikat pelaburan negara yang disebut-sebut sebagai cetusan ilham dasar ekonomi Najib selepas mengambil alih jawatan perdana menteri, kini bergelumang dengan hutang sekurang-kurangnya sebanyak RM42 bilion.

Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas mentor politik yang kini menjadi pengkritiknya berkata, "sejumlah besar wang lesap" dari dana 1MDB.

1MDB menafikan dakwaan itu dan berkata, semua hutangnya diambil kira. Pejabat Perdana Menteri pula enggan mengulas rencana itu.

1MDB mencetuskan kontroversi sejak Najib mengambil alih dana harta seberang laut negeri Terengganu itu - Terengganu Investment Authority, atau TIA - apabila beliau menerajui tampuk pemerintahan negara pada 2009.

Bermula tahun ini dengan liputan blog Sarawak Report dan akhbar mingguan perniagaan tempatan The Edge, skandal itu semakin menghimpit kerajaan dengan suara menggesa pengunduran Najib mula kedengaran di samping peringatan mengenai perjuangan Malaysia menentang rasuah dan kekecewaan ekonomi.

Dr Mahathir, perdana menteri dari 1981 sehingga 2003, kini menuduh Najib "merampas" TIA daripada kerajaan negeri.

Namun, 1MDB menafikannya dalam satu kenyataan: Kerajaan negeri "mengundur diri dari TIA" selepas kerajaan persekutuan menjamin bon-bon TIA.

Bagaimanapun, perdebatan tentang 1MDB tidak tamat di situ.

Bermula Mac lalu, sewaktu tekanan awam semakin meningkat, ketua audit negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, bank pusat dan polis mula menyiasat 1MDB.

Natijah skandal ini menyebabkan ringgit merudum sehingga ia menjadi matawang dengan prestasi terburuk di Asia setakat 16 Julai, turun 8.1% berbanding dolar AS sejak awal tahun.
Rizab luar negara menyusut 20% pada Jun berbanding setahun lalu.

Pada 2 Julai, The Wall Street Journal (WSJ) memetik dokumen dari siasatan kerajaan, melaporkan yang penyiasat mendapati hampir AS$700 juta dalam bentuk tunai dipindahkan menerusi agensi negara, bank-bank dan syarikat berkaitan 1MDB sebelum akhirnya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Wang itu termasuk dua urusniaga sebanyak AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dibuat dalam bulan Mac 2013, 2 bulan sebelum pilihan raya umum yang mengembalikan Najib dan Barisan Nasional ke tampuk kuasa.

Dalam sebuah negara tanpa pendanaan kempen awam dan kekangan terhadap derma politik, aliran wang ini mengejutkan banyak pihak.

Sebelum pilihan raya umum 2013, pada 12 Mac, pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan pengerusi Aabar Investment Abu Dhabi pada masa itu, Khadem Al Qubaisi, menandatangani perjanjian membentuk satu usahasama.

Bulan seterusnya, 1MDB mengumumkan ia meraih AS$3 bilion untuk bahagiannya dalam usahasama itu.

"1MDB memilih penjualan secara peribadi bagi memastikan inisiatif ekonomi ini dapat disselesaikan tepat pada masanya," kata syarikat itu dalam k enyataan pada 15 April tahun itu.

Masa yang dipilih adalah kontroversial. "1MDB mungkin dibangunkan dengan salah satu matlamat utamanya bagi meraih dana haram bagi membiayai kempen pilihan raya BN," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Satu kenyataan dari Jabatan Perdana Menteri menolak tuduhan WSJ, dan menyifatkannya sebagai "sabotaj politik" didalangi "sesetengah individu bagi menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi, memburukkan kerajaan, dan menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik".

Dalam satu kenyataan, 1MDB berkata ia tidak pernah "menyediakan sebarang dana kepada perdana menteri".

Skandal kewangan terbesar Malaysia ini menyorot perhatian terhadap beberapa watak yang pelbagai rupa - sebahagiannya mempunyai kaitan langsung dengan 1MDB, dan sebahagian yang lain pula tiada.

Menjadi ahli politik sejak berusia 23 tahun, Najib adalah anak sulung kepada perdana menteri kedua sejak kemerdekaan Malaya dari British pada tahun 1957, iaitu Tun Abdul Razak.

Beliau juga anak saudara kepada perdana menteri ketiga, Tun Hussein Onn. Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor juga adalah personaliti berpengaruh dalam gayanya tersendiri.

Bekas eksekutif di Island & Peninsular, sebuah syarikat hartanah, Rosmah sering disatirakan dalam media tempatan kerana gaya rambutnya yang besar dan minatnya terhadap barangan mewah.

Riza Aziz, anak Rosmah daripada perkahwinan pertamanya, rapat dengan Low Taek Jho yang dikaitkan dengan 1MDB.

Lebih dikenali sebagai Jho Low, beliau merupakan perunding beberapa urusniaga yang melonjak terkenal pada 2009 apabila menghiasi laman gosip.

Salah satu gambarnya mempamerkan lelaki dengan bentuk muka bulat seperti bulan itu berparti dengan sosialit California, Paris Hilton, dan menggendong sebotol champagne kristal.

Anak tiri perdana menteri itu mengasaskan syarikat Los Angeles yang menerbitkan The Wolf of Wall Street, filem tahun 2013 tentang gaya hidup mewah dan eksploitasi jenayah dalam dunia kewangan: dan Low sendiri mendapat kredit "penghargaan khas" di penghujung filem itu.

Berdasarkan laporan The Edge dan Sarawak Report, Low membantu mendirikan usahasama pertama 1MDB dengan PetroSaudi International.

Sentuhan glamor seterusnya datang daripada eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner, seorang Jerman kurus tinggi lampai bermata biru yang mengahwini pereka dan bekas model fesyen US, Kimora Lee Simmons, bekas isteri pengasas label muzik hip-hop New York iaitu Def Jam Recordings, Russell Simmons.

Pada September 2013, Rosmah dan Najib terbang ke San Fransisco bagi merasmikan pejabat baru dana harta luar negara Malaysia, Khazanah Nasional, dan Rosmah serta Simmons dirakam gambarnya bersama-sama.

Leissner, kini pengerusi Goldman Asia Tenggara, adalah muka tetap dalam urusan Malaysia lewat tahun 2000. Goldman membantu penyenaraian awal Maxis, syarikat pembekal perkhidmatan telefon mudah alih terbesar Malaysia milik hartawan, T Ananda Krishnan. – Bloomberg

BANGLASIA... BolehLand....

Posted: 22 Jul 2015 07:15 AM PDT

Langkah berjimat cermat.. buang staff warganegara.. ambik staff pendatang.. gaji murah.. Setel...

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
BANGLASIA... BolehLand.... Langkah berjimat cermat.. buang staff warganegara.. ambik staff pendatang.. gaji murah.. Setel... Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Dow Jones Balas Surat Peguam Najib - Pertahan Laporan WSJ tepat dan betul katanya..

Posted: 22 Jul 2015 06:30 AM PDT

 
Laporan dari The Malay Mail mengatakan Dow Jones & Company syarikat yang menerbitkan The Wall Street Journal sahkan pihak mereka telah membalas surat dari Peguam yang mewakili Najib semalam.

Dengan menyatakan, Syarikat tersebut berdiri teguh dibelakang laporan The Wall Street Journal pada 2 Julai dibawah tajuk " Malaysia Leader's Acconts Probed" dan "Scandal In Malaysia"

Laporan tersebut dipertahankan Dow Jones sebagai laporan tepat dan betul.

KUALA LUMPUR, July 22 — Dow Jones & Company, the publisher for The Wall Street Journal (WSJ), confirmed today it has responded to the request for clarification from lawyers representing Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and said that it will continue to stand by the accuracy of its reports. 
Without revealing details, a representative from Dow Jones said in an email to Malay Mail Online that the firm issued its response yesterday. 
"Yes we responded to the lawyers' letter yesterday and continue to stand by our reporting," the Dow Jones spokesman said. 
The firm was on July 8 given 14 days to respond to the lawyers' letter seeking confirmation from WSJ on whether its writers had accused Najib of misappropriation in its exposés on the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) scandal. 
The legal letter was sent in response to the exposés titled "Malaysia leader's accounts probed", published on July 2, and "Scandal in Malaysia", which cited sources within the team conducting investigations on 1MDB. 
It was alleged in the reports US$700 million (RM2.6 billion) from 1MDB had been funnelled into Najib's personal accounts via several channels including SRC International, Gandingan Mentari and Ihsan Perdana. 
In a brief statement immediately after receiving Najib's letter, Dow Jones said, "We stand behind our fair and accurate coverage of this evolving story." 
The 14-day deadline to respond to the letter expires today. 
Yesterday, a lawyer representing the prime minister claimed that Dow Jones' failure to respond to the letter would be tantamount to an admission of guilt by the firm. 
Wan Azmir Wan Majid of legal firm Hafarizam Wan & Aisha Mubarak told Berita Harian that once the deadline for the request for clarification expires, the prime minister can proceed with his legal suit against the newspaper. 
"If we do not receive any response by today, then Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has a few legal options, including suing or issuing a letter of demand to WSJ," he was quoted saying by the Malay language daily. 
"Dow Jones's refusal to respond in any way or even clarify their allegations can be construed as an admission of guilt," he added. 
The lawyer added, however, that it was still too early to predict the prime minister's next move ~


The Malay Mail


DAP Hulur Dana Kepada GHB Dakwa Blogger Janda

Posted: 22 Jul 2015 05:47 AM PDT

 


** Berikut kenyataan Kit Siang yang dipetik dari malaysiakini yang langsung tidak menyebut tentang bantuan dana seperti yang dinyatakan blogger janda tersebut.


Gabungan baru pembangkang bakal lahir

Wakil daripada parti pembangkang - kecuali PAS - sudah memulakan rundingan bagi membentuk gabungan baru menggantikan Pakatan Rakyat, kata ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang.

"Sudah tentu PAS tidak termasuk," kata Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

Beliau ditemui di majlis hari raya Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat di parlimen hari ini.

Menurut Lim, pengecualian PAS dibuat ekoran tindakan parti itu melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui sebelum ini.

"Namakan ia PR (Pakatan Rakyat) baru, PR 2.0 atau Gerakan Baru. Ia dalam proses pembentukan," kata Lim.

Difahamkan kumpulan Gerakan Harapan Baru sedang mengadakan rundingan dengan PKR dan DAP.

Gerakan itu dibarisi ramai pemimpin progresif PAS yang 'dikorbankan' perwakilan dalam muktamar parti itu awal bulan lalu.

- mkini

Tun M berlakon filem ?? - FMT Reporters

Posted: 22 Jul 2015 04:45 AM PDT

 
mahathir_kapsul_600

Tun M muncul dalam lima babak dalam filem berjudul Kapsul yang bakal ditayangkan pada 17 September depan.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi bintang filem apabila beliau bakal muncul dalam lima babak menerusi filem berjudul `Kapsul'.

Filem tersebut yang akan ditayangkan di pawangam-pawagam seluruh negara pada 17 September depan akan menggandingkan bekas Perdana Menteri Keempat itu dengan pelakon utama Faizal Hussein.

Penerbit filem berkenaan, Amru Najmi Osman berkata, penampilan Dr Mahathir dalam filem itu tiada kaitan dengan keadaan politik semasa.

Katanya, kemunculan bekas pemimpin yang pernah menerajui negara selama 22 tahun itu melengkapkan jalan cerita filem tersebut.

"Saya percaya penampilan Tun M memberi impak kepada keseluruhan filem ini kerana ia punya mesej tersendiri dan bukan sekadar filem kosong," katanya yang dipetik daripada Harian Metro Online.

Menurut Amru lagi, Dr Mahathir bersetuju membintangi filem itu disebabkan jalan ceritanya memaparkan perjuangan bangsa Melayu sejak zaman dulu.

Filem tersebut diterbitkan menerusi syarikat produksi Two Tones Sdn. Bhd.

Filem yang menjalani penggambaran pada tahun lepas itu adalah hasil intepretasi Allahyarham Martis Mohd Ali.

Jalan cerita filem tersebut adalah mengesahkan bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan yang tercatat mengenai amanat Dr Mahathir menjelang tahun 2020.

Dalam filem itu, Dr. Mahathir terbabit dalam lima babak termasuk dia berdialog dengan pelakon Faizal Hussein.

Mahfuz Omar setia bersama kepimpinan Ulama Pas Faiz Zainudin

Posted: 22 Jul 2015 04:00 AM PDT


Mahfuz-Omar_pas_600

Beliau masih Yang Dipertua Pas Pokok Sena dan tidak mengambil tahu penubuhan parti baru oleh Gerakan Harapan Baru.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar memilih untuk terus bersama golongan ulama Pas.

Walaupun Ahli Parlimen Pokok Sena itu tidak menyatakan sokongan secara langsung, namun kenyataan yang diberikan menunjukkan beliau masih setia dengan kepemimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, beliau masih Yang Dipertua Pas kawasan Pokok Sena dan akan memberi fokus kepada parti di kawasannya.

"Soal penubuhan parti baharu oleh GHB saya tidak tahu.

"Saya masih yang Dipertua Pas Kawasan Pokok Sena itu jawapan saya," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Parlimen di perkarangan Bangunan Parlimen pada Rabu.

Mahfuz, kalah dalam pemilihan Pas pada pemilihan lalu. Sebelum ini, beliau dilihat menyokong kumpulan progresif Pas tetapi sejak akhir-akhirnya beliau dilihat kurang terlibat dengan kumpulan berkenaan.

Mahfuz Omar setia bersama kepimpinan Ulama Pas Faiz Zainudin

Posted: 22 Jul 2015 03:15 AM PDT

 
Mahfuz-Omar_pas_600

Beliau masih Yang Dipertua Pas Pokok Sena dan tidak mengambil tahu penubuhan parti baru oleh Gerakan Harapan Baru.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar memilih untuk terus bersama golongan ulama Pas.

Walaupun Ahli Parlimen Pokok Sena itu tidak menyatakan sokongan secara langsung, namun kenyataan yang diberikan menunjukkan beliau masih setia dengan kepemimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, beliau masih Yang Dipertua Pas kawasan Pokok Sena dan akan memberi fokus kepada parti di kawasannya.

"Soal penubuhan parti baharu oleh GHB saya tidak tahu.

"Saya masih yang Dipertua Pas Kawasan Pokok Sena itu jawapan saya," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Parlimen di perkarangan Bangunan Parlimen pada Rabu.

Mahfuz, kalah dalam pemilihan Pas pada pemilihan lalu. Sebelum ini, beliau dilihat menyokong kumpulan progresif Pas tetapi sejak akhir-akhirnya beliau dilihat kurang terlibat dengan kumpulan berkenaan.

Netizen label Azwan Ali sakit mental FMT Reporters

Posted: 22 Jul 2015 02:30 AM PDT

 
azwan-ali-comt_600

Status terbaru di laman sosial, Azwan Ali menghina mangsa kemalangan jalan raya dan menggunakan perkataan kesat.

PETALING JAYA: Selebriti Azwan Ali sekali lagi mencetuskan kontroversi menerusi laman sosial dengan menghina mangsa kemalangan jalan raya sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Status terbarunya yang dimuatnaik pada pukul 3.58 pagi pada 21 Julai, "SLM. JOM TENGOK #BUTV3 ! BERAPA EKOR YG MATI ACCIDENTS PUNYA NAK RAYA ! ELOK LAH ! PENUHKAN KUBURRR".

Adik kepada Menteri Besar Selangor itu dilabel sengaja mencetuskan sensasi supaya dirinya masih relevan dalam industri hiburan tanahair.

Seperti biasa, status Azwan atau menggelarkan dirinya sebagai 'Diva AA' mendapat cemuhan dan kutukan netizen sehinggakan ada yang melabelkan dia sebagai sakit mental.

"Kepada yg telah jadi mangsa cacian Azwan Ali, jgn peduli dia. Satu dunia dah nampak kebenarannya. 

Mmg ketara sgt tahap sakit jiwa & sakit mental dia ni. Dah hilang adab sopan pertuturan. 

Mmg kena hantar jumpa psikiatri. Kepada owner Menate, Nabil, Ifa Raziah dan semua yg si bangsat ni cari pasal, ignore ja. 

Mmg npk sgt tahap gila dia. Babi pun tak gila mcm dia. 

Kepada follower tegar dia tu..cuba lah buka mati & hati..renung baik2 apakah manusia hancing mcm ni nak dibuat idola," tulis satu komen bernama Jija.

Azwan Ali Hina Mangsa Kemalangan Maut Jalanraya

Posted: 22 Jul 2015 01:45 AM PDT

 




Azwan Ali yang baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah baru-baru ini. 


Pada 21 Julai lalu, pengacara ini telah memuatnaik status yang mungkin mengguris perasaan keluarga mangsa kemalangan yang terlibat.

Tidaklah kami tahu apa masalahnya sehingga Azwan sanggup mengeluarkan kenyataan begitu terhadap mangsa kemalangan. 


Mungkin Azwan Ali ada penjelasannya sendiri terhadap apa yang diluahkannya di laman Twitter tersebut.

Sebelum ini, Azwan Ali turut mencetuskan kontroversi apabila memaki Nabil Ahmad di Twitter. Nabil kemudiannya tampil memohon maaf, juga melalui Twitter. 


Ia disusuli dengan status Azwan Ali yang mahu artis baru menjadikan kejadian menimpa Nabil itu sebagai iktibar. (rtky/s)

PKR bentuk permuafakatan pembangkang baharu ganti Pakatan Rakyat Adam Abu Bakar

Posted: 22 Jul 2015 01:00 AM PDT

 
anwar_bersih_ikram_harapan_abim_pkr_600

Permuafakatan itu melibatkan semua gerakan progresif termasuk badan bukan kerajaan (NGO) seperti BERSIH, ABIM, IKRAM dan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang baru sahaja diwujudkan.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan sedang berusaha untuk mewujudkan permuafakatan politik yang lebih utuh ekoran krisis negara yang semakin teruk.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, permuafakatan itu melibatkan semua gerakan progresif termasuk badan bukan kerajaan (NGO) seperti BERSIH, ABIM, IKRAM dan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang baru sahaja diwujudkan.

"Negara kita terus berada di dalam krisis yang semakin teruk, manakala kerajaan Barisan Nasional (BN) terus menafikan keadaan ini.

"Nilai mata wang ringgit merudum, tatkala rasuah dan skandal kewangan mencapai tahap yang belum pernah disaksikan sejak merdeka lagi," katanya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui peguam beliau.

Jelas Anwar lagi, permuafakatan ini merupakan kesepakatan kumpulan-kumpulan yang komited kepada reformasi dan perubahan yang akan memberikan pilihan yang benar-benar demokratik dan adil kepada Rakyat.

"Di saat genting ini, rakyat Malaysia perlu bersatu dan bertekad untuk menyelamatkan negara kita.

"Marilah kita ketepikan segala pertimbangan dan perbezaan yang lain dan berikan fokus kepada perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia," tegasnya.

Siasatan 1MDB: Dua akaun bank di Singapura dibeku - FMT Reporters

Posted: 22 Jul 2015 12:00 AM PDT

 
spore-1MDB

Dua akaun bank itu dibekukan untuk siasatan kes berkaitan salah urus kewangan dan rasuah melibatkan 1MDB

PETALING JAYA: Polis Singapura membekukan dua akaun bank bagi membantu siasatan berhubung syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana salah urus kewangan dan rasuah.

Memetik laporan Reuters, pada 5 Julai lepas, polis negara itu telah mengeluarkan arahan di bawah Kanun Prosedur Jenayah untuk melarang mana-mana urusan berkenaan dengan wang dalam dua akaun bank yang dibekukan itu.

"Siasatan masih dilakukan," kata polis Singapura dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, mahkamah mengeluarkan perintah reman lima hari terhadap seorang lagi pengarah urusan bagi membantu siasatan berhubung 1MDB.

Tiada ulasan: