Isnin, 20 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


"Kami Bangun Lambat Kerana Penat Layan Tetamu Dan Peminat Chef Wan

Posted: 20 Jul 2015 10:30 PM PDT

Chef Wan Bodoh Kerana Dedah Aib Keluarga Sendiri



Luahan hati Chef Wan melalui Instagram baru baru ini telah mendapat reaksi ramai selepas apa yang dikatakan turut sama dirasai oleh ramai keluarga lain namun tidak kurang juga yang berkata chef selebriti itu tidak sepatutnya mendedahkan aib keluarga sebegitu rupa.

Melalui beberapa akaun sosial media hari ini, ada ahli keluarga Chef Wan telah tampil membela diri dengan menceritakan keadaan sebenar apa yang berlaku sehingga mereka bangun lewat dan didakwa tidak membantu sebarang persiapan di rumah keluarga di kampung.

"Kelakar bila orang luar judge family kau based on caption Instagram dan tidak tahu kisah sebenar. Banyak gula dan garam yang ditambah bagi dia nampak seperti Tuhan. 


Mereka tidak sedar selama ini yang datang beraya rumah Chef Wan tu, adik beradik dan anak anak saudara yang memasak, mengemas dan sebagainya"

"Dia hanya tahu maki dan bersiap melayan peminat dia sahaja. Tak percaya? Mari datang beraya di Sungai Koyan tahun hadapan. Tengoklah perangai jijik sebenar seorang chef selebriti," tulis pengguna Facebook dengan nama Jimms GM baru baru ini.

"By the way, gambar dalam Instagram itu, ayat kedua. Tiada kaitan dengan tak pergi solat raya. Bangun lambat sebab melayan tetamu/fan dia yang datang ramai. Setiap tahun, itulah kebenarannya.

"Nak menegur boleh tetapi tak perlu upload gambar orang tidur tanpa kebenaran. Itu kan aib? Mungkin dia perlukan perhatian dari pihak berkuasa. Soon," katanya lagi yang jelas sekali kesal dengan tindakan Chef Wan yang telah mengaibkan mereka.

Kini laman Instagram Chef Wan telah disetkan kepada private, dipercayai selepas tersebarnya bebelannya di pagi raya itu. -

Sekat Sarawak Report Buat Najib Kelihatan Lebih Bersalah

Posted: 20 Jul 2015 09:45 PM PDT



Menyekat akses kepada laman web pemberi maklumat Sarawak Report (SR) hanya membuatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dilihat lebih bersalah, kata tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang.

Lim berkata dalam menyekat akses kepada laman itu, Najib dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) "hampir mengumumkan kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa perdana menteri tidak begitu bersalah kerana beliau mahu rakyat mempercayai".

Ini ekoran dakwaan terhadap Najib berkaitan skandal firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mana beliau gagal untuk menepisnya, kata Lim.

Menurut pemimpin pembangkang itu lagi, ketika tidak ramai rakyat Malaysia membaca Sarawak Report, SKMM bertindak dengan menguar-uarkan rasa takut Najib terhadap laman web yang berpangkalan di UK.

"Dan seseorang tidak takut pembohongan dan kepalsuan, tetapi hanya yang benar!" kata Lim dalam kenyataannya hari ini.

- mkini



Husam Musa Memilih Untuk Bersama Gerakan Harapan Baru 'Harapan Baru kongsi visi Nik Aziz'

Posted: 20 Jul 2015 09:00 PM PDT



"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." (Surah al-Mâidah 5/2]

Saya dijemput untuk hadir dalam perjumpaan Hari Raya pada malam ini (tadi). Saya memang bercadang untuk hadir, sekalipun penganjurnya atas nama Gerakan Harapan Baru, satu nama bagi gerakan masih di alam rahim.

Atas dua sebab:-


Pertama: Idil fitri itu sendiri adalah untuk menyambung silaturrahim. Apa salahnya kita memperkukuh silaturrahim sesama ummat?

Kedua: Saya melihat Harapan Baru sama pegangan dengan saya, juga rasanya sama pegangan dengan guru kita semua - al-marhum Tok Guru Nik Aziz -  meneruskan agenda Islah bernegara dan berkerajaan dengan keyakinan kerajaan sedia ada perlu dan wajib digantikan secara total dengan pasukan baru yang mempunyai komitmen tinggi, idealisma murni, cita-cita politik luhur dan azam membawa perubahan bagi rahmat untuk seluruh rakyat Malaysia.

Ini adalah satu usaha 'al-birri' (kebajikan) dan agama kita menganjurkan kita tolong menolong atas kebaikan.

Apa lagi ada pepatah, musuh kepada musuh kita seharusnya menjadi kawan kita, kecuali kita mencari sebab menjadikan mereka musuh kita.

Sekalipun saya adalah pemimpin kecil PAS, saya melihat telur GHB (Gerakan Harapan Baru) ini perlu disantuni untuk membawa kebaikan kepada perjuangan bersama yang kita tekuni sejak sekian lama, kecuali kuasa yang dulu dianggap 'taghut' sudah di harap menjadi kawan.

Malangnya, saya masih belum sembuh sepenuhnya sehingga saya terhalang untuk bersama.

Hasrat teramai rakyat  Malaysia khususnya anak anak muda untuk melihat perubahan bagi mengakhiri segala keangkuhan kuasa, penindasan dan beban ke atas rakyat jelata hasil salah guna kuasa dan hilangnya pedoman, dan segala macam kemungkaran politik, ekonomi, agama dll, tidak harus dikecewakan.

Derita rakyat adalah derita kita bersama. Harapan rakyat adalah harapan kita bersama.

Saya mendoakan sebuah gerakan untuk membantu meneruskan agenda rakyat belayar di alam nyata politik Malaysia menjadi kenyataan. 'Berlumbalah kamu untuk melaksanakan kebaikan kebaikan....'

DATUK HUSAM MUSA bekas naib presiden PAS dan bekas exco kanan kerajaan negeri Kelantan.


Tiada konspirasi bawah tanah jatuhkan Najib – Tun M Khairil Ashraf

Posted: 20 Jul 2015 08:15 PM PDT

 
mahathir,najib

Tun Dr Mahathir turut menyatakan tiada keperluan menyediakan penyiasat atau ejen khas untuk menyiasat konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri.

PETALING JAYA : Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada konspirasi bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya hanya pengakuan secara terbuka oleh beliau yang mendesak Najib meletak jawatan.

Bekas Perdana Menteri berkata, tiada keperluan menyediakan penyiasat atau ejen khas untuk menyiasat konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri kerana desakan untuk melihat Najib berundur telah diketahui semua orang.

"Adakah terdapat konspirasi? Adakah seseorang atau beberapa orang berkonspirasi seperti gerakan rahsia bawah tanah untuk menjatuhkan Najib.

"Ia mungkin boleh terjadi sebelum ini tetapi selain daripada orang mengadu secara peribadi tentang rasa tidak puas hati mereka dengan pentadbiran Najib, tidak ada orang yang merancang menjatuhkan beliau.

"Itu bukan untuk mengatakan bahawa mereka mengalu-alukan idea beliau meletakkan atau mengosongkan jawatannya. Tetapi perancangan aktif bawah tanah dan tindakan memang tiada ada," katanya dalam entri terbarunya chedet.cc.

Dr Mahathir berkata, beliau secara terbuka mendesak Najib untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Jadi, sekali lagi, di mana konspirasinya!! Ia semuanya terbuka. Tiada keperluan untuk berkonspirasi. Ia kempen terbuka supaya beliau berhenti jadi Perdana Menteri," katanya.

Negarawan itu turut menyelar laporan akhbar Utusan Malaysia yang menggunakan tajuk 'mengelirukan' bagi mengelirukan orang ramai dalam menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

"Untuk berbuat-buat baik dengan Perdana Menteri, mereka (Utusan) lebih suka mengelirukan orang. Penyuntingnya pandai menulis tajuk berita yang mengelirukan.

"Contohnya, apabila kenyataan dibuat supaya pasukan petugas empat anggota dibiarkan membuat kerja mereka, tajuk beritanya ialah, ia tanda sokongan terhadap Perdana Menteri," katanya.

Beliau turut menyelar seorang Menteri kerana membuat kenyataan 'pra- matang' bahawa tidak ada kesalahan yang dibuat oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kemudian, ada seorang Menteri, selepas mengatakan bahawa laporan interim menunjukkan tidak ada apa-apa kesalahan 1MDB, menasihatkan pula orang lain supaya tidak berkata apa-apa mengenai 1MDB sehingga laporan itu diterbitkan.

"Tetapi, dia sendiri telah membuat kenyataan pra-matang," katanya.

Pendedahan tentang Rosmah punca laman web Sarawak Report disekat? - FMT Reporters

Posted: 20 Jul 2015 07:30 PM PDT

 
Shahbudin_rosmah_skmm_600

Andaian itu dibuat kerana pendedahan terakhir oleh Sarawak Report bukan berkaitan 1MDB atau Perdana Menteri tetapi mengenai Datin Seri Rosmah Mansor.

PETALING JAYA: Pendedahan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa telah mendepositkan wang berjumlah RM2 juta ke dalam akaun peribadinya melalui seorang pembantu mungkin punca akses laman web Sarawak Report disekat oleh kerajaan Malaysia.

Andaian itu dibuat oleh bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin menerusi entri terbaru diblognya, shahbudindotcom.blogspot.com.

Ini kerana katanya, pendedahan terakhir Sarawak Report mengenai negara ini bukanlah berkaitan 1MDB atau Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi mengenai isteri Perdana Menteri.

Katanya, selepas pendedahan itu, Rosmah menerusi peguamnya dari firma guaman Norhairan Mohd Nor mahukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bertindak terhadap Sarawak Report dibawah Akta SKMM 1988 ( Akta 588 ).

"Nah…sekarang jelas bahawa dengan hanya sekali laporan mengenai Rosmah saja, itu pun bukannya pendedahan tidak benar atau fitnah, tindakan terus diambil terhadap Sarawak Report sedangkan selama berbulan-bulan dan pelbagai pendedahan mengenai Najib dan 1MDB, langsung tiada apa-apa bunyi pun daripada SKMM.

"Meskipun kerajaan boleh menafikan tindakan terhadap Sarawak Report ini ada kaitan dengan gesaan Rosmah yang mahukan SKMM segera bertindak, namun itulah persepsi yang sedang berkembangbiak dalam pemikiran ramai ketika ini," tulisnya.

Shahbudin berkata, kerajaan sepatutnya sudah lama mengambil tindakan menyekat akses laman itu jika benar laporan dan pendedahan Sarawak Report mengganggu kestabilan negara.

Ini kerana, pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB dan kaitannya dengan Najib juga bukanlah perkara baru, sebaliknya sudah dilakukan sejak berbulan-bulan sebelum ini, katanya.

Shahbudin berkata, ramai juga yang menyifatkan tindakan menyekat Sarawak Report ini sebagai langkah terdesak kerajaan pimpinan Najib untuk mengelak rakyat mendapat maklumat yang benar dan rencam daripada pelbagai sumber.

"Dengan tindakan menyekat ini, kerajaan pimpinan Najib yang selalu melaungkan keterbukaan dan merendah diri dengan mengatakan "era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir" ternyata hanya mainan di bibir untuk memukau sokongan rakyat terhadapnya.

"Najib seolah-olah sedang membawa kerajaan di era langit terbuka ini berundur ke belakang dan hanya mahukan mereka mempercayai maklumat daripada mereka saja," katanya.

Tempoh tamat, tiada berita siasatan akaun Rosmah

Posted: 20 Jul 2015 06:41 PM PDT



Peguam kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor enggan mengulas perkembangan permintaan mereka kepada Bank Negara untuk menyiasat bagaimana butiran akaun bank beliau bocor, seminggu selepas tarikh akhir berakhir.

Ditanya sama ada Bank Negara telah memenuhi permintaan mereka, peguam Noorharjan Mohd Noor tidak menjawab secara langsung.

"Sekiranya terdapat perkara yang boleh dinyatakan kepada umum, ia akan dilakukan melalui kenyataan media," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada 9 Julai, laman web pembocor maklumat Sarawak Reportmenyiarkan dokumen yang didakwa dibocorkan oleh penyiasat Malaysia yang mendakwa sejumlah RM2juta telah didepositkan ke akaun yang dikatakan milik Rosmah daripada 10 Februari hingga 23 April melibatkan lapan transaksi.

Laman web itu tidak pasti mengenai sumber wang tersebut tetapi individu yang membuat deposit itu dikenali Roslan Sohari, yang dikatakan kakitangan Pejabat Perdana Menteri.

- mkini




Gugurkan tuduhan Akta Hasutan terhadap Ali Tinju Khairil Ashraf

Posted: 20 Jul 2015 06:00 PM PDT

 
ali-tinju_gani-patail_law_600

PKR mendakwa Akta Hasutan digunakan semata-mata untuk mewujudkan persepsi bahawa undang-undang itu diperlukan untuk mengekalkan keharmonian kaum.

PETALING JAYA : PKR mendesak kerajaan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menggugurkan tuduhan mengikut Akta Hasutan terhadap Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju.

Ahli Biro Politik PKR, N Surendran berkata, banyak lagi undang-undang lain yang boleh digunakan untuk mendakwa Ali Tinju berhubung insiden di Plaza Low Yat baru-baru ini.

"Mengapa pihak berkuasa berkeras menggunakan Akta Hasutan apabila terdapat banyak undang-undang lain yang sesuai untuk mendakwa dia?.

"Dia boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 506 (ugutan jenayah), 504 (menggugat keamanan) atau 505 (kerosakan awam)," katanya menerusi kenyataan media.

Surendran berkata, dakwaan terhadap Ali Tinju mengikut Akta Hasutan semata-mata untuk mewujudkan persepsi bahawa undang-undang itu diperlukan untuk mengekalkan keharmonian kaum.

Katanya, Akta Hasutan tidak diperlukan kerana terdapat banyak undang-undang lain di bawah Kanun Keseksaan yang bertujuan mengekalkan keamanan.

"Tidak dapat dinafikan Akta Hasutan telah secara meluas diguna untuk mendakwa pembangkang, peguam, masyarakat sivil dan aktivis yang bersuara menentang kerajaan.

"Malaysia tidak boleh menikmati kebebasan dan demokrasi selagi Akta Hasutan ada," katanya.

Sehubungan itu, katanya, PKR mendesak kerajaan memansuhkan segera Akta Hasutan yang menindas dan anti-demokratik.

Salah Laku, Rasuah Jejas Ekonomi !!

Posted: 20 Jul 2015 05:30 PM PDT

Menjadi AkuLah's photo.
Umno bn juara mengalih isu. Kali ni percubaan nampak sdkt hardcore kerana saat ini umno menghadapi isu yg amat2 besar. 

Percubaan yg di buat kali ini dgn menyalahkan pihak lawan. Adakah ini kerja team propaganda Bn? Klu kerja team propaganda BN, Byk sgt lagi la kena bljr. 

Cara alih isu tu nampak sgt bodoh. Dah la bodoh, bertempek pulak tahi di tinggalkan. Agaknya ini kalilah BN akan betul2 goyang. 

Hakikatnya jikalau ingin mengalih isu, biarlah terjawab isu yg di utarakan rakyat. 

Baru rakyat diam. Ni jwpn pun lari topik. Mcm budak darjah 1 je. Selesaikah persoalan2 rakyat marhein dgn jawapan mcm tu? 

Aku akan kata, inilah kifarah kpd mereka kerana menzalimi org yg tidak bersalah. 


Msh sempat lg klu nk bertaubat dgn lpskan beliau dari penjara dan memohon maaf secara terbuka. Madey pun skrg sedang melihat kemusnahan yg dia lakukan. Masihkah tidak sedar? 

Madey mmg lupa mengenai doa seorg insan supaya dia di panjangkan umur supaya dia lihat kemusnahan yg dia lakukan. Fakta utama skrg apa yg tak ada org blh nafi, Madey sgt tkt legasi yg dia bina musnah.. Titik.

*SegalaPujianKepadaAllahS.W.T

Gerakan Harapan Baru selari pegangan Nik Aziz – Husam Musa - Mohamad Fadli

Posted: 20 Jul 2015 05:00 PM PDT


husan-musa_nik-aziz_600

Nik Aziz pernah berharap agenda Islah bernegara dan berkerajaan diteruskan dengan menggantikan kerajaan sedia ada dengan pasukan baru.

PETALING JAYA: Datuk Husam Musa berkata penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) oleh bekas pemimpin utama Pas selari dengan pegangan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Bekas Naib Presiden Pas itu berkata, Nik Aziz sebelum ini berharap agar agenda Islah bernegara dan berkerajaan diteruskan dengan keyakinan kerajaan sedia ada perlu dan wajib digantikan secara total dengan pasukan baru.

"Pasukan baru itu haruslah mempunyai komitmen tinggi, idealisma murni, cita-cita politik luhur dan azam membawa perubahan bagi rahmat untuk seluruh rakyat Malaysia.

"Sekalipun saya adalah pemimpin kecil Pas, saya melihat telur GHB ini perlu di santuni untuk membawa kebaikan kepada perjuangan bersama yang kita tekuni sejak sekian lama, kecuali kuasa yang dulu dianggap taghut (melampaui batas) sudah di harap menjadi kawan," katanya dalam kenyataan.

Tambah Husam, GHB juga menjadi hasrat teramai rakyat Malaysia khususnya anak anak muda untuk melihat perubahan.

"Perubahan itu bagi mengakhiri segala keangkuhan kuasa, penindasan dan beban ke atas rakyat jelata hasil salah guna kuasa dan hilangnya pedoman, dan segala macam kemungkaran politik, ekonomi, agama," katanya lagi.

Beliau turut mendoakan sebuah gerakan untuk membantu meneruskan agenda rakyat belayar di alam nyata politik Malaysia menjadi kenyataan.

Ayuh Kita Ke Kg. Manjoi Ipoh Pada 26 Julai Jalam 9 Malam

Posted: 20 Jul 2015 09:00 AM PDT

Paparan skrin Papagomo terbaru- KPN minta Azri berdiam diri FMT Reporters

Posted: 20 Jul 2015 08:30 AM PDT

 
papagomo,deal

Paparan skrin yang baharu di laman sosial Facebook yang sama, 'Papagomo Original' dipercayai milik Wan Muhammad Azri Wan Deris turut menyatakan ia sebagai, "bukti segala kekusutan telah diselesaikan sejak semalam.."


PETALING JAYA: Susulan paparan skrin yang diviralkan mengenai dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sedia menyelesaikan 'isu Low Yat' dengan bayaran RM20,000, satu lagi paparan skrin dimuatnaik pada petang Isnin rentetan penafian tersebut.

Paparan skrin yang baharu di laman sosial Facebook yang sama, 'Papagomo Original' dipercayai milik Wan Muhammad Azri Wan Deris turut menyatakan ia sebagai, "bukti segala kekusutan telah diselesaikan sejak semalam.."

Tulisnya, "Saya juga memberi ruang sepenuhnya kepada pihak #‎PDRM‬ dan KPN dalam meneruskan siasatan terhadap insiden pergaduhan di #‎Lowyat‬… saya tak akan masuk campur lagi tapi, saya akan terus menerus menentang bangsa ‪#‎Cina‬ DAPig yang semakin naik kepala dan cuba merampas tanah #‎Melayu‬.

"Takbir , Allahuakhbar -Papagomo."

Dalam paparan skrin Whatsapp yang dikatakan merakam perbualan di antaranya dan Khalid, Azri meminta maaf atas tindakan printscreen perbualan antara mereka berdua.

"Saya dahpun padamkan. Minta hal ini jangan diperbesarkan boleh? Masih Hari Raya dan saya harap Tan Sri boleh maafkn kesilapan saya," tulis paparan itu.

Manakala, ia didakwa dibalas oleh KPN dengan kata-kata, "Ok, tapi kamu jangan buat lagi Azri.
This is nation matter… deal with it or silent."

Terdahulu, peguam Papagomo, Ahmad Shuaib Ismail menjelaskan akaun Facebook itu bukan kepunyaan anak guamannya.

KPN pula menafikan beliau terlibat dalam perbualan pesanan ringkas Whatsapp meminta rasuah sebanyak RM20,000 untuk menyelesaikan kes penulis blog itu yang ditahan pada Selasa lalu kerana didakwa menyebarkan berita palsu berhubung insiden Low Yat.

Putar Belit Tuan Presiden ?

Posted: 20 Jul 2015 08:06 AM PDT

Perasmian Facebook smile emoticon

Jom kita belajar cara ustaz lebai menipu

Wartawan: apa akan jadi kepada PR jika Pas fasakh Dap?

Haji hadi: saya tak tahu itu semua dalam ilmu ALLAH
......
(after a month)


Wartawan: Bagaimana pandangan tuan guru dengan Harapan Baru

Haji hadi: Harapan Baru mampu bertahan selama 2 tahun

Ana: macam mana haji hadi boleh tahu selama 2 tahun bukannya ia adalah bawah pengetahuan Allah

Haji hadi: Ermmm... Barua... Broker... Jebon... Anjing... Kipidap

Gerakan Harapan Baru selari pegangan Nik Aziz – Husam Musa Mohamad Fadli

Posted: 20 Jul 2015 08:21 AM PDT

 
husan-musa_nik-aziz_600

Nik Aziz pernah berharap agenda Islah bernegara dan berkerajaan diteruskan dengan menggantikan kerajaan sedia ada dengan pasukan baru.

PETALING JAYA: Datuk Husam Musa berkata penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) oleh bekas pemimpin utama Pas selari dengan pegangan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Bekas Naib Presiden Pas itu berkata, Nik Aziz sebelum ini berharap agar agenda Islah bernegara dan berkerajaan diteruskan dengan keyakinan kerajaan sedia ada perlu dan wajib digantikan secara total dengan pasukan baru.

"Pasukan baru itu haruslah mempunyai komitmen tinggi, idealisma murni, cita-cita politik luhur dan azam membawa perubahan bagi rahmat untuk seluruh rakyat Malaysia.

"Sekalipun saya adalah pemimpin kecil Pas, saya melihat telur GHB ini perlu di santuni untuk membawa kebaikan kepada perjuangan bersama yang kita tekuni sejak sekian lama, kecuali kuasa yang dulu dianggap taghut (melampaui batas) sudah di harap menjadi kawan," katanya dalam kenyataan.

Tambah Husam, GHB juga menjadi hasrat teramai rakyat Malaysia khususnya anak anak muda untuk melihat perubahan.

"Perubahan itu bagi mengakhiri segala keangkuhan kuasa, penindasan dan beban ke atas rakyat jelata hasil salah guna kuasa dan hilangnya pedoman, dan segala macam kemungkaran politik, ekonomi, agama," katanya lagi.

Beliau turut mendoakan sebuah gerakan untuk membantu meneruskan agenda rakyat belayar di alam nyata politik Malaysia menjadi kenyataan.

Tiada ulasan: