Ahad, 19 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Tabung Haji: Manipulasi dan Mungkir Janji Peringkat Tinggi

Posted: 19 Jul 2015 07:30 PM PDT

DALAM kita beraya, ramai saudara-mara, suku-sakat dan kawan-taulan kita sedang bersiap sedia untuk ke Tanah Suci mengerjakan haji.

Tabung Haji: Manipulasi dan Mungkir Janji Peringkat TinggiKalau ikut laman web rasmi Lembaga Urusan Tahun Haji (TH), penerbangan pertama musim haji tahun ini adalah pada 16 Ogos.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1963, TH amat berjasa kepada umat Islam Malaysia. Ia bukan sahaja membolehkan mereka mengerjakan haji dengan lebih selesa malah membantu menjana ekonomi umat Islam melalui penabungan dan pelaburan.

Walaupun berlaku sekali dua penyelewengan dan salah tadbir, TH umunya diuruskan dengan baik sehinggalah terbongkar rahsia penglibatannya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mei lalu.

Bakal haji: Amanah mereka di bahu Tabung Haji

Sejak itu nama TH tercemar dan ia terpaksa berdolak-dalik serta berbohong dengan umat Islam dalam percubaannya menghalalkan urus niaga dengan 1MDB itu.

Ambil contoh Pengerusinya, Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Barisan Nasional (Baling), yang berkata Mei lalu tanah Tun Razak Exchange (TRX) akan dijual dengan keuntungan dan ramai pembeli menunjukkan minat.

Tapi selepas hampir tiga bulan belum ada khabar berita yang ia sudah dijual sebaliknya timbul dolak-dalik yang tanah itu tidak perlu dijual kerana ia berupa pelaburan jangka panjang yang baik.
Masalahnya ini bukan calang-calang arahan dan bukan main-main punya janji. Arahan jual dibuat oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak sendiri dan janji untung dibuat oleh Abdul Azeez.

Abdul Azeez (kanan) orang kepercayaan Mohd Najib

Setiap hari berlalu tanah itu tidak dijual, Abdul Azeez "berbohong" kepada khalayak dan ingkar kepada Perdana Menteri.

Hakikatnya, dalam keadaan sekarang dan dengan kontroversi 1MDB yang makin memuncak, tidak banyak pihak yang berani membeli tanah TH itu.

Lagipun mengapa harus beli atas tangan sedangkan masih banyak tanah TRX yang belum dijual.

TH beli tanah seluas 0.63 hektar itu dengan harga RM188.5 juta sebagai sebahagian daripada operasi rahsia untuk menyelamatkan 1MDB yang berhutang RM42 bilion dan ketandusan wang.

Selepas dipersoalkan oleh rakyat jelata yang peduli dan digerudi oleh media atas talian, TH mengaku ia bukan sekadar membeli tanah malah telah memberi "hutang" sebanyak RM920.8 juta 1MDB dengan membeli sukuk Bandar Malaysia.

Sukuk adalah surat hutang syariah dan Bandar Malaysia adalah tapak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi yang dijual murah kepada 1MDB.

TH Mangsa Manipulasi Peringkat Tinggi

Kerajaan menjual tapak TRX kepada 1MDB dengan harga sekitar RM60 sekaki persegi tetapi 1MDB menjual kepada TH pada kadar RM2,774 sekaki persegi – 46 kali ganda.

Jadi semuanya keterdedahan (exposure) TH kepada hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion itu ialah RM1,109.3 bilion.

TH sebenarnya telah "kena main" dan dianaktirikan. Ia membayar RM2,774 sekaki persegi berbanding RM2,300 yang dibayar oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) di tapak yang sama.
Sentuhan Sang Kelembai 1MDB menyebabkan ramai penyimpan dan bakal penyimpan hilang keyakinan kepada TH.

Ketua Pegawai Eksekutif TH, Ismee Ismail sendiri mengaku kepada akhbar Berita Harian bahawa ramai penyimpan mengeluarkan simpanan mereka apabila rahsia urus niaga TH-1MDB terbongkar.

Simpanan bulanan merosot kepada RM40 juta dalam bulan Mei berbanding purata RM71 juta bagi empat bulan pertama tahun ini. 1MDB sudah menjadi "toxic" (beracun) kerana 1MDB.

Tambah membimbangkan ialah Ismee juga adalah ahli lembaga pengarah 1MDB. Nampak wujud percanggahan kepentingan (conflict of interest) dan unsur persekongkolan.

Inilah bencana sumpahan Gedembai 1MDB ke atas TH. Badan Islam itu terpaksa berbohong dan bersembunyi-sembunyi dengan para penyimpannya dan dengan seluruh rakyat jelata.

Jadi apa yang ditakuti dan dipertikaikan oleh banyak pihak apabila Abdul Azeez dilantik menjadi Pengerusi TH pada tahun 2013 kini menjadi kenyataan.

Sumbang Mahram Korporat (Corporate Incest)

Ciri-ciri sumbang mahram korporat yang melibat Mohd Najib, Abdul Azeez dan Ismee ini terbukti merosakkan, di samping mempersenda urus tadbir korporat (corporate governance) dan kewibawaan pengurusan entiti-entiti yang terlibat.


Ismee juga ahli lembaga pengarah1MDB

Walaupun kekusutan membabitkan 1MDB dan entiti-entiti lain yang bersekedudukan dengannya boleh dirungkai melalui "corporate restructuring" (penyusunan semula korporat), tetapi nawaitu yang membawa kepada penubuhan 1MDB tidak boleh dilupakan begitu saja.
Apakah niat sebenar Mohd Najib dan para penasihatnya (termasuk Jho Low) menubuhkan 1MDB dengan modal berbayar RM1 juta tetapi berhutang hingga RM42 bilion?

Di manakah amalan urus tadbir mengenai "debt to equity ratio" (nisbah hutang kepada modal)?

Di manakah ciri-ciri kecukupan modal (capital adequacy)?

Jawapannya diberikan oleh Mohd Najib sendiri apabila beliau tidak menafikan akaun AmBank Islamic atas nama beliau yang pernah mengandungi simpanan RM2.63 bilion.

Setiap hari berlalu dan Mohd Najib membisu mengenai akaun itu, semakin ramai orang akan membuat andaian dan percaya wujudnya pertalian antara urus niaga luar biasa 1MDB dan berbilion ringgit wang 1MDB yang tidak dapat disahkan (unaccounted for).

Adalah hak dan budi bicara beliau serta jentera propaganda beliau mencetuskan pelbagai tipu-helah bagi meyakinkan audiens yang tidak tahu apa-apa mengenai ekonomi, perniagaan dan kewangan canggih.

Tetapi rakyat jelata yang celik ekonomi, perniagaan dan kewangan tidak boleh diyakinkan lagi. Mereka boleh membezakan antara kaca dan permata. - 

http://kadirjasin.blogspot.com/

Najib tidak akan jatuh, KECUALI... Oleh Amin Iskandar

Posted: 19 Jul 2015 06:45 PM PDT

Seorang penganalisis politik antarabangsa yang sudah lama melakukan kajian terhadap Malaysia meramalkan Datuk Seri Najib Razak akan terus kekal sebagai perdana menteri walaupun beliau kini diselubungi skandal besar membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib tidak akan jatuh, KECUALI...Profesor William Case daripada Pusat Kajian Asia Tenggara, City University of Hong Kong mengatakan Najib akan berjaya melepaskan diri walaupun berdepan dengan pelbagai tuduhan kerana beliau mengawal siasatan dijalankan terhadapnya dan mempunyai sejarah panjang terselamat daripada pelbagai skandal.

"Walaupun skandal (1MDB) ini antara yang paling besar, saya percaya Najib akan terselamat kerana pasukan petugas khas akan melaporkan secara terus kepadanya dan beliau mempunyai sejarah terselamat daripada pelbagai skandal," kata Case dalam wawancara bersama CNBC pada 12 Julai lalu merujuk kepada pasukan petugas khas menyiasat 1MDB.

Menurut Case, walaupun Najib kini diserang hebat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ianya tidak akan memberikan kesan besar kerana presiden Umno itu kini disokong kuat partinya.

Case berkata, walaupun kredibiliti Najib dikritik hebat selepas The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan sebanyak AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke akaun peribadinya, perdana menteri akan terus bertahan selagi Umno mahukannya kekal.

"Kita harus faham apa fungsi Umno sebenarnya. Umno bukan sahaja kenderaan untuk pilihan raya, ia juga merupakan 'mesin naungan gergasi'.

"Dan orang menyertai parti ini bukan sahaja untuk mempertahankan komuniti Melayu, akan tetapi untuk menguntungkan diri mereka sendiri."

Wartawan CNBC yang menyoal Case terkejut dengan hujah Case, Najib bakal menyelamatkan diri walaupun berdepan tuduhan berbilion ringgit wang 1MDB dipindahkan ke akaun peribadinya dan kini diserang hebat Dr Mahathir.

Case benar-benar memahami politik Malaysia. Ramalan beliau dalam wawancara yang penulis lakukan dengannya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) juga tepat.

Pada waktu itu ketika semua orang merasakan Barisan Nasional (BN) akan tewas dalam PRU13, Case mengatakan Pakatan Rakyat (PR) tidak akan berjaya menakluki Putrajaya hanya dengan kekuatan undi Cina.

Di negara dunia ketiga seperti Malaysia, jangan kita bayangkan politiknya sama seperti di Amerika Syarikat atau United Kingdom. Pilihan raya di Malaysia juga tidak setaraf dengan di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Kita juga jangan merasakan ahli politik di Malaysia sama seperti di Jepun atau Korea Selatan. Di Jepun seorang presiden parti akan meletakkan jawatan sekiranya prestasi buruk dalam pilihan raya.
Di Korea Selatan, bekas presiden Roh Moo Hyun membunuh diri kerana dituduh terlibat rasuah demi maruahnya.

Semua ini tidak terpakai di Malaysia. Di Malaysia sebesar manapun skandal, seseorang pemimpin itu masih boleh menyelamatkan dirinya dan kekal berkuasa.

Kerana di Malaysia, kalau adapun penentangan dan demonstrasi, ianya tidak sehebat seperti di Korea Selatan di mana demonstran sanggup mengorbankan diri mereka.

Demonstrasi diadakan di Malaysia selepas dua tiga jam, para demonstran akan pulang dan hidup seperti biasa.

Tidak seperti di negara-negara yang pernah menumbangkan pemimpin mereka melalui demonstrasi jalan raya, demonstrasi dilakukan selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan sehinggalah tuntutan mereka dipenuhi.

Penulis bersetuju dengan ramalan Case. Akan tetapi penulis menambah, Najib akan kekal sebagai perdana menteri 5 hingga 10 tahun lagi selepas PRU14 jika berjaya menyelamatkan diri daripada skandal 1MDB.

Jika pembangkang kuat semasa PRU13 juga tidak mampu menewaskan BN, apa boleh diharapkan dengan pembangkang yang berpecah?

Melainkan pemain-pemain politik berani melakukan sesuatu "di luar kotak" dan memanfaatkan kenaikan kos kehidupan yang memberikan kesan besar kepada majoriti rakyat Malaysia pada hari ini. – TMI

Proses pemindahan aset air Selangor selesai dua bulan lagi FMT Reporters

Posted: 19 Jul 2015 06:00 PM PDT

 
azmin_water_600
Kerajaan negeri sedang berbincang dengan PAAB bagi mengenal pasti fasiliti yang akan dipajakkan

SHAH ALAM: Proses pemindahan aset-aset air di Selangor kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dijangka selesai dalam tempoh 60 hari daripada tarikh Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Air yang ditandatangani pada 10 Julai lepas.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan Selangor sedang berbincang dengan PAAB bagi mengenal pasti fasiliti yang akan dipajakkan kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

"Sebaik sahaja kita memuktamadkan perjanjian ini minggu lepas, kita diberi tempoh 60 hari dan kita akan selesaikan dalam tempoh yang ditetapkan itu.

"Pertikaian sebelum ini adalah berhubung dua aset air iaitu di Semenyih dan Bukit Nanas, tetapi ia telah selesai selepas kerajaan negeri bersetuju menyerahkan empat aset lain yang mempunyai nilai sama dengan aset berkenaan untuk menyegerakan penstrukturan air ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan Selangor di Stadium Shah Alam.

Pada 10 Julai lalu, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor menandatangani Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pas tidak lagi relevan-Mat Sabu FMT Reporters

Posted: 19 Jul 2015 05:15 PM PDT

 
mat-sabu_harapan_600
Pas dikatakan masih menggunakan kaedah lama dalam berpolitik sedangkan rakyat berbilang kaum turut terlibat dalam proses membuat keputusan.

KEPALA BATAS: PAS sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik masih kini dan perlu melakukan pembaharuan.

Kenyataan itu dibuat bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Dia yang lebih popular dengan panggilan Mat Sabu, berkata penubuhan Gerakan Harapan Baharu (GHB) merupakan cara untuk membuat pembaharuan terhadap parti Islam itu supaya kekal relevan.

Katanya, Pas masih menggunakan kaedah lama dalam berpolitik sedangkan rakyat berbilang kaum turut terlibat dalam proses membuat keputusan.

Jelasnya yang dipetik daripada Bernama, GHB akan membuat penerangan di seluruh negara sebelum meneruskan proses pendaftaran dengan Pendaftaran Pertubuhan dalam tempoh lebih sebulan lagi.

Isnin lepas, beberapa bekas pemimpin kanan PAS termasuk Mat Sabu melancarkan sebuah pergerakan, dikenali sebagai Gerakan Harapan Baharu, yang dikatakan bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.

Mat Sabu berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran DAP negeri di Kepala Batas.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau mengalu-alukan penubuhan GHB sebagai sebuah parti politik namun menafikan GHB adalah proksi DAP.

"Parti yang baru ditubuhkan itu harus memperjuangkan nasib rakyat Malaysia dan perlu fokus peningkatan ekonomi dan mampu mentadbir kerajaan dengan baik," katanya.

Foto Ceramah Harapan Baru Di Kota Bharu Malam Ini 'FULL HOUSE'

Posted: 19 Jul 2015 04:30 PM PDT














Kredit - adukataruna

KPN Nafi Minta Rasuah RM20,000 Dari Papagomo KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan penyebaran perbualannya bersama penulis blog, Papagomo menerusi aplikasi WhatsApp yang menunjukkan beliau meminta rasuah sebanyak RM20,000. Khalid berkata, siasatan dimulakan terhadap akaun Facebook 'Papagomo Original' yang didakwa memuat naik 'paparan skrin' yang didakwa sebagai perbualan antara beliau bersama penulis blog itu. Menerusi perbualan yang dikatakan itu, Khalid meminta rasuah sebanyak RM20,000 bagi 'menyelesaikan' kes penulis blog itu selepas dia ditahan pada Selasa lalu kerana didakwa terlibat dalam insiden pergaduhan di Plaza Low Yat. Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris dibebaskan dari tahanan polis pada Jumaat lalu. "Satu laporan dibuat bagi membantu siasatan," kata Khalid kepada The Star tetapi mengesahkan bahawa peguam Papagomo, Ahmad Shuaib Ismail turut membuat laporan bahawa akaun Facebook itu bukan kepunyai penulis blog berkenaan. Halaman di akaun Facebook itu turut menyiarkan khabar angin yang didakwa perjumpaan diadakan di antara badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan merancang untuk melakukan pergaduhan bersenjata di Plaza Low Yat pada Sabtu. Perkara itu tersebar selepas penahanan Papagomo. Bukit Aman yang menyifatkan penyebaran maklumat tidak benar itu mempunyai niat untuk merosakkan keharmonian dan keamanan, menggesa rakyat Malayisa supaya tidak membiarkan mesej-mesej tersebut viral secara dalam talian. Sementara itu, Ahmad Shuaib turut menasihatkan anak guamnya supaya menjauhi daripada halaman itu dengan mengatakan bahawa Papagomo tidak boleh mengemaskininya kerana ketika itu dia di dalam tahanan. Papagomo sebelum ini ditahan kerana didakwa memuat naik gambar seorang mangsa rompakan warga Melayu yang cedera, di media sosial, dengan mendakwa bahawa ia sebagai mangsa pergaduhan di Plaza Low Yat. Polis menahannya kerana didakwa tindakannya itu membangkitkan ketegangan kaum. -mstar-

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
KPN Nafi Minta Rasuah RM20,000 Dari Papagomo KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan penyebaran perbualannya bersama penulis blog, Papagomo menerusi aplikasi WhatsApp yang menunjukkan beliau meminta rasuah sebanyak RM20,000. Khalid berkata, siasatan dimulakan terhadap akaun Facebook 'Papagomo Original' yang didakwa memuat naik 'paparan skrin' yang didakwa sebagai perbualan antara beliau bersama penulis blog itu. Menerusi perbualan yang dikatakan itu, Khalid meminta rasuah sebanyak RM20,000 bagi 'menyelesaikan' kes penulis blog itu selepas dia ditahan pada Selasa lalu kerana didakwa terlibat dalam insiden pergaduhan di Plaza Low Yat. Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris dibebaskan dari tahanan polis pada Jumaat lalu. "Satu laporan dibuat bagi membantu siasatan," kata Khalid kepada The Star tetapi mengesahkan bahawa peguam Papagomo, Ahmad Shuaib Ismail turut membuat laporan bahawa akaun Facebook itu bukan kepunyai penulis blog berkenaan. Halaman di akaun Facebook itu turut menyiarkan khabar angin yang didakwa perjumpaan diadakan di antara badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan merancang untuk melakukan pergaduhan bersenjata di Plaza Low Yat pada Sabtu. Perkara itu tersebar selepas penahanan Papagomo. Bukit Aman yang menyifatkan penyebaran maklumat tidak benar itu mempunyai niat untuk merosakkan keharmonian dan keamanan, menggesa rakyat Malayisa supaya tidak membiarkan mesej-mesej tersebut viral secara dalam talian. Sementara itu, Ahmad Shuaib turut menasihatkan anak guamnya supaya menjauhi daripada halaman itu dengan mengatakan bahawa Papagomo tidak boleh mengemaskininya kerana ketika itu dia di dalam tahanan. Papagomo sebelum ini ditahan kerana didakwa memuat naik gambar seorang mangsa rompakan warga Melayu yang cedera, di media sosial, dengan mendakwa bahawa ia sebagai mangsa pergaduhan di Plaza Low Yat. Polis menahannya kerana didakwa tindakannya itu membangkitkan ketegangan kaum. -mstar-

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Tun M cuba sabotaj perniagaan 1MDB? FMT Reporters

Posted: 19 Jul 2015 09:00 AM PDT


 

mahathir
1MDB umum langkah penyatuan aktiviti syarikat yang terjejas termasuk bekerjasama dengan Lend Lease dari Australia bagi membangunkan tanah di TRX.

PETALING JAYA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menuduh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin politik lain menggunakan pelbagai cara untuk mensabotaj perniagaannya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkaan, ia mendakwa perbuatan itu memberi kesan kepada perniagaan 1MDB, termasuk cadangan IPO Edra Global Energy.

"Pihak-pihak ini bukan saja membuat fitnah terhadap 1MDB, tetapi menggunakan pelbagai cara untuk mensabotaj perniagaan harian yang memberi kesan antara lain kepada cadangan IPO Edra Global Energy," petik kenyataan itu.

Syarikat milik penuh kerajaan itu turut menegaskan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya termasuk kehilangan dana RM42 bilion adalah tidak berasas.

Jelasnya lagi bagi menangani cabaran yang dihadapi syarikat itu, 1MDB mengkaji semula pelan strategik pada Januari lalu dan keputusannya telah diumumkan pada 18 Februari ini.

Antara lain ia memutuskan penyatuan aktiviti syarikat, termasuk pelaksanaan usahasama dengan Lend Lease dari Australia bagi membangunkan 17 ekar daripada 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

PAS Makin Meroyan Dengan Parti Harapan Baru PAS: Gerakan baru 'hanya akan untungkan BN'

Posted: 19 Jul 2015 08:15 AM PDT


Landskap politik baru dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) di dalamnya hanya akan menguntungkan BN, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Ini, katanya, kerana tumpuan GHB sekarang adalah untuk mengukuhkan kedudukannya di kalangan ahli PAS dan bukannya mensasarkan Umno dan BN.

"Kumpulan pembangkang akan meraih keuntungan jika perkembangan ini dapat menarik pengundi yang selama ini memihak kepada BN. Tetapi adakah ini akan berlaku?.

"Saya kurang yakin kerana contohnya gerakan pemimpin PAS yang kalah kelihatan memberi tumpuan kepada ahli-ahli PAS sahaja," katanya dalam satu kenyataan semalam.

GHB adalah sebuah gerakan yang ditubuhkan oleh pemimpin progresif PAS yang disingkirkan oleh golongan konservatif daripada kepimpinan parti itu dalam muktamar parti itu Jun lalu.

Gerakan itu adalah pelopor kepada penubuhan sebuah parti politik baru yang berhasrat menjadi lebih inklusif ketika PAS dilihat terseret ke kanan.

"Saya hanya dapat melihat mereka berupaya menarik atau "mencuri" ahli, penyokong dan pengundi PAS sahaja," kata Iskandar dalam satu kenyataan semalam.

"Ahli, penyokong dan pengundi Umno//BN akan terus kekal dengan Umno/BN," kata Iskandar yang juga  naib presiden PAS.

Begitu juga, dengan pecahnya Pakatan, Iskandar berkata, jika DAP bertanding di kerusi PAS, ia hanya akan memecahkan undi pembangkang dan memihak kepada BN.

"Sama ada Harapan Baru atau DAP, mereka mesti diingatkan bahawa strategi berasaskan dendam akan dapat dirasai oleh rakyat.

"Sokongan atau undi kepada pembangkang tidak akan meningkat. Perpindahan undi hanya akan berlaku di antara parti-parti pembangkang.

"Malah terdapat kemungkinan besar terdapat mereka yang akan berpindah kepada BN kerana tidak lagi melihat pembangkang sebagai satu alternatif yang berwibawa akibat dari pertelingkahan yang berlaku," katanya.

** Terbukti Pas sudah meroyan. Apa yang telah Pas telah lakukan sebelum ini telah banyak menguntungkan siapa? Bukan untungkan Umno ker??

SURAT TERBUKA KEPADA FOX MULDER:

Posted: 19 Jul 2015 07:30 AM PDT

Mafiaboss Melayu

 

Tuan, saya menulis ini dalam keadaan terdesak, bagi pihak rakyat Malaysia yang lama menderita dek kerana kejadian aneh yang berterusan di negara kami, Malaysia.

Perkara bermula, dengan semua rahsia yang tidak dapat diselesaikan, diikuti dengan bisikan di gerai-gerai mamak. Ini kemudiannya "disahkan" oleh keganjilan di laman media sosial dengan pautan kepada laman "subversif" dari luar negara.

Kita mula mendengar, kemudian membaca (kadang-kadang disertai dengan gambar) mengenai gaya hidup pihak yang kaya raya dan berkuasa di negara kami.

Media arus perdana milik kerajaan dan kerajaan tidak bercakap sepatahpun walaupun pendedahan dilakukan, satu lagi keanehan yang berlaku. Tetapi laporan dan kebocoran dari media alternatif meningkat menjadi kebanjiran. Masih tiada satu perkataanpun daripada kerajaan.

Adakah anda fikir media bersubahat menyimpan rahsia? Saya pasti anda telah menemui sikap membisu dalam kerja-kerja anda. Penafian, maklumat yang salah dan penipuan secara terang-terangan telah diucapkan di Parlimen bagi menenangkan orang ramai yang semakin resah.

Kekecewaan semakin tidak tertahan apabila media antarabangsa mendedahkan mengenai 1MDB, iaitu Area 51 kami. Ia menyebabkan beberapa media berani mula memetik laman-laman subversif dan e-mel yang bocor. Ini mendorong kerajaan untuk mkenyerang balas dengan sepenuh hati dan mengetatkan tali pada media berlesen, mengancam mereka dengan penutupan.

Sejak beberapa minggu yang lalu, pelbagai makhluk aneh dan watak menjijikkan dan meragukan, saksi dibayar, dokumen pendedahan, transaksi wang dan lain-lain telah dikemukakan. Dalam kekeliruan, kebenaran telah diregangkan, kepalsuan diutarakan sebagai bukti dan penyiasat semakin keliru.

Pemberi maklumat diburu dan penuduh dipalit pelbagai tuduhan. Orang ramai tidak tahu siapa dan apa yang perlu mereka percaya. Keraguan telah dilemparkan pada pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat transaksi 1MDB selepas kebocoran laporan-laporan rasmi.

Apa yang benar dan apa pula pembohongan? Siapa yang boleh dipercayai dan siapa pula membohongi? Kita tidak tahu lagi.

Itulah sebabnya kami memerlukan anda untuk mencari kebenaran. Kami mempunyai sedikit kepercayaan kepada institusi rasmi dan penyiasat. Laporan tentang begitu banyak pasukan petugas, suruhanjaya diraja dan siasatan khas telah diabaikan selama bertahun-tahun. Orang ramai tidak lagi mempunyai keyakinan. Saya bimbang tidak lama lagi kita akan kehilangan harapan.

Reputasi, integriti dan imej Malaysia terpalit lumpur rasuah. Jika krisis ini tidak dapat diselesaikan tidak lama lagi, kami takut kami akan menjadi pariah antarabangsa. Malangnya, pemimpin-pemimpin politik kelihatan tidak endahkan semua ini. Terus terang, ia begitu menakutkan.

Bagaimana kami mampu menjadi ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pengerusi Asean yang berkesan apabila semua pihak memandang Perdana Menteri dan kerajaannya serta institusi rasmi dengan penuh syak wasangka?

Tolong, Encik Mulder, saya berharap anda akan menjawab rayuan terdesak kami. Bawa rakan X-Files anda Dana Scully.

Pengetahuan forensik beliau amat berguna di dalam memahami misteri ringgit yang hilang.

Yang benar, Charlie Voon

[BERGAMBAR] Sokongan Untuk GHB Terus Mencurah

Posted: 19 Jul 2015 06:45 AM PDT

 

Sokongan untuk Harapan Baru mencurah, termasuk dari jurulatih bola negara

Sokongan secara terbuka kepada penubuhan Gerakan Harapan Baru mencurah-curah ekoran pelancarannya Isnin lepas, termasuk daripada individu dan juga pertubuhan.

Kebanyakan mereka menzahirkan sokongan ini melalui kenyataan yang dibuat secara terbuka melalui media sosial, khasnya laman Facebook.

Antara sokongan yang mengejutkan datang daripada Karathu Muruthaiah, jurulatih bola sepak negara yang lebih dikenali M Karathu, yang secara terbuka menyatakannya kepada penyelaras Harapan Baru Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah.

"I like your Harapan Baru. I wish your new party all the success. Majukan Harapan Baru (Saya suka Harapan Baru anda. Saya doakan semoga parti baru anda berjaya. Majukan Harapan Baru)," tulis jurulatih bolasepak Perak itu kepada Wan Rahim melalui Facebook.

"Terima kasih Datuk. Datang dari personaliti semacam anda, ia memberikan makna yang besar kepada saya," tulis Wan Rahim membalas ucapan itu.

Sementara itu, Ikram Malaysia menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pertama menyatakan sokongan terbuka kepada Harapan Baru.

"Ikram dengan ini mengalu-alukan Gerakan Harapan Baru; sebuah NGO yang mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan yang inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat," kata timbalan presiden Ikram, Hasanudin Mohd Yunus dalam satu kenyataannya.

Serentak dengan pengumuman Harapan Baru oleh pengerusinya Mohamad Sabu Isnin lepas, mereka menubuhkan jawatankuasa pro-tem di setiap negeri dan kawasan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Di Johor, tapak utama gerakan ini, ia dipimpin sendiri barisan pimpinan PAS negeri sebelum ini apabila bekas pesuruhjaya sesi lalu, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Parit Yaani, Aminul Huda Hassan, menjadi penyelarasnya.

Di Perak, bekas bendahari PAS Pusat, Asmuni Awi sendiri memimpin gerakan itu dengan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai timbalannya.

Di Wilayah Persekutuan pula, bekas pengarah pilihan raya PAS Dr Mohamad Hatta Ramli sendiri memimpinnya manakala di Kedah ia dipimpin bekas exco Kedah, Dr Ismail Salleh.

Pemimpin lain ialah Wan Rahim yang menerajui usaha itu di Kelantan, Dr Hamzah Jaafar (Pahang), Hamzah Abdullah (Sabah), Abang Ahmad Kerdi Abang Masagus (Sarawak), Izham Hashim (Selangor), Adly Zahari (Melaka) dan Zulkifli Mohamad Omar (Negeri Sembilan).

Harapan Baru dilancarkan dengan rasminya Isnin 13 Julai lalu oleh pemimpin progresif yang tersingkir PAS.

Ia merupakan medium aktiviti kumpulan tersebut sebelum parti mereka diluluskan dengan rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan.

Bagaimanapun, ketika sokongan mencurah untuk mereka, serangan mula datang daripada parti lama mereka iaitu PAS.

Pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan parti ini tidak akan berjaya kerana ia hanya proksi DAP, manakala ketua penerangannya Nasrudin Hassan menyifatkan pemimpin mereka sebagai pengkhianat kepada PAS.

Strategis PAS Dr Zuhdi Marzuki pula menyifatkan Islam mereka ala Islam Amerika dan akan disenangi Sister in Islam, Lawyer for Liberty, Comango, pendukung golongan LGBT dan DAP sendiri. –TMI


KENAPA PAS PERLU NAK MARAH HARAPAN BARU?
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diumum baru-baru ini membuatkan mereka menjadi sasaran tembakan peluru-peluru PAS. Pimpinan PAS menyerang mereka bertubi-tubi samada dalam ceramah, mahupun blog dan media sosial.

2) Dalam banyak-banyak serangan, saya simpulkan bahawa peluru yang digunakan adalah berupa serangan psikologi dengan menggelar GHB ini sebagai kumpulan orang kecewa kalah pemilihan.

3) Serangan psikologi ini diasak dan disalut dengan dalil-dalil yang sedap didengar, tajam menikam, panas berapi - membuatkan ahli-ahli dari ceruk kampung tidak akan mendekati kumpulan ini.

4) Apa sebenarnya yang pimpinan PAS mahu?

Sebenarnya tak perlu sindir, tak perlu serang. Biarlah GHB tubuh parti baru. Tak perlu pecat, mereka akan gugur keahlian dengan sendiri jika menubuh parti baru.

5) Sepatutnya pimpinan PAS bersyukur kerana orang yang mereka singkir itu benar-benar hilang daripada PAS. Lega bukan? Tapi sebaliknya, pemimpin PAS terjerit-jerit serang psikologi seolah-olah tak mahu mereka keluar daripada PAS.

6) Apakah PAS mahu mereka terus berada dalam PAS supaya psikologi mereka boleh didera secara halus? Jika tidak suka, biarkan mereka. PAS patut buat kenduri macam Ibrahim Ali. Syukur kerana jebon-jebon dah lari.

7) Perlu diingat, kamu gunakan serangan psikologi "orang kecewa kalah pemilihan".

Walhal saya beranggapan mereka bukanlah memilih GHB kerana tewas pemilihan. Tetapi mereka tidak boleh terima cara pemilihan yang dilakukan.

8 ) Pemilihan itu bukan sekadar hari Muktamar. Semua orang tahu, berbulan-bulan sebelum Muktamar, mereka digelar sebagai jebon, munafik haraki, macai-DAP, geng liberal dan sebagainya. Mereka dicaci, disindir, diherdik sesuaka hati.

Malah siap berdalil aqli dan naqli. Bukan itu sahaja, mereka diasak dengan persepsi untuk menjatuhkan presiden.

9) Hasil cacian dan makian itu meresap masuk ke dalam minda perwakilan dan akhirnya diterjemah melalui pemilihan. Malah pencalonan Ustaz Ahmad Awang memberi bonus kepada kempen "menghapuskan orang yang mahu jatuhkan Presiden".

10) Siapa tidak terasa. Kamu beri contoh Ustaz Hassan Syukri yang tewas tapi tetap istiqamah dengan PAS. Adakah Ustaz Hassan dimaki dan dicaci sebagai jebon dan munafik haraki sebelum pemilihan? Tunjukkan siapa yang telah terus istiqamah selepas dilabel begitu?

11) Ustaz Nasharudin Mat Isa pun terbarai akibat serangan "UG UG UG" dan serangan "agen Umno" yang menyaksikan beliau tewas kepada Mat Sabu. Ke mana Ustaz Nasharudin selepas itu? Hilang dari peta politik PAS.

Kecewa dan membawa diri, bukan kerana kalah semata, tetapi kalah kerana hati terluka akibat dicaci maki. Itu sebab dia seorang. Kalau dia seramai 20 orang, dah lama dia gerakkan G20 versi dia sendiri. (saya pernah terlintas, apakah pemilihan lalu adalah manifestasi balas dendam kumpulan ulama ke atas penyingkiran Ustaz Nasha oleh kumpulan progresif)

12) Pemimpin PAS perlu muhasabah, kenapa mereka mahu menyerang GHB. Saya terbaca tulisan Dr Zuhdi yang penuh fakta dan kaji selidik, berdalil bagai. Tetapi saya tak nampak semua hujah itu terkena kepada kumpulan GHB itu. Sekadar andaian dan tuduhan yang tak berasas.

13) Ya, orang kampung, pembaca harakah cetak, para penyokong bawahan yang kurang maklumat, pasti bersertuju dan hadam habis tulisan Dr Zuhdi itu. Tapi orang-orang yang keluar daripada momokan dan doktrin halus, mereka tidak akan menerima dakyah sedemikian. Jika tidak suka dengan GHB sekalipun, bukanlah tulisan Dr Zuhdi itu hujahnya.

14) Saya antara orang-orang yang tidak bersetuju penubuhan GHB. Tetapi saya tidak menolak penubuhannya kerana mereka yang mahu menubuh GHB lebih tahu apa yang mereka perlu buat.

Mereka merasai keperitannya dihalau secara clean sweep.

15) Berbalik kepada serangan psikologi pemimpin PAS, saya rasa lebih baik PAS diam sahaja dan biarkan mereka bergerak mengikut haluan mereka. PAS sudah halau mereka, maka usah sedih dengan kehilangan mereka.

Tak perlu serang mereka dengan label pengkhianat, jebon dan munafik haraki lagi.

16) Semua itu hanya akan mendatangkan simpati kepada mereka dan backfire kepada PAS. Bukankah PAS yakin dengan kekuatan sendiri dan sudah bersih daripada unsur-unsur jebon yang mahu jatuhkan Presiden? Mereka tidak akan mampu tarik ahli PAS yang setia. Yang tak setia kepada PAS, buka jalan keluar kepada mereka, usah ditangisi, usah dirindui. PAS akan bersih. Buat kerjalah dengan senang hati. Biarkan mereka, usah meroyan pula.

Sekian.



Bagi sesiapa yg tidak mengetahui akan perkara sebenarnya.....tanyalah pimpinan PAS Sendiri

Bagi sesiapa yg tidak mengetahui akan perkara sebenarnya.....tanyalah pimpinan Pas sekarang ini, siapa yg pertahan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yakni EJSK di dalam dan luar Parlimen..dan dimana jua pentasnya..samada kpd lawan atau kawan...Siapa?...yang dituduh menolak hudud itulah yang mempertahankan perlaksanaan Hudud di Kelantan termasuk dipentas2 forum brbahasa BI dan BM....samada yg dianjur parti politik atau NGO2...

Namun ingat sdra....Perjuangan
ISLAM bukan hanya sekadar Perjuangan Hudud.....Perjuangan Islam adalah perjuangan untuk Menegakkan (Tamkin) Syariat Seutuhnya dalam sebuah masyarakat dan negara Madani yang perlu menghormati Kedaulatan undang2 atau As-Siyadah al-Qanuniyah atau Rule of Law.

Perjuangan yang sedari awal ditahap Makkiyah lagi telah mengherdik dan membidas (wailul lil..) golongan Mutaffifin yang Curang, Culas dan Khianat dalam Tadbir-Kelola Urusniaga dan menzalimi dan memperbudakkan golongan Marhaen...lantas "Mengangkat Karamah Insaniyah"..Human Dignity dan memberikan manusia erti

Kemerdekaan Insan sebenarnya..dalam Erti Hifzul Hurriyah yang Hakiki...
Perjuangan Islam yang mendobrak segala bentuk Asobiyah yang membelenggu keintelektualan manusia berfikir dan membuat keputusan yang wajar dan waras bersandarkan Ilmu Naqli dan Aqli.. BEBAS dari Unsor dan Politik Ketakutan dan Peras Ugut...termasuk Asobiyah Kepartaian yang melampau sehingga "Mengagung dan Mentaqdis" Pemimpin meskipun ternyata mereka Silap dan Kekal dalam kesilapan....

Perjuangan untuk "Memakmurkan Bumi dengan Mengurus Khazanah Kekayaan Negara" dengan Mampan dan Kompeten serta bebas dari melakukan Khusran atau Kerosakan sehingga lahir "Kesejahteraan dan Kemakmuran buat Semua Rakyat" dengan TIDAK diizinkan Kekayaan DiBolot oleh segelintir penguasa politik yang RAKUS bersekongkol dgn segelintir koporat Tamak sehingga lahir Segelintir manusia menjadi SUPER-KAYA serta Wujud JURANG ATAU KESENJANGAN KAYA-MISKIN yang terlalu lebar dan terus melebar...

Tidak dapatkah anda mengungkap perjuangan Islam selain dari perjuangan Hudud saja sehingga bila Lawan dan Musuh yang masih Rasuah, BoRos dan Bolot 'tampak semacam nak terima Hudud'..maka kita Mudah2 ditemberang dan ditipu sebab mereka sudah mahu sokong Hudud..??......Apakah sebegitu wajarya?

Mengapa sebegini Kekakuan Pengungkapan Perjuangan Islam...satu " Intellectual Paralysis" yang sangat mengaibkan dan menyempitkan...

Ingat apa yang kedua-dua AlMarhum Ustaz Fadzil Noor dan TGNA sebut dan peringatkan kita akan tipu-helah musuh ....husnuz dzan biar bertempat dengan mrngambil kira juga tuntutan Hazar...."Berwaspada" sebagai peringatan Kitob AlLah..

Panjang pulak saya dah bersyarah......memang banyak lagi yang boleh dihuraikan akan perjuangan Islam yang Syumul dan semestinya Bukan Hanya Sekadar Hudud...sudah banyak kali juga rasanya telah saya sebutkan dan tuliskan.....

AlLahu 'Alam
AlLahu al Musta'an...

Pencerahan dari Dr Dzulkifli Ahmad
S/U GHB Pusat




APA KENA MENGENA DENGAN JUSTO DALAM PELBAGAI ISU SENSITIF DI NEGARA KITA??!!

Posted: 19 Jul 2015 06:04 AM PDT



Kalangan yang membesarkan kes justo di Thailand adalah terdiri daripada golongan minda lemah!! Kes 1mdb tiada kaitan dengan justo dan Perdana Menteri harus menjawab banyak persoalan yang belum terjawab!!

Suatu masa dahulu yb datuk ahmad maslan (timbalan menteri kewangan) kata kementerian kewangan tidak pernah keluarkan surat 'jaminan' untuk 1mdb meminjam wang tetapi akhirnya beliau didapati membohongi parlimen serta dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin parlimen untuk memohon maaf.

Apakah isu yb datuk ahmad maslan ini ada kena mengena dengan justo??!! Tiada kaitan pun dengan justo!!

Perdana Menteri kata kononnya tak kenal jho low tetapi ada gambar dato sri najib, datin sri rosmah serta anaknya riza aziz bersama jho low.

Apa kaitan ini dengan justo??!! Ada kena mengena kah dengan justo??

Dato sri najib kata jho low tiada kaitan dan tak pernah terlibat dengan syarikat 1mdb tetapi akhirnya mahkamah london mengaitkan jho low mewakili 1mdb membida untuk beli sebuah hotel di london.

Apa kena mengena isu ini dengan matlumat justo??!!

Perdana Menteri membohongi parlimen kata sebahagian duit yang ditebus dari kepulauan caymen sejumlah usd1.103 billion disimpan di bank BSI singapura akhirnya didapati tidak benar serta 1mdb beri dokumen palsu. Monetary Authority Singapore dah pun siasat!!

Ini pun ada kaitan ke dengan matlumat palsu justo??!! Tidak ada kena mengena pun!!

Duit usd700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi dato sri najib; apakah ini juga dengan matlumat palsu justo??!!

Isu ini tidak ada kaitan langsung dengan matlumat justo!!

Sejumlah wang tunai rm2 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi datin sri rosmah; apakah ini ada kaitan dengan justo??!!

Justo kah yang bagi matlumat ini??!! Tak ada kena mengena pun!!

Banyak lagi isu-isu yang dato sri najib harus jawab secara jujur, ikhlas, telus dan secara mudah difahami rakyat mengenai berbagai perkara yang rakyat nak tahu. Apa susah sangat dengan dato sri najib untuk memberi jawapan secara mudah bagi memberi pencerahan kepada keseluruhan masyarakat di negara kita??!!

Tolonglah jangan jadikan isu justo untuk mengalih pandangan rakyat. Kini, mentaliti rakyat lebih bijak daripada pemikiran segelintir dari menteri-menterikabinet kita!!

Isu justo yang sedang diperbesarkan itu hanya menjadi bahan tertawa rakyat saja!! Sesungguhnya, rakyat tidak bodoh dan putrajaya akan gagal untuk terus memperbodohkan keseluruhan warganegara malaysia!!

Isu justo akan gagal untuk mengalih pandangan rakyat malaysia terhadap persoalan pokok skandal syarikat 1mdb. Jangan risau!! Banyak isu-isu sensitif yang sedang melanda negara kita masakini tidak ada kena mengena langsung dengan justo!!

Khairuddin Abu Hassan


Tiada ulasan: