WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Mat Sabu: GHB Akan Teruskan Agenda Pakatan Rakyat, Nafi Jadi Proksi DAP
- SELEPAS DAKWAAN , KELUARGA DSAI DIBENAR MELAWAT HARI INI
- PETIKAN DARI FINANCIAL DAILY: BAGAIMANA JHO LOW DAN PETROSAUDI MENIPU MALAYSIA SEBANYAK 1.8 BILLION TUNAI.
- BERGAMBAR: SUMBANGAN DI PERLIS SEMALAM MENCECAH 4500...PETANDA BAIK UNTUK BAKAL PARTI BARU....
Mat Sabu: GHB Akan Teruskan Agenda Pakatan Rakyat, Nafi Jadi Proksi DAP Posted: 20 Jul 2015 04:12 PM PDT Kira-kira 1,000 orang hadir dalam siri ceramah kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan oleh kumpulan progresif PAS, di Perlis - negeri kelahiran Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din - malam tadi. Meskipun hujan turun di sebelah petang, ia tidak menghalang hadirin memenuhi kawasan lembab di lokasi ceramah di Kangar bagi mendengar ucapan daripada kepimpinan GHB. Diketuai oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, pemimpin gerakan itu begitu berhati-hati supaya tidak mengkritik secara terbuka kepada rakan mereka dalam parti termasuk kumpulan ulama dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang boleh mengundang kritikan balas. Bagaimanapun, hadirin memberi maklum balas ketika barisan kepimpinan GHB membidas kepimpinan PAS yang baru-baru ini muncul dengan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang bergelut dengan dakwaan penyaluran wang 1MDB. Antara yang berucap ahli parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa, ahli parlimen Sepang Hanipa Maidin, peguam dan anak lelaki kepada bekas presiden PAS Faiz Fadzil Noor dan Aida Yusof Rawa yang membuat kenyataan untuk menunjukkan PAS beralih dari perjuangan asal dan mengapa GHB perlu disokong. Mereka turut merayu supaya rakyat menyokong usaha "Selamatkan Malaysia" dengan menukar pemerintahan dan tidak hanya menukar Najib. Mohamad atau mesra dipanggil Mat Sabu memberikan ucapan berapi dengan menyatakan bagaimana PAS memainkan peranan penting membawa Islam ke persada politik arus perdana sejak ditubuhkan pada 1951. PAS juga telah menyertai BN sebelum ini seperti mana mereka menyertai Barisan Alternatif pada 1999 dan Pakatan Rakyat pada 2008 untuk mempromosikan perjuangan Islam. "Tetapi sejak akhir ini, kita lihat ada beberapa perubahan dalam PAS. Malaysia adalah negara demokrasi dan kita mengadakan pilihan raya setiap lima tahun. Tapi sejak kita mengamalkan sistem first past the post, kemenangan kita ditentukan oleh siapa yang dapat banyak undi, bukan siapa yang kuat. "Kita perlu berkerja dengan komuniti dan parti lain. Kita lihat sekarang parti ini yang banyak memberi sumbangan, telah meninggalkan arena yang menjadikan serba mungkin bagi semua kaum," katanya, merujuk kepada gabungan pembangkang Pakatan Rakyat. Beliau merujuk keputusan perwakilan PAS pada muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor bulan lalu yang mana cadangan Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas.-mk
ULASAN GB Nampaknya PAS kini semacam "bersatu" dengan UMNO menyerang DAP, sekaligus menyerang GHB. Sebelum ini GHB dituduh dengan pelbagai tuduhan, cacian dan makian kerana masih berbaik-baik dengan DAP. Isu perkauman dan keagamaan dicanangkan untuk membangkitkan kebencian orang Melayu & Islam terhadap DAP. Namun mujur rakyat sudah membuka mata lebih awal rentak permainan kedua-dua parti tersebut dimana PAS yang sebenarnya telah dipermainkan oleh UMNO BN di dalam isu hudud. Sehingga kini, bil persendirian yang dihebohkan berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah masih gagal dibentangkan. PAS kini akhirnya menjadi mangsa kepada kebodohan sendiri apabila Bil tersebut lansung tidak dipedulikan oleh kerajaan UMNO BN dan PAS kehilangan rakan yang selama ini banyak membantunya mencapai kemenangan di dalam pilihanraya, iaitu DAP, terutama di kerusi-kerusi pengundi campuran. GHB mengisi ruang kosong yang ditinggalkan PAS itu, menjalinkan tahaluf siyasi dengan DAP. Dan apabila itu berlaku, GHB dituduh pula proksi DAP. Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS terus menjadi mangsa perbodohan oleh UMNO BN. GHB pula terus menerima sokongan rakyat, kini bukan sekadar dari kalangan umat Islam tetapi juga bukan Islam kerana parti baharu yang bakal ditubuhkan ini adalah sebuah parti kendatipun berteraskan Islam namun akan membuka pintunya untuk bukan Islam menyertainya asalkan menerima dasar Islam. |
SELEPAS DAKWAAN , KELUARGA DSAI DIBENAR MELAWAT HARI INI Posted: 20 Jul 2015 03:59 PM PDT Selepas dibantah,keluarga DSAI dibenarkanmelawat beliau pada hari ini, ianya diberitahu petang semalam kepada keluar beliau. Itu pun hanya kaum keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan melawat. Iaitu Isteri anak, abang, adik. Walau pun Mahathir pernah memenjarakan beliau, namun peraturan melawat DSAI di hari raya pertama dibenarkan. Adakah Najib lebih zalim dari Mahathir? |
Posted: 20 Jul 2015 02:29 AM PDT " Kami telah menyiarkan secara terbuka untuk mendapatkan maklumat dan juga laporan yang betul,mungkin yang terakhirnya bagi usaha kami dimana kami akan menyerahkan semua laporan kami kepada penguasa yang menyiasat penyelewengan 1 MBD dan akan menolong melalui berbagai cara yang kami lakukannya semampu mampu." "Kami mempunyai tanggungjawab untuk mencari dan melaporkan kebenaran. Laporan kami mengenai 1MDB telah mendedahkan bagaimana sekumpulan individu - rakyat Malaysia dan orang asing - merancang penipuan berbilion ringgit terhadap rakyat Malaysia. "Bagaimana boleh tugas yang telah kita lakukan dianggap sebagai konspirasi politik?" soal The Edge dalam nota penerbit bersama dengan laporan itu. |
BERGAMBAR: SUMBANGAN DI PERLIS SEMALAM MENCECAH 4500...PETANDA BAIK UNTUK BAKAL PARTI BARU.... Posted: 19 Jul 2015 10:37 PM PDT oleh:wrlr IHSAN GABAR : Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi,Zainol fakar,"Tuduhan begitu perkara biasa. Tetapi sehingga sekarang, kami tidak pernah menerima satu sen pun dari DAP. Banyak kedekut ini DAP. "Kami gunakan dana sendiri untuk program kami," katanya kepada pemberita selepas ceramah GHB di Kangar, Perlis, malam tadi. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-kedekut-tidak-pernah-bagi-proksi-sesen-pun-kata-mat-sabu#sthash.IybI7rSE.dpuf "Tuduhan begitu perkara biasa. Tetapi sehingga sekarang, kami tidak pernah menerima satu sen pun dari DAP. Banyak kedekut ini DAP. "Kami gunakan dana sendiri untuk program kami," katanya kepada pemberita selepas ceramah GHB di Kangar, Perlis, malam tadi. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-kedekut-tidak-pernah-bagi-proksi-sesen-pun-kata-mat-sabu#sthash.IybI7rSE.dpuf Perlis kecil saja. Ada yang datang untuk menyokong, ada yang nak tinjau, ada yang mahukan pencerahan, ada yang minat Mat Sabu, ada yang mahu bersama rakyat dan membela mereka. Ada juga yang berceramah di belakang membantah GHB. Ada yang perli, "Ambillah gambar bagi nampak ramai." Apa pun, itulah keistimewaan kita. Bersama untuk menumbangkan Umno/BN walaupun berbeza gaya fikir dan persepsi. Itu normal. Terima kasih kepada kawan-kawan yg membanjiri ceramah GHB di Kangar malam tadi. Terima kasih tak terhingga kerana menghulur sumbangan ke dalam karung hijau kami. Ini angkanya - 4510. Pohon maaf atas sebarang kelemahan. Maklumlah, kami orang baru. Antara pimpinan yang hadir malam ini termasuk pimpinan PKR dan DAP. Gerakan Anak Muda sudah menyatakan sokongan mereka untuk Gerakan #Harapanbaru. "Tuduhan begitu perkara biasa. Tetapi sehingga sekarang, kami tidak pernah menerima satu sen pun dari DAP. Banyak kedekut ini DAP. "Kami gunakan dana sendiri untuk program kami," katanya kepada pemberita selepas ceramah GHB di Kangar, Perlis, malam tadi. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-kedekut-tidak-pernah-bagi-proksi-sesen-pun-kata-mat-sabu#sthash.IybI7rSE.dpuf "Tuduhan begitu perkara biasa. Tetapi sehingga sekarang, kami tidak pernah menerima satu sen pun dari DAP. Banyak kedekut ini DAP. "Kami gunakan dana sendiri untuk program kami," katanya kepada pemberita selepas ceramah GHB di Kangar, Perlis, malam tadi. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-kedekut-tidak-pernah-bagi-proksi-sesen-pun-kata-mat-sabu#sthash.IybI7rSE.dpuf |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan