Jumaat, 3 Julai 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BERGAMBAR : GABUNGAN PAKATAN SELEPAS RAYA-LAWAN Umno BUKAN BEKERJASAMA

Posted: 03 Jul 2015 04:19 PM PDT

[BERGAMBAR] SAH! Pakatan 2.0 Diumum Selapas Hari Raya Aidilfitri





Beberapa bekas pemimpin PAS (dari kiri ke kanan) Saari Sungib, Datuk Mujahid Yusuf Rawa, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi, Tan Sri Muhamad Muhd. Taib and Datuk Mohd Salleh Man dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 Datuk Rashid Hasnon pada majlis berbuka puasa di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam ini.

Pakatan baharu diumum selepas Hari Raya, kata Mat Sabu

Bekas pemimpin PAS Pusat yang bekerjasama di bawah panji-panji yang dinamakan G18 menjanjikan pakatan baharu selepas Hari Raya Aidilfitri bulan ini.

Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata, mereka mesti membina Pakatan Rakyat (PR) yang baharu yang lebih hebat daripada PR yang kini terkubur.

Beliau berkata ia perlu menjadi pakatan yang menjunjung integriti sebagai nilai paling penting.

"Tugas kita bukan hanya menggantikan Umno dan Barisan Nasional. Kita perlu bentangkan satu formula baru.

"Saya sokong kuat kerajaan Pulau Pinang kerana ia mempunyai integriti dan mengamalkan budaya dan nilai yang serupa dengan ajaran Islam.

"Ia bukan tentang semangat Melayu tetapi semangat harmoni. Tiada ubat lain selain daripada mengubah kerajaan," katanya pada majlis berbuka puasa anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di The Light Hotel di Seberang Jaya malam ini.

Mohamad, juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Islam agama yang menganjurkan keamanan dan Al-Quran juga mengajar umatnya bercakap dengan santun dan menggunakan perkataan yang baik apabila berbicara atau berhujah, baik dengan orang Islam mahupun dengan bukan Islam.

"Ia tidak mengajar kita menggunakan perkataan seperti serigala, anjing atau jebon.

"Tak kena tu," katanya, memperli Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggunakan perkataan seperti itu semasa ceramahnya minggu lepas.

Hadi mengatakan serigala dan anjing boleh terus menyalak, tetapi PAS tidak akan berganjak daripada agenda hududnya.

Selain Mat Sabu, turut hadir ialah presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi, bekas pemimpin PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, bekas strategis PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Mujahid berkata, tidak perlu sedih dengan terkuburnya PR kerana satu kuasa baharu akan muncul.

Beliau berkata gabungan yang lebih kuat akan terus berusaha untuk rakyat.

"Kita tidak pernah lihat sebelum ini, yang kalah disanjungi. Saya bercakap ini, tentang parti saya (PAS).

"Kita akan lihat satu gelombang baharu. Harap-harap dengan ketibaan Syawal, kita akan lihat munculnya gelombang baharu," katanya di majlis tersebut.

Phahrolrazi bersetuju dengan Mujahid, mengatakan wujud keperluan segera untuk menubuhkan satu gabungan baharu di kalangan parti pembangkang.

Katanya, beliau berkata demikian bukan bagi pihak organisasinya, tetapi mewakili semua kumpulan yang menyokong PR, dan menaruh harapan tinggi pada pakatan tersebut dan kini luluh melihat ia terkubur.

"Kita mesti ada gabungan baru. Saya sudah katakan, kalau G18 tak buat, PasMa akan buat," katanya.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, sasaran dan hala tuju utamanya ialah menumbangkan BN, menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan negara kepada rakyat.

Katanya, mereka tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin membina kerajaan perpaduan dengan Umno.

Beliau berkata mahu bekerjasama dengan mereka yang benar-benar mahu memperjuangkan rakyat.


"Kami akan menunggu berita terkini (tentang parti baharu) dan menunggu untuk menyatukan kekuatan kita melawan BN," katanya.

DAP dan PAS berbalah sejak parti Islam tersebut membentangkan dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Mac.

Awal bulan lepas di muktamar tahunan PAS, parti itu menerima tanpa bahas usul dari Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Berikutan ini, DAP mengisytiharkan PR kini mati dan pemimpin progresif PAS yang kini dipanggil G18 sedang mempertimbangkan pertubuhan parti Islam baharu untuk mewujudkan gabungan pembangkang yang baharu. – TMI



ULASAN GB

Tertunailah hasrat rakyat Malaysia nanti dan ahli-ahli akar umbi PAS.... sebuah parti baharu bersama Pakatan yang baharu... InsyaAllah, Putrajaya sudah makin hampir dengan wujudnya Pakatan Baharu tanpa PAS lagi!

"Biar serigala dan anjing menyalak.... kabilah baharu ini akan berjalan terus ke Putrajaya..."

Moga Allah menyampaikan hasrat dan cita-cita murni kita itu bersama dengan keredhaanNya... InsyaAllah.

PAS selepas muktamar ke-61 kembali ke belakang – Minda Jentayu

Posted: 03 Jul 2015 04:02 PM PDT

Jika kita menggunakan istilah "Leadership of the Clergy" untuk merujuk kepada amalan kepimpinan PAS, ia mungkin akan dirasakan janggal. Bunyinya seolah-olah satu konsep yang diambil dari agama lain di mana wujudnya pembahagian diantara golongan "clergy" dan golongan "lay" atau orang-orang biasa. Namun, itulah hakikat konsep kepimpinan ulama. Ia sangat asing pada Islam dan sebenarnya lebih hampir pada fahaman sekular yang membahagikan di antara urusan agama dan duniawi. Ia seolah satu langkah ke belakang atau "rollback' yang akan memundurkan PAS.


Namun, implikasi dari perkembangan yang berlaku pada Muktamar PAS ke 61 bukan sekadar satu perubahan semantik semata-mata. Ia juga mempunyai implikasi strategik yang amat ketara. Malahan, ia merupakan kemuncak strategi membina kembali "containment" pengaruh PAS dan melemahkan Pakatan Rakyat.

Sebelum PRU 1999, pengaruh PAS dilhat sebagai terbatas. Prestasi pemimpin-pemimpin PAS di luar Kelantan amat tidak menentu. Adakalanya menang dan adakalanya kalah dalam pilihanraya. Bagi Umno, PAS diterima sebagai "necessary evil".
Dengan adanya PAS, Umno dapat memaparkan dirinya sebagai golongan sederhana. Dalam konteks hubungan antarabangsa, PAS boleh digunakan sebagai jembalang untuk mengingatkan pengkritik, sekiranya Umno lemah Malaysia akan jatuh kepada golongan fundamentalis agama. Pendekatan strategik yang digunakan dalam menanggani PAS ialah pendekatan "containment". Biarkan PAS bertapak di kawasan-kawasan tertentu, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur. Biarlah PAS wujud dalam "sphere of influence" yang terbatas dan terbendong ini.
Prestasi ulama PAS pula tidaklah begitu memberansangkan. Walau pun mampu memberi ceramah dan pidato berapi-api serta mengistiharkan berbagai hukum, mereka umumnya tidak berkesan dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Kebanyakan mereka tidak mampu membahaskan isu-isu dasar dengan berkesan. Kalau ada pun, sekadar membuat saranan umum memgenai perlu kembali kepada Islam, perlu ikut sistem ekonomi dan pendidikan Islam tetapi tidak melebihi dari itu.

Dalam isu-isu berkaitan dasar fiskal, mengenai strategi merubah ekonomi Malaysia dari ekonomi yang dipacu pelaburan kepada ekonomi yang dipacu inovasi dan bagaimana meningkatkan pelaburan, golongan ulama umumnya mati punca. Demikian juga, apabila muncul skandal-skandal mega golongan ini juga kelihatan ibarat rusa sesat di tengah pekan. Sama ada skandal BMF, Maminco, Perwaja atau skandal spekulasi matawang Bank Negara yang berlaku 20-30 tahun dahulu mahupun skandal-skandal yang mutakhir seperti skandal PKZ, MAS, 1MDB dan NFC, golongan ulama nyata tidak dapat menguasai isu-isu semasa ini. Mereka lebih selesa membisu dalam isu-isu sebegini.
Umno menganggap adalah memadai dengan pendekatan "containment" terhadap PAS. Ini berlarutan sehinggalah dua perkembangan yang membimbangkan Umno. Pertama ialah perkembangan politik selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari kerajaan pada tahun 1998. Ia menyaksikan lonjakan aktivitisma politik di kalangan rakyat Malaysia.

PKR masih belum wujud, ramai di antara aktivis Melayu menyertai PAS. Ini termasuklah golongan professional. Penyertaaan mereka ini membawa beberapa perubahan penting kepada PAS. Golongan ini lebih canggih dari segi pemikiran politik dan keupayaan menanggani isu-isu semasa. Mereka dapat mengolah isu dan idea dalam bahasa dan gaya yang mempunyai daya tarikan kepada golongan kelas pertengahan Melayu. Golongan ini juga selesa menjalinkan hubungan dengan golongan bukan Islam, sama ada dengan DAP atau NGO-NGO yang turut disertai bukan Islam. Golongan ulama sebaliknya lebih bersikap "insular". Mereka jarang sekali menyertai program-program bersama yang diwujudkan parti-parti Pakatan Rakyat.

Dari segi aktivisma, golongan ulama lebih selesa dengan program-program dalaman. Sebaliknya, golongan professional lebih aktif dalam ruang lingkup kegiatan-kegiatan yang lebih luas. Ini termasuklah dalam isu-isu seperti reformasi pilihanraya dan hak asasi manusia. Inilah sebabnya pemimpin-pemimpin PAS dari golongan professional lebih ramai menghadapi dugaan ditangkap dan dipenjarakan. Golongan ulama lebih selesa berjuang di medan ceramah sedangkan golongan professional yang selalu berada di barisan hadapan dan menghadapi berbagai ujian dan ibtilak. Sekiranya perjuangan para anbiya dipenuhi dengan dugaan dan ujian, tidak sukar untuk melihat siapakah yang lebih hampir pada perjuangan para anbiya.

Perkembangan kedua ialah PRU pada 2008. Akibat dari jalinan hubungan dengan golongan bukan Islam, PAS mula diterima masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam. Semakin ramai pengundi bukan Melayu yang memberi undi kepada PAS dan membolehkan PAS menang kerusi-kerusi di luar Pantai Timur dan khususnya di kawasan-kawasan bandar.

Hasil PRU 2008 dan 2013 menunjukkan tembok "containment" yang wujud sebelum ini roboh. Perkembangan ini juga turut dirasakan DAP. Pengundi-pengundi Melayu, terutama golongan kelas pertengahan dan generasi muda, mula memberi sokongan kepada DAP. Dengan robohnya tembok "containment" ini, berlakulah tsunami yang merungkaikan penguasaan dua pertiga Parlimen BN dan menafikannya sokongan majoriti pada PRU ke 13.

Untuk menghadapi realiti baru ini, Umno memerlukan satu strategi baru untuk menggantikan strategi "containment". Strategi ini mestilah mampu memusnahkan sumber-sumber kekuatan yang membolehkan PAS keluar dari tembok "containment" ini.

Bagi Umno, ancaman sebenar kepada pengaruhnya bukanlah ulama PAS. Golongan ulama lama wujud di dalam PAS dan dapat di "contain" dengan mudah. Sebaliknya, ancaman utama kepada Umno ialah golongan professional. Mereka inilah yang berjaya merobohkan tembok "containment". Adalah perlu kekuatan ini dimusnahkan.

Strategi melemahkan PAS dan PR bolehlah diistilahkan sebagai strategi "rollback". Tujuan strategi "rollback" ialah menolak kembali PAS ke ruang "containment" yang wujud sebelum 1998. Ini akan dicapai bila kepercayaan di kalangan golongan kelas pertengahan, khususnya di Pantai Barat, dan di kalangan pengundi bukan Melayu terhadap PAS dapat dilunturkan. Untuk tujuan ini, umpan hudud dan sentimen perpaduan Melayu digunakan. Pada ketika yang sama, langkah untuk melemahkan PR dan PKR turut diambil. Ini adalah dengan mewujudkan fitnah liwat terhadap Anwar Ibrahim dan memenjarakan beliau.

Di antara langkah yang diambil untuk menawan hati beberapa ulama PAS ialah program-program "taklimat" tertutup yang diberikan sebuah agensi perang saraf kerajaan.

Dua perkara utama cuba dicapai dari program-program ini. Pertama, memberi gambaran, kedudukan orang Melayu dan Islam akan terjejas jika PR memerintah. Ini kerana golongan MP bukan Islam dikatakan lebih ramai dari golongan Islam dalam sebuah kerajaan PR. Ini dikatakan boleh menjejaskan kedudukan Melayu dan Islam.

Kedua, usaha dilakukan untuk meyakinkan golongan ulama ini, Anwar Ibrahim ialah seorang peliwat dan membawa kefahaman liberal. Di antara perkara yang dilakukan dalam program-program "taklimat" tertutup ini ialah "pengakuan" dua orang bekas pemimpin ABIM dan seorang tokoh korporat yang rapat dengan PAS, mereka yakin Anwar memang seorang peliwat. Salah seorang dari ulama ini di bawa ke sebuah kilang di Thailand yang dimiliki tokoh korporat ini. Ketika di sana dia diberi sanjungan dan layanan istimewa.

Sebelum ini, pendekatan yang hampir sama turut digunakan ke atas pemimpin-pemimpin reformasi yang ditahan di bawah ISA. Mereka diberi maklumat terpilih mengenai "salahlaku" Anwar Ibrahim. Mereka dilayan seperti mereka golongan istimewa dan diberi maklumat yang tidak didedahkan kepada orang lain. Namun, muslihat ini gagal mengubah pandangan tahanan-tahanan ISA ini.

Kedua-dua bekas pemimpin ABIM ini dan tokoh korporat ini menggunakan pendekatan emosi dalam meyakinkan ulama PAS ini, Anwar adalah peliwat, satu ancaman kepada Islam dan harus dihalang dari menjadi Perdana Menteri. Namun, "taklimat-taklimat" ini tidak pula pernah menyebut mengenai bagaimana kepentingan Melayu dan Islam dikhianati elit Melayu melalui pembaziran dan amalan rasuah. Peranan J Lo serta kroni-kroni lain elit Melayu tidak pernah disebut. Demikian juga, penglibatan seorang warga Israel sebagai penasihat komunikasi juga tidak dibincangkan. Sesi-sesi taklimat ini berjaya menambat hidung ulama PAS. Muslihat yang gagal digunakan ke atas tahanan ISA mengena pada ulama PAS ini. Ini membuka jalan untuk membolehkan strategi "rollback" dilaksanakan sepenuhnya.

Pergolakan MB Selangor berjaya digunakan untuk mencetuskan ketegangan di dalam PR dan PAS sendiri. Walau pun pendirian presiden PAS bercanggahan dengan keputusan yang dibuat JK Pusat PAS, yang dipersalahkan ialah golongan professional. Maka berbagai istilah pahit seperti barua, jebon, budak suruhan DAP, perosak dan pengkhianat digunakan untuk melabel golongan ini. Ketika para sahabat Rasulullah tidak menyetujui dengan perjanjian Hudhaibiah dan pada mulanya enggan membuka pakairan ihram mereka, Rasulullah tidak pula mempersoalkan wala mereka atau menggunakan bai`ah yang mereka berikan untuk memaksa mereka akur dengan keputusan baginda. Jauh sekali melabel mereka sebagai pengkhianat atau perosak. Tetapi ulama PAS bertindak sebaliknya dan membiarkan suasana memfitnah, mencaci dan mengecam berterusan seolah-olah inilah sibghah Islam yang mereka bawa. Mungkin ulama PAS tidak mempelajari tafsir surah Al Hujurat, wallahu `alam.

Budaya taat tanpa menyoal dalam PAS turut memudahkan proses memecahbelahkan PAS dilakukan. Muhasabah bukanlah suatu yang mudah dilakukan dalam PAS, terutama apabila ia melibatkan ulama. Sebagai contoh, seorang pemimpin ulama ketika PAS memerintah Terengganu memiliki sehingga enam buah kereta rasmi. Ini kerana kedudukannya dalam Exco negeri dan beberapa jawatan dalam lembaga GLC negeri Terengganu.

Namun, amalan yang keterlaluan ini tidak pula ditegur sesiapa. Ini semata-mata kerana pemimpin ini digelar ulama. Demikian juga, pemimpin yang sama membiarkan diri dipanggil dengan gelaran doktor sejak tahun 1980han walau dia tidak melengkapkan pengajian PhDnya.

Nyata sekali semua asas-asas strategi "rollback" ditegakkan. Golongan professional dalam PAS yang merupakan ancaman utama kepada Umno dinyahkan. Inilah sebabnya pemimpin Umno dan media yang dikawal Umno begitu teruja dengan monopoli "leadership of the clergy" dalam PAS. Inilah sebabnya pemimpin-pemimpin Umno menunjukkan kegembiraan mereka dan cepat mengucapkan tahniah kepada ulama PAS. Mereka tahu strategi mereka berjaya. Kain kafan diikat, hanya tunggu untuk memasukkan PAS ke dalam liang lahad. Dengan ini berjayalah strategi "rollback" mereka dan pengaruh PAS akan kembali terbendung dalam ruang "containment" yang wujud sebelum 1998.

Pada PRU ke 14 nanti, kemerosotan sokongan kepada PAS akan menyebabkan PAS kalah dibanyak kerusi yang dipegangnya ketika ini. Tidak mungkin Umno akan membiarkan PAS mengambil kerusi-kerusi yang kini dipegangnya. Apabila ini berlaku, nilai PAS kepada Umno sudah tidak wujud lagi. Malahan, lebih baik Umno bekerjasama dengan PKR pada ketika itu. Akan jelaslah ketika itu siapa sebenarnya yang merosakkan dan mengkhianati PAS. Pada ketika itu, para ulama PAS bolehlah menggunakan lutut dan siku yang terdapat di bawah jubah mereka untuk bergocoh sesama sendiri. – 1 Julai, 2015.
*
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/pas-selepas-muktamar-ke-61-kembali-ke-belakang-minda-jentayu#sthash.uLJz0UKW.dpuf

Surat terbuka kepada Anwar Ibrahim –

Posted: 03 Jul 2015 03:29 PM PDT

 

Menemui Pakcik Anwar yang dikasihi, semoga pakcik berada dalam kesihatan yang baik semasa membaca surat ini. Surat ini ialah surat yang penting, kerana sekurang-kurangnya saya tidak berdiam diri dan bersama-sama kezaliman.

Saya yakin dan saya percaya, ramai anak muda seperti saya sebenarnya ingin mempunyai ruang untuk berbual dan berbincang dengan pakcik. Pastinya, idealisme dan jati diri pakcik, mempunyai banyak hal yang dipelajari, tetapi penjara fizikal itu harus diakui menyekat hal ini.
Pakcik,
Kalau masih ingat semasa pakcik memperkenalkan diri dalam kuliah pakcik di Georgetown University, pakcik memperkenalkan diri sebagai seorang lelaki Melayu Muslim. Tiga perkataan itu (lelaki, Melayu, Muslim) merupakan perkataan yang menjadi garis pemisah sosial dalam had politik (political limit) rakyat Malaysia.
Tanpa 3 perkataan itu dalam masyarakat hari ini, hampir mustahil untuk seseorang menjadi perdana menteri mahupun menteri besar di kebanyakan negeri-negeri beraja di Malaysia. Sesungguhnya dengan 3 anugerah itu, yang diadun baik dengan ilmu dan karisma, pakcik secara tidak langsung, harus diakui menjadi "harapan" kebanyakan warga negara ini.

PAS dan DAP

Pakcik, semasa cuti semester yang lalu, saya berpeluang untuk bekerja sementara bersama-sama seorang ahli politik DAP yang sangat saya hormati, YB Yeo Bee Yin. Saya ialah seorang penyokong PAS dan secara jujurnya saya kecewa dengan pemilihan muktamar PAS tetapi saya bertambah kecewa dengan kecekapan PAS dalam mengendalikan peraturan-peraturan PAS sendiri.
Pendirian daripada kedua-dua belah pihak (PAS dan DAP) untuk memutuskan hubungan serta kecekapan dalam menguruskan persepsi masyarakat awam (mass perception) sangat jelas perlu diperbaiki.

Ya, saya sedih dan saya kecewa dengan Pakatan Rakyat (PR), pakcik.
Sepanjang 3 minggu saya bekerja membantu sahabat saya Bee Yin, beberapa "orang besar" anak muda PAS menyertai DAP dan sepertinya media dan DAP sangat memberi publisiti kepada mereka. Dan dalam pengetahuan saya, ramai juga sahabat-sahabat saya yang merupakan penyokong PAS mengisi borang keahlian DAP secara senyap-senyap tidak mahu publisiti.

Ya, saya sedih dan kecewa dengan mereka, pakcik.

Saya sedih dan kecewa dengan sikap memukul rata penyokong-penyokong PAS kepada DAP. Hal yang sama saya sedih dan kecewa dengan sikap memukul rata penyokong-penyokong DAP kepada PAS.

Kekecewaan paling besar

Pakcik,
Jika meneliti kembali kekecewaan yang saya sebutkan, kesemua kekecewaan ini datang daripada sikap rakyat Malaysia. Dengan nada yang jujur dan tegas, sebagai seorang anak muda, saya tidak mahu ibu dan ayah saya menaikkan dan menurunkan kerajaan kerana harga susu adik saya.
Saya tidak mahu ibu dan ayah saya menaikkan dan menurunkan kerajaan kerana harga minyak. Saya juga tidak mahu ibu dan ayah menaikkan dan menurunkan kerajaan kerana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Apa saya harapkan dan saya mahu ialah ibu dan ayah saya menaikkan dan menurunkan kerajaan kerana ilmu dan penelitian.Tetapi saya sedar akan hakikat kata-kata George Bernard Shaw, pengasas London School of Economics, "Kemajuan (progress) adalah mustahil tanpa perubahan. Dan mereka yang tidak mampu mengubah minda mereka, tidak akan mampu mengubah apa-apa."

Menanti perubahan minda

Pakcik,

Saya sedar perubahan minda ialah perubahan yang paling memakan masa bagi masyarakat yang masih belum cukup terbuka. Secara jujurnya, saya berharap agar pakcik dan rakan-rakan, serta sesiapa juga yang merasakan kerja-kerja mengubah minda ini sebagai satu tanggungjawab amanah Tuhan, akan terus bertahan dalam kehidupan.

Orang-orang yang baik tetapi ego kononnya merendah diri dan tidak cukup ilmu, ialah orang pertama yang perlu kita ubah minda mereka.

Harapan rakyat

Pakcik,

Saya bertanya kepada sahabat saya Bee Yin, "Berikan 3 perkataan yang menggambarkan komitmen bos dalam berkhidmat kepada rakyat." Seorang DAP ini menjawab, "Benar, kehendak yang kuat, dan keadilan ." Kemudian saya bertanya beliau lagi, "Apakah yang paling dunia perlukan sekarang?" Beliau diam seketika dan menjawab, "Kasih sayang."

Saya bertanya soalan yang sama kepada seorang pemimpin muda PAS, dan jawapan beliau sama seperti jawapan Bee Yin. Tidak hairan kerana kedua-duanya ahli politik.

Saya bertanya soalan yang sama lagi kepada seorang pemimpin mahasiswa yang turut didakwa mahkamah universiti, dan jawapan beliau sama seperti jawapan Bee Yin. Saya melirikkan senyuman.
Dengan hati yang jujur saya bertanya, dapatkah Pakcik Anwar melihat apa yang ingin saya sampaikan?

Harapan akan tetap dan subur, selagi orang-orang baik memilih untuk bersuara. Tiada istilah tidak berpihak kerana "Silence is with the oppressor."

Doa

Saya harus mengakui, saya harus berdoa dengan kuat agar pakcik diberikan kesihatan dan kehidupan, sehinggalah sekurang-kurangnya terdapat seorang pemimpin yang berkepimpinan, lelaki, Melayu dan Muslim. Bukan kerana pakcik ialah Tuhan, tetapi kerana wasilah Tuhan tidak turun dari langit tetapi tumbuh dari bumi. Cepat sembuh, pakcik.

Salamun Qaulan Mir Rabbir Rahim. – 3 Julai, 2015.


Oleh :  Mardiyyah Nor Azizan

* Penulis ialah seorang anak muda yang bersekolah di sebuah sekolah luar bandar dan melihat wajah harapan orang tua dan anak-anak setiap hari di KL Sentral.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/surat-terbuka-kepada-anwar-ibrahim-mardhiyyah-nor-azizan#sthash.PgxX3d64.dpuf

Apa Khabar Anwar’ kempen terbaharu PKR selamat Ketua Umum KEADILAN

Posted: 03 Jul 2015 04:19 AM PDT


“Checkmate”: DAP desak Najib jawab WSJ atau berundur

Posted: 03 Jul 2015 04:14 AM PDT


Add caption

"Checkmate": DAP desak Najib jawab WSJ atau berundur

Lim Guan Eng meminta Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sekiranya beliau gagal menjawab dakwaan dibuat Wall Street Journal (WSJ) yang berbilion ringgit disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri itu.

Setiausaha agung DAP itu berkata, buat pertama kalinya, beliau terpaksa meminta Najib berundur susulan pendedahan serius yang dibuat akhbar perniagaan itu.

"Saya tak pernah minta beliau meletak jawatan. Kami harap beliau boleh memberi respons kepada tuduhan yang serius itu.

"Najib sepatutnya failkan saman di Amerika Syarikat terhadap penerbitan itu bagi membersihkan namanya. Tetapi, terlebih dahulu, beliau mesti jelaskan isu itu. Jika tidak, beliau terpaksa letak jawatan.

"Ini satu tuduhan yang tidak pernah terjadi seumpamanya dan amat mengejutkan… Sebelum ini, tidak pernah terdapat tuduhan sebegini terhadap seorang perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Juru hari ini.

Hari ini, WSJ dan Sarawak Report menyatakan artikel yang diterbitkan mereka itu berdasarkan dokumen daripada siasatan kerajaan terhadap 1MDB.

Dokumen itu, katanya, merupakan yang pertama melibatkan Najib secara langsung dengan siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Najib mengetuai lembaga penasihat 1MDB dan kini menghadapi tekanan politik yang semakin meningkat berhubung dana itu yang setakat ini mengumpul sejumlah RM42 bilion hutang.

Siasatan kerajaan itu, menurut WSJ, menunjukkan apa yang dipercayai penyiasat sebagai pergerakan tunai di kalangan agensi kerajaan, bank dan syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB, sebelum ia berakhir di akaun peribadi Najib.

WSJ berkata ia mengkaji borang pemindahan wang bank dan aliran carta yang diperolehi penyiasat kerajaan, mencerminkan pemahaman mereka tentang aliran tunai itu.
Ia masih tidak jelas dari mana wang itu datang dari dan apa yang berlaku kepada wang yang disalurkan ke dalam akaun Najib.

PAS pula menggesa Najib untuk mengambil langkah strategik dengan melakukan pengisytiharan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan beliau bersama isterinya bagi segera membersihkan namanya.
"Bank-bank yang dinamakan perlu dijadikan saksi dalam pengisytiharan harta ini supaya ia nampak telus dan berwibawa.

"Langkah mengisytiharkan harta ini dilihat jauh lebih efektif untuk menangkis tuduhan terhadap Najib pada kali ini," kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya PM ambil cuti sehingga siasatan selesai

Posted: 03 Jul 2015 04:11 AM PDT


Sekurang-kurangnya PM ambil cuti sehingga siasatan selesai

Sekurang-kurangnya PM ambil cuti sehingga siasatan selesai

PKR menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti bagi sementara penyiasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijalankan.

Malah, susulan laporan terkini Wall Street Journal (WSJ) hari ini, Naib Presidennya Tian Chua turut menggesa supaya Najib meletakkan jawatan bagi menunjukkan rasa tanggungjawabnya terhadap pendedahan itu.

"Perdana menteri tak ada pilihan lain sama ada letak jawatan atau sekurang-kurangnya ambil cuti untuk benarkan siasatan dijalankan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Selain itu, ahli parlimen Batu itu juga berkata, sekiranya laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita antarabangsa itu tidak benar, beliau meminta supaya pihak kerajaan menyaman WSJ berikutan laporan tersebut.

"Saya desak perdana menteri yang sebelum ini menyaman Malaysiakini dan Rafizi, jika laporan itu tidak tepat saya desak kerajaan Malaysia mengambil tindakan keras kepada WSJ untuk menyaman mereka kerana laporan yang tidak tepat itu," katanya lagi.

Selain itu, Tian juga menyeru supaya kerajaan Malaysia turut bertanggungjawab terhadap pendedahan terbaru itu.

Tunjuk dokumen perjanjian

Katanya, pihak kerajaan tidak boleh mengendahkan laporan WSJ mengenai 1MDB dan perlu menepis dakwaan ini dengan menunjukkan dokumen perjanjian 1MDB yang sebenar kepada rakyat.

"Kerajaan tak boleh abaikan laporan ini. Sekurang-kurangnya kerajaan mesti menangkis dakwaan ini.

"Ini bukan permusuhan antara PKR dan Umno, ini perkara berkaitan kepentingan rakyat umum. Ini adalah untuk kepentingan negara," katanya lagi.

WSJ hari ini melaporkan para penyiasat Malaysia didakwa telah mengesan hampir AS$700 juta deposit ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun bank peribadi Najib.

WSJ memetik dokumen-dokumen dari satu siasatan kerajaan, yang diperoleh oleh akhbar kewangan antarabangsa itu dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

Sementara itu, Sarawak Report pula melaporkan bahawa sebanyak AS681,999,976 (RM2.6 bilion) didakwa dipindahkan oleh dana Abu Dhabi Aabar ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2013.

Wang itu didakwa dipindahkan dua bulan sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei 2013.

LEPAS WANITA CANTIK ,KINI CINDERELLA?

Posted: 03 Jul 2015 04:01 AM PDT


Skandal 1MDB – akaun Najib: PM kira hari letak jawatan?

Posted: 03 Jul 2015 03:56 AM PDT

Tiada ulasan: