Khamis, 30 Julai 2015

Komentar Kini

Komentar Kini


Mat Sabu dan rakan rakan tak malu ke

Posted: 30 Jul 2015 02:58 AM PDT



Penulis sangat menghormati Mahyuddin Yassin, kerana tak mengamuk malah tetap setia dengan umno dan redha walaupun dipecat dalam kabinet Najib.

Bayangkan, hilang jawatan timbalan perdana menteri dan hilang jawatan menteri pendidikan.Pendek kata hilang segala segalanya dan tidak ada cam lagi untuk kekal dalam umno walaupun masih setia dan redha.

Tidak macam Mohammad Sabu Timbalan presiden PAS ( mat sabu)  dan rakan rakannya yang kalah dalam pemilihan muktamar tahunan ke 62 tidak lama dahulu mengamuk sakan sehingga tergamak nak tubuh parti baru.

Sesungguhnya tindakan Mat Sabu dan rakan rakanya itu boleh disifatkan sebagai  mengkhianati  PAS yang diperjuangkan selama ini.

Apakah Mat Sabu dan rakan rakanya  tak malu ke dengan Tan Sri Mahyuddin Yassin seorang  tokoh  yang berjuang atas dasar kebangsaan boleh setia dan redha dengan apa yang berlaku keatas dirinya.

Tan Sri Mahyuddin boleh redha dan setia dengan parti miskipun telah dipecat, sedangkan Mat Sabu dan rakan rakannya yang mendadik dada berjuang atas dasar Islam tak boleh redha, sebaliknya menjadi pengkhianat dengan parti yang mereka dukung selama ini.


Tiada ulasan: