Selasa, 21 Julai 2015

Komentar Kini

Komentar Kini


GHB gerakan hati busok

Posted: 21 Jul 2015 04:40 AM PDT



Hari ini ada salah seorang orang kuat pas Kuala Nerus tanya penulis pasal parti gerakan harapan baru yang dikatakan akan ditubuhkan pada 14 September 2015.

Apabila ditanya maka kenalah jawab. Jawapan pada huruf ringkas GHB berbunyi begini:  G (gerakan ) H (hati) dan B (Busok).

Betul tak? Memang betul sungguh, kerana mereka yang nak tubuh parti gerakan harapan baru ini terdiri daripada mereka yang kalah dan kecewa.

Bayangkan, orang yang kecewa. Orang yang kecewa memang hatinya busok (jahat). Kalau bukan dari hati yang busok atau jahat mana mungkin mereka boleh bertindak demikian.

Mereka seramai 18 orang ini masih ahli pas dan hatinya comel. Mana mungkin  nak buat bahtera baru sedangkan bahtera lama masih ada dan utuh.

Betul ke tindakan marahkan nyamuk kelambu dibakarnya. Marahkan nahkoda bahtera ditebuk dan dipecah pecahkan.

Kalau bukan datang dari hati yang busok mana mungkin boleh bertindak sedemikian rupa.Tengok orang parti keadilan. mereka tak tubuh pun parti baru.mereka bukan calang calang orang.

Mereka  seramai 40 orang benci dengan Anwar Ibrahim mereka keluar parti beramai dan tak tubuh pun parti baru macam orang pas yang kalah dan kecewa nak tubuh parti baru tapi kekal sebagai ahli PAS.

Penulis sangat hormat orang keadilan kerana marahkan Anwar Ibrahim mereka keluar parti sebagai tanda aras mereka adalah orang yang ada integrity.

Tak macam orang pas, marahkan Haji Hadi Awang masih kekal jadi ahli dan nak tubuh parti baru tanda aras yang mereka  tidak ada integrity langsung.

Mereka dakwa mereka golongan professional. Professionalkah namanya. Kalau mereka golongan professional mana mungkin bertindak macam orang bukan professional. Sangat memalukan mendakwa diri mereka golongan professional.

Yang boleh penulis katakan, sah mereka ini adalah mereka yang anti ulamak. Sebab itu mereka bertungkus lumus untuk menubuhkan parti baru untuk hancurkan pas yang diketuai ulamak.



 

Tiada ulasan: