Kelab Greenboc |
Bukankah Tolol Namanya Jika Pecat Mereka Yang Bukan Ahli PAS Lagi? Posted: 09 Jul 2015 12:35 AM PDT PAS akan pecat ahli sertai parti lain, kata Hadi PAS menasihati mana-mana ahli mereka untuk kekal di dalam parti Islam itu, termasuk kumpulan pemimpin progresif yang menggelarkan diri mereka G18, atau dipecat keahlian mereka, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Berucap pada majlis berbuka puasa di Kelantan Isnin lalu, Hadi berkata, PAS tidak menghalang mana-mana pihak yang berhasrat menubuhkan parti baharu. "Tetapi kita kena ingat sejarah politik dan penubuhan parti di negara ini bagaimana nasib parti berkenaan setelah ia diasas kerana kecewa," katanya, dalam program di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik). Memetik kenyataan yang dikeluarkan di pas.org.my itu, Hadi berkata, untuk menubuhkan sebuah parti Islam baharu, asas Islam yang kukuh diperlukan, bukan kerana perasaan kecewa dan tidak puas hati. "Sebagai sebuah parti Islam yang baharu perlu ada asas Islam, bukan kerana tidak puas hati terhadap parti yang didukungi. Kita keluar dan buka lagi parti baharu dan begitulah seterusnya," katanya. Beliau turut menyalahkan media sosial yang menjadi medan memperbesar-besarkan isu. "Media sosial seperti Facebook memberi ruang perkara yang kecil menjadi besar sehingga menampakkan PAS sedang bergolak," katanya. Muktamar PAS di Kuala Selangor baru-baru ini menyaksikan parti Islam itu bukan sahaja memutuskan hubungan dengan DAP, tetapi pemimpin dari kalangan kumpulan progresif turut tewas kepada kumpulan konservatif pada pemilihan ketika itu. Mereka yang tewas dalam pemilihan itu termasuk timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, naib presiden Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat, dan beberapa lagi individu lain. Susulan itu, kumpulan berkenaan membentuk G18, yang kemudiannya ditukar nama kepada Gerakan Harapan Baharu, dan difahamkan selepas sambutan Hari Raya bulan ini, mereka akan membentuk sebuah parti politik baharu untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) baharu. Selepas PAS mengambil pendirian memutuskan hubungan dengan DAP, parti komponen PR itu kemudiannya mengambil pendirian PR tidak lagi wujud, dan kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil langkah menggesa wakil PAS dalam kerajaan mereka meletakkan jawatan. Ekoran tidak puas hati dengan keputusan PAS, beberapa ahli mereka, seperti aktivis Pemuda PAS, Syed Omar Ali dan peguam muda, Zulhazmi Sharif membuat keputusan menyertai DAP
ULASAN GB Seorang yang berjawatan Presiden Parti Islam, seorang yang bertaraf "ulama dunia" tetapi tidak menjalankan amanahnya sebagai wakil rakyat untuk hadir di Parlimen begitu banyak kali. Haji Hadi telah ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu tiga undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan dan Undang-undang GST. Dan yang paling teruk ialah semasa private bill disenaraikan di dalam agenda Dewan Rakyat kali kedua, YB Marang itu ponteng lagi malah ketika itu beliau berada di Jepun! Kelmarin, sewaktu semua ahli parlimen pembangkang terpaksa berhimpun di Padang Kawad Menara Parlimen bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penggunaan wang terbabit untuk kegunaan pilihan raya yang lalu, Haji Hadi ponteng lagi. Rupa-rupanya beliau berada di Kelantan, mengeluarkan kenyataan dari sana akan memecat ahli PAS yang menyertai parti lain. Tidak uzur syarie. Itulah sikap Ahli Parlimen Marang terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang ahli parlimen! Apakah tidak berdosa jika tidak menunaikan amanah atau dalam ertikata lain KHIANAT sebagai seorang ahli parlimen yang telah dipilih oleh rakyat? Apakah hukumnya memakan gaji buta itu? Beliau yang sepatutnya dipecat dari PAS kerana mengkhianati parti juga. Berbalik kepada soal memecat mereka yang menyertai parti baharu atau parti lain. Sebenarnya tak timbul soal pecat-memecat. Hanya si tolol akan berkata demikian. Sebab seseorang yang telah menyertai parti baharu secara automatik gugur keahliannya dari PAS. Jadi apa hal nak pecat orang yang dah tak ada dalam parti? Contohnya seorang pekerja yang bernama Ahmad berkhidmat dengan sebuah syarikat katakanlah ABC. Kemudian dia berhenti dan berkhidmat untuk syarikat DEF. Jadi tak timbul soal ABC nak pecat Ahmad kerana Ahmad sudah tidak ada lagi di dalam syarikat ABC. Demikian anologi mudah dan kalau dah faham itulah tolol namanya jika nak pecat orang yang dah tak ada lagi dalam parti. Dan demikianlah juga hukum kebenaran dan keadilan berjalan, tuduhan tolol kini kembali kepada yang menuturnya! Sebenarnya, kehadiran parti baharu benar-benar telah meresahkan ulama othodox dalam PAS. Sekarang baru mereka tahu hasil dan kesan dari perbuatan kotor dan keji mereka menyingkirkan golongan profesional. Dari laporan yang GB terima, insyaAllah ahli-ahli PAS seluruh negara akan memberikan sambutan yang besar terhadap kemunculan parti Islam alternatif ini. Kita tidak boleh membetulkan PAS dari dalam lagi. Ia kini dikontrol oleh kumpulan ulama jumud yang ingin membawa PAS 50 tahun ke belakang, ingin membawa PAS kembali ke surau dan gua walaupun Allah telah membawa dan menghantar PAS ke Parlimen dan DUN. Buktinya Presiden PAS sendiri tidak mengendahkan dan tidak mensyukuri kedudukannya sebagai ahli parlimen, mengkhianati amanah dengan ponteng setiap kali parlimen bersidang. Kemunculan parti baru bakal menghantar sebilangan besar ulama-ulama PAS ke hospital dan IJN. Terkena penyakit lemah jantung. Itulah hukum kebenaran dan keadilan. Dan insyaAllah, hanya dengan parti baharu dengan rakan-rakan di dalam PAKATAN 2.0 inilah nanti yang akan merealisasikan impian rakyat dengan tertubuhnya kerajaan baru di Putrajaya! |
"Janji Untuk Membentuk Gabungan Baru Adalah Realiti, Bukan Angan-angan" Posted: 08 Jul 2015 09:10 PM PDT Harapan Baru bergerak dari Perlis selepas raya Kumpulan progresif dalam PAS - yang kini digelar Gerakan Harapan Baru - bersama rakan dalam DAP dan PKR akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Perlis pada hari raya ketiga untuk memulakan momentum ke arah entiti pembangkang baru. Perhimpunan tersebut dijangka menampilkan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan pemimpin progresif lain yang tewas dalam pemilihan muktamar parti itu di Selangor awal Jun lalu. Hampir semua pemimpin progresif - kecuali Mazlan Aliman - gagal mendapat tempat dalam Jawatankuasa Pusat PAS serta sayap parti itu. Secara keseluruhan PAS kini dikuasai oleh kumpulan konservatif. Mohamad berkata, mereka mahu memulakan gerakan gabungan baru bermula di utara semenanjung selepas Pakatan Rakyat dianggap terkubur dengan terputusnya hubungan antara PAS dan DAP. Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata perhimpunan itu adalah yang pertama daripada siri yang dirancang bermula selepas Aidilfitri nanti. "Janji untuk membentuk gabungan baru adalah realiti, bukan angan-angan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri perbicaraan di Butterworth, Pulau Pinang hari ini. Menurut Mohamad, mereka akan mengadakan jelajah ke setiap negeri untuk menjelaskan kepada rakyat mengapa gabungan ini penting dan perlu. "Kita juga akan jelaskan bagaimana bentuk gabungan itu nanti," katanya. -mk ULASAN GB Segala rencana dan perancangan jahat, kotor dan hina untuk menyingkirkan golongan professional dari PAS kini dismabut oleh G18 dengan penubuhan sebuah parti baharu, sekali gus membentuk sebuah gabungan baru Pakatan 2.0. Iulah professional namanya. Mereka bukan kumpulan kecewa seperti didakwa oleh pihak yang menyingkirkan mereka. Seperti yang GB telah utarakan sebelum ini, rencana dan rancangan jahat itu dilakukan oleh pimpinan tertinggi ulama dalam PAS dimana mereka sanggup melakukan fitnah, melemparkan tuduhan dan melabel kumpulan professional dengan pelbagai gelaran buruk seperti Jebon, Anwarinas, Munafik Haraki, barua, tolol, syaitan, anti ulama, kuda DAP dan seumpamanya. Allah membimbing golongan professional untuk tidak berkelakuan seperti mereka. Malah ditunjukkan jalan apa yang perlu mereka lakukan demi untuk memenangkan Islam kerana Islam itu tidak terhad hanya kepada hudud sepertimana yang diperjuangkan oleh kumpulan yang kononnya memanggil diri mereka "ulama". Sepertimana kata Pak Syukur sebelum ini (petikan): Parti baharu ini diyakini akan disertai pelbagai golongan rakyat yang sedar – terutama masyarakat sivil dan generasi baharu – yang dilihat sedang menantikan penubuhan parti baharu ini, Ini gelombang besar yang akan mengejutkan pemimpin PAS sendiri nanti. Demikianlah Hukum Kebenaran dan Keadilan berjalan. Apa pun rancangan jahat dan buruk itu akan berbalik kepada perancananya sendiri sepertimana janji Allah swt: |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan