Kelab Greenboc |
- Nakhaei Sindir Hadi & PAS: Hanya PAS Boleh Selamatkan UMNO Melalui UG...
- PAS Kini Hanya Untuk Ulama, Bukan Lagi Pas For All..
- Parti Baharu Ganti PAS, Pakatan 2.0 Perlu Berjalan Terus ...
Nakhaei Sindir Hadi & PAS: Hanya PAS Boleh Selamatkan UMNO Melalui UG... Posted: 07 Jul 2015 01:01 AM PDT Selepas pendedahan WSJ, hanya PAS boleh selamatkan Umno, kata bekas pemimpin Bekas naib presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa hanya PAS sahaja yang boleh selamatkan Umno sekarang melalui kerajaan perpaduan (UG). "Saya sudah keluar Umno. Hanya PAS sahaja yang boleh selamatkan Umno melalui UG yang sedang dirancang. "Eloklah tu. Boleh sama-sama kongsi ghanimah," tulis Nakhaie melalui Facebook beliau hari ini merujuk kepada istilah membawa maksud harta rampasan. Tulisan Nakhaie dibuat ketika presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sedang dirundung malang selepas akhbar perniagaan antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan wang 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) disalurkan ke dalam akaun peribadinya. Semalam, Sarawak Report pula mendedahkan gambar Najib bersama seorang ahli perniagaan, Low Taek Jho dan keluarganya bercuti di atas kapal mewah. Pada masa yang sama, PAS juga diambang perpecahan selepas kumpulan yang disingkirkan dari pucuk kepimpinannya baru-baru ini sedang merangka pembentukan parti baharu. Pemimpin utama PAS pula sering dilihat membela Najib dalam banyak hal termasuk pendedahan media antarabangsa WSJ. Nakhaie meninggalkan jawatannya sebagai naib presiden PAS dan menyertai Umno pada 1989 selepas berbeza pendapat dengan presiden PAS ketika itu, Yusof Rawa. Namun begitu, pada Ogos 2014, Nakhaie yang pernah dilantik sebagai pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bertindak keluar Umno.
ULASAN GB Nakhaei dah duduk dalam UMNO, kemudian mungkin dia tak tahan dengan "busuknya" tong najis itu. Lantas beliau keluar UMNO pada 2014. Rupa-rupanya beliau masih mengikuti perkembangan PAS. Dia tahu mengenai UG. Justeru itu dia menyatakan "Hanya PAS sahaja yang boleh selamatkan Umno melalui UG yang sedang dirancang!" Kebetulan pula hari ini Hadi buat kenyataan yang seolah-olah mempertahankan Najib di dalam isu WSJ... perlu ada 4 saksi, katanya. "Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil," Setiausaha Politik Hj Hadi, Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar pula cuba menafikan tajuk Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) "Like Anwar, the must be four witnesses for Najib". Berdasarkan kenyataan Haji Hadi, GB tidak nampak apa-apa kesalahan pun di dalam tajuk malaysiakini itu. Malah ramai juga mempersoalkan kenyataan haji Hadi itu, semasa membuat tuduhan pil kuda dan kominis dahulu, ada tak Haji Hadi kemukakan empat orang saksi? Walaupun kes itu telah selesai dengan kemenangan di pihak Haji Hadi, namun ia tetap telah menjatuhkan reputasi Haji Hadi dimana hakim mahkamah tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa menyatakan "Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah..." |
PAS Kini Hanya Untuk Ulama, Bukan Lagi Pas For All.. Posted: 07 Jul 2015 12:10 AM PDT Tidak ada rekonsilisasi lagi dalam PAS, berpatah arang berkerat rotan Selepas sebulan berlalu muktamar tahunan PAS yang penuh pecah belah, harapan untuk penyatuan semula atau rekonsilisasi antara puak progresif dan ulama sudah terpadam, bahkan sudah menjadi perumpamaan 'berpatah arang, berkerat rotan'. Bukan sahaja pihak yang kalah, malah pihak yang menang juga, masing-masing kini membawa diri mengikut jalan sendiri. "Dahulu ketika mula-mula perpecahan berlaku, saya menjangkakan rekonsilisasi boleh berlaku antara yang menang dan yang kalah tetapi ia tidak begitu. "Masing-masing sudah mengambil jalan masing-masing," kata pengkaji politik dari Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Redzuan Othman. Menurut bekas pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) itu, sikap pihak yang menang dalam PAS sudah tidak menampakkan usaha untuk membawa pihak yang tewas pulang semula, kerana mereka dianggap 'sudah mati'. Ekoran itu, katanya, pihak yang kalah tidak ada jalan lain melainkan menubuhkan parti baru sebagai satu pilihan terbaik berbanding beberapa pilihan lain, termasuk menyertai parti yang ada dalam Pakatan Rakyat (PR) seperti PKR dan DAP. "Mereka dianggap sudah mati oleh PAS. Takkan mereka (yang terpinggir) nak jaga cucu sahaja selepas ini," kata beliau merujuk kepada sikap pimpinan baharu PAS terhadap bekas pimpinan yang tewas. Pada pemilihan parti awal Jun lalu, golongan ulama menyapu bersih semua jawatan dalam jawatankuasa PAS Pusat, menumpaskan semua calon dari puak progresif, dengan memenangi 22 daripada 23 jawatan yang dipertandingkan. Susulan itu, kumpulan yang tewas bersatu membentuk kumpulan yang kini dikenali sebagai G18 dan pemimpinnya menonjolkan diri sebagai mempunyai hubungan yang baik dengan DAP dan PKR. Bagaimanapun, mulai semalam, kumpulan itu berkata ia kini mahu dikenali sebagai "Gerakan Harapan Baru". Sementara itu, salah seorang pelopor gerakan itu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, kedua-dua pihak kini sudah pergi terlalu jauh untuk berpatah balik kembali. "Mereka terlalu sombong dan angkuh. Keadaan sekarang umpama berpatah arang berkerat rotan. Hanya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti sahaja yang akan menyedarkan mereka," kata bekas timbalan pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat itu. Wan Rahim meramalkan, berdasarkan simulasi yang dibuat pihaknya, jika 10% sahaja sokongan lari dari parti itu, PAS akan kalah teruk, termasuk kehilangan kerajaan negeri Kelantan dalam PRU14 kelak. Wan Rahim yang memimpin PAS kawasan Kota Baru sejak sekian lama juga meramalkan, nasib parti baharu yang bakal dibentuk mereka juga tidak sebaik mana selepas berpisah dari PAS, namun mereka mempunyai kelebihan berbanding parti lama mereka. "Kelebihan kita adalah bersama dengan rakan lain dalam Pakatan Rakyat 2.0 yang sedang dibentuk. Jadi, saling tumpang menumpang ini memberikan kelebihan kepada kita, terutama di pantai barat," katanya. Harapan terbesar parti baru ini terletak pada kerusi campuran yang sebelum ini ditandingi PAS. "Kerusi yang mempunyai komposisi Melayu tidak sampai 50% adalah tunggak utama kita untuk menang, di samping kerusi yang mempunyai komposisi bukan Melayu yang melebihi 20%," katanya. –TMI ULASAN GB Semalam GB sudah nyatakan. Petikan: Pakatan 2.0 tidak perlu lagi menghiraukan PAS. |
Parti Baharu Ganti PAS, Pakatan 2.0 Perlu Berjalan Terus ... Posted: 06 Jul 2015 09:15 PM PDT Dari penjara, Anwar seru wadah baharu kekalkan semangat Pakatan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar wadah baharu yang menggantikan Pakatan Rakyat (PR) menggembleng rakyat pelbagai fahaman untuk terus bersama membina negara. Menurut bekas ketua pembangkang itu, wadah baharu perlu bersifat lebih menyeluruh dan mengangkat martabat semua orang di Malaysia. "Dengan muafakat baharu ini, kita perlu menjana perubahan dengan wadah yang lebih kukuh dan utuh – menggembleng tidak sekadar wadah parti malah wadah rakyat yang lebih inklusif, mencakup semua kalangan yang setia pada semangat perjuangan memartabatkan setiap insan di negara Malaysia tercinta," katanya dalam satu kenyataan dikirimkan PKR hari ini. Beliau turut menyeru wadah baharu itu mengekalkan semangat PR walaupun ia tidak lagi wujud secara rasmi. "Perkembangan mutakhir yang bermula dengan bibit keretakan, kini mengakibatkan wadah formal PR tidak wujud lagi. "Namun, saya tegaskan yang semangat dan dasar bersama disepakati PR tetap kekal malah semangatnya perlu ditingkatkan," kata Anwar. Beliau yang kini merengkok di penjara selama 5 tahun kerana meliwat pembantunya menyampaikan amanat itu menerusi Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang juga merupakan peguamnya. -TMI
ULASNA GB Pakatan 2.0 tidak perlu lagi menghiraukan PAS. Kerana PAS mahu pilih jalannya sendiri - menuruti jejak langkah UMNO yang berjuang di atas dasar assabiyah. Rujuk: [VIDEO] UMNO & PAS Kini Berlumba Untuk Jadi Juara Rasisma PAS seperti telah berpatah arang berkerat rotan dengan DAP. Menuduh DAP sebagai "cauvinis" walhal empat jari menunjuk kepada diri sendiri... Malah salah seorang AJK Pusat nya menyatakan: . Kenyataan di atas itu BUKTI nyata mereka ingin sendirian, mereka tidak mampu dan tidak berupaya untuk bersama dengan orang lain lantaran kejumudan mereka. Saranan Ketua Ulamak Sedunia, Yusof Al-Qardhawi yang menyuruh tegakkan kehidupan Islam terlebih dahulu, bukan hudud, itu sendiri pun mereka bantah. Perbuatan pimpinan PAS memfitnah dan memberi gelaran tidak baik kepada ahli yang berani menegur seperti Jebon, Anwarinas, tolol dan seumpamanya menunjukkan mereka adalah golongan jumud dan tertutup. Perbuatan menghina ahli sendiri...menunjukkan contoh yang tidak baik kepada orang bukan Islam... Adakah ini sebuah parti yang dikatakan Islam? Justeru itu biarlah mereka menyalak sendirian, kabilah Pakatan 2.0 perlu berjalan terus untuk tumbangkan BN. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan