Kelab Greenboc |
- Najib Di Ambang Kejatuhan, WSJ Pertahankan Laporannya
- [BERGAMBAR] SAH! Pakatan 2.0 Diumum Selapas Hari Raya Aidilfitri
- UMNO Sudah Bersuara, PAS Jangan Malu-malu Lagi...
Najib Di Ambang Kejatuhan, WSJ Pertahankan Laporannya Posted: 03 Jul 2015 11:43 PM PDT WSJ: Kami amat berhati-hati, percaya Wall Street Journal (WSJ) hari ini mempertahankan laporan siasatannya berhubung dakwaan penyelewengan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Malah agensi berita itu juga berkata, artikel berkenaan dibuat berdasarkan siasatan oleh pegawai kerajaan dan laporan tersebut telah dilihat oleh Najib. Dalam laporannya semalam WSJ mendedahkan bahawa hampir AS$700 juta dana dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah didepositkan ke dalam akaun bank perseorangan atas nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" melalui proksi. "Ia adalah satu siasatan yang serius. Dokumen yang kami lihat telah diberi juga kepada Peguam Negara Malaysia dan pihak lain di dalam kerajaan. "Mereka sudah melihatnya dan ia juga telah dilihat oleh perdana menteri," kata Ketua Biro WSJ Hong Kong, Ken Brown dalam wawancara bersama CNBC. Selain itu, Najib melalui setiausaha politiknya semalam telah mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ. Sehubungan itu, Brown berkata WSJ tetap mempertahankan laporan mereka. "Kami amat berhati-hati dan kami percaya siasatan dan dokumen yang kami perolehi adalah benar dan datang dari siasatan yang boleh dipercayai dan bukan siasatan politik. "Ia adalah satu berita yang penting dan kami mengambil perkara ini dengan serius. -mk "Setiap kali anda melihat pemimpin negara yang telah [...] sekurang-kurangnya bukti itu menunjukkan aliran wang ke akaun peribadi beliau dan ia melibatkan urusan kerajaan, ia sangat dramatik," katanya lagi.
ULASAN GB Sesiapa pun tidak mampu melawan hukum kebenaran dan keadilan. Kamu mungkin mempunyai kuasa terhebat di dalam negara. Sepertimana Firaun yang mempunyai kuasa terhebat di zamannya. "Ana Rabbukumul a'la" katanya... akulah Tuhan Yang Paling Tinggi (An-Naziat:24) ... Tetapi hukum kebenaran dan keadilan berjalan di mana Allah menghantar Musa a.s. bersama saudaranya Harun untuk memberitahu bahawa kamu Firaun telah melampaui batas... "izhabaa ilaa Firauna innahuu thaghaa (TaHa:43) Kemudian Allah swt menyatakan: "Wa aghraqnaa aala firaun wakullun kaanuu zaliimiin..." Kami tenggelamkan Firaun serta pengikut-pengikutnya (di laut), kerana kesemuanya adalah orang-orang yang zalim" (Al-Anfaal:54) Terbanyak skandal sudah pun terdedah, lepas satu satu sehingga rakyat sengsara dan menderita. Sekarang tidak mungkin lagi Najib mampu untuk mempertahan diri. Atau jika mampu sekalipun, hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan mendedahkan lebih terang dan jelas siapa Najib sebenarnya... mana Najib mahu lari? Selagi Najib cuba pertahankan dirinya (seperti kisah Firaun yang tercatat di dalam Al-Quran itu) maka lebih cepat beliau akan dimusnahkan. p/s tapi ada orang kata .... dia kata UMNO (maksudnya Najib) tak seburuk Firaun... |
[BERGAMBAR] SAH! Pakatan 2.0 Diumum Selapas Hari Raya Aidilfitri Posted: 03 Jul 2015 09:30 PM PDT Pakatan baharu diumum selepas Hari Raya, kata Mat Sabu Bekas pemimpin PAS Pusat yang bekerjasama di bawah panji-panji yang dinamakan G18 menjanjikan pakatan baharu selepas Hari Raya Aidilfitri bulan ini. Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata, mereka mesti membina Pakatan Rakyat (PR) yang baharu yang lebih hebat daripada PR yang kini terkubur. Beliau berkata ia perlu menjadi pakatan yang menjunjung integriti sebagai nilai paling penting. "Tugas kita bukan hanya menggantikan Umno dan Barisan Nasional. Kita perlu bentangkan satu formula baru. "Saya sokong kuat kerajaan Pulau Pinang kerana ia mempunyai integriti dan mengamalkan budaya dan nilai yang serupa dengan ajaran Islam. "Ia bukan tentang semangat Melayu tetapi semangat harmoni. Tiada ubat lain selain daripada mengubah kerajaan," katanya pada majlis berbuka puasa anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di The Light Hotel di Seberang Jaya malam ini. Mohamad, juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Islam agama yang menganjurkan keamanan dan Al-Quran juga mengajar umatnya bercakap dengan santun dan menggunakan perkataan yang baik apabila berbicara atau berhujah, baik dengan orang Islam mahupun dengan bukan Islam. "Ia tidak mengajar kita menggunakan perkataan seperti serigala, anjing atau jebon. "Tak kena tu," katanya, memperli Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggunakan perkataan seperti itu semasa ceramahnya minggu lepas. Hadi mengatakan serigala dan anjing boleh terus menyalak, tetapi PAS tidak akan berganjak daripada agenda hududnya. Selain Mat Sabu, turut hadir ialah presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi, bekas pemimpin PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, bekas strategis PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Mujahid berkata, tidak perlu sedih dengan terkuburnya PR kerana satu kuasa baharu akan muncul. Beliau berkata gabungan yang lebih kuat akan terus berusaha untuk rakyat. "Kita tidak pernah lihat sebelum ini, yang kalah disanjungi. Saya bercakap ini, tentang parti saya (PAS). "Kita akan lihat satu gelombang baharu. Harap-harap dengan ketibaan Syawal, kita akan lihat munculnya gelombang baharu," katanya di majlis tersebut. Phahrolrazi bersetuju dengan Mujahid, mengatakan wujud keperluan segera untuk menubuhkan satu gabungan baharu di kalangan parti pembangkang. Katanya, beliau berkata demikian bukan bagi pihak organisasinya, tetapi mewakili semua kumpulan yang menyokong PR, dan menaruh harapan tinggi pada pakatan tersebut dan kini luluh melihat ia terkubur. "Kita mesti ada gabungan baru. Saya sudah katakan, kalau G18 tak buat, PasMa akan buat," katanya. Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, sasaran dan hala tuju utamanya ialah menumbangkan BN, menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan negara kepada rakyat. Katanya, mereka tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin membina kerajaan perpaduan dengan Umno. Beliau berkata mahu bekerjasama dengan mereka yang benar-benar mahu memperjuangkan rakyat. "Kami akan menunggu berita terkini (tentang parti baharu) dan menunggu untuk menyatukan kekuatan kita melawan BN," katanya. DAP dan PAS berbalah sejak parti Islam tersebut membentangkan dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Mac. Awal bulan lepas di muktamar tahunan PAS, parti itu menerima tanpa bahas usul dari Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Berikutan ini, DAP mengisytiharkan PR kini mati dan pemimpin progresif PAS yang kini dipanggil G18 sedang mempertimbangkan pertubuhan parti Islam baharu untuk mewujudkan gabungan pembangkang yang baharu. – TMI ULASAN GB Tertunailah hasrat rakyat Malaysia nanti dan ahli-ahli akar umbi PAS.... sebuah parti baharu bersama Pakatan yang baharu... InsyaAllah, Putrajaya sudah makin hampir dengan wujudnya Pakatan Baharu tanpa PAS lagi! "Biar serigala dan anjing menyalak.... kabilah baharu ini akan berjalan terus ke Putrajaya..." Moga Allah menyampaikan hasrat dan cita-cita murni kita itu bersama dengan keredhaanNya... InsyaAllah. |
UMNO Sudah Bersuara, PAS Jangan Malu-malu Lagi... Posted: 03 Jul 2015 08:07 AM PDT Tidak mustahil Pas, Umno bergabung kembali SHAH ALAM - Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik percaya Pas dan Umno akan bergabung kembali mewujudkan kerjasama membentuk kerajaan. Menurutnya, perkara itu tidak mustahil akan berlaku jika Pas sanggup bekerjasama dengan parti bukan Melayu yang berada dalam BN. "Untuk melihat penggabungan ini berjaya perlu melihat kesudian Pas untuk bekerjasama dengan parti bukan Melayu seperti MCA dan MIC yang ada dalam BN. "Penggabungan Pas dan Umno adalah idea yang baik melihatkan kepada senario politik kini," katanya, semalam. Beliau berkata, Pas dan Umno perlu menghentikan persengketaan yang telah lama wujud antara kedua-dua parti tersebut. "Sampai bila nak bergaduh? Ini bukan waktu untuk bergaduh lagi. Kalau boleh bergabung itu adalah yang terbaik," katanya. Beliau berkata, kedua-dua parti perlu memikirkan idea penggabungan ini secara serius demi kepentingan Melayu dan Islam. "Saya percaya sudah ada cakap-cakap dalam kedua-dua parti (mengenai penggabungan ini). Jika tidak, mana mungkin perkara ini akan diperkatakan sekarang," katanya. Terdahulu, sebuah portal menyiarkan kenyataan bekas pemimpin kanan BN yang tidak mahu dinamakan bahawa kedua parti ini akan berganding bahu dalam menghadapi PRU14. -SH
ULASAN GB UMNO dah bersuara. PAS tak perlu lah malu-malu untuk menyambutnya. Haji Hadi pun dah mengesahkan bahawa UMNO tidaklah seburuk Firaun walaupun dahulu Haji Hadilah juga yang mengkafirkan UMNO. Sebelumnya Haji Hadi menyatakan bahawa ada pihak yang cemburu akan hubungan Pas dan Umno. Konon ada yang cemburu Haji Hadi dah keluar TV, dah dapat liputan media massa arus perdana seperti Utusan & BH. Jelas beliau, hubungan yang terjalin adalah berlandaskan syariat bagi tujuan merealisasikan hukum hudud, walaupun Haji Hadi dan PAS telah ditipu UMNO berkali-kali. Oleh kini jangan ditolak lagi jika percaya sangat kat UMNO nak laksana hudud. Gabunglah... kami dah tak marah, sedikit pun kami tak cemburu kerana kami sudah nekad untuk bersama dengan parti baharu untuk membentuk Pakatan 2.0. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan