Kelab Greenboc |
Anwar Umum Gabungan Baharu Bakal Ditubuhkan Posted: 22 Jul 2015 12:40 AM PDT Anwar umum gabungan baharu pembangkang Sebuah pakatan baharu pembangkang yang termasuk kumpulan progresif akan ditubuhkan tidak lama lagi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa rakyat Malaysia menyertainya dalam menyelamatkan negara. Dalam perutusan dikeluarkan melalui peguamnya semalam, ketua umum PKR yang dipenjarakan itu menyuarakan kebimbangan mengenai situasi negara yang disifatkannya sedang melalui "krisis semakin teruk" akibat skandal rasuah dan kewangan, juga kejatuhan nilai ringgit. Malaysia dicengkam skandal dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, serta memberi kesan ke atas nilai ringgit yang ketika ini mencecah paras terendah dalam tempoh 16 tahun. "Kami sedang berusaha ke arah mengukuhkan pakatan yang akan merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan Bersih, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru yang baru ditubuhkan. "Tindakan bersama pelbagai kumpulan ini, yang komited terhadap pembaharuan dan perubahan, akan menawarkan demokrasi tulen dan satu alternatif yang adil kepada rakyat. "Marilah kita mengenepikan segala pertimbangan dan perbezaan lain, dan memberi tumpuan kepada perjuangan yang hebat ini untuk menyelamatkan Malaysia," kata Anwar dalam perutusan itu. Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR dan sekutunya DAP serta PAS, tidak lagi wujud apabila parti Islam itu membuat keputusan pada muktamar bulan lepas memutuskan hubungan dengan DAP. Bekas timbalan presiden PAS, Mohammad Sabu, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sebelum ini berkata pakatan pembangkang baharu akan diumumkan selepas Hari Raya. Bulan lepas, ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui PR tidak lagi wujud, susulan usul PAS pada muktamarnya memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP kerana perbalahan mereka dalam isu hudud yang menjadi agenda parti Islam itu. Gerakan Harapan Baru (GHB) dilancarkan minggu lalu oleh sekumpulan pemimpin progresif PAS yang tersingkir pada pemilihan awal Jun lalu, termasuk Mat Sabu dan bekas pemimpin kanan seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. -TMI ULASAN GB Sebuah gabungan baharu bakal ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang sudah berkubur. Menurut Anwar, gabungan itu akan turut dianggotai semua kumpulan progresif termasuk Gerakan Harapan Baru yang baru ditubuhkan. "Kami sedang berusaha ke arah mengukuhkan pakatan yang akan merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan Bersih, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru yang baru ditubuhkan. Samada PAS diterima untuk menyertai gabungan yang baharu nanti, adalah bergantung kepada keputusan gabungan parti-parti baharu yang menyertainya. Dan sepastinya pembentukan gabungan yang baharu akan mempunyai struktur kepimpinan yang lebih teratur, lebih progresif dan lebih berdisiplin, tidak seperti Pakatan Rakyat dahulu dimana "ada ketua parti yang sentiasa ponteng" dan membelakangkan suara bersama di dalam Majlis Presiden. Dan inilah juga bahananya apabila PAS membuat keputusan memutuskan kerjasama dengan DAP dan PAS perlu terima hakikat penubuhan gabungan yang baharu mengggantikan Pakatan Rakyat. PAS juga sepatutnya sudah mengetahui "risiko" itu, dan sepatutnya juga sudah bersiap sedia untuk keluar dari kerajaan Selangor dan Pulau Pinang. InsyaAllah, dengan pelbagai skandal yang terdedah di dalam kerajaan kerajaan UMNO BN, akan memudahkan laluan gabungan baharu ini untuk menang cemerlang di dalam pilihanraya yang akan datang seterusnya menguasai parlimen dan Putrajay. |
Jawapan Untuk TITM: Jangan Melampau Hina GHB Posted: 21 Jul 2015 07:15 PM PDT Secebis ingatan buat TITM dan PAS yang semakin jauh meninggalkan perjuangan dan akhlak Islam. Kpd: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS Dpd: Madah Pujangga Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB. Kerana merekalah lah PAS dikenali umum (melalui PAS4ALL) Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB. Kerana pada merekalah ahli-ahli parti melihat contoh golongan yg ditarbiyah berkorban dan memahami perjuangan Islam. Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini, kerana merekalah inilah PAS diberi sokongan bila bertanding dan memenangi di kerusi-kerusi yg PAS tidak pernah menangi. Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB kerana ramai di antara mereka yg banyak berkorban masuk keluar penjara sedangkan golongan ustaz hanya bersilat dipentas ceramah dan menjual air liur serta menikmati elaun, gaji dan pencen. Jangan melampau menghina tokoh -tokoh GHB ini kerana bukanlah hak kepimpinan ulama mempersoalkan keikhlasan berjuang dan golongan ulama sendiri belum pernah diuji seperti yg telah mereka lalui Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini, kerana ukhuwwah dan akhlak Islam tidak mengizinkan kita mencaci, mencerca dan memfitnah mereka kerana kita tidak tahu siapa lebih mulia di sisi Allah. Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini, hanya semata-mata kamu sudah tidak berkenan kepada mereka. Namun gunalah gaji, elaun dan pencenmu. Semoga setiap kali kamu menerimanya, kamu akan ingat bahawa tokoh - tokoh GHB ini sama - sama menyumbang hasil jerik perit untuk menolong PAS sebelum ini tetapi kini kamu mengelabah dgn kekuatan mereka. Ada di antara mereka telah berada di medan perjuangan ketika sebahagian pemimpin PAS masih di sekolah lagi. Jangan melampau membenci tokoh - tokoh HB ini, kerana rakyat sedang menilai bagaimana sikap, akhlak dan keterbukaan serta kematangan kita, dan bagaimana kesudahan hidup kita di dunia ini. Senyum melihat gelagat manusia. Hebatnya pengajaran Ilahi. Jangan lupa hisab diri sendiri.
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan