Kelab Greenboc |
Enggan Letak Jawatan, PAS Selangor "Khianat" Dengan MSU... Posted: 14 Jul 2015 12:35 AM PDT Tiada sebab keluar daripada kerajaan Selangor, kata PAS Selangor PAS Selangor tetap bersama kerajaan negeri Selangor kerana keputusan Majlis Syura Ulama baru-baru ini hanyalah memutuskan kerjasama politik dengan DAP. Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata tiada sebab anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada PAS dalam exco kerajaan negeri Selangor meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama itu. "Sekiranya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat maka ketika itu PAS mungkin perlu menarik diri daripada sebarang kerajaan pakatan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini. Iskandar yang juga naib presiden PAS turut menegaskan kerajaan Selangor hari ini masih kerajaan Pakatan Rakyat berikutan tidak pernah ada pengumuman daripada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yang kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. Selain itu, beliau berkata tiada juga sebarang pengumuman bersama daripada pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP pakatan itu sudah tidak lagi wujud. Pada Sabtu lepas, Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik parti itu dengan DAP terbatal berikutan tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP mengecam serta melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat. – Bernama
ULASAN GB Kenyataan dan tindakan PAS Selangor yang enggan meletak jawatannya di dalam kerajaan negeri Selangor AMAT JELAS membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama. Ini kerana Majlis Syura Ulama telah memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan DAP. Bererti secara automatik tiada lagi kerajaan Pakatan Rakyat di negeri berkenaan. Justeru itu adalah tidak bermaruah dan tidak wajar bagi PAS Selangor untuk terus duduk di dalam kerajaan negeri Selangor apabila MSU telahg membuat keputusan sedemikian. Sekalipun MSU mengekalkan tahaluf siyasi bersama PKR (walaupun sebelum ini PAS menghentam PKR dan DSAI di dalam isu Langkah Kajang) namun ia tidak sekali-kali menjadikan sebab kepada pewujudan Pakatan Rakyat lagi kerana keputusan MSU menganggap DAP sudah dianggap tiada lagi. Dan sayugia diingatkan bahawa semasa PRU13 yang lalu, rakyat mengundi PAS berdasarkan kepada fakta bahawa PAS adalah rakan komponen PR. Jangan lupa, sewaktu isu Langkah Kajang dulu, dua ADUN PAS telah digantung kerana kononnya mereka gagal mematuhi keputusan MSU. Sekarang kenapa Mustafa Ali tiba-tiba membela pula tindakan PAS Selangor yang khianat kepada keputusan MSU dan tidak melepaskan jawatan? Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS Selangor akan tetap terima bahana dan hukumnya. Ternyata sangat tindakan PAS Selangor itu adalah TIDAK BERMARUAH dan tuduhan MUNAFIK HARAKI kini ke mbali kepada mereka. Satu perkara lagi, sebelum terlupa GB ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada 2 YB PAS yang digantung kerana telah menyelamatkan kerajaan PR dulu. Kini hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan membuktikan tindakan kedua YB yang digantung itu, Shaari Sungip dan Hasnul baharuddin adalah TEPAT dan BENAR apabila PAS Selangor sendiri terpaksa berhempas pulas mempertahan kerajaan PR dari tumbang. Apatah lagi dengan kemunculan Gerakan Harapan Baru, kedua-dua YB itu kini mempunyai ramai "kawan" yang bersamanya kini, dan insyaAllah rakyat akan berbondong-bondong menyertai GHB selepas ini. |
Dasar Gerakan Harapan Baru Adalah Islam, Tetapi Terbuka Untuk Semua... Posted: 13 Jul 2015 06:10 PM PDT Gerakan Harapan Baru dilancar, terbuka untuk semua Gerakan Harapan Baru (GHB) secara rasmi dilancarkan hari ini, dibarisi pemimpin progresif dari PAS yang sebelum ini tersingkir semasa pemilihan parti pada muktamar bulan lalu. Pengerusinya Mohamad Sabu berkata, GHB dilihat sebagai wadah atau entiti menggerakkan semula kerjasama parti politik. "Harapan Baru akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baharu yang berteraskan Islam bagi mencapai matlamat tersebut. "Harapan Baru akan mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan inklusif, progresif dan peduli rakyat," kata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Antara pemimpin yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah anak bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib, bekas calon presiden PAS Ahmad Awang, bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub. Penubuhan GHB pertama kali diumumkan Mat Sabu dalam satu ceramah di Pulau Pinang. Beliau yang juga bekas timbalan presiden PAS itu berkata, GHB tidak menolak matlamat penubuhannya sebagai sebuah parti politik yang terbuka kepada semua kaum. Katanya, pada masa kini, permohonan pendaftaran bagi GHB sudah diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan mereka masih menunggu ia diluluskan. Lebih daripada itu, Mat Sabu berkata, penubuhan gerakan itu dilihat satu bentuk kerjasama politik parti pembangkang yang akan dikenali sebagai Pakatan Rakyat 2.0. Bagaimanapun, Mat Sabu berkata masih belum ada keputusan muktamad mengenai nama parti baharu tersebut. "Kita masih belum ada nama parti. Ia akan dibincangkan dan semua terbuka memberi cadangan kepada kita. Buat masa ini, kita menunggu RoS. "Kalau ikut kita, kelmarin lagi mahu diluluskan. Kita mahu secepat mungkin, kerana sokongan akar umbi begitu kuat," katanya sambil menambah ahli jawatankuasa bagi GHB juga bersifat sementara ketika ini. Ditanya pendirian parti baharu itu mengenai hudud, memandangkan ia menjadi faktor kepada perpecahan Pakatan Rakyat (PR), Mat Sabu berkata hudud tetap akan menjadi sebahagian daripada agenda parti tersebut. Namun ia perlu melalui proses demokrasi berparlimen dan perundingan, katanya. "Hudud sebahagian daripada syariat Islam... kami tidak boleh pisahkan semua itu kerana ia terkandung dalam ajaran Islam," katanya. Beliau juga menolak penubuhan GHB akan menyaksikan ahli jawatankuasanya meletakkan jawatan di dalam PAS. "Kita masih lagi ahli PAS. Kalau dah ada parti baharu, baru letak (jawatan). Ini parti belum ada lagi, rumah tak siap, kalau hujan nanti, bagaimana?" soalnya. Beliau berkata penubuhan parti baharu tersebut bermaksud ia akan menjalin kerjasama dengan semua parti politik yang sealiran seperti DAP dan PKR. Ditanya adakah ia bermakna GHB juga akan bekerjasama dengan PAS, beliau berkata ia terpulang kepada parti tersebut. Mengulas mengenai kedudukan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Mat Sabu berkata ia akan kekal sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Sementara itu, ahli jawatankuasa sementara GHB Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti baharu itu terbuka kepada semua termasuk bukan Islam, dengan dua jenis keahlian - ahli penuh dan ahli bersekutu. "Keahlian penuh terbuka kepada semua Islam dan bukan Islam yang selari dengan cita-cita dan matlamat gerakan. "Manakala keahlian bersekutu pula ialah kategori yang juga terbuka kepada Islam dan bukan Islam, namun mereka tidak ambil keahlian secara penuh, kerana tidak mahu memberi komitmen penuh dalam parti baharu. "Sebab itu kita bawa pendekatan berbeza. Sangat inklusif yang merentas perkauman, bangsa dan agama," katanya. -TMI
ULASAN GB Tiba juga saat yang dnanti-nantikan oleh ramai ahli-ahli PAS khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Sebuah parti yang berbilang kaum mendukung Islam yang syumul dengan pendekatan inklusif, progresif dan peduli rakyat. Seperti yang GB utarakan sebelum ini, petikan: Segala rencana dan perancangan jahat, kotor dan hina untuk menyingkirkan golongan professional dari PAS kini disambut oleh G18 dengan penubuhan sebuah parti baharu, sekali gus membentuk sebuah gabungan baru Pakatan 2.0. Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya, kita berjalan terus dengan matlamat kita.... semuga Allah menerima amal kita dan melimpahkan keredhaan dan keberkatannya buat kumpulan professional yang telah ikhlas berjuang di jalanNya selama ini... |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan