Kelab Greenboc |
- [GAMBAR & VIDEO] Sidang Media Pelancaran Gerakan Harapan Baru
- Gerakan Harapan Baharu Dilancarkan Hari Ini
- [GAMBAR & VIDEO] Bas Rombongan Bawa Nor Azli Taliban Ke Ayer Hitam Terbakar
[GAMBAR & VIDEO] Sidang Media Pelancaran Gerakan Harapan Baru Posted: 13 Jul 2015 12:54 AM PDT G18 isytihar akan tubuh parti Islam baru Kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas mengumumkan penubuhan sebuah kumpulan dinamakan "Gerakan Harapan Baru" untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baru berteraskan Islam. Penubuhan Gerakan Harapan Baru ini turut bertujuan untuk memperjuang usaha penubuhan gabungan pembangkang "Pakatan Rakyat 2.0". "Gerakan Harapan Baru atau singkatannya Harapan Baru bertujuan menggerakkan semula kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat. "Harapan Baru akan mendukung Islam yang syumul dengan pendekatan yang inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat. "Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya Rahmat untuk Semua" dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia. "Kami mendokong nilai-nilai demokratik dalam sebuah negara demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama dan budaya," kata Mat Sabu, pengerusi Gerakan Harapan Baru dalam satu sidang media hari ini. Antara mereka yang menghadiri sidang media hari ini termasuklah bekas naib presiden PAS Ahmad Awang, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan bekas ketua pemuda PAS Suhaizan Kait. Selain itu, dua anak bekas presiden turut terlibat dalam gerakan itu, iaitu Faiz Fadzil,anak Datuk Fadzil Noor dan Mujahid Yusof, anak Datuk Dr Yusof Rawa. Turut hadir timbalan ketua muslimat PAS Siti Mariah Mahmud, bekas naib presiden, Salahuddin Ayub dan bekas anggota jawatankuasa pusat Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad. Mereka semua akan turut bertindak sebagai penaja parti baru itu. -mk
|
Gerakan Harapan Baharu Dilancarkan Hari Ini Posted: 12 Jul 2015 09:31 PM PDT Sebelum parti baharu, Gerakan Harapan Baru diumum sebagai tapak aktiviti Kumpulan progresif yang tersingkir dalam PAS akan mengumumkan secara rasmi tapak aktiviti mereka yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB) pada satu sidang media hari ini, sebagai pra kepada penubuhan parti politik baharu di Malaysia. Ia akan diumumkan pengerusinya Mohamad Sabu, selepas pembentukannya pertama kali diumumkan pada pertemuan di Muar, Johor, 16 Jun lalu, mengambil nama G18 sempena 18 pemimpin yang tersingkir pada pemilihan parti awal Jun lalu. "Esok (13 Julai - hari ini) kita akan umumkan struktur asas gerakan ini sebelum membuat jelajah atau 'roadshow' seluruh negara selepas Aidilfitri ini," kata sumber kumpulan itu kepada The Malaysian Insider kelmarin. Roadshow pertama akan diadakan di Kota Baru dan Perlis pada Hari Raya ketiga, Ahad 19 Julai, di mana pemimpin mereka akan bertemu dengan orang ramai bagi menguji sambutan ke atas mereka. Sebelum ini, kumpulan ini mengadakan 2 pertemuan umum iaitu di Bakri dan Tongkang Pechah, kedua-duanya di Johor, yang kini menjadi pusat aktiviti utama kumpulan ini. "Di kedua-dua majlis di Johor itu, kami mendapat sambutan yang baik. Kami akan nilai sambutan terhadap kami di seluruh negara pula dalam roadshow selepas raya ini," kata sumber itu. Di Kota Baru, majlis penerangan itu akan diketuai bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dengan disertai Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifudin Nasution Ismail. Di Perlis pula, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, akan mengetuai majlis yang turut dijangka disertai wakil PKR dan DAP. "Selepas 2 program ini, kita akan adakan pula program yang sama di seluruh negara untuk sambutan dan kehendak rakyat terhadap kami," kata sumber itu yang turut memaklumkan jurucakap rasmi kumpulan ini adalah Mat Sabu dan timbalannya Salahudin Ayub. Sehingga kini, The Malaysian Insider difahamkan, pelbagai pihak menyatakan kesediaan untuk bersama wadah baharu politik pembangkang negara ini. Petang ini juga, kumpulan ini akan mengadakan satu pertemuan dengan wakil organisasi bukan kerajaan (NGO) bagi membincangkan pendekatan bersama yang perlu diambil. Sebelum ini, pertemuan berasingan pernah diadakan dengan pemimpin NGO melalui majlis berbuka puasa dan perbincangan selepas solat terawih. Selain NGO, mereka turut bertemu dengan tokoh masyarakat dan mendapat respons yang sangat positif daripada mereka. "Saya rasa mereka melakukan kerja baik," kata Datuk Zaid Ibrahim bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada The Malaysian Insider ketika ditanya penilaian beliau terhadap kumpulan ini. Beliau yakin, semua kumpulan yang bergerak secara berasingan sebelum ini akan bersama-sama kumpulan ini apabila platform rasmi dibentuk nanti. Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang sebelum ini menjadi kumpulan pendesak dalam PAS agar kekal dengan Pakatan Rakyat (PR) juga akan menyertai kumpulan ini. "PasMa akan kekal sebagai NGO tetapi akan memberikan sokongan penuh kepada wadah baru ini," kata setiausahanya Taib Ahmad kepada The Malaysian Insider. Sebelum ini, Ikram Malaysia (Ikram) turut menyatakan sokongan kepada penubuhan wadah baharu tersebut. Turut menyatakan sokongan kepada keperluannya adalah pemimpin gerakan pelajar termasuk bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol yang menyatakan ia sebenarnya perlu dibentuk 5 atau 10 tahun lalu lagi. -TMI
ULASAN GB Sungguh bijak dan professional! Sementara menunggu parti baharu ditubuh dan diluluskan, sebuah NGO dibentuk, Gerakan Harapan Babaru demi untuk memenuhi permintaan meluap-luap dari ahli-ahli PAS khususnya yang sudah tidak sabar-sabar untuk bergiat aktif semula setelah muktamar yang lepas. Dengan penglibatan di dalam NGO, ahli-ahli PAS itu belum boleh dipecat lagi oleh pimpinan PAS kerana tiada fasal di dalam Perlembagaan yang menghalang seseorang ahli PAS untuk bergiat di dalam NGO. Dan apabila parti baharu siap, maka barulah ahli-ahli PAS ini akan menyeberang secara beramai-ramai ke parti baharu dan pada ketika itu PAS tidak lagi perlu memecat mereka kerana apabila seseorang ahli PAS itu telah menyertai parti lain, secara automatik keahlian PAS gugur. Semuga semuanya berjalan lancar dan semuga Allah swt merestui dan meredhai perjuangan kita. |
[GAMBAR & VIDEO] Bas Rombongan Bawa Nor Azli Taliban Ke Ayer Hitam Terbakar Posted: 12 Jul 2015 05:32 PM PDT Nak pergi berbuka, bas terbakar Seremban: Seramai 24 orang yang dalam perjalanan menghadiri majlis berbuka puasa di Johor berdepan detik mencemaskan apabila bas persiaran dinaiki mereka terbakar, petang semalam. Dalam kejadian 3.15 petang itu, bas yang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Johor secara tiba-tiba berasap sebelum berhenti di tepi jalan di Kilometer 264 Lebuhray PLUS arah selatan, berhampiran plaza tol Seremban. Difahamkan, cemas dengan keadaan itu, pemandu bas meminta semua penumpang masing-masing 17 lelaki dan tujuh wanita turun menyelamatkan diri. Penolong Penguasa Bomba Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.57 petang dan tiba di lokasi 22 minit kemudian. "Sebaik tiba, kita mendapati bas persiaran terbabit sedang terbakar dan tiada mangsa yang terperangkap. Bas itu musnah 100 peratus dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya. -HM ULASAN GB Tak sangka pula bas yang terbakar itu rupa-rupanya membawa rombongan beberapa orang ahli PAS dari Perak termasuk seorang AJK Pas Pusat iaitu Ust Nor Azli Musa atau dikenali Nor Azli Taliban berdasarkan kepada "printscreen" dari media sosial facebook yang viral sejak petang semalam. Rombongan itu dikatakan sedang menuju ke Ayer Hitam untuk bersama di Program presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang dan AJK PAS Pusat dengan pimpinan PAS Negeri Johor. Alhamdulillah, mujur semua penumpangnya selamat. Innalillahi wainna ilahirajiun. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan