Jumaat, 10 Julai 2015

dollah yankee

dollah yankee


yang boleh tiup wisel hanya lah referee bola

Posted: 10 Jul 2015 09:28 PM PDT


KBAB..., semua orang kampung pun dah tahu sepatutnya dia 'explain' pada kita semua macam mana perkara laporan dari 'WSJ', akaun bank Najib,akaun bank Rosmah dan 1MDB yang dah jadi 'caca-merba' ini boleh terjadi dari mula, dari A sampai Z. Tapi ini tidak terjadi dan sampai 'babi boleh terbang' pun kita tidak akan tahu sebab musabab nya.

Sebaliknya KBAB lebih berminat nak tangkap siapa yang yang telah 'tiup-wisel' kepada WSJ. Mungkin sebab di Malaysia jika anda repot orang mencuri, yang mencuri akan bebas yang repot akan ditangkap kot yang menyebabkan 'peniup-wisel' ini salur maklumat itu kepada WSJ, sebabnya kalau dia salur maklumat itu kepada Utusan Malaysia atau Berita Harian atau lain-lain 'paper' tempatan, lagi sekali sampai 'babi boleh terbang' pun tak mungkin kita semua (dan rakyat) akan dapat baca kes curi itu, dan tak mungkin juga KBAB akan kerja 'over-time' untuk pergi tangkap pencuri tersebut pada jam 2.15 pagi.

Takkanlah KBAB (walaupun pointer dia kat universiti kita tak tahu) tak sedar dengan tindakan nya itu akan menambah rasa tidak percaya masyarakat antarabangsa dan pelabur-pelabur luar terhadap Malaysia bila KBAB yang di amanahkan untuk menjaga kepentingan kita semua sebagai rakyat dan kepentingan negara telah dilihat cuba melindungi jenayah-jenayah yang dilakukan olih pembesar negara .

Kalau macam nilah cara KBAB buat kerja, gurkah-gurkah politik di'port' kata ini nampak macam tindakan KBAB itu sendiri melambangkan ada unsur-unsur atau elemen-elemen yang cuba nak men'sabotaj ekonomi negara dan men'sabotaj keselamatan rakyat Malaysia.

Sikap KBAB dalam hal laporan dari WSJ dan 1MDB ini telah menyebabkan kita semua terfikir-fikir lagi apakah ujung cerita sinetron dan lakonan drama minggu ini yang sedang dipersembahkan?

dollah yankee -
Jadi untuk menjaga kredebiliti dan intergeriti dan nak melindungi 'crown' polis yang berlambangkan kepala harimau dan parang serta keris bersilang beserta mahkota Allah dan Muhammad yang keramat itu, gurkah-gurkah politik di'port' ini mahu KBAB dilucutkan jawatan dengan serta merta.


Tiada ulasan: