Isnin, 6 Julai 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Penyerang bola sepak Sabah parah dalam nahas

Posted: 06 Jul 2015 03:16 AM PDT

BERNAMA

 

Rozaimi-Abdul-Rahman
Penyerang bola sepak Sabah yang juga pemain negara Rozaimi Abd Rahman, 23, dilapor parah setelah terbabit dalam nahas di Jalan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Shan Tao.



KOTA KINABALU - Penyerang bola sepak Sabah yang juga pemain negara Rozaimi Abd Rahman, 23, dilapor parah setelah terbabit dalam nahas di Jalan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Shan Tao tengah hari tadi.


Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K. Ramin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu kira-kira jam 1.34 tengah hari.

"Laporan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda terbabas di jalan berkenaan dan terdapat dua orang mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba," katanya.

Beliau berkata kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk di bawa ke hospital.

Akibat mercun buatan sendiri, tangan bekas askar hancur

Posted: 06 Jul 2015 03:12 AM PDT

ADNAN MOHAMAD

 

TANGAN HANCUR
Tangan milik bekas askar yang hancur dipercayai mercun buatan sendiri meletup di tangannya awal pagi tadi di Kampung Chetok, Pasir Mas.



PASIR MAS - Seorang lelaki berusia 27 tahun hancur tangan kanannya selepas bahan letupan dipercayai mercun buatan sendiri meletup di tapak tangannya dalam kejadian di Kampung Chetok awal pagi tadi.

Difahamkan, mangsa yang juga bekas askar cedera parah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan lanjut.

Akibat letupan kuat itu mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian badan selepas terkena serpihan dipercayai mercun buatan sendiri atau dikenali sebagai 'spedo' di negeri ini.

Kejadian jam 6 pagi ini dipercayai kes kedua kecederaan membabitkan mercun buatan sendiri di Kelantan.

Badan mangsa mercun buatan sendiri turut cedera terkena serpihan yang meletup dalam kejadian di Kampung Chetok, Pasir Mas.
Badan mangsa mercun buatan sendiri turut cedera terkena serpihan yang meletup dalam 
kejadian di Kampung Chetok, Pasir Mas.

Sementara itu, sumber polis menjelaskan letupan kemungkinan hasil daripada bom buatan sendiri yang digunakan dalam kegiatan mengebom ikan.

Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut akan dijalankan kerana mangsa dikatakan masih belum stabil.

Minggu lalu seorang pelajar Tingkatan Tiga dari Wakaf Bharu, Tumpat hancur empat jari tangan kanannya selepas mercun buatan sendiri meletup di tapak tangannya.

Mangsa dikatakan bermain mercun buatan sendiri bersama tiga lagi rakannya selepas waktu berbuka puasa dan hasil letupan itu turut didengari oleh ibunya yang berada di rumah ketika kejadian.

Akibatnya, mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, untuk dirawat di Wad Kecemasan.

Bolehkah Najib Terus Bertahan Dan Dipertahankan?

Posted: 06 Jul 2015 01:30 AM PDT

shahbudindotcom



Seboleh mungkin, Perdana Menteri Najib Razak tentunya ingin bertahan lebih lama di kedudukannya sekarang. Apatah lagi setelah berjaya memujuk MT UMNO menyetujui penangguhan pemilihan UMNO 2016 selama 18 bulan, keghairahannya untuk kekal itu sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya ke 14 akan datang.

Kecuali jika kecundang dalam PRU 14 atau keputusan lebih buruk berbanding pilihanraya 2013 yang mungkin menyebabkan wujudnya penolakan dalaman terhadapnya, Najib seboleh mungkin juga mahu mengekalkan lagi jawatannya dalam pemilihan UMNO akan datang ini.

Cabaran paling getir Najib ialah PRU 14. Jika melepasi rintangan itu, penggalnya tidak mustahil bersambung lebih lama lagi, kalau pun tidak mampu memecahkan rekod 22 tahun yang kini disandang oleh Tun Mahathir Mohamad.

Tetapi dakwaan Wall Street Journal atau WSJ mengenai kemasukan wang 1MDB berjumlah hampir AS$700 juta ke akaun peribadinya seakan-akan menjadikan impian itu tidak mungkin kesampaian.

Walaupun Najib sudah menafikan dakwaan itu dengan mengatakan tidak mungkin beliau mahu menyamun menggunakan akaun peribadi dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang, WSJ sebaliknya mempertahankan laporan yang dibuatnya dengan mengatakan ia ditulis berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai dan ditapis dengan teliti.

Apatah lagi berdasarkan reputasi tinggi WSJ dengan usia menjangkau 125 tahun, edaran 2.5 juta sehari, memenangi banyak anugerah kewartawanan berprestij dan menjadi rujukan kumpulan berpengaruh di seluruh dunia, mereka bukanlah akhbar yang sewenang-wenangnya mengutip maklumat tepi jalan untuk rujukannya.

Ketegasan WSJ mempertahankan laporannya mengenai dakwaan itu menggambarkan mereka juga sedia bersemuka di mahkamah.

Najib pula, di sebalik pada awalnya mengancam keras untuk mengambil tindakan undang-undang, akhirnya menangguhkan keputusan itu untuk beberapa hari lagi bagi mendapat nasihat lebih lanjut daripada para peguamnya.

Kenapa ditangguhkan saman jika sudah yakin laporan WSJ itu palsu dan fitnah? Apa lagi nasihat peguam yang diperlukan sebelum saman dikemukakan?

Ini nyata menimbulkan kesangsian dan persoalan seolah-olah ada sesuatu yang tidak beres dalam usaha menyanggah laporan WSJ itu.

Lebih memburukkan masa depan Najib ialah jika tindakan saman kepada WSJ itu tidak jadi dikemukakan sedangkan ia sudah dihebohkan sebelumnya.

Ia secara automatik akan membentuk persepsi dakwaan WSJ itu seratus-peratus benar, manakala Najib berada di pihak yang salah.

Menambahkan lagi kesangsian ramai juga ialah kerana Najib sehingga ini masih belum mengesah atau menafikan sama ada beliau mempunyai akaun peribadi di Ambank atau tidak sebagaimana yang didakwa itu?

Begitu juga, adakah nombor-nombor akaun bank yang didedahkan itu adakah benar miliknya atau tidak?

Sejujurnya, persoalan mengenai akaun bank ini hanyalah semudah umpama menjawab soalan peperiksaan secara objektik yang memerlukan jawapan "ya" atau "tidak" saja. Tetapi setelah beberapa hari berlalu, Najib nampaknya masih memikir-mikir jawapan yang betul dan jujur mengenainya.

Lantaran itu, kesangsian orangramai bukan saja memuncak, malah kian menghakis kepercayaan umum terhadapnya.

Jika dalam pilihanraya umum lalu, sokongan yang diterima BN ialah 47 peratus undi popular dan beberapa bulan kemudian melalui kajian Merdeka Center, ia menurun kepada 44 peratus, persoalannya berapakah peratusan itu sejak timbulnya dakwaan WSJ ini?

Apakah masih 44 peratus? Sudah menurun kepada 40 peratus? Mungkinkah turun lagi menjadi 30 peratus? Atau ia sebenarnya lebih rendah daripada itu?

Semakin berkurangnya sokongan dan kepercayaan rakyat, bermakna makin pendek hayat seseorang pemimpin itu. Waima diktator paling gagah sekali pun, akan tumbang atau ditolak akhirnya jika sokongan makin tiada dan rakyat kian menolak.

Najib tidak dinafikan sedang mengalami fasa merbahaya dalam kariernya sekarang ini. Walaupun dikatakan mempunyai sokongan kukuh di kalangan pimpinan UMNO, tetapi dakwaan WSJ ini nyata tersangat serius yang berkaitan dengan perlakuan berunsur jenayah melibatkan seorang pemimpin.

Menafikan dakwaan WSJ tidak memadai sekadar dengan penafian kosong atau mengemukakan saman semata-mata tetapi mestilah disertakan bukti-bukti kukuh mengenai semua dakwaan itu.

Sementara ingin bertahan lama lama sebagai Perdana Menteri, tekanan memaksanya berundur juga makin kuat hari demi hari. Selepas ini, mungkin lebih banyak dan lebih berat tekanan yang diterimanya lagi.

Bertahan sehingga tarikh pilihanraya saja mungkin membuatkan Najib tercungap-cungap, kalau pun tidak patah kaki atau mengalami kederaan parah dari segi reputasinya.

Pihak berkuasa pula, jika terbukti benar sebagaimana yang dilapor oleh WSJ itu, sewajibnya bertindak berdasarkan kedaulatan undang-undang tanpa mengira ia Perdana Menteri atau rakyat biasa.

Jika tekanan berunsur jenayah berterusan dan Najib semakin menjadi liabiliti kepada kemungkinan kalah dalam pilihanraya, apakah selamanya pimpinan UMNO terus setia kepada Najib atau mula mengikut nasihat seorang lagi anak Tun Razak iaitu Nazir Razak yang mengatakan, "dalam masa gelap politik ini, kita mestilah mendahulukan negara dan rakyat, bukan kepentingan peribadi atau kesetiaan peribadi, malah bukan juga parti politik?"

Rafizi dakwa pemimpin Pemuda UMNO terlibat skandal MARA

Posted: 06 Jul 2015 01:20 AM PDT

 
Khairy Jamaluddin didesak membuat penjelasan penglibatan pemimpin Pemuda UMNO dalam pembelian hartanah MARA di Melbourne.


rafizi, now, mara


KUALA LUMPUR : National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendakwa beberapa individu yang tidak mempunyai kaitan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah terlibat dalam pembelian hartanah keempat di Melbourne melibatkan lebihan bayaran RM63 juta.

Pengarah Eksekutif NOW, Rafizi Ramli mendakwa, individu itu dikesan mempunyai banyak kepentingan perniagaan dengan pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO.

Rafizi mendedahkan individu terbabit adalah Erwan Azizi dan Izmir Abdul Hamid yang didapati menandatangani pembelian hartanah keempat 746 Swanston Street oleh MARA.

"Erwan Azizi adalah Pengarah Eksekutif Optimus Capital Sdn Bhd. Selain beliau, Pengarah dan pemegang saham Optimus Capital Sdn Bhd yang lain adalah individu yang bernama Mazrul Haizad Maarof. Individu ini adalah abang ipar kepada Exco Ketua Pemuda UMNO, Dazma Shah Daud,

"Erwan Azizi juga adalah Pengarah Bukan Eksekutif Biosis Group Berhad yang dipengerusikan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun, " katanya pada sidang media pada Isnin.

Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR berkata, kesemua individu itu termasuk Dazma dan Khairul
Azwan perlu menjawab mengenai penglibatan mereka dalam urusniaga yang melibatkan ketirisan RM63 juta itu.

Beliau turut menggesa supaya Ketua Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memberikan penjelasan bagaimana individu yang berkait rapat dengan pimpinan Pemuda terlibat dengan skandal itu.

"Maklumat yang diberikan kepada saya menyatakan bahawa mereka ini terlibat sebagai pengatur kepada urusniaga-urusniaga ini dan berkemungkinan mendapat keuntungan dari urusniaga ini.

"Maka wajarlah Saudara Khairy Jamaluddin memberi penjelasan yang sebaiknya," katanya.

Minggu lepas, Rafizi mendedahkan hartanah 746 Swanston Street itu dijual pada harga AUD$23.5 juta seperti direkod di Australia.

Walaubagaimanapun, jumlah yang diluluskan oleh MARA adalah AUD$41.8 juta dan berlakunya ketirisan sebanyak RM63 juta terhadap pembelian hartanah itu.

Sindiran Teresa Kok makan diri

Posted: 06 Jul 2015 01:14 AM PDT

 
Ahli Parlimen Seputeh itu dikecam pengguna laman sosial kerana didakwa memperlekeh pakaian tradisional masyarakat Iban.


teresa-kok-iban



PETALING JAYA: Niat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok untuk memperli etika pakaian yang dikuatkuasakan di pejabat dan agensi kerajaan akhirnya makan dirinya sendiri.

Naib Presiden DAP itu dikecam netizen selepas memuat naik sekeping gambar beliau bersama lelaki berpakaian tradisional masyarakat Iban di Facebook.

"Saya memang tertarik dengan kostum lelaki Iban yang merupakan setengah bogel ataupun "tidak tutup aurat" ini.

"Pakaian tradisi Iban ini akan dilarang masuk pejabat kerajaan dengan kod pakaian perkhidmatan kerajaan sekarang.

"Pakaian dan kostum sebegini memang telah menjadi sebahagian daripada budaya yang beraneka-corak di Malaysia," tulis Teresa Kok.

Status dan gambar itu menarik perhatian rakyat Sarawak yang meluah kekesalan kerana pakaian itu cuba dikaitkan dengan isu politik.

"Nampak sangat tak kenal orang Sarawak. Orang Iban dah tak pakai pakaian macam ni untuk aktiviti seharian. Ini pakaian tradisi. Teresa ingat org Iban mundur sangat ker? Dah majulah," tulis Alwi Adam EzazWealth,

"Saya orang Sarawak. Simple: Pakaian itu adalah pakaian tradisional orang Iban. Kita hanya pakai waktu perayaan atau upacara tertentu. Stop the nonsense," komen Pavl Alan Morison

"Kenyatan awak seolah-olah menunjukkan kami memakai kostum ini setiap hari. Saya orang Iban. Saya sukakan pakaian ini tetapi saya tidak pakainya setiap hari. Mengapa awak mengheret kostum kami ke dalam politik? Sudah tiada isu lain? Kalau tiada idea nak jadi political mileage, berhenti sajalah dari politik.
Hentikan politik tidak bertempat Teresa Kok," luah Frank J Martin.

Ketua Penerangan Wanita ISMA, Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, Teresa Kok tidak tahu membezakan antara pakaian tradisi yang dipakai ketika perayaan tertentu dengan kod etika pakaian ketika berurusan di pejabat-pejabat kerajaan.

Katanya, kostum lelaki Iban itu dipakai di hari perayaan dan tiada siapa pun yang membantah atau mempertikaikannya.

"Kenapa begitu beriya-iya memperjuangkan sesuatu yang bertentangan dengan norma kesusilaan Malaysia? Seingat saya budaya Cina juga bangga dengan Ceongsam dan India dengan Sari yang berwarna warni, sedap mata memandang. Mini skirt atas lutut ini budaya siapa," katanya.

Kecoh gambar Chef Wan separuh bogel

Posted: 06 Jul 2015 01:12 AM PDT

 
Motif Chef Wan memuat naik gambarnya yang hanya memakai seluar renang ketika berumur 24 tahun menjadi tanda tanya.


Chef-Wan



PETALING JAYA: Sekeping gambar yang menunjukkan chef Selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali Chef Wan separuh bogel mengundang kurang selesa kepada pengguna laman sosial.
 
Imej itu menunjukkan Chef Wan yang hanya memakai swimming trunk (seluar renang) duduk di atas batu di tepi pantai.

Difahamkan lokasi gambar itu diambil adalah di Pantai Cherating, Pahang ketika usia beliau 24 tahun.

Bagaimanapun, gambar tersebut telah mengundang ketidakpuasan hati kepada segelintir individu kerana Chef Wan memuat naik foto yang memperlihatkan tubuh badannya ketika bulan Ramadan.

Gambar tersebut telah dimuat naik oleh Chef Wan sendiri melalui Instagramnya baru-baru ini dan telah disiarkan oleh sebuah laman blog.

Melalui kapsyen pada gambar tersebut Chef Wan menulis

"Penampilan sedemikian adalah perkara biasa ketika mandi di tepi pantai namun ia menjadi satu kesalahan besar pada hari ini dimana peminat akan menjadikannya bahan kutukan," katanya.

Motif lelaki berusia 57 itu memuat naik gambar seperti itu juga tidak diketahui.

LPT ragut nyawa ustaz

Posted: 06 Jul 2015 01:08 AM PDT

LPT ragut nyawa ustaz
Keadaan kereta mangsa yang remuk menjadi viral di laman sosial. (Gambar kecil) Mohd Nor Shauqi A. Rahman
 
 
DUNGUN - Seorang penceramah bebas, Mohd Nor Shauqi A. Rahman, 29, maut dalam satu nahas jalan raya di kilometer 352.2 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa II, Bukit Besi menghala ke Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi, mangsa bersama isteri, Siti Maryuni Mansur, 26, dan anak mereka, Safiyyah Maisarah, 2, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Batu Buruk, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila tayar belakang sebelah kanan kereta jenis Honda City yang dipandu mangsa pancit secara tiba-tiba apabila sampai di lokasi kejadian.

Menurutnya, ia menyebabkan kenderaan dipandu hilang kawalan dan terbabas ke kiri dan melanggar penghadang jalan.

"Mangsa dan keluarga dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumah mereka di Kuala Terengganu tetapi berlaku insiden tidak disangka apabila tayar belakang kenderaan telah pancit.

"Akibat kemalangan itu, mangsa dihantar ke Hospital Dungun kerana mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia ketika mendapat rawatan.

"Bagaimanapun, isteri dan anak mangsa terselamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Punca kemalangan dipercayai kerana tayar pancit dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) (AY Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Najib popular di carta Wall Street Journal

Posted: 06 Jul 2015 01:01 AM PDT

Najib popular di carta Wall Street Journal
Carta paling popular di Wall Street Journal.
 
 
SHAH ALAM – Perhatian seluruh dunia nampaknya mula beralih arah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tinjauan Sinar Online mendapati laporan ke atas isu Najib dengan dana badan pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menduduki carta paling popular di Wall Street Journal biarpun hampir seminggu isu tersebut dimainkan.

Tajuk berita Malaysian Leader Faces Political Test (Pemimpin Malaysia Berdepan Ujian Politik) hasil tulisan James Hookway melonjak naik menduduki tangga pertama dalam carta tersebut sejak disiarkan semalam.

Artikel tersebut yang berkisar mengenai tekanan yang terpaksa dihadapi oleh perdana menteri selepas penyiasatan pertama kali dilakukan ke atas beliau berhubung dakwaan terbabit.

Artikel tersebut dikongsi oleh 3,081 pelayar Facebook dan turut mendapat kongsian oleh 42 pengguna Twitter.

Dalam pada itu, penulisan artikel pendapat bertajuk Scandal in Malaysia (Skandal dalam Malaysia) mula memanjat carta paling popular portal antarabangsa itu.

Menduduki tangga kelima, artikel yang disiar sejak semalam itu mendapat kongsian ke 420 akaun Facebook and turut dikongsikan oleh 39 pemilik akaun Twitter yang lain.

Manakala artikel Malaysia 1MDB Probe Says It Has Found Documents Tied to Alleged Transfers to Prime Minister Najib (Siasatan 1MDB Malaysia menjumpai dokumen yang boleh dikaitkan dengan pemindahan dana ke akaun Perdana Menteri) yang disiar sejak Sabtu lalu kekal menduduki carta di tangga keenam.

Artikel tersebut yang ditulis oleh Tom Wright dan Celine Fernandez yang melaporkan mengenai dokumen yang mengaitkan dana 1MDB dengan akaun bank Najib telah dikongsikan oleh 7,968 pengguna Facebook setakat ini, selain di retweet oleh 124 pengguna Twitter.

Secara keseluruhan, ia jelas menunjukkan laporan pemberitaan perdana menteri negara mendominasi carta terbabit.

Ia secara jelas membuktikan tumpuan seluruh dunia kini terarah kepada negara dan pemimpinnya.


Pekerja bank sesak nafas terhidu gas

Posted: 06 Jul 2015 12:57 AM PDT

SINAR HARIAN


Bomba
Bomba 
 
 
 
BUTTERWORTH - Empat orang pekerja wanita sebuah bank di Taman Selat di sini mengalami sesak nafas dan pedih mata dipercayai akibat terhidu gas di dalam bank itu pagi tadi.
 
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, M.Vijayan berkata pihak ambulans dari Hospital Seberang Jaya telah memberi rawatan kepada mereka.
 
Beliau berkata namun kebocoran gas didapati tidak berlaku di bank itu dan premis lain di sekitarnya.
 
"Kemungkinan kebocoran gas itu dari sumber luar iaitu premis agak jauh dari kawasan berkenaan dan angin membawanya hingga ke sini," katanya di tempat kejadian.
 
Seorang pekerja bank, Zuraida Ramli berkata ketika sedang bertugas, secara tiba-tiba beliau terbau gas dan matanya mulai pedih.
 
"Mula-mula kami ingatkan gas itu berpunca daripada penyaman udara, lalu kami tutupnya, tetapi bau itu masih ada dan beberapa lagi staf turut pedih mata dan merasa loya," katanya. -Bernama
 
 

Berita Wall Street Journal Fitnah Najib Razak Skandal RM2.6 Bilion? Perdana Menteri Saman WSJ?

Posted: 06 Jul 2015 12:51 AM PDT

BERITA SEMASA


Berita Wall Street Journal Fitnah Najib Razak Skandal RM2.6 Bilion? Perdana Menteri Saman WSJ?

Jahat sungguh laporan berita Wall Street Journal, akhbar kafir yang dicopkan oleh beberapa kumpulan lantas dakwaan yang dilemparkan kepada Perdan Menteri sebagai berniat jahat kerana tergamaknya fitnah Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia yang dikatakan menerima duit sejumlah RM2.6 bilion terus ke akaun peribadi Najib Razak.

Begitulah antara butiran dakwaan laporan Berita Wall Street Journal, sebuah akhbar berpengaruh di dunia yang memfokuskan kepada laporan berita pernigaan dan berita ekonomi.

Yang menarik selepas sahaja laporan berita Wall Street Journal ini mendedahkan tuduhan terbaru ke atas Najib ini, ada yang mengatakan :

KLIK SINI : Skim Cepat Kaya Versi VVIP di Malaysia Disebalik Skandal 1MDB : 
Peluang Kaut Untung Besar US$500 Juta Dalam Tempoh 18 Bulan! PM Mohon Jawab! 
 
berita wall street journal
  1. ini adalah konpirasi jaringan media Yahudi, kata Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Umno Mohd Razlan Muhammad Rafii
  2. Dicadangkan agar Datuk Seri Najib Razak berundur buat sementara waktu sementara siasatan sedang dijalankan ke atasnya, kata Tan Sri Rahim Tamby Chik
  3. Tuduhan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri tidak logik, Datuk Dr. Haron Din
  4. PM perlu beri penjelasan yang meyakinkan dan saman Wall Street Journal, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tetapi Wall Street Journal dilihat tidak peduli dengan tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan kepada laporan berita mereka dan terus tetap dan yakin pendedahan dan berita terkini melibatkan skandal terbaru melibatkan 1MDB apabila sejumlah duit masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak katanya.

Terbaru semakan Berita Semasa menunjukkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman pun dilihat sudah "give up" dengan cara Datuk Seri Najib Razak menangani tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Kata-kata Tan Sri Abu Talib Othman cukup menarik perhatian Berita Semasa apabila mengatakan :

Berita Wall Street Journal Fitnah Najib Razak Skandal RM2.6 Bilion : Respon Bekas Peguam Negara?

  • Bukannya susah sangat
  • Katakan sahaja ada atau tidak?
  • Kalau ada, ada duit masuk atau tidak? Apa susah sangat?
  • Mahu bincang dengan kumpulan peguam samada mahu saman atau tidaklah
  • Bla…..bla……bla…..bala…..
Harapan Berita Semasa jangan biarkan drama, hanky panky dibiarkan tergantung terlalu lama. Jikalau terlalu lama tergantung tanpa dijawab persoalan yang berbangkit, jangan salahkan rakyat Malaysia persepsi demi persepsi terus bertambah menyelubungi pemikiran mereka. Usah berdolak dalih lagi. Rakyat Malaysia terus memerhatikan apa tindakan seterusnya dari Datuk Seri Najib Razak berhadapan tuduhan yang cukup berat kali ini…..

P/S : Jangan lupa sempena Hari Raya Aidilfitri ini adalah medan seluruh ahli, sanak saudara, adik beradik dan kenalan lama berkumpul samada orang islam atau bukan Islam di rumah terbuka contohnya. Pastinya topik berkenaan isu semasa isu ekonomi Malaysia, kos sara hidup akan menjadi topik perbualan hangat kali ini….
PP/S : Saman jangan tidak saman. Nama Malaysia terus menghiasi akhbar-akhbar utama dunia melibatkan skandal demi skandal yang tidak berpenghujung ini. Berita Semasa hanya akan percaya apabila terbitnya berita Najib SAMAN WSJ. Tetapi, kalau ayat Najib AKAN atau NAK saman AWSJ, ini susah sikit. Tidak cukup untuk tuduhan seberat ini hanya bising-bising cakap tuduhan tidak berasas, tiada bukti, bla…bla…..bla….bala

PPP/S : Jikalau betul mereka buat tuduhan palsu tiada bukti, lagilah senang untuk menang saman. JADI SAMAN TERUS berita Wall Street Journal ini…

Nilai Tukar Ringgit Malaysia Jatuh Kepada RM3.80. Bakal Jatuh Lagi Teruk 3.85. Ringgit Ahmad Maslan?

Posted: 06 Jul 2015 12:47 AM PDT

BERITA SEMASA

Nilai Tukar Ringgit Malaysia Jatuh Kepada RM3.80. Bakal Jatuh Lagi Teruk 3.85. Ringgit Ahmad Maslan?

Oh my Ringgit Malaysia? Lonjakan kejatuhan Ringgit Malaysia terus merudum ke tahap yang paling-paling lemah dalam sejarah ekonomi Malaysia sejak 2005. Bermakna terus berlaku lambakan Ringgit Malaysia yang tidak laku di pasaran sekaligus kejatuhan nilai Ringgit Malaysia sekarang ini diangkat sebagai yang paling teruk di Asia

Apa sudah jadi Datuk Seri Najib Razak dengan ringgit Malaysia kami sekarang ini? Ringgit Malaysia dilihat terus jatuh terduduk selepas sahaja Wall Street Journal membongkarkan berlakunya kemasukan dana sejumlah Rm2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadi Najib Razak.
 
KLIK SINI : Peringatan Ahmad Maslan : 3 Bulan Daripada Setahun Hidup Anda 
di Malaysia Ditaja Kerajaan BN. Respon Rakyat Malaysia?
 
 
ringgit ahmad maslan

 

Berita Bloomberg Punca Nilai Tukar Ringgit Malaysia Jatuh?

Yang benar, tidak dinafikan faktor luaran seperti harga minyak dunia jatuh, ketidaktentuan Federal Reserve bakal umumkan kenaikan kadar faedah naik, krisis Greece menyumbang kepada penyusutan nilai MYR. Tetapi ia tidak terhenti di situ, apabila berita Bloomberg mendedahkan beberapa punca Punca Ringgit Malaysia Terus Jatuh, antaranya ialah :
  1. Faktor masalah dalaman? Krisis Politik malaysia
  2. Kontroversi hangat melibatkan skandal terbesar di Malaysia iaitu 1MDB
  3. Harga minyak dunia jatuh sehingga 48% berbanding harga puncak tahun lepas
 tukaran2
P/S : Penganalisis dan pakar ekonomi dunia mengatakan secara keseluruhan nilai ringgit Malaysia memberikan kesan besar kepada negara. Tetapi Nazri Aziz lebih suka ringgit Malaysia jatuh, bagus untuk ekonomi negara dan mampu menari ramai kedatangan pelancong ke Malaysia katanya.

PP/S : ING Groep NV meramalkan Ringgit Malaysia terus jatuh kepada RM3.85. 3.85? Adakah Ringgit Ahmad Maslan akan menjadi kenyataan?

PPP/S : Manakala Barclays Plc dan Credit Suisse Group AG meramalkan ringgit Malaysia akan jatuh sehingga RM3.88 dan RM3.83 untuk setiap dolar Amerika.


PAS tidak pernah pandang rendah pada siapa-siapa

Posted: 06 Jul 2015 12:41 AM PDT

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic

 
 
SHAH ALAM: PAS tidak pernah memandang rendah kepada mana-mana ahlinya yang berhasrat mahu menubuhkan parti baru, demikian ditegaskan oleh Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
Bagaimanapun Tuan Ibrahim mempersoalkan apakah keperluan untuk penubuhan parti baru tersebut memandangkan parti yang sedia ada sudah memadai untuk memperjuangkan hak rakyat.
 
"Kita pun melihat soal-soalnya sebahagian daripada mereka ini sebenarnya masih ahli PAS dan kita berharap mereka berbicara dalam konteks mereka ini masih ahli dan bagi kita, kita tidak pernah pandang rendah kepada siapa-siapa pun.
 
"Cuma kita lihat apa keperluan untuk menubuhkan parti baru dan sebagainya dan bagi PAS kalau sekiranya hendak menghadapi cabaran-cabaran yang ada, saya fikir parti pembangkang yang ada hari ini sudah memadai.
 
"Soalnya kita perlu meneliti dasar-dasar dan prinsip parti dan harus menghormati dasar tersebut," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi di sini pada Ahad.
 
Beliau mengulas kenyataan Yang DiPertua PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang memberi peringatan kepada pemimpin parti itu supaya tidak memandang rendah atau bersikap pesimis dengan kewujudan parti baru.
 
Mahfuz selain itu mengingatkan pemimpin PAS supaya tidak meletakkan pemikiran mereka pada takuk yang lama apabila dilihat sentiasa terikat dengan sejarah lalu bersabit penubuhan parti serpihan.
 
Ujarnya, kebanyakan pemimpin PAS kerap kali menyamakan cadangan penubuhan parti baru itu sama seperti Hamim dan Berjasa, yang tidak kekal lama dalam arena politik negara.
 
Susulan kelantangan Mahfuz menasihati pemimpin PAS, Tuan Ibrahim yang juga merupakan Ahli Majlis Syura Ulama turut meminta supaya bekas Ketua Penerangan PAS Pusat itu memahami tujuan dan dasar parti itu ditubuhkan.
 
"Kita tahu sebagai orang Islam, ada kewajipan terpaksa kita ambil dan kewajipan itu tidak pula mengancam polimik.
 
"Contohnya isu Enakmen Jenayah Syariah Kelantan, ianya hanya melibatkan orang Islam dan hak orang Islam, dia tidak melibatkan mereka yang bukan Islam dan masyarakat lain, jadi kita fikir itu adalah diantara ruang yang kita sebut bahawa setiap parti itu ada polisinya sendiri dan polisi itu tidak pernah padam dan menganggu hak beragama orang lain.
 
"Jadi sekiranya kita menyekat hak beragama dalam pakatan sebagai contoh, maka itu baru dikatakan kita sudah mencabuli dasar dan polisi parti lain," katanya lagi.
 
Sehubungan dengan itu, Tuan Ibrahim menasihatkan supaya Mahfuz dan kumpulan yang mahu menubuhkan parti baru tidak tersasar dari landasan dan tanggungjawab sebagai orang Islam.
 
"Jadi pada kita, tanggungjawab kita sebagai orang Islam, ada hak yang mesti kita pikul dan kita hanya memperjuangkan hak kita, jadi saya fikir semua orang Islam faham dan tahu tanggungjawab dia," katanya.
 
PAS tidak mulakan dulu menyerang individu
 
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut mengingatkan supaya tidak meletakkan segala kesalahan di atas bahu presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Jelasnya, pemimpin PAS tidak pernah memulakan dahulu serangan ke atas individu sebaliknya meminta supaya pemimpin utama daripada rakan komponennya, DAP dan PKR saling hormat-menghormati di antara satu sama lain apabila memperjuangkan dasar polisi parti masing-masing.
 
"Saya melihat kepada sikap hormat-menghormati sebagai asas dalam muafakat, kalau saling hormat-menghormati itu timbul dan kita tidak menyerang satu sama lain, maka kita akan jumpa satu titik persamaan.
 
"Dan PAS hendak menegaskan sekali lagi bahawa kita tidak pernah memandang kecil kepada mana-mana kumpulan atau parti, cuma jika hendak tubuh parti, ke arah mana ianya hendak tuju? Dan ianya akan menimbulkan polimik dan menyebabkan sebarang penubuhan parti baru, dia akan menggembirakan UMNO sahaja dan akan menyebabkan pembangkang pecah dan perpecahan pembangkang ini akan menyebabkan UMNO lebih selesa," katanya.
 
Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai reaksi kepada tuntutan Mahfuz yang mahukan Hadi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PKR, Lim Guan Eng merendahkan ego dan perlu berjiwa besar.
 
 

Azizah ajak semua pihak bincang dakwaan WSJ di Parlimen 7 Julai ini

Posted: 06 Jul 2015 12:40 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Semua pihak harus duduk bersama dan membincangkan kemelut yang dihadapi negara ketika ini bersabit dakwaan sebuah akhbar terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
Tindakan itu penting bagi menterjemahkan keprihatinan rakyat terhadap kredibiliti Najib yang kini dipertikai banyak pihak, katanya.
 
"Perkembangan politik terkini tanah air meletakkan kita di beberapa senario baru yang mungkin belum pernah kita alami dalam sejarah negara setakat ini," katanya menerusi kenyataan medianya, hari ini.
 
Akhbar Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini mendedahkan terdapat beberapa dokumen yang jelas menunjukkan wujudnya konspirasi ekonomi melibatkan Najib apabila sejumlah dana awam bernilai RM700 juta dimasukkan ke akaun peribadinya secara terus. 
 
Mengulas perkara itu, Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata dakwaan itu tampak relevan apabila Peguam Negara Tan Sri Gani Patail sendiri mengesahkan beliau sudahpun melihat dokumen sama dipetik WSJ.
 
"Kegusaran di kalangan rakyat Malaysia akibat perkembangan terkini ini tidak memungkinkan PKR dan parti pembangkang malah di kalangan Umno - BN terus berdiam diri.
 
"Walaupun kita menanti laporan penuh mengenai kes ini dari semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab, namun kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan demi memastikan kepentingan rakyat dan negara terjamin," katanya.
 
Tambah Azizah, beliau akan mengadakan pertemuan itu pada 7 Julai di bangunan Parlimen.
 
Setakat ini tiada mana-mana pihak mengumumkan penyertaan mereka dalam perjumpaan itu.
 
 

Keyakinan terhadap Ringgit dan PM

Posted: 05 Jul 2015 04:55 PM PDT



Oleh Syahir Sulaiman 


"Yakin ertinya nyata dan terang, iatu lawan dari syak dan ragu. Tidaklah akan hilang ragu-ragu itu kalau tidak ada dalil atau balasan yang cukup. Datangnya yakin itu setelah memperoleh bukti-bukti yang terang" – Pak Hamka.

Ringgit di paras 1998 

Kejatuhan nilai Ringgit ke paras "psikologi" RM3.80 pada bulan Jun yang lepas, rekod terendah dalam tempoh 9 tahun, mengingatkan kembali keadaan ketika krisis kewangan 1997/98, sehingga memaksa Ringgit ditambat pada kadar RM3.80/USD selama 7 tahun sebelum diapung-semula untuk ditentukan pasaran.

Situasi kejatuhan Ringgit ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan ekonomi negara, malah turut menjejaskan kuasa beli pengguna, kesan daripada inflasi yang disebabkan kenaikan kos bahan yang diimport dari luar negara, di samping turut membebankan ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang belajar di luar negara.

Walaupun penarafan terbaru agensi Fitch Ratings yang menyemak naik unjuran ekonomi Malaysia daripada "negatif" kepada "stabil" berjaya memulihkan keyakinan pelabur dan pengukuhan Ringgit, namun impaknya hanya sementara.

Ini kerana, kadar Ringgit bukan sahaja ditentukan "faktor ekonomi" dalam dan luar negara di tangan pelabur, pengeksport, dan pengimport, namun turut ditentukan "faktor bukan–ekonomi" seperti sentimen dan persepsi di kalangan spekulator dan arbitrator.
Mengurus keyakinan

Prestasi Ringgit yang lemah ini adalah disebabkan gabungan faktor kejatuhan harga minyak dan sawit yang menjejaskan eksport negara, serta faktor prospek pelaburan yang lebih baik di Amerika yang menyebabkan aliran keluar modal jangka-pendek (hot money), seterusnya meningkatkan penawaran Ringgit di pasaran matawang yang mengakibatkan kejatuhan nilai Ringgit sejak Januari tahun ini.

Keadaan ini diburukkan lagi apabila sebahagian pelabur mula mengambil langkah keluar daripada Malaysia atas risiko kebimbangan 1MDB gagal melunaskan hutang RM42 bilion, yang boleh memberi kesan kepada defisit kerajaan yang menjamin hutang tersebut, serta risiko kepada sistem perbankan negara yang memegang bon-bon yang diterbitkan 1MDB.

Kedudukan Ringgit yang kini diniagakan di paras RM3.70 dijangka akan terus terdedah kepada risiko kejatuhan, dengan mengambil kira aspek kestabilan politik dan ekonomi negara dalam masa terdekat, khususnya dalam usaha kerajaan mengurangkan defisit ke paras 3% dan menampung hutang kerajaan yang mencecah 53% kepada KDNK, di samping usaha yang diambil kerajaan dalam menangani isu urustadbir korporat yang membelenggu 1MDB, Mara, Tabung Haji dan Felda.

Terkini, dengan tekanan politik yang dikenakan kepada perdana menteri, penarafan Ritch yang diharapkan dapat memulihkan sentimen dan keyakinan pelabur ternyata hanya sementara. Ini membuktikan, kedudukan Ringgit dan kestabilan ekonomi negara bukan sahaja bergantung kepada angka rasmi KDNK, GST, subsidi dan defisit, tetapi sangat berkait rapat dengan tahap integriti, transparensi dan akauntabiliti di pihak kerajaan, syarikat berkaitan-kerajaan, dan regulator seperti Bank Negara, ketua Audit Negara dan peguam negara.

Situasi defisit-berkembar yang sedang melanda negara kini, iaitu defisit-fiskal (fiscal deficit) dan defisit-keyakinan (trust deficit) menuntut agar pihak kerajaan meningkatkan ketelusan untuk memperbaiki tahap keyakinan rakyat dan pelabur, di samping terus mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dengan penuh disiplin, selain mengawal kenaikan harga barang dan kos sara hidup dalam negara.

Melihat kepada situasi semasa, penulis berkeyakinan trend kedudukan Ringgit dan perdana menteri dijangka akan kekal bersama (coupling-trend) di paras terendah dalam tempoh terdekat ini, namun dalam jangka masa panjang, kedua-duanya akan mengambil haluan berbeza (decoupling-trend), di mana Ringgit akan kembali kukuh manakala kedudukan perdana menteri adalah sebaliknya.

Benar kata Pak Hamka, "Keyakinan datang setelah menyelidiki, kadang-kadang tidak diselidiki lagi kerana dalil itu cukup terbentang di hadapan mata".

Perkara terbaik buat Najib adalah memanggil pilihan raya mengejut

Posted: 05 Jul 2015 04:45 PM PDT



Oleh Hazlan Zakaria


Dikepung di hadapan, diburu di segenap penjuru, Perdana Menteri Najib Razak boleh sama ada meletak jawatan secara terhormat atau tinggalkan penyiasatan yang belum selesai, tetapi perkara terbaik buat beliau mungkin adalah memanggil pilihan raya mengejut.

Tetapi semulia darah keturunan beliau, susur galur tidak menjamin keupayaan atau semangat mulia seseorang. Mempunyai darah mulia atau darah diraja tidak menjadikan seseorang itu mulia atau agung. Ianya memerlukan karakter dan lebih dari sekadar gelaran untuk mendapatkan perkara luhur seperti itu.

Maka tindakan terburu-buru beliau untuk menafikan berita dakwaan penyelewengan kewangan beliau, tudingan jari beliau kepada orang lain dan cubaan perhubungan awam beliau dalam menguruskan krisis ini menunjukkan beliau tidak mengambil jalan mulia, tetapi cubaan untuk mempertahankan selagi yang boleh.

Ini kerana dakwaan ke atas beliau yang semakin memuncak daripada pemimpin lemah dan tidak tegas kepada tuduhan melulu cubaan jenayah.

Tuduhan tindakan menyeleweng Najib melibatkan 1MDB sekarang ini telah memuncak untuk mendakwa beliau telah menyeleweng wang daripada dana berdaulat itu atau menggunakannya untuk kempen politik beliau.

Sementara Dr Mahathir Mohamed, kumpulan dalam Umno, Pembangkang dan sejumlah besar rakyat telah meminta beliau bertanggungjawab sejak sekian lama, sekarang ini media asing juga telah turut menyertai, untuk apa saja sebab yang mereka ada.


Najib telah menyalahkan Mahathir dan melabel beliau sebagai punca migrain beliau. Walaupun mungkin kerumitan serangan ke atas beliau dan jejak 'bukti' yang disengajakan memberikan beliau sebab untuk membuat dakwaan begitu.

Ianya jelas merujuk bagaimana ketua umum PKR yang dipenjarakan dan bekas anak didik Mahathir, Anwar Ibrahim menerima akibat tindakan doktor itu.

Atau mungkin Najib seorang yang bodoh, untuk menggunakan akaun dengan nama sendiri untuk menyalurkan wang itu. Atau beliau benar-benar telah diperangkap, atau seorang 'pembantu' yang bertindak sendirian untuk mengenakan PM akan ke hadapan untuk mengakui jenayahnya.

Benar atau tidak, Najib telah teruk terjejas. Kerosakan telah mencapai tahap yang teruk sekali sehinggakan cara untuk menebusnya adalah dengan melepaskan jawatan dengan terhormat. Ini sajalah yang tinggal untuk beliau.

Tetapi memandangkan Najib tidak mempunyai sebarang paksaan dalam dirinya untuk menjadi muliau, beliau mungkin menjadi berdendam dan berniat jahat.

Jika beliau ingin meletak jawatan, tidak kira betapa mulia pun, ia hanya membuka pintu kepada salah satu musuh beliau untuk mengambil alih kuasa. Dan beliau sendiri mungkin akan dapati beliau mempertahankan diri terhadap dakwaan jenayah.

Tetapi jika beliau berbuat begitu dan kekal menundukkan kepalanya, diam-diam mengorbankan dirinya - demi Umno, sudah tentu - beliau mungkin, seperti sejarah parti Melayu itu telah buktikan, akan dibenarkan untuk mengekalkan sebahagian hartanya dan kembali kepada dunia politik.

Ini akan berlaku hanya selepas beberapa tahun diberi 'hukuman' oleh parti itu telah berlalu. Walaupun dakwaan jenayah ke atas beliau dan kebarangkalian pendakwaan mungkin bertukar arah atas rayuan atau mungkin dibuang begitu saja seperti bekas menteri dan ahli politik yang lain.

Najib masih lagi tidak dilihat sebagai seseorang yang akan berbuat begitu, atau mungkin orang di sekeliling beliau tidak membenarkan beliau buat begitu.

Justeru jalan terbaik oleh Najib keluar daripada bencana ini, walaupun lemahnya, adalah membubarkan kerajaan dan memanggil pilihan raya mengejut.

Dengan apa saja masih terawangan sekarang ini, ianya mungkin masa paling buruk buat Umno dan BN untuk menghadapi pilihan raya umum.

Walaupun pembangkang yang pernah dikenali sebagai Pakatan Rakyat sedang dibelenggu masalah, mereka mungkin akan membuat kemunculan semula akibat daripada krisis 1MDB sahaja.

Dan ia akan menjadi satu masa yang sukar buat Umno dan BN, bahawa mereka akan kalah lebih teruk lagi dalam pilihan raya umum, jika dipanggil. Ianya jika mereka tidak kehilangan kuasa terhadap kerajaan sama sekali.

Sekarang dengan cara itu, beliau akan pergi, tetapi beliau akan membawa pengkritik terapat beliau bersama, timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin, Mahathir dan orang lain.

Kecuali mungkin rakyat dan pembangkang, yang mungkin berupaya menyingkirkan orang lama dengan satu undi sahaja.

Seseorang itu hanya mampu berharap.

Komen dan cadangan dapat dihantar kepada penulis di hazlan@hckmedia.com

Layan rakyat seperti layanan istimewa terhadap Rosmah – Mufti Perlis

Posted: 05 Jul 2015 04:41 PM PDT

 
Kerajaan perlu menunjukkan simpati terhadap rakyat yang tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. 


Mohd-Asri_rosmah_600



PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata kerajaan sepatutnya melayan rakyat sama seperti layanan istimewa yang diberikan terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau merujuk kepada layanan istimewa terhadap Rosmah yang dipakaikan kasut oleh seorang anggota polis di Shah Alam baru-baru ini kerana beliau mengalami sakit lutut san tidak boleh tunduk.

Mohd Asri yang memuat naik statusnya di Facebook berkata, beliau tidak hairan jika seorang yang berusia lagi gempal meminta orang lain tolong mengenakan kasutnya.

"Apatah lagi jika tempat berkenaan tiada kerusi membolehkan beliau duduk.

"Apa yang penting si pembantu sudi membantu. Hulurkan simpati.

Janganlah kita kata 'terlebih manja', ataupun 'kalau tidak mampu pakai kasut, jangan pakai' atau seumpamanya," katanya.

Bagaimanapun, Mohd Asri berkata layanan istimewa yang diterima Rosmah itu tidak sama dengan layanan kerajaan terhadap rakyat yang menghadapi pelbagai tekanan hidup.

Katanya, kerajaan sepatutnya menunjukkan simpati jika rakyat tertekan kerana tidak mampu menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat kerana kenaikan harga barangan dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Jika rakyat tidak mampu dengan tekanan belanja seharian, kerajaan wajar hulurkan simpati," katanya.
Sama seperti isu Rosmah apabila rakyat dinasihat tidak membuat andaian melulu begitu juga dengan rakyat yang tidak sepatutnya dilemparkan kata-kata biadap apabila mengadu mengenai tekanan hidup.

"Janganlah kata 'rakyat manja' ataupun 'jika mahal, jangan beli' ataupun 'jika nak jimat, jangan balik kampung' ataupun apa-apa 'ayat biadap untuk rakyat'.

"Jika kita simpati kepada orang lain, orang simpati pada kita," ujarnya.

Puteri UMNO, jangan jadi perkakas lindungi kesalahan pemimpin

Posted: 05 Jul 2015 04:38 PM PDT

 
Puteri UMNO sepatutnya mendesak Perdana Menteri merungkai semua persoalan bukan lari daripada kenyataan.


puteri-UMNO


PETALING JAYA: Srikandi Keadilan, sayap wanita muda bagi PKR mengutuk Puteri UMNO kerana hanya berperanan sebagai alat dan perkakas bagi melindungi kesilapan pemimpin.

Ketuanya, Senator Siti Aishah Shaik Ismail berkata, sebagai pemimpin muda, Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sepatutnya mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab tuduhan bukannya lari daripada kenyataan.

Katanya, tindakan Puteri UMNO membuat laporan polis terhadap Sarawak Report hanyalah menutup kebenaran daripada mendapatkan kebenaran.

"Ini soal aset negara,wang rakyat dengan kata mudahnya apabila ada sesuatu yang didedahkan melibatkan pemimpin utama negera kita harus melihat ia sebagai sesuatu yang perlu diselesaikan.

"Kita bercakap soal penyelewengan, ketirisan serta rasuah yang menyumbang kepada kadar ekonomi negara yang tidak menentu dan ini harus dipandang penting oleh Puteri Umno agar kebajikan rakyat dan hak mereka tidak mudah diseleweng, bukannya dengan bersikap mempertahankan tanpa asas, " katanya.

Katanya, tindakan Puteri UMNO itu lebih kepada politik 'wala' bukannya bersifat prihatin untuk rakyat teramai.

"Ini beza kita orang muda berani bersuara dalam setiap perkara yang melibatkan kepentingan rakyat bukan menjadi alat dan perkakas untuk terus melindungi kesilapan pemimpin.

"Kepada Puteri Umno, bertindaklah sebagai anak muda yang berani bersuara demi kebenaran dan janganlah kerana kepentingan politik membolehkan kita menolak kebenaran," katanya.

'Saya menyesal puji Dr Mahathir'

Posted: 05 Jul 2015 04:16 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Selepas bercerita panjang tentang latar kepada kemasukannya ke parti DAP semalam, bahagian kedua temu bual dengan Datuk A Samad Said hari ini mendedahkan pandangan beliau mengenai beberapa isu lagi.

Beliau yang mesra disapa sebagai Pak Samad berharap, lebih ramai aktivis sosial menyertai parti DAP.

Antara nama yang disebut ialah Adam Adli dan bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.

Apakah komen Ambiga apabila beliau tahu Bapak masuk DAP?
Dia menghantar satu ayat kepada saya: Pak Samad I salute you. Itu yang dikatakannya. Sebenarnya ambiga pun dipujuk untuk menyertai mana-mana parti politik sebab dia sudah memiliki mitos. Dia sudah melakukan banyak perkara. Justeru sebagai individu saya rasa dia boleh menyumbang lebih berkesan jika menyertai politik.

Adakan Bapak mahu mempelawa Ambiga menyertai DAP?
Mengapa tidak? Saya mengalu-alukan beliau. Ambiga sangat bagus dan berpengetauan. Saya harap beliau menyertai DAP.

Bapak menggalakkan aktivis menyertai DAP?
Memang saya encourage, perlu ada aktivis. Saya harap Adam Adli akan masuk DAP. Kebanyakan pemimpon pelajar akan menyertai (parti politik) sebab saya fikir mereka boleh memberi lebih banyak sumbangan kepada generasi muda.

Jika mereka meninggalkan NGO mereka untuk menyertai DAP, mesti akan ada orang lain menggantikan (dalam NGO berkenaan).

Samad yang pernah menjadi Pengarang Berita Harian juga ditanya mengenai Pakatan Rakyat.

Pada pandangan Sasterawan Negara keempat itu parti pembangkang perlu disatukan dan menganggap konflik yang berlaku ketika ini bersifat sementara.

Alasannya, semua yang memimpin parti dalam Pakatan adalah individu yang "ada otak".

Apa pandangan tentang isu DAP putuskan hubungan dengan PAS?
Bapak baru lagi dalam politik. Itu saya pulangkan kepada Lim Kit Sianglah. Dia lebih tahu. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya bagaikan seorang 'pelajar' (dalam politik). Sekarang saya membaca tentang politik berbanding dulu banyak tentang kesusasteraan.

Setakat ini saya tak tahu tahu impaknya (DAP putus hubungan dengan PAS). Tentu PAS ada alasan tersendiri dan niatnya yang tersirat, manakala DAP ingin memperkekalkan jalannya yang utuh.

Jadi benda ini boleh terjadi hanya sementara kerana perbedaan sentiasa berlaku. Kadang-kadang kawan jadi lawan, lawan jadi kawan kerana tujuan dan iklim semasa.

Keadaan mungkin akan menjadi lebih jelas apabila pilihan raya (umum) semakin hampir. Saya fikir PAS tidak boleh bertahan jika bersendirian. Mereka perlukan rakan khususnya orang bukan Melayu. Jika berdiri (bersendirian) seperti sekarang memang tidak ada peluang dengan hanya bergantung kepada undi Melayu.

Betul PAS boleh dapat undi Melayu, tapi tidak sepenuhnya.

Apa pandangan mengenai pergeseran antara Datuk Seri Najib Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad?
Saya tidak tersangka akhirnya 'puncak' dengan 'puncak' bertelagah tetapi ini tentunya bukan mainan. Saya bayangkan memang ada pergolakan dalam Umno sendiri, tetapi oleh kerana golongan ramai tidak ada media cukup, kita nampak yang menang hanya sebelah (pihak) sahaja. Orang lain memang tak boleh menang.

Apa pandangan peribadi Bapak terhadap Najib dan Dr Mahathir?
Saya masih belajar. Saya tak mahu sentuh tentang itu untuk masa ini. Saya kenal Dr Mahathir dan pernah menulis sebuah antologi untuk beliau - yang (sekarang) saya kesali kerana memujinya ke tahap yang tidak sepatutnya.

Saya pernah puji Dr Mahathir dengan harapan dia menjadi tunggak kuasa untuk pembaharuan, melakukan perubahan lebih awal, tetapi ia tidak berlaku. Saya pernah bersama dengan beliau dan (Datuk Seri) Mukhriz sebagai sasterawan, bukan siasahwan. Kami saling menghormati.

Apa pendapat tentang kepimpinan Najib?
Saya fikir setakat ini kacau. Ada beberapa masalah tidak terjawab, langsung tidak terjawab. Terbaharu ini kes pembelian harta tanah, pemberian BR1M di waktu tidak sepatutnya. Banyak soalan tidak terjawab. We are in murky situation.

Dr Mahathir menggunakan 1MDB untuk memaksa Najib meletak jawatan. Apa pendapat?
Sangar sukar, oleh sebab dia (Najib) di puncak, dia pemimpin Umno di puncak. Jadi gajah sama gajah, kita tengok akan nampak sebab masing-masing membuat pendedahan dan menguntungkan kita.

Adakah Bapak rasa Dr Mahathir akan berjaya?
Setakat ini kalau Dr Mahathir nak berjaya, dia sudah berjaya. Saya dengar banyak kali orang berkata, Najib akan letak jawatan minggu ini, bulan ini tetapi tidak. Maksudnnya apa? Dr Mahathir boleh becakap tetapi dia tidak boleh menyingkirkan Najib.




MAZA tegur 'Cinderella', sindir kerajaan

Posted: 05 Jul 2015 04:14 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Di sebalik insiden 'ala Cinderella' membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor, ada pengajaran dilihat Mufti Perlis Datuk Seri Mohd Asri Zainul Abidin.

Meluahkan pandangannya di Facebook, beliau berkata, semua pihak diharap tidak mengeluarkan perkataan tidak wajar kepada isteri perdana menteri itu dan kenyataan yang dibuat mungkin akan dilihat biadab.

"Bagi saya, jika seseorang yang berusia lagi gempal meminta orang lain tolong mengenakan kasutnya, itu tidaklah ganjil. Apatah lagi jika tempat berkenaan tiada kerusi membolehkan beliau duduk.

"Apa yang penting si pembantu sudi membantu. Hulurkan simpati. Janganlah kita kata 'terlebih manja', ataupun 'kalau tidak mampu pakai kasut, jangan pakai' atau seumpamanya. Itu tidak wajar dan tiada simpati. Mungkin juga biadab," tulisnya.

Jangan mengata

Menganggap orang ramai perlu bertimbang rasa kepada Rosmah, Mohd Asri berkata kerajaan juga perlu bertimbang rasa kepada rakyat.

Beliau mengaitkan insiden tersebut dengan keadaan rakyat yang tertekan dengan perbelanjaan harian yang meningkat, tanggungan bertambah akibat cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta "kehilangan itu dan ini".

Keadaan itu, kata Mohd Asri menjadikan rakyat perlu diselamatkan.

"Janganlah kata 'rakyat manja' ataupun 'jika mahal, jangan beli' ataupun 'jika nak jimat, jangan balik kampung' ataupun apa-apa 'ayat biadap untuk rakyat'.

"Jika kita simpati kepada orang lain, orang simpati pada kita," tulisnya.

Kelmarin satu klip video menunjukkan Rosmah dilihat dibantu seseorang untuk memakai kasut ketika keluar dari sebuah bangunan di Shah Alam.

Insiden itu mengingatkan sesetengah pihak kepada cerita dongen rakyat, Cinderella.

Video sepanjang 31 saat itu dimuat naik di Facebook dan menjadi viral.

Manakala pegawai Rosmah, Datuk Rizal Mansor mempertahankan bosnya dengan berkata lutut Rosmah tidak kuat dan memerlukan bantuan memandangkan umurnya kini sudah 64 tahun.

 

Ini soal integriti negara, kata PERKASA

Posted: 05 Jul 2015 04:07 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Wira PERKASA Malaysia Irwan Fahmi Idris hari ini membuat laporan polis terhadap laporan Wall Street Journal (WSJ) yang didakwa memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, laporan polis itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat kebenaran laporan berkenaan dan sekiranya bohong, pihak yang telah mengeluarkan kenyataan itu harus dibawa ke muka pengadilan.

"Kita gesa untuk siasat, sekiranya perkara ini tidak betul dan tidak wajarlah perkara ini difitnah sedemikian rupa.

"Ini bukan tentang mempersoalkan Datuk Seri Najib, ini soal integriti sesebuah negara. Saya dapat tahu media antarabangsa sudah pickup perkara ini dan kita mahu kesahihan perkara ini adakah benar, fitnah ataupun sebaliknya," katanya kepada pemberita di Balai Polis Dang Wangi.

Ketika ditanya bagaimana jika laporan dikeluarkan itu benar,  Irwan berkata, polis harus mengambil tindakan kepada Najib.

Dalam parti dia pun bersuara

Semalam WSJ melaporkan berlaku perpindahan dana 1MDB bernilai hampir AS$700 (RM2.6 bilion) ke akaun perseorangan yang menggunakan nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak".

Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini juga membuat laporan terhadap Najib berhubung laporan WSJ berkenaan dakwaan penyelewengan 1MDB ke dalam akaunnya.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad menyarankan agar Najib bercuti sementara siasatan dijalankan berhubung isu ini.

"Cantik sekiranya PM bercuti sementara siasatan dijalankan... sekiranya perlu beliau berehatlah.

"‎Saya dapati ada elemen penyelewengan dan minta polis jalankan siasatan... individu yang perlu untuk disiasat ialah PM kerana  bagi saya ini adalah tuduhan yang mengejutkan kita," katanya.

Nik Nazmi berkata, jika Najib berada di pihak yang benar, beliau digesa untuk menyaman WSJ berhubung laporan tersebut dan sekiranya didapati bersalah, beliau harus meletak jawatannya.

"Saman WSJ atau kalau didapati bersalah, letak jawatan kerana sekarang bukan pembangkang saja bersuara, dalam parti dia (Najib) pun sudah bersuara.

"Bagi kita, kita mahu perkara ini disiasat secara menyeluruh dan AMK menyeru rakyat Malaysia untuk buat laporan yang sama," katanya. 


Mangkuk, cawan melayang di majlis Kit Siang

Posted: 05 Jul 2015 04:05 PM PDT

MALAYSIAKINI



 



Satu majlis perjumpaan bersama DAP di sebuah kedai kopi di Masai, Johor bertukar kecoh apabila diserang sekumpulan orang yang mahu menghalang Lim Kit Siang berucap.

Sejurus selepas acara bermula kira-kira jam 2 petang, kira-kira 50 orang menyerbu masuk ke premis berkenaan dan mula membaling beberapa objek, termasuk cawan, mangkuk plastik dan penyapu ke arah Lim.

Saksi berkata, Lim tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi nasib tidak begitu baik untuk beberapa individu yang melindungi Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Katanya, kumpulan yang menyerbu kedai itu juga menjerit pelbagai kata-kata, seperti "Balik Kit Siang", "babi", "komunis" dan "mampus".

Ada beberapa anggota polis di tempat kejadian tetapi didakwa mereka gagal mengawal keadaan.

Kekecohan itu hanya berakhir kira-kira 30 minit kemudian selepas penganjur majlis mengiringi Lim meninggalkan lokasi berkenaan.

Pada asalnya, majlis itu adalah sesi dialog DAP dengan komuniti Sabah dan Sarawak di Johor.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang turut hadir di situ berkata, dia mengenali sebahagian daripada orang yang menimbulkan kekecohan itu adalah pemimpin Umno Pasir Gudang.


 

LZS kikis persepsi agihan zakat bermasalah

Posted: 05 Jul 2015 03:50 PM PDT


 LZS kikis persepsi agihan zakat bermasalah
Hussin Mohd Ali (kanan) menyampaikan bantuan hari raya kepada salah seorang asnaf yang mendiami Pusat Jagaan Warga Emas Baitul Mawaddah di Jalan Kebun, Shah Alam, semalam. Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
 
 
SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) berasa kesal apabila karikatur yang memaparkan pusat zakat di negara ini begitu lemah dalam pengagihan zakat itu sedikit telah mencalarkan imej baik institusi Islam itu.
 
Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Hussin Mohd Ali berkata perkara itu sebaliknya tidak berlaku khususnya di Selangor apabila golongan asnaf itu bukan sahaja datang meminta bantuan zakat bahkan mereka terus dijejaki petugas mereka.
 
"Setiap kali bulan Ramadan, akan kecoh di media sosial tentang peranan zakat dan bagaimana wang zakat tidak diagih dan bagaimana karikatur menunjukkan bangunan tinggi, kaunter hebat tetapi dari segi pengagihannya amat menyedihkan sampai asnaf yang fakir itu tidak tahu nak ke mana.
 
"Saya ingin beri jaminan bahawa kami amat berbeza di LZS. Kami mempunyai lebih kurang 49 eksekutif zakat di seluruh Selangor, yang dibahagi kepada sembilan daerah yang mengendalikan lebih 1,400 keluarga ansaf fakir miskin yang melibatkan anak-anak mereka dari peringkat sekolah tadika sampai ke pusat pengajian tinggi, semuanya kita beri perhatian," katanya pada majlis Iftar Media dan Blogger di Pusat Jagaan Warga Emas, Baitul Mawaddah Zakat Selangor di Jalan Kebun, di sini, semalam.
 
Dalam pada itu, Hussin juga berkata, anak-anak golongan asnaf ini bukan sahaja dibantu dari segi kos pendidikan bahkan mereka yang cemerlang turut diberikan sagu hati untuk menggalakkan mereka terus berjaya hingga ke menara gading.
 
"Mana-mana anak asnaf yang berjaya di pusat pengajian tinggi, kita bagi setiap seorang notebook untuk memudahkan urusan pembelajaran mereka di pusat pengajian tinggi," ujarnya.
 
Dalam pada itu, katanya lagi, dalam memastikan agihan zakat itu lebih berkesan, pihak telah mewujudkan Kompleks Perlindungan Warga Emas Baitul Mawaddah bukan sahaja sebagai tempat perlindungan bahkan menjadi pusat pembangunan dan pengurusan warga emas dari asnaf fakir dan miskin di Selangor.
 
"Seiring dengan keperluannya, LZS mengambil inisiatif mewujudkan sebuah pusat jagaan yang lebih teratur, bersistematik dan mempunyai prasarana yang lebih sempurna kepada kemudahan penghuni.
 
"Selain memberi keperluan harian, tempat tinggal dan juga pemantauan kesihatan, pusat jagaan kelolaan LZS itu turut menitikberatkan perkembangan sahsiah diri penghuni," jelasnya.
 
Pada masa ini, Baitul Mawaddah mampu menampung penghuni seramai 52 orang, dan kini menempatkan seramai 31 penghuni iaitu seramai 15 lelaki manakala 16 wanita berusia 60 tahun dan ke atas.
 
Antara aktiviti yang disediakan kepada asnaf ialah aktiviti keagamaan dan pendidikan, latihan dan kursus, rekreasi, sukan, terapi dan pemulihan, fisioterapi, khidmat sosial, serta kesihatan.
 
 

Azraai tidak mahu jadi kambing hitam

Posted: 05 Jul 2015 03:46 PM PDT

Mohd Azraai Khor Abdullah
Mohd Azraai Khor
 
 
 
"SAYA dah tak larat dan letih dengan campur tangan 'tangan ghaib', demikian reaksi Mohd Azraai Khor Abdullah berhubung peletakan jawatannya selaku jurulatih Kelantan.

Mohd Azraai Khor meletak jawatan, kurang 24 jam selepas Kelantan dibelasah Lions XII, 3-0, semalam.

Bagaimanapun Mohd Azraai Khor menjelaskan, dia belum letak jawatan secara bertulis kerana Pejabat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak beroperasi hari ini kerana cuti umum sempena Nuzul Quran.

Katanya, dia sudah memaklumkan peletakan jawatannya secara lisan dan menggunakan aplikasi WhatsApp kepada Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa serta beberapa orang pegawai Kafa.

"Saya maklumkan peletakan jawatan secara lisan dan WhatsApp selepas Kelantan tewas 3-0 ke atas Lions XII di Stadium Jalan Besar

"Cuma saya belum hantar surat kerana pejabat Kafa tutup hari ini.," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Mengulas tidakan peletakkan jawatannya itu, Mohd Azraai Khor menjelaskan dia tidak mahu dijadikan kambing hitam andai terus mengemudi The Red Worriors (TRW) dengan campur tangan 'orang luar'.

"Tugas saya adalah sebagai seorang jurulatih tetapi 'orang luar' mengganggu tugas saya.

"Sebelum ini ketika saya di Brazil, saya ditawarkan jawatan jurulatih. Jadi sebelum perkara lebih buruk berlaku baik saya undur diri," katanya.

Menjawab persoalan apa yang akan dilakukannya selepas ini, bekas juulatih Kedah dan Perak itu menjelaskan dia ingin berehat.

"Lagipun raya semakin dekat," katanya.

Peletakan jawatan Mohd Azraai Khor itu sekali lagi menyaksikan Kelantan berdepan kesulitan untuk mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Mohd Azraai Khor sebelum ini dilantik sebagi jurulatih TRW, mengambil alih tugas daripada George Boateng, sejak 24 Mac lalu.

Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors Kota Bharu (TRW KB), Mohd Zaini Mohd Zain ketika dihubungi memberitahu, dia sudah menjangka perkara itu akan berlaku.

"Apa keadaan sekalipun, kita perlu hormati pendiriannya jika itulah keputusan dibuat jurulatih itu. Mungkin ini adalah jalan terbaik untuk Kelantan dan Mohd Azraai Khor sendiri sebenarnya cukup sayang terhadap pasukan ini," katanya.


Angin kencang barat daya dijangka berterusan

Posted: 05 Jul 2015 03:43 PM PDT

SINAR HARIAN


Jabatan Meteorologi Malaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia
 
 
KUALA LUMPUR - Angin kencang Barat Daya yang berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Miri), Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, dijangka berterusan sehingga Rabu ini.
  
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata keadaan itu menyebabkan angin berkelajuan antara 40 hingga 60km sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m.
  
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti laut dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.
  
Kenyataan itu menyebut situasi yang sama juga berlaku di perairan Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu. - Bernama


Lelaki bergambar bogel di Gunung Irau

Posted: 05 Jul 2015 03:41 PM PDT

Lelaki bergambar bogel di Gunung Irau
Foto yang tersebar di laman sosial
 
 
SHAH ALAM - Sekeping foto yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai berbogel di  Gunung Irau, Cameron Highland tersebar dan mengudang kecaman di laman sosial.

Foto tersebut memaparkan seorang lelaki berkaca mata bergambar dengan berlatarbelakang Jalur Gemilang dan papan tanda yang tertulis 'Welcome to Gunung Irau 2110 m.a.p.l dan Brinchang 2.35KM'.

Lelaki itu juga dilihat menutup bahagian sulitnya dengan papan tanda dengan tulisan Gunung Irau.

Bagaimanapun kewarganegaraan lelaki terbabit tidak dapat dipastikan.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa pendaki pelancong warga asing berbogel di puncak Gunung Kinabalu sebaik berjaya tiba di puncak pada pagi 30 Mei lepas.

Insiden itu membangkitkan kemarahan dalam kalangan masyarakat di Sabah, khususnya penduduk tempatan Kundasang kerana pelancong itu tidak menghormati adat resam tempatan.


Tiada ulasan: