Sabtu, 25 Julai 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


'Saya hanya berhijrah', jawab Siti Mariah

Posted: 25 Jul 2015 06:02 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud
Dr Siti Mariah Mahmud
 
 
Desas-desus khabar angin mengatakan Ahli Parlimen Kota Raja, DR SITI MARIAH MAHMUD sudah keluar dari Pas bertiup kencang apabila namanya disebut-sebut antara wakil rakyat yang menyertai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) sekali gus meninggalkan parti yang disertainya sejak 22 tahun lalu. Ikuti wawancara bersama beliau.

Benarkah YB sudah lompat parti dan mengubah angin dalam perjuangan parti lain?

Saya bukan lompat parti, tetapi saya berhijrah ke parti yang benar-benar ingin perjuangkan Islam. Saya juga masih ahli Pas, bahkan hingga ke hari ini, saya belum terima sebarang surat pemecatan daripada pucuk pimpinan tertinggi Pas.

Saya memang sudah bergerak dalam Harapan Baru namun Harapan Baru belum terbentuk sebagai parti baharu...ia belum diluluskan sebagai sebuah parti malah saya sendiri masih bertanya ia diluluskan atau tidak.

Adalah kurang bijak bila ada orang bercakap yang saya sudah masuk parti baharu. Rumah pun belum siap...bagaimana saya nak pindah ke rumah baharu.

Apakah yang menyebabkan YB menyertai Harapan Baru?

Saya meneruskan hijrah ke Harapan Baru kerana ingin bawa isu semasa negara seperti isu 1MDB dan isu-isu politik yang sedang menghimpit rakyat. Harapan Baru lebih ke arah untuk membentuk parti Islam alternatif selain Pas dan kita nak hasilkan yang lebih eksklusif serta terbuka kepada semua kaum.

Alternatif yang saya maksudkan ini merujuk kepada sebelum ini di mana hubungan dalam PR terdiri parti Islam Pas-DAP-PKR begitu erat namun sejak hubungan Pas dan DAP terputus melalui muktamar dan seperti yang diputuskan Majlis Syura, nampak sangat Pas sudah tidak mahu bekerjasama dengan DAP lagi.

Jadi berlaku kelompangan dalam PR. Bagaimana kita hendak hadapi PRU14 bila Pas tidak mahu lagi bekerjasama dengan DAP? Di negeri pantai barat penerimaan kepada Pas agak berbeza dengan di Kelantan, jadi kita berhasrat hendak mengisi kelompangan itu. Rata-rata pengundi di sana marah, mereka bukan undi Pas semata-mata tetapi undi PR.

Apabila Harapan Baru akan bertukar menjadi sebuah parti, adakah YB akan mengisytiharkan keluar dari Pas?

Ya, secara jujurnya saya akan umum keluar dari Pas, hipokritlah saya bila Harapan Baru jadi parti, saya hanya suruh orang lain sertai sedangkan saya sendiri tak sertainya. Di sini saya nak jelaskan saya bukan lompat parti tetapi saya hendak teruskan perjuangan Islam dalam parti baharu yang lebih mesra, dan meletakkan Aulawiyat (keutamaaan) dalam perjuangan.

Adakah selama ini Pas tidak memperjuangkan Islam?

Saya akui Pas memperjuangkan Islam, namun sejak kebelakangan ini perjuangan mereka sudah tidak sama seperti dahulu...saya akan berikan penjelasan melalui risalah berkenaan perbezaan perjuangan itu agar rakyat lebih faham dan jelas kenapa saya mahu bersama dengan Harapan Baru.

Kita boleh lihat di Indonesia, berapa banyak parti Islam. Kita harus faham parti Islam bukan hak eksklusif. Bila PR berpecah susah untuk dapat sokongan daripada orang bukan Islam walhal kita berjuang sudah lama untuk sampai ke tahap sekarang bersama bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Apakah yang membezakan Pas dengan Harapan Baru?

Pas adalah wadah perjuangan Islam bukan matlamat, ia berbeza. Saya bukan hendak memperkecilkan peranan Pas...saya sayang pada Pas tetapi saya lebih sayangkan Islam.

Sekarang bila saya berkawan dengan orang bukan Muslim, saya boleh bercerita kepada mereka tentang malam lailatul qadar...dalam Harapan Baru kami akan perjelaskan perkara yang kurang jelas berkenaan Islam kepada orang bukan Islam. Ia pendekatan yang berbeza.

Apa pandangan YB apabila orang mentafsirkan Harapan Baru ditubuhkan untuk menentang Pas ekoran kekalahan beberapa pemimpin dalam pemilihan lalu?

Harapan Baru bukan hendak lawan Pas, sebenarnya kita kesal apabila dalam Pas, pendapat orang lain tidak boleh diterima pakai sedangkan hanya pendapat ulamak yang boleh diterima sampai kita lupa yang negara kita ada ustaz dan mufti.

Sejak kebelakangan ini, sikap itu sudah menjadi satu ketaksuban di kalangan ahli dan pemimpin Pas, saya nak katakan orang Pas memang 'advance' dalam siasah. Perbezaan dua aliran pemikiran iaitu ulamak dan profesional susah untuk dicantum semula walaupun pelbagai pendekatan sudah digunakan.

Sejak bila perpecahan dalam Pas berlaku?

Bukan perpecahan tetapi perbezaan pendapat itu bermula sudah lama dan ia lebih ketara pada PRU13 lalu yang mana berlaku perselisihan faham dalam pembahagian kerusi, isu Menteri Besar Selangor dan isu hudud. Di situ sudah nampak simptom atau gejala luaran, namun dari segi dalaman ramai orang tak tahu yang di dalam Pas memang tidak ada persefahaman.


Adun Selat Klang kekal bersama PAS

Posted: 25 Jul 2015 05:57 AM PDT



Oleh YB DR HALIMAH ALI


Berita sensasi sentiasa dinanti
Ribut politik yang melanda negara seolah memberi kesan agak besar kepada warga Malaysia tidak terkecuali Selangor. Barisan Nasional teruk dibelasah kerana masalah tadbir kelola negara yang mengundang seribu satu macam persoalan daripada rakyat negara samada daripada lawan BN daripada parti PAS, PKR dan DAP yang sebelum ini dikenali sebagai Pakatan Rakyat, bahkan ahli Umno BN sendiri terasa tertipu oleh tingkah laku dan tindakan peneraju kerajaan di Putrajaya.

Saya yakin majoriti rakyat yang waras mahu urus tadbir yang baik, berprinsip, amanah dan mampu menjaga maslahah rakyat dan melindungi mereka daripada kemalaratan hidup dan mencegah mafsadah dalam masyarakat Malaysia. Apa jua kecenderungan politik mereka, naluri manusia akan mahu kebaikan untuk diri, keluarga dan masyarakat sekeliling bahkan alam sekitar. Habis kenapa ribut melanda negara?

Orang politik semua faham pilihanraya negeri Sarawak bakal menjelma. Semua parti berhajat besar. Ada yang sudah menunjuk prestasi yang agak baik sudah tentu bermati-matian mahu mengekalkan kejayaan tersebut. Rasionalnya mereka mahu kejayaan lagi besar dan pengaruh meluas dan mendalam. Samada di kalangan komponen parti BN mahupun DAP dan PKR. PAS ada bertanding tetapi belum memenangi sebarang kerusi. Maka, pada hemat saya adalah logik apabila ketua-ketua parti politik ini berpencak dan berkungfu untuk meraih sokongan sebesar mungkin. Golongan media tidak gemar menyiarkan berita orang berbaik-baik dan saling berkasih sayang kerana kurang jumlah yang mahu membaca berita 'boring' dan tidak ada 'kick' seperti itu.

Daripada strategi pemasaran, pihak media memerlukan berita yang 'panas' dan sensasi. Barulah akhbar mereka cepat laku seperti goreng pisang!!

Maka, adalah tidak menghairankan sekiranya tajuk seperti yang pilih di atas, Dr Halimah kekal bersama PAS bukan pilihan media! Itu resam dunia media. Bagi rakyat jelata , kita perlu faham rentak itu. Kita mesti kenal muzik itu. Apatah lagi kalau kita pemimpin! Boleh jahanam masyarakat dan organisasi yang kita pimpin sekiranya fakta asas mengenai punca kawalan atau pengaruh media kepada emosi dan tindakan yang terhasil daripada persepsi yang salah atau kurang tepat atau hanya sekerat separuh.
Emosi yang berpotensi untuk mempengaruh seseorang membeli surat khabar adalah biasa emosi yang negatif seperti marah, sedih, tidak puas hati sebab rasa tertipu atau kerisauan.

Itu baru cerita media cetak dan formal. Media baru dengan kepantasan tekonologi viral, juga menggunakan rasional yang sama. Untuk sesebuah berita di panjangkan secara meluas dengan pantas melalui hujung jari ia mesti bercirikan yang 'gempar' dan boleh 'menggempabumikan' media siber di kalangan seramai mungkin rakan taulan, friends fb, instagram, website, telegram dan lain-lain. Bercirikan 'hot and spicy'!

NEWS BREAKING

Pengalaman Peribadi Mutakhir.

Pra-muktamar PAS ke-61, dengan ribut dalam cangkir PAS yang melahirkan NGO Pasma, nama saya tersenarai dalamnya walaupun saya tidak ada kaitan langsung dengan Pasma.

Hari kedua raya, 2 Syawal 1436H, berita hangat bahawa saya akan keluar PAS 31 Ogos bersama rakan-rakan lain tersebar luas. Penafian saya dimuatkan dalam Harakahdaily. Terima kasih Harakahdaily!

Terkini saya difahamkan sebuah akhbar Cina, Orientaldaily memaparkan gambar 5 Adun PAS Selangor akan keluar PAS untuk masuk GHB Selangor, di antaranya ialah Adun Meru, Adun Sri Serdang selain daripada 2 Adun PAS yang digantung keahlian kerana membelakangkan parti, disiplin parti. Orang yang ke-5 adalah saya, Adun Selat Klang!

Saya difahamkan rakan sejawat saya, YB Dr Rani dan YB Noor Hanim telah menyangkal dakwaan tersebut di media massa. Saya ingin menegaskan di sini bahawa kami menyertai PAS bukan 'ikut-ikut' trend atau orang tetapi dengan kefahaman yang jelas mengenai misi perjuangan kami.

Secara peribadi, saya mengakui memang ada kelemahan dan kesilapan dalam PAS. Ia berlaku dalam proses mencapaikan misi perjuangan. Ia bersifat faktor manusiawi. Telah ditegur dan akan terus ditegur kerana tiada pemimpin PAS yang maksum. Saya melihat fenomena yang berlaku mutakhir ini sedikit sebanyak mentarbiyahkan langsung 'hands on' sebagai mata rantai perjuangan murni rahmat lil 'alamin Rasulullah s.a.w. Belum sempurna? Ya. Belum.

Namun landasan perjuangan dalam PAS adalah jelas, telah teruji 6 dekad. Andaikata, PAS sudah 'hit rockbottom' maka the only way is to go up insya Allah! Buang ego, buang superiority complex. Balik ke 'drawing board'.

PAS berupaya meyakinkan Islam yang syumul yang tujuannya adalah menjaga kepentingan ummah termasuk ekonomi, sosial, keselamatan, keadilan semua kaum, semua bangsa, semua keturunan bahkan semua agama. PAS FOR ALL adalah realiti yang boleh dicapai sekiranya 'critical pathway to success' di rencana dan dipraktikkan secara membumi hingga diyakini dan insya Allah diterima oleh semua lapisan masyarakat yang amat memerlukan penyelamat Malaysia sekarang ini.

Wallahu a'lam

YB DR HALIMAH ALI Adun Selat Klang

Profesor Case memerli Najib

Posted: 25 Jul 2015 05:50 AM PDT

Adam A Kadir
Adam A Kadir
 
 
SINISME ialah satu seni bercakap, menulis dan menutur dengan bahasa badan (body language). Contohnya: Satu: Halim berkata: "Kawan kita Mat ini dah banyak duit… duit jatuh dari langit!" Untuk tidak berpanjangan, Mat menjawab, "Yalah tu."

Dua: "Prestasi pasukan Malaysia adalah paling mengagumkan. Dulu kalah 2-0 dengan Thailand. Malam tadi kalah 5-0. Satu potensi cemerlang bagi pasukan Malaysia," sebuah akhbar menulis di halaman sukannya.

Tiga: Dia membisu, tetapi memberikan senyuman sinis (bibirnya senget dan keningnya terangkat).

Itulah tiga jenis sinisme. Baru-baru ini seorang pensyarah bernama William Case di City Unversity Hong Kong telah mempamerkan satu sinisme yang bukan kepalang dalam rancangan Squawk Box di saluran TV CNBC.

Beliau tidak menafikan kata-kata hos rancangan itu bahawa 700 juta dolar dimasukkan ke dalam akaun Najib, dengan menambah bahawa wang itu ialah untuk perbelanjaan pilihan raya 2013.

Selepas itu akaun itu ditutup. Tidak boleh dinafikan juga wujudnya skandal 1MDB dan pembelian kapal selam, tetapi itu semuanya tidak menjadi apa-apa selagi Najib mendapat sokongan daripada keahlian Umno. Pun begitu, memang Umno ialah parti penaung.

Katanya, orang masuk Umno bukan saja untuk menjadi ahli tetapi juga untuk untuk mengisi saku mereka. Begitulah keadaannya sejak Umno berkuasa dari tahun merdeka 1957. Case dapati tidak siapa yang boleh menggantikan Najib di Malaysia.

Dia bergaya, bertokoh antarabangsa dan sofistikated. Dia banyak duit untuk berlawan dalam pilihan raya. Beliau tidak nampak Najib tergugat dan akan hilang jawatannya dalam masa yang boleh dijangkakan.

Cuba sisihkan antara fakta dan kesimpulan di atas, dan kita akan dapati bahawa fakta yang terdedah itu bukan sesuatu yang boleh membantu dalam pertimbangan etika, peraturan dan undang-undang – tentunya bukan satu perakuan baik untuk Najib. Malang sekali!

Case mengiakan perkara-perkara yang negatif tetapi membuat kesimpulan seolah-olah ia positif. Soal ganti-mengganti PM bukan seperti yang diwajarkan beliau. Perbilangan Melayu 'patah tumbuh hilang berganti' sentiasa bermain di bibir, seperti juga 'nobody is indispensable' dalam bahasa Inggeris. Malaysia tidak runtuh apabila Tun Razak digantikan oleh Tun Hussein Onn walaupun perbezaan rekod kewibawaan, prestasi dan pengalaman antara mereka berdua begitu ketara sekali.  

Meskipun diucapkan dengan wajah bersahaja, namun Case menggunakan sinisme yang paling halus dan tinggi. Dipercayai Bank Negara Malaysia (BNM) menjalankan tanggungjawabnya mengesan kemasukan wang 700 juta dolar itu, tetapi menjadi tanggungjawabnya juga untuk mengetahui dari mana wang itu datang; dan apakah ia sudah dibersihkan.

Sebagai profesor di Pusat Penyelidikan Asia Tenggara di universiti itu, tugasnya yang utama ialah menyelidik segala aspek pergerakan wang itu. Apa, kenapa, bagaimana? Kerja menyelidik ialah tugasnya 100 peratus. Kurang daripada itu, beliau kandas dalam tugasnya.

Dan jika beliau hanya bertutur untuk dunia berdasarkan pandangan kulit-kulitan, maka beliau sayugia dimasukkan dalam kategori profesor yang medioker. Justeru, beliau tidak boleh menolong Najib sewajarnya.

Bayangkan kalau kata-kata beliau itu diucapkan untuk audiens di AS dan UK. Tidakkah ia menjadi sesuatu yang dimomokkan? Berkemungkinan besar pula beliau didapati tidak layak untuk mendapat liputan begitu di sana.

Rata-rata profesor terkemuka di AS dan UK ditemu bual di TV perdana terdiri daripada mereka yang berwibawa dan menjadi ahli fakulti di universiti-universiti cemerlang, antaranya Harvard, Columbia dan Cornell di AS atau Cambridge, Oxford dan University of London di UK, walaupun berlaku kekecualian.

Mereka enggan untuk berhijrah ke tempat-tempat seperti Hong Kong. Mereka hanya berminat untuk berkunjung dan memberikan syarahan di sana untuk jangka waktu terhad saja. Saya lebih cenderung untuk berkata bahawa Case sengaja menempelak (insult) kecerdikan kita dengan menggunakan senjata sinisme.              

* Tan Sri Adam A Kadir mantan Presiden Senat

Amaran keras MIC kepada Palanivel

Posted: 25 Jul 2015 05:44 AM PDT

SINAR HARIAN



G Palanivel
Palanivel
 
 
PUTRAJAYA - MIC tidak akan teragak-agak meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan jawatan Kabinet bekas  presidennya Datuk Seri G Palanivel jika beliau terus bertindak mengelirukan anggota parti, kata Naib Presiden parti, Datuk M Saravanan.
  
Beliau berkata walaupun Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengesahkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu bukan lagi anggota MIC, Palanivel terus menerus bertindak membuat pengumuman mengenai pemilihan semula MIC sehingga mengelirukan anggotanya.
  
Saravanan berkata, MIC juga akan meminta pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk menyatakan pendirian mengenai kedudukan Palanivel.

"Saya nak beritahu dia (Palanivel), MIC buat masa ini tak kacau kedudukan dia sebagai menteri kerana itu adalah bidang kuasa Perdana Menteri tetapi jangan paksa parti buat permintaan supaya beliau digugurkan.

"Selepas pemilihan parti kita akan jumpa dengan Perdana Menteri jika dia terus mengelirukan ahli MIC," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada lebih 300 wanita India pada Majlis Konvokesyen Power Malaysia ke-4, di sini hari ini.
  
Pada 25 Jun lepas, Pemangku Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam memaklumkan bahawa ROS mengesahkan Palanivel hilang keanggotaan MIC secara persendirian (Ipso Facto).
  
Saravanan berkata Palanivel bagaimanapun terus bertindak membuat beberapa pengumuman mengenai pemilihan parti yang bercanggah dengan proses pemilihan yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Sementara 2009 yang diberi mandat untuk melaksanakan pemilihan itu.
  
Palanivel sebelum ini mengumumkan pemilihan presiden parti akan diadakan pada September, manakala Dr Subramaniam pula berkata pemilihan akan diadakan pada Ogos.
  
Pemilihan peringkat cawangan MIC yang sedang dilaksanakan oleh CWC Sementara 2009 menyaksikan pertandingan di 3,195 cawangan parti itu di seluruh negara yang dikatakan memihak kepada Dr Subramaniam.

Bagaimanapun, Palanivel pula dilaporkan berkata sebanyak 2,241 cawangan yang berpihak kepadanya mengambil bahagian dalam pemilihan cawangan pada 9 Julai lepas dan tiada pertandingan bagi mana-mana cawangan.

Krisis parti yang berusia 68 tahun itu tercetus berikutan perbezaan pendapat antara Palanivel dan Dr Subramaniam selepas ROS mengeluarkan notis pada 5 Disember lepas dengan meminta parti itu mengadakan pemilihan semula. - Bernama


Posted: 25 Jul 2015 05:39 AM PDT

Normala Sudirman
NORMALA SUDIRMAN
 
 
AHLI Pas diseru agar terus istiqamah dengan kelangsungan perjuangan walaupun cabaran yang mendatang dalam menongkah arus perjuangan semakin hebat.
 
Di saat 'sinar kemenangan' di hadapan mata , janganlah ada yang tidak sabar dan bersifat gopoh hingga 'menebuk' bahtera kerana tidak yakin dengan wadah parti Pas yang telah diperjuangkan selama 60 tahun lamanya.
 
Saya ingin melahirkan rasa sedih dan dukacita atas tindakan segelintir pimpinan tertinggi parti sesi 2013-2015 yang kini menggerakkan usaha ke arah penubuhan Harapan Baru meskipun, masih bergelar ahli Pas dan AJK Pas di peringkat cawangan, kawasan, negeri atau pusat.
 
Ada sebahagian daripada mereka merupakan 'idola' saya dalam perjuangan tetapi keputusan mereka berpindah ke wadah parti baharu dan meninggalkan Pas tidak akan saya turuti. 
 
Walaupun begitu, keputusan mereka saya hormati kerana itu hak masing -masing walaupun jauh di sudut hati, saya cukup kecewa.
 
Berundurlah secara terhormat dan meletakkan jawatan secara berprosedur tanpa menunggu penajaan  parti baharu diluluskan oleh ROS.
 
Bagi ahli Pas di Negeri Johor khususnya, saya ingin beri ingatan agar jangan menjadi 'gunting dalam lipatan' dengan menarik ahli keluar parti dengan menggunakan jawatan yang diamanahkan dalam muktamar, dalam pada masa yang sama masih kekal sebagai ahli Pas. 
 
Itu sikap hipokrit dan sikap tidak berintegriti dalam parti.
 
Adalah lebih baik, berundur secara baik secepat mungkin supaya segala gerakerja Pas tidak direncatkan dengan sikap segelintir dari mereka yang tidak bertanggungjawab.
 
Saya juga ingin melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir pemimpin tertinggi negeri dalam parti yang menggunakan aplikasi WhatsApp AJK Parti Pas, dengan menyebarkan maklumat tentang kewujudan parti baru untuk mempengaruhi pemikiran dan pendirian YDP dan Ketua Muslimat Kawasan, agar berpindah ke wadah parti baru.
 
Ada juga mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan sehingga menjejaskan matlamat whatsApp rasmi parti itu diwujudkan.
 
Kemungkinan juga suatu 'Muktamar Khas' bakal berlaku sekiranya sebahagian besar AJK  Dewan Muslimat Negeri Johor dan Dewan Pemuda Pas Johor meletak jawatan beramai-ramai untuk berpindah ke parti baharu.
 
Seboleh-bolehnya kita tidak mahu situasi ini berlaku . Apa pun, kita akan bersedia atas segala kemungkinan. 
 
Penulis ialah AJK Dewan Muslimat Pas
 

Polis siasat kes adik Almy Nadia dipukul

Posted: 25 Jul 2015 05:35 AM PDT

SINAR HARIANAlmy Nadia
Almy Nadia
 
 
GEORGETOWN - Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian melibatkan seorang pelajar Tingkatan Satu bersama 16 rakannya yang didakwa dipukul pelajar senior di sebuah sekolah menengah di Jalan Masjid Negeri, di sini. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata kes membabitkan adik lelaki kepada seorang pelakon wanita itu disiasat menurut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

"Kes itu berlaku di asrama sekolah berkenaan pada Rabu malam selepas mangsa dan rakan-rakannya yang baru balik membeli makanan berikutan lapar dimarahi sekumpulan pelajar Tingkatan Lima.

"Pelajar-pelajar Tingkatan Satu berkenaan mendakwa selain dimarah kerana keluar daripada asrama tanpa kebenaran, mereka turut dipukul sehingga lebam di beberapa bahagian badan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata sebaik menerima laporan daripada seorang ibu mangsa, pihaknya memulakan siasatan termasuk mendapatkan laporan kesihatan pelajar-pelajar terbabit.

Mior Faridalatrash berkata polis telah mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kejadian berkenaan dan semua pelajar termasuk mangsa yang dicedera akan dipanggil Isnin ini, untuk direkodkan keterangan.

Katanya polis juga telah berhubung dengan sekolah berkenaan dan pihak sekolah berjanji akan memberi kerjasama bagi membantu siasatan kes itu.

"Berdasarkan siasatan awal, empat pelajar senior yang tinggal di asrama berkenaan dipercayai terlibat dalam kejadian pukul itu," katanya.

Sementara itu, pelakon Almy Nadia menerusi laman sosial Instagram miliknya memuat naik status mendakwa adiknya yang tinggal di asrama sebuah sekolah menengah di Jalan Masjid Negeri di sini, dipukul dalam kejadian pada Rabu malam lepas.

Almy Nadia atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah berkata kejadian itu berlaku selepas adiknya bersama 16 pelajar lain keluar dari kawasan asrama sekolah berkenaan pada waktu malam kerana lapar.

"Kemudian semua pelajar terbabit termasuk adik saya dipukul oleh pelajar senior sekolah berkenaan namun antara mereka semua yang dipukul itu, adik saya yang paling teruk sekali," katanya.

Almy Nadia mendakwa adik lelakinya itu dipukul oleh empat pelajar senior sedangkan yang lain dipukul oleh seorang pelajar senior.

"Sebaik dimaklumkan berhubung kejadian ini, ibu saya bergegas ke sekolah terbabit untuk mengambil adik saya sebelum membawanya ke hospital," katanya menerusi laman sosial berkenaan.

Beliau berkata keluarganya turut membuat laporan polis dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap kes tersebut. - Bernama


Hak milik tanah ditarik balik jika ada pokok ketum – MB Perlis

Posted: 25 Jul 2015 04:38 AM PDT

BERNAMA

 

DSC_2508
Syarat baharu itu diluluskan baru-baru ini dan dikuatkuasakan serta-merta sebagai langkah tegas untuk membendung kegiatan menanam pokok ketum.



KANGAR, Kerajaan Perlis mensyaratkan pemberian hak milik tanah atau geran akan ditarik balik sekiranya pemilik menanam pokok ketum, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.


Menurut beliau syarat baharu itu diluluskan baru-baru ini dan dikuatkuasakan serta-merta sebagai langkah tegas untuk membendung kegiatan menanam pokok ketum.

Bercakap kepada pemberita selepas jamuan Aidilfitri Kerajaan Negeri di Dewan 2020 di sini hari ini, beliau berkata kerajaan negeri memandang serius penagihan air ketum dalam kalangan golongan muda dan pelajar sekolah.

Azlan berkata, kerajaan negeri menerima kira-kira 5,000 permohonan daripada rakyat Perlis untuk mendapat hak milik tanah kerajaan yang mereka usahakan pada masa ini.

Katanya, mulai sekarang setiap permohonan untuk mendapatkan geran akan disiasat dan dipastikan terlebih dahulu tiada pokok ketum ditanam di tanah yang diusahakan itu.

Kerajaan negeri juga akan memastikan setiap pemohon yang membuat permohonan tanah kerajaan tidak memiliki tanah di tempat lain dan mereka yang benar-benar tidak mempunyai tanah sahaja layak menerimanya, kata Azlan.

Ketua Polis Perlis SAC Shafie Ismail yang ditemui pada majlis itu mengalu-alukan syarat baharu kerajaan negeri dan wajar bagi membendung penanaman pokok ketum.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke majlis itu yang dihadiri kira-kira 10,000 rakyat Perlis.

Tuanku Tengku Fauziah berkenan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak dan anak-anak yatim daripada beberapa buah rumah amal di negeri ini.

Gelagat penyokong MU menari di khalayak penyokong Liverpool

Posted: 25 Jul 2015 04:31 AM PDT

NORAIZURA AHMAD

 

MU

Dalam video yang berdurasi 1.38 minit itu, pelbagai aksi tarian yang dilakukan lelaki itu termasuk turun dan naik tangga seolah-olah mengejek penyokong Liverpool.



KUALA LUMPUR, Perlawanan persahabatan antara kelab Liga Perdana Inggeris Liverpool dan Pilihan Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil semalam bertambah meriah dengan aksi berani seorang penyokong Manchester United (MU) pada perlawanan itu.


Dalam video yang dimuat naik dalam portal TheVocket hari ini, seorang lelaki yang mengenakan jersi pasukan MU dicemuh selepas tindakan beraninya menari di hadapan ribuan penyokong Liverpool.

Walaupun menerima teriakan 'boo', namun lelaki yang mengenakan fon kepala tidak mengendahkan tindakan orang ramai dan meneruskan tariannya.

Aksi tarian lelaki itu dihentikan oleh seorang lelaki yang memberikan mafla kepadanya.

Penyokong Liverpool itu mengarahkannya duduk sebelum memakaikan mafla di lehernya sekaligus menutup lambang MU.

Lelaki yang tidak dikenali identitinya itu menerima mafla dan menunjukkan ibu jari sebagai tanda baik selepas diarahkan duduk oleh penyokong Liverpool.

Tindakan penyokong Liverpool itu menerima tepukan orang ramai dan tumpuan kembali kepada permainan bola sepak.

Dalam video yang berdurasi 1.38 minit itu, pelbagai aksi tarian yang dilakukan lelaki itu termasuk turun dan naik tangga seolah-olah mengejek penyokong Liverpool.
Pautan video:

Bekas MB Terengganu nafi isytihar keluar BN

Posted: 25 Jul 2015 04:28 AM PDT

BERNAMA

 

AHMAD SAID
Bekas Menteri Besar Terengganu yang juga ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said hari ini menafikan beliau akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang hangat diperkatakan di media sosial. - Foto Bernama



KEMAMAN, Bekas Menteri Besar Terengganu yang juga ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said hari ini menafikan beliau akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang hangat diperkatakan di media sosial.


Ahmad ketika ditemui di majlis rumah sambutan hari raya di rumahnya di Telok Kalong di sini berkata kalau beliau mahu meninggalkan BN ia pastinya telah dibuat setahun yang lalu.

"Saya masih bersama BN dan masih lagi ADUN Kijal, siapa yang sebarkan berita saya keluar BN… apapun keputusan tunggu pada Perhimpunan Agung UMNO nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Said diganti oleh Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang mengangkat sumpah sebagai menteri besar baharu Terengganu pada 12 Mei 2014.

Penggantungan The Edge rosakkan imej Malaysia – Wan Azizah

Posted: 25 Jul 2015 04:24 AM PDT

SARAH M.KHIR

 

WAN AZIZAH
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung penerbitan itu kerana kedua-dua akhbar tersebut menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai media. - Foto TRP/Mokhsin Zamani



KUALA LUMPUR, Serangan terkini terhadap kebebasan bersuara dan media dilihat akan merosakkan lagi imej Malaysia di mata dunia.


Perkara itu dinyatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merujuk kepada penggantungan penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily.

Katanya, tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung penerbitan itu kerana kedua-dua akhbar tersebut menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai media.

"Serangan terkini ini adalah rentetan dari banyak lagi serangan ke atas media di Malaysia, stesen radio dan laman berita online telah diberi amaran, dan wartawan juga telah ditangkap dan disiasat di bawah Akta Hasutan.

"Jangan kita lupa betapa ramai lagi ahli-ahli politik, aktivis, malah juga kartunis yang sedang dihadap ke mahkamah di bawah Akta Hasutan hanya kerana mereka berani bersuara," katanya dalam kenyataan.

Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata penggantungan itu membuktikan bahawa pentabiran negara yang ala-ala kuku besi kelihatan seperti bukan sahaja takut kepada kebenaran.

Malah katanya ia boleh disifatkan seolah-olah pemerintah negara begitu takut kepada rakyat yang berani mempersoalkan kewibawaan kerajaan.

"Apakah hari ini kita di berada di tepi jurang yang terbina akibat dekad-dekad keangkuhan, rasuah dan keruntuhan sistemik asas demokrasi dan kedaulatan undang-undang?" soalnya.

Katanya meskipun kerajaan mampu melakukan apa sahaja namun beliau terus menyeru rakyat Malaysia supaya bangkit untuk membina negara yang lebih baik.

"Inilah satu-satunya Malaysia yang kita ada. Ketepikan perbezaan dan marilah kita sama-sama bangkit untuk menyelamatkannya.

"Ada pihak-pihak yang mahu memecahbelahkan kita, yang mahu kita berhenti berusaha. Namun kita tidak akan menyerah kalah. Kita akan bangkit untuk membina sebuah Malaysia yang lebih baik bersama," ujarnya.

Terdahulu, KDN menjelaskan tiga sebab penggantungan permit penerbitan akhbar harian The Edge dan The Edge Financial Daily untuk tempoh tiga bulan bermula 27 Julai ini.

Sebab pertama adalah tajuk dan cara pelaporan serta pemberitaan kedua-dua penerbitannya menimbulkan persoalan dan persepsi negatif kepada masyarakat terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang seterusnya berkait dengan kerajaan dan kepimpinan negara.

Alasan kedua adalah merujuk kepada laporan yang diterbitkan turut bersumberkan maklumat yang diragukan dan belum ditentukan kesahihannya, yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai dan boleh/mungkin memberi kemudaratan kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara.

Sebab ketiga adalah mengenai isu berkaitan 1MDB ini sedang disiasat oleh pasukan penyiasat yang telah ditubuhkan. Oleh itu, adalah tidak wajar pemberitaan yang boleh menimbulkan persepsi negatif yang dilakukan secara berterusan dan ia adalah tidak adil kepada syarikat 1MDB seterusnya kepada kerajaan dan kepada kepimpinan negara.

Mampukah Pakatan 2.0 ke Putrajaya tanpa PAS?

Posted: 24 Jul 2015 11:07 PM PDT



Oleh Abdul Muntaqim Abu Bakar


Baru-baru ini Lim Kit Siang mengumumkan perbincangan berkenaan penubuhan gabungan baru pakatan pembangkang sedang berjalan tanpa melibatkan PAS. Manakala Khalid Samad pula memaklumkan, Gabungan Harapan Baru (GHB) bersedia menggantikan PAS dalam pakatan baru tersebut.

Perkembangan ini sebenarnya tidaklah mengejutkan, melihatkan krisis yang berlaku dalam Pakatan Rakyat dalam tempoh setahun setengah ini. Justeru itu, penubuhan PR 2.0 tidak dapat dielakkan bagi menghadapi PRU-14 yang dijangkakan berlaku dalam tempoh dua tahun ini.

Namun begitu perlu dianalisis adakah PR 2.0 ini mampu untuk ke Putrajaya tanpa PAS? Dalam PRU-13, walaupun selalu dicanangkan PR mendapat 52% undi popular, namun secara tepatnya PR memperoleh undi popular sebanyak 50.9% manakala Barisan Nasional pula mendapat 47.4%. Baki 1.7% undi pula diperoleh parti-parti kecil yang lain dan calon-calon bebas.

Peningkatan undi PR pada PRU-13 berbanding PRU-12 ialah sebanyak 4.1%. Manakala daripada angka itu 50.9% yang diperolehi PR pada 2013, PAS menyumbang sebanyak 14.8% undi. Dalam sejarah PRU di Malaysia, tidak kira sama ada PAS bersendirian ataupun bersama dalam koalisi pembangkang, undi popular PAS hampir sekata, iaitu sekitar 15% (hal ini dianalisis Nazri Noor dalam artikel "PAS, undi tetap, kerusi tidak menentu").

Maka sekiranya dalam PRU-14 nanti berlakunya pertembungan antara BN-PR 2.0-PAS, maka PR 2.0 perlu melihat adakah mereka mampu menuju ke Putrajaya tanpa sokongan sebanyak 15% ini. Mungkin adanya pendapat, PR 2.0 mampu menarik sokongan orang Melayu melalui GHB. Tetapi masih terlalu awal untuk menyatakan demikian. Tambahan pula jangan dilupa dalam Muktamar PAS yang lepas hanya sekitar 20% sokongan yang diberi kepada golongan "progresif".

Mungkin boleh dibuat senario "khayalan" berkenaan apa yang akan berlaku dalam PRU-14 nanti.

Sekiranya PAS secara bersendirian (dalam situasi yang paling teruk) hanya berupaya meraih 10% undi manakala 5% lagi kekal bersama PR 2.0, dan berlaku pula peningkatan undi 4.1% kepada PR 2.0 (sebagaimana lonjakan 2008-2013), maka PR 2.0 hanya berupaya mendapat 45% undi popular sahaja. Keadaan ini sudah tentu menjarakkan lagi peluang PR 2.0 untuk ke Putrajaya berbanding sekarang.
           
Tidak boleh dinafikan, sokongan Islam-Melayu merupakan tunjang kepada politik Malaysia. Dalam PRU-13, rakyat memberikan sokongan kepada PR dengan keyakinan sekiranya PR memerintah negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi perdana menteri dan kuasa politik orang Islam-Melayu tidak tergugat dengan adanya PAS (dan wakil Islam-Melayu PKR) dalam komponen PR.

Tambahan pula dasar bersama PR pada waktu itu menjamin kedudukan hakistimewa orang Melayu, Bahasa Melayu dan raja-raja melayu sebagaimana dalam perlembagaan Malaysia.

Sekiranya PR 2.0 yang bakal dibentuk ini tidak mampu memberikan keyakinan berkenaan aspek tunjang politik Malaysia ini, dibimbangi sokongan daripada pengundi Islam-Melayu tidak akan mampu diraih. Dalam hal ini, untuk melihat GHB mampu mendapat keyakinan masyarakat Islam-Melayu dalam tempoh dua tahun ini amatlah sukar.

Terutamanya mereka terpaksa berhempas pulas menangkis stigma, GHB ini ditubuhkan dengan sokongan DAP, dan sudah tentu sebagai ahli paling "junior" dalam PR 2.0, GHB belum tentu lagi mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan PKR dan DAP.

PR 2.0 juga tidak boleh memandang enteng kehilangan sokongan kekuatan PAS dalam bentuk jentera pilihan raya dan juga mobilisasi ahlinya. Bagi mereka yang terlibat di lapangan, tidak akan menafikan kekuatan dan sumbangan yang diberikan jentera PAS, termasuklah di kerusi yang ditandingi PKR.

Jikalau berlaku pula pertembungan 3 penjuru di kerusi Melayu yang sebelum ini ditandingi PKR, belum tentu lagi jentera PKR mampu untuk menandingi komitmen dan kesungguhan jentera PAS. Dalam hal ini akhirnya yang akan mendapat keuntungan tentunya Umno/BN.

Kalau pada PRU-13 PR menampilkan Anwar sebagai calon PM, maka siapakah pula yang akan ditonjolkan PR 2.0 pada kali ini. Dengan Anwar pada masa ini berada di penjara, adakah Mohamad Sabu (yang tewas pada kedua-dua PRU-12 dan 13) akan dikedepankan? Atau adakah Azmin Ali mampu beroleh sokongan daripada partinya sendiri sebagai calon PM? Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula nampaknya sudah lama tidak kelihatan. Manakala yang keluar di media-media alternatif sekarang ini ialah kenyataan-kenyataan Anwar yang diutus daripada Penjara Sungai Buloh.

Masih banyak aspek yang boleh diulas berkenaan hal ini.

Namun kesimpulan yang boleh dilakukan, kehilangan PAS dalam PR 2.0 adalah sesuatu yang sangat mahal harganya. PAS pada masa ini masih lagi parti yang kedua terbesar selepas Umno, dan dilihat parti yang mewakili masyarakat Islam-Melayu.

GHB pula masih lagi berada dalam kandungan (belum menjadi parti politik) lagi. PR 2.0 tanpa PAS bolehlah diumpamakan menebang pohon yang sudah rendang dan berbuah, untuk digantikan dengan anak pokok yang masih kecil, yang mungkin esok atau lusa mati akibat kekurangan air, atau hancur dipijak manusia- themalaysianinsider.com

Tengok blog dan Twitter, apa yang Najib nampak?

Posted: 24 Jul 2015 10:54 PM PDT



Oleh Mohsin Abdullah


Menurut laporan Sin Chew Daily, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi tidak ada konspirasi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Kata Dr Mahathir, ramai yang secara terbuka menggesa perdana menteri berundur.

"Jika dia (Najib) baca blog dan (apa yang diperkatakan) di Twitter, dia akan tahu semua orang minta dia letak jawatan," Dr Mahathir dipetik Sin Chew sebagai berkata.

Ada sebenarnya apa yang dikatakan Dr Mahathir, bukan blog dan Twitter sahaja.

Malah komen orang ramai di Facebook dan sebagainya serta perbualan biasa di sana sini turut mengiakan apa yang Dr Mahathir kata.

Jadi adakah Najib tidak tahu semua itu? Adakah beliau tidak membaca blog dan Twitter? Tidak mungkin.

Sebagai seorang "penggemar" media sosial (mungkin savvy), Najib tentu mengikuti perkembangan alam siber dan apa yang berkicauan di Twitterjaya.

Lantas apa yang beliau lihat, tengok dan nampak?

Gambar beliau dikejutkan dengan dua kek sempen hari kelahirannya, sajian kakitangan pejabat beliau?

Ucapan selamat panjang umur oleh jemaah menteri?  Dan juga kata-kata seperti "you're my favourite PM" daripada seorang rakyat biasa?  Dan pelbagai ucapan sokongan, dorongan dan pujian?

Tidak dinafikan semua itu ada juga dalam blog, Twitter, Facebook dan pelbagai macam pentas.

Adakah itu yang Najib nampak? Atau pilih untuk nampak? Atau dinasihati nampak oleh tuan-tuan penasihat?

Tidak kiralah apa pun jawapannya, yang jelas Najib sendiri beberapa kali  menegaskan dengan sokongan partinya Umno dan rakyat, tidak  ada sebab beliau harus berundur.

Dan kita pun diberitahu sokongan Umno terhadap  Najib amat padu. Tidak dinafikan.

Tiba-tiba (seperti umum tahu) timbul kain pemidang di Johor yang dikatakan dipamerkan oleh Umno cawangan Bandar Pulai Jaya 2 yang menyatakan rasa "hilang kepercayaan" cawangan berkenaan terhadap Najib dan jemaah menterinya.

"Hilang kepercayaan" ini kata Umno Bandar Pulai Jaya 2 adalah berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sekali gus mereka mahu Najib meletakkan jawatan.

Pedas kata-kata yang tertera pada kain pemidang itu, antaranya ialah "terima kekalahan PRU14 atas sifat ego dan tamak kamu" dan "poket didahulukan rakyat dikorban". Pedas bukan?

Namun bagi Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Rahman, "Umno ada 3.5 juta ahli dan yang mahu Najib undur hanya satu cawangan". Selainnya, "solid sokong PM" kata beliau.

Maknanya ada juga dalam Umno yang tidak senang dengan presiden mereka, walaupun jumlahnya tidak  ramai, jika kata-kata Tajuddin dijadikan sandaran.

Memang "its all about numbers". Dalam Umno, luar Umno. Yang utama, apa yang tersemat di hati rakyat Malaysia.

Ada yang menyokong,  ada yang tidak. Itu lumrah. Untuk mendapatkan sokongan atau penentangan 100% adalah mustahil.

Persoalannya, bilangan manakah yang lebih besar, mereka yang mahu Najib kekal perdana menteri atau mereka yang mahu beliau meletakkan jawatan? Mereka yang menyokong atau yang menentang? Majority rules.

Persoalan lebih besar, bagaimana mahu mendapatkan jawapan kepada persoalan itu?

Tidak berasas Nabi hadir dalam majlis selawat

Posted: 24 Jul 2015 10:47 PM PDT

SINAR HARIAN


DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN


KANGAR - Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah memutuskan sebagai tidak berasas dakwaan sesetengah pihak kononnya Nabi Muhammad SAW hadir dalam majlis selawat.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, dakwaan melihat jasad Nabi Muhammad pada zaman sekarang secara jaga (yaqazah) adalah tertolak sama ada dalam bentuk hakiki ataupun roh selepas kewafatan baginda.

"Ia tidak pernah dinukilkan melalui riwayat yang sahih berlaku kepada sahabat-sahabat baginda," tegas beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, dakwaan seumpama itu yang terdapat dalam You Tube sejak kebelakangan ini adalah dakwaan yang diragui dan ditolak oleh para muhaqqiqin (pencari kebenaran) seperti Al-Nawaei, Ibn Taimiyyah, Ibn Kathir dan Ibn Hajar Al-Asqalani.

"Begitu juga dengan dakwaan bahawa bacaan tertentu boleh menghadirkan Nabi Muhammad SAW ke dalam sesuatu majlis juga adalah tidak berasas," katanya. - Bernama


BigBang: Ambil iktibar kes dipeluk artis K-Pop

Posted: 24 Jul 2015 10:45 PM PDT

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Muhammad Khalil Abdul Hadi
 
 
SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) membantah penganjuran konsert 'BigBang 2015 World Tour Made in Malaysia' yang dijadualkan berlangsung pada hari ini, bermula jam 6.00 petang di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, bantahan ini adalah amat patut lebih-lebih lagi apabila pihak penganjur, IME Production dengan bangganya turut mengadakan satu konsert tambahan oleh kumpulan berkenaan semalam.

"Konsert ini  difahamkan mencatatkan rekod penganjuran yang termahal bagi siri 'Made World Tour. Dilaporkan bahawa kos penyediaan pentas yang akan digunakan oleh BigBang sahaja sudah mencecah RM1 juta. Harga tiket pula dijual pada harga RM288 hingga RM798 mengikut enam kategori berbeza.

"DPPM juga melahirkan kekecewaan kerana konsert ini disokong oleh Malaysia Major Events iaitu merupakan sebuah bahagian di bawah Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MoTAC)," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Khalil berkata sebagai mewakili kerajaan, sewajar dan sepatutnya pihak kementerian mengawal industri hiburan dan mendidik rakyat dengan budaya hiburan yang tidak melalaikan atau merosakkan.

"Sekurang-kurangnya insiden beberapa gadis Melayu bertudung dipeluk dan dicium dahi oleh penyanyi K-pop dari kumpulan B1A4 dalam satu konsert yang diadakan pada awal tahun ini dijadikan pengajaran penting supaya ia tidak lagi berulang.

"Dalam keadaan negara menghadapi masalah dalam segenap sektor politik, ekonomi dan sosial, maka adalah amat buruk dan hodoh sekali apabila Kerajaan mengajak rakyat untuk berhibur sakan. Kita pula masih berada dalam bulan Syawal dan penganjuran konsert ini telah mencemarkan kemuliaan bulan ini," katanya.


Clare nafi terbabit tawar imbuhan untuk Justo

Posted: 24 Jul 2015 10:42 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown hari ini berkata, dia tidak terbabit dalam cubaan Tong Kooi Ong mengelirukan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI) Xavier Andre Justo bagi mendapatkan data berkaitan syarikat itu.

Dihubungi Malaysiakini, Clare berkata Tong membayangkan kepada Justo bahawa pemilik The Edge itu akan membuat bayaran.

"Tetapi apabila didapati mereka tidak membayar Justo, saya terpaksa berdepan dengan kekecewaan dia (Justo). Saya tak mahu terbabit tetapi menawarkan diri untuk cuba menyelesaikan masalah itu," katanya.

Bagaimanapun kata Clare dia gagal menjadi orang tengah dalam kemelut berkenaan.

Tong sebelum ini mengaku "mengelirukan" Justo dalam usaha memperoleh dokumen yang boleh mendedahkan "butiran meragukan" mengenai agensi tajaan kerajaan, 1MDB.

Petang tadi Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan menggantung dua akhbar cetak kumpulan media Tong - The Edge Financial Daily dan The Edge Weekly - selama tiga bulan mulai 27 Julai ini.


Tiada maaf dari The Edge

Posted: 24 Jul 2015 10:38 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Berdepan dengan penggantungan penerbitan selama tiga bulan, Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media Group, Ho Kay Tat tetap dengan pendirian penerbitan itu dan enggan meminta maaf.

"Kami tidak akan meminta maaf kerana kami tidak melakukan sebarang kesalahan. Kami tetap dengan apa yang kami terbitkan," katanya kepada media di Petaling Jaya hari ini.

Sebelum itu beliau menghadiri pertemuan dengan kakitangan syarikat berkenaan.

Menurut Ho, tiada satu pun rencana disiarkan dalam penerbitan itu dicabar atau ada sesiapa yang tampil memberitahu bahawa apa yang disiarkan itu salah.

"Tiada sesiapa pun," katanya.

Pertemuan itu dilihat berlangsung dengan mesra dan kakitangan syarikat penerbitan berkenaan bertepuk tangan serta bersorak selepas sidang media berakhir.

Hari ini Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan supaya The Edge Financial Daily dan The Edge Weekly digantung penerbitannya selama tiga bulan mulai 27 Julai ini. 


Bahaya siar visual suspek jenayah kena belasah

Posted: 24 Jul 2015 10:33 PM PDT

SINAR HARIAN



'Penyamun' dipaksa makan najis lembu

 
KUALA LUMPUR - Tindakan merakam dan memuat naik kejadian membelasah suspek jenayah merupakan perbuatan bahaya kerana ia boleh mencetuskan salah faham kepada pengguna media sosial yang lain.
  
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, walaupun ia mungkin berniat memberi pengajaran dan kesedaran, namun kejadian itu dikhuatiri akan diputar belit pihak tertentu sehinggakan orang ramai yang tidak berada di kawasan kejadian tidak akan mengetahui situasi sebenar dan akan tersalah anggap.
  
Mengambil contoh insiden di pusat beli-belah Plaza Low Yat di sini baru-baru ini, beliau berkata kejadian yang pada mulanya berpunca daripada kes curi telefon bimbit, menjadi isu yang lebih serius apabila ia dikaitkan dengan isu perkauman.
 
 "Viral itu sangat bahaya misalnya kejadian di Low Yat. Orang ramai ambil kesempatan memutarbelitkan insiden itu dan menyebarkannya sehingga menimbulkan ketegangan antara kaum," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
  
Pada 12 Julai lalu, Plaza Low Yat gempar apabila dua kumpulan pemuda merusuh ekoran insiden pergaduhan kecil antara seorang remaja lelaki yang didakwa mencuri telefon bimbit dengan kumpulan peniaga di premis berkenaan.

Bagaimanapun insiden terbabit menjadi viral di laman sosial dengan orang ramai mengaitkan kejadian itu dengan isu perkauman.
  
Dalam pada itu  Lam Thye turut mengulas mengenai kejadian-kejadian membelasah suspek jenayah sehingga ada yang membawa kepada kematian.
  
Kejadian terbaru yang dilaporkan di Felda Jengka 17 di Maran, Pahang, dua lelaki dibelasah sebelum dipaksa memakan najis lembu dan kereta sewa mereka dibakar sehingga hangus oleh orang ramai kerana disyaki mahu mencuri lembu.

  
Visual yang memaparkan tindakan kumpulan yang membelasah dua mangsa berusia dalam linkungan 20-an itu kini menjadi viral di laman sosial.
  
Beliau berkata individu terlibat membelasah suspek jenayah boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika suspek dipukul sehingga mati, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
  
Lam Thye berkata, perbuatan terburu-buru mengikut emosi itu akan mendatangkan padah kepada diri sendiri walaupun tindakan itu pada asalnya bertujuan sekadar untuk memberi pengajaran.

"Apabila perasaan marah dicampur dengan keghairahan untuk menyedarkan suspek, maka orang ramai tidak menggunakan akal yang waras asalkan dapat melepaskan geram mereka terhadap suspek," katanya.
  
Sementara itu, Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Saharuddin Awang Yahaya berkata orang ramai tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum suspek jenayah kecuali jika mereka berada dalam situasi iaitu suspek menggunakan senjata.
  
"Jika bersenjata, orang ramai yang mahu menangkap suspek mungkin boleh bertindak untuk mempertahan atau menyelamatkan diri. Jika suspek tidak bersenjata, suspek perlulah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut," katanya.
  
Beliau turut meminta orang ramai tidak menggunakan emosi dalam menangani suspek jenayah sebaliknya menggunakan akal fikiran yang waras dengan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa.
  
"Memanglah, ikutkan rasa hati yang geram dengan perlakuan jenayah itu, kita mungkin akan bersikap terburu-buru dengan membelasah suspek secukupnya sebelum diserah kepada polis.
  
"Tindakan ini salah sama sekali kerana yang memukul itu boleh dikenakan hukuman kerana mencederakan suspek. Paling teruk jika suspek maut di tangan yang membelasah, kes ini akan jadi kes bunuh dan mereka takkan terlepas daripada hukuman undang-undang," katanya.
  
Saharuddin berkata, tindakan orang ramai yang memuat naik video atau gambar suspek yang dibelasah juga merupakan satu tindakan tidak berperikemanusiaan selain mengaibkan suspek.

Katanya tindakan itu tetap salah walaupun si pembelasah mahu menunjukkan bahawa dia berjaya menangkap dan memukul suspek dan mahu memberi pengajaran kepada orang lain.
  
"Walaupun kita rasa dia bersalah, namun sebagai manusia kita perlu jaga maruah dia. Bagaimana kalau orang yang kita belasah itu tidak terlibat langsung dengan jenayah? Adakah dengan kecurigaan kita sahaja sudah cukup membuktikan dia bersalah?
  
"Negara kita ada undang-undang, tugas kita sebagai orang awam hanya membantu pihak berkuasa sahaja dalam memerangi jenayah, bukan menghukum. Tugas mendakwa, menjatuhkan hukuman biarlah pihak berkuasa dan mahkamah sahaja yang menentukan," katanya. - Bernama


Saari belum buat keputusan sertai Harapan Baru

Posted: 24 Jul 2015 10:29 PM PDT

Saari Sungib
Saari Sungib 
 
 
SHAH ALAM – Adun Hulu Kelang, Saari Sungib menafikan laporan bahawa beliau keluar Pas dan menyertai Harapan Baru.

Menurutnya, sehingga Harapan Baru dibentuk sebagai sebuah parti politik baru, beliau akan membuat keputusan sama ada akan menyertainya.

"Sehingga parti (Harapan Baru) itu jadi baharulah saya yakin, buat masa ini saya akan meneruskan tugas dan khidmat sebagai wakil rakyat Pas yang digantung keahlian. Saya tidak mahu timbul sebarang masalah.

"Prinsip saya kalau ada bukti Pas tidak komited untuk menumbangkan Umno-BN dan memacu PR ke Putrajaya, Pakatan Rakyat terpaksa mencari rakan parti baharu yang sedikit pun tidak diragui komitmennya dengan agenda tersebut," katanya.

Saari turut menegaskan pembentukan Harapan Baru bukanlah niat untuk menguburkan Pas.

Menurutnya, walaupun Pas anggap beliau dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin sebagai pengkhianat, namun pengundi mengiktiraf mereka berdua sebagai wira yang menyelamatkan PR.

"Namun apabila tercetusnya kemelut Menteri Besar Selangor Ogos tahun lalu orang mula ragu, pengundi dan penyokong anggap kami berdua telah selamatkan PR sedangkan Pas kata kami pengkhianat.

"Bahkan Pas juga mulakan tindakan memutuskan kerjasama politik dengan DAP sehingga mengakibatkan PR pupus," katanya.

Bagaimanapun Saari berkata, Kerajaan Selangor masih tidak muktamadkan bahawa PR sudah berakhir kerana ingin meneruskan khidmat kepada rakyat.

"Sampai bila nak main wayang dengan rakyat? Sebab itu Harapan Baru dibentuk atas dasar prinsip mengukuhkan PR 2.0. Saya beri Pas masa untuk buktikan kesungguhan untuk melawan Umno-BN," katanya.


Leman Raja Lawak terajui Harapan Baru Sik

Posted: 24 Jul 2015 10:26 PM PDT

 Sulaiman Ibrahim
Sulaiman Ibrahim
 
 
ALOR SETAR - Bekas ahli jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda Pas Pusat, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Leman Raja Lawak dilantik sebagai peneraju Harapan Baru di Sik.

Menurut beliau, Harapan Baru Sik antara kawasan paling aktif di Kedah akan mengorak langkah lebih fleksibel dan berhemah dalam mendekati rakyat marhaen di setiap perkampungan dengan membawa semangat perjuangan baharu.

"Kita memahami masalah dihadapi rakyat yang merasai tekanan ekonomi dan isu lain yang masih belum diselesaikan oleh mana-mana pihak.

"Kelompok rakyat yang masih tertanya-tanya untuk mendekati Harapan Baru dipelawa berjumpa sendiri dengan kami bagi mengetahui keadaan dan haluan kami yang sebenar," katanya, semalam.

Beliau yakin sokongan daripada pelbagai latar belakang akan bertambah terutama masyarakat yang mahu isu setempat diambil peduli.

"Sehingga kini terdapat kira-kira 100 orang memberi sokongan kepada Harapan Baru Sik walaupun masih baru," katanya.

Sebelum ini, bekas Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah penggal lalu (2013-2015), Datuk Dr Ismail Salleh menerajui Harapan Baru di Kedah walaupun masih di peringkat penaja.

"Jika diikutkan ramai mahu sertai Harapan Baru tapi belum sampai masa untuk tonjolkan diri kerana terikat dengan Pas. Buat masa ini mereka hanya sokong dari belakang dan bila sudah wujud parti September ini baru mereka tonjol diri.

"Kebanyakan individu itu kecewa dengan sistem pemilihan Pas sebelum ini termasuk beberapa orang tidak dapat bertanding kerana dicantas," katanya.

Sulaiman yang juga Presiden Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima) berkata, NGO itu masih wujud dan akan membantu Harapan Baru untuk bergerak

Tiga YB nafi sertai Harapan Baru

Posted: 24 Jul 2015 10:25 PM PDT

Harapan Baru
 
 
 
KOTA BHARU - Tiga wakil rakyat yang didakwa dikaitkan dengan penubuhan Harapan Baru menjelaskan mereka masih setia dengan perjuangan Pas.

Desas-desus pembabitan mereka dalam gerakan oleh kumpulan progresif Pas berlaku apabila nama mereka menjadi viral untuk hadir sebagai penceramah semasa majlis pelancaran Harapan Baru pada 19 Julai lalu di Kota Bharu.

Menurut Adun Kelaboran, Mohamad Zaki Ibrahim, sehingga kini beliau masih setia dengan perjuangan Pas yang didukungnya selama ini.

"Saya masih wakil rakyat Pas, saya dipilih oleh parti Pas untuk bertanding atas tiket Pas," katanya.

Mohamad Zaki yang juga bekas Setiausaha Pas Kelantan berkata, beliau tidak mahu menghampakan dan mengkhianati kepercayaan diberikan pimpinan serta penyokong sejak pertama kali bertanding pada 2004.

Sementara itu, mengulas mengenai sumpah bai'ah, Mohamad Zaki berkata, beliau tidak terkecuali dan turut melakukan perkara sama selepas menang pada PRU12.

Sambil mengakui isi kandungan sumpah bai'ah sebagaimana yang tersebar menerusi media sosial, Mohamad Zaki menjelaskan, beliau melakukannya tanpa sebarang paksaan.

"Itu (angkat sumpah) adalah tanda kesetiaan saya pada Pas. Setiap kali bertanding saya akan angkat sumpah," katanya.

Sementara itu, Adun Tendong, Mohd Rozi Mohamad menafikan beliau terlibat dengan Harapan Baru sebagaimana terkandung dalam poster kempen gerakan berkenaan, baru-baru ini.

Mohd Rozi berkata, beliau masih setia dengan perjuangan Pas dan menganggap Harapan Baru tidak sesuai untuk digerakkan di Kelantan.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dan saya tidak terlibat dengan Harapan Baru dan saya masih setia dengan Pas," katanya.

Berhubung gambarnya yang turut disiarkan dalam kempen gerakan tersebut, beliau menjelaskan, persetujuan awal untuk meletakkan foto beliau adalah untuk tujuan hebahan majlis sambutan hari raya bersama perantau.

"Setelah saya menerima jemputan untuk memberikan ceramah bagi melancarkan gerakan tersebut, saya membuat keputusan tidak menghadirkan diri," katanya.

Dalam pada itu, memetik Bernama, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad berkata, beliau tetap kekal berjuang bersama Pas.

Malah katanya, beliau berhasrat untuk menawan dua lagi kerusi Dun yang dimenangi oleh BN iaitu Semerak dan Selising pada pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, pihaknya kini turut memantau hala tuju dan corak kepimpinan Harapan Baru  sama ada ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh Pas.

"Sehingga ini perjuangan mereka masih kabur dan tidak menentu," katanya.

Ditanya mengenai bai'ah, beliau juga Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Puteh berkata, mereka berkenaan perlu merujuk terlebih dahulu dengan ulama yang muktabar (masyhur) untuk mendapatkan pandangan.

"Saya bimbang jika mereka melakukan dengan sewenang-wenangnya, secara automatik akan menggugurkan talak tiga ke atas isteri yang tersayang," katanya dipetik.

Bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaafar dan Dr Hatta Ramli menyertai gerakan berkenaan, manakala bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa masih belum menyatakan pendirian secara jelas mengenai perkara tersebut.
 
 

Tindakan kerajaan akan buat rakyat lagi marah – Ibrahim Ali

Posted: 24 Jul 2015 10:15 PM PDT

 
Kerajaan seharusnya menumpukan siasatan terhadap skandal 1MDB bukannya menimbulkan isu lain.


ibrahim_ali


KUALA LUMPUR: Menggantung penerbitan akhbar dan menyekat pembangkang ke luar negara hanya akan membangkitkan lagi kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, kerajaan sepatutnya menyelesaikan masalah 1MDB bukannya menimbulkan masalah lain.

"Saya tak kata secara total saya tak setuju, tetapi kerajaan tidak patut menggantung The Edge hanya kerana mereka mendedahkan bukti scandal 1MDB.

"Ada tindakan keras, rakyat sokong namun tak semua. Rakyat sekarang boleh berfikir dan mereka bijak-bijak, tidak seperti zaman pemerintahan kerajaan dahulu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Perkasa.

Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan The Edge Weekly dan The Financial Daily selama tiga bulan bermula 27 Julai kerana melaporkan skandal 1MDB yang didakwa boleh menganggu ketenteraman awam.

Sebelum ini, Rafizi Ramli dan Tony Pua dihalang meninggalkan negara ini dipercayai kerana pendedahan skandal 1MDB.

"Pada saya, yang penting siasat sama ada berlaku ada berlaku penyelewengan dalam 1MDB.

"Kerajaan perlu jawab betul-betil dan fokus menjawab isu berbangkit 1MDB," kata Ibrahim.

Mujahid nasihat Haron: Hati-hati 'berfatwa'

Posted: 24 Jul 2015 10:10 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Walaupun bergelar ulama dan berstatus Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din tetap perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan, termasuk memberikan 'fatwa' haram kepada wakil rakyat tertentu yang menyertai Gerakan Harapan Baru.

Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, wang yang diperolehi sebagai wakil rakyat sebahagiannya digunakan untuk membiayai keluarganya.

Kata anak bekas Yang Dipertua Agung PAS itu berkata mengapa Haron beranggapan elaun diperolehinya haram apabila membuat pendirian menyokong Pakatan Rakyat.

"Saya ingin bertanya semula kepada beliau (Haron), ada wakil rakyat dalam PAS yang tidak mesra kepada Pakatan dan kadang-kadang menyerang Pakatan. Bagaimana (hukum) pendapatan mereka?

"Adakah ia sah? Adakah mereka memenangi kerusi itu atas tiket Pakatan atau PAS semata-mata? Jawapannya, mereka menang atas tiket Pakatan," kata Mujahid yang juga Pengerusi Penaja GHB Pulau Pinang.

Beliau berucap di majkus rumah terbuka hari raya anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) di George Town, Pulau Pinang semalam.

Mujahid juga memberi contoh bagaimana beliau memenangi kerusi parlimen Parit Buntar dalam pilihan raya umum 2013 dengan memperoleh majoriti 8,000 undi.

Kata Mujahid, 80 peratus daripada pengundinya adalah komuniti China, 10 peratus India dan selebihnya Melayu.

PAS mempunyai kira-kira 4,000 di Parit Buntar.

"Jika kita tolak 4,000 ahli PAS, saya masih ada majoriti 4,000 undi. Di mana saya nak letak muka kalau mereka datang jumpa saya?" katanya.


Tiga sebab KDN gantung The Edge

Posted: 24 Jul 2015 10:06 PM PDT

 
Ketua Setiausaha KDN menjelaskan pengantungan akhbar berkenaan dibuat selepas meneliti pelbagai aspek


KDN-the-edge



PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN)menjelaskan tiga sebab penggantungan permit penerbitan akhbar harian 'The Edge' dan 'The Edge Financial Daily'.

Dalam kenyataannya, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim menjelaskan tindakan itu dibuat berdasarkan tajuk serta cara pelaporan mengenai 1MDB, sumber makumat yang diragukkan dan proses siasatan yang sedang dilakukan ke atas syarikat berkenaan.

Atas alasan berkenaan akhbar itu akan digantung untuk tempoh tiga bulan bermula 27 Julai ini.

Jelas Alwi lagi, tindakan itu dilakukan selepas pihaknya meneliti laporan yang disiarkan selain surat tunjuk sebab yang diberikan sebelum ini.

"Kedua-dua penerbitan itu didapati mengandungi hasil penerbitan yang melanggar penerbitan Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 kerana mengandungi hasil penerbitan yang memudarat atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara," katanya.

Peniaga sayur maut ditembak

Posted: 24 Jul 2015 09:57 PM PDT

Mangsa telah ditembak sebanyak dua das di dada dan disahkan meninggal dunia di hospital.


crime_gun_600_1


KUALA LUMPUR: Seorang peniaga sayur maut selepas ditembak penjenayah di hadapan sebuah restoran di Selayang di sini malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, mangsa seorang lelaki berumur 57 tahun menjual sayur di Pasar Borong Pusat Bandar Utara, Selayang, dilaporkan baru sahaja selesai memunggah barang dari lori.

Dia berkata, berdasarkan keterangan saksi mangsa didatangi dua lelaki tidak dikenali yang menunggang motosikal.

"Suspek telah melepaskan dua das tembakan ke arah dada mangsa dan terus melarikan diri," katanya ketika dihubungi FMT.

Munusamy memberitahu, polis menemui dua butir kelongsong peluru yang digunakan untuk menembak mangsa di tempat kejadian.

Katanya, mangsa dikejarkan ke Hospital Selayang oleh isterinya sejurus selepas kejadian berlaku.

Ujarnya, doktor telah mengesahkan mangsa meninggal dunia kira-kira jam12.10 malam sejurus dibawa ke hospital.

Menurut Munusamy, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

"Polis sedang mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Tiada ulasan: