Rabu, 22 Julai 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


SR fail laporan fitnah pada Rahman, Lester

Posted: 22 Jul 2015 05:26 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Sarawak Report akan membuat laporan polis terhadap Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan bekas wartawan Lester Melanyi kerana fitnah jenayah.

Dalam kenyataannya, laman pemberi maklumat juga akan menyaman Abdul Rahman, New Straits Times dan pihak lain yang difikirkannya telah memfitnah Sarawak Report.

Sarawak Report juga sedang berunding dengan peguam untuk melaporkan Rahman kepada polis Malaysia dan juga mengeluarkan prosiding fitnah terhadapnya dan pihak lain.

Ia termasuk New Straits Times dan penerbitan lain, yang didakwa sengaja mempromosi kesalahan yang direka bagi merosakkan kredibiliti laman web berkenaan.

Laman web itu juga akan membuat laporan fitnah jenayah oleh Lester kepada polis dan memberi amaran kepada beliau dan sesiapa sahaja yang terus mempromosi cerita itu pada masa kini dan akan datang.

Tindakan undang-undang itu dibuat susulan sokongan Rahman terhadap pengakuan Lester berkaitan dakwaan plot oleh Sarawak Report untuk memalsukan bukti terhadap 1MDB.


Khalid gesa PAS putuskan nasib ahli GHB

Posted: 22 Jul 2015 05:18 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


MP Shah Alam Khalid Samad berkata PAS sepatutnya mengadakan mesyuarat untuk memutuskan nasib kumpulan progresif dalam PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

"Para pemimpin memberi pandangan dan komentar yang berbeza. Tiada makna (untuk kami mengulas setiap daripada mereka).

"Saya minta mereka mengadakan mesyuarat dan membuat satu pendirian rasmi," kata Khalid yang ditemui di majlis rumah terbuka Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan berhubung kenyataan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz semalam yang berkata bahawa wakil rakyat PAS terikat dengan bai'ah jika berhasrat mahu keluar parti.

Khalid bagaiamanapun sumpah yang dikrar pada 2008 melibatkan "menceraikan isteri" tetapi ia tidak diperbaharui sebelum pilihan raya umum 2013.

"Parti yang melanggar bai'ah, bukan kami," katanya sambil menambah PAS lari daripada landasan perjuangan Islam.


Senarai hitam Najib juga, tuntut Kit Siang

Posted: 22 Jul 2015 05:16 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Senaraihitamkan Datuk Seri Najib Razak dan tokoh lain yang berkaitan dengan isu 1MDB - itu kemahuan Lim Kit Siang selepas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dilarang ke luar negara hari ini.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, kerajaan mesti berlaku adil dan memberi penjelasan mengapa Pua dihalang membuat perjalanan ke luar negara.

Turut disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia ialah Ahli Parlimen Pandan yang juga Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

"Ahli parlimen dilarang meninggalkan negara ini. Saya fikir rakyat berhak tahu mengapa mereka dihalang.

"Saya mahu bertanya - adakah semua orang yang terbabit dalam isu 1MDB kini disenarai hitam? Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga disenaraikan? Jika ada sesiapa yang berhak disenarai hitam, ia adalah Najib," katanya.

Terdahulu, Pua gagal melepasi pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan ke Indonesia.

Kata Lim, dalam keadaan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad - yang kini menjadi pengkritik 1MDB paling keras - juga mungkin berdepan larangan ke luar negara.

Teori konspirasi

"Banyak perkara aneh dan luar biasa berlaku ketika ini. Saya fikir ia (larangan terhadap Dr Mahathir) sangat mungkin," katanya.

Semenara itu Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming yang hadir dalam sidang media sama mengesahkan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Halmi dan CEO ketika ini, Arul Kanda Kandasamy, tidak termasuk dalam senarai larangan ke luar negara.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong (gambar) pula berpendapat larangan perjalanan itu adalah permulaan kepada tindakan keras kerajaan terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam kes 1MDB.

Liew merujuk kenyataan itu kepada penjelasan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pagi tadi yang memberitahu, polis mungkin menangkap individu dinamakan oleh Lester Melanyi dalam pengakuan videonya.

Dalam kenyataan itu, Lester mendakwa beberapa pihak terbabit dalam konspirasi bagi menyingkirkan perdana menteri dan menggagalkan 1MDB.

"Ketua Polis Negara mesti menjelaskan apa dimaksudkan dengan teori konspirasi itu dan siapa yang dimaksudkan," katanya.

Anwar Umum Gabungan Baharu Bakal Ditubuhkan

Posted: 22 Jul 2015 05:04 AM PDT

KELAB GREENBOC


Anwar umum gabungan baharu pembangkang

Sebuah pakatan baharu pembangkang yang termasuk kumpulan progresif akan ditubuhkan tidak lama lagi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa rakyat Malaysia menyertainya dalam menyelamatkan negara.

Dalam perutusan dikeluarkan melalui peguamnya semalam, ketua umum PKR yang dipenjarakan itu menyuarakan kebimbangan mengenai situasi negara yang disifatkannya sedang melalui "krisis semakin teruk" akibat skandal rasuah dan kewangan, juga kejatuhan nilai ringgit.

Malaysia dicengkam skandal dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, serta memberi kesan ke atas nilai ringgit yang ketika ini mencecah paras terendah dalam tempoh 16 tahun.

"Kami sedang berusaha ke arah mengukuhkan pakatan yang akan merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan Bersih, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru yang baru ditubuhkan.

"Tindakan bersama pelbagai kumpulan ini, yang komited terhadap pembaharuan dan perubahan, akan menawarkan demokrasi tulen dan satu alternatif yang adil kepada rakyat.

"Marilah kita mengenepikan segala pertimbangan dan perbezaan lain, dan memberi tumpuan kepada perjuangan yang hebat ini untuk menyelamatkan Malaysia," kata Anwar dalam perutusan itu.

Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR dan sekutunya DAP serta PAS, tidak lagi wujud apabila parti Islam itu membuat keputusan pada muktamar bulan lepas memutuskan hubungan dengan DAP.

Bekas timbalan presiden PAS, Mohammad Sabu, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sebelum ini berkata pakatan pembangkang baharu akan diumumkan selepas Hari Raya.

Bulan lepas, ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui PR tidak lagi wujud, susulan usul PAS pada muktamarnya memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP kerana perbalahan mereka dalam isu hudud yang menjadi agenda parti Islam itu.

Gerakan Harapan Baru (GHB) dilancarkan minggu lalu oleh sekumpulan pemimpin progresif PAS yang tersingkir pada pemilihan awal Jun lalu, termasuk Mat Sabu dan bekas pemimpin kanan seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. -TMI

ULASAN GB

Sebuah gabungan baharu bakal ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang sudah berkubur.

Menurut Anwar, gabungan itu akan turut dianggotai semua kumpulan progresif termasuk Gerakan Harapan Baru yang baru ditubuhkan.


"Kami sedang berusaha ke arah mengukuhkan pakatan yang akan merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan Bersih, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru yang baru ditubuhkan.

Samada PAS diterima untuk menyertai gabungan yang baharu nanti, adalah bergantung kepada keputusan gabungan parti-parti baharu yang menyertainya. Dan sepastinya pembentukan gabungan yang baharu akan mempunyai struktur kepimpinan yang lebih teratur, lebih progresif dan lebih berdisiplin, tidak seperti Pakatan Rakyat dahulu dimana "ada ketua parti yang sentiasa ponteng" dan membelakangkan suara bersama di dalam Majlis Presiden.

Dan inilah juga bahananya apabila PAS membuat keputusan memutuskan kerjasama dengan DAP dan PAS perlu terima hakikat penubuhan gabungan yang baharu mengggantikan Pakatan Rakyat.

PAS juga sepatutnya sudah mengetahui "risiko" itu, dan sepatutnya juga sudah bersiap sedia untuk keluar dari kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.

InsyaAllah, dengan pelbagai skandal yang terdedah di dalam kerajaan kerajaan UMNO BN, akan memudahkan laluan gabungan baharu ini untuk menang cemerlang di dalam pilihanraya yang akan datang seterusnya menguasai parlimen dan Putrajaya.

GHB tidak perlu kalau sekadar hendak hancurkan Pas

Posted: 22 Jul 2015 05:00 AM PDT

MSO

Semasa pulang berhari raya di Kelantan saya didatangi oleh beberapa peminat politik kampung dan juga rakan-rakan yang hadir pada majlis almuni Sekolah Menengah Rantau Panjang bertanya mengenai masa depan parti baharu yang bakal dilahirkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB).

Himpunan GHB di Dewan Perniagaan Cina KB, penuh.
Walaupun saya tidak mahu bercakap fasal GHB kerana tiba-tiba perasaan menjadi sebak, - mengenang musibah menimpa Pas, tetapi terpaksa juga saya menjawab setidak-tidaknya untuk memuaskan hati mereka, dan sebagai basa basi kerana lama tidak bertemu kawan dan juga guru-guru.

Apa lagi, pada malam raya ketiga ada himpunan GHB yang berlangsung di Dewan Perniagaan Cina di Kota Bharu Kelantan. Himpunan itu rupa-rupanya menjadi "viral" dalam kepala sesetengah rakyat Kelantan dan ia dinanti-nanti untuk melihat sejauh mana jaya atau sebaliknya himpunan itu. Kononnya majlis itu akan dijadikan sebagai indikator kepada masa depan GHB dan juga nasib Pas Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.


Majlis itu juga akan dijadikan perbandingan dengan satu majlis anjuran kerajaan negeri di Dewan Majlis Daerah Ketereh pada malam sebelumnya.

Lebih jauh daripada itu bagi sesetengah mereka yang alergik dengan kepimpinan Ahmad Yaakub dan Mohd Amr Nik Abdullah, berharap himpunan itu nanti akan memberi petunjuk malang buat mereka. Mereka berharap himpunan GHB itu memberi tekanan emosi kepada mereka berdua. 

Pimpinan yang hadir di GHB, merangkap pengasas GHB Kel.
Sekelar untuk menghebah dan memanggil orang ramai ke himpunan itu juga disebarkan dalam media baharu. Dalam wall facebook saya juga ada ditepek. Tetapi saya sendiri secara peribadi tidak menerima apa-apa jemputan, menyebabkan tidak begitu penting untuk saya hadir di majlis berkenaan.

Kalau hanya untuk memerhati dan memantaunya, cukup menanti laporan dan lepasan status dan gambar-gambar disekitarnya dalam facebook sahaja mengenai event itu.

Selalu berlaku hebahan dalam media baharu dibuat secara adhoc, tanpa mengetahui siapa penganjurnya, justeru sekelar itu sendiri menjadi konfius. Adalah elok kalau hebahan perkara penting dan besar begitu dibuat secara tertib dan ada penanggungjawabnya kerana itu lebih menyakinkan lagi orang ramai. Unsur-unsur untuk memperdaya dan memerangkap tidak wajar dilakukan dalam politik yang menuntut ketelusan dan sikap gentlemen.

Sudah jangka

Awal-awal lagi saya sudah menjangkan beberapa nama yang dimasukkan dalam banting backdrop majlis berkenaan, tidak akan hadir. Saya kira mereka tidak semudah itu untuk terlibat sama begitu jauh ke dalam gerakan itu sedangkan ia baharu diperingkat tajaan dan mengumpul kekuatan bagi kemungkinan menubuhkan sebuah parti baharu. Kalau mereka sokong pun tentulah secara bersembunyi dan lebih berhemah.

Ternyata jangkaan saya tepat, setengah mereka yang terpampang wajah dalam banting backdrop itu tidak hadir atau pun sedia untuk berada di atas pentas bagi dijadikan denak atau pungguk GHB. Kalau ada yang hadir pun berada jauh dari pagar dewan.

Harus difahami senario di Kelantan berbeza dengan keadaan di Pantai Barat atau pun di bahagian tengah dan selatan. Kelantan dan Terengganu adalah dua buah negeri yang didominasi orang Melayu melebihi 80 peratus dan mereka juga mempunyi sikap dan sifat provincial yang menebal. Bagi mereka hanya ada dua buah parti sahaja yang relevan, Pas dan Umno. Mereka menganuti Pas seperti kepercayaan penganut Kristian, Katolik dan Protestant. 

Pun begitu, bukan bermakna mereka tidak hadir, menolak usaha rakan-rakan mereka dalam GHB. Mereka absen kerana mereka masih belum merdeka seperti sesetengah rakan mereka yang menjadi pelopor GHB itu, seperti Mohamad Sabu, Kamaruddin Jaafar, Abdul Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli, Dr Mariah Mahmod, Cikgu Wan Rahim Wan Abdullah dan yang lain-lain yang sudah tidak ada tanggungjawab atau amanah lagi yang diserahkan oleh ahli kepada mereka.

Misalnya Husam Musa, beliau masih menjadi Yang Dipertua Pas Kubang Kerian, begitu juga dengan Nik Mazian Nik Mohamad, Abdul Latif Abdul Rahman masing-masing adalah Yang Dipertua Pas, Pasir Puteh dan Kuala Krai, sementara Mohd Zaki Ibrahim, (Adun Kelaboran), Mohd Rozi Mohamad (Adun Tendong), Ahmad Bahaqi Atikullah (MP Kubang Kerian) dan lain-lain masih ada tanggungjawab kepada parti dan amanah yang diberikan kepada ahli masih terpanggung di atas bahu jemala mereka. Mereka masih ada kewajiban menjaga maruah partinya.

Jadi kalau mereka tidak hadir, tidak bermakna mereka tidak memberi perhatian kepada GHB. Mereka mengambil sikap berhemah dan cara mereka itu adalah betul.

Apa lagi saya mendapat tahu penggunaan wajah mereka dalam sekelar itu dibuat tanpa mendapat persetujuan atau kebenaran daripada mereka. Mereka katanya tidak dihubungi untuk mendapat persetujuan sebelum wajah mereka ditampilkan. Cara itu tidak baik dan menimbulkan fitnah dan masalah kepada mereka. Tengok bagaimana Rozi terpaksa membuat penjelasan panjang lebar atas implikasi yang berlaku akibat pemasangan gambarnya.

Dalam perjuangan soal komitmen dan tanggungjawab bukan boleh dibuat main-main dan sikap telus diperlukan.

Penbubuhan GHB tergesa-gesa..

Petang sebelum berlangsung majlis di Kota Bharu itu, saya meninjau pendapat beberapa orang khasnya mereka yang excite dengan GHB. Mereka memberi gambaran kepada saya majlis itu akan mendapat sambutan hangat. Tetapi gambaran itu tidak mudah untuk menyakinkan saya. Saya pula ada pandangan tersendiri terhadap himpunan berkenaan khasnya, dan langkah untuk menubuh parti baharu amnya.

Kepada saya gerakan ke arah menubuhkan parti baharu walaupun ia perlu dan satu persiapan awal, tetapi tindakan dibuat itu secara tergesa-gesa. Tindakan untuk menahan luka dipergenitngan satu sifat oportunis yang dibenarkan, tetapi bukan dalam situasi ini. Sepatutnya pimpinan Pas diberikan peluang secukupnya sebelum apa-apa tindakan dibuat terhadap mereka. Dalam hubungan di Kelantan tugas paling utama ialah mengemaskan pentadbiran negeri Kelantan, daripada bergerak ke arah menubuhkan parti baharu.

Usaha bagi mengemaskan kerajaan Kelantan yang kini ralatif lemah di mata rakyat ekoran beberapa isu yang berlaku seharusnya ditangani dahulu. Salah satu cara ialah dengan mendesak Ahmad Yaakub menyusun semula kabinetnya. Mungkin Ahmad Yaakub masih perlu dikekalkan sebagai MB, tetapi para pembantunya perlu ditukar ganti. Muka-muka baharu perlu diberi kepercayaan untuk memegang beberapa porfolio dalam Exco. Sikap kebertanggungjawab dalam kerajaan seharusnya ditekankan.

Kelemahan Pas atau masalah Pas Kelantan dewasa ini untuk mempertahankan kerajaannya, bukan kerana masalah perpaduan dalam Pas, tetapi kelemahan dalam pentadbiran. Paling ketara kelemahan dalam mengurus mangsa banjir dan menyelesaikan beberapa isu pembangunan dan sosial lain. Atas alasan itu bagi saya parti baharu tidak dapat menyelamatkan Pas, tetapi sebaliknya.

Jadi kalau parti baharu untuk menghancurkan kerajaan Pas, ia adalah dosa besar apa lagi kalau parti baharu nanti membawa maksud dan aspirasi sama dengan Pas. Ditegaskan perkara paling afdal dilakukan Kelantan ia memperkemaskan organisasi pentadbiran buka memecah mecilkan Pas sehingga hilang sebuah kerajaan yang menjadi mahkota Pas dan benteng kepada kemungkaran Umno.

Kepada mereka yang excite dengan GHB saya memberi bayangan, sekiranya himpunan di Dewan Perniagaan Cina itu mendapat sambutan, ia bukan bermakna mudah untuk GHB berjaya. Masih banyak lagi liku-liku dan alur yang perlu dilalui ke arah mewujudkan sebuah parti yang cemerlang dan gah dimasa depan.

Seharusnya perkiraan untuk menubuhkan parti baharu tidak dapat dielakkan, ia perlu difikir semasak-masaknya dan ia bukan sahaja bertitik tolak daripada apa yang berlaku kini. Penubuhan parti baharu bukan sekadar untuk melepas geram dan marah, tetapi ia ada komitmen dan tanggungjawab bagi meneruskan jihad Pas. Apakah semua pihak yang bergerak ke arah itu sudah menimbang dan memikirkan hal itu semua?

Perwujudan parti baharu juga bukan sekadar untuk mengajar Pas dalam pilihan raya umum akan datang. Dalam konteks Kelantan untuk menentang Pas. Sebaliknya penubuhan parti baharu mestilah mempunyai cita-cita jauh dari itu dalam kerangka politik sehingga menguasai Kelantan. Justeru dalam hal ini GBH perlu membuat bacaan politik apakah mereka mampu mengambil alih Kelantan, atau ia nanti sekadar menjadi pemusnah kerajaan Pas semata-mata?

Mungkin dalam konteks Kelantan GHB mampu meraih beberapa kerusi dalam pilihan raya akan datang, sekiranya berlaku pertandingan dua penjuru antara Pas plus Umno (PasUm) melawan parti baharu itu. Tetapi kalau terjadi pertandingan tiga penjuru, sudah pasti GHB akan tersudut. Lainlah nanti berlaku perubahan sikap di kalangan pengundi Kelantan akan meletakkan calon sebagai pilihan dan bukan parti mungkin dua tiga calon dari GHB boleh menang?

Sekiranya Pas masih kekal dengan dirinya sendiri, menghormati amanat Tokguru Nik Aziz agar tidak mudah berkolorasi dengan Umno, menjadi tanggungjawab penggerak GHB di Kelantan memikir kembali tindakan mereka mewujudkan parti baharu. Tugas paling mulia buat mereka ialah mengemaskan ikatan dan persaudaraan dalam Pas, bukannya membuat onar.

Beri isyarat kepada Pas

Mengenai sambutan dan kehadiran pada majlis GHB malam kelmarin, kehadirannya tidak mencecah angka yang saya inginkan. Tetapi walaupun begitu ia cukup memberi isyarat kepada pimpinan Pas. Apa yang menjadi signifiken kepada kehadiran malam itu ialah lebih 60 peratus yang hadir terdiri dari anak Kelantan di rantau yang pulang berhari raya. Mereka ini adalah pengundi luar. Ertinya sikap pengundian luar yang menjadi pemangking kemenangan kepada Pas sudah dapat dianalisa pada pada majlis itu.

Situasi ini hendaklah difaham oleh pimpinan Pas Kelantan. Jangan mudah pandang ringan kepada peranan mereka. Tambahan lagi, hampir 70 peratus yang hadir itu terdiri daripada anak-anak muda yang mempunyai perspektif tersendiri dalam politik. Hakikat ini juga menggambarkan bahawa anak-anak muda, tidak lagi mudah untuk terus beranggapan Pas adalah satu-satu parti yang mampu berdepan dengan Umno, tetapi parti baharu juga ada potensi jika ia ditubuh.

Mungkin untuk pilihan raya umum akan datang, anak-anak mudah masih belum menguasai undi sepenuhnya, tetapi tunggulah lima hingga 10 tahun lagi golongan mereka akan menguasai kuasa undi di negara ini. Saat itu, politik konservetif dan kolok yang dipegang sesetengah pimpinan Pas sudah tidak relevan dan menjadi pilihan mereka lagi dan saat ini sebuah parti baharu seperti digagasakan GHB mengambil alih kekuasaan.

Kesimpulannya, majlis GHB malam kelmarin meskipun bukan satu ancaman dalam konteks Kelantan, tetapi ia tetap perlu diberi perhatian dan usah memandang remeh kepada kewujudnnya. Ingatlah sesuatu yang kecil itu bermula dari sebuah kumpulan kemudian ia akan membentuk gelombang. Yang akan menenggelamkan mana-mana kuasa hatta kerajaan Pas berusia 25 tahun itu ialah gelombang yang mulanya kecil itu kemudian bertukar menjadi besar itu.

Tony Pua hanya perlu mengaku atau nafi jumpa Justo

Posted: 22 Jul 2015 04:55 AM PDT

 
Tindakan Tony Pua mencabar balik wakil rakyat BN tidak mengambarkan integritinya sebagai seorang Ahli Parlimen.


sharir-abdul-samad_tony-pua_600



KUALA LUMPUR: Tan Sri Sharir Abdul Samad mempersoal tindakan Tony Pua yang mencabar kembali Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menamakan dirinya bertemu dengan bekas Eksekutif Petrosaudi International Ltd, Xavier Andre Justo di Singapura.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu berkata, tindakan tersebut adalah seperti 'budak-budak' dan langsung tidak menggambarkan integriti sebagai seorang Ahli Parlimen.

"Cabar mencabar ni cerita budak-budak, kalau orang kata saya jumpa Arul, saya cakaplah, apa salahnya saya jumpa Arul, kalau tak jumpa, cakap tak jumpa, ini cabar pula suruh cakap, cakap jelah bukan saya yang jumpa, apa pasal yang perlu jadi macam budak-budak?

"Kalau saya yang jumpa Justo, saya akan cakap. Saya akan mengaku seperti saya pergi jumpa Arul, orang kata pengerusi BNBBC pergi jumpa Arul, apa pula konspirasi dia kan, jadi sebagai ahli parlimen kena ada integriti, kalau buat sesuatu, dan akhirnya kalau orang akan tahu, orang akan tahu juga," katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Parlimen di perkarangan Bangunan Parlimen pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata tidak menjadi kesalahan sekiranya beliau sebagai Ahli Parlimen pembangkang bertemu dengan Justo yang dikatakan banyak menyimpan rahsia kerajaan.

Namun masih menjadi tanda tanya apabila Tony Pua tidak menafikan perkara tersebut sehingga hari ini.

Katanya, tindakan Tony Pua yang juga merupakan ahli PAC turut dipersoal integritinya apabila menentang menentang keras isu 1MDB.

"Saya awal-awal dah minta Tony Pua untuk mengecualikan dirinya daripada PAC, saya menggunakan bahasa lembut, seperti dia mengetahui lebih banyak tentang tuduhan terhadap 1MDB, bila saya gunakan bahasa tu bermakna itu bahasa yang berlapik lah.

"Integriti dia sebagai ahli parlimen DAP, ahli parlimen pembangkang, memang nak cari kesalahan, nak cari bukti, kita faham, tapi bila dia duduk sebagai ahli PAC, kita akan persoalkan integriti dia, kerana ia akan melibatkan integriti PAC," jelasnya.

Tun M berlakon filem

Posted: 22 Jul 2015 04:53 AM PDT

 
Tun M muncul dalam lima babak dalam filem berjudul Kapsul yang bakal ditayangkan pada 17 September depan.


mahathir_kapsul_600



PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi bintang filem apabila beliau bakal muncul dalam lima babak menerusi filem berjudul `Kapsul'.

Filem tersebut yang akan ditayangkan di pawangam-pawagam seluruh negara pada 17 September depan akan menggandingkan bekas Perdana Menteri Keempat itu dengan pelakon utama Faizal Hussein.

Penerbit filem berkenaan, Amru Najmi Osman berkata, penampilan Dr Mahathir dalam filem itu tiada kaitan dengan keadaan politik semasa.

Katanya, kemunculan bekas pemimpin yang pernah menerajui negara selama 22 tahun itu melengkapkan jalan cerita filem tersebut.

"Saya percaya penampilan Tun M memberi impak kepada keseluruhan filem ini kerana ia punya mesej tersendiri dan bukan sekadar filem kosong," katanya yang dipetik daripada Harian Metro Online.

Menurut Amru lagi, Dr Mahathir bersetuju membintangi filem itu disebabkan jalan ceritanya memaparkan perjuangan bangsa Melayu sejak zaman dulu.

Filem tersebut diterbitkan menerusi syarikat produksi Two Tones Sdn. Bhd.

Filem yang menjalani penggambaran pada tahun lepas itu adalah hasil intepretasi Allahyarham Martis Mohd Ali.

Jalan cerita filem tersebut adalah mengesahkan bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan yang tercatat mengenai amanat Dr Mahathir menjelang tahun 2020.

Dalam filem itu, Dr. Mahathir terbabit dalam lima babak termasuk dia berdialog dengan pelakon Faizal Hussein

Ramesh Rao, Lester Melanyi bakal buat pendedahan baru

Posted: 22 Jul 2015 04:36 AM PDT

 
Satu sidang media khas akan diadakan pada Sabtu ini untuk membuktikan penipuan Sarawak Report terhadap 1MDB dan Perdana Menteri.


ramesh-rao_Lester_600



PETALING JAYA: Ramesh Rao Krishnan Naidu akan mengadakan sidang media khas pada Sabtu ini bersama Lester Melanyi bagi membongkar penipuan Sarawak Report mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ramesh, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia (PMSP) berkata, peluang itu juga akan diguna untuk menjelaskan dengan lebih lanjut pendedahan yang dibuat Melanyi sebelum ini.

"Satu sidang media akan diadakan Sabtu ini. Lester Melanyi akan berada di Kuala Lumpur minggu hadapan.

"Kita biarkan siasatan lanjut yang sedang dilakukan oleh polis mengenai dakwaan Lester yang sebelum ini mendakwa berjumpa dengan warga Switzerland, Xavier Andre Justo yang ketika ini disiasat polis Thailand berhubung dakwaan ugutan," katanya dalam satu sidang media.

Katanya, sidang media itu juga akan mendedahkan lebih terperinci mengenai pertemuan antara Lester dengan Justo.

"Kita tidak boleh tunggu lagi, pendedahan ini bagi memberikan bukti yang kukuh bahawa memang ada bukti penglibatan pembangkang dalam konspirasi memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya lagi.

Ramesh Rao berkata, dua bahagian video lagi akan dikeluarkan pada masa sesuai yang kemungkinan besar pada minggu hadapan.

Dalam pendedahan baru-baru ini menerusi video terkini berdurasi enam minit, Lester Melanyi mendakwa menemui Justo yang ketika ini disiasat polis Thailand berhubung dakwaan ugutan.

Katanya, dia bertemu Justo di London "dua atau tiga kali" pada 2012 dan 2013 dan percaya bekas Eksekutif PetroSaudi tidak mengubah sebarang dokumen yang didakwa dicuri daripada bekas majikannya.

Bagaimanapun, dia mendakwa Justo menemui pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan menyerahkan hanya 10 peratus dokumen yang diperolehnya.

"Baki 90 peratus lagi direka rakyat Malaysia, pembangkang. Dia tidak mengusiknya. Pereka web di London memang mahir. Jika anda meminda menghasilkan wang, ia dapat dilakukan dan kelihatan asli," kata Lester.

Katanya, pereka web yang memalsukan dokumen untuk misi Sarawak Report itu bagi meletakkan kesalahan jenayah pada Perdana Menteri.

Lester berkata, Justo seorang lelaki yang mudah disenangi dan dia tidak percaya warga asing itu melakukan jenayah sedemikian, juga tidak mungkin Rewcastle-Brown membayar Justo untuk membocorkan maklumatkan kepadanya.

Rafizi, Tony Pua disenarai hitam, tidak dibenar keluar negara

Posted: 22 Jul 2015 04:34 AM PDT

 
Rafizi tidak menolak kemungkinan akan ditahan polis bersama Tony Pua ekoran pendedahan video Lester Melanyi.


rafizi,-tony-pua



PETALING JAYA: Rafizi Ramli dan Tony Pua dihalang daripada meninggalkan negara ini dipercayai ada kaitan dengan siri pendedahan 1MDB oleh Sarawak Report dan The Wall Street Journal (WSJ).

Naib Presiden PKR, Rafizi berkata, tidak menolak kemungkinan akan ditahan polis bersama-sama dengan Tony Pua berdasarkan fitnah yang disebarkan melalui video Lester Melanyi.

"Saya baru sahaja dimaklumkan tentang halangan meninggalkan negara yang dikenakan Tony Pua atas penglibatannya mendedahkan skandal 1MDB.

"Susulan itu, saya telah menyemak status saya di laman web Jabatan Imigresen Malaysia dan mendapati status senarai hitam saya adalah sama seperti status Saudara Tony Pua.

"Saya syak turut disenarai hitam dan tidak dibenarkan keluar dari Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media.

Ahli Parlimen Pandan turut mendakwa video yang disebarkan oleh Lester Melanyi adalah konspirasi jahat untuk menutup mulut beliau, Tony Pua, Sarawak Report dan The Edge.

"Daripada hari pertama perkara ini disebarkan, saya telah menyatakan bahawa tuduhan itu adalah sebahagian dari konspirasi jahat untuk menutup mulut kami," katanya.

DAP tidak nafi akan sumbang dana kepada GHB

Posted: 22 Jul 2015 04:31 AM PDT

 
DAP menyokong perjuangan GHB yang berpaksi kepada Islam sederhana dan inklusif dan disertai kumpulan progresif bukannya ulama.


lim-kit-siang_harapan_pkr_600



KUALA LUMPUR: DAP tidak menolak dakwaan parti itu akan menyalurkan dana kepada Gerakan Harapan Baharu (GHB) untuk menubuhkan parti baru bagi menggantikan Pas.

Ini kerana, DAP menyokong perjuangannya yang berpaksi kepada Islam sederhana dan inklusif di samping pemimpin yang terlibat dalam GHB adalah kumpulan progresif bukannya ulama.

Bagaimanapun, penasihat DAP, Lim Kit Siang memberitahu, isu itu tidak perlu diperbesarkan.

"Kita sendiri perlu dana, siapa yang hulur tangan untuk menderma kita terima. Kita beri dana kepada sesiapa itu tidak perlu dibangkit," kata Pengerusi DAP, Lim Kit Siang pada majlis Rumah Terbuka Parlimen di perkarangan Bangunan Parlimen pada Rabu.

Sebelum ini, Pengerusi GHB, Mohamad Sabu menegaskan GHB tidak menerima sumbangan dana daripada DAP.

Mengulas pembentukan muafakat pembangkang yang baru bagi menggantikan Pakatan Rakyat, Kit Siang berkata, ia masih di peringkat perbincangan yang akan menggabungkan PKR, DAP dan GHB.

Imigresen halang Tony Pua ke luar negara, tak beri apa-apa sebab

Posted: 22 Jul 2015 04:21 AM PDT

unnamed

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, yang sudah membeli tiket penerbangan dan mempunyai pasport yang sah, terkejut kerana dihalang menaiki pesawat di lapangan terbang KLIA2 untuk ke Indonesia petang tadi.

Beliau mahu ke Jogjakarta untuk melihat senario seni di sana bagi Penang Arts District Project.

"Saya telah menempah tiket penerbangan ke Jogja pada jam 3.15 petang dan telah pun "checked in" tetapi apabila tiba di kaunter Imigresen, saya telah ditahan oleh seorang pegawai kanan Imigresen.

"Saya diberitahu bahawa saya tidak boleh keluar dari Malaysia atas arahan 'orang atas', tetapi tiada sebab dan alasan diberikan mengapa saya tidak boleh keluar dari Malaysia," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Tambah beliau, pegawai Imigresen mencadangkan kepadanya agar membuat rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri.

Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan berkata, beliau hairan kerana tidak dimaklumkan apa tentang hal itu, malah beliau bukan sedang disoal siasat untuk sebarang kes yang boleh menyebabkan dihalang daripada meninggalkan negara.

"Saya hanya boleh agak-agak sahaja, mungkin ia ada kena-mengena dengan kritikan saya terhadap 1MDB…Untuk sebab-sebab yang lain, saya harap (Menteri Dalam Negeri) Datuk Seri Zahid Hamidi boleh jawab.

"Setakat ini saya percaya, saya tidak melakukan sebarang jenayah dan apa yang apa berlaku hari ini merupakan tindakan yang melanggar hak saya sebagai rakyat Malaysia untuk bergerak bebas," ujarnya.

Katanya, beliau akan berunding dengan peguamnya untuk melihat kemungkinan memfailkan saman terhadap kerajaan yang telah menghalangnya daripada meninggalkan negara ini tanpa sebab serta tanpa proses yang betul. – Roketkini.com


GHB parti golongan `tiada harapan’ – Md Alwi

Posted: 22 Jul 2015 04:10 AM PDT

ADNAN MOHAMAD

 

alwi
Md Alwi menegaskan PAS bukan musuh politiknya dan hanya lawan di dalam arena politik, kerana itu, baginya, PAS perlu disokong oleh orang Islam, begitu juga kumpulan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Foto: fail TRP 



KOTA BHARU, Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad menyifatkan parti Gerakan Harapan Baharu (GHB) hanyalah parti untuk golongan yang `sudah tidak ada harapan'.


Bagaimanapun, beliau membayangkan kebebasan untuk golongan terbabit berbuat demikian kerana Malaysia adalah negara demokrasi dan mereka bebas membuat pilihan, iaitu samada kekal dalam PAS atau menyertai GHB.

Mengulas mengenai kumpulan G18 yang bakal menubuhkan parti baru dan keluar PAS, Md Alwi bagaimanapun sambil berseloroh berkata, bukannya jatuh murtad sekiranya kumpulan terbabit keluar daripada PAS.

"Sejak dahulu lagi saya katakan yang Islam bukan PAS dan mereka yang ingin memilih GHB dipersilakan.

"Bagi saya GHB ini adalah untuk mereka yang sudah tidak ada harapan," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri di rumahnya malam tadi.

Mengulas mengenai bai'ah yang dikatakan pernah dibuat oleh segelintir ahli parlimen PAS sebelum ini, Md Alwi mengakui, dia sebenarnya tidak mengetahui dengan lebih mendalam mengenai aku janji berkenaan.
Sehubungan itu, beliau enggan mengulas lanjut mengenainya bagi mengelakkan berlaku kekeliruan.

Namun begitu katanya, sekiranya betul golongan terbabit ada membuat aku janji, maka, mereka seharusnya terima kifarahnya.

"Semua mereka ini (G18) adalah orang yang cerdik pandai dan tahu selok belok agama. Saya sendiri sebenarnya sedih dengan apa yang berlaku.

"Saya sendiri sebenarnya hargai apa yang PAS lakukan. PAS bukan musuh politik saya dan hanyalah lawan di dalam arena politik. Bagi saya, PAS perlu disokong oleh orang Islam malah kumpulan Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu disokong," katanya.

Jelasnya, dia sendiri memilih UMNO kerana banyak perkara boleh dilakukan menerusi parti terbabit dan niat mesti betul.

"Sebab itulah saya sentiasa berpesan kepada ahli supaya mesti ada integriti dan sentiasa mengukur baju di badan sendiri. Sekiranya berasa diri menjadi beban kepada masyarakat, tanyalah diri," katanya.
Pada 13 Julai lalu, beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti melancarkan GHB bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.

Berdasarkan cadangan awal, GHB dipengerusikan Mat Sabu, manakala anggota jawatankuasa interimnya terdiri daripada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib; bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar; bekas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Difahamkan, anggota kumpulan terbabit kemungkinan akan berundur secara terhormat dari PAS jika penubuhan parti baharu itu menjadi kenyataan kerana dalam perlembagaan PAS tidak membenarkan menjadi anggota dua parti.

PAS Pulau Pinang pantau Mat Sabu

Posted: 22 Jul 2015 04:07 AM PDT

ZALINAH NOORDIN

 

fauzi
Fauzi Mohd Yusof berkata, adalah tidak adil untuk Mohamad terus berada di dalam PAS. - Foto ihsan Facebook PAS Pulau Pinang.



GEORGETOWN, PAS Pulau Pinang akan mempertimbangkan untuk memantau pergerakaan bekas Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu dan tidak teragak-agak untuk mengheretnya ke lembaga disiplin parti.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata, adalah tidak adil untuk Mohamad terus berada di dalam PAS sedangkan beliau sedang berusaha menubuhkan sebuah parti baru, Gerakan Harapan Baru (GHB) kerana ia akan mengelirukan ahli-ahli PAS.

Beliau juga meminta Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu supaya berhenti mengkritik PAS hanya disebabkan beliau telah menubuhkan parti baru.

"Dia boleh buat apa sahaja dalam GHB, tetapi jangan heret PAS sekali.

"Apa guna beliau terus berada di dalam PAS sedangkan beliau telah membentuk satu parti baru," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post di sini, hari ini.

Mat Sabu sebelum ini dilaporkan penubuhan parti serpihan PAS yang dipanggil GHB itu merupakan satu bentuk pembaharuan dalam PAS bagi memastikan ia terus kekal relevan.

Jelasnya, pendekatan baru diperlukan untuk menarik kembali sokongan rakyat kerana PAS ketika sudah tidak lagi relevan.

Fauzi juga mengulangi kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini bahawa mengikut prosedur, PAS sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Mat Sabu.

Mat Sabu ketika melancarkan GHB baru-baru ini berkata, parti baru itu akan mengambil pendekatan Islam secara holistik iaitu inklusif, progresif dan komited untuk memberi keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Mat Sabu dalam pemilihan parti itu awal Jun lalu tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden ditangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dengan majoriti 602 undi.

Mat Sabu yang memegang jawatan tersebut selama dua penggal sejak 2011 hanya mendapat 279 undi berbanding lawannya 881 undi.

Papagomo Original ditangkap di Perak

Posted: 22 Jul 2015 04:05 AM PDT

SM AMIN

 

twit IGP
Twitter KPN berkenaan penangkapan 'Papagomo Original' di Perak.



KUALA LUMPUR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menangkap pemilik akaun laman sosial Facebook 'Papagomo Original' di Perak, hari ini.


Perkara itu didedahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di dalam laman sosial Twitter beliau.

"Syabas JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) D5 @PDRMsia berjaya tangkap Papagomo Original di Perak," katanya ringkas.

Terdahulu, Khalid dalam sidang medianya pagi tadi berang dan menggelarkan Papagomo Original itu 'beruk'.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan pemilik akaun itu yang memuat naik dua 'screenshot' perbualan WhatsApp kononnya antara antara Khalid dan Papagomo.

Menurut perbualan itu, Khalid dikatakan telah meminta rasuah sebanyak RM20,000 daripada Papagomo untuk lepaskan beliau yang dikatakant erlibat dalam kes pergaduhan di Plaza Low Yat baru-baru ini.

"Saya tidak pernah WhatsApp dengan beruk ini," katanya.

Video rompakan tersebar, polis buru suspek

Posted: 21 Jul 2015 05:54 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Polis sedang memburu empat suspek yang dirakam oleh kamera kerana melakukan rompakan di sebuah kedai runcit di sebuah pekan kecil di Sagil, Johor.

Seorang jurucakap polis mengesahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai rompakan itu kini tersebar meluas di media sosial, sebagai asli dan polis sedang menggiatkan usaha untuk menangkap dalangnya.

Permulaan video itu menunjukkan salah seorang suspek masuk ke dalam kedai, dan meninggalkan satu botol di atas kaunter sebelum beredar.

Kemudian, suspek itu memasuki semula kedai itu, kemudiannya keluar dan masuk semula, kali ketiga diikuti tiga lagi rakannya.

Dua daripada suspek bersenjata apabila dilihat muncul bersama sama ada batang tebu atau buluh, yang mana kemudiannya mereka menggunakan untuk mengugut pasangan warga emas yang mengusahakan kedai tersebut.

Mereka juga dirakam menyerang seorang lelaki tua dengan batang tersebut sebelum mengarah-arah lelaki berkenaan.

Semasa serangan itu berlaku, salah seorang suspek kelihatan sedang mengosongkan peti wang tunai.

Malaysiakini sedang menunggu maklum balas lebih lanjut kes tersebut daripada respon pertanyaan kepada polis.

VIDEO l 1.35 min

'Siapa dalang di belakang Lester Melanyi?'

Posted: 21 Jul 2015 05:43 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa pihak berkuasa mencari dalang di belakang percubaan Lester Melanyi untuk mengaitkan beberapa pemimpin pembangkang dalam dakwaan memalsukan dokumen berkaitan 1MDB.

Ini susulan pendedahan terbaru berkaitan kesilapan dalam video pengakuan Lester yang mana sekeping gambar individu yang tiada kaitan dengan Sarawak Report yang digambarkan sebagai "pereka web".

Lester menuduh individu itu yang dikenali sebagai James Stewart Stephens, bertanggungjawab terhadap dakwaan 90 peratus dokumen yang direka-reka, yang digunakan oleh laman web pendedah maklumat itu untuk mengaitkan 1MDB.

Menurut Malay Mail Online, gambar yang dikeluarkan oleh Lester pada hakikatnya dikenali James Stewart, yang bekerja dengan rangkaian keretapi Abellio Greater Anglia di United Kingdom.

Syarikat tersebut menolak dakwaan bahawa Stewart sebagai pemalsu.

Mengulas perkara tersebut, Rafizi berkata jelas bahawa pengakuan Lester Melanyi itu palsu dan bermotif keuntungan kepada dirinya selepas beliau sendiri mengakui menerima wang untuk menghasilkan video itu.

"Saya juga percaya bahawa pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia wajar menyiasat Lester Melanyi untuk mengetahui siapa dalang di belakangnya yang membayar Lester Melanyi untuk menyebarkan tuduhan palsu kerana tuduhan-tuduhan itu mengganggu siasatan skandal 1MDB yang sedang berjalan sekarang," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata Menteri Kabinet Datuk Abdul Rahman Dahlan, pemimpin yang pertama mendedahkan dakwaan Lester, sepatutnya meminta maaf kerana menjaja "pengakuan" Lester  kepada umum.

"Dengan pendedahan pada hari ini bahawa dakwaan Lester Melanyi tentang kewujudan seorang jurugrafik pakar yang membuat dokumen palsu itu rekaan Lester Melanyi semata-mata, wajarlah Datuk Abdul Rahman Dahlan tampil meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana beliau sendiri membawa berita palsu yang tidak disemak kesahihannya untuk mengelirukan rakyat mengenai skandal 1MDB," katanya.

Video pengakuan Lester digunakan oleh Rahman untuk untuk menimbulkan kesangsian terhadap integriti Sarawak Report.

Rahman mendakwa bahawa Lester pernah bekerja dengan laman web itu.

Antara isu-isu lain, Rahman berkata Lester telah menghasilkan pengakuan oleh editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown bahawa beliau telah memalsukan dokumen.

Akhirnya, Rewcastle menghasilkan dokumen untuk menunjukkan bahawa Lester memetik beliau di luar konteks dan dia tidak pernah bekerja dengan Sarawak Report, sebaliknya pernah berkhidmat singkat dengan organisasi Radio Free Sarawak.

The Edge sedia pertahan laporan tentang 1MDB

Posted: 21 Jul 2015 05:37 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


The Edge sedia mempertahankan artikelnya berhubung firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di mahkamah walaupun ia masih belum disaman.

"Kami bersedia ke mahkamah untuk mempertahankan apa yang kami siarkan, tetapi sehingga sekarang tiada seorang pun yang mengheret kami ke mahkamah.

"Kami mempertahankan apa yang kami siarkan. Kami mahu mengulangi apa yang kami katakan sebelum ini dan bahawa kami berdiri teguh dengan semua artikel yang kami siarkan berkaitan Jho Low dan 1MDB," kata akhbar kewangan itu dalam nota editorial hari ini.

Nota tersebut turut disertai cerita mengenai kenyataan 1MDB semalam, yang menyelar The Edge kerana didakwa 'laporan yang tidak bertanggungjawab.

Semalam The Edge Financial Daily menyiarkan pendedahan secara terperinci dalam empat muka surat yang mendakwa bahawa Jho Low dan PetroSaudi International menyalurkan RM1.83 bilion daripada 1MDB melalui syarikat kerjasama 1MDB-PetroSaudi.

Sementara 1MDB menafikan dakwaan yang dibuat dalam laporan tersebut sebafai tidak berasas dan dakwaan yang dikitar semula.


IGP: Hentikan himpunan 'S'wak Freedom' esok

Posted: 21 Jul 2015 05:36 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Penganjur kepada perhimpunan #722 Sarawak Freedom And Independent Walk yang dijadual diadakan di Kuching esok dinasihat supaya menghentikannya atas faktor keselamatan.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis menerima maklumat bahawa terdapat pihak yang merancang untuk menggunakan perhimpunan itu sebagai platform untuk menghasut dan membangkitkan sentimen rakyat Sarawak agar keluar daripada Malaysia.
  
"Tindakan menghasut ini jelas bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penganjur dan anggota jawatankuasanya demi menjaga kesehjahteraan rakyat dan kedaulatan negara," katanya dalam satu kenyataan.-Bernama

Tiada pekerja 1MDB ditahan reman

Posted: 21 Jul 2015 05:30 PM PDT

1MDB
1Malaysia Development Berhad
 
 
SHAH ALAM – Syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam satu kenyataan hari ini mengulangi komitmen untuk memberi kerjasama penuh dalam siasatan yang sedang dijalankan terhadap syarikat itu.

Melalui kenyataan sama, 1MDB turut menjelaskan bahawa tiada pekerjanya yang ditahan reman setakat ini.

"1MDB mengambil maklum mengenai laporan media terhadap individu yang telah ditahan reman oleh mahkamah majistret berhubung dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh Pasukan Petugas. Tiada pekerja 1MDB berada di bawah tahanan reman.

"1MDB mengulangi komitmen kami untuk memberikan kerjasama penuh kepada semua pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB," kata kenyataan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB: Ahli lembaga pengarah syarikat kena reman]

Hari ini, seorang pengarah sebuah syarikat swasta direman empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan membabitkan akaun 1MDB.

Majistret Lau Eric mengeluarkan perintah untuk menahan reman lelaki berusia 39 tahun itu sehingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM.

Lelaki itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam tadi oleh pasukan petugas khas yang menjalankan siasatan berhubung akaun 1MBD.

Suspek yang memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga, tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira 8.30 pagi dan diwakili peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.


1MDB: Dow Jones masih gagal beri pengesahan

Posted: 21 Jul 2015 05:25 PM PDT

SINAR HARIAN


1MDB WSJ



KUALA LUMPUR - Penerbit The Wall Street Journal (WSJ), Dow Jones hari ini masih gagal untuk memberi pengesahan berhubung pendiriannya dalam artikel yang mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak menyelewengkan wang hampir US$700 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketika dihubungi pemberita, peguam Wan Azmir Wan Majid daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili perdana menteri, berkata tempoh 14 hari yang diberi kepada Dow Jones untuk menjawab surat pengesahan berhubung pendiriannya itu berakhir hari ini.
  
Beliau juga berkata surat pengesahan yang dihantar pada 8 Julai lepas kepada penerbit WSJ itu masih belum dijawab sehingga kini.
  
Ketika ditanya tindakan yang akan diambil sekiranya Dow Jones enggan memberi sebarang jawapan berhubung perkara itu, Wan Azmir berkata perdana menteri mempunyai beberapa pilihan undang-undang yang akan diputuskan kemudian.
  
"Ia adalah kerana keengganan Dow Jones memberi sebarang jawapan atau penjelasan berhubung dakwaannya yang secara berhati-hati diperiksa berhubung aspek undang-undang dan faktanya yang disiarkan baru-baru ini," kata peguam itu.

Pada 8 Julai lepas, perdana menteri melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak telah menghantar surat kepada Dow Jones meminta pengesahan tentang pendiriannya berkaitan dakwaan dalam artikel-artikel yang disiarkan pada 2 dan 6 Julai.
  
Artikel-artikel itu didakwa dikeluarkan, diterbit dan disebarkan melalui laman portal WSJ iaitu www.wsj.com. - Bernama  

Rumah terbuka hari raya Plaza Low Yat belum sahih

Posted: 21 Jul 2015 05:22 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pihak pengurusan Plaza Low Yat hari ini menganggap cadangan majlis rumah terbuka hari raya yang didakwa dianjurkan bersama MCA di premis mereka sebagai maklumah yang "belum disahkan".

Pegawai Komunikasi Plaza Low Yat, Gary Lam berkata, maklumat yang tersebar di media sosial mengenai majlis itu belum dapat dibuktikan.

"Kami ingin menjelaskan bahawa ia belum disahkan pihak pengurusan Plaza Low Yat," katanya.

Dalam kenyataan sama Lam juga meminta orang awam mengabaikan mesej mengenai majlis berkenaan dan tidak menyebabkan kekeliruan dengan menyebarkan kepada pihak lain.

"Kami akan mengedarkan kenyataan rasmi dan tepat mengenainya sebaik saja mendapat pengesahan sebarang butiran mengenainya," kata Lam.

Kenyataan itu dibuat ekoran laporan mendakwa Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mencadangkan supaya Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengadakan sambutan rumah terbuka di Plaza Low Yat.

Pusat perniagaan itu menjadi tumpuan dan kekecohan pada 12 Julai lalu ekoran dakwaan berlaku kecurian telefon bimbit dan pergaduhan.

Laporan menyatakan sejak insiden itu perniagaan di plaza berkenaan tidak serancak biasa.

Sementara itu dalam sidang medianya, Liow berkata MCA akan mencari jalan membantu peniaga di pusat beli-belah berkenaan.

"MCA akan berhubung dengan mereka untuk butiran lanjut mengenainya," kata beliau.

Liow juga tidak menyebut mengenai majlis rumah terbuka dalam sidang media berkenaan, sebaliknya memberitahu, MCA akan mengadakan dialog dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya tindakan sewajarnya diambil bagi melindungi keselamatan orang awam. 


'Misteri' pertemuan Lester, Justo di London

Posted: 21 Jul 2015 05:17 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Lester Melanyi mendakwa sebahagian besar dokumen mengenai 1MDB yang tersebar kepada umum sudah diubah suai bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak.

Dia juga mendakwa bertemu bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo "dua atau tiga kali" di London antara 2012 dan 2013.

Namun berdasarkan maklumat diperoleh, Lester diisytiharkan bankrap dan mengikut peraturan, seseorang yang berstatus begitu tidak boleh meninggalkan negara.

Malaysiakini membangkitkan isu itu ketika berhubung dengan Lester melalui aplikasi WhatsApp.

Malaysiakini: Anda mendakwa bertemu Justo di London, anda diberi kebenaran Jabatan Insolvensi untuk meninggalkan negara dengan status anda yang bankrap?

Lester Melanyi: Tolong buat semakan.

Malaysiakini: Kami memperoleh maklumat daripada Jabatan Insolvensi.

Lester Melanyi: Saya tahu.  Soalan pintar untuk memerangkap penipu. Anda semak bila saya di London dan bila saya diisytihar bankrap.

Malaysiakini: Bila anda diisytihar bankrap?

Lester Melanyi: Tak apalah, kawan...

Semakan Malaysiakini mendedahkan Lester diisytihar bankrap pada Jun 2012.


Nik Abduh: YB PAS tak boleh langgar bai'ah

Posted: 21 Jul 2015 05:11 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz mengingatkan wakil rakyat PAS bahawa mereka tidak boleh melanggar bai'ah (sumpah janji setia) jika berhasrat mahu meninggalkan atau keluar parti.

Katanya, calon atau wakil rakyat tersebut "menerima amanah" daripada parti sebagai wakil rakyat dengan janji setia memegang amanah bersama PAS.

"Bai'ah ini tidak boleh dilanggar. Mereka telah mengambil daripada PAS, bukan memberi kepada PAS.

"Jika mahu langgar, hantar balik apa yang mereka ambil daripada PAS. Selepas itu, urusan mereka adalah dengan Allah," tulis beliau dalam Facebooknya hari ini.

Kenyataan Nik Abduh itu dibuat di kala rancangan kumpulan progresif dalam PAS - sebahagian mereka menjadi wakil rakyat - yang tekad mahu menubuhkan parti baru selepas disingkirkan pada muktamar bulan lalu.

Sehubungan itu, Nik Abduh mencabar wakil rakyat parti itu yang mahu melanggar sumpah itu supaya mencari fatwa yang membenarkan pelanggaran bai'ah itu dilakukan.

"Carilah fatwa dari serata dunia untuk membenarkan perlanggaran bai'ah oleh wakil rakyat PAS dan laksanakan jika berani.. No hal," katanya yang juga anak lelaki Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun Nik Abduh berkata bai'ah ahli PAS kepada parti itu boleh ditarik balik jika mereka mahu keluar parti.

"Ia bermaksud ahli memberi kesetiaan mereka kepada PAS," kata anggota parlimen Pasir Mas itu.

"Bai'ah ini boleh ditarik balik jika ahli itu mahu keluar PAS. Itu hak ahli. Caranya, tanyalah ahli ilmu," katanya lagi.


Harapan Baru sukar bertahan kerana pemimpin kecewa

Posted: 21 Jul 2015 05:08 PM PDT

SINAR HARIAN



Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
Dr Mohammad Agus


SHAH ALAM – Nasib parti politik baharu, Gerakan Harapan Baru dijangka berakhir seperti mana-mana parti serpihan lain yang pernah wujud sebelum ini, lebih-lebih lagi apabila ia ditubuhkan oleh bekas pemimpin Pas yang kecewa pada pemilihan lalu.

Demikian kata penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang tidak menolak kemungkinan itu meskipun ia membawa agenda kepada perubahan politik negara.

"Sukar untuk dinyatakan...tetapi dilihat kepada semangat golongan kelas pertengahan dan anak muda yang mahukan perubahan politik serta masalah yang dihadapi oleh kepemimpinan Umno sekarang.

"Boleh kekalkah Harapan Baru? Sejarah menunjukkan sukar bagi parti serpihan kekal kuat. Berjasa, Hamim dan S46 tak mampu bertahan," katanya dalam tulisan terbaru di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga berkata, kemunculan Harapan Baru selepas berakhirnya Muktamar Pas Pusat akan melalui laluan sukar kerana tidak kena pada masa dan tempatnya.

"Masa Harapan Baru digerakkan tidak tepat. Ini kerana ia ditubuhkan selepas pemilihan Pas dan ditubuhkan oleh mereka yang tewas. Tempat juga pelancaran tidak kena. Banyak ceramah bermula di Kelantan.

"Mengapa ditumpu pada kawasan kuat Pas? Mengapa tidak dilancarkan di tempat di luar Kelantan atau di kawasan Melayu yang lain. Lebih meriah lagi kalau dilancarkan di Sabah dan Sarawak," ujarnya.

Tambah beliau, biarpun pemimpin progresif Pas yang kecewa ini merupakan tokoh hebat, namun mereka dibayangi dengan kontroversi dengan sejarah masing-masing.

Katanya lagi, sumber kewangan yang terhad juga tidak membolehkan Harapan Baru terus bertahan dalam senario politik hari ini.

"Tanpa sumber kewangan, Harapan Baru sukar bertahan. Stamina mudah habis tanpa sumber yang mencukupi.

"Berpolitiklah secara sihat. Jangan bawa budaya caci maki, keji mengeji dan label melabel," katanya lagi.


Jumpa Tok Guru di lubang kubur, kata Nik Abduh

Posted: 21 Jul 2015 05:04 PM PDT

Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB 
 
 
KOTA BHARU - Nik Abduh Nik Abduh Aziz mengecam sesetengah bekas pimpinan Pas yang menggunakan nama ayahandanya yang juga bekas Mursyidul Am Pas  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menghalalkan tindakan menubuhkan parti baru.

Ketua Pemuda Pas itu berkata, tindakan itu seolah-olah menipu diri sendiri dan ahli Pas sudah pasti menyedari pemimpin berkenan tidak bercakap benar.

"Ahli Pas tahu mereka sedang bercakap bohong, jumpa Tuan Guru di lubang kubur nanti,"katanya ringkas kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu  Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, walaupun Allahyarham Nik Abdul Aziz sentiasa menyokong penuh PR tetapi tidak pernah menggadaikan prinsip yang dipegangnya.

"Pada saya tidak wajar menggunakan nama tokoh yang meninggal dunia untuk menyokong pendirian kita apatah lagi pendirian tersebut untuk menghancurkan parti itu sendiri,"katanya yang pernah menjadi setiausaha Akhbar Nik Abdul Aziz dari 2010 hingga 2013.

[ARTIKEL BERKAITAN: Harapan Baru ikut nasihat Nik Aziz‎]

Dalam nada sindiran kepada Gerakan Harapan Baru, Ahmad Fadhli berkata,  sikap berprinsip dan tidak mudah putus asa tunjang kepada perjuangan Nik Abdul Aziz seperti mana isu perlaksanaan hudud.

"Allahyarham menyokong penuh tindakan dan hasrat kerajaan negeri untuk meneruskan perjuangan menguatkuasakan hudud selepas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan pusat akan memberi laluan kepada Kelantan.

"Bukan isu mempercayai janji kerajaan pusat tetapi untuk membuktikan komitmen Kelantan dan Pas yang tidak pernah undur di dalam isu ini (hudud).

"Malah, Tok Guru pernah menyatakan bahawa jika hudud menyebabkan DAP keluar PR, hasrat itu tetap diteruskan kerana ia merupakan dasar perjuangan parti ini (Pas),"katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fahdli mencadangkan agar Pas melucutkan keahlian pemimpin veteran Pas Kelantan,  Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang merupakan kerana secara terang-terangan  menyerang Pas ketika berucap dalam satu majlis penerangan Harapan Baru baru-baru ini.


Tiada ulasan: