Selasa, 21 Julai 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Semua Aspek Pembelaan Najib dan 1MDB adalah himpunan pendustaan dan Courtier Propaganda.

Posted: 21 Jul 2015 01:59 AM PDT

sakmongkol.blogspot.com




    Atau- every aspect of the defense of Najib is an accumulation of lies and courtier propaganda.

    Kita sudah tahu kerajaan telah menyekat akses kepada portal berita Sarawak Report. Rahman Dahalan menteri perumahan dan pembela Najib nombor wahid, mempertahankan tindakan kerajaan.

    Dengan jawatan pengarah komunikasi stratejik nya, Rahman Dahalan segera menggerhanakan pengampu2 lain seperti speaker Sabah- Salleh Said Keruak dan pemimpin2 kelas 3 cheap matinee wayang gambar UMNO.

    Dia menyebut perihal patutnya tindakan tersebut kerana Sarawak Report menyiarkan berita palsu dan fitnah.   Bagaimana dia sampai  kepada konklusi ini? Kita cabar dia- buktikan kepalsuan dan fitnah tersebut.

    Respons yang dilakukan oleh Rahman Dahalan  dan Menteri Penerangan Sahabery Chik- adalah response thuggish dari orang yan bersikap gangster sebab mereka ada kuasa.

     Kuasa fisikal mereka ada tapi kuasa meyakinkan minda, tidak ada.

   Atas asas apa Rahman Dahalan membuat konklusi demikian? Atas pengakuan seorang yang orang Sarawak tahu tak boleh pakai- bernama Lester Melanyi . ini dalil Rahman Dahalan.

    Tapi tidak mengapa- kebodohan bukan suatu jinayah. Kita biarkan lama mana labu Rahman Dahalan boleh bertahan. Kita biarkan Rahman Dahalan tenggelam dengan labu2 nya. Malah jika Rahman fumble, pemimpin UMNO lain menyukai nya.

    Kita tahu UMNO- kalau mereka tidak kelahi dengan parti lain, mereka  kelahi sesama sendiri.

    Point yang saya hendak buat- ialah betapa terdesaknya kerajaan mahu mempertahankan bangkai gajah mereka dengan nyiru pembohongan dan betapa mudah nya kerajaan melalui kuasa yang mereka ada menipu rakyat.

    1MDB bukan cerita ciptaan dan rekaan. Ia bencana yang dibawa oleh Najib yang bersekongkol dengan Cina yang bernama Jho Low. Itu sebab nya saya suka ulangi dusta yang UMNO sibarkan;

    UMNO suruh kita yang tidak ada apa2 ini berkelahi dengan orang Cina biasa- seperti budak2 yang buat kacau di Lowyat dan Berjaya Times Square- tapi pemimpin atasan tidur sekatil dengan orang atasan Cina.

     Inilah senang nya bangsa Melayu kena tipu oleh pemimpin atasan UMNO. Kalau kita cungkil, kita akan dapati setiap pemimpin atasan UMNO ada partner cina. Tapi orang awam Melayu dihasut membenci dan berkelahi dengan orang awam cina.

   1MDB dan isiu2 berbangkit darinya termasuklah manipulasi Jho Low seorang Cina yang konon sangat dibenci oleh UMNO itu, adalah suatu malapetaka besar. Ini malapetaka yang dibikin oleh Najib Razak.

    Sudah terang dan nyata- ada banyak yang tidak kena dengan 1MDB. Sudah berapa kali auditor bertukar  dan bagaimana auditor tak berani memberi lapuran tanpa ingatan kelayakan?

    Dan berapa kali lapuran audit 1MDB gagal disiapkan dalam masa yang ditetapkan kerana banyak nya tahi yang dibikin oleh Jho Low dan Najib disana dan mungkin juga campurtangan Rosmah Mansor; berapa kali 1MDB yang dikatakan kaya dengan harta tapi tidak mampu membayar faedah keatas pinjaman, dan berapa kali faedah pinjaman tidak mampu diayar?

    Saya tidak fikir suatu pembayaran yang dikatakan dipinjam dari Ananda Krishan berlaku sebenarnya- bahkan yang membayar faedah iu ialah kerajaan sendiri. Dan kalau kerajaan bayar- itu duit rakyat yang mesti dipertanggung-jawabkan oleh kerajaan. Dan mengapa kerajaan memberi pinjaman kecemasan hampir RM1 billion kepada 1mdb kalau 1MDB tidak ada masaalah?  

    Nah sekarang kita didedahkan pula oleh tuduhan yang akan didapati benar nanti iaitu RM2.6 billion disalurkan kedalam akaun Najib. Dan pembelaan yang Najib boleh buat ialah duit itu tidak dia pakai untuk sendiri pakai.

    Itu tidak patut dipedulikan. Yang patut dipedulikan ialah duit awam masuk dalam akaun peribadi. Ini money laundering. Ini mungkin CBT duit kerajaan. Ini suatu salahlaku PM yang boleh dihukum lokap.

    RM2.6 bilion untuk kempen PRU UMNO? Ertinya duit RM2.6 billion itu membiayai kempen UMNO dan BN untuk menang pilihanraya. Ini menjadikan kerajaan yang UMNO bina ialah kerajaan yang dibina atas rasuah, budaya rasuah dan oleh perasuah. Ini bukan sebuah kerajaan yang boleh dibanggakan oleh bangsa Melayu.

    Dan itu tidak mengherankan sebab itulah rasmi Najib sebenarnya. Merasuah penentang dan  orang awam supaya terus menyokong nya dan memsabsidi lifestyle bergentayangan dan poya2 nya.

    Darah yang mengalir dalam badan Najib bukan darah pahlawan. Ianya darah bugis yang suka pesta, seronok dan mengatur komplot dalam istana. Bukan boleh dibangga pun.

    Sebab itu, saya amat meluat bila Najib membanggakan susur galur keturunan nya. Cuba tanya Najib untuk menamakan 10 orang saudara terdekat nya di Pekan kalau dia tahu. Orang Pekan janganlah bengap sangat- semua orang tahu kepedulian Najib untuk saudara mara nya di Pekan adalah minima. Dia lebih mendahulukan saudara mara nya dari negeri Johor.

    Dan apa peranan yang dimainkan oleh keturunan Dato Shabandar dalam sejarah Pahang? Kalau kita baca sejarah Pahang yang ditulis oleh orang Melayu atau oleh W. Linehan, kita lihat shahbandar tidak ada peranan besar pun dalam membentuk negeri Pahang.

    Semasa perang saudara yang menabalkan keturunan Sultan yang ada hari ini, ada kita jumpa peranan shahbandar? Tidak ada – hanya bila kumpulan Tok Gajah, Bahaman dan Mat Kilau dan pemimpin pemberontakan lain mahu diusir oleh British barulah nama shahbandar muncul. Iu pun dalam peranan menyegerakan penyinkiran kumpulan Tok Gajah. 

    Dan shahbandar melakukan demikian mungkin untuk menyingkirkan saingan dalam hairaki istana. Kalau Bahaman, Tok Gajah dan pembesar lain ditepikan- maka pendakian shahbandar dalam susun-atur istana Pahang lebih dipermudahkan.

    Semasa tok gajah dan para pemimpin dalam kumpulan nya bertombak, berlembing,berparang dan bertikaman dengan British dan tali barut British, dimana shahbandar? Mungkin berserosonok dan berpoya poya dalam istana.

     Keturunan macam ini yang mahu dibanggakan oleh orang Pahang? 

    Semua ini sebahagian dan pengkisahan untuk membina mitos untuk Najib.  

Tak usah malu untuk memohon zakat - Bekas penerima bantuan

Posted: 21 Jul 2015 01:54 AM PDT

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Mana-mana individu daripada golongan tidak berkemampuan dinasihatkan jangan segan-silu untuk memohon bantuan zakat, namun harus tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh institusi itu.
 
Saranan itu diluahkan oleh Puteri Sharron Aldila Abdul Shukur yang juga pernah meminta bantuan zakat pada suatu ketika dahulu.
 
Menceritakan pengalamannya, wanita berumur 46 tahun itu memohon zakat perniagaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi meneruskan minatnya dalam bidang itu.
 
"Walaupun kita bukanlah dalam senarai di bawah lembaga zakat, kita boleh memohon namun berdasarkan kriteria tertentu, termasuk kesesuaian pendapatan. Jika kita tidak bekerja atau mempunyai masalah mencari rezeki, lembaga zakat boleh membantu. Tetapi kuncinya kena sabar dan tulus," katanya ketika diwawancara bersama Antarapos, baru-baru ini.
 
Sharron diajukan persoalan ramai pihak, bahawa sukar untuk mendapatkan bantuan zakat kerana perlu bermain dengan karenah birokrasi institusi itu.
 
Berdasarkan pengalamannya, Sharron berkata apa yang penting bagi yang ingin memohon zakat perlu jujur dan ikhlas dalam permohonan mereka.
 
Malah tidak menjadi kesalahan kepada sesetengah individu untuk terus mendapatkan bantuan meskipun permohonan mereka sebelum ini ditolak.
 
"Untuk memohon zakat memang mudah. Ceritakan masalah dan isi borang yang diberikan. Tulis kisah hidup kita, bagaimana bermula dan apa yang kita perlukan.
 
"Lembaga zakat dah berjumpa ramai orang. Sekilas air di laut mereka dah tahu jantan betina. Kadang-kadang mereka boleh tahu siapa yang bercakap benar atau sebaliknya sebab ramai juga yang ambil kesemapatan," terangnya lagi.
 
Itu merupakan secebis pengalaman Sharron ketika mendapat bantuan zakat untuk memajukan perniagaannya, sebaik sahaja bercerai dengan bekas suami pada 2007 yang lalu.
 
Episod hitam dalam hidupnya itu tidak dijadikan penghalang untuk mengejar impiannya, apatah lagi perlu memikirkan lima perut anak-anak untuk diisi.
 
"Kita sering memberontak tidak mahu terima kesusahan, musibah, ujian dan hal-hal negatif tetapi kita memang kena belajar menerima.
 
"Sebab, bila kita terima, kita jadi 'transparent. Keakuan kita besar, kita asyik cari salah sendiri sedangkan Allah sudah tentukan hidudp semua orang. Maka perlu berhenti menyalahkan diri sendiri dan orang lain" ujarnya.
 
Sharron turut menitipkan pesanan agar tidak mudah berputus asa meskipun hidup dalam serba kekurangan kerana dengan semangat yang kuat tidak mustahil kekurangan itu dapat diubah.
 
 

Rahman Dahlan pertahan tindakan SKMM sekat akses Sarawak Report

Posted: 21 Jul 2015 01:51 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
TUARAN: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan Putrajaya menyekat akses kepada laman web pemberi maklumat Sarawak Report, mengatakan kerajaan tidak bertolak ansur dengan "pembohongan terang-terangan".
 
Katanya, langkah itu dibuat bagi menunjukkan kerajaan tidak membiarkan laporan yang tidak bertanggungjawab oleh mana-mana laman web atau blog.
 
"Keputusan menyekat Sarawak Report ialah tanggungjawab kerajaan. Tiada kerajaan dalam dunia ini yang akan membenarkan pembohongan yang begitu terang-terangan dan portal berita yang kontroversi beroperasi di dalam negara.
 
"Kita juga tahu Sarawak Report mungkin boleh menggunakan cara lain untuk menyiarkan pembohongan ganas mereka ke Malaysia. Tetapi kita perlu membuat pendirian. Sebagai kerajaan kita mesti membuat pendirian," katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitrinya di Tuaran, Sabah hari ini.
 
Semalam, SKMM menyekat laman Sarawak Report dengan alasan menjaga kestabilan negara.
 
Langkah itu dikecam rakyat Malaysia dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa Putrajaya membuat silap besar manakala Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mendakwa ia hanya akan mencemarkan kredibiliti Datuk Seri Najib Razak.
 
Laman berpengkalan di London itu mendedahkan maklumat mengenai 1MDB yang pihak berkuasa Malaysia menganggap pendedahan itu sudah diubah suai.
 
Sarawak Report dan warga Switzerland Xavier Andre Justo yang ditahan di Thailand kerana membocorkan maklumat menafikan mengubah suai dokumen itu.
 
Rahman yang dipetik The Malaysian Insider berkata kerajaan perlu menetapkan pendiriannya dan tidak berkompromi dalam isu ini.
 
"Apabila sesebuah laman dianggap menggunakan dokumen yang diubah atau dipalsukan, kerajaan perlu menyatakan pendirian dan pendirian itu sangat jelas, kita tidak akan bertolak ansur dengan sebarang laman sesawang, blog berita yang tidak bertanggungjawab dan menggunakan dokumen diubah suai seperti disahkan pihak berkuasa Thai.
 
"Sama ada mereka boleh menembusi sistem dan masih mengaitkan Malaysia, itu masalah mereka. Tetapi sekurang-kurangnya kerajaan menetapkan pendirian," katanya.
 
Ditanya sama ada ia cara kerajaan melindungi kesalahan, Rahman berkata portal berita masih melaporkan "penipuan dan artikel yang direka" dari Sarawak Report.
 
 

Lima cedera, dua parah dan 11 orang ditahan selepas bergaduh di Wangsa Walk

Posted: 21 Jul 2015 01:50 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Lima cedera, dua daripadanya parah, dan 11 ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan di pusat membeli-belah Wangsa Walk, di sini lewat petang Isnin.
 
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kesemua yang ditahan adalah remaja lelaki berusia 15 tahun hingga 29 tahun.  
 
Katanya, dalam pergaduhan pada pukul 6.50 petang itu antara dua kumpulan, seorang patah tengkok dan seorang lagi retak tulang bahu. 
 
"Ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan remaja yang berpunca dari tindakan seorang abang yang menghalang perhubungan adiknya dengan seorang lelaki," katanya kepada Bernama di sini. 
 
Beliau berkata, lima yang cedera itu dipercayai akibat dipukul dengan kayu, batang besi, topi keledar dan sepit udang motosikal.  
 
"Mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan," katanya. 
 
Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. 
 
Dalam pada itu, polis menafikan pergaduhan itu melibatkan isu perkauman.
 
 

Angin kencang, laut bergelora dijangka berterusan hingga Rabu

Posted: 21 Jul 2015 01:47 AM PDT

ANTARAPOS.COM
 Post Pic

KUALA LUMPUR: angin kencang barat daya serta laut bergelora kategori pertama yang berlaku di kawasan perairan Phuket dijangka berterusan sehingga Rabu ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan berkata, angin itu berkelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Situasi angin kencang dan laut bergelora ini amat bahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut.



Wanita maut terjatuh dari tingkat 17

Posted: 21 Jul 2015 01:46 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
GEORGETOWN: Seorang wanita ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 17, Blok 348, Gat Lebuh Macalum di sini pagi tadi. 
 
Dalam kejadian itu jam 7 pagi, Rosita Ong Abdullah, 53, ditemui orang ramai terbaring berlumuran darah akibat cedera teruk di kepala dan badan. 
 
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pemeriksaan ke atas mayat mangsa mendapati wanita itu sudah meninggal dunia, di tempat kejadian. 
 
Beliau berkata, siasatan di lokasi kejadian turut menjumpai satu kerusi dan selipar dipercayai milik mangsa yang ditinggalkan di tingkat 17 bangunan berkenaan, sebelum terjun. 
 
"Berdasarkan maklumat awal daripada anak saudara, mangsa sejak kebelakangan ini mengalami tekanan perasaan dan gangguan fikiran. 
 
"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengikut," katanya.
 

Simpati asnaf jadi mangsa mainan politik

Posted: 21 Jul 2015 01:44 AM PDT

 
Orang politik tidak sepatutnya terlibat menyampaikan zakat kerana ia bukan hak mereka.


mohd-asri_majlis_600



PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa simpati terhadap golongan asnaf di negara ini yang menjadi mangsa mainan politik oleh pemimpin politik.

Katanya, amat mendukacitakan sekiranya benar kisah kesusahan seorang warga emas yang hadir ke satu majlis semata-mata untuk mendapatkan bantuan zakat seperti yang diviralkan di laman sosial.

Kisah itu diceritakan oleh anak warga emas berkenaan, Rabiatun Asmah Mohd Ali yang mendakwa ibunya dianiaya untuk hadir bagi menerima sumbangan hari raya tetapi sebenarnya hanya bertujuan meramaikan majlis.

Wanita itu merujuk kepada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri pada 2 Julai 2015 di MAEPS, Serdang yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom.

"Kisah yang yang ditulis, jika benar, amat mendukacitakan nasib golongan asnaf yang menjadi mainan politik," tulisnya di Facebook.

Asri berkata, teguran yang dibuat Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra amat baik dan boleh dijadikan ikutan kepada ahli politik.

"Antara titah DYMM Raja Perlis yang saya bangga ialah agar orang politik jangan ambil kesempatan dengan zakat.

"Kata DYMM Raja mereka tidak sepatutnya membuat penyerahan zakat kepada asnaf, nanti mereka 'claim mileage' untuk diri mereka. Padahal zakat bukan hak mereka," tulis Asri.

Bahaya guna WiFi percuma untuk perbankan dalam talian

Posted: 21 Jul 2015 01:41 AM PDT

 
Penggunaan WiFi percuma di tempat awam untuk urusan transaksi perbankan dalam talian memudahkan akaun bank digodam.


money-transfer_skmm_600



PETALING JAYA: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan kemudahan WiFi di tempat awam untuk melakukan sebarang urusan transaksi perbankan dalam talian.

Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Perancangan Jangkauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Nurhalili Nadia Mustapha Kamal berkata, penggunaan WiFi percuma di tempat awam memudahkan akaun bank pengguna digodam.

"Lebih selamat guna talian sendiri kerana kita ada kata laluan dan hanya kita sahaja yang digunakan kemudahan itu.

"Tidak digalakkan guna WiFi awam kerana penggodam dengan mudah menggodam akaun bank kita," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nurhalili Nadia, berkata ramai pengguna laman sosial mempunyai tanggapan salah yang menganggap ia hak peribadi masing-masing dan mereka bebas untuk memuat naik apa sahaja yang diingini.

Tegasnya, laman sosial bukan diari peribadi memandangkan setiap apa yang dimuat naik dapat dilihat oleh pengguna lain.

"Ramai jadikan internet sebagai medium untuk bersosial dan berkomunikasi segala maklumat peribadi yang tidak sepatutnya.

"Hinggakan ada yang kemas kini status Facebook setiap masa, setiap inci pergerakan anak-anak di Instagram," katanya lagi.

Beliau berkata tindakan itu boleh mengundang pelbagai masalah termasuk menjadi mangsa jenayah siber.

Rahman Dahlan wajar minta maaf

Posted: 21 Jul 2015 01:37 AM PDT

 
Rafizi Ramli mendakwa Abdul Rahman Dahlan menyebarkan berita palsu tanpa menyiasat kesahihannya.


rafizi-rahman



PETALING JAYA: Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan wajar memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana membawa berita palsu untuk mengelirukan rakyat mengenai skandal 1MDB.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu wajar meminta maaf memandangkan beliau tidak menyemak kesahihan maklumat terlebih dahulu.

Abdul Rahman sebelum ini telah membuat pendedahan mengenai suatu klip video pengakuan bekas
Editor Sarawak Report, Lester Melanyi mengenai pemalsuan dokumen berhubung 1MDB yang bersekongkol dengan parti pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pendedahan itu, Lester Melanyi mendedahkan kewujudan seorang jurugrafik pakar yang membuat dokumen palsu.

Rafizi berkata, kenyataan Lester Melanyi itu rekaan semata-mata dan ia telah memberi tamparan hebat kepada Abdul Rahman.

Katanya, The Malaymail Online telah mendedahkan bahawa orang yang didakwa pakar grafik itu (James Steward) merupakan seorang pengurus rangkaian keretapi di United Kingdom yang tidak ada kena mengena dengan Malaysia.

"Perkara ini disahkan oleh wakil majikan beliau sendiri seperti dilaporkan oleh The Malaymail Online," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pengakuan yang dibuat oleh Lester Melanyi adalah palsu dan bermotif keuntungan kepada dirinya setelah dia sendiri mengaku menerima wang untuk menghasilkan video tersebut.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasat Lester Melanyi untuk mengetahui siapa dalang di belakangnya yang membayar dia untuk menyebarkan tuduhan palsu.

"Ini kerana tuduhan-tuduhan itu mengganggu siasatan skandal 1MDB yang sedang berjalan sekarang," katanya dalam kenyataan media.

Anwar tidak dibenar bersalam dengan cucu

Posted: 21 Jul 2015 01:31 AM PDT

 
Beliau hanya dibenarkan bercakap dengan ahli keluarganya melalui telefon di sebalik tabir kaca penjara Sungai Buloh sempena lawatan Hari Raya Aidilfitri. 


anwar_zahid_600


PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan sikap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak membenarkannya untuk bersalaman dengan ahli keluarganya.

Menurutnya, sempena hari raya Aidilfitri ini, beliau hanya dibenarkan bercakap dengan ahli keluarganya melalui telefon di sebalik tabir kaca penjara Sungai Buloh.

"Kesal dgn sikap Menteri Dalam Negeri yang tiada prikemanusiaan tidak membenarkan bersua, bersentuhan dan bersalaman dengan keluarga sempena raya.

"Terutama anak cucu yang balik dari luar negara tempoh singkat untuk beraya dengan saya," katanya seperti yang disiarkan dalam status Facebook Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pada 21 Julai ini, genap 163 hari dipenjarakan selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


1MDB: Ahli lembaga pengarah syarikat kena reman

Posted: 21 Jul 2015 01:21 AM PDT

1MDB
1Malaysia Development Berhad
 
 
SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan1Malaysia Development Bhd (1MDB) ditahan reman empat hari bermula hari ini.
 
Difahamkan perintah berkenaan dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya sebentar tadi.
 
Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung syarikat pelaburan negara itu.
 
Dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 1 petang semalam ketika berhasrat melakukan penerbangan ke luar negara.
 
Baru-baru ini kerajaan mengumumkan pelantikan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dilantik menganggotai pembentukan pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan mengenai 1MDB.
 
 

Exco antara tetamu kenduri berlaku keracunan makan

Posted: 21 Jul 2015 12:27 AM PDT

SINAR HARIAN



Tajul Urus Mat Zain
Tajul Urus Mat Zain


YAN - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah Datuk Tajul Urus Mat Zain merupakan antara tetamu yang hadir pada kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lepas yang berlaku kes keracunan makanan menyebabkan empat kematian sehingga kini.
  
Tajul Urus yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai berkata beliau hadir pada kenduri itu tetapi bernasib baik kerana hanya makan sedikit ayam masak merah itu dan terus mendapatkan rawatan di klinik selepas mengetahui kejadian itu.
  
"Saya memang tak suka makan ayam. Saya hanya ambil sedikit sahaja ayam masak merah tu. Saya pun risau dan bila saya periksa saya selamat dan tak ada simptom seperti cirit birit serta muntah-muntah," katanya yang mewakili Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir melawat mangsa keracunan di Hospital Yan di sini hari ini.
  
Pada sidang akhbar di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani petang tadi, Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata hidangan ayam masak merah pada kenduri kahwin itu dicemari bakteria Salmonella, menjadi punca ramai tetamu keracunan makanan.
  
Sementara itu, Tajul Urus berkata pihak Hospital Yan terpaksa menggunakan bilik pembedahan untuk menempatkan pesakit yang mengalami keracunan makanan kerana jumlah mereka agak ramai.

Beliau berkata walaupun mereka ditempatkan di bilik pembedahan yang kini tidak lagi digunakan, kesemua mangsa diberi rawatan yang terbaik dalam tempoh 24 jam.
  
"Apa yang penting doktor di hospital ini beri rawatan yang terbaik kepada pesakit sejak malam Sabtu lepas lagi," katanya.
  
Tajul Urus berkata setakat ini 62 mangsa masih mendapatkan rawatan di Hospital Yan.
  
Beliau turut memberi sumbangan kepada mangsa yang terlibat. Tajul Urus kemudian melawat mangsa yang menerima rawatan di Hospital HSAH.
  
Semalam, tiga mangsa keracunan makanan meninggal dunia selepas menghadiri kenduri kahwin itu manakala hari ini seorang lagi meninggal dunia.
  
Mereka ialah Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam dan Mohammad Nor Rahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia kira-kira 1 tengah hari.
  
Seorang lagi mangsa Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di HSAH kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
  
Hari ini, seorang lagi mangsa Wan Razali Yaakob, 56, dari Kampung Banggol Belau, Merbok disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HSAH pagi semalam. - Bernama


Empat sekeluarga antara lima parah kemalangan

Posted: 21 Jul 2015 12:23 AM PDT

Empat sekeluarga antara lima parah kemalangan
Keadaan dua daripada tiga kenderaan yang telibat dalam kemalangan.
 
 
KUANTAN - Empat sekeluarga antara lima yang parah selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan melibatkan tiga kenderaan di jalan pintasan Kuantan berhampiran Balok Baru di sini, pagi tadi.

Manakala seorang lagi pemandu hanya cedera ringan selepas kereta jenis Honda Civic dipandunya turut terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 10.30 pagi itu.

Difahamkan, pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger, Mohd Afendi  Abdul Aziz, 31, dan isteri Che Hasanah Che Kamaruddin, 28, bersama dua anak mereka berusia 2 setengah tahun dan bayi tujuh bulan dalam perjalanan pulang dari kampung di Felda Cheroi,
Kemaman menuju ke rumah mereka di Sungai Soi.

Manakala pemandu wanita kereta jenis Toyota Vios dipercayai memandu bersendirian dari arah Kuantan menghala ke pelabuhan.

Kemalangan dipercayai berlaku akibat salah sebuah kenderaan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung.

Akibat kejadian, dua buah kenderaan terlibat remuk manakala pacuan empat roda dinaiki empat beranak tercampak ke dalam semak di tepi jalan laluan bertentangan.

Semua mangsa dihantar ke HTAA Kuantan untuk menerima rawatan lanjut.
 
 

Mat Sabu yang tidak relevan bukannya Pas

Posted: 21 Jul 2015 12:20 AM PDT

Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
 
 
SHAH ALAM - Majlis Syura Ulama Pas membidas bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berhubung kenyataannya semalam yang menyebut Pas sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik masa ini.
 
Setiausahanya, Datuk Muhammad Nik Zawawi Salleh berkata, kenyataan Mat Sabu itu yang tidak relevan bukan parti itu.
 
"Dia nak tubuh parti baharu, tubuhlah. Ucapan dia (Mat Sabu) yang sudah tidak relevan. Apabila dia tubuh parti lain, dia nak campur dengan Pas, itu yang tidak relevan.
 
"Sebab ucapan dia yang tidak relevan mutakhir ini menyebabkan perwakilan menolak dia dalam Muktamar Pas. Itu sahaja. Dia yang tak relevan bukan orang lain tak relevan," katanya kepada Sinar Online, semalam.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta memberi respons terhadap laporan yang menyebut Mat Sabu mendakwa Pas sudah tidak relevan lagi dan penubuhan Gerakan Harapan Baru cara untuk membuat pembaharuan terhadap parti Islam itu.
 
Mengulas soal kemungkinan penyokong Pas terbahagi dua susulan penubuhan Gerakan Harapan Baru, Nik Zawawi segera menafikan perkara itu.
 
"Tak. Tak mungkin. Pas ada kekuatan sendiri dan sejarah orang yang keluar Pas ini sudah lama...insya-ALLAH orang yang betul-betul memperjuangkan Islam akan duduk istiqamah dalam perjuangan Pas," katanya.
 
[ ARTIKEL BERKAITAN: Pas sudah tidak relevan lagi ]
 
Isnin lepas, beberapa bekas pemimpin kanan Pas termasuk Mat Sabu melancarkan sebuah pergerakan, dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru, yang dikatakan bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.
   
Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau mengalu-alukan penubuhan Gerakan Harapan Baru sebagai sebuah parti politik namun menafikan gerakan itu adalah proksi DAP.
 
 

Larangan ‘couple seat’ untuk pasangan bukan muhrim

Posted: 21 Jul 2015 12:19 AM PDT

Larangan 'couple seat' untuk pasangan bukan muhrim
Gambar hiasan


SHAH ALAM - Pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS) di Seri Iskandar, Perak dilaporkan telah mempamerkan notis larangan pasangan bukan mahram yang tidak mempunyai ikatan sah menggunakan 'couple seat' dalam pawagam itu.

Memetik laporan sebuah portal berita, notis tersebut adalah arahan daripada pihak pengurusan pawagam atas nasihat daripada Majlis Daerah Perak Tengah dan telah mula berkuatkuasa sejak pawagam tersebut beroperasi, dua tahun lalu.

Usaha itu mendapat reaksi positif daripada pengunjung dan menyifatkan ia tindakan wajar bagi membendung gejala sosial.

Dikhabarkan pawagam LFS itu satu-satunya di Seri Iskandar dan menjadi tumpuan terutama golongan muda-mudi.

Pawagam tersebut mempunyai 12 buah 'couple seat' serta tujuh bilik tayangan.


MH17: "Sayang Uniform Abah, Tak Dapat Baju Raya Pun Tak Apa" - Irfan

Posted: 20 Jul 2015 05:46 PM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB 
 
 
Wan Yusuf Irfan memakai uniform juruterbang milik ayahnya, Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin.
 
 
 
PETALING JAYA: "Irfan sayangkan uniform abah, tak dapat baju raya pun tak apa." Itulah kata-kata Wan Yusof Irfan, anak juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin.

Lebih mesra dengan panggilan Irfan, anak bongsu daripada dua beradik ini yang memanggil bapanya 'abah' tidak berharap untuk menyambut Aidilfitri dengan meriah sejak tahun lalu.

Walaupun baru berusia 10 tahun, selain perwatakan manja dan mudah tersentuh serta bersifat sensitif, namun pengalaman lalu yang mengubah kehidupan keluarganya sedikit-sebanyak mengajar dirinya menjadi anak yang lebih memahami.

"Irfan ada tanya ibu pasal baju raya baharu. Tetapi Irfan tengok ibu sibuk nak siapkan kerja (bisnes) biskut raya. Kasihan kat ibu. Irfan tak nak susahkan ibu, tak apalah," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

"Lagipun, baju raya Irfan dua tahun lalu masih ada, boleh pakai lagi," katanya mengenai Aidilfitri terakhir bersama bapanya dua tahun lalu sebelum nahas berlaku.

Wan Yusuf Irfan (kiri) bersama ibu, Mariyam Yusoff dan abangnya, Wan Yunus Uzair.

Kini setahun pemergian bapanya yang terbabit nahas MH17 selepas ditembak jatuh di timur Ukraine dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai tahun lalu. Ulang tahun pertama tragedi ini jatuh pada Aidilfitri.

Sambil memakai uniform juruterbang kemeja putih kepunyaan bapanya yang lengkap dengan topi dan blazer, Irfan berkata, pakaian itu menjadi pengubat rindu di saat teringatkan arwah selain menyedekahkan Al-Fatihah.

Walaupun riak wajahnya kelihatan teruja apabila menyarungkan uniform peninggalan arwah bapanya, namun tiada siapa yang tahu rintihan hati kanak-kanak ini.

"Irfan selalu pakai uniform abah. Irfan rindu sangat kat abah," katanya.

Tragedi yang mengorbankan bapanya bersama 297 penumpang dan anak kapal sedikit pun tidak mematahkan hasratnya untuk bergelar seorang juruterbang suatu hari nanti.

"Irfan nak jadi 'pilot' (juruterbang) bila besar nanti. Irfan nak ganti abah," katanya mengenai cita-cita yang sudah lama disuarakan semasa bapanya masih hidup.

Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin.

Menurut Irfan, bapanya pernah berpesan supaya rajin dan cemerlang dalam peperiksaan sekiranya mahu mencapai cita-cita itu.

"Irfan akan cuba buktikan pada ibu dan abah yang Irfan boleh jadi pilot suatu hari nanti. Irfan nak terbang 'pusing' satu dunia, nak bawa ibu jalan-jalan," katanya ceria, cuba menyembunyikan kesedihan beraya tanpa ayah di sisi.

Sementara itu, isteri juruterbang MH17, Mariyam Yusoff pula berkata, mempunyai baju baharu adalah kebiasaan yang diingini kanak-kanak menjelang Aidilfitri.

Bagaimanapun kata ibu kepada seorang lagi anak, Wan Yunus Uzair, 12, tiada persiapan raya yang dibuat tahun ini kerana mereka tiga beranak masih lagi bersedih dengan pemergian arwah.

"Sebagai anak, sudah tentu mereka ada meminta baju raya baharu tetapi saya sibuk untuk menyiapkan tempahan biskut raya untuk cari duit lebih sikit. Lagipun, masih ada lagi baju yang saya belikan belum dipakai mereka.

"Sedih memanglah sedih dengan raya kali ini seperti tahun lalu, tetapi saya terima dengan reda.
Alhamdulillah, anak-anak masih boleh memahami dengan keadaan sekarang yang tidak sama seperti dulu," katanya sayu mengenangkan nasib anak-anaknya yang akan membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.

Juruaudit maut dibelasah suami akibat cemburu‎

Posted: 20 Jul 2015 05:17 PM PDT


SINAR HARIAN


Kemalangan maut
Gambar hiasan
 
 
KUALA LUMPUR - Seorang wanita ditemui maut di rumahnya‎ selepas dipercayai dipukul oleh suaminya yang mengalami masalah mental di Taman Tun Dr Ismail di sini, malam ini.
 
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, mangsa‎ Suraiza Hamzah, 46, dijumpai terbaring di ruang tamu rumah oleh anak lelakinya berusia 17 tahun pada jam 7.30 malam.
 
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati sebelum itu, pasangan suami‎ isteri itu telah bergaduh akibat cemburu apabila suami mangsa berusia 47 tahun itu mengesyaki isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain.
 
Suspek yang tidak bekerja dan dipercayai mempunyai masalah mental telah dilaporkan menghentak kepala isterinya dengan sebuah objek tumpul dalam kejadian  itu, katanya dalam kenyataan di sini.
 
Beliau berkata, mangsa bekerja sebagai seorang juruaudit di salah sebuah syarikat penerbangan tambang murah.
 
Menurutnya suspek ditahan oleh anggota ronda balai polis Taman Tun Dr Ismail setengah jam kemudian selepas menerima maklumat daripada ibu saudara anak mangsa.
 
Shahrul Othman berkata, anak pasangan itu sebaik menemui ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri telah memaklumkan kepada ibu saudaranya untuk menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.
 
"Mayat mangsa telah di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat," katanya.
 
Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan‎ atas kesalahan membunuh. - Bernama
 
 

TPP: Jangan gadaikan hak komuniti nelayan

Posted: 20 Jul 2015 05:14 PM PDT

TPP



PADA 31 Mac 2015, pertubuhan bukan kerajaan, Bela Tani dan Jaringan Nelayan Pantai Semenanjung Malaysia (Jaring) mengeluarkan kenyataan bersama yang meminta kerajaan 'menolak sebarang usaha ke arah Kolonisasi Korporat terhadap industri pertanian negara' melalui perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) serta melindungi Dasar Sekuriti Jaminan Makanan Negara dan mempromosi usaha-usaha ke arah mempertahankan Kedaulatan Makanan Negara.

Menurut kenyataan mereka, TPP membolehkan seberapa banyak kapal-kapal dari negara-negara TPP lain untuk menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa sekatan. Perjanjian ini juga menetapkan lesen menangkap ikan yang diberi kepada individu atau syarikat dari negara TPP lain tidak boleh dibatalkan dengan sewenang-wenangnya jika kerajaan ingin menukar polisi atas dasar kepentingan negara.

Mengikut peruntukan Investor-State Dispute Settlement (ISDS) atau Penyelesaian Pertelingkahan Pelabur-Negara, kerajaan harus membayar pampasan yang besar kepada syarikat luar ini, jika lesen mereka dibatalkan atas alasan akan kehilangan keuntungan masa hadapan iaitu sepanjang tempoh baki lesen tersebut.

Subsidi perikanan juga merupakan perkara yang amat membimbangkan. Menurut Amerika Syarikat (AS), subsidi perikanan merupakan antara perkara yang menyebabkan lebihan kapasiti (overcapacity) dan penangkapan ikan yang berlebihan (overfishing) serta menggalakkan 'shark-finning' atau industri sirip ikan yu yang menyebabkan kekurangan ketara beberapa spesis ikan ini.

Untuk mengatasi masalah-masalah ini, USTR atau Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) telah menerbitkan pelan Kertas Hijau (Green Paper) mengenai Konservasi dan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) pada bulan December 2011, di mana ia percaya bahawa Bab Alam Sekitar yang dicadangkannya akan memudahkan peningkatan perdagangan dan di waktu yang sama menyokong dan menambahbaik usaha konservasi yang berkaitan dengan sumber alam semulajadi serta tindakan melindungi dan memulihara biodiversiti di serantau Asia-Pasifik.

Cadangan yang dianggap 'groundbreaking' itu mengandungi peruntukan mengenai halangan subsidi perikanan yang diharapkan AS dapat meningkatkan 'baseline' atau garisan dasar yang  baru untuk melindungi industri perikanan.

Cadangan seperti ini belum pernah dimasukkan di dalam mana-mana perjanjian perdagangan yang terdahulu, menurut USTR. Peruntukan ini juga diharapkan dapat mengawasi Illegal Unregulated and Unreported (IUU Fishing) atau Kegiatan Perikanan Melanggar Hukum.

Empat negara perunding TPP adalah di antara 15 pengeluar utama dunia bagi produk perikanan mengikut jumlah dagangan. Subsidi perikanan dianggarkan merangkumi 25 peratus dari keseluruhan nilai tangkapan dunia yang sah dan tidak sah (IUU) yang berjumlah di antara AS$10 bilion (RM38 bilion) hingga AS$23.5 bilion (RM89.31 bilion) setahun.

AS mengharapkan cadangan ini akan membuka jalan lebih mudah bagi perundingan perjanjian WTO mengenai subsidi perikanan, terutamanya dari segi bahan api  dan pembinaan yang akan membolehkan kumpulan nelayan untuk bergerak lebih jauh dari pantai ke laut dalam.

Perjanjian ini dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada industri perikanan domestik terutamanya pengusaha kecil-kecilan dan komuniti nelayan.

Tidak semua jenis subsidi akan memudaratkan sektor perikanan. Oleh itu, kerajaan harus diberi kebebasan untuk menentukan jenis subsidi yang mana dan polisi atau dasar apakah yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan produktiviti sektor ini serta taraf kehidupan komuniti nelayan.

Jika diteliti perjanjian-perjanjian perdagangan AS yang lepas, tidak dapat dinafikan ia lebih menjurus kepada pro-industri. Oleh itu, bolehkah Malaysia mengharapkan negara ini akan dilindungi dari ancaman korporat?

Setakat ini, AS di bawah USTR belum pernah lagi membawa negara asing ke tribunal antarabangsa kerana melanggar syarat-syarat dalam perjanjian perdagangan yang merangkumi klausa perlindungan alam sekitar.

TPP pula dikhuatiri akan memberi lebih banyak kuasa kepada syarikat-syarikat besar untuk mencabar dasar perlindungan alam sekitar sesebuah negara.

Penentang TPP yang merupakan ahli parti Demokrat, Elizabeth Warren menulis beberapa bulan lalu mengenai kes di antara sebuah syarikat perlombongan yang ingin membuat letupan di perairan Nova Scotia di Kanada.

Kerajaan Kanada tidak mahu meluluskan permit untuk syarikat tersebut kerana ia boleh mengakibatkan kerosakan kepada alam sekitar serta mengakibatkan ikan beredar dari kawasan tersebut, seterusnya memberi kesan buruk kepada tangkapan nelayan.

Dengan menggunakan aplikasi ISDS, syarikat tersebut mengheret kerajaan Kanada ke mahkamah antarabangsa. Keputusan memihak kepada syarikat tersebut tidak dapat dicabar di mahkamah domestik Kanada.

Kemungkinan besar, mengikut Warren, hasil kutipan cukai daripada penduduk Kanada perlu digunakan untuk membayar pampasan yang berjumlah AS$300 juta (RM1,140 bilion).
Tidak mustahil situasi yang dihadapi komuniti nelayan tempatan Kanada akan  dihadapi oleh Malaysia.

Walaupun syarikat-syarikat asing dari negara yang menandatangani TPP boleh menyaman Malaysia, nelayan tempatan tidak boleh menggunakan peruntukan di dalam perjanjian tersebut untuk menyaman kerajaan atas hal lesen menangkap ikan. Menurut perjanjian yang berat sebelah ini, nelayan asing diperuntukkan hak yang lebih besar dari segi undang-undang antarabangsa daripada nelayan tempatan.

TPP akan mengikat tangan negara-negara ahli sehingga rakyatnya hanya dapat melihat tanpa dapat berbuat apa-apa. Inikah yang kita mahu?

Hebat...Hanya Sekali Sarawak Report Mendedahkan Tentang Rosmah, Terus Diambil Tindakan!!

Posted: 20 Jul 2015 05:09 PM PDT

shahbudindotcom






Ramai yang terperanjat dengan tindakan kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM menyekat pengguna internet negara ini daripada melayari laman pembocor maklumat, Sarawak Report mulai petang semalam.

Walaupun alasan yang diberi oleh SKMM ialah Sarawak Report telah mengganggu kestabilan negara, dipercayai berikutan beberapa laporannya mengenai 1MDB dan Perdana Menteri, Najib Razak sebelum ini, kerajaan seharusnya membuat pilihan lain selain melakukan sekatan.

Ramai juga yang menyifatkan tindakan menyekat Sarawak Report ini sebagai langkah terdesak kerajaan pimpinan Najib untuk mengelakkan rakyat mendapat maklumat yang benar dan rencam daripada pelbagai sumber.

Dengan tindakan menyekat ini, kerajaan pimpinan Najib yang selalu melaungkan keterbukaan dan merendah diri dengan mengatakan "era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir" ternyata hanya mainan di bibir untuk memukau sokongan rakyat terhadapnya.

Najib seolah-olah sedang membawa kerajaan di era langit terbuka ini berundur ke belakang dan hanya mahukan rakyat mempercayai maklumat daripada mereka saja.

Kerajaan juga, seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report jika didapat laporan dan pendedahannya adalah palsu serta fitnah.

Selain itu, pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB dan kaitannya dengan Najib juga bukanlah perkara baru, ia sebaliknya sudah dilakukan sejak berbulan-bulan sebelum ini.

Kenapa tiada tindakan diambil sebelum ini dan hanya sekarang tindakan menyekat itu diambil?

Jika benar laporan dan pendedahan Sarawak Report mengganggu kestabilan negara, sepatutnya tindakan sudah lama diambil dan bukannya hanya  semalam SKMM baru bertindak?

Jika kita masih ingat, pendedahan terakhir Sarawak Report mengenai negara ini bukanlah berkaitan 1MDB atau Najib, tetapi  mengenai Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri yang didakwa mendepositkan wang sejumlah RM2 juta ke dalam akaun peribadinya melalui seorang pembantunya bernama Roslan Sohari dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.

Pendedahan yang lengkap dengan nombor akaun bank, nama cawangan dan jumlah transaksi itu akhirnya diakui oleh Rosmah melalui peguamnya sebagai benar, tetapi menganggapnya sebagai tidak wajar dan berniat untuk menyinggung serta mengganggu kehidupan isteri Perdana Menteri itu.

Sehubungan itu, selain memberi amaran kepada Bank Negara untuk mengambil tindakan dalam tempoh 72 jam, Rosmah melalui peguamnya itu mahukan SKMM bertindak terhadap Sarawak Report dibawah Akta SKMM 1988 ( Akta 588 ).

Peguam dari firma guaman Norhairan Mohd Nor Rosmah menyifatkan artikel Sarawak Report itu menyinggung dan melanggar undang-undang Malaysia kerana akaun bank yang dirujuk itu adalah akaun peribadi isteri Perdana Menteri dan telah dibuka sejak tahun 1984 lagi.

Nah...sekarang jelas bahawa dengan hanya sekali laporan mengenai Rosmah saja, itu pun bukannya pendedahan tidak benar atau fitnah, tindakan terus diambil terhadap Sarawak Report sedangkan selama berbulan-bulan dan pelbagai pendedahan mengenai Najib dan 1MDB, langsung tiada apa-apa bunyi pun daripada SKMM.

Meskipun kerajaan boleh menafikan tindakan terhadap Sarawak Report ini ada kaitan dengan gesaan Rosmah yang mahukan SKMM segera bertindak, namun itulah persepsi yang sedang berkembangbiak dalam pemikiran ramai ketika ini.

Ohh, hebat dan menariknya negaraku sekarang ini.



Laporan mengenai sekatan SKMM terhadap Sarawak Report yang disiarkan di laman sosial Facebooknya petang semalam.


Rafizi dedah taktik UMNO cuba tutup skandal 1MDB

Posted: 20 Jul 2015 05:08 PM PDT

 
Taktik itu dimainkan saban hari di media utama untuk meyakinkan anggota UMNO sebenarnya skandal 1MDB ini tidak wujud dan hanya rekaan semata-mata.


Rafidah-Aziz_umno_1mdb_600



PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan dua taktik tersusun UMNO yang didakwanya sebagai cubaan untuk menutup skandal 1MDB.

Katanya, taktik pertama dengan mengalih perhatian rakyat kepada kononnya bukti-bukti yang ditunjukkan terutamanya melalui media seperti Sarawak Report dan The Edge mengenai skandal 1MDB setakat ini adalah palsu dengan menyabitkannya dengan Xavier Justo, bekas eksekutif 1MDB.

Taktik kedua pula katanya, memfitnah pimpinan pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tony Pua dan dirinya konon mereka menjadi dalang yang mereka-reka skandal ini untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rafizi berkata, kedua-dua taktik itu dimainkan saban hari di media utama untuk meyakinkan anggota UMNO sebenarnya skandal 1MDB ini tidak wujud dan hanya rekaan semata-mata.

"Saya sedikit pun tidak rasa tergugat. Kalau pun ada lagi rakyat Malaysia yang percaya dengan dongeng bahawa skandal 1MDB ini rekaan pembangkang, ini hanyalah saki baki anggota UMNO yang tidak akan bangun tersedar hatta sekiranya negara ini jatuh muflis sekali pun," katanya dalam kenyataan media.

Dia yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, sehingga kini, Perdana Menteri masih belum dapat menjelaskan beberapa isu besar iaitu;
  1. Ke mana dana RM42 bilion yang diambil oleh 1MDB sehinggakan 1MDB tidak mampu membayar faedah ke atas hutang-hutangnya?
  2. Kenapa wang 1MDB sebanyak USD1.83 bilion dipindahkan ke individu-individu tertentu berkaitan dengan PetroSaudi dan Jho Low seperti yang didedahkan oleh akhbar The Edge pada 20 Julai 2015?
  3. Kenapa dan bagaimana dana yang dipercayai berasal dari 1MDB sebanyak RM2.6 bilion dipindahkan ke akaun peribadi Najib?
Rafizi berkata, soalan-soalan mudah itu jika tidak dijawab akan menguatkan kepercayaan rakyat bahawa ada tangan yang menggunakan 1MDB untuk kesenangan peribadi.

"Sebab itu taktik-taktik menghalang capaian ke laman web Sarawak Report, mengkambing hitamkan saya dan Tony Pua serta taktik-taktik lapuk sebenarnya akan membantu membenamkan UMNO/Barisan Nasional dalam PRU14.

"Saya sebenarnya berasa gembira dengan reaksi dan tingkah laku pimpinan Umno/Barisan Nasional yang masih cuba menutup skandal 1MDB dengan memfitnah saya, Anwar Ibrahim, Tony Pua, Sarawak Report, The Edge dan lain-lain.

"Reaksi sebeginilah yang menimbulkan kebencian rakyat terhadap UMNO/Barisan Nasional yang akan membolehkan pembangkang menang dalam PRU14 kelak.

"Jadi saya galakkan Perdana Menteri untuk terus menggunakan taktik ini kerana saban hari ia melunturkan keyakinan rakyat terhadap UMNO/Barisan Nasional," katanya.

Berang Ketua UMNO Bagan dikutuk, IRIMM buat laporan polis

Posted: 20 Jul 2015 05:04 PM PDT

 
Komen-komen berbaur perkauman yang disiarkan portal berita dikhuatiri menjejaskan keharmonian negara.


amir_bagan_umno_polis_mskini_600



KUALA LUMPUR: Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa polis mengambil tindakan terhadap komen-komen dalam portal MalaysiaKini yang berbaur perkauman.

Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay memberi contoh komen-komen yang ditulis berdasarkan artikel 'Ketua UMNO Bagan bebas dengan jaminan polis' yang menghina dan mencaci keturunan Mamak.

"Perkataan-perkataan seperti, "Telegu Nahi", "Telukan", "Mamak Celup", "Paria" dan bermacam-macam lagi perkataan digunapakai merujuk kepada Ketua UMNO Bagan yang kami khuatir boleh menggugatkan keharmonian negara," kata Amir yang ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dan Wangi terhadap komen-komen di portal itu.

Beliau juga memberikan beberapa contoh komen lain berbaur perkauman yang dalam portal itu, antaranya;

"UMNO tak sedar banyak kuasa dah diberi kepada "Mamak Celup Melayu".. Satu hari nanti.. Celup jenis ini akan telah semua kuasa orang Melayu.. Bila dah menguasai ekonomi.. Kuasa politik tak jadi masalah nak control..," tulis Panah Hijau.

"Wow rupanya sekarang UMNO sudah ada banyak mamak, patut la UMNO jaga mamak," tulis Kenji Lim Wai.

"Muka gangster Dari party mana? Party Mamak Malaysia"," tulis George Ngc.

Tegasnya, semua kenyataan yang dibiarkan dipapar dalam ruang komen portal MalaysiaKini dianggap tidak mempedulikan perasaan atau sensitiviti kaum yang akan membawa padah kepada keharmonian negara.

Justeru, Amir menyeru agar pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang memuatnaik komen menghina sesuatu kaum di negara ini.

Paparan skrin Papagomo terbaru- KPN minta Azri berdiam diri

Posted: 20 Jul 2015 05:02 PM PDT

 
Paparan skrin yang baharu di laman sosial Facebook yang sama, 'Papagomo Original' dipercayai milik Wan Muhammad Azri Wan Deris turut menyatakan ia sebagai, "bukti segala kekusutan telah diselesaikan sejak semalam.."


papagomo,deal


PETALING JAYA: Susulan paparan skrin yang diviralkan mengenai dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sedia menyelesaikan 'isu Low Yat' dengan bayaran RM20,000, satu lagi paparan skrin dimuatnaik pada petang Isnin rentetan penafian tersebut.

Paparan skrin yang baharu di laman sosial Facebook yang sama, 'Papagomo Original' dipercayai milik Wan Muhammad Azri Wan Deris turut menyatakan ia sebagai, "bukti segala kekusutan telah diselesaikan sejak semalam.."

Tulisnya, "Saya juga memberi ruang sepenuhnya kepada pihak #‎PDRM‬ dan KPN dalam meneruskan siasatan terhadap insiden pergaduhan di #‎Lowyat‬… saya tak akan masuk campur lagi tapi, saya akan terus menerus menentang bangsa ‪#‎Cina‬ DAPig yang semakin naik kepala dan cuba merampas tanah #‎Melayu‬.

"Takbir , Allahuakhbar -Papagomo."

Dalam paparan skrin Whatsapp yang dikatakan merakam perbualan di antaranya dan Khalid, Azri meminta maaf atas tindakan printscreen perbualan antara mereka berdua.

"Saya dahpun padamkan. Minta hal ini jangan diperbesarkan boleh? Masih Hari Raya dan saya harap Tan Sri boleh maafkn kesilapan saya," tulis paparan itu.

Manakala, ia didakwa dibalas oleh KPN dengan kata-kata, "Ok, tapi kamu jangan buat lagi Azri.
This is nation matter… deal with it or silent."

Terdahulu, peguam Papagomo, Ahmad Shuaib Ismail menjelaskan akaun Facebook itu bukan kepunyaan anak guamannya.

KPN pula menafikan beliau terlibat dalam perbualan pesanan ringkas Whatsapp meminta rasuah sebanyak RM20,000 untuk menyelesaikan kes penulis blog itu yang ditahan pada Selasa lalu kerana didakwa menyebarkan berita palsu berhubung insiden Low Yat.

Tiada konspirasi bawah tanah jatuhkan Najib – Tun M

Posted: 20 Jul 2015 04:57 PM PDT

 
Tun Dr Mahathir turut menyatakan tiada keperluan menyediakan penyiasat atau ejen khas untuk menyiasat konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri.


 mahathir,najib


PETALING JAYA : Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada konspirasi bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya hanya pengakuan secara terbuka oleh beliau yang mendesak Najib meletak jawatan.

Bekas Perdana Menteri berkata, tiada keperluan menyediakan penyiasat atau ejen khas untuk menyiasat konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri kerana desakan untuk melihat Najib berundur telah diketahui semua orang.

"Adakah terdapat konspirasi? Adakah seseorang atau beberapa orang berkonspirasi seperti gerakan rahsia bawah tanah untuk menjatuhkan Najib.

"Ia mungkin boleh terjadi sebelum ini tetapi selain daripada orang mengadu secara peribadi tentang rasa tidak puas hati mereka dengan pentadbiran Najib, tidak ada orang yang merancang menjatuhkan beliau.

"Itu bukan untuk mengatakan bahawa mereka mengalu-alukan idea beliau meletakkan atau mengosongkan jawatannya. Tetapi perancangan aktif bawah tanah dan tindakan memang tiada ada," katanya dalam entri terbarunya chedet.cc.

Dr Mahathir berkata, beliau secara terbuka mendesak Najib untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Jadi, sekali lagi, di mana konspirasinya!! Ia semuanya terbuka. Tiada keperluan untuk berkonspirasi. Ia kempen terbuka supaya beliau berhenti jadi Perdana Menteri," katanya.

Negarawan itu turut menyelar laporan akhbar Utusan Malaysia yang menggunakan tajuk 'mengelirukan' bagi mengelirukan orang ramai dalam menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

"Untuk berbuat-buat baik dengan Perdana Menteri, mereka (Utusan) lebih suka mengelirukan orang. Penyuntingnya pandai menulis tajuk berita yang mengelirukan.

"Contohnya, apabila kenyataan dibuat supaya pasukan petugas empat anggota dibiarkan membuat kerja mereka, tajuk beritanya ialah, ia tanda sokongan terhadap Perdana Menteri," katanya.
Beliau turut menyelar seorang Menteri kerana membuat kenyataan 'pra- matang' bahawa tidak ada kesalahan yang dibuat oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kemudian, ada seorang Menteri, selepas mengatakan bahawa laporan interim menunjukkan tidak ada apa-apa kesalahan 1MDB, menasihatkan pula orang lain supaya tidak berkata apa-apa mengenai 1MDB sehingga laporan itu diterbitkan.

"Tetapi, dia sendiri telah membuat kenyataan pra-matang," katanya.


Tiada ulasan: