Khamis, 2 Julai 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


'Kami Sedang Disiasat' - Arul Kanda

Posted: 02 Jul 2015 01:57 AM PDT

RAKYAT NEWS


 


KUALA LUMPUR- 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengulangi penegasan berhubung pendiriannya sebelum ini bahawa jika terbukti wujud sebarang salah laku, maka pihak berkuasa yang sah boleh mengambil tindakan mengikut proses dan undang-undang negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pembangunan strategik itu turut menegaskan, ia telah berulang kali membuat penjelasan terhadap tuduhan yang dilontarkan oleh pelbagai pihak, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua serta kumpulan media The Edge.

"1MDB memberi kerja sama sepenuhnya terhadap semua pertanyaan ini. Segala bukti berkaitan syarikat ini telah dan akan terus dikongsi bersama pihak berkuasa yang berkaitan," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan tertentu dikaitkan dengan Pua dan yang disiarkan secara dalam beberapa portal hari ini yang mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap 1MDB.

Mengikut syarikat itu, 1MDB ketika ini disiasat pelbagai pihak berwajib termasuk Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"PAC, yang turut dianggotai Tony Pua, adalah pihak berkuasa yang dilantik secara sah untuk menyiasat sama ada RM42 bilion itu telah 'lesap' daripada 1MDB.

"Demi kepentingan keadilan dan proses sewajarnya, 1MDB percaya Tony Pua akan mengesahkan bahawa PAC akan menyiasat tuduhan khusus membabitkan 'kehilangan RM42 bilion,' sebagaimana desakannya terhadap siasatan bagi tuduhan lain yang melibatkan syarikat ini," katanya.


Status KFC Bukan Dari Saya - Ahmad Maslan

Posted: 02 Jul 2015 01:53 AM PDT

Oleh: DINA MURAD
 
 
 
 
 
PETALING JAYA:  Kenyataan Datuk Ahmad Maslan yang dikatakan memuat naik status di laman Facebook yang mendakwa orang awam tidak dibebani kewangan apabila masih ramai ke Kentucky Fried Chicken, disahkan sebagai palsu.

Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, dua lagi status yang dikaitkan dengan namanya adalah palsu.

"Ini 3 siri Palsu. Mmg sah ini drpd geng fitnah. Jawatan saya pun salah, disebut TMK2. Saya TMK1. Mana ada B1RM? BR1M.

"Malah jawatan saya juga salah, saya dikatakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan II. Saya Timbalan Menteri Kewangan I. Tidak ada perkara seperti B1RM. Ia BR1M),"katanya dalam Twitter.

Beliau juga menjelaskan mengapa 'posting' KFC tidak mungkin datang daripadanya. Ini adalah tweet palsu dan fitnah.



"Pada 1 Jun saya tidak menyiarkan apa-apa tweet. Jika ia adalah untuk menjadi hari ini, maka ini adalah bulan puasa, "kata Ahmad.

Tambahnya: "Saya tiada akaun Fb ikon i <3 berbaju="" br="" fb="" fitnah.="" ikon="" ini.="" ini="" itu="" melayu="" my.="" saya.="" saya="" semua="" spt="" twitter="" untuk="" utk="">Status yang dikaitkan dengannya:"Minyak NAIK RM0.10 tapi KFC ramai juga orang. Beban dimana?!"

Walaupun hanya dimuat naikkan di Facebook, status itu juga telah dikongsi di Twitter dan platform media sosial yang lain.

Dua lagi status palsu yang dimuatnaik pada 1 Jun: "Tak suka B1RM Boleh BR4M! dan "Saya tak la bodoh Sangat .. Kalau bodoh tak akan la saya duduk di kerusi Timbalan Menteri Kewangan 2.. Ingat tu sedara sedara".

Jelita, Anjung Seri, Malaysian Business Gulung Tikar

Posted: 02 Jul 2015 01:49 AM PDT

Oleh: NORFATIMAH AHMAD
 
 
Anjung Seri dan Jelita antara majalah keluaran Berita Publishing yang menamatkan operasinya.
 
 

PETALING JAYA: Syarikat penerbitan terawal negara, Berita Publishing Sdn Bhd menamatkan operasi empat majalahnya selepas mencatatkan jualan merudum terutama sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menyifatkan GST sebagai pembunuh utama operasi syarikat itu, Pengarah Eksekutifnya, Juhaidi Yean Abdullah berkata, majalah tidak lagi dijual, sebaliknya ia dipulangkan peniaga dalam kuantiti besar sejak April lalu.

"Bayangkan daripada 30,000 naskhah majalah yang diterbitkan, jumlah yang dipulangkan kepada kami mencecah 28,000, ia sama sekali tidak menguntungkan.

"Tiga faktor utama yang menyebabkan syarikat terpaksa mengambil keputusan menamatkan penerbitan majalah adalah saingan yang semakin hebat termasuk pengiklanan yang merosot, kesukaran mengekalkan kakitangan dan paling membunuh adalah GST," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Antara syarikat penerbitan tertua negara, Berita Publishing adalah penerbit majalah popular seperti Malaysian Business, Jelita, Anjung Seri dan Madam Chair.

Sejak ditubuhkan pada 1973, syarikat berkenaan melalui proses transformasi apabila bertukar milik daripada anak syarikat The New Straits Times Press (M) Bhd kemudiannya berpindah milik kepada Alaf Positif Sdn Bhd.

Menamatkan operasi majalah syarikat itu pada Selasa, jelas Juhaidi, langkah kerajaan mengenakan GST kepada penerbitan majalah memerlukan peniaga menaik taraf mesin juruwang selewat-lewatnya Oktober ini.

Bagaimanapun, katanya, sejak April lalu, pihaknya mendapati ramai peniaga tidak lagi menjual majalah kerana ada yang masih belum mengubah sistem pembayaran supaya seiring dengan pelaksanaan sistem percukaian baharu itu.

"Pembeli tidak puas hati apabila jumlah yang dibayar tidak sama dengan catatan pada resit yang dikeluarkan, dan kerana bimbang dikenakan tindakan pekedai mengambil jalan mudah dengan meletakkan majalah di bahagian bawah, bukannya di rak untuk menarik perhatian ramai," katanya.

Mengenai kakitangan syarikat, kata Junaidi lagi, seramai 50 pekerja berpengalaman - ada sesetengahnya sehingga 40 tahun dalam bidang masing-masing termasuk pemasaran, pengedaran, editorial dan pentadbiran - terpaksa diberhentikan.

"Sebagai majikan, kami tetap menjalankan tanggungjawab untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara.

"Selain pampasan setimpal, syarikat juga mengeluarkan testimonial dan membantu mereka mendapatkan pekerjaan tetap," katanya sambil menambah ketika ini syarikat itu hanya mengekalkan baki 10 pekerja sahaja.

Bagaimanapun, Junaidi menegaskan syarikat itu tidak akan ditutup, sebaliknya akan memberi tumpuan kepada perniagaan penerbitan secara kontrak dan penerbitan lain.

Katanya, pihak syarikat bercadang menceburi bidang lain seperti perundingan, berdasarkan kepakaran serta pengalaman sedia ada.

Makanan Di Bazar Ramadan Mahal

Posted: 02 Jul 2015 01:47 AM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
 
KUALA LUMPUR: Bazar Ramadan bukan saja menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli pelbagai juadah berbuka puasa, malah peluang bagi golongan peniaga mendapat limpahan rezeki.

Namun, terdapat sesetengah peniaga yang menjadikan Bazar Ramadan sebagai lubuk emas dengan mengambil kesempatan menjual juadah dengan harga terlampau tinggi dan tidak masuk akal, semata-mata bagi mengaut keuntungan melampau.

Bukan itu sahaja, sikap penjaja menjual makanan yang saiz dan kualitinya tidak sepadan dengan harga, malah ada yang telah rosak, juga hangat diperkatakan.

Peniaga memberi alasan kenaikan harga barangan disebabkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta kenaikan harga petrol dan diesel.

Namun munasabahkah apabila sesuatu juadah itu dinaikkan dengan harga yang amat ketara? Misalnya harga kuih dinaikkan sehingga RM1 sebiji?

HARGA MAHAL, SAIZ KECIL

Tinjauan di bazar-bazar Ramadan di Wangsa Melawati, Wangsa Maju, Keramat AU2, Bandar Seri Permaisuri dan Taman Len Seng mendapati keluhan harga makanan naik berasas apabila penulis sendiri melaluinya ketika membeli juadah.

Begitu juga maklum balas di laman sosial mendapati rata-rata pengguna mengeluh akan sikap peniaga yang mengambil kesempatan ke atas pengguna dengan meraih keuntungan berlebihan.

Pengguna laman sosial Twitter, @amirul_idhamAB berkata terdapat peniaga bazar Ramadan di Batu Pahat, Johor menjual sekeping murtabak bersaiz kecil dengan harga RM4.

"Tahun ini ada sedikit kenaikan harga makanan tetapi tidak semua... murtabak kalau dijual dengan harga RM4 di Batu Pahat memang sudah sangat mahal," katanya.

Pengguna lain, @thezulfo berkata terdapat peniaga di bazar Ramadan di Wangsa Melawati menaikkan harga dengan sangat ketara, seperti popiah basah RM1 sebiji, 'roti john' RM5, murtabak RM4 dan 'taufu fah' RM2.

"Di bazar lain juga berlaku peningkatan harga. 'Nasi ambeng' di Tasik Bandar Permaisuri Cheras juga naik 50 sen, cempedak goreng kalau dahulu empat ketul RM2, sekarang dapat tiga ketul sahaja.

"Harga naik itu biasa sebab inflasi tahunan. Kalau naik 20 sen boleh lagi, tetapi melampau sekiranya setiap makanan itu terus naik 50 sen atau RM1 setiap satu, dengan alasan GST atau nombor genap senang hendak kira," katanya.

Puteri Nurul Nabila, yang menggunakan 'tweet handle' @pnnhellokitty pula berkata: "Harga mahal kalau sedap tidak apa. Ini jual makanan mahal-mahal tetapi tidak sedap langsung."

@TheDidiey pula berkata jawapan yang diterima daripada peniaga ketika ditanya tentang kenaikan harga makanan: "Nak buat macam mana, kami peniaga pun kena bayar GST."

@NamaSayaLoqman pula memilih untuk memasak juadah berbuka puasa kerana ia lebih jimat berbanding membeli makanan di bazar Ramadan yang harganya mahal.

PENIAGA BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata peniaga yang sengaja menaikkan harga secara tidak munasabah semata-mata mahu mengaut keuntungan berlebihan, boleh dikenakan tindakan tegas.

Meskipun sesuatu juadah itu bukannya barangan kawalan dan tiada harga maksimum ditetapkan, beliau menegaskan tindakan boleh diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, jika didapati terdapat unsur-unsur mengaut keuntungan melampau.

"Sekiranya hasil siasatan mendapati kenaikan itu tidak dapat dielakkan kerana menanggung kos kenaikan barangan mentah atau pengangkutan, dan keuntungan yang dibuat juga wajar malah sama seperti sebelum ini, itu kita kena pertimbangkan juga.

"Tetapi sekiranya kenaikan itu melampau dan mengaut margin keuntungan yang melebihi kebiasaan, peniaga itu dianggap mencatut dan boleh diambil tindakan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Tindakan undang-undang juga boleh dikenakan kepada peniaga yang sengaja tidak mempamerkan tanda harga yang jelas pada barangan, katanya.

PEMERIKSAAN MENGEJUT

Menurutnya, pemantauan dan pemeriksaan mengejut djalankan setiap hari di bazar-bazar seluruh negara sejak 23 Jun lalu bagi memastikan setiap peniaga mematuhi undang-undang.

Sehubungan itu, dalam tempoh enam hari, sebanyak 32,000 premis makanan di bazar-bazar Ramadan diperiksa, di mana sebanyak 512 amaran dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

"Sebanyak empat gerai didapati melakukan kesalahan dengan sengaja tidak meletakkan tanda harga dan dikenakan kompaun serta-merta," katanya.

Sehingga kini, kata beliau terdapat sembilan aduan diterima daripada orang ramai berkaitan makanan dijual dengan harga yang mahal.

"Kalau pengguna mendapati sesuatu premis itu menjual dengan harga yang tidak masuk akal, mereka hendaklah membuat aduan serta maklumkan harga dahulu dan sekarang supaya kita dapat adakan siasatan dan pemeriksaan mengejut," katanya.-- Bernama

Kanak-Kanak Mangsa Dera Hanya Makan Keropok Lekor

Posted: 02 Jul 2015 01:37 AM PDT

Oleh: SYED AZHAR
 
 
Rohaida Mohamad, 44, menunjukkan gambar Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, selepas mangsa mengadu kepadanya sakit dada pada pertengahan Mac lalu.
 
 
 
PASIR MAS: Badannya dipenuhi dengan luka dan lebam. Ketika di rumah dia hanya diberi makan keropok lekor dan air kosong.

Bagaimanapun apabila berada di tabika, dia akan makan dengan banyak.

Seorang guru tabikanya berasa curiga apabila diminta tidak memberi makan kepada kanak-kanak itu dengan makanan yang mengandungi gula "kerana dia mempunyai masalah kulit".

Apabila guru tabika, Rohaida Mohammad, 44, bertanya kanak-kanak itu apa yang dimakannya di rumah, beliau memberitahu: "Dia kata dia hanya makan keropok lekor dan minum air kosong di rumah," kata Rohaida, yang bekerja di Tabika Ummi.

"Sebelum ini, ibu tiri yang saya fikir cuba menutup kesalahannya pernah memberitahu bahawa jangan berikan makanan bergula kepada kanak-kanak itu kerana menghadapi masalah kulit.

"Tetapi saya agak aneh apabila mendapati kanak-kanak itu makan dengan banyak setiap kali dia berada di tabika ini.

"Hanya selepas itu baru saya menyedari kanak-kanak itu tidak mempunyai masalah kulit, tetapi itu adalah helah ibu tiri untuk menutup penderaan yang dilakukannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang, di sini, Rabu.

Rohaida berkata beliau pernah bertanya kanak-kanak itu siapa yang memukulnya dan dia akhirnya memberitahu "mummy".


Nur Zuliana Zaara Zulkifli 5, berada dalam keadaan trauma dan seluruh anggota badannya dipenuhi parut dipercayai menjadi mangsa dera ibu tiri kini di dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

Kata Rohaida, sejak menjaga kanak-kanak itu daripada Januari hingga Mac, beliau pernah bertanya mengenai luka dan lebam namun dimarahi oleh ibu tiri terbabit malah turut menafikannya.

"Daripada melakukan sesuatu tentang hal itu, ibu tiri itu akhirnya memberhentikan persekolahan anaknya dari tabika pada Mac lalu."

Rohaida kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pengerusi tabika dan merancang untuk bersemuka dengan bapa dan ibu tiri muda terbabit dan tidak bercadang untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.

"Kami tidak mahu terlibat dalam masalah pasangan itu. Walaupun saya menjaga kanak-kanak itu, tapi saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantunya," katanya.

Selain itu jiran suspek, Sabariah Ahmad 51, berkata bapa kanak-kanak itu memperlihatkan dirinya seolah-olah seorang bapa yang yang baik dan suka bertegur sapa.

"Tanggapan pertama saya adalah bahawa dia adalah bapa yang baik dan saya mengenali dia selepas dia berpindah ke sini 12 bulan yang lalu. Tetapi isterinya jarang bercakap dengan saya.

"Amat mengejutkan apabila mengetahui tentang nasib gadis itu kerana saya tidak pernah mendengar apa-apa kekecohan dari rumah pasangan itu," katanya.

Kes penderaan itu terbongkar apabila kanak-kanak malang itu ditemui ibu kandungnya dalam keadaan wajahnya cengkung manakala seluruh badannya didapati lebam dan dipenuhi parut, sementara kepalanya pula didapati luka manakala belakangnya dalam keadaan membongkok dipercayai akibat patah tulang belakang, rusuk serta paha.

Kanak-kanak itu kini ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan dan berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bapa kandung dan ibu tiri kanak-kanak berusia 39 dan 25 tahun yang menjaga kanak-kanak itu sebelum ini telah ditahan reman oleh polis selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.
 
 

The Edge diberi tempoh tujuh hari buat penjelasan – KDN

Posted: 01 Jul 2015 05:13 PM PDT

THE RAKYAT POST


TRP-ZAHID-HAMIDI-MOKH-L-600x360
Ahmad Zahid berkata, pihaknya telah menghantar surat tunjuk sebab kepada The Edge, kelmarin. - Foto arkib TRP



KUCHINGAkhbar The Edge diberi tempoh tujuh hari untuk memberi penjelasan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), berhubung laporannya mengenai syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya telah menghantar surat tunjuk sebab, pada Isnin lalu.

"Saya sudah katakan sebelum ini, sekarang mereka diberi tempoh tujuh hari untuk maklum balas," katanya selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Polis Sarawak di Masjid Al Mujahidin, Kompleks Kuarters Polis, hari ini.

Rabu lalu, Ahmad Zahid berkata, pemilik kumpulan media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong perlu bertanggungjawab terhadap laporan tidak tepat berhubung 1MDB yang mengatakan ia telah disahkan sebelum disiarkan.

Ahmad Zahid berkata, laman web Sarawak Report menjadi sumber maklumat palsu mengenai 1MDB yang kemudiannya dilaporkan The Edge.

Shabery Cheek tak perlu takut, debat saja dengan Tony Pua di televisyen

Posted: 01 Jul 2015 05:07 PM PDT

lks1

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP mempelawa Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk berdebat secara terbuka di kaca televisyen dengan Tony Pua bagi membuktikan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu menerima sokongan rakyat dalam usahanya menuntut ketelusan dan akauntabiliti skandal 1MDB.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang membuat tawaran itu kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia tersebut yang telah menyuarakan bantahannya terhadap keanggotaan Tony dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Menurutnya, Shabery telah memalukan dirinya sendiri apabila menunjukkan rasa takut kepada Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, dengan membuat kecaman tidak berasas terhadap pemimpin DAP tersebut.

Shabery dipetik oleh media sebagai berkata bahawa Tony perlu menarik diri daripada PAC kerana sering mengkritik kerajaan dalam isu 1MDB, dan menambah: "Parti dia (DAP) patut malu, orang yang menyokong dia patut malu orang yang dikaitkan dengannya patut malu. Mereka bercakap perkara besar tetapi perkara asas sebegini tidak tahu kendalikan. Dia patut keluar daripada PAC kerana bukan saja memalukan PAC tapi sistem Parlimen."

Kit Siang mempersoalkan sama ada Shabery serta Perdana Menteri Najib Razak terlalu takut kepada Tony sehingga mahu menendang beliau keluar dari PAC yang mahu menyoal siasat 1MDB atas masalah yang berlaku.

"Adakah (kerajaan BN) terlalu takut kepada Tony sehingga mahu membuang beliau dari PAC, walaupun ini adalah bertentangan dengan semua peraturan, amalan dan prosedur Parlimen, di samping memberi isyarat yang paling negatif serta bahaya kepada semua rakyat Malaysia?" kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah bahawa Tony sendiri telah menjelaskan bahawa BN tidak perlu takut dengan dirinya seorang kerana ada 8 Ahli Parlimen BN dalam PAC. – Roketkini.com


Perlukah DAP malu kerana mendedahkan skandal 1MDB, soal Tony Pua

Posted: 01 Jul 2015 05:03 PM PDT

Tony

Roketkini.com


PETALING JAYA: Ketakutan para pemimpin Barisan Nasional terhadap DAP dalam isu skandal 1MDB yang melibatkan RM42 bilion semakin ketara apabila mereka cuba membuang Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Komplot itu bermula apabila peguam UMNO, Tan Sri Mohammed Shafee Abdullah, mendesak Tony menarik diri daripada PAC lima hari lalu, yang mana seruannya disokong oleh pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen, Tan Sri Shahrir Samad.

Menurut Tony, semalam Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula "mengamuk" mendesak beliau keluar dari PAC dengan menuduh Tony dan DAP memalukan PAC dan Parlimen.

Katanya, beliau tidak faham mengapa perlu rasa malu atas kenyataan-kenyataan yang dibuatnya terhadap skandal 1MDB tersebut.

"Saya juga tak tahu hujung pangkalnya mengapa parti saya, penyokong saya dan "sesiapa sahaja yang berkaitan" perlu rasa malu apabila mendedahkan penyalahgunaan dan salah pengurusan 1MDB," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya, beliau yakin, rakyat Malaysia akan marah dan merasa jijik, serta kewibawaan PAC akan terjejas, jika beliau dipaksa keluar dari PAC oleh BN.

Menurutnya, yang patut merasa malu adalah para Menteri dan pemimpin BN yang secara membuta tuli menyokong usaha menyelamatkan 1MDB yang mempergunakan wang rakyat.

Malah, Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, menjelaskan bahawa Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Halmi sendiri sudah memberi jaminan untuk hadir ke prosiding PAC nanti, dengan menyatakan 1MDB yakin sepenuhnya terhadap proses PAC.

"Jika Arul Kanda dan Datuk Shahril tidak takut untuk hadir ke prosiding PAC yang mana saya ada di dalamnya sebagai anggota jawatankuasa, mengapa tiba-tiba menteri takut dengan saya?" soal beliau.

Beliau juga terkejut dengan sikap Menteri yang seolah-olah tidak yakin dengan kebolehan dan keanggotaan lapan Ahli Parlimen BN di dalam PAC.

Dalam jawatankuasa itu, wakil-wakil BN adalah Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas), Datuk Chua Tee Yong (Labis), Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (Kulim Bandar Baru), Liang Teck Meng (Simpang Renggam), Datuk Madius Tangau (Tuaran), Hasbi Habibollah (Limbang) dan Datuk Wee Jeck Seng (Tanjung Piai). – Roketkini.com


Langkau sempadan Indonesia: Zahid hantar laporan penuh ke Wisma Putra

Posted: 01 Jul 2015 04:53 PM PDT

THE RAKYAT POST


Ahmad-Zahid-L
Ahmad Zahid berkata, KDN juga telah menghantar laporan kepada Kedutaan Indonesia dan Najib berhubung insiden itu dalam minggu ini. 



KUCHINGKementerian Dalam Negeri (KDN) akan menghantar laporan penuh kepada Wisma Putra, berhubung isu insiden helikopter yang terbang ke kawasan Kalimantan.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, insiden itu bukanlah satu pencerobohan, sebaliknya ia berpunca daripada keadaan bentuk muka bumi di kawasan berkenaan.

"Kami sepatutnya mendarat di Sungai Melayu berhampiran sempadan, tetapi tempat pendaratan helikopter ditenggelami air.

"Juruterbang membuat keputusan untuk mendarat di kawasan lebih baik, tanpa menyedari ia telah memasuki sempadan Indonesia dan tempat pendaratan helikopter yang kami nampak itu milik Tentera Indonesia," katanya selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Polis Sarawak di Masjid Al Mujahidin, Kompleks Kuarters Polis, pada Rabu.

Ahmad Zahid berkata, keadaan muka bumi yang mencabar itu merupakan punca juruterbang melangkaui sempadan negara dan ia bukan salah juruterbang berkenaan.

Selepas mendarat di kem Tentera Indonesia, helikopter itu kemudiannya berpatah balik ke sempadan Malaysia dan mendarat di Balai Polis Wallace Bay yang juga sebahagian daripada lawatan beliau.

Ahad lalu, Ahmad Zahid dijadualkan melawat beberapa balai polis di pedalaman Sabah, berhampiran sempadan Indonesia.

Media Indonesia, Kompas melaporkan, helikopter Sabah Air yang membawa Ahmad Zahid dan rombongannya, menghadapi masalah mendarat dan situasi itu disedari Tentera Nasional Indonesia yang sedia memberi bantuan, sekiranya diperlukan.

"Saya berharap kedua-dua media tempatan dan antarabangsa tidak memanipulasi situasi sebenar," katanya.

Ahmad Zahid berkata, KDN juga telah menghantar laporan kepada Kedutaan Indonesia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung insiden itu dalam minggu ini.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/07/02/langkau-sempadan-indonesia-zahid-hantar-laporan-penuh-ke-wisma-putra/#ixzz3egeV2KaI

Perlu penguatkuasaan lebih tangani rasuah di Cameron Highlands

Posted: 01 Jul 2015 04:50 PM PDT

THE RAKYAT POST


940_5
Aktiviti penerokaan hutan secara berleluasa dipercayai berlaku, disebabkan penguatkuasaan yang lemah dalam kegiatan rasuah. 



KUALA LUMPUR - Agensi pencegahan rasuah perlu berusaha lebih, untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai terhadap pihak berkuasa berkaitan.


Presiden Kesedaran Alam Sekitar Serantau Cameron Highlands (Reach), Ramakrishnan Ramasamy berkata, kemarahan orang ramai hanya boleh dikurangkan, jika dalang di sebalik penerokaan haram tanah ditangkap, walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangkap beberapa petani sayur di tanah tinggi itu.

Menurut sumber SPRM, seramai 21 individu ditahan, selepas mereka menyogok RM163,577 kepada pegawai penguat kuasa yang ditugaskan di kawasan itu, susulan kejadian tanah runtuh tragis pada Oktober lalu yang meragut tujuh nyawa.

Beliau kesal dengan situasi terkini, apabila rasuah menjadi masalah sosial utama dan isu politik di Cameron Highlands selama beberapa dekad.

Perkara itu sekaligus mendapat perhatian semua pihak di negara ini, apabila berlakunya bencana tanah runtuh pada tahun lalu.

"Selepas tragedi itu, pihak berkuasa telah diberi keutamaan untuk kerja-kerja anti rasuah dalam agenda mereka dan mengukuhkan usaha anti rasuah dengan 'membuang' pekerja asing tanpa izin dari ladang-ladang.

"Tetapi sehingga kini, fenomena rasuah masih berleluasa dan buktinya adalah aktiviti penerokaan dan pembersihan tanah haram telah disambung semula.

"Rasuah dilihat sebagai sesuatu yang membimbangkan dan masalah kedua terbesar selepas alam sekitar, seperti pencemaran air dan hutan yang semakin berkurangan," katanya kepada The Rakyat Post.

Beliau berkata, keupayaan atau ketidakupayaan pihak berkuasa, khususnya SPRM untuk mendakwa pesalah akan memainkan peranan utama dalam menentukan sokongan orang ramai untuk memerangi isu ini.

Februari lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, suruhanjaya itu memerlukan bantuan orang ramai untuk memerangi rasuah di Cameron Highlands.

Jelasnya, bagi memastikan sifar rasuah, orang ramai boleh menyalurkan maklumat atau risikan mengenai aktiviti itu yang boleh membantu agensi berkenaan.

Sementara itu, Ketua Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cawangan Cameron Highlands, Suresh Kumar berkata, petani 'besar' akan terus merasuah, jika tiada seorang pun daripada mereka ditangkap dan dikenakan hukuman.

"Tiadanya tindakan ke atas mereka oleh pihak berkuasa, menyebabkan kurangnya usaha memerangi rasuah.

"Sebagai contoh, tangkapan baru-baru ini dikhuatiri hanya satu kes 'di luar, bukan di dalam'," katanya.

Beliau mengingatkan bahawa sentimen orang ramai yang berpendapat pegawai rasuah juga mempunyai rangkaian hubungan peribadi dengan petani besar dan menjadi 'payung perlindungan' mereka.

Ini secara serius menghalang keupayaan agensi anti rasuah untuk menyiasat dan menangani rasuah secara bebas, kerana masyarakat berpendapat kerajaan perlu berusaha keras untuk memerangi amalan rasuah.

Kecacatan daftar pengundi masih parah di Sabah

Posted: 01 Jul 2015 04:47 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Badan pemantau pilihan raya, BERSIH 2.0 dan Malaysian Electoral Roll Analysis Project (Merap) mengesan beberapa kecacatan pada daftar pengundi di Sabah seperti disahkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyelidik mengenai pendatang tanpa izin di negeri itu.

Sebagai contoh, kata pegawai komunikasi BERSIH 2.0, Izmil Amri Ismail, membabitkan nombor kad pengenalan dan kad pengenalan meragukan seperti diperakui RCI.

"Ada kes di Sandakan membabitkan seseorang bernama Mainah Takait yang didaftarkan dua kali menggunakan alamat sama tetapi nombor kad pengenalan berbeza," katanya.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, laporan RCI setebal 306 muka surat itu menyatakan "ada bukti mencukupi menunjukkan penduduk bukan warganegara diberi kad pengenalan biru oleh sindiket haram atau individu tertentu yang mendaftar mereka menggunakan kad pengenalan palsu."

Justeru, katanya, BERSIH 2.0 menegaskan sekali lagi perlunya pihak berkuasa bertindak segera dan mengekang masalah itu seperti dinyatakan laporan RCI berkenaan.

Izmil berkata, Merap juga mengesan kecacatan dalam daftar pengundi Sabah apabila 80 peratus pengundi di daerah tertentu mengandungi penduduk daripada etnit Bugis, Bajau, Melayu dan Suluk ketika kumpulan majoriti di situ sepatutnya Kadazandusun.


Esscom sahkan insiden berbalas tembak

Posted: 01 Jul 2015 04:46 PM PDT

MALAYSIAKINI


Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Abdul Rashid Harun mengesahkan berlaku kes berbalas tembak antara anggota keselamatan dengan suspek penjenayah rentas sempadan di kawasan perairan Pulau Pom Pom, Semporna kelmarin.

Bagaimanapun katanya dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiada anggota pasukan gerakan am (PGA) yang tercedera.

"Kira-kira jam 3 pagi, anggota satu daripada pos kawalan mendengar bunyi enjin bot menghampiri pulau. Apabila anggota PGA menyuluh ke arah bot berkenaan, pihak PGA mendengar dua das tembakan dilepaskan.

"Dalam keadaan itu, anggota PGA membalas semula tembakan, yang memaksa suspek melarikan diri dalam gelap," katanya kepada Bernama.

Menurut Abdul Rashid ketika kejadian jarak antara bot suspek dengan pos kawalan PGA ialah antara 200 hingga 300 meter.

Abdul Rashid berkata dalam keadaan gelap itu jelas kelihatan percikan daripada bot berkenaan ketika tembakan dilepaskan namun tidak mengenai apa-apa.

"Kejadian berlaku di dalam kawasan perintah berkurung. Kami tidak pasti berapa ramai suspek di dalam bot itu dan apa niat mereka," katanya.

Abdul Rashid berkata pemeriksaan oleh anggota keselamatan di lokasi pada keesokan paginya tidak menemui apa-apa tanda bot itu terkena tembakan anggota PGA.

Beliau berkata pihaknya memandang serius kejadian itu dan anggota keselamatan sentiasa dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman daripada penjenayah rentas sempadan. - Bernama


 

Putrajaya tuduh The Edge cetus 'kekeliruan'

Posted: 01 Jul 2015 04:39 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kementerian Dalam Negeri telah menuduh Kumpulan Media The Edge menyiarkan artikel mengenai 1MDB yang telah mencetuskan kekeliruan dan keraguan mengenai kerajaan dan institusi kewangan.

"Kami juga dituduh bergantung kepada satu portal internet untuk artikel kami," kata penerbit dan ketua pegawai eksekutif kumpulan itu, Ho Kay Tat dalam satu kenyataan media semalam.

Ini telah disampaikan kepada syarikat itu dalam satu surat bertarikh 29 Jun oleh Kementerian Dalam Negeri.

Kumpulan Media The Edge menerbitkan The Edge Malaysia dan The Edge Financial Daily.

Syarikat itu diberi tempoh tujuh hari untuk memberi penjelasan mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap kedua-dua penerbitan itu di bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.

Ho berkata, syarikatnya telah memohon lanjutan tarikh akhir untuk menyediakan jawapan yang diperlukan.


"Kami telah melaporkan mengenai 1MDB sejak ia dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dan dalam tempoh enam bulan lepas, kita telah menyiarkan lebih 300 artikel mengenai 1MDB dari pelbagai sumber - Bernama, Bloomberg, Reuters, The Business Times Singapura, Euromoney - dan laporan kami sendiri dari saluran media dalam Kumpulan Media The Edge," kata Ho.

Beliau berkata pihaknya akan menyusunya untuk membantu sebarang penyiasatan mengenai kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh pihaknya.

Menurut Ho, artikel berkenaan mendasarkan kepada bukti yang telah dinilai dengan teliti.

"Kementerian perlu menjelaskan yang mana satu artikel kami itu yang salah dan mencetuskan kekeliruan dan keraguan tentang kerajaan," tambahnya.

The Edge, tegasnya, percaya artikel mereka adalah benar dan sehingga kini, tiada satupun pihak yang yang disebut dalam artikel itu yang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihaknya.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kata Ho, pihaknya berpegang kepada artikel yang telah diterbitkannya.

Kadir: Tahan Justo hanya satu helah

Posted: 01 Jul 2015 04:37 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin berkata penahanan bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI), Xavier Justo hanyalah satu helah untuk mengelak perhatian kepada isu 1MDB.

Katanya, pemimpin Umno mungkin suka dengan penahanan warga Switzerland itu, namun tidak membantu memulihkan keadaan ekonomi negara yang terjejas dengan hutang 1MDB.

"Penahanan bekas eksekutif PSI, Justo oleh polis Thai mungkin mencetus kegirangan di kalangan elit Umno, tetapi ia tidak membantu meningkatkan keyakinan dalam ekonomi kita.

"Ada yang kata, ia sengaja dibuat-buat – satu helah untuk mengalihkan perhatian kita daripada isu 1MDB," katanya dalam satu tulisan di blog kadirjasin.blogspot.com

Bekas ketua pengarang kumpulan NSTP itu turut menimbulkan kebimbangan bahawa Malaysia mungkin terjejas teruk dengan kebankrapan negara Greece.

Ini kerana, Malaysia, selain Hong Kong dan Singapura, akan terdedah kepada tuntutan bank Eropah, jelasnya.

"Ini boleh berlaku jika bank Eropah mengurangkan pegangan hutang Asia untuk membaiki imbangan akaun mereka, akibat penyingkiran Greece (Grexit) dari Euro Zone," katanya.

Beliau berkata demikan dengan merujuk kepada satu laporan majalah pelaburan Barron's Asia berhubung krisis kewangan Greece.

Menurut laporan itu, Malaysia mungkin kerugian hampir 18 peratus daripada KDNK akibat krisis hutang Greece, katanya.

"Laporan Barron menyatakan, sehingga akhir tahun lalu, tuntutan hutang bank Eropah di Malaysia adalah setara dengan 17.7 peratus daripada KDNK kita," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin lalu memberi jaminan bahawa krisis kewangan di Greece tidak akan memberi kesan sistemik kepada ekonomi Malaysia.


Khidmat bas percuma di S Alam, Klang, Subang Jaya

Posted: 01 Jul 2015 04:35 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan Selangor hari ini melancarkan perkhidmatan bas percuma di tiga kawasan perbandaran di negeri itu – Shah Alam, Klang dan Subang Jaya.

Exco Teng Chang Khim berkata usaha itu menjadikan Selangor negeri pertama menawarkan perkhidmatan sebegitu.

Bas itu akan menggunakan laluan ke pejabat penting kerajaan, stesen kereta api, sekolah dan beberapa tempat mercu tanda setempat.

Perkhidmatan itu dirancang bermula pada jam 6 pagi hingga 10 malam dengan masa menunggu 15 minit setiap bas.

Kemudahan Internet tanpa wayar akan turut disediakan, katanya lagi.

'Ini bukan pemilihan MIC!'

Posted: 01 Jul 2015 04:24 PM PDT

SINAR HARIAN


Dr S Subramaniam
Dr S Subramaniam ketika sidang akhbar. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr S. Subramaniam menyifatkan pemilihan yang dipanggil oleh Datuk Seri G. Palanivel sebagai "bukan pemilihan MIC".

Dr Subramaniam, yang mengaku beliau adalah pemangku Presiden MIC, berkata:

"Itu adalah pemilihan sebuah organisasi bukan kerajaan. Terdapat hanya satu siri pemilihan MIC." 

Beliau menasihatkan pengerusi cawangan dan anggota-anggota parti supaya mengemukakan kertas pencalonan mereka pada 10, 11 dan 12 Julai ini.

"Jika tidak, 3,400 cawangan mungkin tidak berfungsi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim 2009 di ibu pejabat MIC di sini, semalam.
 
Dr Subramaniam berkata, cawangan-cawangan yang berdaftar sethingga 2012 dan telah membayar yuran ahli sehingga 2015 dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pemilihan.
 
Beliau berkata, pengerusi cawangan akan dimaklumkan mengenai pemilihan menjelang akhir minggu ini dan pemilihan cawangan akan berlangsung dari 20 hingga 26 Julai.

"Saya yakin 90 peratus daripada pengerusi cawangan akan mengemukakan kertas pencalonan," kata beliau.

Kelmarin, mesyuarat CWC Interim 2009 yang dipengerusikan oleh Palanivel, yang menegaskan beliau masih presiden parti itu, menetapkan September ini bagi pemilihan presiden dan 24 hingga 26 Julai bagi pemilihan peringkat cawangan. - Bernama
 
 

Video solat tarawih pantas, tidak sah

Posted: 01 Jul 2015 04:21 PM PDT

SINAR HARIAN


Video solat tarawih pantas, tidak sah
Sedutan video yang kini viral di media sosial.
 
 
PUTRAJAYA - Solat yang dilakukan secara pantas dan dilaksanakan secara tergopoh-gapah adalah tidak sah menurut pandangan Mazhab Syafie, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
 
"Tidak sah solat itu kerana tiada tamakninah menurut pandangan Mazhab Shyafie, katanya ketika mengulas video solat tarawih yang dilaksanakan sebanyak 23 rakaat (termasuk solat Witir) dalam masa 10 minit sahaja yang kini viral di media sosial.
 
Katanya asas pelaksanaan rukun solat haruslah disertai perbuatan tamakninah atau berhenti sejenak bagi menyempurnakan ibadah tersebut selain membantu seseorang itu untuk khusyuk ketika bersolat.
 
Beliau berkata roh atau dasar solat itu sendiri adalah khusyuk dan bukannya dilaksanakan seperti dalam bentuk perlumbaan atau tergopoh-gapah.
 
"Adalah wajar untuk mengekalkan apa yang kita lakukan di Malaysia ini dengan adanya tamakninah dan perbuatan-perbuatan solat lain yang dapat membantu seseorang itu menumpukan perhatian ketika solat tanpa tergopoh-gapah," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran Pondok Moden Al-'Abaqirah oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini hari ini. - Bernama

Thailand masih siasat Justo kes peras ugut

Posted: 01 Jul 2015 04:16 PM PDT

SINAR HARIAN



Isu 1MDB: Bekas pekerja PetroSaudi ditahan polis
Justo ditahan polis Thailand di kediamannya pada Isnin.



BANGKOK - Polis Diraja Thailand masih dalam proses siasatan kes bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Andre Justo walaupun dia telah mengaku melakukan peras ugut dan cuba memeras bekas majikannya.

Jurucakap Polis Diraja Thailand Pol Lt Jen Prawuth Thavornsiri berkata Justomtelah mengaku terhadap dakwaan mengenai memeras ugut dan cuba melakukan pemerasan terhadap bekas majikannya.

"Ya, dia telah mengaku," katanya ketika ditanya oleh Bernama sama ada Justontelah mengaku terhadap semua dakwaan peras ugut dan pemerasan.

Beliau berkata kes Justo akan dibicarakan di Thailand kerana kesalahan yang dikatakan itu dilakukan di Thailand.

Mengenai laporan berhubung permohonan polis Malaysia untuk menemu bual Justo, beliau berkata setakat ini tiada permintaan rasmi atau pihak berkenaan telah berhubung mengenai perkara itu.

Malaysia bukan pengadu atau terlibat dalam hal ini, hanya Thailand dan PetroSaudi terlibat, katanya selepas sidang media mingguan Polis Diraja Thailand di sini Rabu.

Ketika ditanya jika pegawai-pegawai Malaysia akan dibenarkan untuk menemui Justo, beliau berkata, pegawai asing dari negara-negara yang tidak terlibat dalam kes itu tidak akan dibenarkan menemui Justo.
"Apakah status para pegawai Malaysia dalam kes ini?' dia bertanya.

"Oleh kerana kes ini adalah masalah hubungan antarabangsa, kami tidak akan membenarkan mana-mana lawatan sehingga proses siasatan selesai," katanya sambil menegaskan beliau adalah satu-satunya orang yang diberi kuasa untuk bercakap mengenai kes tersebut.

Beliau berkata kes itu melibatkan Switzerland (kerana Justo ialah warga Switzerland), England, tempat PetroSaudi berdaftar, dan Thailand, tempat kesalahan dikatakan dilakukan.

Justo melakukan kesalahan itu di Thailand, jadi dia akan didakwa di Thailand di bawah undang-undang Thailand, katanya.

Mengenai lawatan Timbalan Ketua Polis Thailand Jakthip Chaijinda ke Kuala Lumpur esok, beliau berkata lawatan itu untuk berbincang mengenai isu pemerdagangan manusia.

Justo ditangkap di Koh Samui pada 22 Jun berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok.

Tuduhan ke atasnya ialah cuba memeras ugut atau cuba melakukan pemerasan.

Dia dikatakan telah menuntut bayaran sehingga 2.5 juta Swiss franc (kira-kira RM10 juta) daripada PetroSaudi sebagai ganjaran tidak mendedahkan maklumat perniagaan yang telah dicurinya. - Bernama

Kes Justo legakan Umno tapi tak pulih imej 1MDB

Posted: 01 Jul 2015 04:14 PM PDT

A Kadir Jasin
 
 
SHAH ALAM -  Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin membidas segelintir elit Umno yang beranggapan tangkapan bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo oleh polis Thailand membersihkan maklumat buruk mengenai 1MDB.
 
"Walaupun tangkapan Justo oleh polis Thailand mungkin memberi kelegaan kepada Umno elit, ia tidak akan memulihkan keyakinan kepada ekonomi kita," katanya. 
 
Dalam pada itu, Kadir juga berkata, Malaysia berkemungkinan akan menjadi negara yang paling terjejas teruk di kalangan negara-negara Asia dengan kebankrapan negara Greece.
 
Menurut laporan majalah pelaburan Amerika Syarikat, Barron Asia, yang memetik Nomura Securities, selain Hong Kong dan Singapura, Malaysia mempunyai pendedahan terbesar kepada tuntutan bank Eropah.
 
"Ini boleh berlaku jika bank-bank Eropah mengurangkan pegangan hutang Asia mereka untuk membaiki kedudukan kewangan mereka yang disebabkan oleh terkeluarnya Greece dari Zon Euro.
 
Tambahnya lagi, laporan Barron mengatakan, pada akhir tahun lepas, tuntutan hutang bank-bank Eropah di Malaysia, bersamaan dengan 17.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan tempat kedua adalah Korea dengan hanya 8.7 peratus daripada KDNK.
 
"Greece, ekonomi kecil yang kurang daripada 2 peratus daripada KDNK Euro kawasan ini, tidak mungkin dapat menjadi rakan dagangan utama bagi pasaran Asia.
 
"Tetapi ia boleh menjejaskan Asia tidak seimbang jika bank-bank Eropah mengurangkan pegangan hutang mereka di Asia untuk membaiki kedudukan kewangan mereka dari Grexit," tulis Kadir di dalam blognya. 
 
"Kita masih bergelut dengan isu seperti 1MDB (1Malaysia Develoment Berhad), FGV (Felda Global Ventures), PPFI (Pembinaan PFI), SRCI dan aliran keluar dana  dan semua ini memburukkan ekonomi dan menjatuhkan nilai ringgit," katanya.
 
 

Umum awal harga petrol bantu rancang bajet

Posted: 01 Jul 2015 04:11 PM PDT

SINAR HARIAN


minyak


KUALA LUMPUR - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan untuk tidak mengeluarkan apa-apa pemberitahuan mengenai perubahan harga bahan api kepada orang ramai.
  
Presidennya Datuk N. Marimuthu berkata, ini untuk mengelakkan pengguna berada dalam keadaan tidak bersedia dan pengumuman awal membolehkan mereka merancang perbelanjaan bulanan mereka dengan lebih baik.
  
"Kami berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk meneruskan amalan membuat pengumuman rasmi mengenai harga bahan api baharu sebelum hari pertama dalam bulan baharu daripada hanya dimaklumkan di stesen-stesen minyak," katanya kepada Bernama.
  
Marimuthu berkata, Fomca a‎kan mengemukakan petisyen mengenai perkara itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan esok.
  
Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, mulai sekarang, tiada lagi pengumuman awal mengenai harga baharu petrol dan diesel setiap bulan dan notis demikian hanya akan dikeluarkan kepada peruncit pada tengah malam pada hari terakhir setiap bulan.
      
Hasan berkata ini akan dilakukan tanpa mengambil kira sama ada harga berubah atau tidak.
  
Ia juga disebabkan oleh hakikat bahawa ini telah menjadi urusan rutin susulan pelaksanaan sistem apungan terurus untuk harga petrol RON95 dan diesel mulai 1 Disember tahun lepas. Harga petrol RON97 adalah tertakluk kepada harga pasaran.

Harga RON95 bagi Julai ditetapkan pada RM2.15 seliter, naik 10 sen daripada  Jun, manakala harga RON97 ialah RM2.55 seliter, naik 20 sen mulai bulan lepas dan harga minyak diesel tidak berubah pada RM2.05 seliter. - Bernama


Tiada ulasan: