Sabtu, 18 Julai 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Penjara Kajang kini ‘bebas’ hantu?

Posted: 17 Jul 2015 05:30 PM PDT

Penjara Kajang kini 'bebas' hantu?
 
 
SERINGKALI kita dimomokkan bahawa kawasan seperti penjara, asrama, bangunan-bangunan lain-bangunan lama dan seumpama itu mempunyai penghuni lain selain manusia.
 
Maka tidak hairanlah sejak kecil kita ada mendengar mengenai kisah-kisah hantu di kawasan-kawasan lazim seperti disebutkan itu.
 
Namun pandangan penulis terhadap cerita-cerita itu seolah-olah berubah, apabila penulis 'mengorek sendiri' kisah mistik sebuah penjara menerusi orang kuat penjara di Penjara Kajang baru –baru ini.
 
"Dahulu memang 'berhantu', tetapi sekarang sudah tidak dengar dah kes-kes seperti diganggu atau diusik oleh makhluk halus di kawasan penjara," demikian menurut Timbalan Penguasa Penjara Kajang, Mohd Noor Abu Bakar, 55, ketika diajukan mengenai perihal tersebut.
 
Ketika ditanya dengan lebih jelas punca penjara 'bebas' daripada gangguan tersebut, Mohd Noor berkata, pengisian keagamaan di kawasan tersebutlah membuatkan penjara Kajang bebas daripada gangguan.
 
"Zaman dulu penjara tidak banyak menyelitkan aktiviti keagamaan kepada banduan, berbeza sekarang kerana kami mempunyai program khas yang berbentuk keagamaan bagi mendidik banduan mendekati ALLAH SWT.
 
"Program itu dinamakan pemulihan diri,bermula pukul 9 pagi mereka akan beramai-ramai menunaikan solat Dhuha, Tahajud , Taubat… Selepas itu diikuti dengan amalan berzikir sehinggalah tengah hari (amalan ini dilakukan setiap hari) selain solat subuh berjemaah.
 
"Dan tidak setakat itu, kita juga memperkenalkan program 3T iaitu talaqi al-Quran, tahfiz dan tadarus…dan Alhamdulillah melalui program ini kita sudah lahirkan ramai hafiz al-Quran dalam kalangan mereka, ada yang sudah boleh menghafaz beberapa juzuk al-Quran, mereka ini dibimbing khas oleh para hafiz daripada Jakim,"  katanya kepada Sinar Harian Online.
 
Mohd Noor yang sudah 25 tahun berkhidmat dalam kerjaya ini berkata, dengan pelbagai pengisian keagamaan yang dibuat dilihat telah berjaya membentuk akhlak banduan.
 
"Itu buatkan penjara bukan lagi seperti penjara tetapi seolah-olah seperti sebuah 'pondok agama'," katanya.
 
 

Aidilfitri: KL 'ditawan' warga asing

Posted: 17 Jul 2015 05:19 PM PDT

SINAR HARIAN


Aidilfitri: KL 'ditawan' warga asing
Sebahagian warga asing berkumpul di perkarangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri hari ini. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Dalam keceriaan umat Islam  meninggalkan ibu kota bagi menyambut 1 Syawal di kampung halaman mereka, bandaraya Kuala Lumpur menjadi 'milik' warga asing sempena Aidilfitri pertama hari ini.
  
Walaupun bukan lagi satu fenomena baharu saban tahun, namun lambakan warga asing sentiasa menimbulkan rasa kurang menyenangkan dalam kalangan warga kota dengan sikap kurang menjaga kebersihan kawasan sekitar.
  
Berdasarkan pemerhatian rambang oleh Bernama, puluhan ribuan warga asing dari Bangladesh, Indonesia, India, Nepal, Myanmar dan Vietnam mengambil kesempatan cuti umum untuk menyerbu beberapa kawasan tumpuan ramai.
  
Antara lokasi 'panas' kebanjiran warga asing ialah pusat beli-belah Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Kota Raya, Pasar Seni dan kawasan sekitar Bukit Bintang.
  
Bagaimanapun, kebanjiran warga asing turut menimbulkan masalah kebersihan apabila tindakan mencemari kawasan sekitar merimaskan oleh mereka yang melepak secara berkumpulan.
  
Seorang rakyat Malaysia, Nur Habib Hasinuddin, 42, berkata warga asing terlalu ramai yang berkunjung ke ibu kota sehingga masyarakat tempatan pula khuatir untuk bersiar-siar.
  
"Kita pula yang takut untuk keluar kerana mereka (warga asing) lebih ramai daripada kita," kata juruteknik kilang itu ketika ditemui di KLCC.
  
Beliau, yang bersama keluarganya datang dari Segamat, Johor bagi menyambut Aidilfitri di ibu kota bagi kali pertama, berkata tidak pernah membayangkan ibu negara yang dipenuhi dengan warga asing.
  
Sementara itu, bagi G.Arivalagan, 39, tindakan warga asing mengotorkan bandar raya dengan antaranya meludah dan membuang sampah dan puntung rokok di merata tempat mencacatkan pemandangan dan status Kuala Lumpur sebagai ibu negara yang moden.
  
Kakitangan kerajaan itu berkata senario tersebut tidak harus berlaku kerana ia boleh menyebabkan imej Malaysia tercalar di kaca mata pelancong asing yang datang ke negara ini.
  
Beliau berharap pihak berkuasa memastikan warga asing yang datang ke bandar raya sentiasa menghormati peraturan dan budaya tempatan.
  
Namun, bagi warga asing, cuti raya ini adalah masa terbaik bagi mereka untuk bersiar-siar di ibu kota bersama rakan-rakan senegara berikutan tidak mudah memperolehi cuti panjang.
  
Hudnar Nizjar, 27, berkata warga asing selalunya akan bertemu dengan rakan senegara di ibu kota kerana ia merupakan destinasi yang mudah dilawati dengan menggunakan pengangkutan awam. - Bernama

Seminggu fikir, Mhd Nasir pilih letak jawatan

Posted: 17 Jul 2015 05:14 PM PDT

Mhd Nasir
Mhd Nasir
 
 
GEORGETOWN - Exco kerajaan tempatan, Chow Kon Yeow mengesahkan peletakan jawatan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dari Pas, Mhd Nasir Yahya.

Kon Yeow menerima surat peletakan jawatan itu dari Mhd Nasir sendiri semalam. "Surat peletakan jawatan itu diserah sendiri  Mhd Nasir  ke pejabat saya di Komtar pada petang semalam.

"Saya bagi pihak Kerajaan Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kepada beliau atas sumbangan dan perkhidmatan sebagai Ahli MBPP selama ini," katanya menerusi kenyataan medianya, hari ini.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Mhd Nasir berkata, tindakan meletak jawatan adalah keputusannya sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Menurutnya, setelah seminggu memikirkan perkara itu, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya sebagai Ahli Majlis.

"Setelah menimbang di setiap sudut, saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan. Saya merasakan, bagus saya letak jawatan demi prinsip dan maruah peribadi serta parti.

"Amat berat untuk ambil keputusan ini namun saya perlu meletak jawatan ini setelah berfikir masak-masak meskipun masih banyak kerja (membela rakyat) yang belum selesai. Keputusan ini adalah dari saya sendiri, tiada pihak yang mempengaruhi," katanya.

Mhd Nasir dilantik sebagai Ahli Majlis menerusi penamaan dari Pas sejak tahun 2014 dan dilantik semula pada tahun ini.

Beliau dilantik menjadi Ketua Whip Ahli Majlis Pas bagi tahun ini.

Beliau juga dilantik dalam tiga Jawatankuasa Tetap iaitu Pengurusan Kewangan, Infrastruktur dan Lalu Lintas, dan, Penguatkuasaan dan Pendidikan Awam.

Sebelum ini, Setiausaha Pas negeri yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 dalam Kerajaan Pulau Pinang dipecat berkuat kuasa Jumaat lalu.

Notis bertarikh 12 Jun dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang dihantar sendiri kepada Mohd Fadzil Kemi yang memegang jawatan sebagai Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri.

Sehari sebelum itu, Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Rosidi Hussain meletak jawatan sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang.

Perkara itu disahkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menerima peletakan jawatan itu.

Sementara itu, Sabtu lalu (6 Jun), bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (Mat Sabu) memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub.

Dua hari selepas tindakan Mat Sabu itu, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menerusi laman Facebooknya turut mengumumkan peletakan jawatan serta merta sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang.


Enam maut, termasuk dua kanak-kanak

Posted: 17 Jul 2015 05:10 PM PDT

Lima maut babitkan kemalangan Myvi-Proton Saga
Keadaan kereta mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu, petang tadi.


MACHANG - Enam maut termasuk dua kanak-kanak dan seorang bayi berusia enam bulan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Bunut, dekat sini kira-kira jam 4. 20 petang, di sini hari ini.

Maklumat awal Kemalangan membabitkan kereta Myvi dan Proton Saga itu mengorbankan empat sekeluarga,  Irwan  Mohd Zain, 33; Siti Khadijah Ibrahim, 33, dan Muhammad Zahrin Ariq Irwan, 6 bulan.

Manakala tiga lagi mangsa, Muhammad Zahran Arfan Irwan dan Nurul Atikah Abd Aziz, 19 dan Mohd Zakuan Aiman, 6.

Empat yang lain turut tercedera pada kemalangan yang berlaku di Kilometer 53, Jalan Kota Bharu - Kuala Krai itu yang dipercayai berrtembung dari laluan bertentangan.

Sementara itu, menurut Pegawai Perhubungan Awam Bomba Kelantan, Bazri Abdul Rahman berkata, Bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 4.29 petang dan tiba di tempat kejadian 14 minit kemudian.

"Semasa tiba di tempat kejadian didapati terdapat tiga mangsa yang tersepit manakala mangsa lain telah dikeluarkan oleh orang ramai.

"Anggota bomba berjaya mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit," katanya.


Insiden Low Yat: Papagomo Dibebaskan Daripada Tahanan Polis

Posted: 17 Jul 2015 05:04 PM PDT

Oleh: NICHOLAS CHENG
 
 
Wan Mohd Azri Wan Deris.
 
 

KUALA LUMPUR: Wan Mohd Azri Wan Deris atau penulis blog Papagomo dibebaskan daripada tahanan polis selepas empat hari berada di dalam lokap atas dakwaan terlibat dalam pergaduhan di Plaza Low Yat.

Memakai baju-T hitam dan seluar jeans biru, Papagomo keluar daripada balai polis Dang Wangi kira-kira pukul 4.40 petang Jumaat.

Dia dibebaskan selepas perintah remannya berakhir.

"Tiada komen," katanya sambil tersenyum ke arah wartawan sebelum masuk ke dalam sebuah kereta.

Ketua Penyiasat Polis Dang Wangi, M Gunalan mengesahkan pembebasan blogger tersebut.
Peguamnya Ahmad Shuaib Ismail menjelaskan walaupun perintah reman terhadap anak guamnya tamat, siasatan masih berjalan.

Beliau berkata Papagomo masih boleh dipanggil atau didakwa di mahkamah pada bila-bila masa.
Ahmad Shuaib menambah anak guamnya telah memberi kerjasama penuh kepada polis dan menyerahkan gajetnya untuk siasatan.

Peguamnya juga menolak dakwaan bahawa penulis blog itu mengeluarkan kenyataan di media sosial yang mengapi-apikan ketegangan kaum.

Beliau mendakwa bahawa orang lain juga mempunyai akses kepada akaun penulis blog ini.

"Sesiapa sahaja boleh meletakkan gambar dan skrin cetak dan mengatakan bahawa kenyataan itu dikeluarkannya. Sesiapa sahaja boleh mengatakan bahawa dia melakukan perkara itu, tetapi adakah ia boleh dibuktikan?

"Walaupun dia di dalam lokap, laman webnya masih aktif dan dikemas kini. Jadi ini bermakna ada orang lain yang menguruskan laman web Papagomo," dakwa Ahmad Shuaib.

Papagomo ditahan pada malam Selasa kerana didakwa menyiarkan sekeping gambar mangsa rompakan di media sosial dan mengaitkannya dengan insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.

Empat maut, tiga hilang bot karam ketika buang abu mayat

Posted: 17 Jul 2015 04:48 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
TANJONG KARANG: Empat mati lemas dan tiga hilang selepas sebuah bot yang  membawa 15 orang karam dekat Tanjong Karang semasa upacara membuang abu mayat anggota keluarga di laut malam tadi, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.
 
Penolong Pengarahnya Mohd  Sani Harul berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.05 malam berhampiran sebuah boya kira-kira dua batu nautika dari pantai bagan Sungai Kajang.
 
Sebanyak 12 anggota bomba dan anggota penyelamat yang dikerahkan ke tempat kejadian menemukan mayat tiga wanita dan seorang lelaki manakala enam lelaki dan seorang wanita diselamatkan sebuah bot nelayan, katanya dipetik Bernama.
 
"Tiga lelaki hilang dalam kejadian  itu. Pemandu bot yang diselamatkan dalam kejadian itu, keadaannya agak kritikal dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh," katanya.
 
Kesemua mayat yang ditemukan telah diserahkan kepada pihak polis, katanya dan menurutnya punca bot itu karam masih belum dikenal pasti.
 
Mohd Sani berkata operasi bersepadu mencari tiga lelaki yang hilang disambung pagi ini dengan bantuan anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
 
 

Justo mungkin terlibat pengubahan wang haram, kata polis Thailand

Posted: 17 Jul 2015 04:46 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
BANGKOK: Warganegara Switzerland, Xavier Andre Justo, yang mengaku memeras ugut bekas majikan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi), mungkin terbabit dalam pengubahan wang haram apabila dia menjual salinan dokumen sulit kepada sebuah kumpulan media, menurut polis Thailand.
 
Kaedah pembayaran dalam pembelian maklumat itu merupakan kaedah pengubahan wang haram kerana pembayaran berlaku di sebuah pulau di mana mereka berpura-pura membeli sebuah syarikat dan menggunakan baki wang daripada (kononnya) pembelian syarikat untuk membayar Justo, kata jurucakap Polis Diraja Thailand, Pol Lt Gen Prawut Thavornsiri.
 
"Kami mempunyai bukti daripada rundingan mengenai di mana untuk membayar wang itu. Semuanya berlaku di Singapura," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
 
Isu ini adalah tentang menjejaskan kerajaan sebuah negara, katanya tanpa menamakan mana-mana negara tetapi dipercayai Malaysia.
 
Katanya polis Thailand juga mendapati maklumat itu digunakan oleh sebuah kumpulan untuk menyebabkan 'kerosakan' di negara jiran dan kumpulan ini dikaitkan dengan media besar negara jiran dan turut dikaitkan dengan bekas tokoh politik di negara jiran.
 
"Mereka berkomunikasi (sesama mereka) menerusi e-mel, WhatsApp. Kami mempunyai semua dokumen...setiap perbualan," katanya.
 
Beliau turut membangkitkan kemungkinan kumpulan ini yang membeli salinan dokumen asal kemudian telah mengubahsuainya berikutan wujud perbezaan maklumatberbanding maklumat asal dalam e-mel yang dicuri oleh Justo.
 
Katanya Justo telah membuat pengakuan dan ini telah banyak membantu siasatan kes dan dia juga membantu kami menjalinkan hubungan dengan orang lain yang diahubungi berdasarkan maklumat seperti tarikh dan masa temu janji dan lokasi pertemuan.
 
"Apabila kami meneliti dengan apa yang dia sebut, kami dapati ia adalah betul. Misalnya, temu janji di hotel, tarikh ketibaan dan pelepasan individuyang menyertai kumpulan itu. Kami juga mendapat maklumat perjalanan di Thailand dan negara-negara asing," katanya.
 
Menurutnya polis Thailand mendapat semua maklumat daripada Justo untuk membolehkan mereka melakukan siasatan dengan lebih lanjut.
 
Sementara itu, Ketua polis Thailand, Pol Gen Somyot Pumpanmuang berkata kes itu melibatkan pelbagai bidang kuasa kerana walaupun kesalahan berlaku di Thailand, perniagaan syarikat ini (PetroSaudi) melibatkan banyak negara.
 
"Ini adalah isu yang amat sensitif yang menjejaskan politik sebuah negara jiran, katanya, sambil menambah Justo menyalurkan maklumat kepada seseoranguntuk digunakan bagi menjejaskan keadaan politik di sebuah negara jiran.
 
 

Papagomo mungkin direman lebih lama - KPN

Posted: 17 Jul 2015 04:44 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Blogger Papagomo kemungkinan besar akan menyambut Aidilfitri di tirai besi sekiranya pegawai siasatan mahu meremannya lebih lama, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
 
"Pegawai siasatannya daripada Kuala Lumpur, jadi kalau mereka perlukan tambahan, kita akan lakukan.
 
"Kalau dah selesai siasatan mungkin dia akan merujuknya kepada pendakwaraya," katanya kepada pemberita semasa majlis rumah terbuka di Bukit Aman, hari ini.
 
Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris ditahan dua hari lalu berikutan penulisan artikelnya yang dilihat boleh mencetuskan isu perkauman dalam insiden pergaduhan di Plaza Low Yat, minggu lalu.
 
Blogger itu ditahan selepas menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
 
Blogger itu dan presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju direman selama dua hari mengikut Akta Hasutan.
 
Ali pula didakwa menyebut lima ayat berbentuk provokasi perkauman di hadapan plaza berkenaan pada jam 8.30 malam, Ahad lepas.
 
Sementara itu, Khalid memberi jaminan Plaza Low Yat dalam keadaan yang aman dan selamat dikunjungi umum.
 
"Saya sahkan sendiri tempat itu selamat, cuma beberapa beruk yang cuma nak mengganggu ketenteraman awam dan menggembar-gemburkan keadaan."
 
Beliau juga menafikan pengumuman Facebook penyokong Papagomo kelmarin, 12 NGO termasuk Pekida dan Perkasa bersetuju untuk berkumpul di hadapan Plaza Low Yat esok untuk membalas dendam kepada kaum Cina ekoran pihak polis bersikap berat sebelah dalam mengendalikan kes rusuhan tersebut.
 
"Itu tidak betul. Kalau mereka lakukan juga, polis akan ambil tindakan,"kata beliau.
 
 
 

Tiada ulasan: