Khamis, 16 Julai 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kenyataan Rahman Dahlan langkah terdesak-Sarawak Report

Posted: 16 Jul 2015 09:45 AM PDT

freemalaysiatoday.com

Sarawak Report mendakwa individu yang dimaksudkan, Lester Melanyi tidak pernah bekerkka bagi pihaknya. 



dahlan.lester


PETALING JAYA: Sarawak Report (SR) menafikan dakwaan bekas kakitangannya terbabit dalam video yang mendedahkan kononnya portal itu bersekongkol untuk menjatuhkan kerajaan.

Ia juga mendedahkan individu yang dimaksudkan, Lester Melanyi tidak pernah bekerja untuk pihaknya.

"Kami terkejut bahawa dakwaan ini ditimbulkan.

"Cubaan mempersoalkan kredibiliti laporan memperlihatkan langkah terdesak," petik portal itu.

Penafian itu dibuat susulan kenyataan Pengarah‎ Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mendakwa mempunyai video pengakuan bekas kakitangan SR.

Individu berkenaan mendakwa melakukan pemalsuan fakta berkaitan isu 1MDB, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, anak tiri Najib, Reza Aziz, Petrosaudi dan isu-isu lain yang berkait-rapat dengan 1MDB.

Susulan itu, Abdul Rahman telah membuat laporan polis berhubung salah laku pengendali laman SR dan penulisnya, Claire Rewcastle Brown.

PKR boikot semua program raya BN

Posted: 16 Jul 2015 09:24 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


PKR hari ini mengumumkan memulaukan semua program sambutan hari raya anjuran BN di peringkat kebangsaan dan negeri.

Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata tindakan itu diambil sebagai tanda bantahan terhadap sabitan dan hukuman penjara terhadap pemimpin utama mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azizah dalam kenyataannya hari ini terus menegaskan bahawa Anwar, yang disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya, sebenarnya seorang tahanan politik.

"Pada ketika ketidaktentuan hala tuju ekonomi dan urus tadbir kerajaan kian meruncing, walhal pemimpin demokratik yang sah yang telah dipilih rakyat melalui undi popular masih terpenjara.

"Sebagai tanda protes terhadap sabitan dan pemenjaraan Saudara Anwar Ibrahim, PKR akan memboikot kesemua program anjuran BN di peringkat nasional dan negeri," kata Azizah. 


Hadi: Harapan Baru tak akan lebih 2 tahun

Posted: 16 Jul 2015 09:19 AM PDT

MALAYSIAKINI


 



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak melihat parti Islam baru yang sedang ditubuhkan oleh bekas pemimpinnya akan mempunyai hayat panjang.

"Pengalaman kami, semua kumpulan serpihan ini tidak akan lebih daripada dua tahun," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Channel NewsAsia pada Selasa.

Sekumpulan pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu sebelum ini mengumumkan menggerakkan sebuah kumpalan dinamakan Gerakan Harapan Baru Baru.

Ia antaranya bertujuan merintis usaha penubuhan parti Islam baru yang lebih terbuka serta membentuk gabungan pembangkang Pakatan Rakyat 2.0.

Pakatan Rakyat kini berpecah susulan pertelingkahan berterusan PAS-DAP, terutamanya dalam isu hudud.

Muktamar PAS sebelum ini membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP, sebuah parti berasaskan fahaman sekular.

Hadi bagaimanapun tidak melihat gerakan baru itu sebagai ancaman.

Katanya, berdasarkan sokongan dalam pemilihan lalu, mereka cuma disokong oleh 20 peratus perwakilan.

"Mereka telah ditolak oleh parti dan akan juga hilang sokongan rakyat," kata Hadi. 



Video: Serangan 1MDB 'cinta' buat Anwar

Posted: 16 Jul 2015 09:17 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Video oleh Lester Melanyi telah mengheret sama pemimpin pembangkang apabila mendakwa laporan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipalsukan.

Lester yang memperkenalkan dirinya sebagai bekas editor Sarawak Report mendakwa beliau bertanggungjawab memalsukan maklumat untuk laman web yang dikendalikan oleh Clare Rewscastle Brown itu.

"Rancangan 1MDB mula diceritakan kepada saya oleh Clare pada Januari tahun ini. Dia memberitahu saya kita mempunyai misi yang sangat penting kali ini untuk (bekas ketua pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

"Dia memberitahu saya bahawa saya terpaksa buat sesuai dengan apa (ahli parlimen DAP) Tony Pua dan (Naib Presiden PKR) Rafizi (Ramli) mahu," kata Lester dalam video yang telah tersebar secara meluas termasuk di Facebook Friends of BN.

 
Bagaimanapun Clare berkata Lester tidak pernah bekerja untuk Sarawak Report dan hanya bertugas untuk beberapa bulan di Radio Free Sarawak (RFS) pada 2011.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini dalam kenyataannya menafikan menjadi dalang dengan memberi arahan kepada Sarawak Report untuk memfitnah Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1MDB.

Rafizi berkata, beliau tidak mengenali dan berhubung Lester ahli Parlimen Pandan itu menjadi dalang dan memberi arahan untuk memfitnah Najib.

Rafizi turut mengancam untuk mengambil tindakan terhadap mereka tidak lama lagi.

Dalam video itu, yang dikatakan bahagian pertama itu, Lester mendakwa mereka cipta maklumat mengenai 1MDB susulan 'cinta' untuk Anwar.


Senator AS bimbang pemerdagangan orang di M'sia

Posted: 16 Jul 2015 09:14 AM PDT

MALAYSSIAKINI


 


Seramai 19 orang senator Amerika Syarikat daripada kedua-dua parti, Democrat and Republican, menyatakan kebimbangan terhadap kemungkinan kedudukan Malaysia meningkat dalam senarai pesalah pemerdagangan orang negara itu.

Perkara itu dinyatakan dalam surat kepada Setiausaha Negara John Kerry pada Rabu.

Dalam surat itu, yang salinannya diperoleh Reuters, mereka menyatakan kebimbangan peningkatan itu, yang boleh menjejaskan usaha antarabangsa untuk membanteras kegiatan penyeludupan orang.

Reuters minggu lepas melaporkan terdapat usaha untuk menurunkan kedudukan Malaysia, yang dilihat bagi memudahkan laluan untuk rundingan perdagangan bebas dengan negara-negara di Asia Tenggara dan 11 lagi negara.

Nasrudin Hassan: Harapan Baru pengkhianat

Posted: 16 Jul 2015 09:10 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
PAS menyifatkan Gerakan Harapan Baru (GBH) yang diketuai bekas timbalan presiden, Mohamad Sabu, sebagai pengkhianat kepada jemaah Islam.

Ketua Penerangannya Nasrudin Hassan berkata GBH hanya menjadikan PAS sebagai batu loncatan politik peribadi mereka, lapor Utusan Malaysia.

"Golongan ini merupakan pengkhianat dan penjahat kepada jemaah Islam kerana masih ahli PAS, tetapi bertindak merosak parti dari dalam dengan menghasut ahli agar menyertai parti baru yang mereka bakal tubuh nanti.

"Mereka ini juga tidak pernah berasa bersalah, jauh sekali sayang kepada PAS kerana hanya menjadikan PAS sebagai batu loncatan untuk mencapai cita-cita politik mereka," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Isnin lalu, GBH mengumumkan penubuhan kumpulan itu bagi merintis penubuhan sebuah parti Islam baru yang lebih terbuka. Mereka juga berusaha ke arah pembentukan gabungan baru pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat 2.0.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali pula berkata, penubuhan parti Islam baharu yang diusahakan Mohamad Sabu bersama bekas pemimpin PAS lain umpama "bisikan syaitan".

Mohd Khairuddin turut membandingkan parti yang ditubuhkan atas dasar kekecewaan, PAS adalah jauh lebih layak dan berhak untuk dimakmurkan kerana PAS lahir bagi menegak amal makruf, mencegah kemungkaran serta memperjuang politik dan kuasa Islam.

Justeru, beliau menyeru kepada seluruh ahli Pas agar terus istiqamah dengan perjuangan PAS dan bukannya terpedaya dengan janji kejayaan palsu yang cuba dibawa Mohamad dan kumpulan GBH.

"Tidak perlu terpedaya dengan bisikan syaitan yang mengajak keluar daripada perjuangan PAS yang berpandukan al-Quran dan al-sunah, ijmak dan qiyas dengan pelbagai janji kejayaan palsu, sama ada oleh syaitan dalam kalangan jin mahupun manusia," beliau dilaporkan sebagai berkata. 
 
 
 

Mejar Zaidi: Dari PAS ke Harapan Baru

Posted: 16 Jul 2015 09:07 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas tentera udara Zaidi Ahmad, yang dipecat berkaitan isu dakwat kekal dalam pilihan raya, kini memilih Gerakan Harapan Baru (GHB) selepas percaya PAS menyimpang daripada prinsipnya.

Zaidi yang baru setahun menyertai PAS berkata, PAS kini mundur ke belakang dalam perjuangannya, terutama selepas muktamarnya bulan lalu.

Dalam muktamar itu, PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP selepas tidak sehaluan dalam isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Zaidi berkata demikian ketika ditemui Malaysiakini selepas pelancaran jawatankuasa penaja GBH oleh ketuanya di peringkat negeri Mujahid Yusof Rawa di Butterworth.

Zaidi turut menjadi salah seorang anggota jawatankuasa penaja GBH Pulau Pinang.

Beliau juga berkata PAS kini lebih berminat mempromosikan kumpulan tertentu sahaja dan justeru menjadikannya tidak inklusif lagi.

Katanya, kesemua kumpulan sama ada ulama atau progresif patut bekerjasama dalam PAS tetapi muktamar lepas menamatkan semua itu.


Diheret ke mahkamah, Ali laungkan 'hidup Melayu'

Posted: 16 Jul 2015 09:06 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Selangor dan Wilayah Persekutuan Mohd Ali Baharom didakwa di mahkamah bawah Akta Hasutan 1948 kerana ucapan yang dikatakan perkauman dalam rusuhan Low Yat pada Ahad.

Peguam K Ragunath memberitahu Malaysiakini, Mohd Ali, yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju, dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Ali dibenarkan ikat jamin dengan syarakat dia tidak mengganggu saksi lain dalam kes rusuhan di Low Yat pada Ahad.

Jika gagal, kata hakim Jagjit Singh, jaminan itu boleh ditarik balik.

Jaminan ditetapkan pada harga RM8,000 dengan seorang penjamin. Tarikh sebutan kes ditetapkan pada 30 Julai ini.

Ali mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bawah pertuduhan Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 kerana membuat kenyataan mengapi-apikan di luar plaza itu.

Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih tujuh tahun.

Selepas dibebaskan dia dan beberapa orang lai melaungkan slogan "hidup Melayu" di perkarangan kompleks mahkamah.

Dia enggan memberikan sebarang ulasan kepada media.
 
 
 

Selepas Hadi, Mustafa Ali pula mahu tiru suara propagandis dan tentera maya UMNO

Posted: 16 Jul 2015 08:58 AM PDT

th-1

Oleh LIM KIT SIANG


Dua hari lalu, saya terkejut apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, telah meniru suara propagandis dan tentera maya UMNO dengan menuduh DAP sebagai "cauvinis" semata-mata kerana DAP menuntut dihidupkan kembali pilihanraya kerajaan tempatan, yang sememangnya terkandung dalam Manifesto Pakatan Rakyat Nasional dan Manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu.

Hadi seolah-olah tidak tahu bahawa pilihanraya kerajaan tempatan wujud di Indonesia, Turki dan Iran. Tak kanlah Hadi nak menuduh Presiden Jokowi dari Indonesia, Presiden Erdogan (Turki) dan bekas Presiden Ahmadinejad (Iran) adalah "komunis" dan "cauvinis" kerana mereka melaksanakan pilihanraya tempatan?

Hari ini saya terkejut apabila seorang lagi pemimpin kanan PAS, bekas Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali yang turut meniru suara propagandis dan tentera maya UMNO kononnya parti baru yang akan ditubuhkan oleh kumpulan progresif PAS bakal menghadapi masalah kerana ia adalah proksi DAP, dan dengan itu, orang Melayu tidak akan percaya kepada parti itu.

Sedangkan Mustafa sendiri telah mengakui bahawa label "proksi DAP" ini telah digunakan terhadap PAS apabila PAS bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Adakah PAS pernah menjadi proksi DAP? Adakah ia menjadi sebab mengapa PAS sukar mendapat sokongan orang Melayu?

Jangan lupa bahawa pada masa yang sama, PAS telah dituduh menjadi proksi DAP oleh UMNO di kalangan orang Melayu manakala DAP dituduh menjadi proksi PAS oleh MCA dan Gerakan di kalangan orang Cina.

Malah, tewasnya saya di kerusi Parlimen Bukit Bendera (dan juga kekalahan Karpal Singh di kerusi Parlimen Jelutong) dalam PRU 1999 adalah kerana kejayaan propaganda "hitam" MCA/Gerakan, iaitu mendakwa kononnya apabila DAP bekerjasama dengan PAS, maka ia telah menjadi ejen dan alat PAS.

Propaganda MCA/Gerakan pada masa itu untuk menakutkan pengundi Cina telah mendakwa bahawa undi untuk DAP adalah undi untuk PAS dan "Negara Islam", iaitu tidak akan ada lagi daging babi,   tiada alkohol, tiada kuil, tiada gereja, tiada karaoke, tiada sekolah Cina, tiada gincu bibir untuk wanita, semua wanita dipaksa memakai tudung, wanita cantik tidak dibenarkan bekerja dan akan berlaku hukuman potong tangan dan kaki.

Kerana propaganda ini, saya telah kalah (dan begitu juga dengan Karpal) tetapi kami tidak tunduk  kepada hujah bodoh dan pembohongan, sebagaimana kami tidak pernah berkompromi prinsip politik dan matlamat Impian Malaysia, sama ada demi habuan wang atau jawatan.

Para pemimpin DAP bukan proksi PAS sebagaimana pimpinan PAS tidak pernah menjadi proksi DAP.
Ini adalah pembohongan dan fitnah yang dihamburkan oleh ahli-ahli politik yang tidak berprinsip serta oportunis dalam UMNO, MCA dan Gerakan untuk memburukkan serta membunuh wibawa para pemimpin DAP dan PAS.

Mengapa kini Mustafa mahu menjatuhkan maruahnya ke tahap propagandis dan tentera maya UMNO untuk memburukkan serta membunuh wibawa Progresif PAS, dengan cara memindahkan label "proksi DAP" yang diberikan untuk  PAS dahulu kepada Progresif PAS, sedangkan Mustafa tahu di lubuk hatinya bahawa label-label ini tiada asasnya sama sekali, sama ada untuk pemimpin PAS atau Progresif PAS?

Politik Malaysia sudah pun kotor dan tercemar tanpa perlu Mustafa melompat masuk ke dalam lubuk politik ini dengan pembohongan dan fitnah untuk memburukkan serta membunuh wibawa Progresif PAS yang masih lagi bersamanya sebagai rakan seperjuangan PAS.

Walaupun Mustafa mungkin tidak bersetuju dengan Progresif PAS tentang soal prinsip dan politik Islam serta pendekatannya, beliau tidak sepatutnya mempertikaikan wibawa, keikhlasan dan integriti Progresif PAS.

Marilah kita amalkan politik yang bersih dan jujur walaupun kita sedar tanah air kita ini penuh dengan para pemimpin yang korup dan zalim. – Roketkini.com
 
*Kenyataan media Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, di Kuala Lumpur pada Rabu, 15 Julai 2015


Adakah satu jenayah minta Najib letak jawatan?

Posted: 16 Jul 2015 08:55 AM PDT

anthony

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: "Adakah ia menjadi satu kesalahan jenayah untuk mendesak Najib agar meletakkan jawatan kerana kelemahan kepimpinannya?"

Soal Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke apabila ditanya tentang siasatan terhadap beliau berhubung kritikannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menegaskan, jika ia menjadi kesalahan jenayah untuk rakyat bersuara mengkritik ahli politik dan kepimpinan negara, terutamanya apabila Najib sedang bergelut dengan kontroversi dakwaan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), maka tidak perlu diwujudkan Parlimen.

Beliau berkata demikian kepada media di luar balai polis Dang Wangi di sini hari ini, sewaktu dipanggil untuk siasatan berkenaan dengan kenyataan beliau ketika sidang tergempar di Parlimen minggu lepas.

Sidang parlimen yang dianjurkan kumpulan Ahli Parlimen progresif itu bertujuan membincangkan masa depan Malaysia pada saat Najib didakwa menerima AS$700 juta dari 1MDB dan syarikat-syarikat yang ada hubungan dengan 1MDB yang dikatakan masuk ke dalam akaun peribadinya.

Anthony yang juga merupakan Ahli Parlimen Seremban menyatakan bahawa beliau telah dihubungi oleh seorang pegawai bernama Liu dari Bukit Aman berkenaan laporan polis yang dibuat ke atasnya berhubung satu laporan akhbar Sinar Online. Laporan polis itu memetik beliau sebagai berkata bahawa akan berlaku protes jalanan besar-besaran jika Najib enggan berundur.

Anthony bagaimanapun menjelaskan yang beliau hanya menyatakan bahawa tidak dapat ditolak kemungkinan berlaku protes jalanan jika Najib tidak meletak jawatan.

Menurutnya, beliau dipanggil untuk soal siasat di bawah Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan yang menyebut melibatkan niat menimbulkan ketakutan atau kegentaran awam yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali.

"Saya dapati tuduhan terhadap saya itu tak masuk akal, dan saya kecewa kerana Ketua Polis Negara nampaknya tidak suka dengan apa-apa perhimpunan aman, yang merupakan hak asasi manusia," tambah beliau.

Loke, tiba di balai polis pada tengah hari, ditemani peguam Thomas Su yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur dan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng. Turut hadir ialah Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Teo Kok Seong. – Roketkini.com


Wang RM2 juta masuk akaun peribadi, dari mana, untuk apa?

Posted: 16 Jul 2015 08:53 AM PDT

hdr

Roketkini.com

 
IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diminta menyiasat dari mana sumber dan apa tujuan wang tunai sejumlah RM2 juta yang didakwa telah dimasukkan ke dalam akaun bank bernombor 100020000058 yang dikenalpasti milik seorang yang bernama "Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)".

Dalam satu laporan kepada SPRM di sini hari ini, Setiausaha Sosialis Muda DAP (DAPSY) Perak, Howard Lee berkata, setakat ini tiada penafian daripada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang mana namanya dikaitkan dengan wang itu, seperti mana yang dilaporkan oleh media.

Katanya, rakyat mahu tahu dari mana sumber wang itu, dan sama ada wang yang diterima itu bersifat upah atau bayaran untuk sesuatu perkhidmatan, atau apa-apa barangan.

"Adakah cukai dibayar, atau dilaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi transaksi tersebut, jikalau ia adalah suatu transaksi perniagaan?

"Siapakah yang membuat bayaran itu jikalau bukan individu bernama 'Roslan Bin Sohari' seperti yang dilaporkan; dan sama ada pihak SPRM telah memanggil  beliau untuk temubual siasatan bagi mengenalpasti sumber asal RM2 juta  tunai itu?

"Mengapakah wang sebesar itu dimasukkan secara tunai dan secara berperingkat? Apakah tujuan bagi taktik sebegitu?" soal beliau dalam satu sidang akhbar selepas membuat laporan kepada SPRM.

Menurut Howard yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji, rakyat berhak mengetahui jawapan tentang persoalan-persoalan tersebut kerana ia melibatkan nama baik negara.

Katanya, SPRM bertanggungjawab mengumumkan hasil siasatan bagi membersihkan nama Rosmah dan imej negara, atau jika ada salahlaku, untuk mengambil tindakan undang-undang yang tegas. – Roketkini.com


Mungkinkah PAS hilang kuasa di Kelantan pada PRU14?

Posted: 16 Jul 2015 08:51 AM PDT

lks

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: PAS berdepan dengan kemungkinan hilang kuasa di Kelantan dalam pilihanraya umum ke-14 nanti selepas ketiadaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kelemahan kerajaan negeri menangani isu tempatan, terutama usaha memulihkan semula kehidupan rakyat pasca banjir besar.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, walaupun sentimen politik nasional tidak memihak kepada UMNO-Barisan Nasional berikutan cukai GST, skandal 1MDB dan ekonomi yang semakin merudum, faktor-faktor tempatan mungkin menjadi duri dalam daging untuk PAS di Kelantan.

"Ini bukan sesuatu yang baru atau mengejutkan.

"Sebagai contoh, UMNO-BN berjaya menambah 3.8% jumlah undi di Kedah dalam PRU13 untuk menguasai kembali kerajaan negeri tetapi pada masa yang sama, UMNO-BN merosot 3.7% undi di Terengganu dan hampir hilang kuasa kerajaan negeri.

"Di Kedah, UMNO-BN berjaya kerana kelemahan pentadbiran Menteri Besar PAS, Datuk Seri Azizan Razak. Di Terengganu pula, UMNO-BN hampir tewas kerana kelemahan kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, keadaan yang sama mungkin berlaku di Kelantan kerana kelemahan pimpinan kerajaan negeri yang ada sekarang.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan pada PRU13, PAS menang 54.5% undi popular dengan menguasai 33 kerusi daripada keseluruhan 45 kerusi DUN 45 kerusi DUN.

Bagi kerusi Parlimen di Kelantan, PAS menang 53% dengan menguasai 9 daripada kesemua 14 kerusi Parlimen.

Kit Siang mengemukakan tiga kemungkinan keputusan PRU14 untuk Kelantan jika PAS merosot undi sebanyak 3% atau 4% atau 5%:


Senario 1Senario 2Senario 3
Perubahan sokongan undi PAS-3%-4%-5%
Kerusi DUN24 (-9)20 (-13)20 (-13)
Kerusi Parlimen6 (-3)6 (-3)6 (-3)

"Senario 1 menunjukkan jika PAS hilang 3% undi, ia akan menang 24 kerusi DUN dan mengekalkan kerajaan negeri.

"Senario 2 menunjukkan jika PAS hilang 4% undi, ia akan hanya menang 20 kerusi DUN dan akan hilang kuasa sebagai kerajaan negeri.

"Bagi kesemua Senario 1, 2 dan 3, PAS akan tetap kehilangan 3 kerusi Parlimen," katanya.

Menurut Kit Siang, DAP bimbang dengan keadaan di Kelantan khususnya masalah banjir pada Disember lalu dan proses pemulihan semula, kerana ia berkait dengan kemampuan PAS untuk mengekalkan kuasa dalam PRU akan datang.

Beliau menjelaskan bahawa sebelum PRU13 pada Mei 2013, DAP telah pun memberitahu pucuk pimpinan PAS bahawa ia akan kehilangan Kedah jika tidak melakukan perubahan segera dalam pentadbiran negeri Kedah.

"Namun, kebimbangan dan keprihatinan DAP hanya seperti mencurah air ke daun keladi," tambah beliau. – Roketkini.com


Dermawan Cina sekali lagi jadi tumpuan serah ‘sedekahnya’ kepada fakir miskin

Posted: 15 Jul 2015 05:23 PM PDT

ADNAN MOHAMAD

 

SUNNY UNG 3
Ahli perniagaan Cina, Datuk Seri Sunny Ung mendengar luahan fakir miskin sebelum memberi sedekah kepada mereka berdekatan Masjid Muhammadi Kota Bharu di sini. - Foto TRP/Adnan Mohamad



KOTA BHARU- Setiap kali penghujung Ramadan, suasana di perkarangan Padang Merdeka dan Masjid Muhammadi (Masjid Negeri) pastinya menjadi tumpuan ramai golongan fakir miskin bagi mendapatkan sumbangan zakat daripada orang ramai.

Namun, di tengah kesibukan orang ramai kembali ke rumah masing-masing selepas menunaikan solat sunat Tarawih, tumpuan pastinya tertumpu kepada seorang dermawan Cina yang sejak sembilan tahun lalu menyerahkan 'sedekahnya' kepada golongan fakir miskin.

Insan terbabit, Datuk Seri Sunny Ung atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Sunny menjelaskan sumbangannya kepada golongan terbabit tidak mempunyai sebarang motif, malah cuma berharap golongan berada yang lain turut sama berbuat demikian.
SUNNY UNG 4
Sunny bertanya khabar kepada fakir miskin berdekatan Masjid Muhammadi Kota Bharu sebelum memberikan sedekah. – Foto TRP/Adnan Mohamad
Katanya, walaupun kesemua penerima sumbangannya itu beragama Islam itu bukan persoalannya kerana apa yang penting mereka yang susah perlu dibantu.

"Saya tahu kebanyakan yang berada di kawasan ini adalah majoritinya rakyat negara jiran, Thailand yang datang semata-mata bagi mendapatkan sumbangan zakat.
SUNNY UNG M 1
Sunny sedih melihat keadaan satu keluarga miskin yang sanggup datang dari Selatan
Thailand bagi menerima sedekah dan zakat dari rakyat Malaysia di Kota Bharu, di sini. – 
Foto TRP/Adnan Mohamad
"Namun begitu, bagi saya mereka ini perlu juga dibantu kerana ternyata mereka golongan susah dan ini terbukti mereka sanggup datang dari jauh kerana tahu keprihatinan penduduk di sini," katanya yang tidak percaya mereka ini dibawa masuk ke sini oleh sindiket tertentu.

Sunny berkata walaupun berlainan agama dan bangsa tetapi rasa simpatinya kepada golongan fakir miskin ini mengatasi segalanya dan sanggup membuang apa-apa sentimen agar semua orang dapat merasai sedikit pemberian.
SUNNY UNG
Sunny Ung (baju hijau) cuba memakaikan baju Melayu kepada salah seorang anak angkatnya 
di Pasaraya Mydin Kota Bharu hari ini. – Foto TRP/Adnan Mohamad
Pada 11 Julai lalu, Datuk Seri Sunny Ung sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila mengikis perbezaan kaum dan agama dengan membawa seramai 150 anak angkatnya untuk membeli belah persiapan raya di Pasaraya Mydin, di sini.

Lengkap berpakaian baju Melayu, Sunny dilihat muncul seawal jam 8 pagi bagi menunggu kumpulan anak angkatnya sambil ditemani dua anak lelakinya, Adrian, 22, dan Andrie, 24.

Meskipun dikategorikan sebagai ahli perniagaan yang berjaya, Sunny memberitahu dia sesekali tidak akan membiarkan golongan miskin atau anak yatim hidup dalam kesusahan apatah lagi menjelang sambutan hari raya tidak lama lagi.
SUNNY UNG 1
Datuk Seri Sunny Ung (baju hijau) cuba memakaikan baju Melayu kepada salah seorang anak 
angkatnya di Pasaraya Mydin Kota Bharu hari ini. – Foto TRP/Adnan Mohamad
Dalam pada itu, Sunny juga mungkin satu-satunya individu di negara ini yang ikhlas membantu sebuah pusat tahfiz al-Quran tanpa sebarang syarat.

Yang lebih menariknya, usahawan berjiwa emas ini juga antara pihak yang pertama sekali tampil menghulurkan bantuan apabila pusat tahfiz al-Quran PEKAYATIM, di sini, dilanda banjir tahun lalu.

Difahamkan, selain membantu di segi keperluan asas seperti barangan dapur kepada lebih 20 pelajar tahfiz terbabit, Sunny juga turut mendermakan pelbagai buku rujukan dan kitab agama kepada pusat tahfiz itu.

Paling menyentuh rasa, usahawan terbabit juga turut menyumbangkan kitab al-Quran kepada pusat tahfiz itu yang sebelum ini banyak rosak dimusnahkan bah besar Disember tahun lalu.

Demam denggi bukan perkara main-main – Khairul Izwan

Posted: 15 Jul 2015 05:15 PM PDT

BEN TAN

 

khirul izwan1
Khairul Izwan yang baru saja pulih daripada demam denggi bulan lalu berkata tidak ramai yang mengetahui betapa sengsara seseorang itu ketika mengalami demam denggi. - Foto TRP/Ben Tan



JOHOR BAHRU- "Sakit sendi, kepala dan demam malam selama seminggu, bukan perkara main-main.


"Mulanya saya ingat demam biasa, ambil Panadol (paracetamol) tapi hilang sekejap saja," kata Khairul Izwan Onn ketika berkongsi pengalaman mengalami demam denggi.

Mekanik berusia 24 tahun itu berkata, apabila mengalami demam dan sakit sendi, beliau ke klinik swasta tetapi hanya diberi ubat tahan sakit.

Namun, keadaannya tidak bertambah baik, malah semakin teruk.

Khairul Izwan memberitahu The Rakyat Post, dia langsung tidak terfikir terkena demam denggi kerana di waktu pagi, dia merasa sihat, hanya apabila tengah hari barulah dia berasa demam panas dan mengalami sakit sendi serta kehausan.

Katanya, setiap waktu petang, dia akan tidur di tempat kerja selepas mengambil ubat.

"Majikan saya suruh saya pergi buat pemeriksaan kesihatan kerana apabila tiba waktu petang dan malam, badan akan rasa seram sejuk sampai tak tertahan," kata Khairul Izwan dan menambah, selepas seminggu, abangnya membawa dia pulang ke kampung di Taman Soga, Batu Pahat.

Abangnya kemudian membawanya ke satu lagi klinik swasta di Batu Pahat di mana doktor mengesyaki beliau mengalami demam denggi.

Doktor itu kemudian segera merujuknya ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan darah dan Khairul Izwan disahkan mengalami demam denggi dan jumlah platelet darahnya kurang.

"Saya dimasukkan ke dalam wad selama beberapa hari di bawah pemerhatian doktor dan diberi rawatan, doktor kemudian menasihatkan saya supaya minum banyak air dan berehat.

"Menurut doktor, saya bernasib baik sebab saya bertambah baik walaupun telah mengalami demam panas, tetapi untuk betul-betul sembuh saya perlu berehat selama seminggu," kata Khairul Izwan.

Khairul Izwan beliau mengambil masa yang lama untuk sihat sepenuhnya dan hilang berat badan sebanyak lima kilogram disebabkan tiada selera makan.
Khairul Izwan, seorang mekanik di Tampoi, Johor Bahru, baru pulih daripada demam denggi hilang lima kilogram berat badan kerana tiada selera makan. - Foto TRP/Ben Tan
Khairul Izwan, seorang mekanik di Tampoi, Johor Bahru, baru pulih daripada demam denggi 
hilang lima kilogram berat badan kerana tiada selera makan. – Foto TRP/Ben Tan
"Nasib baik saya dah pulih. Sempat juga dapat beraya tahun," katanya secara berjenaka ketika ditemui di tempat kerjanya di Tampoi.

Bagaimanapun, , Khairul Izwan berharap dapat menaikkan berat badannya kerana dia terlalu kurus.
Kematian disebabkan demam denggi di negara ini meningkat, tahun ini.

Minggu ini sahaja, kematian disebabkan demam denggi meningkat kepada 173 kes, sekali ganda dari 87 kes yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lalu, menurut Pusat Kesediaan Krisis Dan Tindak Balas Nasional (CPRC), Kementerian Kesihatan.

Dari Januari hingga 11 Julai tahun ini, Kementerian Kesihatan merekodkan sejumlah 62,648 kes denggi berbanding 46,681 kes, tahun lalu.

Tiga hari lalu, Johor mencatatkan 14 kes kematian berkaitan denggi sejak awal tahun ini.

Khairul Izwan, yang kini lebih tahu mengenai denggi dan tahap-tahapnya berkata, apa yang dilalui itu mengajarnya mengenai demam denggi dan bahayanya.

"Kalau diberi pilihan, saya tidak mahu melalui kesakitan demam denggi lagi. Tak ramai yang tahu demam denggi amat menyakitkan," katanya.

Khairul Izwan menasihati mereka yang mengalami demam panas berlarutan selama beberapa hari supaya segera mendapatkan rawatan di klinik berdekatan dan membuat pemeriksaan darah.

"Pada mulanya, simptom demam ini tidaklah terlalu serius, tetapi jangan tunggu sampai terlambat," katanya dan menambah langkah berjaga-jaga penting kerana kes demam denggi semakin meningkat

Pas-DAP tidak mungkin berbaik semula

Posted: 15 Jul 2015 04:55 PM PDT




 Pas-DAP tidak mungkin berbaik semula
Muka depan Sinar Harian 15 Julai 2015.



SHAH ALAM – Cukup, cukuplah DAP! Itu isyarat diberikan Pas yang tidak mahu lagi terjatuh ke dalam lubang yang sama sampai dua kali dalam menjalin kerjasama politik dengan parti itu.


"Untuk masa terdekat ini, memang sukar untuk kita berbaik semula dengan DAP. Kita tidak mahu masuk lubang yang sama sampai dua kali," kata Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan ketika ditanya mengenai kemungkinan dua parti pembangkang itu 'rujuk' semula setelah membatalkan tahaluf siyasi yang dijalin sejak 2008.


Ini berikutan kenyataan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang baru-baru ini membayangkan kemungkinan dua parti berkenaan bersekutu semula pada masa akan datang.


Mengulas kenyataan itu, Nasrudin berkata: "Jika DAP mahu buat 'U-Turn', kepimpinan Pas kena tengok balik kedudukannya macam mana. Setakat ini, DAP sudah dua kali keluar dari pakatan pembangkang iaitu pertama kali ketika Barisan Alternatif, dan kini PR. Apa yang saya boleh kata, buat masa ini, sukar (untuk berbaik semula)."


Nasrudin berkata demikian ketika menjawab soalan dalam sesi dialog bersama pengurusan dan wartawan kanan Sinar Harian ketika berkunjung ke pejabat akhbar ini di sini, semalam. 


Turut serta dalam kunjungan itu Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Salleh; Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan; Penolong Setiausaha Agung 2, Khairul Fahmi Mat Som; Setiausaha Politik kepada Presiden, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar dan  Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad.  


Nasrudin berkata, jika DAP serius mahu berbaik semula dengan Pas pada masa akan datang, konsep hubungan itu mungkin bukan dalam bentuk tahaluf siyasi seperti sebelum ini.


"Kena tukar. Mungkin kita boleh pakai konsep ta'awun. Ta'awun sekadar berkawan saja, tidak ada persefahaman secara konkrit. Ini tidak sama dengan tahaluf siyasi kerana tahaluf siyasi kena ada ikrar, sumpah dan akujanji," tegasnya.


Menurut Nasrudin, Majlis Syura Ulama Pas memutuskan bahawa tahaluf siyasi dengan Pas telah terbatal disebabkan telah berlaku pelanggaran syarat oleh pihak DAP ketika mereka bekerjasama sebelum ini. 


"Mengikut hukum asal, gerakan Islam seperti Pas tidak boleh bekerjasama dari segi politik atau terikat perjanjian dengan bukan Islam. Namun ulama kata boleh dengan syarat dan salah satu (daripada syarat itu) ialah pihak yang satu lagi itu tidak boleh halang usaha gerakan Islam untuk melaksanakan Islam."

Sebelum itu, katanya, kedua-dua belah pihak telah ada persefahaman untuk 'bersetuju untuk tidak bersetuju' berhubung perkara itu namun DAP kemudiannya telah bertindak menentang hasrat Pas mahu melaksanakan Islam.


"Apabila berlaku penentangan, ini boleh jadi sebab syarat yang ditetapkan itu terbatal. Apabila syarat terbatal, secara automatik tahaluf siyasi terbatal," katanya.


Menjelaskan lebih lanjut kata-katanya, Nasrudin berkata: "Jika DAP tidak setuju kita nak buat hudud, tidak mengapa...kerana mereka bukan Islam. Namun sekarang mereka bukan saja tidak bersetuju tetapi juga turut menentang.


"Mereka hantar soalan di Parlimen memprovokasi kerajaan untuk menunjukkan hudud bertentangan dengan Perlembagaan.


"Jadi susah kita nak buat kerja kerana kita jemaah Islam yang memperjuangkan syariat Islam," katanya.
Dalam pada itu, katanya, Pas tidak akan mengundurkan diri daripada Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang.


"Kedudukan Pas di Selangor tidak terjejas kerana kerjasama yang terbatal hanya melibatkan parti dengan parti. Dalam kerajaan negeri, masih ada satu lagi pihak iaitu PKR.


"Kerajaan juga ini ditubuhkan dengan mandat diberi rakyat dan Pas juga ada saham. Jadi tidak ada sebab untuk kita berundur kerana kita kena pikul mandat itu sampai pilihan raya," katanya



Kasanova Sambut Aidilfitri Di Sebalik Tirai Besi

Posted: 15 Jul 2015 04:51 PM PDT

MALAYSIAKINI
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang kasanova, yang memperdaya 14 wanita, terpaksa menyambut Aidilfitri di sebalik tirai besi apabila dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini Rabu.

Majistret Nur A'minahtul Mardhiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Yawad Mokminin Taib, 34, selepas dia mengaku bersalah terhadap 14 pertuduhan iaitu menipu, mencuri dan menggadai barang kemas milik wanita-wanita itu termasuk seorang guru dan pensyarah kolej, sejak dua tahun lepas.

Mahkamah memerintahkan Yawad Mokminin menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 30 Jun lepas.

Mahkamah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara dan denda sebanyak RM39,000 bagi semua pertuduhan dan jika gagal membayar denda itu, tertuduh perlu menjalani hukuman penjara 58 bulan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Nur A'minahtul Mardiah berkata mahkamah mengambil kira modus operandi tertuduh yang berkenalan dengan mangsa melalui laman sosial, mengadakan pertemuan dan membuat janji manis untuk berkahwin sebelum mengambil barang berharga mangsa.

"Mahkamah terpaksa mengakui bahawa mangsa tidak sepatutnya mempercayai perkenalan melalui laman sosial...mangsa mengenali kamu melalui alam maya tetapi tindakan kamu memperdaya mereka harus diberi pengajaran," katanya.

Bagi enam pertuduhan menipu, Yawad Mokminin, yang merupakan ahli jawatankuasa surau taman perumahannya, didakwa memperdaya enam wanita berusia antara 29 dan 36 tahun itu untuk membeli barang kemas bagi urusan perkahwinan sehinga mendorong kesemua wanita berkenaan menyerahkan sejumlah wang tunai RM19,500 kepadanya.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebat dan boleh didenda.

Bapa kepada tiga anak itu juga didakwa terhadap lapan pertuduhan mencuri pelbagai barang milik lapan mangsa termasuk barang kemas, telefon bimbit, komputer riba dan beg tangan mangsa melibatkan sejumlah RM83,486.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara itu, Yawad Mokminin turut didakwa terhadap dua pertuduhan melupuskan harta iaitu dengan menggadai tiga utas rantai tangan dan seutas rantai leher bernilai RM23,000 milik dua daripada 14 mangsa itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di kompleks beli-belah Mid Valley, Suria KLCC, Sabak Bernam dan sebuah hotel di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini antara 7 Jun 2013 hingga 2 Julai lepas.

Mengikut fakta kes, mangsa berkenalan dengan tertuduh melalui laman sosial sebelum tertuduh mengajak mangsa bertemu atau berjanji untuk berkahwin dengan mangsa.

Ketika bertemu, tertuduh akan meminta mangsa menyerahkan barang berharga kepadanya dan memaklumkan akan menghubungi keluarganya untuk bertemu mangsa sebelum dia menghilangkan diri.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memohon mahkamah mengambil kira faktor seolah-olah tertuduh mengambil kesempatan terhadap mangsa yang kesemuanya wanita dan memohon hukuman yang sewajarnya.

Peguam Fauzan Hushin, yang mewakili tertuduh, memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah insaf dan perlu menanggung isteri, tiga anak berusia dua, lima dan tujuh tahun, serta ibu bapa yang tinggal di kampung.
 
 

Wang Kelian hampir lumpuh

Posted: 15 Jul 2015 04:38 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Wang Kelian yang dikejutkan dengan penemuan 106 rangka manusia mangsa sindiket pemerdagangan manusia baru-baru ini, hampir lumpuh sejak kemudahan pergerakan bebas ke pasar sempadan itu dibatalkan 1 April lepas.

Sebelum kemudahan bergerak sehingga satu kilometer ke Wang Prachan di selatan Thailand dan Wang Kelian (Perlis, Malaysia) tanpa dokumen ditarik balik atas alasan keselamatan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad, kedua-dua pekan itu sangat makmur.

Ribuan orang dari Malaysia dan Thailand datang membeli-belah di Wang Kelian dan Wang Prachan pada hari-hari tersebut namun suasana sekarang suram sekali.

Tinjauan Bernama mendapati lebih satu pertiga daripada kira-kira 200 peniaga di Wang Kelian telah menutup perniagaan dan terbaru bekalan air dan elektrik di Arked Jabatan Hutan Wang Kelian dipotong kerana tiada penyewa.

Pegawai Daerah Khuan Don (merangkumi Wang Prachan) dalam Wilayah Satun, Pisan Aweve berpendapat tindakan kerajaan Malaysia membatalkan kelonggaran itu menjejaskan perniagaan dan ekonomi rakyat khususnya penduduk di sempadan.

"Rekod kita menunjukkan kemudahan ini tidak menjejaskan keselamatan atau diambil kesempatan oleh penjenayah sebagai laluan mudah untuk keluar masuk bagi tujuan penyeludupan.

"Pihak berkuasa kedua-dua negara membuat pengawasan yang baik. Lagi pula di sebelah Malaysia ada sekatan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) 1.5 kilometer dari pintu sempadan," kata Pisan kepada Bernama semasa ditemui baru-baru ini.

Beliau menjelaskan pihak berkuasa Thailand sentiasa memberi kerjasama dengan Malaysia dalam usaha membanteras jenayah terutama penyeludupan dadah, senjata api atau pemerdagangan manusia melalui sempadan Malaysia/Thailand.

Ketua Kastam Wang Prachan, K. Satrawaha berkata kehadiran rakyat Malaysia mahupun Thailand untuk berbelanja pada tiga hari tersebut sebelum 1 April lepas merosot mendadak.

"Saya simpati nasib peniaga di sini (Wang Prachan) dan juga peniaga di Wang Kelian. Pendapatan mereka terjejas teruk," katanya yang turut berharap kerajaan Malaysia mengubah pendirian bagi memulihkan ekonomi rakyat.

Komander Infantri Kelima Pasukan Khas Thailand, Kolonel Paisan Nhusang yang ditemui berkata pasukan itu yang menjaga keselamatan sempadan dari Wang Kelian ke Padang Besar berpendapat kelonggaran pergerakan bebas pada Jumaat, Sabtu dan Ahad tidak menyebabkan aktiviti jenayah meningkat atau dijadikan laluan oleh penjenayah.

Katanya beberapa tangkapan membabitkan penyeludupan senjata api dan dadah yang dibuat setakat tahun ini adalah melalui jalan haram atau lebih dikenali lorong tikus.

Seorang peniaga buah di Wang Prachan yang hanya mahu dipanggil Kak Ani, 54, berkata jualannya merosot hampir 80 peratus sejak pergerakan bebas dibatalkan.

"Biasanya pada Sabtu dan Ahad paling ramai dikunjungi. Jualan sangat memuaskan namun saya terpaksa meneruskan perniagaan di sini kerana tiada tempat lagi untuk berniaga," katanya yang kelihatan kurang ceria.

Seorang pengusaha kedai runcit tempatan di Wang Kelian yang mahu dikenali Don, 35, berkata biasanya jualan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad mencecah RM3,000 tetapi selepas 1 April lepas purata jualan RM300 sahaja.

"Keuntungan yang diperolehi kadang-kadang tidak cukup untuk membayar gaji empat pembantu saya. Ramai peniaga di sini sudah gulung tikar," katanya sambil merayu kerajaan membenarkan semula pergerakan bebas tersebut.

Pengerusi Jawankuasa Pertanian Perlis yang turut bertanggungjawab mengenai keselamatan sempadan dan hubungan dua hala dengan Thailand, Ahmad Bakri Ali berkata kemasukan rakyat Thailand yang berbelanja di Wang Kelian tidak sampai 2,000 orang sebulan selepas 1 April lepas berbanding lebih 50,000 sebelum itu.

"Perkembangan ini dirasai oleh peniaga selain merugikan negara dari segi tukaran mata wang kerana rakyat Thai paling ramai berbelanja di Wang Kelian berbanding rakyat Malaysia yang membeli-belah di Wang Prachan," katanya.

Menurut Ahmad Bakri, pihak kerajaan negeri telah menulis surat dengan memberikan alasan munasabah kepada Kementerian Dalam Negeri memohon supaya mempertimbang semula keputusan pembatalan kemudahan pergerakan bebas itu.

"Inilah satu-satunya kemudahan yang diberikan kepada rakyat kedua-dua negara kerana di Padang Besar kemudahan seumpama ini tidak diberikan," tambahnya.

Jabatan Imigresen menarik balik kemudahan itu pada 1 April lalu menyebabkan para penduduk kedua-kedua negara tidak lagi bebas untuk bergerak melepasi sempadan antarabangsa itu untuk membeli-belah sama ada di Wang Kelian (Perlis) atau Wang Prachan yang terletak di sebelah Thailand.

Sempadan itu menikmati kemudahan berkenaan sejak 1993 dan kemudian ditarik balik pada 1 Feb 2008 atas faktor keselamatan sebelum kelonggaran itu diberikan semula mulai 4 Dis tahun yang sama. - Bernama


 

Ku Nan: kaji semula kebebasan media sosial

Posted: 15 Jul 2015 04:36 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kebebasan media sosial di negara ini perlu dikaji semula untuk memastikan ia tidak menjejaskan keharmonian antara kaum, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau merujuk kepada insiden di Plaza Low Yat pada Ahad lepas apabila rusuhan berlaku dan terdapat pengguna internet atau netizen menyebarkan maklumat palsu dan mengapi-apikan pergaduhan.

"Saya fikir kita perlu lihat kepada kebebasan media sosial sekali lagi kerana pelbagai perkara disebarkan... mungkin 20 peratus fakta dan 80 peratus pembohongan," katanya kepada pemberita semasa melawat Plaza Low Yat hari ini.

"Saya fikir kita perlu ikut apa yang perdana menteri kata dan memastikan maklumat (yang boleh mencetuskan masalah) tidak disebarkan menerusi media sosial.

"Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada kaji perkara ini."

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa orang ramai untuk tidak menyalahgunakan maklumat yang boleh memburukkan lagi keadaan susulan insiden itu.

Beliau tidak mahu situasi itu dijadikan isu perkauman.

Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno, mengingatkan netizen untuk tidak memainkan sentimen perkauman.

"Perpaduan dalam kepelbagaian kaum yang membuatkan Malaysia menjadi seperti apa yang ia wujud sekarang. Kita telah memupuk dan mengecapi keamanan dan keharmonian selama 58 tahun. Jadi, jangan lakukan sesuatu yang boleh mencetuskan sebarang masalah perkauman," katanya. - Bernama


 

Jais minta solat sunat Aidilfitri diawal 15 minit jika jatuh pada Jumaat

Posted: 15 Jul 2015 04:32 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) meminta masjid dan surau di seluruh negeri ini melakukan solat sunat Aidilfitri 15 minit lebih awal sekiranya Aidilfitri jatuh pada Jumaat.
 
Pengarahnya Datuk Haris Kasim berkata ia perlu bermula 8.15 pagi berbanding kelaziman 8.30 pagi berikutan umat Islam akan turut menunaikan solat Jumaat.
 
"Ianya perlu diawalkan bagi membolehkan umat Islam menyambut Aidilfitri tanpa menjejaskan kewajipan menunaikan solat Jumaat dan membolehkan mereka mempunyai masa mencukupi untuk menziarahi sanak saudara," katanya dalam satu kenyataan.
 
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu semalam turut membuat keputusan untuk mempercepat solat Aidilfitri atas sebab serupa selain pihak masjid disaran memendekkan khutbah Jumaat.
 
 

Ahli PAS jangan terpedaya dengan bisikan syaitan - Ulama

Posted: 15 Jul 2015 04:30 PM PDT

 Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic



SHAH ALAM: Dewan Ulama PAS Pusat meminta ahli parti itu agar tidak terpengaruh dengan bisikan syaitan yang mengajak mereka keluar dari perjuangan Islam dibawa oleh PAS – merujuk kepada kempen kumpulan progresif yang cuba 'membawa' ahli parti menyertai wadah baru bakal ditubuhkan kelak.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, setiap ahli parti sewajarnya memberi ketaatan penuh dan beristiqamah dengan 'bahtera' PAS dan bukannya parti lain yang nyata dibina atas dasar kekecewaan semata-mata.

"Ia (PAS) lebih layak dan berhak untuk dimakmurkan berbanding wadah baru yang dibina atas dasar kekecewaan semata-mata. Sementelah jika ia didalangi pula oleh mereka yang menentang keras usaha-usaha menegakkan undang-undang Allah.

"Dewan Ulama PAS Pusat menyeru ahli-ahli PAS untuk terus istiqamah sehingga menang dengan bahtera PAS yang terbukti tegas dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam dalam menentang kemungkaran politik pemerintah dan menegakkan pemerintahan Islam yang adil lagi berkebajikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dalam masa yang sama memberikan contoh peristiwa pada zaman Nabi Muhammad yang mempunyai persamaan dengan perkembangan terbaru yang berlaku dalam parti Islam itu.

Beliau mengaitkan peristiwa pembinaan Masjid Dhirar dan Tafriq (masjid yang menimbulkan mudharat dan kerosakan serta perpecahan) oleh golongan munafik yang bertujuan untuk melemahkan kekuatan Nabi Muhammad dan memecahbelahkan umat Islam di Madinah.

"Masjid adalah tempat sujud kepada Allah. Pembinaannya tentulah secara zahirnya memberi kebaikan kepada Islam. Namun, niat di sebalik pembinaan masjid tersebut adalah untuk menimbulkan kemudharatan dan perpecahan di kalangan umat Islam.

"Maka dengan perintah Allah masjid tersebut diarahkan untuk dirobohkan oleh baginda dan umat Islam dilarang oleh Allah untuk solat di dalamnya," katanya.

Perintah Allah itu, kata Khairuddin, ditegaskan dengan alasan bahawa masjid mestilah dibina daripada awal lagi atas dasar ketaqwaan dan masjid yang sebegini lebih layak dan berhak dimakmurkan.

"PAS sebagai sebuah gerakan Islam sedari awal penubuhannya pada 1951 adalah bertujuan menegakkan amar makruf dan mencegah kemungkaran serta memperjuangkan politik dan kuasa Islam. Ia tidak pernah berganjak daripada matlamat tersebut," katanya lagi.

Kelmarin, pemimpin progresif yang juga bekas pemimpin kanan PAS melancarkan sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (GHB) bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.

Pengerusi jawatankuasa penajanya, Mohamad Sabu berkata gerakan itu akan menjadi wadah bagi menyatukan semua parti politik di bawah naungan Pakatan Rakyat sebelum ini serta NGO yang sealiran dengan ideologi mereka.

Tindakan kumpulan berkenaan yang cuba berkempen untuk mengajak ahli PAS lain menyertai wadah baru pada ketika mereka masih bergelar ahli, mendapat kritikan barisan kepimpinan baru parti itu.

Rata-ratanya mereka mendesak kumpulan berkenaan agar melepaskan jawatan dalam PAS berikutan tindakan mereka yang disifatkan sebagai 'pengkhianat' kerana mengajak ahli menyertai parti baru yang akan ditubuhkan itu.

PM kecam laporan media Australia

Posted: 15 Jul 2015 04:26 PM PDT


Artikelnya dikatakan cuba menggelirukan dan membayangkan PM terlibat dalam kes yang telah diputuskan oleh mahkamah.


najib



PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengecam laporan The Age dan Sydney Morning Herald (SMH) dari Australia yang cuba memburuk-buruk nama beliau melalui artikel bertajuk 'Bribery scandal linked to Malaysian Prime Minister Najib Razak' (Skandal rasuah yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Najib Razak).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, menyifatkan artikel cuba menggelirukan dan membayangkan Najib terlibat dalam kes yang telah diputuskan oleh mahkamah.

"Daripada membekalkan bukti yang mengaitkan Perdana Menteri dengan kes ini, artikel berkenaan menggunakan perkataan-perkataan berbentuk licik dan tidak konklusif seperti disyaki, didakwa dan dicadangkan untuk mendorong pembaca berfikir bahawa Perdana Menteri adalah bersalah," petik kenyataan itu.

Sebelum ini SMH melaporkan Najib dikaitkan dengan satu lagi skandal rasuah melibatkan kontrak mencetak wang kertas polimer.

Ia mendakwa permintaan Canberra untuk mendapat maklumat daripada Putrajaya membabitkan dua firma bank rizab Australia telah tidak dipenuhi.

Laporan itu turut mengaitkan individu dalam pentadbiran Najib dan Tun Abdullah Badawi terbabit dalam skandal itu.

Tiada ulasan: