Sabtu, 11 Julai 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kalau Tak Betul Kenapa Tutup Facebook?

Posted: 11 Jul 2015 12:36 AM PDT

KELAB GREENBOC

 

Lelaki nafi bekerja untuk Najib, Rosmah sering ke luar negara bersama

Lelaki didakwa memindahkan RM2 juta ke dalam akaun Datin Seri Rosmah Mansor dan kemudian menafikan bekerja untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri sering ke luar negara bersama-sama pasangan itu.

Memetik laporan Sarawak Report, individu yang dikenali sebagai Roslan Sohari, membuat 16 kali perjalanan ke London pada Oktober 2013 dan Jeddah bulan lalu.

Trip berkenaan dipaparkan di laman Facebook yang kebetulan sama dengan trip Najib dan Rosmah.

Semalam Sarawak Report mendakwa, Roslan mendepositkan RM2 juta wang tunai ke dalam akaun bank Rosmah di Affin Bank Berhad melalui 8 kali transaksi antara tempoh 2 tahun setengah awal tahun ini.

Maklumat lengkap, termasuk nombor telefon dan pekerjaan turut dipaparkan blog berkenaan. Roslan dikatakan pembantu peribadi di Jabatan Perdana Menteri.


Gambar trip Roslan Sohari dipaparkan di laman Facebook yang kebetulan bersamaan dengan trip Datuk Seri Najib Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor. – Gambar Facebook, 10 Julai, 2015.


Laporan: RM2j dideposit ke akaun 'Rosmah'


Laman pembocor maklumat Sarawak Report mendakwa RM2 juta dideposit ke dalam akaun bank yang dikatakan milik Rosmah Mansor.

Laporan itu mendakwa laporannya berasas maklumat diterima berkaitan sebuah akaun dengan Affin Bank Berhad.

Ia mendakwa sejumlah besar wang dideposit ke dalam akaun itu dalam tempoh dua bulan bermula pada awal tahun ini.



Memetik dokumen didakwa berkaitan siasatan 1MDB, Sarawak Report mendakwa seorang individu bernama "Roslan Sohari" antara 10 Februari dan 23 April tahun ini memasuki sebuah cawangan bank itu di Kuala Lumpur sebanyak lapan kali.

"Dalam kunjungan-kunjungan ini beliau mendeposit keseluruhan RM2,000,000 ke dalam akaun bernombor 1000 xxxx xxxx, yang mana para penyiasat melaporkan ia milik "Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)".

Dihubungi Malaysiakini, pembantu Rosmah, Rizal Mansor, berkata beliau tidak dapat mengulas perkara itu pada masa laporan ini ditulis kerana sedang berada dalam sebuah majlis berbuka puasa.

Malaysiakini juga telah menyemak sebuah laman Facebook milik "Roslan Sohari", seorang pegawai tentera berpangkat pegawai waran, yang antara lain menunjukkan gambar individu itu dengan Najib selain kelihatan berada dalam jet peribadi.

Dalam Facebook itu, pekerjaannya diletakkan sebagai "Resident Manager at the Prime Minister's Office" (pengurus residen di Pejabat Perdana Menteri).

Rekod di Facebook itu juga mendedahkan bahawa individu itu 'mendaftar masuk' di pelbagai lokasi di luar negara ketika Najib berada di tempat itu.

Tempat-tempat itu antaranya Kazakhstan (tahun lepas), Jeddah (6 Jun 2015), Beijing (12 November, 2014 ketika perdana menteri hadir Persidangan Ekonomi Asia Pasifik) dan New York (ketika Najib hadir persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu September lalu).

Beliau juga berada di Padang, Indonesia, pada 26 Ogos tahun lepas, ketika Rosmah menerima sebuah anugerah Minangkabau.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada individu ini orang yang sama dimaksudkan oleh Sarawak Report.

Ketika Malaysiakini menghubungi "Roslan Sohari" melalui nombor telefon yang ditunjukkan dalam sebuah dokumen dimuat naik oleh Sarawak Report, dia menafikan berkhidmat dengan Jabatan Perdana Menteri atau mempunyai kaitan dengan Rosmah.

Bagaimanapun, gambarnya di profil Whatsapp menunjukkan gambar yang sama dengan pemilik akaun dengan di Facebook.

Laman Facebook telah dinyahaktifkan tidak lama selepas laporan ini diterbitkan.

Malaysiakini juga memeriksa nombor kad pengenalan Rosmah yang dinyatakan di dokumen itu dan mendapati ia sememangnya isteri Najib.



Nombor akaun Affin Bank 1000 xxxx xxxx yang dinyatakan itu juga didapati ia milik "Rosmah Binti Mansor"

Sementara itu, Najib ketika berucap di satu majlis di sebuah masjid di ibunegara malam ini, meminta orang awam supaya tidak percaya dakwaan terhadapnya dan keluarganya di media sosial.

Najib berkata terdapat banyak perkara mengarut di Internet yang tidak harus dilayan.

"Kita akan pastikan kebenaran muncul juga akhirnya," katanya.




Laporan mengenainya boleh diakses terus di SARAWAK REPORT.

ULASAN GB

Di bulan Ramadhan ini banyak benda yang tak betul yang bernanah terbongkar. Samada di sebelah sini atau di sebelah sana.

Hairan juga bagaimana lelaki yang bernama Roslan Sohari itu hendak menafikan kisah yang dah terbongkar. Dan facebooknya pun dah dipdadamkan.

Kalau tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah!

Hukum kebenaran tetap berjalan....

Tabik Dua Belah Tangan, Rosmah Terbukti Lebih 'Jantan" Berbanding Najib

Posted: 11 Jul 2015 12:25 AM PDT

shahbudindotcom

 



Bukan setakat sebelah tangan, tetapi tabik dua belah tangan kepada isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang dengan berani dan tidak menunggu terlalu lama untuk tampil mengesahkan bahawa pendedahan Sarawak Report mengenai akaun bank miliknya adalah betul dan benar-benar wujud.

Ternyata, dalam keadaan tidak boleh membongkok dan menderita sakit lutut, beliau lebih "jantan" berbanding suaminya untuk mengakui sesuatu kebenaran yang perlu diketahui oleh rakyat dan orangramai.

Kalau boleh, seluruh negara harus memberikan tabik hormat dua belah tangan kepadanya yang baru-baru ini dinobatkan sebagai "First Lady kedua tercantik di Asia" atas keberanian tersebut.

Tidak seperti suaminya, Najib yang sehingga sekarang masih tidak berani mengesahkan sama ada akaun bank yang didedahkan oleh Wall Street Journal adalah miliknya dan kemasukan wang ke dalam akaun tersebut benar-benar berlaku atau sebaliknya, hanya tidak sampai dua hari, Rosmah melalui peguamnya tampil mengesahkan kebenaran dakwaan Sarawak Report itu.

Sambil mempertikaikan dari segi pelanggaran Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan mahu Bank Negara bertindak mengenai kebocoran maklumat itu, peguam itu juga menafikan kemasukan wang yang didakwa Sarawak Report itu ada kaitan dengan 1MDB.

Tetapi, jika dilihat daripada laporan Sarawak Report, mereka juga tidak mengaitkan kemasukan wang RM2 juta itu dengan 1MDB, pemberian sesiapa atau datangnya dari sumber yang tidak sah, sebaliknya hanya mengatakan ada beberapa kali deposit wang yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama "Roslan Sohari"  ke dalam akaun bank peribadinya.

Melalui kenyataan peguam yang dikeluarkan malam tadi juga, bagaimanapun tiada sebarang pengumuman sama ada tindakan saman atau surat meminta penjelasan terhadap Sarawak Report akan diambil atau tidak.

Berbeza dengan Najib, berdepan serangan berterusan daripada Wall Street Journal dan Sarawak Report serta desakan ramai yang mahukannya menjawab dengan jujur tentang dakwaan pengaliran wang masuk ke dalam akaun peribadinya yang didakwa berjumlah RM2.6 bilion, beliau bukan saja tidak berani memberi jawapan yang meyakinkan, malah melencong kepada kata-kata,  "saya tak ambil wang 1MDB untuk peribadi"  dan "saya tidak pernah khianati amanah rakyat" atau yang membawa maksud seumpama dengannya.

Sudah lebih seminggu berlalu, masih tiada jawapan berlandaskan kebenaran dan fakta mampu diberikannya. Ancaman saman terhadap WSJ pula akhirnya bertukar kepada tuntutan meminta penjelasan saja.

Beberapa kali pula beliau sekadar berkata, kebenaran akan muncul akhirnya tanpa menyebut sama ada kebenaran itu untuk dirinya atau kebenaran yang sebenar-benarnya.

Selebihnya, dalam menghadapi tekanan itu, Najib seperti cuba menggunakan pendekatan menyampaikan mesej suci murni dengan bercakap hal-hal berkaitan agama, mengingatkan tentang Lailatul Qadar, berbuat baik, dosa, pahala dan sebagainya.

Beberapa hari kebelakangan ini, sama ada melalui ucapan, tulisan di FB dan Twitter miliknya, mesej suci murni itu ternampak lebih kerap diluahkannya berbanding sebelum ini atau ketika sambutan Ramadan tahun-tahun sebelumnya.

Mungkin dengan menyampaikan mesej atau peringatan suci murni dan berkaitan akhirat itu, ia merupakan terapi yang mampu memberi ketenangan jiwa kepada Perdana Menteri berbanding tampil dengan keberanian menyatakan "ya" atau "tidak" berhubung dakwaan terhadapnya.

Bagaimanapun, ada sesuatu yang perlu Najib pelajari daripada isterinya dalam bab keberanian ini, kalau pun beliau tidak mahu mempelajarinya daripada Tun Mahathir Mohamad atau pun Anwar Ibrahim. 

Azmin lulus hadapi ujian air di Selangor

Posted: 11 Jul 2015 12:22 AM PDT

MSO

Penstrukturan semula industeri air di Lembah Kelang yang dimuktamadkan hari ini sekaligus memberi gambaran kemampuan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dalam menyelesaikan kemelut yang bertele-tele itu yang selama ini mencengkam perasaan rakyat.

Azmin lulus.
Dengan termeterainya perjanjian persefahaman (MoU) di antara kerjaaan Selangor dengan keerajaan Persekutuan itu membolehkan kerajaan Selangor menangani sepenuhnya masalah air di Selangor.

Perjanjian persefahaman itu ditanda tangani hari ini di Putra di antara kerajaan Selangor dan kerajaan Persekutuan yang mana ianya diketuai oleh Ketua Setiausaha KeTTHA, Loo Took Gee dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohammad Khusrin Munawi.

Azmin bersama barisan Exco dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menyaksikan perjanjian bersejarah itu.

Perjanjian yang ditandatangi hari ini melibatkan beberapa syarat tambahan yang lebih kondusif daripada perjanjian yang telah ditandatangani bekas MB Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid sebelum memeteraikan perjanjian itu katanya telah melindungi beberapa butiran perjanjian tersbut daripada pengetahuan Exco Selangor dan ekoran itu menyebabkan beliau dikecam dan dijadikan isu untuk menyingkir beliau dari kerusi MB.

Masalah air yang turut sama mendapat perhatian Sultan Selangor merupakan cabaran utama kepada Azmin. Pihak pembangkang juga telah menjadilkan isu air di Selangor sebagai modal untuk menggertak dan mengoyang kerajaan pimpinannya.

Dengan selesainya isu air itu, Azmin kini boleh dianggap telah lulus satu ujian dalam pentadbiran Selangor dan apa dicapai itu menambah yakinkan rakyat kepada kepimpinan beliau. Pembangkang perlu mencari modal lain untuk menganggu Azmin.

Sebelum ini juga pentadbiran Azmin memeriksa dan mengambil tindakan membantalkan beberapa projek lain yang dirancangkan diera Khalid yang meragukan ketelusannya. Salah satu ialah membatalkan projek lebuh raya Kinrara - Damansara (Kidex) yang menjadi kontroversi dan dikatakan ada kepentingan kroni Umno

Setiap kali tiba musim perayaan, banyak kemalangan maut. Di mana silapnya?

Posted: 11 Jul 2015 12:16 AM PDT

THE RAKYAT POST

 

Foto BOMBA
Saban tahun setiap kali tiba musim perayaan, nahas jalan raya menjadi wayang lama yang diulang siar. (Gambar hiasan) - Foto Bomba



KUALA LUMPUR- Tidak sampai seminggu lagi umat Islam termasuk di Malaysia, akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Awang Selamat dalam kolumnya di Utusan Malaysia berkata malangnya semakin dekat hari lebaran yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan, semakin banyak pula kes kemalangan maut yang dicatatkan.

Malah katanya, saban tahun setiap kali tiba musim perayaan, nahas jalan raya menjadi wayang lama yang diulang siar.

"Kisah kereta atau lori hilang kawalan, terbabas, memasuki laluan bertentangan, merempuh kenderaan yang sedang berhenti di lorong kecemasan, tidak sempat mengelak kenderaan yang datang ketika cuba memotong lalu bertembung – rata-ratanya berakhir dengan maut atau menemui ajal.

"Lebuh raya dan jalan raya bagaikan pusara tak bernisan.

"Di mana silapnya? Apakah puncanya? Hendak dikatakan tidak ada kempen, setahu Awang sudah berkali-kali diingatkan agar berhati-hati memandu terutama semasa musim perayaan. Maklumlah ketika itu, jumlah kenderaan meningkat mendadak. Semuanya teruja untuk pulang ke kampung," katanya.

Menurut Awang, walaupun pelbagai operasi dan kempen digerakkan, nahas ngeri dan kemalangan maut tetap berlaku dan seolah-olah tidak lagi dapat dielakkan.

"Dalam hal ini, Awang setuju sangat dengan peringatan Perdana Menteri agar rakyat merancang perjalanan secara teliti terutama ketika mahu pulang beraya.

"Persediaan dari segi fizikal dan mental amat perlu agar pemanduan dapat dilakukan dengan cermat, berhemah dan penuh kesabaran. Maklumlah perjalanan balik kampung yang lazimnya hanya tiga empat jam mungkin memakan masa sehingga berbelas jam gara-gara kesesakan trafik.

"Janganlah hanya kerana kurang sabar, hendak memintas satu dua kenderaan, nyawa dijadikan taruhan," katanya sambil menasihatkan agar para pemandu ingat kepada keluarga tersayang.

Restoran makanan segera, kedai makan 24 jam lubuk kaki ponteng puasa – JAWI

Posted: 11 Jul 2015 12:14 AM PDT

BERNAMA

 

SUDU
Restoran makanan segera dan kedai makan 24 jam dikenal pasti menjadi 'lubuk' bagi segelintir umat Islam di ibu kota yang tidak berpuasa, kata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).



KUALA LUMPUR- Restoran makanan segera dan kedai makan 24 jam dikenal pasti menjadi 'lubuk' bagi segelintir umat Islam di ibu kota yang tidak berpuasa, kata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).


Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama jabatan itu, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata lima lokasi tumpuan di Kuala Lumpur dikesan menjadi pilihan 'kaki ponteng' iaitu di Jalan Semarak, Pusat Bandar Damansara, Bukit Bintang, Wangsa Maju dan Bandar Permaisuri, Cheras.

"Berdasarkan pemerhatian kami, mereka memilih untuk beli dan makan di restoran makanan segera dan kedai makan 24 jam kerana khidmat yang ditawarkan lebih cepat serta tiada yang berani mempersoalkan tindakan mereka.

"Bagaimanapun ada juga yang berani makan di gerai-gerai tepi jalan dengan selamba tanpa rasa segan. Mereka langsung tidak menghormati bulan Ramadan," katanya kepada Bernama.

Menurut Wan Jaafar, seramai 28 individu dalam lingkungan 18 hingga 53 tahun ditahan kerana merokok, makan di khalayak ramai dan menjual makanan kepada umat Islam dalam operasi penguatkuasaan yang dilakukan bermula awal Ramadan sehingga Selasa lalu.

Beliau berkata jumlah itu meningkat berbanding 18 individu yang ditahan tahun lepas.

Wan Jaafar berkata kebanyakan mereka yang ditangkap memberi alasan sakit dan terpaksa mengambil ubat berjadual atau tidak sempat bersahur.

"Ada juga yang beri alasan bekerja sebagai buruh di tempat pembinaan, pemandu yang sedang bermusafir dan sakit gastrik.

"Bagaimanapun kita tidak mempersoalkan perkara itu, yang kami ambil tindakan kerana mereka tidak menghormati bulan suci ini dengan makan di tempat awam," katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang menjual pula memberi alasan terpaksa menyediakan makanan atas permintaan pelanggan tetap dan terpaksa berniaga bagi mengelakkan punca pendapatan terjejas.

"Ada antara mereka mengambil kesempatan buka gerai untuk jual kepada bukan Islam tetapi bila kita periksa kuantiti yang dimasak banyak seperti hari biasa," katanya.

Wan Jaafar berkata seramai 12 anggota penguat kuasa Jawi ditugaskan memantau sekitar ibu negara bagi membanteras kegiatan yang mencemar imej umat Islam.

Individu yang ditahan atas kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 15a dan b Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

1MDB: Tiada alasan tak serah penyata

Posted: 11 Jul 2015 12:11 AM PDT

Tony Pua
 
 
 
KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua mempersoalkan sikap anggota pengurusan syarikat milik kerajaan, 1MDB  kerana tidak memberi kerjasama penuh menyerahkan penyata bank syarikat itu kepada Jabatan Audit Negara.
 
Menurutnya, penyata bank adalah dokumen paling penting dalam siasatan ke atas syarikat tersebut.

"Bagaimana nak buat siasatan jika tiada penyata bank. Penyata bank adalah perkara paling penting dalam penyiasatan.

"Mereka(1MDB) juga lambat menyerahkan dokumen selain terdapat dokumen penting lain tidak disertakan," katanya selepas sidang media, semalam.

Tony berkata, tiada alasan bagi 1MDB untuk tidak menyerahkan penyata bank itu. 

"Penyata bank boleh dicetak tidak sampai lima minit. Tiada alasan," katanya.

Katanya lagi, jika 1MDB tetap enggan memberikan penyata bank tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengarahkan syarikat milik kerajaan itu berbuat demikian.

"Ini kerana perdana menteri yang telah mengarahkan siasatan tersebut dijalankan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata laporan interim yang disediakan Jabatan Audit Negara adalah amat memuaskan.
 
 

1MDB: Akaun Jho jadi tumpuan siasatan

Posted: 11 Jul 2015 12:04 AM PDT

1MDB WSJ
 
 
 
SHAH ALAM - Akaun bank Jho Low didakwa menjadi tumpuan utama bagi pasukan penyiasat Singapura dan Malaysia dalam menyiasat dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam badan pelaburan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Memetik daripada laporan sebuah portal, perkara tersebut didedahkan menerusi laporan portal antarabangsa, Wall Street Journal berdasarkan dokumen berkaitan siasatan ke atas isu terbabit.
 
"Maklumat tersebut mendedahkan individu berkenaan, yang dIkenali sebagai Jho Low yang dipercayai membantu menubuhkan 1MDB, mempunyai lebih daripada AS$500 juta (RM1.9 bilion) dalam akaun peribadinya.

Maklumat berkenaan jumlah wang dalam akaun Jho Low, menjadi tumpuan siasatan polis Singapura dan Bank Negara Malaysia (BNM), selepas polis Malaysia meminta kerjasama Singapura untuk membantu menyiasat dana terbabit," katanya seperti yang dipetik menerusi laporan terbabit.
 
Low sebelum ini menafikan sebarang penglibatan dalam 1MDB dan mempertahankan beliau tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi dalam syarikat berkenaan.
 
Low sebaliknya mengaku bahawa dia hanya penasihat kepada badan tersebut.
 
Wall Street Journal pada minggu lalu mendakwa siasatan ke atas 1MDB mengesan hampir AS$ 700juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke dalam akaun peribadi dipercayai milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
Bagaimanapun dakwaan tersebut telah disangkal oleh Najib sendiri.
 
 

Keputusan kes saman Anwar terhadap Anifah ditangguh

Posted: 10 Jul 2015 10:52 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menangguhkan keputusan kes saman malu RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. 
 
Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Anwar dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bagi pihak Anifah.
 
Razlan memberitahu pemberita hakim menangguhkan keputusan itu selepas Shafee memohon untuk membuat hujahan lanjut berkaitan kes berkenaan.
 
Mahkamah menetapkan 30 Julai untuk hujahan.
 
Anwar memfailkan saman terhadap Anifah dan kerajaan Malaysia pada 27 Mei 2009 dengan mendakwa kenyataan menteri itu pada sidang media di Washington, ketika Setiausaha Negara AS Hillary Clinton hadir mencemar imej beliau.  
 
Anwar menuduh Anifah menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak layak memegang jawatan politik dan sebarang jawatan lain, dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia. 
 
Anwar juga mendakwa  kenyataan Anifah, yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing,  merosakkan keperibadiannya dan secara langsung atau tidak, menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan korup.
 
 

TVSelatan alternatif rakyat Johor

Posted: 10 Jul 2015 10:41 PM PDT

TVSelatan alternatif rakyat Johor
Roslizam menyasarkan sejuta penonton TVSelatan bagi tempoh tahun 2014 hingga 2016.
 
 
JOHOR BAHRU - Darul Takzim Media Sdn Bhd komited memperkukuhkan rangkaian TVSelatan sebagai saluran televisyen arus perdana tempatan pertama di negara ini yang memaparkan pengisian berkonsep lokaliti dan komuniti.
 
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslizam Ramlee berkata, stesen televisyen itu yang kini beroperasi sebagai televisyen web sedang dalam proses kerjasama dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) dan Telekom Malaysia Bhd (TM).
 
Katanya, menerusi kerjasama itu, TVSelatan akan menggunakan platform dan fasiliti disediakan MYTV selain ditawarkan menjadi salah satu siaran dalam HyppTV yang dibangunkan TM.
 
"Sekarang kami dalam proses mendapatkan lesen daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menggunakan platform disediakan MYTV.
 
"Kami juga dalam perbincangan bersama TM dan dijangka TVSelatan bakal menjadi salah satu stesen televisyen arus perdana tahun depan.
 
"Ketika ini kami bersiaran dari jam 7 pagi hingga 12 malam dan bakal bersiaran 24 jam mulai tahun depan," katanya.

Ketengahkan isu tempatan

Roslizam berkata, stesen penyiaran yang beroperasi sejak tahun lalu itu bertujuan mengetengahkan isu tempatan dan berita bersifat lokaliti khususnya di Johor dengan kupasan mendalam.

"Idea mewujudkan TVSelatan ini kerana kami mahu sebuah stesen penyiaran memaparkan isu tempatan dari Johor kerana sebelum ini banyak organisasi media yang berpusat di Kuala Lumpur.
 
"Sebelum ini berita tempatan dipaparkan di media arus perdana terhad, jadi penubuhan TVSelatan sebagai alternatif rakyat Johor yang ingin mengikuti perkembangan semasa negeri ini," katanya.
 
Katanya, syarikat itu menyasarkan sejuta penonton bagi tempoh 2014 hingga 2016 dan kini dalam usaha mempelbagaikan platform bagi mempromosikan stesen televisyen itu kepada umum.
 
"Sejak beroperasi tahun lalu, kami berjaya menarik jumlah penonton purata seramai 30,000 penonton bagi setiap video dimuat naik ke portal kami.
 
"Dalam masa terdekat kami akan menempatkan 120 skrin digital di beberapa agensi kerajaan dan Pusat Transformasi Bandar (RTC) sekitar bandaraya ini bagi menarik lebih ramai penonton.
 
"Selain itu kami turut bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi menyiarkan program TVSelatan menerusi skrin layar besar yang ditempatkan di Dataran Bandaraya.
 
"Dengan usaha ini saya yakin TVSelatan mampu menarik jumlah penonton antara 300,000 hingga 400,000 orang dan seterusnya mencapai sasaran sejuta penonton," katanya.
 
Dalam pada itu katanya, berdasarkan statistik, lima peratus dari jumlah keseluruhan penonton terdiri daripada penonton luar negara termasuk Brunei, Singapura, Australia dan United Kingdom.
 
Jadi rakan media rasmi
 
Roslizam berkata, walaupun masih baharu beroperasi, stesen televisyen itu diberi kepercayaan sebagai media rasmi pelbagai aktiviti termasuk program berskala besar di negeri ini.
 
"Kami turut menerima banyak undangan untuk menjadi rakan media rasmi bagi penganjuran program antaranya 10th Monsoon Cup dan sambutan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor baru-baru ini.
 
"Malah kami turut menjalin kerjasama bersama stesen radio BestFM bagi meluaskan rangkaian pemasaran dan capaian penonton kami.
 
"Selepas Aidilfitri ini, BestFM akan mula disiarkan menerusi TVSelatan setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 7 pagi hingga 9 pagi," katanya.
 
Katanya, stesen televisyen berkenaan secara tidak langsung menyediakan platform promosi kepada usahawan industri kecil sederhana (IKS) dan sektor korporat tempatan yang menyasarkan pelanggan tempatan.
 
"Menerusi medium ini pengusaha IKS dapat mempromosikan produk masing-masing dengan lebih mudah kepada pelanggan sasaran mereka.
 
"Malah TVSelatan juga dapat menjadi platform agensi kerajaan mahupun sektor korporat yang ingin menyampaikan maklumat kepada rakyat Johor secara am," katanya.
 
Selain itu katanya, dengan tagline 'Kawan Awak', TVSelatan dalam usaha mempelbagaikan pengisian bersifat lokaliti untuk dimuat naik ke dalam portal mereka dan setakat ini terdapat lebih 20 program pelbagai genre dihasilkan.
 
"Selain memaparkan berita semasa tempatan, kami turut menghasilkan program sendiri termasuk dokumentari, program kanak-kanak dan rancangan berbentuk Islamik.
 
"Ini merupakan keunikan TVSelatan berbanding stesen TV web lain kerana pengisian kita lebih menyeluruh namun bersifat lokaliti," katanya.
 
 

Potongan harga 'membunuh' pembeli

Posted: 10 Jul 2015 10:39 PM PDT

Potongan harga 'membunuh' pembeli
Pemandangan di sebuah pusat membeli-belah di Marang kelmarin, menyaksikan umat Islam mula sibuk buat persiapan menyambut Aidilfitri.
 
 
MARANG - Hanya tinggal lebih kurang seminggu menjelang Aidilfitri, pemandangan di pusat membeli-belah dan pasar mingguan di daerah ini kelihatan sibuk menyaksikan umat Islam mula membuat persiapan.

Bagi menyemarakkan suasana perayaan itu, pelbagai promosi dan potongan harga ditawarkan kepada pengunjung untuk mendapatkan kelengkapan pakaian baharu, biskut raya dan sebagainya.

Namun, promosi itu dikatakan menyebabkan ada sesetengah daripada kita berbelanja melebihi kemampuan sehingga ada yang sanggup berhutang untuk nampak bergaya menyambut hari raya nanti.

Perkara itu turut diakui seorang pelanggan yang ditemui di pasar mingguan di Rusila semalam, Mohamad Abdullah Muda, 50, yang berkata, masyarakat memang gemar berbelanja berlebihan terutama pada musim perayaan.

"Malah saya juga pasti ada yang sanggup berhutang untuk menyambut hari raya," katanya.

Dia yang merupakan kontraktor berkata, antara kesilapan yang sering dilakukan masyarakat ialah mengutamakan perbelanjaan semasa tanpa melihat perbelanjaan mereka selepas berakhirnya perayaan itu.

Bagi memastikan seseorang individu itu tidak berbelanja lebih pada musim perayaan, Mohamad Abdullah berpendapat, perkara utama harus diberi perhatian adalah meneliti kedudukan kewangan masing-masing terlebih dahulu.

"Paling penting ialah mereka perlu senaraikan berapa banyak peruntukan bagi perbelanjaan dari yang paling penting kepada kurang penting, dan perbelanjaan yang boleh ditangguhkan terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu, penjawat awam, Khairuddin Mat Isa, 46, ditemui di sebuah pasar raya di sini berkata, perancangan bajet bagi persiapan hari raya amat perlu dan membantu dirinya untuk berbelanja secara bijak.

"Kalau ada pakaian yang masih elok dan boleh dipakai, saya pakai. Cukuplah sepasang baju raya untuk saya, selebihnya utamakan anak-anak," katanya.

Tambahnya, dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi, perbelanjaan Aidilfitri tahun ini lebih sederhana.
 
 

Penstrukturan air di Selangor ditangguhkan lagi 60 hari

Posted: 10 Jul 2015 10:29 PM PDT

 
 
Lanjutan tempoh itu membolehkan kerajaan Selangor menyelesaikan pembelian syarikat SYABAS dan Puncak Niaga. 


azmin-ali_air_600



PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor menandatangi Perjanjian Tambahan bagi melengkapkan lagi Perjanjian Utama Air penstrukturan semula industri air di Selangor.
Majlis Menandatangani Perjanjian itu diadakan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pada Jumaat.

Antara lain, Perjanjian Tambahan itu membolehkan penstrukturan semula diteruskan tanpa perlu kerajaan Selangor menyerahkan tanah kepada kerajaan Persekutuan seperti yang termaktud dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Perjanjian itu memberikan lanjutan 60 hari bermula pada 10 Julai kepada kedua-dua pihak untuk menyelesaikan penstrukturan semula mengikut Perjanjian Utama yang telah ditandatangani pada September 2014, kata kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor.

"Pertikaian hak milik Loji Air Semenyih dan Bukit Nenas antara kerajaan Persekutuan dan Selangor akan diselesaikan secara berasingan.

"Kerajaan Selangor juga akan memberikan aset lain kepada Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) sebagai balasan kepada pampasan RM2 bilion yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan untuk kerajaan negeri mengambil alih syarikat konsesi air," kata kenyataan itu lagi.

Lanjutan 60 hari itu membolehkan kerajaan negeri menyelesaikan Perjanjian Jual Beli antara Air Selangor Berhad dengan Puncak Niaga Holdings Berhad untuk pengambilalihan Syarikat Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan Puncak Niaga Sdn Bhd.

Mengulas perjanjian itu, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, selepas pengambilalihan ini selesai, usaha dan tumpuan akan diberikan untuk meningkatkan perkhidmatan pembekalan air kepada rakyat.

"Kita akan menumpukan usaha mengurangkan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) dan perkhidmatan bekalan air yang lebih cekap," katanya.

Majlis Syura Ulama Pas sah putus hubungan dengan DAP

Posted: 10 Jul 2015 10:22 PM PDT

 
Perkara itu diputuskan berikutan tindakan provokasi DAP yang berterusan terhadap Pas.
dap_pas_600



PETALING JAYA: Majlis Syura Ulamak PAS telah memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal.

Setiausaha Majlis Syura Ulama, Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh menyatakan, perkara itu diputuskan kerana tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat (PR).

Malah, DAP juga sering kali campur tangan dalam soal aqidah, dasar dan matlamat PAS.

Bagaimanapun, PAS tetap mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

"Pas tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.

"Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa," katanya dalam satu kenyataan.



Rosmah akui akaun peribadinya disiasat

Posted: 10 Jul 2015 10:21 PM PDT

 
Dalam kenyataan yang dikeluarkan peguamnya, beliau menafikan sekeras-kerasnya mempunyai kaitan dengan dana 1MDB seperti yang didedahkan Sarawak Report


najib-rosmah



PETALING JAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengakui akaun bank peribadinya kini disiasat oleh Pasukan Petugas Khas berhubung dana 1MDB.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan peguamnya, Norhairan Mohd Noor, beliau menafikan sekeras-kerasnya mempunyai kaitan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang didedahkan Sarawak Report.

Ia juga menjelaskan akaun yang didakwa itu telah dibuka sejak 1984,sewaktu Rosmah bekerja dengan Island & Penisular Sdn Bhd (sekarang ini dikenali sebagai I&P Group Sdn Bhd.

"Pelanggan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dana dan menafikan dengan keras mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

"Laporan itu dianggap tidak patut, mengancam , palsu dan bertujuan untuk menyakitkan hati atau mengganggu pelanggan saya," petik kenyataan itu

Menurut kenyataan itu lagi , kesimpulan yang dibuat oleh Sarawak Report terhadap anak guamnya adalah serius, berniat jahat dan tidak berasas.

Berikutan tuduhan itu, ia meminta Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan kerana terdapat kebocoran maklumat akaun yang melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

"Perlindungan kepada maklumat dan kerahsiaan dan sekatan menyiasat secara khusus mengenai hal ehwal pelanggan tertentu juga diperuntukkan di bawah Akta yang sama.

"Dalam satu pelanggaran jelas fungsi Bank dan memandangkan profil klien saya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Adalah diharapkan bahawa BNM untuk segera dan / atau dalam masa 72 jam menjalankan siasatan dan mencari penemuan berkenaan pendedahan yang tidak dibenarkan serangan ke atas sebahagian daripada kata-kata Bank," katanya.

Pada Khamis Sarawak Report membuat dakwaan terhadap Rosmah berasaskan maklumat diterima berkaitan sebuah akaun dengan Affin Bank Berhad.

Ia mendakwa RM2,000,000 dimasukkan ke dua akaun secara berperingkat-peringkat.

Honda Malaysia panggil balik 143,970 unit model

Posted: 10 Jul 2015 10:15 PM PDT

 
Ia sebagai langkah keselamatan selepas model tertentu dikesan mempunyai masalah pengepam beg udara.


honda21



PETALING JAYA: 143,970 unit model tertentu kereta Honda di negara ini dipanggil balik bagi menjalani semula pemeriksaan pengepam beg udara di bahagian hadapan pemandu.

Ia membabitkan model City (tahun pembuatan 2006-2012), Civic (2006-2011), Civic Hybrid (2007-2011) CR-V (2007-2011), Insight (2011-2012), Jazz (2009-2012) dan Stream (2007-2012).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Honda Malaysia, ia memaklukan penggantian akan dilakukan dengan percuma.

"Kerja penggantian itu akan dilakukan sebaik semua alat ganti tersedia, dan kos alat ganti dan buruh akan ditanggung oleh Honda Malaysia," petik kenyataan itu.

Langkah itu dibuat selepas Honda Motor memanggil balik 4.5 juta kenderaannya di pasaran global apabila ia dikesan mempunyai masalah pengepam beg udara.


Tiada rakyat Malaysia cedera dalam letupan bom

Posted: 10 Jul 2015 10:11 PM PDT

SINAR HARIAN


Kes jenayah
Kes jenayah

 
ALOR SETAR - Tidak ada laporan rakyat Malaysia mengalami kecederaan atau kehilangan nyawa dalam kejadian letupan bom yang berlaku di hadapan sebuah pusat karaoke di Padang Besar, Thailand pada 9.30 malam tadi.

Pengarah Jabatan Imigresen Kedah Mohamad Yusri Hashim berkata, kejadian yang berlaku di hadapan kedai Dragon Karaoke menyebabkan empat pekerja warga negara jiran itu tercedera.

"Setakat ini dilaporkan empat orang perempuan rakyat Thailand, seorang majikan dan tiga pekerja Dragon Karaoke cedera parah dan dihantar ke Hospital
Sadao dan Hatyai," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, letupan dipercayai berpunca daripada bom yang dipasang di sebuah motosikal di hadapan pusat karaoke terbabit. - Bernama


Helikopter Bomba digunakan pantau lalu lintas

Posted: 10 Jul 2015 10:08 PM PDT

SINAR HARIAN


Datuk Abdul Rahman Dahlan
Datuk Abdul Rahman Dahlan
 
 
 
PETALING JAYA - Tujuh buah helikopter antara 1,000 kenderaan dan aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia digunakan bagi memantau keadaan lalu lintas di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) sempena Ops Raya tahun ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata aset jabatan itu akan ditempatkan di 16 lokasi
yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan mulai hari ini hingga 23 Julai ini.

Selain helikopter, 123 buah motosikal daripada Unit Motosikal Gerak Cepat (RIM), 197 unit jentera Light Fire Rescue Tander (LFRT) dan 400 unit jentera Fire Rescue Tander (FRT) akan turut digunakan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Raya jabatan itu di Puchong, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata antara lokasi siap sedia bomba ialah di Tol Juru, Pulau Pinang, Rawang, Selangor, Tol Senawang dan Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Nilai,
Negeri Sembilan.    

"Kira-kira 9,100 daripada 13,000 pegawai dan anggota bomba akan bertugas secara bergilir sepanjang tempoh Ops Raya ini," katanya.

Sementara itu, anggota 277 buah balai bomba akan turut membuat rondaan di Jalan Persekutuan, Bandaran dan lain-lain jalan, katanya. - Bernama


Perjanjian tambahan tamatkan krisis air Selangor

Posted: 10 Jul 2015 10:06 PM PDT

Perjanjian tambahan tamatkan krisis air Selangor
Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Menangani Isu-Isu Air Selangor, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Hijau (KeTTHA) Datuk Seri Maximus Ongkili bersalaman dengan Menteri Besar Selangor Azmin Ali (kanan) pada majlis menandatangani perjanjian tambahan kepada perjanjian utama penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
 
 
SHAH ALAM - [VIDEO] Kerajaan Negeri Selangor mengesahkan telah menandatangani perjanjian tambahan bagi penyusunan dan pengukuhan semula industri perkhidmatan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah ditandatangani di pejabat Timbalan Perdana Menteri, hari ini.
 
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, perjanjian tersebut akan memberikan penyelesaian konkrit terhadap masalah air yang dihadapi oleh hampir lapan juta rakyat Selangor dan Kuala Lumpur.
 
"Perjanjian ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Negeri boleh bekerjasama baik dengan Kerajaan Persekutuan apabila kedua-dua pihak bersedia untuk mengetepikan kebimbangan luaran untuk kebaikan bersama dan kesejahteraan rakyat. Kepentingan rakyat harus diutamakan daripada segala-galanya.
 
"Ini adalah kemuncak kepada usaha tak kenal lelah untuk mengembalikan hak kepada bekalan air kepada rakyat dan perkhidmatan penyusunan semula bekalan air kini boleh diteruskan seperti yang dirancang," katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.
 
 Beliau dalam pada itu turut mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang bekerjasama menyelesaikan permasalahan tersebut.
 
"Walaupun berdepan cabaran dan kritikan, semua pihak telah menunjukkan rundingan komitmen yang serius untuk bekerja ke arah resolusi secara baik bagi rakyat.
 
"Saya berharap dapat selepas ini akan ada penglibatan yang lebih produktif antara Shah Alam dan Putrajaya untuk tempoh yang baik secara keseluruhan," katanya lagi.
 
Menurut beliau lagi, usaha untuk meningkatkan rawatan air, sistem pengedaran air serta perkhidmatan bekalan air secara keseluruhan akan dimulakan setelah pengambilalihan dan penggabungan syarikat konsesi swasta di bawah entiti Negeri milik Air Selangor selesai.
 
"Kerajaan Negeri melalui syarikat air milik penuhnya, Air Selangor, sedang melaksanakan penyusunan semula dan penggabungan industri perkhidmatan air untuk memastikan penyediaan cekap, nilai untuk wang dan perkhidmatan air yang holistik daripada rawatan untuk pengagihan bekalan air kepada pengguna," jelasnya.
 
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bersama-sama dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sebelum ini telah menandatangani Perjanjian Induk sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyusun semula dan menyatukan perkhidmatan bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
 
Industri air di Selangor akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan kemudahan rawatan air; selain meningkatkan kapasiti kemudahan dengan menggunakan teknologi terkini.
 
Perjanjian tambahan membolehkan penstrukturan semula air untuk diteruskan tanpa Selangor menyerahkan tanahnya dan dalam masa yang sama, masih mematuhi keperluan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
 
Perjanjian tambahan juga memanjangkan tempoh untuk menamatkan Perjanjian Induk dengan 60 hari bermula dari tarikh perjanjian tambahan.
 
Pelanjutan tarikh penyelesaian Perjanjian Induk ini juga akan memudahkan penyempurnaan Perjanjian Jual Beli ditandatangani antara Air Selangor dan Puncak Niaga Holdings Berhad untuk pembelian kepentingan ekuiti yang kedua di Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Sdn Bhd.
 
 

Satu Cerita Daripada Berjuta Derita

Posted: 10 Jul 2015 04:33 PM PDT



Oleh A Kadir Jasin 


SEORANG ibu tunggal. Miskin. Ada dua orang anak. Yang bongsu sihat. Yang sulung dilahirkan sempurna, tapi jadi cacat akibat demam panas. Makan cecair melalui tiub - intravenous feeding.

Perlukan tiub bersekali butang penutup. Perlu diganti setahun sekali. Dulu kos mesin RM700. Sekarang RM742 kerana GST.

"Orang miskin macam saya pun kena bayar GST," rintih si ibu tunggal itu.

Sebuah cerita derita daripada berjuta. GST cukai terangkum simpul mati. Tiada siapa terkecuali. Siapa berbelanja dia kena. Tak kira si miskin atau si kaya.

GST buat Fitch gembira. Naikkan rating hutang negara. Hasil kerajaan bertambah.
Rakyat jelata susah. Perniagaan turut terima padah.

Persatuan Peruncit Malaysia (Malaysia Retailers Association (MRA)) kata, pertumbuhan jualan makin kecut. Pengguna makin takut.

Mereka turunkan unjuran kali ketiga untuk tahun semasa kepada empat peratus saja.

Pengguna enggan berbelanja. Kos sara hidup yang tinggi jadi punca. Kelemahan ringgit bawa bencana. Itu kata mereka.

Ibu tunggal. Anak cacat. Beban GST. Banyak perniagaan terhenti. Itulah antara sejuta cerita derita menjelang hari raya.

Wallahuaklam. http://kadirjasin.blogspot.com

Hafarizam Wan & Aisha Mubarak : Peguam Najib Razak Lawan WSJ Wall Street Journal? Para Peguam Sindir dan Tegur?

Posted: 10 Jul 2015 04:17 PM PDT

Hafarizam Wan & Aisha Mubarak : Peguam Najib Razak Lawan WSJ Wall Street Journal? Para Peguam Sindir dan Tegur?

Rakyat Malaysia mengharapkan nama kita terus mekar di pentas dunia dengan berita yang baik-baik sahaja dan mampu mengharumkan nama Malaysia seterusnya diangkat untuk dihormati masyarakat dunia.

Malangnya, kita boleh semak hari ini seluruh dunia terus memperkatakan skandal demi skandal yang menyelubungi Malaysia. Terkini, dakwaan yang cukup dahsyat oleh laporan berita Wall Street Journal WSJ terhadap Perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Hafarizam Wan & Aisha Mubarak

Belum pernah dalam sejarah Malaysia, Perdana Menteri terpalit dengan dakwaan jenayah seperti ini. Belum pernah….

Seperti yang diharapkan, rakyat Malaysia mahukan Najib Razak segera saman fitnah Wall Street Journal bagi membersihkan namanya dan nama Malaysia yang terus menjadi bualan ramai.
  • Yang rakyat ingin tahu daripada Najib Razak sekarang ialah betul atau tidak berlaku kemasukan wang ke dalam akaun peribadi seperti yang didakwa WSJ itu
  • Bukannya melencong kepada amanah rakyat yang tidak pernah dikhianati dan kegunaan wang untuk diri sendiri yang kononnya tidak pernah dilakukannya.
Lain yang dituntut rakyat Malaysia, lain yang berlaku sekarang ini. Tindakan terbaru Hafarizam Wan & Aisha Mubarak bagi mewakili anak guamnya Najib Razak mendapat pertikaian ramai termasuklah kalangan peguam di Malaysia.
  1. Hafarizam Wan & Aisha Mubarak mahukan kepastian apa lagi?
  2. Sudah terang lagi bersuluh apa yang yang diperkatakan merujuk dakwaan laporan Berita Wall Street Journal ada di situ, mengapa tidak semak sahaja laporan berita tersebut?
  3. Mengapa Hafarizam Wan & Aisha Mubarak tidak terus terang sahaja hantar notis kepada WSJ, kalau tidak tarik balik artikel, anda akan saman dalam masa 14 hari
Nah…..ini kenyataan terbaru Wall Street Journal WSJ :

Hafarizam Wan & Aisha Mubarak

Apa maksudnya, secara terus terangnya?

Please come and sue us, don't shy-shy. Trouble yourself waiting 14 days.
  • Ali : Ali… kau ada datang rumah aku semalam ya?
  • Salleh : Mana ada… aku tidak curi la
  • Ali: Ada aku kata kau curi ker? Ermmmm……

 

Surat Hafarizam Wan & Aisha Mubarak : Para peguam Sindir dan Tegur?

Anda boleh semak respon balas yang agak pedas dari para peguam seperti Azhar Harun, Zaid Ibrahim, Teng Chang Khim, Eric Paulsen, Buzze Azam disebalik surat Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang boleh anda semak satu persatu seperti di bawah ini :
P/S : Satu-satu Tuhan tunjukkan sekarang ini di bumi Malaysia. Sebab itu, jangan sesekali kita menganiayai sesama manusia.

PP/S : Nampaknya, surat yang dihantar firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak menjadi bahan bualan hangat dan bahan jenaka kalangan rakyat Malaysia, dunia dan juga kalangan para peguam.

PPP/S : Yang dunia ingin tahu sekarang ini ialah kebenaran samada ada masuk atau tidak wang ke dalam akaun peribadi Najib Razak, maka jawablah dengan jujur dan tunjukkan buktinya sekali. Mudah dan habis cerita. Rakyat pun pasti akan gembira dengannya.

PPPP/S : Jikalau beginilah situasinya, diharapkan Wall Street Journal jangan dihantar rookie Harvard Law, cukuplah fraud lawyer seperti, Mike Ross sahaja untuk mengendalikan kes ini kelak, andaikata saman fitnah Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dihantar kelak.

PPPPP/S : As a PM, ini bukan isu kecil-kecil..kali ini cukup dahsyat. Sue straight away. Tidak perlu mahu LOD, show cause letter.. Kalah menang lain cerita. This is the time PM cari the most reputable law firm di US. Start filing suit, as simple as that…why do you need to buy time?

Sumber: Pengarah 1MDB tak dibawa berunding

Posted: 10 Jul 2015 04:10 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Siasatan Jabatan Audit Negara ke atas 1MDB mendapati banyak keputusan pelaburan syarikat itu telah dibuat tanpa kelulusan lembaga pengarah terlebih dahulu.

Keputusan-keputusan itu dibuat melalui resolusi bertulis, dan bukan dengan mengadakan mesyuarat lembaga pengarah, kata satu sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai laporan interim jabatan tersebut.

"Pasukan audit menyifatkan ia seolah-olah lembaga itu telah diketepikan atau keputusan dipengaruhi oleh orang lain," katanya lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang sedang berdepan dengan kritikan kerana peranannya dalam syarikat milik kerajaan, 1MDB, bukan ahli lembaga pengarahnya, tetapi sebaliknya menjadi pengerusi lembaga penasihatnya.

Pasukan audit juga mendapati bahawa dalam banyak hal, pihak pengurusan syarikat itu telah gagal untuk mematuhi arahan dari lembaga pengarah.

"Mereka juga mendakwa bahawa terdapat keadaan di mana lembaga pengarah diberi maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap mengenai keputusan pelaburan," kata sumber itu.

Sumber itu berkata, pasukan audit juga mendapati syarikat itu tidak mempunyai jawatankuasa pelaburan untuk memastikan kewajaran sebelum membuat pelaburan.

Proses-proses ini, kata sumber itu, menyebabkan struktur pengurusannya lemah.

Menurut sumber itu, pasukan audit memetik usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International Ltd (PSI) sebagai contoh.


MSU PAS Putuskan Hubungan Tahaluf Siasi Dengan DAP Tetapi Kekal Dengan PKRl

Posted: 10 Jul 2015 04:09 PM PDT



Oleh Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh


Pas terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum. Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam.

Dalam masa yang sama Pas tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.

Namun Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS.

Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
Setiausaha Majlis Syura Ulamak,

Ketua Polis Negara menambahkan lagi kerosakan imej negara.

Posted: 10 Jul 2015 04:06 PM PDT




Oleh Dato'Mahfuz Omar


1.Adalah sangat dikesali kenyataan Ketua Polis Negara yang menyatakan PDRM akan menyiasat siapa dan bagaimana kebocoran maklumat yang besertakan dokumen yang di perolihi Wall street journal(WSJ).Kenyataan KPN tidak membantu memulihkan imej Malaysia.

2.Kenyataan tersebut menambahkan lagi rasa tidak percaya masyarakat antarabangsa kepada Malaysia apabila institiusi (PDRM) yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat dan negara dilihat cuba untuk melindungi jenayah yang dilakukan olih pembesar negara.Kenyataan KPN sebenarnya mempunyai unsur sabotaj ekonomi negara.

3.Sikap KPN telah menyebabkan timbul keraguan rakyat Malaysia terhadap ketelusan pasukan khas penyiasatan kes 1MDB dan laporan WSJ.Apakah kesudahan lakonan dan drama yang sedang di lakonkan mereka.

4.Bagi menjamin integriti Pasukan khas penyiasat serta nama baik negara saya mendesak dikeluarkan Tan Sri Khalid Abu Bakar (KPN) dari pasukan khas penyiasat dan dilucutkan jawatan beliau sebagai Ketua Polis Negara.

Dato'Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena

Sama ada Najib mangsa atau dalangnya, kewibawaan beliau telah remuk

Posted: 10 Jul 2015 04:01 PM PDT




Oleh TheAntdaily


Jadi sekarang beritanya telah tersebar. Penerbitan perniagaan dan pelaburan yang berpangkalan di AS, Wall Street Journal menyatakan bahawa 1MDB telah memindahkan hampir AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Razak pada tahun 2013. Pemindahan itu dikatakan telah berlaku beberapa hari sebelum PRU13 tahun itu.

Sebuah panel pasukan petugas dengan empat anggota telah pun ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut. Pasukan petugas itu dilaporkan telah membekukan 17 akaun bank untuk memudahkan siasatan. Walau bagaimanapun, tiada akaun bank ini dikatakan dimiliki Najib.

Ahli-ahli pasukan ini adalah Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz, Peguam Negara Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar, dan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Abu Kassim Mohamed.

Jika dakwaan ini benar, adalah tidak munasabah bahawa perbuatan sekeji ini terlepas tanpa hukuman. Ia adalah satu pengkhianatan terhadap amanah yang dipegang oleh lelaki berjawatan tertinggi di negara ini. 

Tetapi jika tuduhan tersebut didapati tidak benar, maka Najib pasti telah menjadi mangsa kempen fitnah yang kejam.

Dalam responsnya, Najib hanya menyatakan bahawa beliau tidak pernah menggunakan mana-mana dana untuk "kepentingan peribadi". Tetapi ketiadaan penafian dan kecaman beliau terhadap pendedahan Wall Street Journal, telah menyebabkan desas desus tercetus mengenai masa depan politiknya. Ada yang membuat spekulasi bahawa wang itu mungkin telah digunakan untuk "membeli undi" dalam PRU13.


Apa sahaja keputusan akhir siasatan, kewibawaan Najib telah remuk. Ia mungkin sukar untuk dipulihkan. Ramai pihak kini membandingkan keadaan Najib dengan skandal Watergate yang menyebabkan Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon meletakkan jawatan pada tahun 1974.

Ia berkisar tentang integriti. Ia adalah topik yang hangat diperkatakan pada bibir semua orang sejak dakwaan skandal ini timbul. Menariknya, pada 20 Februari 2013, Najib telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International.

Melalui ikrar ini, Najib dan kerajaan komited untuk "menegakkan integriti dan mengukuhkan komitmen agenda negara dalam membanteras rasuah terutamanya dalam PRU13 akan datang.

Selepas menandatangani ikrar itu, Najib kemudiannya menulis: "Saya percaya sebagai pemimpin BN saya perlu menetapkan nada yang lantang. Hanya seorang calon yang dianggap telah berjuang secara bersih dan adil dalam pilihan raya akan membawa kepada sebuah kerajaan yang boleh dipercayai dan dihormati oleh rakyat. "

Ironis, jika dilihat dari apa yang berlaku beberapa hari lalu.

Adakah sesiapa yang masih percaya terhadap Najib pada masa ini ini? Jika beliau tidak menggunakan wang tersebut untuk "kepentingan peribadi", adakah wang ini digunakan untuk tujuan bukan peribadi, bagi membantu BN memenangi pilihan raya?

Mengapakah begitu banyak wang tunai telah dipindahkan ke dalam sebuah akaun individu? Begitu banyak persoalan. Namun tiada jawapan.

Satu perkara yang pasti adalah, sama ada Najib adalah mangsa atau dalangnya, kewibawaan beliau telah hancur.


Inilah ikrar Tok Him presiden PERKASA...

Posted: 10 Jul 2015 03:57 PM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
PERKASA berkata mereka menerima kekalahan dalam kes saman fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup dengan hati terbuka.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata beliau menghormati keputusan mahkamah tetapi mempertikaikan golongan lain yang melanggar undang-undang tetapi tidak dituduh ekstrimis.

"Kita akan berjuang mengikut saluran undang-undang dan perlembagaan. Kita bukan berjuang atas nama demokrasi dan hak asasi manusia semata-mata seperti setengah golongan.

"Mereka langgar undang-undang tetapi tidak dituduh ekstremis. Ada pesalah baling kepala babi dalam masjid di Pulau Pinang pun hanya didenda tiga bulan penjara," katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan saman fitnah PERKASA terhadap Joseph Kurup (gambar) kerana memanggil "kumpulan ekstrimis".

Hakim berkata PERKASA sebagai organisasi tiada locus standi untuk memfailkan saman selain memutuskan kata-kata yang digunakan oleh Kurup tidak berunsur fitnah.

PERKASA dalam pernyataan tuntutannya berkata Kurup mahu mengatakan pertubuhan itu menggunakan agama untuk memprovokasi keganasan yang tidak sepatutnya wujud di negara ini.

NGO itu juga berkata Kurup menggambarkan PERKASA menentang nilai-nilai terkandung dalam perlembagaan serta mencetuskan ketakutan dan perpecahan di orang ramai.

Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim berkata walau apa pun tuduhan diterima, rekod PERKASA "bersih" dan mereka akan terus lantang mempertahankan hak bumiputera dan melindungi Islam sebagai agama persekutuan.

"Insya-Allah atas apa jua rintangan, halangan dan cabaran, inilah ikrar presiden PERKASA Tok Him (Ibrahim)," katanya. 
 
 
 

'Saya doa semua orang dapat raya harijadi ke-90'

Posted: 10 Jul 2015 03:56 PM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Sempena hari lahir ke-90, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa syukurnya kerana masih berpeluang menyambut hari bersejarah itu.

"Saya bersyukur kerana dapat sambut hari lahir ke-90. Itu yang saya tak sangka sama sekali. Alhamdulillah," kata Dr Mahathir tersenyum.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Malaysiakini selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara hari ini.

Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu hadir ke Masjid Negara dengan mengenakan pakaian sut berwarna kelabu gelap dan songkok.

Turut hadir bersamanya, dua orang anak lelaki beliau, Datuk Mokhzani dan Datuk Seri Mukhriz serta dua orang cucunya.

Ketika ditanya apakah harapan sempena ulang tahun ke-90, Dr Mahathir dengan ringkas berkata, beliau berharap agar dapat terus bergiat aktif dalam (menangani) masalah negara.

"Kalau saya masih boleh bergerak, saya harap boleh terus aktif dalam (menangani) masalah negara," kata Dr Mahathir.

Diminta memberikan ucapan kepada rakyat Malaysia, Mahathir sambil tersenyum berkata:  "Saya berdoa semua orang dapat merayakan ulang tahun (kelahiran) ke-90."

Seperti biasa, kehadiran Dr Mahathir sentiasa mendapat perhatian dan hari ini orang ramai tetap berebut-rebut bersalaman atau bergambar dengan pemimpin yang mendapat jolokan bapa kemajuan itu.

Mahathir hanya tersenyum setiap kali bersalaman dan diajak bergambar oleh orang ramai.

Sementara itu, sebelum Dr Mahathir ditemui media, Mokhzani - anak keempat daripada sembilan beradik itu - meminta supaya pemberita tidak mengajukan soalan politik kepada bapanya.

Bekas Naib Pengerusi Sapura Kencana Petroleum Bhd itu berkata, ia bagi menghormati Masjid Negara serta hari lahir bapanya.

"Hari ini ulang tahun dia. Jadi kita tak nak soalan-soalan macam itu diajukan kepadanya," kata Mokhzani.


 

Tiada ulasan: