Jumaat, 10 Julai 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Posted: 10 Jul 2015 12:42 AM PDT

Penyertaan empat anak muda beri suntikan kepada PKR

Posted: 09 Jul 2015 05:12 PM PDT

MSO

Rafizi mengumumkan kemasukan empat anak muda ke PKR.
Pengumuman secara rasmi penyertaan seorang penceramah bebas dan tiga pimpinan mahasiswa ke dalam PKR hari ini memberi petanda jelas bahawa perkembangan dan pergolakan dalam Pas waktu ini tidak menjadi perhatian golongan muda.

Hari ini Wan Jin Wan Husin penceramah bebas dan bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama Pas Selangor bersama Ahmas Syukri Razab, Mohammad Zaki Abdul Shukor dan Muhammad Hasny Hasni diumumkan menyertai PKR.

Kemasukan rasmi mereka itu diumumkan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Penyertaan keempat mereka itu terutamanya tindakan Wan Ji meninggalkan Pas memberi kesan kepada Pas secara tidak langsung menggambarkan parti agama itu tidak diminati oleh golongan muda.

Paling merujakan beberapa hari lalu dua aktivis pemuda Pas, telah mengumumkan keluar dari parti itu dan menyertai DAP. Penyertaan Zulhazmi Sharif dan Sheikh Omar Ali ke dalam DAP itu satu pukulan buah Pas. Dipercayai tindakan mereka sebagai protes kepada perubahan kepimpinan dalam Pas yang kini dimonopoli seratus peratus golonagan agama, konsevertif yang dipilih secara "seraga ayam".

Pembawaan kepimpinan baharu Pas yang kuat berpegang kepada "fakeh politik" menjadikan anak-anak muda takut untuk menyertainya kerana berasakan mereka tidak layak untuk berada dalam parti agama kerana berpendidikan bukan Islam pure yakni tradisi dan keluar dari pengajian institusi Islam.

Mungkin mereka terfikir kalau pemimpin hebat seperti Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan lain-lain sanggup diketepikan kerana beranggapan mereka tidak Islamik apa lagi mereka, golongan muda yang mempunyai fikiran terbuka dan kontamporari, makin tidak mendapat tempat.

Paling ironis lagi dengan tindakan mereka itu, tidak ada mana-mana anak muda yang boleh dianggap pimpinan golongan muda menyertai parti agama itu sebagai mengalu-alukan kehadiran kepimpinan baharu Pas dan juga kejayaan Pas mengembalikan Pas kepada tapak asal yang penuh kosevertif dan menjadikan Pas sebagai elit agama.

Sehubungan dengan penyertaan empat anak muda ke dalam PKR itu ia memberi aset tambahan kepada PKR kerana penyertaan mereka itu akan menjadi ikutan anak-anak muda lain. Penyertaan mereka itu juga menafikan tuduhan bahawa PKR parti yang kian mengecil dan melukut di tepi gantang.

Sebaliknya sekiranya PKR berjaya menguruskan kekuatan parti itu ia boleh muncul sebagai parti pilihan anak-anak muda yang sudah cuak dan cemuh dengan parti penguasa khasnya Umno.

Demonstrasi 1MDB ibarat “Menangguk di air keruh” – Penganalisis

Posted: 09 Jul 2015 05:03 PM PDT

AZIZI SUNIP

 

anti-gst
Perhimpunan anti-GST pada 1 Mei lalu dilihat sebagai protes sehala kerana tiada tindakan balas seteru atau penyokong seseorang individu itu. - Foto fail TRP



KUALA LUMPUR- Pensyarah Geostrategi UTM, Prof Dr Azmi Hasan berpendapat, demonstrasi jalanan untuk memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan atau mengambil cuti bakal dijadikan modal pembangkang yang diibaratkan 'Menangguk di air keruh'.


Jelasnya demostrasi jalanan adalah contoh klasik pembangkang untuk meraih maanfaat demi kepentingan agenda politik mereka.

"Apa yg dicadangkan oleh pembangkang tidak menghairankan kerana ia adalah contoh klasik untuk mereka meraih manfaat dalam agenda politik mereka.

"Malah dalam pakatan pembangkang yang sedang dilanda masalah maka peluang sebegini amat rugi kalau tidak digunakan secara sepenuhnya," katanya ketika dihubungi TheRakyatPost.

Menurut Profesor Azmi, beliau sendiri mengakui demostrasi jalanan adalah cara terbaik untuk mendapat kesan optimum dari segi sokongan dan memenangi persepsi imej.

Namun, mengenai demontrasi untuk menggesa Datuk Seri Najib undur, penganjur perlu berhati-hati bukan sahaja terhadap perkara sensitif kerana penyokong Datuk Seri Najib pasti tidak akan berdiam diri.

"Berbeza degan demonstrasi GST dan seumpamanya, ia dianggap sehala kerana tiada tindakan balas seteru atau penyokong individu itu. Kesan demonstrasi dalam hal ini bagi pendapat saya, boleh memudaratkan keselamatan negara."

Jelasnya, jika Perdana Menteri memberi penerangan sekalipun, pihak pembangkang pasti tidak akan terima penjelasan tersebut.

Maka langkah terbaik untuk meredakan perkara ini adalah dengan menunggu hasil siasatan antara agensi yang diangotai Pasukan Siasatan Khas terdiri daripada Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah SPRM yang dilantik.

Bagi pensyarah Institut Kajian Etnik (KITA) UKM, Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib @ Khalid berpendapat sebaliknya, katanya menjadi amalan biasa kepada mana-mana pemimpin yang disiasat oleh pihak berkuasa di negara lain, perlu direhatkan atau bercuti untuk memastikan siasatan telus dan tiada gangguan arahan eksekutif.

"(Ia) Amalan biasa, memang bagi saya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya direhatkan atau bercuti untuk memastikan siasatan telus dan tiada gangguan arahan eksekutif. Pemulihan boleh berlaku selepas sisatan berlangsung.

"Buat masa ini cara yangg terbaik ialah Najib perlu direhatkan dari jawatan Menteri Kewangan dan jawatan Perdana Menteri kerana isu ini sungguh kontroversi diperingkat dunia," katanya kepada TheRakyatPost.
Jelas Dr Kartini, pembangkang sememangnya dilihat mengambil peranan 'menangguk di air keruh' dan memburukkan keadaan kerana menggunakan peluang ini dalam keadaan positif untuk menggalakkan rakyat berfikir dan menggunakan undi mereka dalam pilihan raya akan datang.

Terdahulu, aktivis sosial menggesa supaya rakyat berhimpun dan mengepung kawasan Parlimen kerana ia dilihat sudah tidak lagi bebas.

DAP tidak menolak bahawa bakal berlakunya satu demonstrasi jalanan yang akan diadakan secara besar-besaran bagi meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan penjelasan mengenai tuduhan Wall Street Journal (WSJ).

Jumaat lalu, WSJ menyiarkan laporan yang mendakwa sejumlah hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dana milik 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Pada hari yang sama, Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan WSJ itu dan menyifatkan ia sebagai sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.

Isu siasat WSJ: KPN perlu letak jawatan – Mahfuz

Posted: 09 Jul 2015 05:01 PM PDT

DALIA ISMAIL

 

mahfuz-m
Bagi menjamin integriti pasukan khas penyiasatan serta nama baik negara, Mahfuz mendesak Khalid dikeluarkan daripada pasukan khas penyiasat dan dilucutkan jawatan sebagai Ketua Polis Negara.



KUALA LUMPUR-  Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyesali kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dianggap PAS tidak membantu memulihkan imej negara sebaliknya mempunyai unsur sabotaj ekonomi negara.


"Amat dikesali apabila seorang Ketua Polis Negara menyatakan PDRM akan menyiasat, siapa dan bagaimana kebocoran maklumat beserta dokumen yang diperoleh oleh Wall Street Journal (WSJ), sedangkan kenyataan itu tidak membantu memulihkan imej negara.

"Sebaliknya kenyataan itu menambahkan lagi rasa tidak percaya masyarakat antarabangsa kepada negara apabilan PDRM yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat dan negara dilihat cuba untuk melindungi jenayah yang dilakukan oleh pembesar negara, malah mempunyai unsur sabotaj ekonomi negara," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru bagi menjamin integriti  pasukan khas penyiasatan serta nama baik negara, beliau mendesak Khalid dikeluarkan daripada pasukan khas penyiasat dan dilucutkan jawatan sebagai Ketua Polis Negara.

Pasukan Petugas Khas itu diketuai oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Pesuruhjaya, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis menyiasat akhbar perniagaan WSJ mengikut Akta Jenayah Komputer berhubung kebocoran dokumen berhubung dakwaan WSJ bahawa terdapat dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tiga syarikat yang diserbu itu ialah SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd, dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Pasukan Petugas Khas berkenaan mengumumkan enam akaun bank telah diarah dibekukan.

Pelbagai jenis rekaan jubah serta warna dan saiz yang mengikut potongan bentuk badan mula membanjiri pasaran. Foto Sepohonkayustudio

Posted: 09 Jul 2015 04:56 PM PDT

HAZAWANI ARIFFIN

 

sepohon kayu jubah

 

 

KUALA LUMPUR- Trend memakai jubah mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat terutamanya golongan lelaki yang ingin tampil segak dan penuh gaya.


Pelbagai jenis rekaan jubah serta warna dan saiz yang mengikut potongan bentuk badan mula membanjiri pasaran dan mendapat perhatian orang ramai.

Menurut pereka fesyen terkenal Malaysia, Ezuwan Ismail, jualan daripada koleksi peribadi miliknya sendiri mendapat sambutan sehingga mencecah 90 peratus berbanding koleksi baju melayu yang biasa.

"Kami ingin menggalakkan pemakaian jubah bukan sahaja pada hari raya namun pada hari kebiasaan juga kerana sifatnya yang senang dijaga, malah mudah untuk mengerjakan solat.

"Rekaan terkini jubah lebih mengetengahkan gaya kontemporari moden, di mana jubah direka mengikut potongan bentuk badan si pemakai," kata beliau ketika dihubungi The Rakyat Post.

Ezuwan juga menjelaskan bahawa budaya pemakaian jubah seperti negara Arab itu tidak salah kerana pada awalnya, budaya kita juga memperaktikan pemakaian jubah cuma ianya lebih berupa tradisional.

"Tidak salah untuk kita mempraktikan budaya Arab di sini kerana pemakaian jubah itu sendiri adalah Sunnah Rasulullah yang patut diikuti.

"Dengan gaya yang lebih moden dan santai, jubah kini mampu menarik minat golongan muda seperti lelaki untuk memilih jubah," tambah beliau.

Ezuwan antara pereka terawal yang mereka jubah lelaki menepis kenyataan apabila dikatakan jubah lelaki hanya ingin menunjukkan bentuk badan lelaki dan tidak mempunyai ciri-ciri jubah yang sepatutnya.

"Potongan mengikut potongan badan atau 'slim fit' adalah untuk keselesaan si pemakai. Jubah direka kecil di bahagian dada adalah untuk menampilkan ketinggian si pamakai, manakala saiz kembang dibawah adalah untuk kesenangan ketika berjalan.

"Jubah yang direka masih mengikut ciri-ciri tradisional, potongan 'slim fit' bukanlah bermakna ketat tetapi lebih berfungsi sebagai pakaian yang senang dibawa solat selain daripada jenis material yang digunakan," ujar beliau.

Demonstrasi jalanan pilihan terakhir rakyat?

Posted: 09 Jul 2015 04:53 PM PDT

AZIZI SUNIP

 

bantah GST 1
Perhimpunan bantah GST adalah satu daripada contoh demonstrasi jalanan di mana rakyat tidak berpuas hati dengan pelaksanaan GST pada 1Mei lalu.



KUALA LUMPUR- Walau apa pun isu yang cuba dibangkitkan dalam demosntrasi jalanan, tujuannya adalah satu – untuk menyampaikan mesej dan hasrat rakyat.


Itu adalah di antara pandangan daripada orang ramai yang ditemui The Rakyat Post mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dijadikan isu demonstrasi jalanan.

Bagi seorang pekerja swasta Mohamad Razi, 38, isu ketelusan pemimpin pada hari ini baik di kalangan kerajaan mahupun pembangkang masih samar, rakyat tidak tahu siapa yang benar-benar jujur melaksanakan amanah.

"Dengan demonstrasi paling tidak rakyat mampu menyuarakan pendapat kerana rakyat mempunyai hak, kalau buat report polis secara bersendirian tidak ada sokongan ramai macam tidak berguna, paling tidak itu cara yang ada buat masa ini," katanya kepada TheRakyatPost.

Jelasnya, rakyat merasai peningkatan kos sara hidup dengan pelaksanaan GST dan kenaikan harga minyak, oleh itu perhimpunan aman adalah salah satu cara demokrasi untuk menyuarakan bantahan.

Pendapat yang sama dikongsikan oleh seorang pemandu teksi sambilan N. R. John, 59, katanya perkara ini adalah disebabkan isu ketelusan daripada kerajaan, lebih lama pihak berwajib berdiam diri dan tidak menjelaskan kepada rakyat sudah pasti cara terakhir adalah demonstrasi di jalanan.

"Kerajaan perlu meletakkan hala tuju mengenai isu ini, pembangunan pesat di negara ini amat dihargai tetapi pengurusan kewangan negara harus berhemah, bagaimana negara mahu menyelesaikan hutang jika tidak dari cukai yang dikutip dari rakyat," katanya.

Beliau menambah, semasa zaman Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman tidak pernah wujud masalah seperti ini namun peredaran zaman mengubah keperluan dan kehendak.

"Tidak salah melakukan demonstrasi jalanan secara aman kerana dengan cara ini kerajaan akan tahu apa yang rakyat mahukan."

Terdahulu, aktivis sosial menggesa supaya rakyat berhimpun dan mengepung kawasan Parlimen kerana ia dilihat sudah tidak lagi bebas.

DAP tidak menolak bahawa bakal berlakunya satu demonstrasi jalanan yang akan diadakan secara besar-besaran bagi meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan penjelasan mengenai tuduhan Wall Street Journal (WSJ).

Jumaat lalu, WSJ menyiarkan laporan yang mendakwa sejumlah hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dana milik 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Pada hari yang sama, Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan WSJ itu dan menyifatkan ia sebagai sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.

Guan Eng diingat jangan terlalu angkuh, kenang jasa penyokong Pas

Posted: 09 Jul 2015 04:51 PM PDT

 
Kerajaan Pulau Pinang tidak akan dibentuk jika DAP tidak bekerjasama dengan PKR dan Pas.


lim-guan-eng_Mohd-Yusni_600


PETALING JAYA: Lim Guan Eng diingatkan supaya tidak terlalu sombong dan angkuh kerana kerajaan Pulau Pinang terbentuk hasil kerja keras penyokong Pas.

Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Mohd Yusni Mohd Diah berkata, jika tidak kerana sokongan kuat penyokong Pas, mustahil kerajaan Pulau Pinang terbentuk seperti hari ini.

"Perlu diingat Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak akan tertegak jika sekiranya DAP tidak membentuk kerjasama dengan PAS dan PKR.

"Usah bongkak dan sombong dengan kemenangan dilakar, sedang kemenangan itu diraih hasil titik peluh para petugas khususnya ahli-ahli Pas yang bertungkus lumus bekerja menentang Umno-Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Yusni berkata, Guan Eng tidak sepatutnya memecat mana-mana kakitangan Pas secara terburu-buru dengan membuat tafsiran gopoh terhadap usul muktamar Pas untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Katanya, ini kerana, Majlis Syura Pas belum membuat sebarang keputusan terhadap perkara itu.

"Ianya tuduhan yang amat tidak matang, prejudis, lagi provokatif dan tidak profesional.

"Amat malang sekali andai Guan Eng memilih untuk bermusuhan, sedangkan umum mengetahui bahawa pemecatan yang dibuat itu adalah suatu perkara keterlaluan," katanya.

Guan Eng mengisytiharkan Pas sebagai musuh DAP ekoran tindakan parti itu mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Pulau Pinang ekoran pemecatan beberapa ahlinya daripada agensi kerajaan negeri.

Kerajaan Pulau Pinang memecat dua ahli majlis tempatan Pas iaitu Yacoob Omar daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Omar Hassan daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tanpa sebarang alasan.

Malah, pada 12 Jun lalu, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Fadzil Kemi turut dipecat Pegawai Penerangan Gred 41 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dicampak ke dalam parit selepas dirogol

Posted: 09 Jul 2015 04:48 PM PDT

 
Ketika ditemui mangsa tidak sedarkan diri dan seluruh anggota badannya mengalami lebam-lebam dipercayai akibat dipukul


rogol,gilir,pukul

  
KOTA KINABALU: Polis sedang menyiasat kes seorang gadis yang dipercayai dirogol secara bergilir-gilir sebelum dibuang ke dalam parit.

The Star Online melaporkan, gadis berusia lingkungan 20an itu ditemui terbaring di dalam parit berhampiran sebuah restoran makanan laut di Jalan Bundusan, dekat Penampang.

Ketika ditemui, mangsa dikatakan tidak sedarkan diri dan seluruh anggota badannya mengalami lebam-lebam dipercayai akibat dipukul.

Timbalan Ketua Polis Penampang, DSP Rosley Honden berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Penampang bagi mendapatkan rawatan.

"Gadis itu kini sedang mendapatkan rawatan sebelum kita boleh mengambil keterangan daripadanya," katanya.

Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Siasatan terhadap Anthony Loke mengarut

Posted: 09 Jul 2015 04:43 PM PDT

 
Khalid Abu Bakar didakwa sering bertindak melanggar hak kebebasan rakyat yang telah dijamin Perlembagaan Persekutuan.


khalid-surendran



PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Seri Khalid Abu Bakar dibidas kerana mahu menjalankan siasatan terhadap Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke.

Ahli Biro Politik PKR, N Surendran berkata, Khalid sering bertindak menyalahi peraturan dan bertentangan dengan Perlembagaan yang membenarkan rakyat berhimpun secara aman.

"Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan bahawa rakyat berhak berhimpun secara aman, ia termasuk hak untuk menganjurkan perhimpunan rakyat yang mengkritik kerajaan dan juga Perdana Menteri," katanya dalam kenyataan media.

Malah, katanya, Parlimen juga telah meluluskan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Khalid menerusi Twitter memaklumkan Anthony Loke akan disiasat kerana mengajak rakyat berhimpun sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berundur.

Surendran berkata, kenyataan Khalid itu mengarut kerana tidak mungkin kenyataan Ahli Parlimen DAP itu boleh mendatangkan ketakutan dan merupakan hasutan kepada orang ramai.

"Bagaimana menyeru supaya perhimpunan aman diadakan boleh digelar menghasut," katanya.
Katanya, kenyataan Khalid itu juga bagaimana Akta Hasutan disalah guna secara berterusan oleh pihak berkuasa.

"Arahan siasatan ini perlu digugurkan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga seharusnya tidak masuk campur dalam isu kebebasan rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan," katanya.

Tanya 1MDB kenapa tidak serah dokumen – Ketua Audit Negara

Posted: 09 Jul 2015 04:38 PM PDT

 
Jabatan Audit Negara akan dapatkan dokumen daripada sumber lain jika 1MDB gagal serahkan dokumen.


Ambrin-Buang_1mdb_300


KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara akan mendapatkan dokumen dari sumber lain jika 1MDB gagal memberikan dokumen yang diperlukan.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bagaimanapun, pihaknya yakin 1MDB akan memberikan segala dokumen yang diperlukan untuk menyiapkan siasatan.

"Dokumen ada banyak , ada yang dah dapat, ada yang belum, kita kena minta jugalah.

"Kita yakin kita masih mencuba mendapatkan dokumen tersebut. Kalau kita tak boleh, kita tak dapat dokumen-dokumen itu, kita cuba dapatkan dari sumber lainlah," katanya ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Laporan Interim terhadap pengauditan 1MDB dan sesi taklimat bersama PAC di Parlimen pada Khamis.

Ambrin berkata, peluang untuk pihak 1MDB sentiasa terbuka untuk mereka mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

"Bagi mereka masa, kita pun belum selesaikan kerja-kerja kita. Sudah tentu kita perlu berhubung dengan mereka" katanya.

Beliau berkata, hanya 1MDB dapat memberi penjelasan berhubung kelewatan penyerahan dokumen-dokumen yang diperlukan.

"Mungkin mereka tak ada dokumen itu, kita tak tahu sepatutnya dokumen itu ada dengan merekalah. Tanya mereka 1MDB, jangan tanya saya," katanya.

Yang kalah patut dahulukan parti bukan cari kapal baru - Azman Shapawi

Posted: 09 Jul 2015 04:32 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin PAS Terengganu membidas sikap beberapa bekas pemimpin utama parti yang sanggup 'menggadai' prinsip serta pegangan dengan menubuhkan parti baru hanya kerana mengejar kuasa dan jawatan. 
 
Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Terengganu Azman Shapawi Abdul Rani berkata sikap ditonjolkan bekas pimpinan pusat yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu amat dikesali.
 
Selain itu, beliau juga menganggap keadaan berkenaan tidak menggambarkan imej PAS sebagai sebuah parti yang konsisten malah menimbulkan persoalan dalam kalangan ahli di peringkat akar umbi.
 
"Sepanjang muktamar yang saya lihat sebelum daripada ini semua pemimpin yang kalah tidak pernah mengambil sikap lari daripada perjuangan ataupun mereka menubuhkan parti lain.
 
"Sebagai contoh Allahyarham ustaz Abu Bakar Chik pernah kalah bertanding naib presiden, Datuk Mustaffa Ali pernah kalah, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pernah kalah beberapa kali, saya pun pernah kalah dan ramai lagi," katanya kepada Antarapos.
 
Tegas Azman Shapawi, perubahan barisan pucuk pimpinan adalah perkara biasa dalam mana-mana organisasi dan ia ditentukan perwakilan yang akan menilai setiap calon bertanding.
 
"Tetapi kita mengambil sikap kekalahan kita itu mungkin ada kelemahan menyebabkan perwakilan tak sokong kita dan kita kena muhasabah serta perbaiki diri.
 
"Kita jangan mengambil sikap bila kita tidak duduk sebagai pimpinan utama di peringkat pusat maka kita sudah tidak ada peranan di mana-mana peringkat," katanya.
 
Menurutnya, jika kepimpinan gagal melaksanakan tanggungjawab dalam tempoh tersebut, sudah tentu perwakilan akan membuat sesuatu pada penggal akan datang.
 
Azman Shapawi berkata demikian bagi mengulas mengenai sesetengah pemimpin yang kalah terutama dari kumpulan progresif, yang masih mengkritik kepimpinan PAS secara terbuka walaupun pemilihan sudah sebulan berlalu.
 
Kekalahan dalam pemilihan PAS itu menyaksikan kumpulan bekas pimpinan digelar G18 bakal bergabung dengan (PasMa) dalam usaha menggerakkan penubuhan sebuah parti baru.
 
Kumpulan G18 diterajui bekas Timbalan Presiden PAS yang tewas Mohamad Sabu manakala PasMa dipimpin Datuk Phahrolrazi Zawawi.
 
G18 turut dibarisi bekas Naib Presiden Salahuddin Ayub yang dilantik sebagai timbalan pengerusi
manakala bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kayat sebagai penolong setiausaha.
 
Masih banyak tugas boleh dilakukan di peringkat lebih rendah
 
Ujar Azman Shapawi lagi, tiada istilah merajuk dalam politik kerana ruang serta peluang mengisi jawatan parti tetap ada meskipun di peringkat negeri atau akat umbi.
 
"Kalau kita tak boleh duduk peringlat pusat, kita bekerja di peringkat negeri...kalau negeri kita tidak ada tugas yang besar maka kita bekerja di peringkat kawasan.
 
"Kalau kawasan pula kita tidakl diberilan peranan yang utama, kita kerja di peringkat cawangan sebab semua tempat itu adalah kita bekerja untuk Islam," katanya.
 
Justeru beliau menyifatkan tindakan bekas pemimpin untuk menubuhkan parti baru tidak menunjukkan semangat kesetiaan dan keihlasan kepada prinsip parti.
 
"Bukan cari satu masalah bila tak pegang peringkat pusat kita mesti buat kumpulan lain seolah-olah tidak ada tugas kita dalam jemaah islamiyah," katanya.
 
 

Perkhidmatan tren elektrik KL-Padang Besar bermula esok

Posted: 09 Jul 2015 04:30 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA KANGSAR: Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur - Padang Besar akan bermula esok. 
 
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata buat permulaan ia di adakan sebanyak dua kali sehari iaitu satu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan satu lagi dari Padang Besar ke Kuala Lumpur. 
 
"Perkhidmatan ini dimulakan esok sempena sambutan Aidilfitri minggu depan dan kita menjangka ia mendapat sambutan orang ramai kerana perjalanan lebih cepat dan selesa," katanya pada sidang media di Stesen Kereta Api Kuala Kangsar, di sini hari ini. 
 
Terdahulu, beliau bersama pegawai Kementerian Pengangkutan, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan media menaiki tren baru ETS dari Stesen Kereta Api Batu Gajah ke Kuala Kangsar. 
 
Tiong Lai berkata, perkhidmatan itu akan berhenti di semua stesen utama termasuk Ipoh dan Butterworth dengan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar mengambil masa anggaran empat jam 45 minit. 
 
Katanya, tren yang mempunyai enam gerabak itu boleh memuatkan 312 penumpang untuk satu perjalanan.
 
 
 

Bekas Presiden Mahkamah Rayuan meninggal dunia

Posted: 09 Jul 2015 04:28 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PETALING JAYA: Bekas Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Lamin Mohd Yunos meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 pagi, Khamis.
 
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Shah Alam.
 
Allahyarham dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan yang kedua bermula 25 September 1994 sehingga 12 Mac 2001 selepas berkhidmat dengan kerajaan lebih kurang 45 tahun.
 
Beliau yang berasal dari Batu Kikir, Negeri Sembilan memperoleh ijazah kepujian dalam bidang undang-undang di Universiti Singapura pada 1962.
 
Setelah menyandang pelbagai jawatan dalam badan kehakiman, pada 9 Januari 1988, Lamin dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi dan kemudian menjadi hakim Mahkamah Persekutuan 1 Julai 1994 sebelum menjadi Presiden Mahkamah Rayuan.
 
Lamin mempunyai dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan daripada perkahwinan dengan Puan Sri Noriah Abdul Kadir.
 
Anak lelakinya ialah seorang peguam.
 
 

Pakatan Rakyat masih ada masa - Nakhaie

Posted: 09 Jul 2015 04:26 PM PDT

Oleh Azizul Osman
  Post Pic


SHAH ALAM: Perpecahan dalam Pakatan Rakyat masih boleh diselamatkan berikutan gagasan itu masih mempunyai masa sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memalu gendang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata selagi matlamat utama pembangkang untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) tidak berubah, hubungan antara DAP-PKR dan PAS masih ada harapan untuk kembali kukuh.

"Mereka (Pakatan Rakyat) ada masa untuk memperbetulkan keadaan, PR memang ada masa dan boleh menyelesaikan masalah itu. Saya rasa mereka akan buat demikian kalau matlamat masih tidak berubah untuk menumbangkan kerajaan BN. 

"Tidak mustahil kalau matlamat itu masih menjadi pegangan bersama dan kembali rujuk antara PAS dan DAP", katanya.

Meskipun parti komponen dalam Pakatan Rakyat itu bersifat lantang sesama mereka dalam isu-isu tertentu, DAP-PKR dan PAS masih boleh berbincang dan menyelesaikan perbezaan pendapat mereka, walau tanpa 'pendamai' mereka, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isterinya, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Rundingan terus antara DAP dan PAS mungkin boleh menyelesaikan kemelut jika matlamat mereka masih teguh. Mereka boleh merunding secara terus dan menyelesaikan tanpa Anwar Ibrahim, Wan Azizah atau sesiapa," tambah Nakhaei.

Sementara itu, bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pula berpandangan hubungan tiga parti kompenan itu tidak akan bertahan lama. 

Jelas beliau, sudah terang lagi bersuluh ketiga-tiga perti itu saling mempergunakan sesama mereka demi kepentingan politik masing-masing.

"Hubungan 'perkahwinan mutaah' ini tidak akan berpanjangan, bukan satu hubungan yang kekal. Rakyat akan menderita daripada agenda ini," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.

Media sebelum ini melaporkan bahawa DAP tidak menolak kemungkinan akan bersatu kembali dengan PAS pada masa akan datang.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata perbentukan gabungan pembangkang dalam pilihan raya akan datang mungkin berlaku namun mesti berteraskan kepada dasar bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Sebelum ini, DAP bertindak memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas berang dengan Presiden PAS itu bersabit isu pelaksanaan hudud di Kelantan.
Pemimpin PAS yang lain kemudiannya tampil mempertahankan Hadi dan berkata 'putus hubungan dengan Hadi bermaksud putus hubungan dengan PAS'.

Pergolakkan itu makin meruncing apabila Muktamar PAS meluluskan usul 'putus hubungan dengan DAP' tanpa bahas, 6 Jun lalu.
Seraya perkembangan itu, DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah tiada, tanpa merujuk PAS ataupun PKR.

PAS pula bertegas Pakatan Rakyat masih wujud berikutan masih ada pakatan antara parti itu dengan PKR.

Sirul tidak akan mengaku bunuh Altantuya atas arahan Rosmah, kata peguam

Posted: 09 Jul 2015 04:23 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Peguam kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu menafikan anak guamnya akan membuat pengakuan minggu hadapan.
 
Maklumat yang tersebar di aplikasi WhatsApp itu menyatakan Sirul akan membuat pengakuan di mahkamah di Australia berhubung perkara itu dan mengatakan beliau membunuh Altantuya selepas menerima arahan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. 
 
Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia, peguam Sirul, Hasnal Rezua Merican berkata, pengakuan kononnya Sirul membunuh Altantuya atas arahan individu tertentu hanyalah khabar angin dan dilihat bertujuan menimbulkan kekecohan dengan mencemarkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
Hasnal berkata, pihaknya menghubungi Sirul, dan beliau dimaklumkan berita yang dilaporkan dipetik daripada Herald Sun Australia itu adalah tidak benar. 
 
"Setelah bertanya sendiri, Sirul Azhar menafikan sekeras-kerasnya tentang maklumat berkenaan termasuk prosiding untuk hadir ke mahkamah.
 
"Kemudian saya menghubungi Herald Sun Australia dan mereka juga menafikan khabar angin itu. Mereka tidak ada maklumat mahu pun menyiarkan sebarang berita berkaitan Sirul," katanya.
 
 

Tiada ulasan: