Sabtu, 4 Julai 2015

.

.


Jerat jenayah bakal menjerut leher Najib

Posted: 03 Jul 2015 09:03 PM PDT

RENCANA SABTU                                                                                            

Tidak sampai 24 jam Najib Razak terus melakukan "senaman duduk bangun, bangun duduk" untuk menjawab dakwaan Wall Street Journal (WSJ) yang kononnya berbilion ringgit wang dari syarikat 1MDB telah mengalir senyap ke dalam akaun peribadinya. Angka yang disebut oleh WSJ ialah sebanyak AS700 juta bersaman dengan RM2.67 billion.

Najib, bukan menangis tetapi hidung berair.
Dengan terdedahnya maklumat gelap tentang Najib itu, menyebabkan perdana menteri yang dalam proses hendak digiringkan itu berada dalam lingkaran kawat jenayah yang agak tebal. Kalau dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya sebelum ini boleh dipersoalkan, tetapi kali ini tidak mudah dirungkaikan.

WSJ bukan sembarangan media. Ia adalah daily kewangan, ekonomi, politik liberalisme yang terhebat di dunia yang mendedahkan pelbagai skandal bertaraf dunia. Setiap sen atau dolar yang mengalir secara haram di pasaran bebas yang berlaku dalam mana-mana institusi diintip dan hiduinya.


WSJ juga berfungsi sebagai badan pemantau dan penyiasat perjalanan dan penyusupan kewangan. Ia juga bertindak sebagai polis menyiasat apa-apa laporan atau perkembangan mengenai kewangan meragukan alias haram.

Kedudukannya yang istimewa dan diiktiraf itu menyebabkan WSJ menerima maklumat daripada berbagai pihak untuk dibongkar dan didedahkan. Apakah tujuan dan matlamat pendedahan itu untuk menjatuhkan sesebuah kuasa atau individu berkuasa, tetapi ia berlandaskan fakta dan dalil yang ada.

Apabila WSJ membuat pendedahan itu ia sesuatu yang mengejutkan kerana kredibiliti daily berkenaan. WSJ bukan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, jauh sekali seperti Harakah lidah rasmi parti yang dikepalai Haji Hadi. Kalau WSJ setaraf dengan akhbar kroni itu, bolehlah ia dilupakan begitu sahaja. Usianya yang mencecah 125 tahun menjadikan ia sebuah harian pemantauan dalam pelbagai bidang yang kronik seperti kewangan,ekonomi dan politik.

Walaupun Najib dan sang setianya telah membuat "senanam duduk bangun, bangun duduk" menjelaskan dan menafikan pendedahan WSJ tampaknya ia bukan mudah untuk dipercayai. Penafian itu sendiri bersifat emosi yang berbau bodekan, untuk mengambil hati Najib dan menguleknya sahaja. Orang-orang yang kini sedang dan akan menjalani senaman itu pun sudah dikenal siapa mereka. Mereka juga bertindak pun kerana ada undang di sebalik batu.

Ahmad Maslan, Hassan Malik, Abdul Rahman Dahlan, Salleh Said Keruak, Khairy Jamaluddin, Nazri Aziz dan "seraga" dengannya sudah dimaklumi dan difahami peranan dan persembahan mereka. Inilah penyokong dan pembodekan Najib nombor satu di kala ini. Mereka ini akan menelan ubat lebih dahulu daripada Najib sekiranya Najib demam atau selesema.

Pembelaan daripada pembodek, tidak mudah untuk diterima sebagai satu penjelasan yang tuntas, sebaliknya cakap dan kenyataan mereka memburukkan lagi kaedan. Mereka ini akan berkata apa sahaja asal ianya dapat mengkhayalkan Najib. Penyokong beginilah yang menjadi jambak kepada bawang.

Muhyuddin Yassin, orang nombor dua dan berada di balakang Najib masih belum membuka mulut. Kenapa? Apakah Muhyuddin juga terpesona dengan pendedahan WSJ itu. Atau Muhyiddin kini masih dalam keterperanjatan dengana apa yang didedahkan itu. Sebagai orang yang rapat dengan Dr Mahathir Mohamad, mungkin Muhyiddin sudah mengetahui akan hal itu.

Andaian ini diambil kira apabila Najib secara pongoh telah menuduh Dr Mahathir sebagai orang menjadi dalang di sebalik pendedahan jenayah yang dikatakan dilakukan itu. Berdasar itu mungkin Muhyiddin sudah diberi tahu atau dibayangi mengenainya?

Tindakan Najib menunding jari kepada Dr Mahathir begitu cepat, menampakkan akan kegelabutan Najib apabila membaca pendedahan WSJ itu. Tuduhan Najib itu adalah gaduh dan menjelaskan PM itu tidak tenteraman. Beberapa hari sebelum itu Najib sudah membayangkan yang dia tertekan dengan laporan media massa. Apakah Najib sudah merasai hal itu. Beliau tidak seharusnya membuat tuduhan begitu kepada Dr Mahathir kerana ia tidak memberi bekas terhadap apa yang dihadapi kini.

Kalau pun maklumat itu dibekalkan oleh Dr Mahathir kepada harian berkenaan, tetapi Najib seharusnya tidak secepat itu menunding kepada Dr Mahathir. Najib tidak patut menunjukkan kegelabahannya tetapi menjelaskan satu persatu akan tuduhan itu dengan tertib yang disertakan bukti-bukti yang akurat. Najib sepatutnya tenang dan selamba.

Sebenarnya cukup mudah untuk Najib membersihkan dirinya berhubung dakwaan WSJ itu. Kerana dalam laporan berentatan dengan WSJ itu, protal Sarawak Report (SR), juga ada mendedahkan skandal itu yang mengaitkan hal yang sama. Laporan SR, dengan lebih jelas lagi ada memberi dua nombor akaun peribadi Najib di Ambank. Najib boleh menyiarkan segala transaksi menerusi akuan berkenaan daripada tarikh yang dituduh itu hingga hari ini. Habis cerita.

Dengan adanya dua akaun itu ia menjadi lebih mudah bagi Najib untuk membela dan membersihkan dirinya. Kalau tuduhan itu fitnah dua akaun itu adalah saksi utama. Transaksi itu boleh disiarkan dalam akhbar Utsuan Malaysia dan Berita Harian serta diiklan dalam TV3 dan RTM serta Astro Awani. Najib tidak payah mengheret Dr Mahathir begitu huduh sekali kerana buruknya akan dibalikkan kepadanya.

Dalam suasana sekarang ini, apa juga balasan Najib kepada Dr Mahathir untuk membenarkan dirinya, ia tidak diyakini oleh rakyat Malaysia, kecuali para pembodeknya sahaja. Dr Mahathir bukan budak-budak mentah seperti kucing kurap, ataupun politician yang bankrup idea dan harta, yang membuat terjahan untuk menjatuhkan tokoh-tokoh tertentu dengan sedikit upahan sekadar RM100 atau RM200 ribu. Dr Mahathir adalah bekas PM dan negarawan.

Sebagai bekas PM, beliau mengetahui apa yang orang lain tidak tahu, dan beliau sendiri  mempunyai pengamatan dan akses yang lebih mendalam. Pengalaman yang ada kepadanya selama 22 tahun selalu PM menjadikan dia dapat menyuluh ke dalam sulbi pemerintah. Kewujudan akaun-akaun rahsia yang dipegang oleh orang bernama PM, atau proksinya tentu ada dalam pengetahuannya. Seperti kata bekas PM Abdullah Ahmad Badawi, selepas jadi PM baru dia tahu segala-galanya termasuk yang dia tidak tahu dan fikir sebelum ini.

Najib tidak perlu bergurau bewak (pinjam istilah Nik Amar) dengan Dr Mahathir. Sikap mendiamkan diri yang diambil sebelum ini walaupun Dr Mahathir sudah membidas dan membelasahnya, lebih baik daripada dia menjawab segala tuduhan dan ocehan Dr Mahathir Mohamad. Saya sudah bilang kepada Najib apabila dia mula menjawab kenyataan dan tuduhan Dr Mahathir bermakna dia mula masuk ke dalam jerat bingkas Dr Mahathir.

Najib membuat dakwaan jenayah yang melindungi dirinya adalah ciptaan Dr Mahahthri. Katanya Dr Mahathir mulanya mencipta strategi mengatakan wang 1MDB hilang sebanyak RM42 billion. Bagaimana pun dijawab wang itu tidak hilang, tetapi telah menjadi hutang. Bahkan hutang itu apabila diaudit dengan aset 1MDB ia bernilai RM51 billion. Di sini Najib cuba hendak memberitahu bahawa 1MDB masih ada RM9 billion lagi. Silap mata seperti itu tidak lagi mengkagumkan penonton sebaliknya ia jadi macam lawak Raja Lawak bodoh.

Apakah Najib memahami dunia perniagaan. Hutang adalah liabiliti kepada syarikat. Hutang adalah wang yang tidak berada dalam tangan kita tetapi berada di tangan pihak lain. Bila berada di tangan orang lain, wang itu berada dalam keadaan dalam dua lagi, kembali atau lesap. Baiklah.. kita menerima wang itu sebagai hutang, apa yang didesak oleh Dr Mahathir, kalau ianya hutang ke manakah atau untuk apa wang itu dibelanjakan. Najib perlu menjelaskan hal ini.

Kegagalan Najib menjelaskan perkara inilah menyebabkan Dr Mahathir tidak berpuas hati dan beranggapan Najib bermain "ciku cap" dengan wang ratusan billion itu. Justeru apabila ada pendedahan menunjukkan kemungkinan wang mengalir ke akaun Najib dari sumber syarikat berkaitan dengan 1MDB, ia mudah menyakinkan Dr Mahathir untuk mempercayai bahawa Najib bertanggungjawab ke atas wang berkenaan. Pendedahan WSJ itu sangat menggembirakan Dr Mahathir yang menganggap Najib sebagai degil kerana tidak mahu mengikut kehendaknya agar berundur.

Najib disamping menafikan dakwaan WSJ menuduh pendedahan yang didalangi Dr Mahathir itu adalah perbuatan yang hendak mensebotajkan politiknya. Beliau menuduh tektik dilakukan Dr Mahathir itu sengaja dicipta untuk memburukkannya dan ia adalah tektik longkang yang pernah digunakan oleh kumpulan yang hendak menggulingkan mana-mana kerajaan.

Najib cuba menyalahkan tindakan Dr Mahathir itu dengan menuduh Dr Mahathir berdendam dengannya kerana tidak menuruti kehendaknya. Sekali lagi Najib tidak bijak apabila membuat tuduhan itu. Mungkin iya apa yang dikatakan itu, tetapi Najib harus menjelaskannya apakah perkara yang menjadi masalah itu. Apakah permintaan dan tuntutan Dr Mahathir yang tidak dilayani?

Apabila Najib membuat dakwaan itu umum sedang menanti apakah sesuatu yang Dr Mahathir minta tetapi Najib tidak dipenuhinya. Kalau apa yang dituntut Dr Mahathir itu merupakan hak rakyat, wajar bagi Najib tidak memenuhinya. Bahkan itu satu tindakan patut dipuji. Pokoknya Najib kena sebut dengan jelas.

Jawaban dan ulasan berhubung dakwaan WSJ itu dan juga pukulan kepada Dr Mahathir yang dianggap paling keras tidak menyelesaikan masalah menghantuhi Najib kini. Lengkaran pagar jenayah yang membelit diri Najib menjadi semakin tebal dan menjerut leher Najib dengan pendedahan terbaru itu.

Walaupun Najib menafi, para pembodek dan penjilat buntut membelanya dan dia sendiri menegaskan akan menyaman WSJ tetapi pendedahan itu dan lain-lain masaalah tetap membelenggunya. Semua masalah itu dan masalah lain yang akan dilakukan (pasti), menjadi belati yang kini terletak di leher Najib. Ura-ura Najib untuk saman WSJ itu bukan jalan penyelesaian, sebaik jalan beliau berundur. [wm.kl.11:35 am 04/07/15]

Tiada ulasan: