Khamis, 2 Julai 2015

.

.


Husam akan bercakap fasal politik selepas Ramadhan

Posted: 02 Jul 2015 03:41 AM PDT

KHABAR PETANG                                                                          

Bekas Naib Presiden Pas, Husam akan bercakap soal politik selepas bulan puasa ini. Katanya sepanjang bulan puasa ini kita rihat dahulu sambil menumpukan kepada ibadah di sepanjang bulan Ramadhan ini.

"Insya-Allah selepas raya nanti kita akan berjumpa, dan bercakap soal politik seperti biasa," ujarnya ketika dihubungi.

Beliau yang sebelum ini dilaporkan sedikit uzur, sudah beransur pulih sepenuhnya. Bekas Exco Kelantan itu mengalami keuzuran sehinggakan tidak dapat menghadapi muktamar Pas yang baru lalu. Ekoran ketiadaan Husam itu kebetulan pula beliau gagal mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden timbul berbagai spekulasi mengenai beliau.



"Tiada apa-apa yang berlaku, saya masih ahli Pas dan bersama Pas. Kekalahan dalam mempertahankan jawatan adalah ujian daripada Allah s.w.t. terbaik untuk Ramadhan ini," katanya menafikan pelbagai sangkaan buruk ke atasnya.

Selain kalah mempertahankan jawatan di muktamar Pas, Husam juga tidak dilantik semula untuk memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan. Dalam penyusunan baru badan Perhubungan Pas Kelantan namanya dicicirkan terus.

Atas apa yang terjadi itu juga Husam tidak berasa dukacita dan sekali lagi takdir itu membolehkan beliau memberi tumpuan sepenuh masa kepada aktiviti kebajikan khasnya membantu mangsa banjir di Kuala Krai dan Gua Musang yang masih memerlukan bantuan khasnya dari segi penginapan dan keselesaan hidup.

Husam yang turun ke lapangan membantu mangsa banjir sejak hari pertama banjir hingga ke hari ini bersama Ngo Darul Hijrah, sebuah Ngo yang diasskannya. Selain memberi sumbangan makanan, pakaian serta keperluan lain Darul Hijrah juga turut sama membina rumah penginapan untuk mangsa bandir.

"Saya masih meneruskan tumpuan kepada membantu mangsa banjir terutamanya dalam menyiapkan kediaman sementara dan kekal buat mereka. Alhamdulilah setakat ini Darul Hijrah dapat memainkan peranan penting dalam meringankan penderitaan mangsa banjir bersama dengan Ngo dan berberapa pihak lain, dan sumbangan kecil ini juga membantu kerajaan Kelantan," katanya dengan nada ceria dan berpuas hati.

Berbalik kepada soal politik dan masa depannya dalam bidang itu, sekali Husam mengambil sikap untuk tidak memberi apa-apa komen bila ditanya mengenai sebahagian kawanya yang kalah sedang mengumpul kekuatan untuk tubuh wadah baru.

Beliau tidak mahu memberi apa-apa ulasan mengenai perkara itu dan tetap bertegas dia akan mulai bercakap politik selepas raya nanti. Yang dapat dipastikan Husam sebagai seorang politician sudah tentu tidak dapat mendiamkan diri terutama dalam melihat kesangsaraan rakyat serta kebejakan penguasan yang gagal untuk membela rakyat.

Sehubungan itu beliau mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk bersama Darul Hijrah dalam usaha membantu mangsa banjir terutama menjelang 1 Syawal. Sumbangan boleh dilakukan terus kepada akaun Darul Hijrah. [wm.kl.6:38 pm 02/07/15]


Kebebasan bersuara di Malaysia, bebas selagi tidak gugat pemerintah

Posted: 01 Jul 2015 04:52 PM PDT

SESUDAH SUBUH                                                                          

Kebebasan bersuara di negara ini masih lagi menjadi polimek dan dakwa dakwi serta tuntutan antara pihak pemerintah dengan rakyat. Pemerintah yang ditunjangi parti UBN tetap mengatakan bahawa Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara sesuai dengan apa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dalam Bahagian 2 Perkara 10, Fasal (1)(a) mengenai kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan.

Ia juga kononnya sesuai dengan prinsip demokrasi yang menjadi amalan negara ini sejak tahun 1955.

Sebaliknya di pihak rakyat terutamnya para pemuka demokrasi, pemimpin parti politik, pertubuhan awam, sosial dan sebagainya yang berjuang membela rakyat masih menafikan negara ini belum ada kebebasan bersuara sebenarnya. Suara mereka dan aktiviti sosial mereka masih dihalang dan disekat dengan pelbagai peraturan dan akta yang digubah dan perkemaskan dari masa ke semasa.



Rakyat masih belum berpuas hati dengan hak dan jaminan berpelembagaan ini.

Polimek ini berlangsung begitu panjang dan tenggelam timbul dalam suara tuntutan rakyat dan dakwaan palsu pemerintah. Dalam setiap kali sidang parlimen dan forum-forum perundangan, sering kali dibangkitkan dan ini menunjukkan apa dinamakan kebebasan bersuara itu belum dicapai sepenuhnya.

Saya tidak menolak kalau di negara ini tidak ada hak bersuara dan kebebasan bercakap langsung. Dalam Perkara 10 Bahagian 2 Fasal (1) (a),(b) dan (c) Perlembagaan Persekutuan itu menyebut dengan jelas akan hak dan ruang itu. Rakyat diberi hak dan dijamin secara bertulis. Jadi ia ada dan termaktub.

Cuma ia tidak dapat jamin sepanjang mana hayat kebebasan itu diberi. Rakyat tidak dapat menjangkakan selama mana dan sejauh mana kebebasan yang mereka kecapi. Ini kerana, apabila suara-suara mereka mulai mengugat pemerintah, tepatnya individu berkuasa dan orang berkaitan, kebebasan itu akan direntap. Mereka akan disekat dan dihalang sedemikian rupa. Penggunaan kuasa menghalang itu pula sering diguna secara sambrono.

Mereka akan dikenakan tindakan bahkan akan dipenjara. Disebalik sejemput jaminan itu berderet pula akta yang menanti mereka bukan sahaja untuk menutup mulut tetapi mengiring mereka ke dalam penjara. Akhir-akhir ini penggunaan Akta Hasutan 1948 yang sudah lapok dan usang kian rancak digunakan selepas penghapusan Akta Keselmatan Dalam Negeri (ISA), yang dijelmakan dengan nama baru SOSMA.

Pemerintah atau kerajaan negera ini sangat peka dengan kritikan dan sangat sombong untuk tidak mahu mendengar teguran dan kritikan demi awam. Bahkan teguran yang dibuat pun tidak dipedulikan, dianggap perkara biasa yang klise lebih kotor lagi dolumurkan dengan ia berniat jahat. Jadi teguran dan kritikan yang diberi menerusi ruang kebebasan palsu itu pun tidak didengari.

Adakalanya teguran dan kritikan itu dicop sebagai provokasi untuk menggugat kerajaan. Tanpa menganalisa apakah tujuan dan kebenaran disebalik kritikan itu, pemerintah terus bertindak dengan berbagai alasan yang tidak masuk akal.

Apa yang berlaku ke atas dua buah akhbar, The Edge Malaysia dan The Edge Finical Daily yang menerima suruat tunjuk sebab oleh KDN dibawah Akta Mesen Cetak dan Penerbitan 1984, semalam menunjukkan bahawa kebebasan di negara ini tidak bebas sepenuhnya dalam erti kata lain.

Kebebasan yang dijamin itu hanya sebagai pemanis mulut sahaja atau pelengkap kepada sebuah perlembagaan. Sifat kebebasan itu juga tidak beradab.

Kedua akhbar itu diberi masa tujuh hari untuk menjelaskan kenapa tindakan ke atasnya tidak boleh diambil. Kegagalan atau sekiranya pihak KDN tidak berpuas hati, kemungkinan permit akhbar berkenaan digantung atau pun dibatalkan terus.

Puncanya apa, kerana akhbar berkenaan menyiarkan laporan berterusan berhubung 1MDB yang kini dikengkang masalah. Walaupun menurut akhbar itu mereka melaporkan perihal 1MDB yang kerugian sebanyak RM42 billion itu berdasarkan sumber yang dipilih dan diteliti, tetapi mereka dikenakan tindakan. KDN langsung tidak mengambil kira kepentingan awam disebalik pendedahan isu 1MDB oleh kedua akhbar itu.

Jelas tindakan ke atas kedua akhbar itu apabila kerajaan sudah berasakan laporan itu boleh mengugat stabilitas mereka, khasnya mengugat kedudukan mereka yang berkuasa. Dalam soal ini mengugat kedudukan dan integriti  Perdana Menteri Mohd Najib Razak yang berkebetulan syarikat pelaburan strategik itu dibawah ketiaknya. Walhal, berkoyan-koyan laporan dan berita menjelaskan kononnya 1MDB tidak menghadapi masalah, untung besar dan sebagainya kebaikan lagi yang disiarkan oleh media ceteka dan eletronik "PB" kerajaan tetapi ia tidak memuaskan hati penguasa.

Kenapa, kerana segala penjelasan itu sudah tidak dipercayai rakyat lagi. Ketidak percayaan itu ialah hasil daripada "kosmetiklisasi" yang dilakukan oleh akhbar arus perdana selama ini. Jadi jalan untuk menyekat rakyat daripada mendapat maklumat mengenai isu itu ialah dengan menyekat akhbar berkenaan.

Pemimpin negara ini suka kalau rakyat mereka berada dalam gelap dan buta maklumat kerana mudah bagi mereka mengoring dan perbodohkan rakyat agar mereka terus berkuasa. Inilah polisi zaman berzaman kerajaan UBN yang ditunggaki oleh Umno.

Kalau hendak dikira, laporan mengenai 1MDB itu sangat perlu diketahui rakyat kerana perbelanjaan untuk syarikat itu adalah wang rakyat. Menjadi tanggungjawab kerajaan pula mempertahankan segala tohmahan buruk ke atas mereka itu dengan menjawab dalam akhbar yang sama, bukannya dengan mengenakan tindakan.

Jelaslah tindakan ke atas The Edge dan The Edge Finacial Daily itu menggambarkan kebebasan bersuara di negara ini bukan bersifat kekal, sebaliknya jangka hayatnya akan tamat apabila kerajaan sudah tergugat dengan sesuatu isu yang diperkatakan dan ianya boleh bertindak bila-bila masa tanpa beradab dan bersebab wajar.

Inilah kemalangan sebuah negara bernama Malaysia yang kononnya sangat menghormati kebebasan bersuara dan sedia mendengar keluhan rakyat, tetapi apa yang menjadi realiti disebaliknya. Kebebasan bersuara di negara ini bukan kebebasan mutlak tetapi ia bersifat pemanis mulut semata. Kebebasan bersuara akan disentak apabila sang penguasa sudah berasa dia tergugat.[wm.kl.7:22 am 02/07/15]

Gara-gara tindakan tidak ikut peraturan Kias kena bayar RM200 ribu

Posted: 01 Jul 2015 03:02 PM PDT

LAPORAN LEWAT                                                                                          

Che Ibrahim dapat RM200 ribu sejuk-sejuk.
Gara-gara bertindak berdasarkan sentimen politik dan enggan berunding, Kolej Islam Sultan Ismail Petra (Kias) institusi pengajian agama milik kerajaan negeri Kelantan terpaksa membayarkan RM200,000.00 kepada bekas pekerjanya Che Ibrahim Mohamed apabila diarah oleh Mahkamah Perusahaan.

Bayaran kepada Che Ibrahim Mohamed bekas Penolong Pendaftar Kias itu hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari.

Che Ibrahim sebelum ini mendakwa hilang pendapatan ekoran tindakan bekas majikannya itu, bolehlah membelanjakan wang menang kes itu sebagai perbelanjaan untuk hari raya dan bersedekah. 

Che Ibrahim yang berkhidmat dengan Kias selama 14 tahun dipecat pada tahun lalu atas alasan melanggar tatatertib. Surat pemecatan itu ditanda tangani oleh Pengerusi Kias, Mohd Amar Nik Abdullah yang juga TMB Kelantan.

Che Ibrahim tidak berpuas hati dengan pemecatan itu akhirnya membawa kesnya ke Mahkamah Perusahaan untuk mendapat keadilan. Sebelum itu Che Ibrahim cuba mencari penyelesaian secara anak beranak termasuk mengadakan perundingan dengan MB Kelantan Ahmad Yaakub, tetapi gagal.

Beliau juga sudah memberi peringatan sekiranya kesnya tidak diselesaikan dengan baik, beliau tidak ada cara lain bagi mendapat pembelaan melainkan membawa kesnya ke Mahkamah Perusahaan. 

Penghinaan terhadap Che Ibrahim yang dibuat oleh pihak tertentu menyebabkan beliau serius membawa ke itu ke mahkamah.

Arahan yang dibuat oleh Mahkamah Perusahaan itu kepada Kias menyebabkan "tidak fasal-fasal" Kias yang sudah dalam ketenatan kewangan "kerugian" sebanyak RM200 ribu.

Kes Che Ibrahim itu tidak akan terhenti disitu sahaja apabila khabarnya beliau akan mengemukakan saman malu kepada pihak-pihak tertentu berhubung tindakan menghinanya bersabit perkara itu. Arahan Mahkamah Perusahaan kepada Kias itu tentu menjadi bukti yang beliau dipihak benar.

Kita tunggulah siapakah yang akan dinamakan oleh Che Ibrahim dalam samannya itu?

Apa yang berlaku itu seharusnya diambil iktibar oleh pihak kerajaan negeri. Jangan anggap mudah untuk bertindak ke atas mana-mana pekerja yang tidak sekapala dengan kita. Sebagai sebuah kerajaan seharusnya tindakan penyelesaian terhadap Che Ibrahim itu dilakukan dengan penuh beradab dan mengikut peraturan, apa lagi kerajaan PAS Kelantan dianggap sebagai kerajaan Islam.

Tindakan ke atas Che Ibrahim itu juga bukan sahaja satu penganiyaan tetapi sikap tidak mengenang budi beliau selama ini yang dicurahkan kepada kerajaan Kelantan. Ramai yang tidak mengetahui Che Ibrahim adalah Setiausaha Jawatankuasa deraf kanun Jenayah Syariat II Kelantan, hukum Hudud yang di"wawar"kan setahun dua ini.

Sudah pasti kejayaan Che Ibrahim dalam tuntutannya itu menjadi pendorong kepada mana-mana bekas pekerja lain yang menghadapi tindakan buang kerja sama seperti Che Ibrahim untuk membawa majikan mereka ke muka pengadilan.

Di sinilah kurang cerdik dan pekanya kerajaan terutamanya pihak berkuasa di Kias sehinggakan membuka satu peluang kepada pekerja untuk menyaman mana-mana majikan atau agensi kerajaan Kelantan.

Sekiranya Ahmad Yaakub sedia untuk menerima tawaran perundingan yang dibuat oleh Che Ibrahim sudah pasti kes-kes yang memalu dan menjatuhkan maruah Kias itu dan kerajaan negeri Kelantan dapat dielakkan. [wm.kl.6:01 am 02/07/15]

Tiada ulasan: