Khamis, 9 Julai 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ust Ahmad Awang adalah aktivis Kesatuan Ulama Sedunia lebih awal dari Hj Hadi

Posted: 09 Jul 2015 09:00 AM PDT

Mufti Besar Palestin, Sheikh Hussein bersama 5 pesrta multaqa' Uklama Sedunia
menerima plaque logo Palestin sempena majlis penutupan multaqa'
1. Ramai yang tidak mengetahui bahawa Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia telah ditubuhkan sejak dua tahun yang lalu.Presidennya ialah Ust Abd Ghani Shamsudin. Manakala timbalannya ialah Ustaz Ahmad Awang.

2. Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia adalah penganjur bersama Persidangan Pembebasan Masjid al-Aqsa dan Ummat tertindas yang diadakan di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada 17-18 Mei 2014 yang turut dihadiri oleh 200 delegasi dan pembicara dari negara Mesir, Lubnan, Turki, Palestine, Indonesia, Kemboja, Iran Qatar, Syria, Thailand India dan Myanmar.Ucaptama majlis tersebut telah disampaikan oleh Presiden PAS, Hj Abd Hadi Awang dan Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, DS Anwar Ibrahim. Sila baca mengenainya di sini

3. UAA dan DSAI telah menerima jemputan ke Persidangan Kesatuan Ulama Sedunia di Turki, pada 22 Ogos 2014 lalu. Tetapi DSAI tidak dapat hadir walaupun dijadualkan untuk menyampaikan ucapannya pada persidangan tersebut. Pada persidangan inilah Hj Hadi telah dilantik menjadi Naib Ketua III kesatuan tersebut bagi menggantikan kekosongan akibat penarikan diri Pak Nur Hidayat daripada Indonesia sebagai mewakili rantau Malindo/Asia.

UAA bersama Sheikh Hussein dan tetamu khas multaqa' Dr Ali Velliyati
4. Pada 16 Mei 2015 yang lepas, UAA, Ustaz Ghani Sahamsuddin dan Cikgu Azmi Hamid dijemput sebagai mewakili Persatuan Ulama Sedunia cawangan Malaysia menghadiri satu program 'Global Convention Of Scholars For Palestine' yang berlangsung di Beirut selama seminggu. Bagaimanapun kedua-dua mereka Ustaz Ghani Sahamsuddin dan Cikgu Azmi Hamid tidak dapat hadir bersama ke program tersebut. Baca di sini

5. Pada 12 Nov 2014 , orang terkanan al-Qaradhawi, Dr Mahyudin Ali, Setiausaha Kesatuan Ulama Dunia telah datang ke Malaysia atas urusannya dengan Bank Negara Malaysia. DSAI mencuri masa Dr Mahyudin dari tugas rasminya itu dengan mengadakan majlis secara kecilan di kediamannya di Segambut pada sebelah malamnya kerana esoknya, Khamis 13 Nov 2014, DSAI akan berangkat ke Amerika Utara. DSAI menjemput "office bearers" Kesatuan Ulama Dunia Cawangan Malaysia. Hj Hadi juga turut dijemput, tapi beliau tidak hadir.

5. Pada hari Jumaat 14, Nov 2014, Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia mengambil kesempatan menjemput Dr Mahyudin Ali untuk merasmikan penubuhannya di pejabat MAPIM di Kampung Baru Kuala Lumpur. TGHH juga telah dijemput atas kapasitinya sebagai Naib Ketua III namun sekali lagi, Hj Hadi tidak hadir...

6. Hj Hadi gagal hadir pada majlis di rumah Anwar itu kerana menurut menantu Hj Hadi yang dimaklumkan kepada UAA, dia terpaksa menghadiri satu program di tempat lain.

7. Tetapi sewaktu UAA dan Fawaz berbual-bual dengan Dr Mahyudin Ali, mereka terkejut apabila Dr Mahyudin berkata, beliau dimaklumkan oleh menantu Hj Hadi yang kononnya Hj Hadi sedang bermusafir , yakni berada di luar negara. (Bercanggah dengan perkara 6).

Ustaz Ahmad Awang, walaupun telah lebih awal terlibat dengan Kesatuan Ulama Sedunia ini berbanding dengan orang lain di Malaysia, (tak mahu sebut nama...hahahaha) beliau tidak pulak nak heboh sangat  macam orang lain.

UAA telah berjaya mengadakan Persidangan Antara Bangsa mengenai Pembebasan Masjid al-Aqsa dan Ummat tertindas yang diadakan di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada 17-18 Mei 2014, walaupun tanpa menggunakan gambar al-Qaradhawi pada iklannya dan tanpa menggunakan perbelanjaan besar sampai mencecah RM1 juta macam yang orang Marang buat....

Saya paparkan cerita ini sekadar untuk memberi pencerahan mengenai wujudnya Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia dan mendedahkan aktivitinya dalam menganjurkan Persidangan Pembebasan Masjid al-Aqsa dan Ummat tertindas.

Penceramah Bebas Popular Ingkar Arahan Mahkamah Syariah

Posted: 09 Jul 2015 07:00 AM PDT


Muslimat Kelantan yang akan menghadiri Kuliah Bulanan Wanita di Dewan Besar Balai Islam Lundang yang bakal diadakan pada malam ini nanti tentu akan berasa keciwa kerana terlepas peluang untuk mendengar tips resipi kebahagiaan rumahtangga daripada Ust Halim Din, ustaz selebriti Tanyalah Ustaz TV9.


Dalam TV bukan main lagi bagi resipi kebahagiaan
rumahtangga tapi luar TV pukul bini.. - Rosly Yusuf
Nama Ust Halim Din telah di gugurkan dari program tajaan kerajaan negeri Kelantan setelah beberapa bukti kejahatannya di serahkan kepada pihak penganjur program tersebut. 

Malah TV9 sendiri telah menyiarkan kisah jahat ustaz tersebut dalam berita TV9 jam 8 malam tadi. Ia mengisahkan seorang wanita menuntut bekas suaminya yang juga penceramah bebas popular mengembalikan anak sulungnya. Vdonya di sini

Sangat mudah mengetahui seperti apa cerminan diri Anda.... 
"Seorang mukmin cerminan dari saudaranya yang mukmin"
 - maksud sabda Nabi. Hj Hadi 
hendaknya memperhatikan
siapa yang dia jadikan teman ....
Menurut mangsa Rosilah Mohamad, kali terakhir beliau bertemu dengan anaknya ialah pada akhir Disember lalu selepas didatangi tiga lelaki termasuk bekas suaminya memaksa beliau menyerahkan anak mereka untuk dilarikan buat kali ketiga ~sumber


Catatan : Kredit untuk Rosly Yusuf

PAS tidak dapat diselamatkan lagi.

Posted: 09 Jul 2015 03:00 AM PDT

OLEH ANISAH SHUKRY


Apabila Muktamar Tahunan meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas, ketidakadilan keputusan itu menyebabkan anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor, Faiz Fadzil, 38, mula bersuara.

Faiz, seorang peguam, pada hari itu mempersoalkan pengerusi muktamar tentang alasan PAS - parti yang disebut-sebut memperjuangkan idea Islam - menafikan hak perwakilan membahaskan topik begitu penting.

 "Saya marah pada hari itu. Sebagai peguam dan anak yang dibesarkan dengan berpegang kepada prinsip-prinsip Islam, saya tak dapat terima mereka menafikan hak asasi kami untuk bersuara.

 "Jadi saya lawan mereka, mereka yang mendakwa berjuang melawan kerajaan yang menentang demokrasi, tetapi melakukan perkara yang sama," kata Faiz dalam wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.

Namun gesaannya tidak didengari, usul diluluskan dan selepas sebulan, seluruh negara menyaksikan parti terbesar Islam negara itu mula berantakan.

 Bagi Faiz, muktamar baru-baru ini menandakan kematian visi PAS yang diilhamkan ayahandanya - daripada halangan bercakap terhadap perwakilan sehinggalah kepada kempen memburukkan sesama sendiri yang menyaksikan satu puak mengawal keseluruhan parti.

 Ia membuka matanya kepada hakikat PAS sebagai sebuah parti inklusif yang berjaya memenangi sokongan dan penghormatan orang Islam dan bukan Islam - kini tidak dapat diselamatkan lagi. 

 Sebaliknya, PAS hanya merupakan bayang-bayang silam masa lampaunya yang gemilang, terkekang dalam retorik ucapan, dan jauh dari realiti politik dan keperluan rakyat, kata Faiz.

 Dan ini dapat dirasai semua ahli PAS kerana barisan kepimpinan baharu pro konservatif mengambil alih parti menerusi cara yang tidak demokratik, katanya.

 Ia termasuklah berkempen menerusi kuliah agama, memfitnah golongan progresif sebagai "liberal", "anti-hudud" dan "agen DAP"; mempunyai sokongan media milik Umno, dan mengedarkan 'cai' kepada perwakilan sebelum mengundi.

 Namun semua kempen ini selama sebulan menyaksikan tiada satu perkara baru pun terbit dari barisan kepimpinan baru yang disanjung-sanjung selama ini, kata Faiz.

 "Ia tiada hala tuju, idea segar dan kebanyakan cawangan tidak berfungsi - sama ada mereka memberontak atau hilang arah. Dan Pakatan Rakyat, PAS kini terumbang-ambing. Tiada siapa yang tahu situasi terkini parti."

 Kecewa dengan wajah parti yang satu masa dahulu dipimpin ayahnya, Faiz kini menyangkutkan harapannya pada satu parti baru yang diusahakan kumpulan G18 - kumpulan pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan bulan lepas.

 "PAS kini tidak dapat diselamatkan lagi. Kita perlukan parti baru bagi mengisi lompang yang ditinggalkan PAS dalam Pakatan Rakyat, dan menyelamatkan ahli-ahli PAS yang putus harap dengan parti.

 "Ia akan menjadi parti buat pengundi yang menyokong prinsip-prinsip Islam, kerana kita sekarang tidak dapat berharap kepada pemimpin PAS melawan Umno.

 "Ia akan menjadi berpaksikan prinsip-prinsip pentadbiran berasaskan Islam, tetapi tidak seperti PAS, ia berpijak di bumi nyata."

 Beliau tidak merasakan meninggalkan PAS mengkhianati warisan ayahnya. Sebaliknya, PAS yang sebenarnya mengkhianati pemimpinnya yang terdahulu dan nama Islam, katanya. Contohnya, ahli-ahli PAS kini menyebut-nyebut istilah Arab 'wala', yang bermaksud taat kepada pemimpin, bagi mengutuk pemimpin progresif yang kritikal terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 "Tapi masa ayah saya, anda tak akan dengar pun istilah "wala" digunakan bagi merujuk kepada pemimpin kami. Semua orang boleh mengkritiknya, dan beliau sebaliknya perlu menjelaskan tindakannya kepada ahli."

 Menurut Faiz istilah itu tiba-tiba popular tahun lalu bagi meraih sokongan di kalangan ahli bagi menyokong Hadi yang membangkang keputusan PKR dan DAP mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

 Menurutnya, ketaksuban pemimpin PAS dengan hudud kini terpesong, memandangkan perbincangan tentang undang-undang jenayah Islam itu sia-sia kerana rintangan perundangan dan sosial yang begitu banyak.

 Menurut Faiz, PAS masuk perangkap Umno dengan memperjuangkan hudud sekali gus menjauhkan sekutunya DAP dan PKR, yang kedua-duanya mempunyai hak mengkritik cita-cita parti Islam itu.

 "Semua ini agenda Umno selepas mereka hilang majoriti dua pertiga buat pertama kali pada tahun 2008. Mereka dapati menyasarkan PAS adalah strategi paling ampuh bagi memecahkan PR," kata Faiz.

 Parti Islam baru ini kata Faiz tidak akan terlalu idealistik mahupun naif seperti PAS.

 "Kita tidak akan hanya bercakap tentang prinsip-prinsip Islam tetapi membuktikannya. Parti baru ini akan realistik, berdaya saing, dan memperjuangkan hak rakyat. 

 "Ia juga akan benar-benar fokus kepada mengambil alih Putrajaya. Kerana tiada hunanya menjadi parti berasaskan Islam jika tiada kuasa berbuat apa-apa. Lebih baik jadi satu NGO Islam sahaja," katanya.

 Bagaimanapun, Faiz kurang berminat dengan kuasa dan mahu berada di belakang tabir pembentukan parti baru itu asalkan G18 terus memimpin berlandaskan prinsip-prinsip Islam.

 Namun jika mereka tersasar, beliau juga tidak akan teragak-agak bersuara, seperti dilakukannya sebulan lalu. –  Julai, 2015. - themalaysianinsider

Imej PM Najib semakin merosot akibat dakwaan WSJ

Posted: 09 Jul 2015 12:05 AM PDT

Ku sangkan panas hingga ke petang...
rupanya hujan ditengahari - mungkin
itulah bisikan hati kecil PM Najib.
KUALA LUMPUR, 9 Julai - Imej Datuk Seri Najib Razak semakin merosot ekoran dari laporan Wall Street Journal yang mendakwa beliau menerima dana daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah ketara, dengan kaji selidik Twitter menunjukkan rakyat Malaysia secara menyeluruh negatif terhadap Perdana Menteri disebabkan berita tersebut.

 Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik media sosial Politweet, lapan dalam 10 pengguna Twitter membincangkan dakwaan yang disiarkan dalam WSJ adalah secara terang-terangan mengkritik Perdana Menteri.

 Merisaukan juga bagi mereka yang mengendalikan persona awam Najib adalah kurang daripada 6 peratus daripada mereka yang percaya bahawa Perdana Menteri telah secara palsu didakwa menerima AS $ 700 juta dalam dana 1MDB melalui akaun bank peribadinya.

 "Penerimaan segera terhadap dakwaan oleh Wall Street Journal menunjukkan rasa hormat dan kepercayaan kepada PM adalah pada tahap yang rendah.

 "Pengkritik PM menunjukkan cara berfikir 'bersalah sehingga dibuktikan bersalah' apabila tuduhan terhadapnya dan kenyataan mempertahankan beliau," kata Politweet.

 Jawapan neutral adalah lebih tinggi sedikit daripada yang positif, dengan 8.67 peratus daripada pengguna mengatakan mereka mahu melihat siasatan sebelum membuat kesimpulan pada Najib.

 Permintaan supaya Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri juga didapati daya tarikan di kalangan pengguna yang dikaji, dengan lebih daripada satu pertiga daripada pengguna menyatakan pendapat ini sama ada secara am atau secara langsung kepadanya melalui akaun Twitter beliau.

 Permintaan tinggi untuk Najib berundur lantaran tiada langsung penafian mengenai kewujudan akaun bank yang dikaitkan kepadanya oleh WSJ atau bahawa sesungguhnya dana tersebut didepositkan ke dalam akaun-akaun ini dan kegagalan untuk menyaman akhbar itu atas dakwaannya.

 Seperti kajian sebelumnya oleh Politweet, majoriti komen-komen negatif tentang Najib - lebih dua pertiga - ditulis dalam Bahasa Malaysia.

 "Kesan yang kita dapat ialah walaupun jika dakwaan WSJ terbukti tidak benar, sudah ada sentimen negatif yang semakin meningkat terhadap PM kerana isu-isu lain," Politweet selanjutnya.

 Hasil kaji selidik itu meniru sentimen yang disuarakan oleh pemenang anugerah penulis Forbes Chris Wright yang minggu ini berkata, bersalah atau sebaliknya, Najib akan menghadapi lebih banyak cabaran untuk mempertahankan kedudukannya ekoran pendedahan WSJ itu. 

 Dalam satu laporan Jumaat lepas, WSJ mendakwa jejak wang menunjukkan bahawa AS $ 700 juta telah bergerak antara agensi-agensi kerajaan, bank-bank dan syarikat-syarikat sebelum ia berakhir di akaun peribadi Najib.

 Satu pasukan petugas khas yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasat 1MDB dan dakwaan yang dibuat oleh WSJ.

 Pasukan penyiasat ini minggu ini membeku enam akaun bank dan merampas lebih 17 dokumen dikatakan jejak wang tersebut, tetapi semalam berkata bahawa semua ini tiada kaitan dengan Najib.

 Ia juga menyerbu pejabat 1MDB di Jalan Sultan Ismail semalam.

 Najib telah menafikan mengambil dana dari 1MDB untuk "kepentingan peribadi" dan peguamnya telah meminta WSJ menyatakan samada akhbar itu menuduh Perdana Menteri menyalahgunakan dana.

 Selain daripada pasukan petugas khas, 1MDB juga disiasat oleh Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Awam Parlimen.

 Politweet mengkaji catatan dari 600 pengguna Twitter di antara 3  dan 5 Julai untuk kaji selidik bagi mengukur reaksi orang ramai keatas laporan WSJ yang itu. - sumber

Siasatan 1MDB 'kelakar', PM mesti berundur kata bekas menteri

Posted: 08 Jul 2015 09:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Julai - Datuk Zaid Ibrahim hari ini mempersendakan siasatan kerajaan terhadap dakwaan bahawa USD 700 juta (RM2.6 bilion) telah disalahgunakan ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak, dengan mengatakan bahawa ia hanya berkesan jika Perdana Menteri mengosongkan kedudukannya.

 Dalam satu siri tweets pendek , bekas menteri Umno itu menyebut bahawa penyiasatan oleh pasukan petugas khas mengenai pergerakan dana yang dikatakan telah dibuat melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB) - akan berakhir sia-sia selagi Najib masih dengan kedudukannya.

"Siasatan ini adalah jenaka. Satu siasatan yang betul memerlukan: PM berundur dan TS Muhyiddin mengambil alih. Zeti juga dan timbalannya mengambil alih," katanya, merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bank Negara Malaysia (BNM) Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. 

 "Tetapi jika kita inginkan sarkis ini akan menjadi agak menghiburkan," katanya dalam tweet berikutnya.

 Terdahulu hari ini, pasukan petugas itu, yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyerbu pejabat 1MDB di Kuala Lumpur, dengan syarikat-syarikat milik kerajaan yang mengesahkan bahawa beberapa dokumen telah dirampas oleh penyiasat .

 Pasukan petugas itu sebelum ini telah menyerbu tiga syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB atas pemindahan dana yang dikatakan - SRC International, Ihsan Perdana Sdn Bhd dan Gandingan Mentari Sdn Bhd.  sumber

PM Najib - Harapan berkecai dan terburai bila pakar sahkan benar!

Posted: 08 Jul 2015 05:18 PM PDT

Najib sudah tentu bersemangat tinggi untuk menyaman akhbar WSJ bila ada pakar bank yang mengesahkan bahawa dokumen yang dihebahkan WSJ itu adalah palsu dan telah diedit untuk memfitnahnya. Najib dan Rosmah berjoget kegembiraan bila membaca berita berikut :
Ketua Kumpulan Perbankan Islam CIMB, Badlisyah Abdul Ghani mendakwa Dokumen Akaun Disiar WSJ Palsu.
Dokumen yang disiarkan Wall Street Journal kononnya sebagai akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak rupa-rupanya adalah palsu dan diubah suai bagi memfitnah kepimpinan negara.
Beliau menggesa WSJ menarik balik tuduhan dan memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Baca beritanya di sini.
Sudah barang tentu Najib sedang ternanti-nantikan surat permohonan maaf dari WSJ .... 

Tapi malang sekali bagi Najib. Harapannya berkecai dan terburai bila dia terbaca laporan mengenai pakar tersebut yang telah mengaku membuat beberapa kesilapan dalam analisisnya terhadap dokumen yang memperincikan dakwaan pemindahan hampir AS$700 juta kepada akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
 "Saya juga ingin mengakui bahawa saya telah membuat kesilapan dalam catatan saya berkenaan dengan analisis saya ke atas pelbagai kod Swift.
 "Kesilapan itu telah ditunjukkan dengan betul oleh satu laporan Malaysiakini berhubung perkara itu, dan saya juga telah membuat pembetulan pada laman Facebook saya," kata Badlisyah dalam kenyataan akhbar.
Badalisyah menambah bahawa ia adalah pandangan peribadinya yang tidak mewakili orang lain atau mana-mana organisasi. 
 Maknanya, pakar tersebut mengesahkan bahawa dokumen yang didedahkan oleh WSJ itu adalah benar, melainkan yang benar adanya ......Baca seterusnya di sini

Tiada ulasan: