Isnin, 6 Julai 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


DAP diminta jangan pancing ahli PAS, tunggu wadah baharu

Posted: 06 Jul 2015 03:00 AM PDT

Tindakan DAP memancing dan menerima kemasukan bekas ahli PAS ke dalam parti mereka tidak disenangi sesetengah pemimpin parti Islam itu yang mahu menubuhkan wadah baharu politik Malaysia, kerana ia dianggap menganggu proses itu.

 Namun begitu, ada yang berfikiran positif dengan tindakan DAP itu, menganggap perkara itu terjadi akibat kekesalan yang dirasai sebahagian ahli terhadap apa yang berlaku dalam PAS baru-baru ini.

 Calon presiden PAS dalam muktamar tahunan PAS ke-61 baru-baru ini, Ahmad Awang berkata, DAP tidak wajar memancing ahli PAS untuk menyertai mereka kerana ia boleh menganggu proses penubuhan wadah baharu yang sedang diusahakan sekarang.

 "DAP tahu kita sedang usahakan wadah baharu itu, jadi tidak perlulah memancing ahli PAS menyertai mereka.

 "Jika DAP buat macam ini dan ada yang masuk, maka orang akan kata sahlah memang DAP terlibat dalam kekecohan PAS selama ini," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

 Bagi Ahmad yang memainkan peranan penting dalam penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak selepas pilihan raya umum (PRU) 2008 lalu, DAP dan ahli PAS perlu bersabar sekejap sehingga wadah baharu itu ditubuhkan kerana ia akan bekerjasama dengan parti sekular itu juga.

 "Bukan lambat (bertindak). Banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum wadah baharu ini dibentuk.

 "Antaranya, apa kedudukan aset yang misalnya diletakkan atas nama pemimpin yang mahu menyertai wadah baru ini? Ini semua perlu diselesaikan," kata Ahmad. - baca lagi di sini

Salahuddin Ayub : Jangan tunggu lama-lama ...lama-lama...

Posted: 06 Jul 2015 12:00 AM PDT

Jangan lama-lama terkancing gigi lak!
Bos saya, Haji Salahuddin Ayub mantan Naib Presiden PAS yang sebelum ini juga sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat masih ditagih keputusan yang bakal dibuatnya.

 Semua maklum beliau akan hanya membuat keputusan tawaran sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat lantikan kerana beliau telah tewas Muktamar Tahunan sebelum ini.

 Pengalaman saya yang mengenali beliau lebih sepuluh tahun dahulu, agak susah 'membaca' sikap sebenarnya kerana beliau seorang yang begitu teliti dalam banyak keadaan.

 Dahulu sebelum mengenalinya dengan lebih dekat, saya adalah 'pemandunya' di sekitar Perak jika beliau akan berceramah di sini selepas turun daripada Terminal Bas.

 Semasa itu saya sebagai Setiausaha Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, saya cukup rapat dengan beliau yang banyak bersikap pendiam walaupun sebelum menjadi Ahli Parlimen.

 Cubaan kali ketiga barulah saya diterima menjadi Pegawai sepenuh masa dengan Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai Penolong Pegawai Tadbir Perhubungan Awam dan Media.

 Pada awalnya beliau menjadi Ketua Pemuda pada tahun 2005, saya sudah cuba memohon kerja sebagai Setiausaha Kerja PASTI Pusat tetapi gagal ketika itu.

 Percubaan kedua pula selepas setahunnya memohon sebagai Setiausaha Kerja Pemuda Pusat juga gagal, tetapi selepas lebih tiga bulan barulah diterima ketika itu.

Saya turun ke bidang politik di Universiti Politik di lembah kota raya yang memerlukan tindakan pro aktif dan segera kerana banyak perkara yang perlu kepekaan kita.

 Berdasarkan watak dan keterampilan bos saya yang sentiasa dilihat di Parlimen sebagai seorang 'Negarawan' dan sentiasa peka dengan usul-usulnya memerlukan sokongan.

 Sebagai Pegawai Khasnya, saya sentiasa mengambil peluang berbincang dan bertukar-tukar pandangan tentang setiap isu yang ingin dibawa dan disentuh.

Banyak perkara yang saya belajar dengan beliau erti sebagai seorang Ahli Politik yang setiap minit dinilai oleh masyarakat di sekeliling kita.9 Pelbagai peluang yang saya perolehi dengan pengenalan bos dengan setiap orang yang ditemuinya dan cuba memahami seni politiknya yang sentiasa peka setiap masa.

 Pada masa ini satu keputusan besar yang beliau umumkan akan dibuat selepas Hari Raya nanti, ramai pihak yang bertanya saya apakah pendirian bos saya itu.

 Terus terang yang saya katakan, bab politik dalaman bos saya amat kurang dapat difahami oleh saya sendiri dan beliau jarang membincangkannya dengan saya secara terbuka.

 Tetapi saya yakin dan percaya, beliau telah bersedia menetapkan 'jalan' politiknya di masa hadapan dan beliau bukan seorang yang mudah bersikap 'berpatah balik'.

 Bagi saya, mungkin saya dan bos saya serta rakan-rakan kami akan menetapkan hala tuju politik masing-masing selepas Hari Raya ini tidak kira apa yang akan berlaku.

 Saya akan terus menghormati bos saya kerana beliau adalah guru politik saya dan banyak pengalaman bersama yang saya kutip daripada beliau sehingga keadaan yang ada ini.

 Saya ucapkan selamat maju jaya kepada bos dan doakan agar beliau diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus berada di pentas politik yang amat memerlukan beliau. Ameen! ~ Safarizal Saleh.

Kalau dia tak keluar, dia mati atau saya mati!

Posted: 05 Jul 2015 09:13 PM PDT

Inilah panggilan berjihad kononnya demi mempertahankan Islam dan kedudukan orang Melayu.

Tetapi apa yang disebaliknya adalah lebih bermotifkan untuk mempertahankan kedudukan Umno, MB Khaled Nordin yang mereka anggap telah terancam hanya dengan kedatangan LKS masuk ke kawasannya di Masai Johor.

Beginilah pemikiran Umno mendokrinkan penyokong dan pentaksub mereka dengan melabelkan DAP sebagai kominis. Fahaman sebegini juga telah menular ke dalam PAS sehinggakan pemimpin seperti Ustaz Ahmad Awang dan Mat Sabu juga digelar sebagai alat atau boneka komins DAP.

Adakah mereka anggap DAP yang menyebabkan kerajaan Malaysia kerugian berbillion ringgit dalam pelaburan 1MBD? Adakah DAP yang melakukan skandal jual beli tanah Tabung Haji? Siapakah pengkhianat sebenarnya yang menyonglap hasil mahsul negara ini sebenarnya? 

Akibat fahaman rasias yang begitu tebal maka berlakulah perkara yang sangat memalukan  sebegini. Berita dikutip dari fesbuk :


Satu majlis perjumpaan bersama DAP di sebuah kedai kopi di Masai, Johor bertukar kecoh apabila diserang sekumpulan orang yang mahu menghalang Lim Kit Siang berucap.

 Sejurus selepas acara bermula kira-kira jam 2 petang, kira-kira 50 orang menyerbu masuk ke premis berkenaan dan mula membaling beberapa objek, termasuk cawan, mangkuk plastik dan penyapu ke arah Lim. 

Saksi berkata, Lim tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi nasib tidak begitu baik untuk beberapa individu yang melindungi Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

 Katanya, kumpulan yang menyerbu kedai itu juga menjerit pelbagai kata-kata, seperti "Balik Kit Siang", "babi", "komunis" dan "mampus".

 Ada beberapa anggota polis di tempat kejadian tetapi didakwa mereka gagal mengawal keadaan. Kekecohan itu hanya berakhir kira-kira 30 minit kemudian selepas penganjur majlis mengiringi Lim meninggalkan lokasi berkenaan.

 Pada asalnya, majlis itu adalah sesi dialog DAP dengan komuniti Sabah dan Sarawak di Johor.

 Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang turut hadir di situ berkata, dia mengenali sebahagian daripada orang yang menimbulkan kekecohan itu adalah pemimpin Umno Pasir Gudang.~ Azi Nang


DTMJ : Program Sembang Kedai Kopi ini tidak menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang negara. DAPSY Johor mendesak pihak Polis DiRaja Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan berbaju merah ini. 

Mereka melempar ugutan sehingga mengeluarkan perkataan "Kalau dia tak keluar, dia mati atau saya mati". 

Apakah pihak PDRM Johor akan terus berdiam diri dan mengamalkan dua set undang-undang? 

Sekalipun UMNO Johor dan sekutu mereka tidak bersetuju dengan penganjuran program ini, mereka sepatutnya mengadakan satu himpunan membantah secara aman. 

Bukannya menonjolkan aksi penuh samseng ini.

 Insiden ganas melampau ini berlaku di kawasan di dalam DUN Permas, iaitu kawasan DUN Menteri Besar, YAB Dato' Seri Khaled Nordin. Malahan, YAB Khaled Nordin juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. 

Maka, Khaled Nordin bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden ini. 

DAPSY Johor dengan ini mendesak Khaled Nordin dan UMNO Johor untuk memberikan penjelasan berhubung perkara ini.

 Bagaimanakah kumpulan baju merah ini boleh mengeluarkan fatwa Jihad memerangi DAP? Adakah ini contoh akhlak Islam yang ingin ditonjolkan oleh UMNO Johor dan Khaled Nordin. 

Menjerit dan memaki hamun serta mencarut di dalam bulan yang penuh keberkatan, Ramadhan Al Mubarak. 

DAPSY Johor ingin menasihatkan Khaled Nordin dan UMNO Johor agar tidak mencemari bulan Ramadhan ini dengan keganasan atas nama politik dan menyuburkan amalan perkauman di negeri ini.

Kenyataan bersama
Ee Chin Li Ketua DAPSY Johor 
Lu Yong Suh Setiausaha DAPSY Johor 
Ahmad Anwar Asyraf Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY Johor

Tiada ulasan: