Jumaat, 31 Julai 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Rakyat Johor bantah Najib

Posted: 31 Jul 2015 07:00 AM PDT

Najib didesak letak jawatan kerana rakyat 
telah hilang kepercayaan terhadannya
 Pemberontakan akar umbi Umno bermula di Selatan tanah air pada ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang ke Pagoh hari ini selepas tiga pemimpin sayap bahagian di Johor mengumumkan peletakan jawatan mereka.

 Dua ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Tenggara hari ini meletakkan jawatan mereka susulan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Razak selepas tindakan drastiknya memecat Muhyiddin daripada Kabinet pada Selasa lalu.

 "Peletakan jawatan ini kerana saya melihat perjuangan kepimpinan tertinggi pada hari ini terpesong jauh daripada perjuangan asal pemimpin-pemimpin terdahulu.

 "Kes pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet juga menyaksikan yang bercakap benar itu dicantas, yang membela rakyat akan dipecat," kata AJK Pemuda Umno Bahagian Tenggara Asrul Esreen Mohd Salleh dalam satu kenyataan menerusi Whatsapp hari ini.

 Dalam kenyataan bersama itu, seorang lagi AJK daripada bahagian sama, Saiful Zakry Ripin juga mengumumkan peletakan jawatan daripada sayap parti tersebut.

 Asrul membidas tindakan ke atas Muhyiddin sebagai pengkhianatan kepada perjuangan Umno yang sepatutnya mendengar keluhan rakyat.

 "Perkara yang berlaku ini sangat ketara untuk rakyat seperti saya berasa pengkhianatan kepada bangsa saya, agama dan parti saya.

 "Ini tidak sehaluan dengan perjuangan saya dan perjuangan pemimpin terdahulu, kepimpinan sekarang tidak banyak mendengar keluhan rakyat," katanya.

 Sementara itu, seorang lagi pemimpin sayap, Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Tebrau Suriyani Subar juga sudah meletakan jawatan pada 13 Julai lalu. Surat peletakan tersebut sudah dihantar kepada Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Sementara itu, sumber memberitahu bakal terdapat lagi pemimpin akar umbi dari Johor khususnya daripada sayap parti yang bakal mengikut jejak sama.

 Difahamkan, mereka tidak berpuas hati dengan cara layanan presiden terhadap Muhyiddin, pemimpin nombor 2 parti yang berasal dari Johor itu.

 "Ini maruah orang Johor, bagaimana boleh seorang pemimpin nombor dua diberikan layanan begitu.

 "Ramai lagi yang akan meletak jawatan, terutamanya daripada Johor," kata sumber Umno Johor itu. - Baca lagi di sini

Undi tidak percaya : PAS masih terkial-kial, tidak ada pendirian yang tegas

Posted: 31 Jul 2015 04:00 AM PDT

Ramai yang beranggapan, pembentukan semula Kabinet oleh DS Najib Tun Razak hanyalah tindakan nekad semata-mata untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari terjebak ke dalam skandal 1MBD. 

Tapi bagi Presiden PAS Hj Hadi secara 'tidak langsung' telah menyatakan sokongannya terhadap tindakan DS Najib yang menurutnya adalah bertujuan mahu menyelesaikan masalah negara yang sedang dilanda masalah (kemelut 1MBDB).

Malang sekali kerana Hj Hadi memandang sinis dan menyindir terhadap tindakan pihak pembangkang yang terdiri dari Pakatan Rakyat 2.0 yang sedang berura-ura untuk membentang undi tidak percaya terhadap Najib dan mencadangkan 'Kerajaan Transisi'.

Hj Hadi yang sekadar menyatakan apa yang semua orang kampung pun telah sedia tahu bahawa 'Undi Tidak Percaya ' boleh dilakukan oleh mana-mana negara yg mengamalkan sistem Demokrasi. 



 Tetapi kenapa Hj Hadi enggan menyatakan sokongannya terhadap langkah Pakatan Rakyat 2.0 untuk membawa usul tidak percaya terhadap Najib? 

Rupa-rupanya sikap 'muzabzab' Hj Hadi tidaklah sesia begitu sahaja. 

Tahniahlah kepada Hj Hadi sebab petang tadi DS Najib Razak memuji sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendapat barisan Kabinet baharu selepas rombakan perlu diberi peluang menyelesaikan masalah negara sebelum undi tidak percaya diusulkan. Takbirlah para wala'un sekalian! Baca di sini 

  PAS sepatutnya bermesyuarat untuk mengambil sikap dan pendirian terhadap perkembangan negara yang terkini. Kesian melihatkan PAS yang masih lagi terkial-kial tidak tahu untuk menyatakan pendiriannya. Mungkin tunggu selepas menyambut Hari Raya Korban nanti.....

 Haji Hadi jelas semakin menjauhkan PAS dari kumpulan pembangkang dan lebih menyantuni Umno/BN.

 Hj Hadi kata, "PAS bukan parti yang berebut kuasa. PAS ialah parti yang nak menunaikan amanah! Itu membela rakyat! Kita tak rebut kuasa!" 

Hoi! Tuan Haji, apasal PAS menyertai pilhanraya selama ini kalau tidak mahu rebut kuasa? 

Bagaimana nak tunaikan amanah dan membela rakyat kalau kamu terus bersimpati dan mesra dengan parti yang zalim dan senantiasa menindas rakyat?

Sekadar untuk renungan kita bersama, saya mengajak kalian merenungi sejenak firman Allah di dalam al-Qur'an bermaksud : 

1) "Mereka berkeadaan 'muzabzab' (tidak mempunyai pendirian) antara (iman dan kufur), mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula kepada golongan (yang beriman), dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka kamu (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan bagi menyelamatkannya".(QS an-Nisa': 143) 

Jangan jadi golongan muzabzab ini yang dicela oleh Allah... mereka mengambil jalan tengah seolah-olah sikap mereka adalah betul... dalam hal berpolitik dan menyertai jema'ah Islam...

2) Surah Al-Nisa 123 " Ya ayyuhalladzina amanu kunu qawwamina bi al qisthi syuhada-a lillah… (Wahai orang-orang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar jadi penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah …)

Berikut adalah transkrip wawancara bersama Hj Hadi yang masih tidak tahu nak bertindak selain hanya tunggu dan lihat dulu. 

Soalan : Golongan …..negara di parlimen ..terhadap perdana menteri (tak jelas) 

Hj Hadi : Itu salah satu proses demokrasi. Biasa dalam Negara yg mengamalkan demokrasi boleh dibuat undi kepercayaan di parlimen melalui Dewan Negeri boleh dibuat. Dan melalui pilihanraya boleh dibuat. Itu proses demokrasilah… 

Soalan : (tak jelas) 

Hj Hadi : Itu kita lihat dulu. Kita lihat kewajaran untuk bertindak. Kita akan kaji. 

Soalan : Dilihat dari aspek macam mana Datuk? 

Hj Hadi : Ya? 

Soalan : Lihat atas faktor apa untuk buat …? 

Hj Hadi : Ha? Kita melihat keperluannya sekarang ni, dilanda masalah2 negara. Kita lihat kabinet baru ni yang baru ni… dia nak selesai parlimen dalam masalah negara ni…kita lihat dahulu….lihat dulu. Dan PAS bukan parti yang berebut kuasa. PAS ialah parti yang nak menunaikan amanah! Itu membela rakyat! Kita tak rebut kuasa!

Governor Bank Negara menjadi sasaran seterusnya

Posted: 31 Jul 2015 01:31 AM PDT

Asia Sentinel pada semalam telah melaporkan isteri perdana menteri, Rosmah Mansur sedang merangka perancangan untuk menyingkirkan Zeti Akhtar Aziz dari posisi gabenor bank negara. Maklumat katanya didapati dari sumber berpengaruh yang berpengkalan di Kuala Lumpur.

 Laporan tersebut menyebut ;

1. Rosmah marah dengan kebocoran maklumat berkenaan account banknya dan mengenai kemasukkan wang ke dalam account peribadinya. 

2. Sekaligus cakap2 mengenai gaya hidup dan perbelanjaan mewahnya menjadi sasaran rakyat dan menjejaskan persepsi terhadap pentadbiran Najib. 

3. Susulan dari penyebaran tersebut, Rosmah telah mengarahkan Zeti untuk menyiasat dan memaklumkan padanya pihak yang mendedahkan maklumat peribadi account banknya atau meletak jawatan dalam masa 72 jam. 

4. Zeti enggan melayan permintaan Rosmah dan sejak itu Zeti dijadikan target untuk dijatuhkan. 

5. Selain itu, isu mengenai siasatan 1MDB juga menjadi antara punca kenapa Zeti perlu disingkirkan menurut sumber. 

6. Ini kerana Zeti akan menyerahkan semua bukti berkaitan perbankan dan transaksi2 yang melibatkan syarikat2 yang berkaitan dengan pelaburan 1MDB kepada pasukan khas. Zeti dikatakan akan memberikan kerjasama penuh kepada pasukan khas. Walaupun Zeti tidak mendedahkan sebarang maklumat kepada media. 

7. Perkara inilah yang merisaukan pentadbiran Najib memandangkan Zeti tidak boleh dipecat sewenang2nya apatah lagi tidak pula Zeti mahu berkompromi dengan sesiapa demi pertahankan kedudukannya. 

8. Pada tahun 2009, Najib meluluskan satu usul yang mana bank negara dikecualikan dari terlibat dengan sebarang tekanan/pengaruh politik ini termasuklan soal perlantikan ke atas jawatan tertinggi. 

9. Cadangan ini dikemukakan oleh Zeti atas alasan bagi memastikan bank negara bersikap telus dan bebas dari sebarang unsur2 politism dalam mengambil atau membuat sebarang keputusan. 

10. Jawatan gabenor bank negara hanya boleh dipecat, ditukar atau dilantik oleh agung semata2nya. 

11. Agong (dari Kedah) dilaporkan berkata kepada Mahathir bahawa dia bersikap berkecuali dan tidak mahu melibatkan diri dan biarkan undang2 menjalankan prosesnya. 

12. Selepas seketika muncul satu blog yang memaparkan artikel kononnya Zeti terlibat dalam skandal. Dipercayai berkaitan Rosmah Mansur. 

13. Blog tersebut menamakan Zeti telah menggunakan kedudukannya untuk memperolehi tender berkaitan kementerian pendidikan mengenai pembekalan air. Tender tersebut diserahkan kepada syarikat yang berkaitan suami dan anak2 Zeti. 

14. Selain itu, dilaporkan suami Zeti telah memperolehi komisen yang sangat tinggi dalam 'bank deal' sebagai third party antara pihak bank dengan pelabur. Suami Zeti, Tawfiq Ayman mengambil manfaat kedudukan Zeti untuk memperolehi maklumat dalaman yang kemudiannya digunakan untuk menjayakan perjanjian perniagaan tersebut. 

15. Suami Zeti agak goyang dengan perkembangan terbaru ini. 

16. Sumber Asia Sentinel juga berkata agak sukar untuk menjatuhkan Zeti dari kedudukannya memandangkan Zeti bukan sahaja diakui berkredibliti dan berkeupayaan mentadbir kewangan dalam negara bahkan turut diiktirafkan di pentas antarabangsa. 

17. Zeti telah berkhidmat dalam dunia perbankan selama 36 tahun dan mula diangkat sebagai gabenor pada tahun 2000. 

18. Pada tahun 2009, bakat dan keupayaan Zeti diiktirafkan menerusi pentas antarabangsa menerusi award antara ketua (gabenor) bank negara terbaik dunia dan terus menerima pengiktirafan yang lebih kurang pada tahun2 selepasnya. 

19. Melihat kepada ketokohan yang dimiliki Zeti, sumber memaklumkan kepada Asia Sentinel, rakyat mungkin tidak akan mempercayai dakwaan terhadap keluarga Zeti yang tersebar menerusi blog. Baca lagi amenoworld

Gani diharap tampil perjelaskan kertas pertuduhan

Posted: 30 Jul 2015 11:02 PM PDT

Tan Sri Abdul Gani Patail perlu nafi atau mengesahkan draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Biro Guaman dan Undang-undang PKR Latheefa Koya.

 Tan Sri Abdul Gani Patail perlu mengesahkan kesahihan draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata PKR hari ini.

 Ketua Biro Guaman dan Undang-undang PKR Latheefa Koya berkata, selagi bekas peguam negara belum menafikan atau mengesahkan kesahihan dokumen disiarkan Sarawak Report itu, adalah salah untuk membuat kesimpulan.

 "Demi kepentingan umum, diharapkan Gani untuk tampil ke depan dan menjelaskan perkara ini," kata Latheefa dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, pagi ini.

 "Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak boleh membuat kesimpulan dengan mendakwa terdapat  satu plot untuk menjatuhkan PM semata-mata kerana rupa kertas pertuduhan yang didakwa ini. Di manakah bukti bagi apa-apa rancangan jahat?," katanya.

 Semalam Sarawak Report mendedahkan kertas pendakwaan dikatakan disediakan bekas peguam negara terhadap perdana menteri dan bekas pengarah urusan yang ditahan pasukan petugas khas dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil.– The Malaysian Insider

Inilah sebabnya Najib lantik Azalina

Posted: 30 Jul 2015 09:00 PM PDT

Pendedahan TS Muhyiddin Yassin mengenai 
RM2.67 bilion masuk akaun peribadi DS Najib 
bukan isu besar, kata Azalina
Datuk Seri Azalina Othman Said yang mengakui terkejut apabila dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kali ini giliran dia pula mengejutkan rakyat Malaysia melalui kenyataan terbarunya bahawa sejumlah RM2.67 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukanlah isu besar.

 Menurutnya lagi, tiada salahnya jika seseorang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya.

 "Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma… apa salahnya.

 "Kecuali orang kata, 'Datuk saya derma duit ini untuk Umno, untuk Parlimen, untuk NGO', saya kena ikut cakap penderma.

 "Dalam isu duit (RM2.67 bilion), saya tak melihatnya sebagai isu besar… bagi saya itu budi bicara orang yang derma duit," katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.

   Tidak pasti samada DS Najib turut terkejut gembira dengan kenyataan Azalina tersebut kerana sehingga kini DS Najib belum pernah lagi mengakui secara terbuka, RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun banknya.

 Bagaimana pun, dalam satu klip video yg dibocorkan ke internet, TS Muhyiddin mendakwa DS Najib telah mengakui kepadanya . ~ sumber

Najib memburukan lagi keadaan negara dan imej diri sendiri

Posted: 30 Jul 2015 08:32 PM PDT

Sudah terlambat menimbus bangkai gajah kerana sudah ditokak-
tokak dan cebisannya dilarikan singa, cheetah, harimau bintang,
dubuk , rubah, hereng, biawak dan helang ke merata 'donia'
A.Kadir Jasin dalam blognya mengulas mengenai tindakan DS Najib menyingkiran TS Muhyiddin Mohd Yassin pada 28 Julai dan penamatan undur tarikh (back-dated) perkhidmatan Peguam Negara (Tan Sri) Abdul Gani Patail 27 Julai.

 Menurutnya lagi, tindakan DS Najib itu tidak menyelesaikan apa-apa masalah sebaliknya memburukkan lagi keadaan negara dan imej beliau sendiri.

Pada pandangannya, dua peristiwa tersebut serta perubahan-perubahan lain yang menyusurinya di Jabatan Peguam Negara, PDRM, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC) dan PAC akan mengakibatkan perkara seperti berikut:-

 1. Perdana Menteri terselamat daripada kemungkinan diheret ke mahkamah bersabit 1MDB dan SRC International. Satu "donia" sudah dengar cerita duit SRC International yang nawaitunya untuk kegiatan CSR (tanggungjawab sosial korporat) tetapi masuk akaun peribadi Perdana Menteri.

2. Menyiasat dan merangka pertuduhan melibatkan wang CSR SRC International lebih mudah kerana jumlah yang lebih kecil dan melibatkan hanya dua buah bank tempatan berbanding 1MDB yang membabitkan AS$700 juta.

 3. Mohd Najib berjaya mengekalkan kuasa eksekutif tetapi di mata khalayak yang mengerti beliau telah hilang kuasa moral (moral authority) untuk memerintah.

 4. Kuasa eksekutif beliau menjadi semakin kukuh kerana pengkritik beliau dalam Umno dan kerajaan telah disingkirkan atau digula-gula dengan pemberian jawatan menteri dan timbalan menteri.

 Pasukan Petugas Lumpuh

 5. Sekali gus pemberhentian undur tempoh Abdul Gani memporak-perandakan penyiasatan Pasukan Petugas 1MDB. Penyiasat akan terhenti atau dialih matlamatnya, pegawai ditukar dan fail-fail hilang atau dibakulsampahkan. (TI Malaysia berkata, Pasukan Petugas itu boleh dianggap terkubur tetapi MACC berkata ia akan meneruskan penyiasatan).

 6. Tetapi maklumat berkaitan dengan penyiasatan 1MDB akan terus tersebar kerana banyak pihak dalam dan luar mempunyai maklumat dan dokumen mengenainya. Sudah terlambat menimbus bangkai gajah kerana sudah ditokak-tokak dan cebisannya dilarikan singa, cheetah, harimau bintang, dubuk (hyena), rubah, hereng, biawak dan helang.

7. Dengan melantik pembesar-pembesar Umno yang kemaruk kuasa dan bermuka-muka menjadi menteri dan timbalan menteri, Mohd Najib boleh mengarahkan mereka mengesan dan membinasakan pencuri-pencuri bangkai gajah itu. Inilah yang sedang berlaku dengan rancak sekarang iaitu mengalihkan perhatian daripada menyiasat jenayah kepada memburu pihak-pihak yang mendedahkan jenayah.

 8. Gerakan taktikal Mohd Najib juga melumpuhkan PAC. Hatta pengerusi PAC, Nur Jazlan bin (Tan Sri) Mohamed Rahmat, yang bunyi begitu komited, ikhlas dan berani sebelum ini tetapi dengan riang rianya menerima jawatan timbalan menteri.

 9. Speaker Dewan Rakyat sudah pun berkata anggota baru PAC tidak akan dilantik (sehingga Dewan bersidang Oktober ini). Namun Timbalan Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw, wajib meneruskan tugas dengan ahli yang tinggal sekali pun tidak mendapat kerjasama pengurusan Parlimen atau hasil siasatan mereka tidak diiktiraf. Baca seterusnya dari sumbernya  di sini

Tiada ulasan: